Search This Blog

Sunday, May 8, 2016

21 'Keldai Dadah' Rakyat Malaysia Berdepan Hukuman Mati Di Thailand


Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 7:45 PM
Gambar fail suspek-suspek yang ditangkap berkaitan dengan dadah pada Mac lalu.

BANGKOK: Kesemua 21 rakyat Malaysia, yang ditangkap di Thailand baru-baru ini kerana disyaki menjadi 'keldai dadah', boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Narkotik Thailand kerana memiliki dan menjual Bahan Kategori 1.

Menurut seorang pegawai polis Thailand, siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan dan setakat ini sudah selesai antara 60 dan 70 peratus.

"Suspek boleh dikenakan hukuman mati berikutan sejumlah besar methamphetamine ('ice') dan heroin yang dirampas daripada mereka.

Polis memperoleh bukti kukuh terhadap mereka.

"Walaupun ada kemungkian mereka dikenakan hukuman maksimum iatu hukuman mati mengikut tuduhan yang ditetapkan, tetapi mahkamah Thailand jarang menjatuhi hukuman itu dan lebih suka mengenakan hukuman penjara jangka panjang," katanya dalam wawancara melalui telefon dengan Bernama pada Ahad.

Pada 23 dan 24 Mac, rakyat Malaysia terbabit daripada dua kumpulan terdiri 15 dan enam lelaki, ditangkap Polis Kereta Api Thailand di empat stesen kereta api dan dalam sebuah van penumpang.

Sebanyak 226kg methamphetamine dan lapan kilogram heroin yang diisi di dalam beg dirampas daripada mereka.

Kereta api yang mereka naiki dijadual menuju ke Butterworth dari Hualamphong, Bangkok.   

Polis Thailand menyifatkan rampasan dadah itu sebagai antara yang terbesar jumlahnya dalam tempoh terkini, yang boleh mencecah harga kira-kira RM400 juta di Eropah.

Pegawai polis itu juga berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat hubungan antara suspek dengan seorang pengedar dadah utama, tetapi beliau enggan menjelaskan kewarganegaraan pengedar itu.

Dalam wawancara dengan Bernama sebelum ini, Kol Polis Puttidej Bunkrapuedari polis Kereta Api Thailand berkata siasatan menunjukkan bahawa cubaan untuk menyeludup dadah oleh 21 rakyat Malaysia itu didalangi tiga lelaki.

Kesemua suspek kini ditahan di Institusi Koreksional Pusat bagi Penagih Dadah Bangkok.-Bernama

Mayat ditemui dalam but kereta yang tenggelam dalam lombong


08/05/2016 6:44pm




SEPANG - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam but sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai tenggelam dalam sebuah lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya di sini sejak lima hari lalu.
Menurut maklumat awal bomba, mayat itu ditemui di bahagian belakang but kereta tersebut kira-kira pukul 2.41 petang.
"Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu berjaya menaikkan kenderaan mangsa pada pukul 4.40 petang.
"Pemeriksaan menemui mayat seorang lelaki yang masih belum disahkan identitinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz484UutaZk 
Hakcipta terpelihara 

Peniaga Telefon Bimbit Parah Ditetak, Suspek Menyamar Pembeli


Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 8:23 PM
Gambar hiasan.

SEREMBAN: Seorang peniaga telefon bimbit parah akibat ditetak di kepala oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pelanggan, dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Port Dickson, dekat sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa berusia 24 tahun itu tercedera selepas bertindak merampas semula beg sandang miliknya yang cuba dilarikan suspek. 
"Semasa kejadian mangsa bersama adiknya di dalam premis berkenaan... suspek telah datang ke kedai dan menyamar untuk membeli telefon bimbit.
"Suspek kemudiannya mengambil beg sandang mangsa yang diletakkan di atas meja cashier dan mangsa bertindak merampasnya semula. Akibat tindakan itu, mangsa ditetak di bahagian kepala di atas telinga kanan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu. 
Adzli berkata, bagaimanapun beg itu berjaya dilarikan suspek selepas menetak mangsa.
"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar memandangkan kesan luka yang dialami agak dalam," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan. - Bernama

Parah nahas selepas bunuh warga emas

Batu Pahat: Wanita warga emas berusia 62 tahun yang juga pemilik kedai gunting rambut maut ditikam selepas disamun di premisnya di Medan Niaga Parit Sulong, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.06 petang itu, suspek bagaimanapun cedera parah di bahagian dada selepas dilanggar sebuah kereta ketika cuba melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata suspek berusia 31 tahun dipercayai berpura-pura memasuki premis berkenaan untuk memotong rambutnya sebelum bertindak menyamun wanita berkenaan.
Menurutnya suspek kemudian bertindak menikam bahagian belakang badan mangsa sebanyak dua kali dipercayai menggunakan pisau.
"Suspek yang melarikan diri menaiki motosikal sejurus selepas kejadian kemudian dilanggar kereta kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah.
"Suspek dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan, namun dikawal ketat polis," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:59 PM


MANGSA yang maut ditikam. Gambar kecil, suspek yang parah kemalangan. FOTO ihsan pembaca

6 pekerja terbunuh selepas kilang mercun meletup

Suphan Buri: Enam pekerja warga Myanmar maut kelmarin selepas sebuah rumah yang dijadikan kilang membuat mercun secara haram meletup, kata polis.
Letupan kuat berlaku kira-kira jam 9 malam (waktu tempatan) di sebuah rumah berhampiran Khlong 19 di Plabplachai di daerah U Thong.
Polis yang tiba di lokasi kejadian hanya melihat sisa runtuhan rumah bersama cebisan mayat mangsa yang bertaburan.
Mangsa yang terbunuh dipercayai empat lelaki dan dua wanita yang berasal dari Myanmar.
Jurucakap polis, Sayam Suanin berkata, pekerja berkenaan dipercayai sedang membuat mercun yang besar sebelum ia tiba-tiba meletup.
Katanya, polis juga sudah mengenal pasti pemilik kilang haram itu yang dipercayai menjual mercun berkenaan kepada petani untuk menghalau haiwan.
“Kami sukar mengenal pasti mangsa kerana sudah rentung dan berkecai,” katanya.
Mercun yang dibuat secara haram popular di Thailand kerana sering digunakan petani untuk menghalau haiwan perosak dan ketika menyambut perayaan. -
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:05 AM

KEADAAN kilang mercun haram yang musnah dalam satu letupan kelmarin.

Lima mayat nahas helikopter telah dijumpai




Tanda nombor satu hingga lima merupakan lokasi penemuan lima mayat mangsa nahas helikopter AS350 di Batang Lupar semalam.


SRI AMAN – Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi helikopter terhempas di Batang Lupar, Sarawak yang memasuki hari ketiga semalam berjaya me­nemui empat lagi mayat.
Ia menjadikan keseluruhan lima mangsa yang maut dalam nahas tersebut berjaya ditemui oleh pasukan SAR dan hanya tinggal seorang lagi mang­sa belum dijumpai.
Kesemua mayat yang ditemui semalam berada pada jarak kira-kira l0 kilometer antara satu sama lain.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, keempat-empat mayat itu masing-masing ditemui pada pukul 8.34 pagi 12.04 tengah hari, 3.20 petang dan 6 petang di sekitar Batang Lupar dekat sini.
Menurutnya, lokasi pertama mayat pertama dijumpai berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10 kilometer (km) dari Pusat Operasi SAR di Lingga.
“Mayat kedua dijumpai kira-kira lima kilometer dari Lingga dan mayat ketiga ditemui satu kilometer dengan lokasi pe­nemuan mayat Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komo­diti, Datuk Noriah Kasnon sebelum ini (Jumaat).
“Mayat keempat pula dijumpai pasukan SAR dalam keadaan terapung di Tanjung Peleban iaitu kira-kira tiga kilometer dari Pusat Operasi SAR,” katanya ketika ditemui di Pusat Operasi SAR di Lingga dekat sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz48228Hyz7 
Hakcipta terpelihara 

Lagi ATM dipecah, RM200,000 lesap dilarikan sekumpulan lelaki


07 Mei 2016 1:28 AM




KUALA LUMPUR 6 Mei – Lagi kes mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dipecah.
Kali ini, kira-kira RM200,000 lesap selepas sekumpulan lelaki memecahkan dua mesin ATM di dalam sebuah pasar raya besar di Taman Bukit Ampang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kesemua suspek dipercayai memecah masuk ke premis berkenaan melalui tandas lelaki yang terletak berhampiran mesin terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, sebaik sahaja masuk ke dalam premis itu melalui tandas, kesemua suspek memecahkan ATM menggunakan gas Oxy-acetylene sebelum melarikan wang tunai.
Menurut beliau, ketika kejadian tiada pengawal keselamatan di lokasi kejadian.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kita mendapati lebih daripada seorang suspek terlibat dan kesemua mereka memakai topeng muka.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti kesemua suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu gerakan memburu kesemua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pada 26 April lalu, sekumpulan penjenayah meletupkan sebuah mesin ATM di sebuah bank di Jitra, Kedah dan melarikan wang lebih RM300,000.
Kejadian itu turut menyebabkan salah sebuah dinding cermin di bahagian dalam bank berkenaan pecah berderai.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lagi-atm-dipecah-rm200-000-lesap-dilarikan-sekumpulan-lelaki-1.319359#sthash.h0s04sZv.dpuf

Pengedar dadah maut terjun dari tingkat 15


jenayah generic

PULAU PINANG 6 Mei - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini nekad terjun dengan keadaan tangan bergari dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Batu Lancang di sini malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu telah menolak anggota polis yang menahannya sebelum melompat keluar melalui tingkap bilik tidur rumahnya itu.
Akibatnya, dia mati serta-merta setelah memgalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.
Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba ketika rumah itu diperiksa sepasukan anggota polis yang mendapat maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, lelaki itu sebelum itu ditahan di bawah pangsapuri itu apabila kelibatnya yang mencurigakan mendapat perhatian pihak polis.
“Ketika diperiksa di rumahnya di tingkat 15, lelaki itu yang dalam keadaan bergari telah terjun melalui tingkap bilik tanpa sempat ditahan oleh anggota polis.
“Dia ditemukan mati di tingkat bawah pangsapuri itu akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Kor Kadet Ke-46 Kontinjen Pulau Pinang di Jalan Bukit Gambir di sini hari ini.
Abdul Ghafar menambah, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
Jelasnya lagi, pemeriksaan lanjut pihak polis menemukan beberapa jenis dadah sintetik seperti syabu, ketamin, Eramin 5 dan juga pil kuda bernilai RM20,000 di dalam rumah itu.
Polis juga ujarnya, menahan seorang wanita warga Thailand yang dipercayai isteri suspek di dalam rumah terbabit.
“Wanita warga asing itu kita tahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengedar-dadah-maut-terjun-dari-tingkat-15-1.319120#sthash.j7yFQoiI.dpuf

Pengusaha kedai gunting rambut ditikam


Pengusaha kedai gunting rambut ditikam

Suspek berusia 31 tahun berjaya ditangkap pada jarak 700 meter dari lokasi kejadian dipercayai ketika cuba melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.
 - Gambar ihsan FB Kemalangan dan Bencana Alam..999
BATU PAHAT 7 Mei - Seorang wanita warga emas yang mengusahakan kedai gunting rambut maut dipercayai akibat ditikam dalam kejadian samun di Bangunan Arked Mara, pekan Parit Sulong, di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Tiong Kim Chon, 62, ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam premis perniagaannya dengan dua kesan tikaman di bahagian rusuk kirinya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, seorang suspek berusia 31 tahun berjaya ditangkap pada jarak 700 meter dari lokasi kejadian dipercayai ketika cuba melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

“Sebilah pisau dijumpai di dalam beg silang yang berada pada badan suspek selain lelaki itu turut mengalami kecederaan di bahagian dada dipercayai ketika bergelut dengan mangsa.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai bermotifkan samun ekoran salah sebuah laci yang dipercayai tempat menyimpan wang dalam keadaan terbuka,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengusaha-kedai-gunting-rambut-ditikam-1.319554#sthash.GaspTc1W.dpuf

Jurujual dakwa kerugian RM182,000 percaya teman lelaki maya


Jurujual dakwa kerugian RM182,000 percaya teman lelaki maya

Grafik UNIT MEDIA BAHARU UTUSAN
BUTTERWORTH 7 Mei - Seorang jurujual pasar raya mendakwa kerugian lebih RM182,000 termasuk semua caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang disimpan lebih 20 tahun gara-gara terpesona dengan ayat cinta dan janji manis teman lelaki maya.
Ang Siew Mah, 57, ibu tunggal anak dua itu berkata, dia mengenali lelaki dikenali Ma Tian Xiang, 40-an, yang mengaku berasal dari Hong Kong menerusi laman sosial Facebook pada Mac lepas.
"Sikap lelaki berkenaan yang penyayang dan mengambil berat membuatkan saya jatuh hati dan mempercayainya... dia berjanji mahu datang ke negara ini pada 5 Mei lalu... selain berjanji mahu berkahwin dengan saya dan membawa saya tinggal di negaranya," katanya.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini katanya, ketika lelaki itu mengajaknya menjalankan perniagaan tukaran mata wang asing atau Forex, dia bimbang ditipu tetapi selepas lelaki itu menunjukkan testimoni, dia bersetuju.
Katanya, dia memasukkan RM49,968 pada 28 Mac lepas ke akaun milik lelaki itu, RM39,680 (14 April), RM12,500 (20 April), RM30,000 (21 April) dan pada Rabu lalu RM50,000.
Wanita itu berkata, dia mula menyedari ditipu pada Jumaat lalu selepas akaun Facebook lelaki itu tidak aktif selain talian telefonnya gagal dihubungi dan membuat laporan polis di Bukit Mertajam hari ini supaya wanita lain tidak tertipu sepertinya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt. Mohd. Sabri Mohamad ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat laporan itu. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/jurujual-dakwa-kerugian-rm182-000-percaya-teman-lelaki-maya-1.319573#sthash.3CmgaSsH.dpuf

Warga emas antara 
14 ditahan curi kabel


ABDUL Fuad Abdul Malek menunjukkan gelungan wayar elektrik yang
ABDUL Fuad Abdul Malek menunjukkan gelungan wayar elektrik yang dirampas daripada Geng Madang di Tuaran, Sabah, semalam.
TUARAN 7 Mei - Seorang warga emas antara 14 individu yang ditahan di Te­lipok Ria, di sini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel elektrik, baru-baru ini.
Warga emas berusia 60 tahun yang merupakan dalang Geng Madang itu dipercayai turut terlibat dalam kes kecurian sebuah lori.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Abdul Fuad Abdul Malek berkata, warga emas dikenali sebagai Madang itu aktif melakukan jenayah terbabit sejak Januari lalu.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, pihaknya menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lapasan pada Selasa lalu dan berjaya menemukan lebih 200 kilogram kabel elektrik.
“Turut ditemukan dalam serbuan itu adalah beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan tersebut seperti alat penimbang, pemotong wayar, jeriji besi dan pisau,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, susulan pe­nemuan itu polis berjaya menahan seramai 13 lelaki berusia antara 20 dan 50 tahun dengan dua daripadanya merupakan warga asing.
Abdul Fuad menambah, semua tangkapan dan rampasan termasuk lori terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tuaran untuk tindakan lanjut.
Katanya, saringan ujian air ken­cing mendapati kesemua suspek positif dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu.
“Dengan penangkapan suspek, polis percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 12 kes ber-­kaitan kejadian curi wayar kabel elektrik di sekitar daerah Tuaran sepanjang bulan Januari hingga April lalu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 431 (a) Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/warga-emas-antara-8232-14-ditahan-curi-kabel-1.319636#sthash.lozBeRJU.dpuf

Dua sarjan direman terima suapan RM200


KOTA BHARU 7 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis berpangkat sarjan, semalam bagi membantu siasatan kes menerima suapan sebanyak RM200 bagi melepaskan pesalah.
DUA anggota polis berpangkat sarjan direman enam hari dipercayai menerima suapan bernilai RM200 daripada orang awam di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan, semalam. MINGGUAN/SPRM
Kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini, pukul 11.55 malam selepas penguat kuasa SPRM menerima laporan kes tersebut daripada orang awam.
Menurut kenyataan SPRM Putrajaya, kedua-dua suspek dipercayai menerima suapan bernilai RM200 bagi melepaskan orang awam yang tidak memiliki kad pengenalan.
“Mereka berdua ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Dalam pada itu, kedua-dua suspek dibawa dari Kompleks SPRM Kelantan, di sini ke Mahkamah Majistret Tanah Merah bagi mendapatkan perintah reman kira-kira pukul 10 pagi.
Kedua-dua mereka yang memakai baju tahanan berwarna oren tiba di kompleks mahkamah tersebut pada pukul 10.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin membenarkan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-sarjan-direman-terima-suapan-rm200-1.319641#sthash.UiCZlTp7.dpuf