Search This Blog

Monday, May 9, 2016

2 pegawai Imigresen antara 19 ditahan seludup migran

ISNIN, 9 MEI 2016 @ 7:35 PM

 Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my




KUALA LUMPUR: Dua pegawai Jabatan Imigresen antara 19 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan warga Sri Lanka ke negara ketiga melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dibuat menerusi operasi oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara 12 April lalu hingga Jumaat lalu.


Katanya, sindiket menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dipalsukan untuk tujuan perjalanan ke Geneva, Switzerland dan semua tangkapan dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdanganan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).


 "Enam ditahan adalah rakyat Malaysia, iaitu dua pegawai Imigresen, tiga 'runner' dan seorang ejen.


 Sepuluh lagi warga Sri Lanka terdiri daripada lima migran, tiga ejen dan dua fasilitator, manakala tiga lagi warga India berperanan sebagai ejen.


 "Hasil siasatan mendedahkan sindiket membeli PMA tulen pada harga antara RM1,000 hingga RM2,500 setiap satu daripada pemilik pasport kalangan warga India tempatan yang mempunyai iras atau hampir sama dengan wajah migran Sri Lanka untuk dipalsukan bagi kegunaan migran terbabit ke negara ketiga.

 "Sindiket seterusnya akan menguruskan laluan mudah kepada migran terbabit dengan bantuan pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA dengan bayaran antara RM150 hingga RM350 setiap migran," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Khalid berkata, warga Sri Lanka yang diseludup keluar akan menggunakan pasport Sri Lanka dan pas penerbangan tulen, menunjukkan mereka akan pulang ke negara asal.


 Katanya, sebaik tiba di kawasan satelit, sindiket akan menyerahkan PMA palsu berserta pas penerbangan ke Belanda, seterusnya ke Switzerland, dengan bayaran RM60,000.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152001

Zaidi pergi, Nazira ikut





am@hmetro.com.my


Sungai Petani: “Ke mana saja Zaidi pergi, isterinya (Nazira) pasti ada bersama, malah mereka saling bertukar giliran untuk memandu lori kerana tidak pernah berpisah.”


Begitu kata Mansur Putih, 61, bapa kepada pemandu lori, Zaidi, 37, yang maut akibat tersepit di tempat duduk selepas lori yang dipandu isterinya, Nazira Said, 29, merempuh belakang treler dalam kemalangan di Kilometer 111, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran Kampung Pokok Asam, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 7.15 pagi itu turut menyebabkan kerosakan terhadap tiga kereta lain iaitu masing-masing Perodua Viva, Hyundai Getz dan Suzuki Swift yang mengekori lori berkenaan.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika lori dinaiki pasangan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus, Alor Setar, selepas menghantar buah-buahan di Johor Bahru, Johor.

Namun, sebaik tiba di lokasi, lori Isuzu yang dipandu isteri mangsa merempuh belakang treler yang bergerak perlahan di laluan kecemasan kerana tayar pecah

Akibat kejadian itu, Zaidi cedera parah di seluruh tubuh dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan.

Mansur berkata, kali terakhir dia bertemu Zaidi pada malam Jumaat lalu, namun anaknya tidak banyak bercakap dan tidak memberitahu destinasi dituju kecuali memaklumkan ada penghantaran saja pada malam itu.

“Arwah Zaidi tidak pernah meninggalkan Nazira, malah isterinya itu turut bekerja dengan syarikat sama. Zaidi dan isterinya akan bergilir-gilir membawa lori sekiranya mereka rasa letih di mana selalunya arwah dan isteri akan menghantar buah-buahan ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

“Namun pagi ini (semalam), saya terkejut apabila diberitahu lori dinaiki Zaidi dan isterinya terbabit dalam kemalangan di Sungai Petani,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui di Jabatan Forensik HSAH, di sini, disebabkan masih terkejut dan sedih dengan kejadian itu.

Seorang ahli keluarga Nazira yang mahu dikenali sebagai Said, 60-an, berkata, pada malam dua hari lalu, dia bertemu Zaidi dan Nazira di Plaza Tol Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang dan arwah ada memberinya dua ekor ayam dan tiga buah mempelam sebelum meneruskan perjalanan.

“Ketika itu arwah sempat memberitahu ayam itu untuk dibuat kenduri, namun tidak memberitahu ke mana mereka berdua mahu menghantar barang. Itulah kali terakhir saya berjumpa dengan mereka dan pagi tadi dikejutkan apabila mendapat panggilan memberitahu mereka berdua terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zuker Md Isa berkata, kemalangan berlaku selepas lori yang dinaiki pasangan suami isteri terbabit merempuh belakang treler yang bergerak perlahan di laluan kecemasan kerana tayar pecah.

Katanya, ketika kejadian lori dan treler berkenaan datang dari Butterworth, Pulau Pinang ke Alor Setar.

“Akibat rempuhan itu, tiga kereta yang mengekori turut melanggar lori berkenaan. Bahagian hadapan lori berkenaan remuk teruk menyebabkan suami isteri berkenaan tersepit di tempat duduk dan mengalami cedera parah.

“Mangsa lelaki yang cedera teruk meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya yang parah dikejarkan ke HSAH dengan ambulans untuk rawatan manakala pemandu tiga kenderaan lain mengalami kecederaan ringan dan pemandu treler tidak cedera,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:11 AM

Keadaan lori yang dipandu Nazira dan suaminya, Zaidi remuk teruk selepas merempuh treler di KM111 Lebuhraya Utara-Selatan.

Nyaris rentung bas terbakar


Bintulu: Seramai 27 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbakar di Jalan Miri-Bintulu, berdekatan Rumah Panjang Sampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari bandar Bintulu ke Miri terbakar kira-kira 80 peratus, namun semua penumpang termasuk pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Hashim Norshidi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran bas itu berpunca masalah pendawaian dan teknikal.

“Ketika dalam perjalanan, bas itu mengalami kebakaran kecil sebelum pemandu bas bertindak memberhentikan bas ekspres berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:09 AM

KEADAAN bas yang terbakar, semalam.

Kereta putus dua


Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

mohdhelmi@hmetro.com.my


Jelebu: Seorang wanita maut, manakala tiga yang lain parah apabila kereta Proton Iswara yang dinaikinya terputus dua selepas merempuh tiang papan tanda kawasan perkelahan Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2 petang, wanita berusia 20-an itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Tiga lagi mangsa iaitu masing-masing dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an cedera parah dan dibawa ke Hospital Jelebu di sini, untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu Mohd Zakri Abdul Razak berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 2.06 petang itu.

“Kereta dipandu seorang daripada mangsa yang dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kuala Klawang dipercayai hilang kawalan ketika melalui tempat kejadian.

“Kereta itu kemudian bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas melanggar tiang papan tanda menyebabkan kenderaan berkenaan terputus dua,” katanya.

Menurut Mohd Zakri, mangsa yang maut diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:08 AM

KEADAAN kereta yang terputus dua selepas merempuh tiang papan tanda Jeram Toi.

Penunggang motosikal maut langgar kereta


Melaka: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Pantai Klebang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa, Nazri Zulfahmi, 21, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja sebelum terbabit kemalangan dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.


Bapa mangsa, Zulfahmi Abdul Rahman, 61, berkata, keluarga mereka terutama isterinya amat terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah yang juga anak keenam daripada tujuh adik-beradik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Honda C100 dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Tiang Tiga menghala ke arah bulatan Dataran 1Malaysia sebelum bertembung dengan Proton Pesona dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu warga emas berusia 74 tahun memasuki laluan mangsa menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:07 AM

KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Pantai Klebang

13 kenderaan rosak dirempuh lori



Kota Kinabalu: “Dia (pemandu lori) bukan sahaja merempuh beberapa kenderaan, malah nyaris melanggar seorang lelaki cuba memberhentikan tindakan lelaki berkenaan daripada merempuh keretanya,” kata Halwi Mapa, 43, salah seorang mangsa yang kenderaannya rosak selepas dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Jalan Pantai, semalam.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi, 13 kenderaan mengalami kerosakan termasuk Proton Exora milik Halwi dan beberapa kenderaan lain antaranya Toyota Avanza, Proton Saga BLM, Toyota Corolla, Proton Perdana, Nissan Almera, Perodua Myvi, Perodua Viva dan Hyundai Atos.


Selain itu, turut dirempuh sebuah pikap dan sebuah bas ekspres.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala pemandu lori satu tan itu dipercayai melarikan diri dengan meninggalkan lori dipandunya berhampiran lokasi kejadian.

Menurut Halwi, ketika kejadian, dia berada di luar kenderaannya sambil menunggu isterinya yang membeli barang di pasar minggu dan secara tiba-tiba, sebuah lori merempuh sebuah kereta di belakang lalu merempuh kenderaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:07 AM

LORI dipercayai merempuh 13 kenderaan di Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

73 rentung



Agensi
Kabul: Seramai 73 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila dua bas yang berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di lebuh raya di Ghazni, wilayah tengah Afghanistan, menyebabkan letupan besar.

Jurucakap gabenor Ghazni, Jawid Salangi berkata, kedua-dua bas itu yang membawa kira-kira 125 penumpang berlepas dari Kabul menuju ke Kandahar di selatan negara itu apabila bertembung dengan lori tangki terbabit yang datang dari arah bertentangan.


Letupan dan kebakaran yang berlaku memusnahkan ketiga-tiga kenderaan dalam masa yang singkat.

Kebanyakan yang mati, termasuk wanita dan kanak-kanak rentung.

Jawid berkata tentera dikerah membantu bomba untuk mengeluarkan mayat. Penduduk disekitar tempat kejadian juga menghulurkan bantuan.

Ramai yang cedera dikatakan tenat.

Sementara itu, pengarah trafik Ghazni, Mohammadullah Ahmadi berkata, bas terbabit bergerak di belakang satu sama lain ketika kejadian jam tujuh pagi itu.

Kemalangan sering berlaku di Afghanistan kerana keadaan jalan raya yang buruk dan undang-undang jalan raya jarang dipatuhi.

Bagaimanapun, dengan standard lebuh raya yang terkenal teruk di negara itu, kemalangan semalam dianggap amat teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 8:07 AM

KEADAAN selepas kemalangan berkenaan di Ghazni.

Padah abai, sebabkan kematian anak

Zuhairi Kassim. FOTO Sarah Zulkifli

Sarah Zulkifli

sarah@hmetro.com.my


Ampang: Ibu beranak tujuh yang sedang sarat hamil lapan bulan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan pengabaian dan dengan cuai menyebabkan kematian anak lelakinya berusia enam tahun di sebuah pangsapuri di Tasik Permai, di sini, dua tahun lalu.


Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zuliana Tahir, 34, suri rumah, selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah melakukan perbuatan itu terhadap anak keempatnya, Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy.

Selain itu, mahkamah turut mendenda RM15,000 suami Nor Zuliana, Zuhairi Kassim, 40, yang juga bapa tiri kanak-kanak itu atas tuduhan bersama-sama melakukan pengabaian terhadap Muhammad Akhil Mustaqim di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, pada 12.30 tengah hari, 23 hingga 26 Mei 2014.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda bagi tuduhan pengabaian Muhamaad Akhil Mustaqim, manakala penjara 10 bulan lagi bagi wanita itu atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya.

Sebelum ini, pada 9 Jun 2014, suami isteri itu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan sama dan kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:09 PM



22 korban tanah runtuh, 17 masih hilang




Reuters
Beijing: Jumlah korban tanah runtuh yang melanda stesen janakuasa hidro di wilayah Fujian, selatan China, kini meningkat kepada 22 orang dengan 17 masih hilang.

Menurut laporan agensi berita rasmi China, Xinhua, tanah runtuh akibat hujan lebat semalam, melanda stesen janakuasa yang dalam pembinaan itu dan sehingga tengah hari tadi, 22 mayat sudah ditemui.


Bagaimanapun, hujan lebat berterusan menyukarkan kerja mencari dalam menyelamat membabitkan lebih 600 anggota penyelamat, termasuk anggota bomba dan polis.

Tanah runtuh itu juga menghalang jalan ke tapak pembinaan stesen berkenaan menyebabkan jentera berat tidak boleh dibawa masuk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:21 PM

Pandangan dari udara tanah runtuh yang melanda tapak pembinaan stesen janakuasa hidro di Fujian, selatan China, mengorbankan 22 orang dengan 17 masih hilang. - Foto Reuters

Pegawai imigresen suspek sindiket pasport

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz 
azimfitri@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Dua pegawai imigresen antara 19 individu ditahan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Lembah Klang pada 12 April hingga 6 Mei lalu kerana disyaki terbabit penyeludupan warganegara Sri Lanka menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid, Abu Bakar berkata, turut ditahan tujuh ejen masing-masing terdiri daripada tiga warganegara India dan Sri Lanka serta seorang warga tempatan.
"PDRM juga menahan tiga 'runner', lima migran warga Sri Lanka dan dua fasilitator menggunakan PMA dipalsukan untuk tujuan perjalanan ke Geneva, Switzerland," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket membeli PMA tulen dengan harga RM1,000 hingga RM2,500 setiap satu daripada warga India tempatan yang mempunyai mirip muka hampir sama dengan wajah migran warga Sri Lanka untuk dipalsukan.
Khalid memberitahu, semua suspek ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 7:35 PM

Wilayah Alberta Dalam Bahaya, Kebakaran Hutan Sukar Dikawal


Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 11:27 AM
Penduduk bergegas ke keluar dari bandar Alberta sebaik mengesan kebakaran semakin marak dan membahayakan nyawa.

FORT MCMURRAY: Amaran dikeluarkan supaya penduduk sekitar kawasan tanah gersang di Wilayah Alberta berjaga-jaga susulan kebakaran hutan yang melanda Kanada kini disifatkan semakin berbahaya dan tidak menentu.
Kerajaan mengisytiharkan darurat di bandar minyak yang mencapai saiz negara Perancis itu.
Menteri Keselamatan Awam, Ralph Goodale berkata, bencana itu semakin sukar dikawal dan penduduk perlu bersedia untuk meninggalkan bandar itu.
"Angin kuat menyebabkan kebakaran semakin marak dan ekstrem,” katanya.
Hampir semua 25,000 penduduk yang masih terperangkap di utara meninggalkan bandar ini sama ada melalui pengangkutan udara atau konvoi di jalan raya.
Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Alam Alberta pula memaklumkan, kebakaran hutan tersebut menjadi dua kali ganda dalam tempoh sehari, meliputi kawasan seluas 200,000 hektar.
Penduduk Alberta mendapatkan barang keperluan yang disediakan di pusat perpindahan mangsa kebakaran hutan.
Keadaan yang membimbangkan itu berikutan kadar kelembapan yang rendah, suhu hampir mencecah 30 darjah Celsius dan angin kencang selaju 40 kilometer sejam sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan tiada sebarang kematian direkodkan dalam tempoh seminggu berlakunya kebakaran hutan itu.
Hingga kini, lebih 1,400 anggota bomba, 133 helikopter, 200 kelengkapan berat dan lebih 27 pesawat pemadam kebakaran terlibat dalam operasi mengawal kebakaran di 43 kawasan berbeza di wilayah tersebut dengan tujuh daripadanya tidak terkawal. – AFP

Lima Korban Bot Karam Pulau Seribu, Seorang Lagi Masih Hilang


Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 12:55 PM
Gambar Hiasan

JAKARTA: Lima pelancong terkorban, manakala seorang lagi masih hilang selepas bot yang karam di perairan Pulau Seribu pada Sabtu lalu.
"Mayat mangsa sudah dihantar ke hospital awam untuk tujuan pengecaman," kata pegawai bomba pulau berkenaan, Edi Rudianto.
Kompas.com melaporkan, sepasukan 16 anggota pasukan penyelamat itu turut dibantu pihak polis dan pengangkutan masih di lokasi kejadian bagi mengesan seorang lagi mangsa yang hilang.
Menurut Edi, maklumat daripada pemilik bot, Abdul Wahab menyatakan ia hilang pada pukul 4 pagi, Sabtu lalu.
"Sebaik mendapat maklumat mengenainya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan. Hanya seorang ditemui selamat," kata Edi sambil menambah nama mangsa yang selamat adalah Kristian dari Taman Sari, Jakarta Barat.
Sementara itu, kata Kristian, dia dan enam penduduk taman berkenaan menyewa bot Abdul pada pukul 5 petang, Jumaat.
Enam yang lain adalah Doni Marcel, Giok Sun, Giok Liong, Fahrul Majid, Sonson dan OK.
"Mangsa yang terselamat mendapat rawatan di pusat kesihatan Pulau Panggang, dia masih dalam keadaan trauma dan pihak polis masih menyoal siasatnya," katanya.
Berdasarkan penjelasan Kristian, dia terselamat kerana berenang ke Pulau Panggang sebaik kejadian pada pukul 2 pagi itu.

Ketua Penerangan Umno Cheras dibebaskan


KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk  melepas dan membebaskan Ketua Penerangan Umno, Zamri Redzuan @Ridwan,50,  atas pertuduhan pecah amanah melibatkan cek bernilai RM4,350 dua tahun lalu.
Hakim Mohd Nasir Nordin, memutuskan demikian terhadap Zamri, selepas pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Ahmad Nidzam ‎Wan Omar memberitahu pihaknya telah menerima surat representasi daripada pihak pembelaan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.
"Pihak pendakwaan menerima representasi pihak pembelaan dan bersetuju dan memohon mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan menggunapakai Seksyen 376 dibaca bersama Seksyen 254 Kanun tatacara jenayah.
"Kita tarik balik kes, kita bersetuju dengan rayuan pihak pembelaan menerusi  representasi itu. Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,"jelas Wan Ahmad Nidzam ketika ditemui pemberita di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, pada pembicaraan April lalu, ‎Zamri  mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dengan memasukkan cek jumlah tersebut ke dalam akaun peribadinya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit namun ia tidak dibayar sepenuhnya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras, dekat sini pada 27 Januari 2014.
Jika disabit dengan kesalahan, Zamri yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Pasar Pudu  bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didend

Mayat terakhir nahas helikopter ditemui


Mayat terakhir nahas helikopter ditemui.
SHAH ALAM - Mayat terakhir mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 dipercayai juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui kira-kira jam 10.45 pagi ini di sekitar kawasan Triso, Sebuyau, Sri Aman.
Menurut laporan BHOnline, mayat yang ditemui tiba di jeti Pekan Lingga pada jam 11.35 pagi dan akan dibawa ke Hospital Umum Kuching menaiki helikopter.
[ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak]
Dalam insiden malang itu, helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama suami, Asmuni Abdullah dan beberapa yang lain berlepas dari Betong pada 4.12 petang Khamis lalu  dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.
Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Dua penyamun maut, seorang lagi cedera


ALI
SELAYANG - Dua penyamun maut manakala seorang lagi cedera apabila terbabit dalam kemalangan kurang 10 minit selepas mereka menyamun sebuah stesen minyak di Taman Templer, di sini.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 7.40 pagi itu, kereta dinaiki kesemua suspek terbabas di Kilometer 15, Jalan Kuching menghala Kuala Lumpur berhampiran Taman Prima Selayang, di sini.
Menurutnya, identiti suspek dikenal pasti mangsa sewaktu pengecaman oleh mangsa melalui gambar pada kad pengenalan suspek.
“Suspek berusia 20-an dan 30-an itu memakai topi, menyamun menggunakan parang serta menaiki kereta Naza Citra dipercayai kenderaan curi.
“Pemandu yang maut di lokasi kejadian dikesan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan baru keluar penjara,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian itu.
“Pemandu berusia 34 tahun mati di lokasi kejadian selepas tercampak keluar kira-kira sepuluh meter.
“Seorang lagi suspek mati di hospital dan tiada dokumen diri. Suspek ketiga berusia 25 tahun cedera dan masih dirawat di Hospital Selayang," katanya.

Terkejut tengok kejadian ragut


Komuniti Taman Permint Permata terkejut menyaksikan seorang lelaki dicekup anggota polis kerana meragut dan gimik tersebut berjaya menghidupkan suasana Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita IPD Hulu Terengganu.
HULU TERENGGANU - Keadaan gempar seketika di Taman Permint Permata, Kampung Butut, di sini, sehingga ada dalam kalangan penduduk menjerit kerana terkejut menyaksikan kejadian seorang wanita diragut di kawasan perumahan itu, pagi semalam.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi dan mangsa berusia sekitar 20-an bernasib baik kerana beg tangannya yang diragut berjaya diselamatkan oleh seorang anggota polis wanita.
Anggota polis wanita yang sedang membuat rondaan pada ketika itu sempat menghalang suspek berusia lingkungan 20-an serta difahamkan berasal dari Johor daripada melarikan diri.
Berlaku sedikit pergelutan ketika suspek cuba ditahan, namun dengan seni mempertahankan diri dipelajari, anggota polis wanita itu berjaya menewaskan peragut.
Bagaimanapun, suspek dibebaskan beberapa minit kemudian kerana kejadian itu sebenarnya gimik yang dilakonkan bersempena Pelancaran Taman Angkat Skuad Polis Aman Wanita (Amanita) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu dan ternyata ia menjadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asistan Superitendan Mohd Haki Hasbullah memaklumkan, Taman Permint Permata dipilih daripada 17 taman perumahan di daerah ini sebagai projek perintis program Taman Angkat Amanita IPD Hulu Terengganu.
Katanya, suri rumah adalah kumpulan yang boleh menyalurkan maklumat kepada polis kerana sentiasa berada di rumah dan tahu perkembangan sesama jiran, manakala Skuad Amanita berkeupayaan meraih kepercayaan masyarakat terutama suri rumah dan jiranita.
"Menjelang Ramadan tidak lama lagi kita harap komuniti di sini atau suri rumah dapat ambil langkah keselamatan sewajarnya bagi mengelak berlaku kes jenayah seperti pecah rumah sewaktu solat tarawih.
"Program taman angkat ini diharap sedikit sebanyak dapat beri peluang kepada suri rumah melakukan tindakan perlu bagi mencegah kegiatan jenayah," katanya pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita IPD Hulu Terengganu di Taman Permint Permata, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu, Johari Abu Bakar.

Pesawat Noriah disambar petir


PASUKAN mencari dan menyelamat menemui sebahagian lagi serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar semalam.


SRI AMAN – Seorang penduduk di rumah panjang Kampung Seduku dekat sini mendakwa, dia ternampak sebuah daripada empat buah helikopter yang terbang melalui perkampunganya terkena panahan petir ketika hujan lebat pada 5 Mei lalu.
Mengimbau detik cemas pukul 4 petang itu, Mona Lipek, 40, berkata, ketika itu dia berehat di beranda rumahnya sebelum ternampak empat buah helikopter terbang menuju ke zon Sebuyau.
“Kampung ketika itu dilanda hujan lebat, ribut, petir dan guruh.
“Ketika duduk, saya mulanya ternampak empat buah helikopter yang terbang seperti berkonvoi.
“Sedang saya mendongak ke langit, secara tibatiba helikopter keempat terkena panahan petir menyebabkan pesawat tersebut menjadi tidak stabil,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Mona memberitahu, dia yang cemas dan takut me­nyaksikan kejadian tersebut terus masuk ke dalam rumah tanpa mengetahui bagaimana keadaaan pesawat tersebut.
Seorang lagi penduduk di kampung sama, Gelang Kadir, 39, pula mendakwa, semasa sedang memasak pukul 4.30 petang, dia menjadi panik apabila rumah dan pokokpokok di sekitarnya bergoyang.
“Saya yang melihat dari tingkap, nampak sebuah helikopter terbang amat rendah seperti mahu melakukan pendaratan cemas,” ujarnya.
Sejurus selepas itu, kata Gelang, dia terdengar bunyi seolaholah letupan namun tidak dapat memastikan sama ada letupan itu berpunca daripada helikopter atau disebabkan petir.
Seorang nelayan, Arif Johari, 40, dari Kampung Lingga pula memberitahu, kawannya yang sedang bertukang mendakwa ternampak sebuah helikopter terbang rendah menuju ke arah Sebuyau sebelum pesawat itu hilang dari pandangan.
Suut Ujang, 72, dari kampung sama pula menceritakan ketika kejadian, kampungnya hujan renyairenyai dan sesekali kedengaran petir.
“Saya ada terdengar enjin helikopter yang sangat kuat sebelun ternampak pesawat itu terbang rendah menghala ke arah Sebuyau,” katanya.
Khamis lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 membawa lima penumpang dan seorang juruterbang yang dilaporkan hilang di Sebuyau dekat sini disahkan terhempas di Batang Lupar. Lima mangsa yang ditemui terbunuh ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, suami Noriah, Tuan Asmuni Abdullah.
Turut terkorban Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun.
Bagaimanapun, sehingga semalam, juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas belum ditemui.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz486VzzHtA 
Hakcipta terpelihara 

Kebakaran di Kanada kian merebak


KEADAAN sebuah kenderaan dan kawasan kediaman yang musnah dalam kebakaran di satu kawasan kejiranan di bandar Fort McMurray, Alberta, Kanada. - AFP


FORT MCMURRAY, Kanada – Kebakaran hutan besar yang melanda Kanada telah menjadi dua kali ganda kelmarin dan pegawai memberi amaran bahawa situasi di kawasan tanah gersang di wilayah Alberta semakin berbahaya dan tidak menentu.
“Kebakaran yang berlaku kini di luar kawalan, keadaan semakin berbahaya,” kata Menteri Keselamatan Awam, Ralph Goodale mengenai kebakaran yang bersaiz lebih besar daripada kota London yang memaksa penduduk meninggalkan bandar ini.
Angin kuat menyebabkan kebakaran semakin marak ke tengah bandar minyak itu lewat kelmarin ketika hampir semua 25,000 penduduk yang masih terperangkap di utara akhirnya meninggalkan bandar Fort McMurray sama ada melalui pengangkutan udara atau konvoi di jalan raya.
Kebakaran hutan tersebut telah menjadi dua kali ganda dalam tempoh sehari, meliputi kawasan seluas 200,000 hektar menjelang tengah malam dan semakin mengganas, kata Agensi Pengurusan Bencana Alam Alberta dalam satu kenyataan kelmarin.
“Keadaan api masih besar dan ekstrem,” katanya.
Kadar kelembapan yang rendah, suhu yang tinggi hampir mencecah 30 darjah Celsius dan angin kencang selaju 40 kilometer sejam di dalam hutan dan daun-daun kering akibat kemarau selama dua bulan menjadi faktor api semakin marak serta sukar dipadamkan.
Bagaimanapun, dalam situasi berkenaan, pihak berkuasa memaklumkan tiada sebarang kematian direkodkan berhubung kebakaran yang telah pun berlaku sejak seminggu lalu.
Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Bomba Alberta, Chad Morrison berkata, hujan lebat diperlukan untuk mengawal kebakaran tersebut.
Kerajaan telah mengisytiharkan keadaan darurat di Alberta, sebuah wilayah yang bersaiz sebesar negara Perancis dan merupakan pusat pengeluaran industri minyak.
Hingga kini, lebih 1,400 anggota bomba, 133 buah helikopter, 200 kelengkapan berat dan lebih 27 pesawat pemadam kebakaran terlibat dalam operasi mengawal kebakaran di 43 kawasan berbeza di wilayah tersebut dengan tujuh daripadanya langsung tidak terkawal. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz486VoEDea 
Hakcipta terpelihara