Search This Blog

Wednesday, May 18, 2016

Dihukum sebat 74 kali kerana bunuh anjing


- Gambar hiasan
ARDEBIL - IRAN. Seorang lelaki dihukum sebat 74 kali selepas dirakam mencampak seekor anjing ke sebuah kereta dan memukulnya dengan cangkul sehingga mati.
Menurut laporan Dailymail, orang ramai membuat laporan polis selepas video tersebut yang viral di laman sosial.
Lelaki tersebut yang merupakan pemilik anjing berkenaan tidak menyatakan sebab beliau membunuh haiwan tersebut.
Kes mendapat kecaman Timbalan Presiden Iran, Masoumeh Ebtekar yang juga merupakan Pengarah Organisasi Pemeliharaan Alam.
April lepas, Masoumeh menggesa siasatan dijalankan selepas sebuah video menunjukkan anjing liar dibunuh dengan kecam menjadi viral.

Ingatkan sakit, rupanya telan telefon!


Imbasan yang menunjukkan telefon bimbit yang ditelan.
DUBLIN - IRELAND. Sedangkan hendak menelan sebiji pil pun sukar, bayangkan pula bagaimana seorang banduan boleh menelan telefon bimbit!
B‎anduan berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tallaght, di sini selepas muntah tanpa henti beberapa jam dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan telefon itu‎, lapor Metro.uk.

Doktor cuba menarik keluar telefon itu menggunakan alat yang dilengkapi kamera namun kaedah tersebut gagal dan memaksa mereka melakukan pembedahan.
Pakar bedah menggunakan kaedah 'laparotomy' dengan membuat potongan melalui dinding abdomen untuk mengakses ke organ dalaman.
Butiran kes itu kemudian dilaporkan dalam Jurnal Antarabangsa Laporan Kes Pembedahan.
Punca dan bagaimana banduan itu menelan telefon tidak dapat dipastikan namun lelaki itu didakwa mempunyai sejarah masalah kesihatan mental sebelum ini.

Pembunuh budak ditetak, ditikam di penjara

Pembunuh budak ditetak, ditikam di penjara
17 MEI 2016 DERBYSHIRE - BRITAIN. Seorang wanita yang dihukum penjara kerana memijak anaknya sehingga mati ditetak oleh banduan lain di penjara wanita di Foston Hall.
Menurut laporan Dailymail, Kathryn Smith, 23, juga ditikam di bahagian muka ketika diserang lebih 10 banduan wanita lain.
Serangan dipercayai bermotifkan membalas dendam untuk anak mangsa, Ayeeshia Jane Smith, 2, yang maut selepas dipijak berulang kali di bahagian dada pada 2014.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anak didera, dipijak ibu penagih dadah]
Saksi kejadian mengatakan 'ramai banduan' mahu membelasah Kathryn kerana membunuh Ayeeshia.
Pegawai perubatan menyifatkan Kathryn yang juga digelar 'ibu syaitan' seperti 'mangsa kemalangan' selepas serangan.
Kathryn kini sedang menjalani hukuman penjara 24 tahun selepas didapati bersalah oleh makhkamah, April lepas.

Lelaki didakwa rogol wanita 70 tahun

Lelaki didakwa rogol wanita 70 tahun
17 MEI 2016 WALLINGTON - BRITAIN. Seorang lelaki didakwa merogol warga emas berusia 70 tahun di rumah wanita itu, lapor BBC.
Jason Batchelor, 46, dari Wallington, selatan London dituduh melakukan serangan seksual dan mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan mangsa.
Wanita itu diserang sebaik membuka pintu rumahnya ketika menyedari seseorang berada di depan rumahnya di Russell Hill Road, Purley, selatan London pada Rabu lalu.
Lelaki itu kemudian menggunakan kakinya menghalang pintu ketika wanita itu cuba menutup kembali pintu tersebut dan merempuh masuk ke dalam rumah mangsa, kata polis.
Jason dihadapkan ke Mahkamah Majistre Croydon, semalam.

Ayah dipenjara 2,350 tahun kerana rogol tiga anak


YUNLIN - TAIWAN . Seorang lelaki dipenjara selama 2,350 tahun oleh mahkamah majistret di sini kelmarin setelah didapati bersalah mencabul dan merogol tiga anak perempuannya antara tahun 2008 hingga 2014.
Dalam pengakuannya di hadapan hakim, tertuduh mengaku mula mencabul anak perempuan sulungnya berusia sembilan tahun sejak tahun 2008.
Dua tahun kemudian, dia bertindak merogol anaknya itu dengan purata dua kali seminggu.
Bermula tahun 2012, tertuduh turut didapati mencabul dan merogol anak perempuan keduanya yang ketika itu baru berusia 10 tahun.
Setahun kemudian, dia sekali lagi melakukan perbuatan yang sama terhadap anak perempuan ketiganya yang berusia lapan tahun.
Setelah mengambil keterangan daripada ketiga-tiga anaknya itu,mahkamah diberitahu bahawa tertuduh didapati mencabul dan merogol anak-anak kandungnya itu sekurang-kurangnya 300 kali sepanjang enam tahun.
Perbuatan keji yang dilakukan lelaki yang bekerja sebagai pengutip barang-barang buangan ini terbongkar pada November tahun 2014 setelah anak perempuan keduanya itu mengadu kepada guru sekolah.
Mengikut keputusan mahkamah, tertuduh sepatutnya dihukum penjara selama 2,350 tahun berdasarkan jumlah kesalahan yang dilakukan. Bagaimanapun, mahkamah hanya mengenakan hukuman maksimum, iaitu penjara selama 30 tahun ke atas tertuduh yang berusia 56 tahun itu.
Ketika polis menggeladah di rumah tertuduh, didapati banyak VCD lucah dan kondom yang disimpan dalam bilik tidurnya.

Lima maut semasa gali telaga di India


NEW DELHI – Lima penduduk kampung kasta rendah meninggal dunia ketika cuba membina semula sebuah telaga lama di wilayah kering kontang di utara India, kata polis semalam ketika negara itu mengalami kemarau teruk.
Lima lelaki daripada kasta terendah di India, Dalit terkorban akibat terhidu gas beracun di dalam telaga itu di daerah Jind, negeri Haryana kelmarin ketika masuk untuk membersihkan sumber air itu.
Telaga terbiar itu tidak digunakan sejak enam tahun lalu dan gas beracun terkumpul di dalamnya.
“Kelima-lima lelaki itu menghidunya dan meninggal dunia,” kata timbalan ketua polis tempatan, Virender Singh.
Menurutnya, penduduk kampung telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan, namun tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di kawasan itu sehingga memaksa mereka menggali semula telaga itu.
India menghadapi krisis bekalan air paling teruk sejak beberapa tahun lalu. Satu pertiga daripada kira-kira 330 juta penduduk India kini menghadapi kemarau selepas dua kali musim tengkujuh.
Kekurangan hujan itu memaksa langkah ekstrem dilakukan termasuk mengehadkan bekalan air, me­nempatkan pengawal bersenjata di empangan dan menghantar tangki air ke beberapa kawasan paling teruk terjejas. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz48c4BUllJ 
Hakcipta terpelihara 

Petani temukan bayi baru lahir atas kerusi


SERIAN 17 Mei – Seorang petani terkejut apabila terdengar tangisan bayi dalam keheningan pagi di luar rumahnya di Kampung Siantan Baru, di sini hari ini.
ANGGOTA polis membawa bayi yang ditinggalkan di Kampung Siantan Baru untuk pemeriksaan lanjut ke Hospital Daerah Serian, Sarawak, semalam. IHSAN PDRM
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, petani berusia 51 tahun itu bergegas membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang bayi perem­puan cukup sifat tanpa seurat benang di atas kerusi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar, petani tersebut kemudian menyelimutkan bayi berkenaan dengan sehelai kain lalu memaklumkan kepada polis.
Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Serian dengan ambulans untuk menerima pemeriksaan.
“Pasukan siasatan JSJ yang tiba ke lokasi menemukan kesan darah dan satu gunting dipercayai digunakan bagi memotong tali pusat tidak jauh dari rumah petani itu.
“Menjejaki kesan darah, pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serian diketuai oleh Inspektor Mohd. Fais Zubir dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) menahan seorang wanita berusia 26 tahun tidak jauh dari lokasi penemuan bayi.
“Wanita ini dipercayai ibu kepada bayi ditemukan di dapur sebuah rumah dalam keadaan lemah malah kita menemukan kesan darah di salah sebuah bilik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Mengulas lanjut, Dev Kumar berkata, suspek dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” jelas beliau.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/petani-temukan-bayi-baru-lahir-atas-kerusi-1.331519#sthash.yMtKF5NM.dpuf