Search This Blog

Thursday, May 19, 2016

Empat suspek samun dicekup

Miri: Empat lelaki dipercayai terbabit kes samun bersenjata di Krokop 10 Isnin lalu diberkas polis dalam tangkapan berasingan di Terminal Bas Pujut, 2 petang semalam dan di Permyjaya, 12.05 tengah malam tadi.
Dua suspek masing-masing berusia 23 tahun ditahan di Terminal Bas Pujut bersama kereta yang digunakan dalam kejadian samun itu manakala dua lagi suspek masing-masing berusia 29 tahun ditahan di kawasan Permyjaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, polis turut menemui komputer riba mangsa yang disorokkan di bawah tempat duduk pemandu kereta yang digunakan suspek.
Menurutnya, semua suspek kemudianya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
"Polis percaya masih terdapat suspek lain yang terlibat dalam kes berkenaan dan usaha mengesan individu lain sedang dilakukan," katanya.
Sebelum ini, suami isteri berusia 74 dan 65 tahun menjadi mangsa samun tiga individu bersenjatakan pisau dan pistol tiruan di Krokop 10 pada 3 petang.
Dua suspek memasuki rumah mangsa dan melarikan komputer riba, tablet dan wang tunai RM500 manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak dicederakan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 6:28 PM


SUSPEK yang ditahan di Terminal Bas Pujut. FOTO Mohd Rizal Abdullah

Didenda RM165 ribu periksa telefon suami

Dubai: Seorang wanita berusia 30-an didenda dan diarah meninggalkan Emirah Arab Bersatu (UAE) kerana mencampuri urusan peribadi suaminya dengan memeriksa telefon lelaki berkenaan bagi memastikan suaminya tidak curang.
Wanita dari sebuah negara Arab itu didenda 150,000 dirham (RM165,366) oleh mahkamah di Ajman.
Menurut media UAE, wanita itu yang mengesyaki suaminya, juga 30-an, menjalin hubungan sulit, mengaku memeriksa telefon suaminya tanpa kebenaran dan memindahkan gambar ke telefonnya.
Suaminya membuat aduan dan minggu lalu, mahkamah memutuskan dia bersalah melakukan jenayah siber yang dihukum mengikut undang-undang menceroboh hak peribadi seseorang menggunakan teknologi maklumat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 10:50 PM

Wanita Malaysia mudah ditipu



SINDIKET Love Scam yang didalangi warga Afrika berjaya memperdayakan ramai wanita Malaysia yang mudah jatuh cinta. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Sikap wanita di negara ini yang terlalu mudah mempercayai kata-kata indah menyebabkan mereka menjadi mangsa penipuan Love Scam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 4,673 kes Love Scam telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kerugian RM182.3 juta dengan penangkapan 1,773 suspek bagi tempoh 2013 hingga Mei tahun ini.
Menurutnya, angka itu melebihi negara-negara lain yang turut mempunyai masalah sama dalam penipuan cinta menerusi online di internet.
“Modus operandi mendapati suspek meletakkan profil (di laman sosial) dengan seorang lelaki berkulit putih, kacak, mempunyai pekerjaan hebat atau kaya untuk menipu mangsa yang dipilih secara rawak.
“Justeru, jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan cinta palsu terutama wanita di Malaysia ini sekalipun kita memerlukan cinta,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4940tYaMW 
Hakcipta terpelihara 

Wang tunai RM30,000 dalam peti besi sekolah lesap



KEADAAN peti besi (dalam bulatan) yang dipecah oleh tiga penjenayah di sebuah sekolah rendah di Jalan Bukit Kuda, Klang kelmarin.


KLANG – Dua pengawal ke­selamatan berdepan detik cemas selama hampir tiga jam apabila diikat tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun membabitkan kerugian kira-kira RM40,000 di sebuah sekolah rendah di Jalan Bukit Kuda di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, tiga suspek dipercayai ma­suk melalui pintu belakang sekolah dengan cara memecahkan kunci pada pintu pagar sebelum mengikat dua pengawal keselamatan yang bertugas dengan menggunakan wayar kipas di kantin sekolah tersebut.
Guru Penolong Kanan Tadbir sekolah, Bong Mee Ngoh (gambar kecil) berkata, ketika kejadian kedua-dua pengawal sedang melakukan rondaan dan secara tiba-tiba didatangi tiga lelaki India yang membawa parang dan beberapa peralatan yang digunakan untuk samun.
Menurutnya, dua daripada tiga orang perompak itu membawa seorang pengawal ke­selamatan memecah masuk pejabat dewan sekolah yang terletak di blok utama yang me­nempatkan dewan, auditorium dan tempat letak kereta.
Katanya, kedua-duanya bertindak menggeledah ruang pejabat sebelum memecah peti besi tersebut dan mengambil wang tunai yang terdapat di dalamnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4940Ye8qt 
Hakcipta terpelihara 

Wanita bakar rumah akibat suami berbulan madu kali kedua

KHAMIS, 19 MEI 2016 @ 7:28 AM

DUBAI: Seorang wanita Arab Saudi bertindak membakar rumah selepas mengetahui suaminya keluar negara untuk berbulan madu bersama isteri kedua, lapor media tempatan, semalam. Akhbar Gulf melaporkan, wanita yang sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai enam orang anak itu, terkejut apabila menerima mesej daripada suaminya yang mengatakan dia sudah beristeri lagi dan sedang berada di luar negara untuk berbulan madu. Laman web al-Sada juga melaporkan, ketika dalam keadaan marah, wanita itu bertindak membakar rumahnya di bandar Pelabuhan Jazan tetapi sebaik saja melihat rumah itu dijilat api, dia bergegas untuk mendapatkan bantuan jiran. Pegawai bomba berkata, seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera dalam kebakaran itu. - AGENSI  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/155154