Search This Blog

Thursday, May 12, 2016

Warga tua rogol anak saudara dipenjara 15 tahun


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

TERTUDUH (kiri) dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan, selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya berusia 14 tahun, tiga tahun lalu. - Foto Syahirah Abdullah
KUALA TERENGGANU: Seorang warga tua berusia 70 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya berusia 14 tahun, tiga tahun lalu.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak saudaranya yang ketika itu berusia 14 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Hulu Terengganu, antara jam 8 hingga 9 malam pada 6 Ogos 2013.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

15 maut nahas bas di Burkina

Kemalangan bas di Burkina Faso meragut nyawa sekurang-kurangnya 15 orang, menurut laporan pemandu hilang kawalan bas sambil memandu laju. - Foto REUTERS

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 30 lagi cedera dalam nahas bas di Burkina Faso pada Isnin, kata polis negara itu.
Kemalangan berlaku di kawasan Toece, 70 kilometer (45 batu) selatan ibu negara Ouagadougou ketika kenderaan terbabit dalam berjalanan menuju bandar selatan Manga.
Ketua Polis Toece, Sami Da berkata, pemandu hilang kawalan ketika memecut sewaktu laluan tiba-tiba terhalang.
Kemalangan maut adalah perkara biasa di Burkina Faso memandangkan keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik dan nahas kerap berlaku disebabkan kesilapan manusia dan keadaan kenderaan yang teruk.
Pada November 2008 nahas membabitkan sebuah lori dan bas menyebabkan 72 orang terkorban di jalan antara Ouagadougou dan Bobo-Dioulasso, wilayah ekonomi utama negara berkenaan. - AFP

88 penagih dadah ditahan di Seri Manjung

UTARA KHAMIS, 12 MEI 2016 @ 3:46 PM

 Oleh Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

 SEBAHAGIAN daripada 88 orang penagih yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan di sekitar Manjung. - Foto Noor Hiadayah Tanzizi


SERI MANJUNG: Seramai 88 penagih dadah ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar daerah ini yang bermula malam tadi sehingga tengah hari tadi.

Operasi bermula jam 11 malam dan berakhir jam 12 tengah hari, membabitkan AADK, polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Jabatan Agama Islam Perak.

 Mereka yang ditahan berusia 18 hingga 60 tahun selepas ujian air kencing positif dadah.  Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK negeri, Mokhtarudin Mohamad, berkata serbuan dilakukan di beberapa pusat hiburan, ladang kelapa sawit, rumah kediaman dan perairan Pulau Pangkor di sekitar daerah ini hasil risikan pihaknya selama dua minggu.

 "Seramai 15 daripada penagih terbabit adalah Orang Kena Pengawasan. Kami turut menemui lima paket heroin seberat lima gram, methaphatamine serta peralatan menghisap dadah," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.  

Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (pindaan 1998) yang membawa hukuman dihantar ke Pusat Pemulihan atau Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152922

76 wanita warga asing ditahan

Johor Bahru: Polis Johor menahan 76 wanita warga asing berusia 19 hingga 35 tahun dalam Ops Noda di pusat hiburan di Jalan Datuk Sulaiman di sini, tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan semua wanita terbabit bersama seorang lelaki dilakukan pasukannya pada 12.03 tengah malam.
Katanya, operasi terbabit disertai empat pegawai dan 22 anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat Dan Kongsi Gelap (D7), Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).
"Serbuan disertai Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Iskandar Puteri menahan 35 warganegara Vietnam, China (25), Thailand (14), masing-masing seorang dari Laos dan Kemboja.
"Polis turut menyelamatkan dua perempuan Vietnam berusia 16 dan 17 tahun," katanya.
Katanya, 88 pelanggan tempatan berusia 18 hingga 50 tahun diperiksa.
"Antara kesalahan termasuk Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor (ENJ), Seksyen 55 Akta Imigresen 1953/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1953/63.
"Mereka juga ditahan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1953/63 dan Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migram (ATIPSOM)," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 12:01 PM


Sebahagian wanita warga asing yang ditahan. FOTO ihsan PDRM

Lelaki maut dikelar

Johor Bahru: Lelaki dipercayai warga asing ditemui mati dengan kesan kelar di leher di kawasan pembinaan kondominium di Taman Rinting, Seri Alam di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pekerja binaan di kawasan berkenaan, kira-kira 8 pagi tadi.
Beliau berkata, sejurus menerima maklumat pada 9.50 pagi, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menjumpai mayat lelaki lengkap berpakaian terbaring di tingkat tiga bangunan berkenaan.
"Siasatan awal mendapati, mangsa berusia antara 20 hingga 30 tahun dan dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar di leher mangsa.
"Kita percaya kesan kelar itu akibat penggunaan senjata tajam," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 7:29 PM


GAMBAR hiasan.

Ajal terperangkap pasir jerlus

Pasir Mas: Hasrat empat orang sahabat untuk memancing bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di sungai dekat Kampung Pulau Kucing, To'Uban, di sini, kira-kira 4 petang tadi.
Mangsa, Muhammad Amirul Mohd Shamsuddin, 17, bersama tiga lagi rakannya ke kawasan berkenaan untuk memancing, sebelum mangsa turun ke sungai untuk mandi.
Difahamkan, mangsa sudah hampir lemas ketika mandi untuk kali pertama, namun sempat diselamatkan rakannya.
Bagaimanapun, cubaannya mandi buat kali kedua membawa musibah apabila dia dipercayai terperangkap dalam pasir jerlus dan hilang daripada pandangan rakan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.04 petang.
"Kami tiba di tempat kejadian 6.10 petang. Mayat mangsa ditemui dengan bantuan penduduk kampung pada 6.16 petang.
"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk ke tempat kejadian disebabkan laluan yang sempit menyukarkan jentera melaluinya.
Katanya, 13 anggota mengikuti operasi itu termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 11:57 PM


MANGSA ditemui dengan bantuan penduduk kampung. FOTO ihsan Bomba

Rumah setinggan hangus

Kuala Lumpur: Dianggarkan lima rumah setinggan di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur, hangus dalam kebakaran, malam tadi.
Kejadian kira-kira 7 malam itu dapat dilihat dari jauh selepas api marak dan asap tebal di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sehingga 8.30 malam tadi, operasi pemadaman masih dijalankan.
"Kami mendapat panggilan pada 7.15 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Gombak Selatan, Sri Hartamas, Keramat dan BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi.
"Sehingga kini kami masih tidak mendapat jumlah sebenar bilangan rumah yang terbabit kerana keadaan rumah yang begitu rapat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 9:17 PM

ANGGOTA bomba memeriksa rumah setinggan yang musnah dalam kebakaran. FOTO Saddam Yusoff

Maut selepas selfie dengan gajah

Solo: Seorang doktor haiwan maut dipijak seekor gajah selepas merakamkan gambar selfie dengan haiwan berkenaan di sebuah pusat perlindungan yang juga destinasi pelancongan popular, di sini, semalam.
Octavia Warahapsari, 25, maut di lokasi kejadian selepas diserang seekor gajah jantan Sumatera yang dirawatnya di pusat perlindungan Gajah Mungkur.
Seorang pegawai pelancongan Wonogiri, Senthot Sujarwoko berkata, Octavia bersama tiga gembala gajah memberi makan dan memandikan satu pasangan gajah yang baru dipindahkan ke pusat itu pada April lalu.
Katanya, mereka kemudian membawa dua gajah itu bersiar-siar di taman berkenaan sebelum Octavia mahu merakamkan gambar selfie dengan gajah jantan.
“Secara tiba-tiba gajah berkenaan melibas Octavia dengan gadingnya menyebabkan wanita itu terpelanting tiga meter.
“Octavia bangun dan cuba berlari, tetapi dia terjatuh sebelum gajah berkenaan terus meluru lalu memijaknya,” katanya.
Tindakan gajah itu turut menyebabkan seorang gembala yang berada di atas haiwan berkenaan terjatuh.
Menurut petugas di pusat berkenaan, Octavia gemar bergambar selfie dengan gajah yang dirawatnya sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 7:53 AM


ANTARA gambar selfie Octavia dengan gajah yang dimuat naik di laman sosial.

Tiga kereta hangus

Johor Bahru: Tiga kereta yang diletakkan di luar rumah musnah terbakar di Jalan Gelang 13, Taman Rinting di sini, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Mohd Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.48 petang dengan sebuah jentera dan kekuatan enam anggota.
"Kebakaran itu membabitkan sebuah Perodua Alza, Perodua Viva dan Proton Wira milik tiga penduduk di kawasan perumahan itu.
"Kebakaran tidak membabitkan sebarang struktur rumah, juga tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan," katanya.
Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 9:57 PM


KERETA yang musnah terbakar. FOTO ihsan Bomba

Jatuh, hempap kakak sedang tidur bongkar hubungan seks

Jatuh, hempap kakak sedang tidur bongkar hubungan seks
Tertuduh (kiri) dikawal keluar dari mahkamah untuk dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa. - Foto Sinar Harian
ADILA SHARINNI WAHID KOTA BHARU – Jatuh dan terhempap kakak yang sedang tidur membongkar hubungan seks seorang pemuda dengan remaja bawah umur menyebabkan lelaki itu dihukum penjara 13 tahun serta dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh yang berusia 23 tahun dari Kampung Gong Tungai, Gunong, Bachok, mengaku bersalah merogol kekasihnya yang ketika itu berusia 15 tahun.
Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 14 April 2016.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di kampung sama pada jam 3.30petang, 25 Oktober 2013.
Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan, sebaliknya Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon hukuman berat dengan mengambil kira mangsa yang masih di bawah umur.
``Tertuduh mengambil kesempatan atas alasan hubungan kekasih untuk memuaskan nafsu sejak mangsa berusia 13 tahun lagi hingga terbongkar. Tertuduh juga mengugut supaya tidak menceritakan perkara ini kepada orang lain, menunjukkan kejadian ini berlaku tanpa kerelaannya.
``Hubungan kekasih bukan lesen untuk tertuduh melakukan hubungan seksual sedangkan dia lebih berusia dan dewasa yang sepatutnya menjadi pembimbing mangsa. Mohon hukuman berat kerana mangsa bawah umur perlu dilindungi daripada pemangsa seksual seperti ini," katanya.
Hubungan mereka terbongkar pada 12 Disember 2013 apabila tertuduh yang pergi rumah mangsa dengan masuk melalui tingkap pada jam 10.30 malam terjatuh ketika hendak turun.
Ketika itu, tertuduh menghempap kakak mangsa yang kebetulan sedang tidur di bilik sama menyebabkan kakak mangsa menjerit.
Tertuduh pula melarikan diri, tetapi tercicir telefon bimbitnya di rumah tersebut. Setelah didesak abang, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu.
Hasil siasatan polis mendapati tertuduh dan mangsa telah melakukan hubungan seks sejak remaja perempuan itu berusia 13 tahun lagi.

Dua beranak maut kereta tersepit bawah lori treler

Dua beranak maut kereta tersepit bawah lori treler

MUHAYUDIN SALLEH Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin sedang berusaha mengeluarkan mangsa.
KUALA ROMPIN - Seorang ibu bersama anaknya maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori treler di Kilometer (KM) 133 Jalan Kuantan - Johor Bahru berhampiran simpang Kampung Bahagia sekitar jam 10.45 malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Zalina Mohd Shah, 34, dan anak perempuannya, Siti Nur Aisyah Mohd Shafie, 3, yang berasal dari Kampung Bahagia.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah Kuantan menuju ke Johor Bahru manakala dua beranak berkenaan keluar dari Simpang Kampung Bahagia menghala ke Bandar Rompin.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan secara melulu keluar simpang lalu melanggar treler pada bahagian tepi sebelah kanan lalu terperosok masuk ke bahagian bawah.
"Kereta berkenaan kemudiannya diseret sejauh kurang lebih 50 meter dan kedua beranak maut di tempat kejadian," katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Padah rogol kekasih bawah umur




WAN ZUKARMAN (kiri) diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan atas kesalahan merogol kekasihnya di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang pemuda menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 15 tahun yang juga kekasihnya oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Wan Zukarman Wan Omar, 23, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Dia didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di sebuah kampung di sini kira-kira pukul 3.30 petang pada 25 Oktober 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh berikutan mangsa masih berusia di bawah umur iaitu 15 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz48O2folaG 
Hakcipta terpelihara 

Ahli perniagaan warga Iran didakwa tanam pokok ganja




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Iran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menanam pokok ganja di sebuah kondominium, bulan lepas.
Tertuduh, Sharif Kazem Ahmad (gambar), 33, bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbi Hassan.
Mengikut pertuduhan, Sharif yang merupakan ahli perniagaan didakwa menanam lapan pokok ganja di Blok A-5-6 Villa Kondominium Laman Tasik, Jalan Sri Permaisuri di sini pada pukul 6.40 petang, 27 April lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan tinggal di negara ini melebihi masa selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 27 April lepas.
Mahkamah kemudian menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan ahli kimia. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz48O2Rbv9Z 
Hakcipta terpelihara 

Larikan RM70,000 selepas letupkan ATM




Kakitangan bank mengambil gambar mesin ATM yang dibom oleh perompak di Beaufort, Sabah semalam.


BEAUFORT – Tiga penjenayah hanya memerlukan masa selama 10 minit untuk menebuk sebelum meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam kejadian di sebuah bank di Membakut di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu, sejumlah RM70,000 wang tunai berjaya dilarikan kumpulan penjenayah itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintendan Wan Kim Guan berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan tiga suspek yang datang ke premis berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.
Katanya, dua daripada suspek itu yang lengkap bertopeng dan memakai penutup kepala memasuki ruang yang menempatkan mesin ATM, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz48O2BXGx7 
Hakcipta terpelihara 

Wanita rugi RM16,000 dipukau ‘ustaz’


KAK MAH menunjukkan gambar sampul surat yang hanya mengandungi
KAK MAH menunjukkan gambar sampul surat yang hanya mengandungi batu serta daun kering selepas didakwa dipukau dua lelaki di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PASIR MAS 10 Mei - Seorang wanita berusia 60 tahun kerugian RM16,000 selepas barangan kemas miliknya ‘bertukar’ menjadi batu dan daun kering, dipercayai akibat dipukau dua lelaki di sebuah pondok berhampiran Dewan Majlis Daerah Pasir Mas (MPDM) di sini kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah sedang menunggu kereta sapu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kasar selepas mendapat rawatan di sebuah klinik di sini.
Kak Mah berkata, ketika sedang menunggu, dia didatangi oleh dua lelaki yang tidak dikenali berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Menurutnya, salah seorang daripada lelaki tersebut bercerita tentang kelebihan sebutir batu kecil berwarna emas yang tertulis nama Nabi Muhammad SAW kepada rakannya yang berperwatakan seperti ustaz.
“Lelaki itu memberitahu saya dan rakannya yang dikenalkan sebagai Ustaz Ibrahim bahawa batu tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan boleh dijadikan sebagai pelaris. Dia kemudiannya datang dan menyerahkan batu itu kepada saya sebagai sedekah sebelum bergegas pergi.
“Bagaimanapun Ustaz Ibrahim masih lagi bersama saya ketika itu. Saya bertanya kepada dia apakah pantang larang yang ada pada batu itu.
“Ustaz Ibrahim terus mengajak saya mengejar rakannya untuk mendapatkan penerangan secara lebih mendalam penggunaan dan pantang larang batu tersebut,” katanya, kepada pemberita di sini hari ini.
Kak Mah memberitahu, lelaki itu berkata, antara pantang larang untuk memiliki batu tersebut adalah perlu wuduk serta tidak boleh memakai sebarang barangan perhias­an.
Katanya, menyedari dia memakai cincin, gelang dan rantai, lelaki itu meminta supaya semua barang kemas tersebut ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang diberikan.
“Saya terus menanggalkan dua bentuk cincin, dua utas gelang ta­ngan serta seutas rantai dan dima­sukkan ke dalam sampul surat yang diberikan.
“Lelaki itu kemudiannya memberi sampul surat tersebut kepada saya untuk disimpan sambil berpesan bahawa sampul surat itu hanya boleh dibuka ketika mempunyai wuduk,” katanya.
Dakwanya, selepas itu Ustaz Ibrahim menawarkan diri untuk menghantar mangsa pulang dan meminta dia menunggu di situ untuk mengambil keretanya yang di­letakkan di kawasan berhampiran.
“Saya menunggu di situ lama namun Ustaz Ibrahim tidak muncul dan kemudian mengambil keputusan untuk menaiki kereta sapu pulang ke rumah.
“Sampai sahaja di rumah, saya terus mengambil wuduk kerana tidak sabar untuk membuka sampul surat tersebut.
“Saya amat terkejut apabila sampul itu dibuka yang keluar adalah daun-daun kering, batu-batu kecil serta pasir sahaja dan bukannya barang kemas,” katanya yang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-rugi-rm16-000-dipukau-8216-ustaz-8217-1.321978#sthash.Qb2Ky18l.dpuf

Pakistan: Tiga wanita dibunuh 'atas alasan kehormatan'


Gambar hiasan

LAHORE 12 Mei - Tiga beradik perempuan maut setelah ditembak oleh beberapa saudara lelaki mereka kerana mengesyaki mereka mempunyai hubungan dengan lelaki lain dalam kejadian di Faisalabad di timur Pakistan, semalam.
Ketiga-tiga mangsa yang masing-masing berusia 22 tahun, 28 tahun dan 29 tahun tinggal dalam rumah yang sama.
"Suspek-suspek yang menembak dada dan muka mangsa melarikan diri selepas membunuh ketiga-tiga wanita itu," kata penyiasat polis, Mohammad Ayub.
Pihak polis yang melancarkan gerakan memburu suspek-suspek berkenaan percaya kejadian itu merupakan kes pembunuhan 'atas alasan kehormatan'. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pakistan-tiga-wanita-dibunuh-atas-alasan-kehormatan-1.324912#sthash.8nY6pPBe.dpuf