Search This Blog

Friday, May 13, 2016

Rampas ganja RM207,000

Georgetown: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman rampas ganja seberat 58.8 kilogram bernilai RM207,000 dalam serbuan di Kepala Batas, Seberang Prai Utara, dekat sini, Rabu lalu.
Dalam serbuan 12.10 tengah hari itu, dua lelaki berusia 41 dan 58 tahun ditahan untuk siastan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Guan Beng Kang berkata, suspek bekerja sebagai penjual kereta dan juga peniaga di kedai makan.
"Selain itu kita turut menyita empat kereta bernilai RM175,000 dan hasil semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
"Kita percaya bekalan ganja ini adalah untuk pasaran di kawasan utara," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 3:51 PM


GUAN Beng Kang (tengah) menunjukkan ganja yang dirampas. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Enam sekeluarga hilang tempat tinggal

Limbang: Rumah dihuni enam sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Malaganggai, pagi tadi.
Dalam kejadian 11.50 pagi itu, rumah dua tingkat itu musnah sepenuhnya serta kereta milik keluarga berkenaan.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Mohd Ali Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dikerahkan ke lokasi dan memadam sepenuhnyapada pada 1.35 tengah hari.
"Semua penghuni sempat menyelamat diri sebelum kebakaran merebak; bagaimanapun, harta benda tidak sempat diselamatkan.
"Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 4:07 PM


RUMAH dihuni enam sekeluarga musnah sepenuhnya. FOTO ihsan Bomba

Banjir kilat: 115 kenderaan hampir tenggelam

13 Mei 2016 1:26 AM

Kenderaan hampir tenggelam dalam banjir kilat berikutan hujan lebat di hadapan Duta Vista, Jalan Dut


 Kenderaan hampir tenggelam dalam banjir kilat berikutan hujan lebat di hadapan Duta Vista, Jalan Duta, Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 12 Mei – Sebanyak 115 kenderaan hampir tenggelam dalam banjir kilat yang melanda dua kawasan di ibu negara malam ini.
Kejadian kira-kira pukul 7 ma­lam itu melibatkan kawasan pintu masuk Universiti Malaya (UM) di Jalan Lingkungan Budi dan di hadapan Duta Vista, Jalan Sultan Abdul Halim menghala ke Damansara.
Ini merupakan kejadian banjir pertama di kedua-dua kawasan tersebut pada tahun ini.
Dalam kejadian itu, sebanyak 11 mangsa diselamatkan terma­suk seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang pitam akibat sesak nafas.
Penolong Pengarah Operasi Ja­batan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kebanyakan kenderaan tenggelam sehingga paras enjin.
Beliau berkata, sehingga pukul 10.10 malam ini, kesemua kende­raan tersebut masih tersadai di lokasi banjir kerana mengalami kerosakan.
“Sebanyak 100 kereta tenggelam di hadapan Duta Vista manakala 15 lagi di pintu masuk Universiti Malaya.
“Banjir di pintu masuk UM naik hingga ke paras dada dengan arus deras sehingga 11 pemandu dan penumpang kenderaan yang terpe­rangkap terpaksa naik ke atas bumbung kereta. Mereka diselamatkan selepas air surut pada pukul 8.16 malam,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Menurut Azizan, sebanyak 22 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Gombak Selatan, Seputeh dan Pantai ditugaskan ke lokasi kejadian.
Tambahnya, usaha untuk me­nga­lihkan semua kenderaan yang terlibat masih dijalankan dan di­jang­ka selesai tengah malam ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/banjir-kilat-115-kenderaan-hampir-tenggelam-1.325456#sthash.RWafHzym.dpuf

Tukang masak dicekup ketika ambil 7kg ganja melalui kurier


KOTA KINABALU 12 Mei - Seorang tukang masak di sini ditahan ketika mengambil dua kotak dipercayai mengandungi 7 kilogram ganja di sebuah pejabat penghantaran kurier di sini.
ganja
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, Superintenden Mohamed Fadzil A. Rahman berkata, lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditahan pukul 5 petang Selasa lepas ketika menerima kotak berkenaan yang mengandungi tujuh bungkusan besar dan satu bungkusan kecil mengandungi ganja seberat kira-kira 7kg.
Menurutnya, dadah itu dianggarkan bernilai RM63,000 dan dipercayai dihantar dari Kuala Lumpur untuk pasaran tempatan.
"Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif. Dia juga tidak mempunyai rekod jenayah.
"Suspek direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Susulan penahanan lelaki itu, Mohamed Fadzil berkata, JSJN bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman turut menyita tiga kenderaan bernilai RM128,500 iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax, Perodua Viva dan motosikal Kawasaki KLX150 di rumah suspek di Penampang dekat sini. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tukang-masak-dicekup-ketika-ambil-7kg-ganja-melalui-kurier-1.325240#sthash.AIBoVOxp.dpuf

Lebih 10 sindiket dikesan

Aktiviti penyeludupan manusia bergerak aktif di KLIA, KLIA2





KUALA LUMPUR 11 Mei - Bergerak bebas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.
Itu ‘keistimewaan’ lebih 10 sin­diket penyeludupan manusia dan pemalsuan pasport yang dikesan sewenang-wenangnya menjadikan kedua-dua lapangan terbang utama negara sebagai pusat transit warga Sri Lanka sebelum berlepas ke negara ketiga.
Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kegiatan yang didalangi warga Sri Lanka itu gagal dikesan sebelum ini kerana didakwa mendapat kerjasama daripada segelintir pegawai penguat kuasa tidak bertanggungjawab yang bertugas di dua lapangan terbang berkenaan.
Kesemua sindiket itu memainkan peranan masing-masing antaranya membawa masuk warga Sri Lanka dengan bayaran tinggi sebagai pelancong, mencari pasport Malaysia yang pemiliknya mempunyai wajah seiras, membuat pasport Malaysia palsu dan membuat cop melanjutkan tempoh menduduki palsu.
Menurut sumber, faktor utama kegiatan itu berlaku ialah beri­kutan kemelut ekonomi negara terbabit sehingga menyebabkan mereka meninggalkan negara asal untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.
Berikutan itu ujarnya, cara paling mudah yang dilakukan untuk mereka ke negara-negara ketiga adalah masuk ke negara ini menerusi beberapa sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
Jelasnya, sindiket pertama akan meminta bayaran yang tingi untuk membawa masuk warga Sri Lanka ke negara ini dan sindiket kedua pula mencari pasport tulen yang dijual oleh rakyat tempatan yang mempunyai wajah seiras warga Sri Lanka terbabit untuk diubah suai menjadi pasport mereka.
“Sekiranya tiada wajah yang seiras, barulah sindiket terbabit berjumpa sindiket ketiga bagi memproses pasport palsu untuk kegunaan warga Sri Lanka itu dan jika proses untuk menghasilkan pasport memakan masa, mereka akan berjumpa sindiket keempat untuk mendapatkan cop lanjutan menduduki palsu.
“Jika semua dokumen palsu telah siap, mereka akan menemui sindiket kelima yang bekerjasama dengan pegawai penguat kuasa bagi memudahkan urusan keluar dari negara ini di lapangan terbang,” katanya di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini mela­porkan kira-kira 10 warga asing keluar menggunakan pasport palsu di KLIA dan KLIA2 setiap hari sejak awal tahun ini. Lebih mengejutkan, lebih 30 orang lagi termasuk pegawai penguat kuasa sedang dalam pemerhatian kerana turut terlibat dalam kegiatan tersebut.
Kelmarin, dua pegawai imigre­sen antara 19 individu yang ditahan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia menggunakan pasport Malaysia pal­su melalui KLIA di sini.
Sumber itu memberitahu, setiap sindiket akan sentiasa bekerjasama dalam mencari ruang dan peluang bagi menjalankan kegiatan ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lebih-10-sindiket-dikesan-1.325077#sthash.GqVG2KRc.dpuf

Sikap penguat kuasa Imigresen punca bolos


KUALA LUMPUR 11 Mei – Masalah sikap sesetengah anggota dan pegawai penguat kuasa Imigresen yang bertugas menjaga laluan kaunter-kaunter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dikatakan punca utama warga asing mudah membolosi negara ini.
Nur Jazlan Mohamed
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, masalah itu semakin rumit apabila sistem pemeriksaan pasport automatik di dua lapangan terbang terbabit kerap mengalami gangguan dan tidak boleh digunakan, sekaligus memudahkan aktiviti penyeludupan manusia berlaku, se­perti yang dilaporkan akhbar.
Katanya, apabila sistem pemeriksaan pasport automatik ti­dak berfungsi, anggota dan pegawai penguat kuasa imigresen yang bertugas perlu mela­kukan pemeriksaan secara manual dan mengecop setiap pasport orang yang masuk ke negara ini.
“Walau bagaimanapun, pegawai penguat kuasa imigresen berkenaan perlu memasukkan semula maklumat setiap pelancong itu ke dalam sistem automatik apabila ia telah selesai diselenggarakan.
“Memang agak melecehkan tapi pegawai pengu­at kuasa imigresen perlu faham situasi tersebut ke­rana ia memang tanggungjawab mereka dalam menjaga kese­lamatan pintu-pintu masuk utama negara ini.
“Gangguan pada sistem pemeriksaan pasport automatik itu bukan masalah besar kerana teknologi itu juga masih baharu digunakan di negara ini, sebab itu anggota dan pegawai penguat kuasa perlu memainkan peranan masing-masing sepanjang tempoh ia dibaiki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan eks­klusif Utusan Malaysia hari ini iaitu berdasarkan siasatan polis, kira-kira 10 warga asing keluar menggunakan pasport palsu di KLIA dan KLIA2 setiap hari sejak awal tahun ini.
Menurut Nur Jazlan, pihaknya menyedari kes warga asing bolos di negara ini dan sentiasa melakukan pemantauan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sikap-penguat-kuasa-imigresen-punca-bolos-1.325060#sthash.Un8g12Kg.dpuf

23 premis judi haram digempur


Pasukan Stagg tahan 24 ejen termasuk lima wanita

MELAKA 12 Mei - Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat Judi dan Gengsterisme (Stagg) Bukit Aman menahan sebanyak 24 ejen termasuk lima wanita selepas menyerbu premis yang dipercayai menjalankan ke­giatan perjudian ekor haram di negeri ini dalam serbuan petang semalam.
Serbuan dilakukan secara serentak di 23 buah premis melibatkan tujuh kawasan di negeri ini bermula pukul 2.45 petang dan berjaya menahan kesemua ejen terbabit iaitu 17 lelaki serta lima wanita berusia antara 25 hingga 57 tahun.
Ketua Penolong Pengarah Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, jumlah kutipan pertaruhan yang dirampas daripada ejen-ejen berkenaan dianggarkan sebanyak RM38,500 sehari dan RM439,400 setiap bulan.
Menurutnya, lokasi serbuan di tujuh kawasan itu adalah Taman Malim Jaya, Taman Teknologi Cheng, Batu Berendam, Taman Melaka Baru, Taman Semabok Perdana, Taman Bachang Baru dan Kawasan Perindustrian Krubong membabitkan kawasan perumahan dan pekan.
“Antara peralatan yang dirampas adalah 46 unit tele­fon bimbit, 35 unit mesin pencetak, 82 helai kertas bertulis angka, 54 gulung resit dan wang tunai RM22,542.
“Kita percaya kegiatan ini dijalankan sejak tiga tahun lalu dan operasi tersebut adalah yang kedua di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khairi memberitahu, sindiket perjudian itu menjadikan kedai runcit, kedai menjual te­lefon bimbit, kedai minuman dan bengkel motosikal untuk menjalankan kegiatan haram mereka.
Katanya, kegiatan judi di kawasan tersebut dilihat lebih bersistematik kerana beroperasi secara dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit dan pencetak mudah alih.
Tambahnya, enam daripada penganjur sindiket perjudian ini dikesan untuk siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/23-premis-judi-haram-digempur-1.325357#sthash.igsUQ3VC.dpuf