Search This Blog

Wednesday, May 4, 2016

Dipukul wanita kerana tunjuk kemaluan


Penumpang wanita bertindak menendang pelaku.
KOCAELI - TURKI. Tindakan seorang lelaki melakukan serangan seksual di dalam sebuah bas yang sesak mengundang padah selepas dia dipukul, ditampar malah di tendang oleh beberapa wanita yang turut berada di dalam bas itu.
Insiden berlaku di dalam bas yang sedang bergerak di wilayah Kocaeli barat Turki selepas seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang wanita yang berdiri berhampirannya.
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa memukul lelaki itu secara berulang kali sebelum penumpang wanita lain turut bersama-sama memukul serta menendang suspek.
Ketika dia dipukul oleh beberapa wanita, lelaki itu cuba untuk melarikan diri sebaik pintu bas dibuka dihadapan balai polis Basiskele namun berjaya dihalang oleh beberapa penumpang lain sebelum ditahan polis.
Memetik Metro.uk, saksi berkata, apabila seorang wanita sedar lelaki itu menunjukkan kemaluannya, dia menjerit dan bertindak memukul lelaki itu sebelum diikuti oleh beberapa wanita lain.
Lelaki itu kini ditahan dan siasatan berhubung insiden sedang dijalankan.

Pelajar mendakwa dirogol bergilir-gilir


Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Padah keluar rumah secara ‘bersembunyi’ tanpa pengetahuan keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga berdepan mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki tidak dikenali di sebuah bilik asrama di institut kemahiran di sini, kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan telah keluar dari rumahnya secara senyap kira-kira jam 3 pagi dengan dijemput seorang lelaki yang juga rakan kepada rakan perempuannya.
“Kemudian, mangsa dibawa lelaki berkenaan berjumpa dengan rakan perempuannya itu di Pantai Batu Buruk, di sini, dan selepas puas berehat di taman rekreasi terbabit, mangsa dikatakan mengikut rakan perempuannya bersama dua lagi lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta menuju ke sebuah bilik asrama di institut kemahiran berkenaan.
“Mangsa yang mempercayai rakan perempuannya itu langsung tidak mencurigai tindak tanduk mereka membawanya ke lokasi kejadian sebelum terkejut apabila dipaksa dan dirogol beberapa lelaki tidak dikenali yang ada di dalam bilik asrama itu secara bergilir-gilir,” katanya.
Jelas sumber, sebaik puas melepaskan nafsu, mangsa dihantar dua lelaki pulang ke rumahnya, namun semasa dalam perjalanan itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan sekali lagi dengan merogol mangsa di hadapan sebuah sekolah menengah di daerah ini, kira-kira jam 7 pagi, hari sama.
“Mangsa yang kecewa diperlakukan sedemikian telah bertindak menceritakan kejadian hitam itu kepada ibunya sebelum mereka sekeluarga mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
“Susulan laporan diterima, polis menahan lima lelaki berusia antara 18 tahun hingga 22 tahun di sebuah asrama lelaki di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.10 pagi tadi (semalam) untuk siasatan,” katanya.
Sementara itu, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membenarkan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Dalam masa sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Sufian Sulaiman mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan tangkapan suspek.

Ahli sindiket tipu tanah didakwa


Tertuduh (dua, kanan) dikawal polis keluar dari lokap mahkamah, pagi tadi.
KOTA BHARU - Seorang lelaki dipercayai anggota sindiket penipuan jual beli tanah mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menipu seorang wanita membabitkan kerugian RM9,900.
Tertuduh, Rapli Chulo, 64, dari Kluang, Johor didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin.
Dalam dakwaan itu, tertuduh bersama dua lelaki yang masih bebas didakwa mendorong dan memperdaya Hani Omar, 50, untuk menyerahkan wang sebanyak RM9,900 dengan menjanjikan pulangan sewaan tanah yang menguntungkan.
Penipuan itu didakwa berlaku di Kampung Surau, Nakhoda Saamah, Bachok, pada 27 Oktober 2009.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda di bawah peruntukkan seksyen berkenaan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad memohon tarikh sebutan semula kes berkenaan dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan dia masih mempunyai kes lain di Terengganu.
Kes ditetapkan untuk lantikan peguam pada 6 Jun depan.

Kereta Terjunam Dalam Lubang Pembentung, Warga Emas, Pembantu Terselamat


Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 8:18 AM
-fotoTHESTAR

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas dan pembantunya terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang projek pembetungan sedalam 12 meter di Seksyen 17 Damansara, dekat sini, Selasa.

Pemandu yang hanya dikenali sebagai Yong, 86, dan pembantunya, Marivl Palquing Estoea, 30, bagaimanapun cedera di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios, dikatakan terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang pembetungan berkenaan.

"Punca sebenar kereta itu terbabas masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Selasa.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damasara berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dari lubang pembetungan itu," katanya.

Tiga Rakan Maut, Kereta Bertembung Lori


Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 4:14 PM

SHAH ALAM: Tiga rakan maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km51, Jalan Klang-Teluk Intan, Sungai Terap, dekat sini, Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Roslan Abdullah berkata dalam kejadian pukul 8.18 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Mohamad Safiq Hasan Adli, 22, Ahmad Mustakim Mohd Ngali, 37, dan Mohd Mohyiddin Mohd Subari @ Sarman, 50, dari Sungai Besar.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Waja yang dipandu Mohamad Safiq dari arah Klang menghala ke Teluk Intan dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan lori 16 tan itu.
"Ketiga-tiga mangsa yang tersepit ekoran pelanggaran itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.
Roslan berkata mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
Katanya, pemandu lori tersebut kini ditahan untuk dirakam percakapan dan menurutnya polis meminta mana-mana saksi yang melihat kemalangan itu segera menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Wanita AS Heret Starbuck Ke Mahkamah


Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 11:06 AM

ILLINOIS: Seorang wanita bertindak mengheret Starbuck ke mahkamah kerana tidak puas hati apabila terlalu banyak ais diletakkan dalam mimuman yang dibeli di premis itu.
Media tempatan melaporkan, Stancy Pincus menfailkan tuntutan mahkamah kepada syarikat itu kerana mendakwa pelanggan hanya mendapat separuh minuman daripada apa yang mereka bayar.
Stancy mengetuai tindakan bagi AS$5juta (RM19.6 juta) terhadap syarikat itu.
Dokumen mahkamah yang difailkan mencatatkan, seorang pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk Venti hanya menerima 14 auns minuman iaitu separuh daripada apa yang diiklankan dan lebih separuh harga yang dibayar.
Tambah dokumen itu, pada dasarnya Starbucks mengiklankan saiz cawan minuman sejuk pada menu dan bukannya jumlah minuman yang akan diterima bagi pembelian minuman sejuk dan dianggap proses ke arah penipuan.
Bagaimanapun, dalam maklumbalasnya, Starbucks berkata, ais adalah bahagian penting dalam minuman sejuk dan mereka akan membuat  semula kepada pelanggan yang tidak berpuas hati.
"Pelanggan kami memahami dan maklum ais adalah komponen penting dalam mana-mana minuman berais," kata syarikat itu.

Lelaki Rugi RM1 Juta Dalam Penerbangan Ke Hong Kong


Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 10:48 AM
Gambar fail Terminal Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Foto Reuters

HONG KONG: Seorang lelaki dilaporkan kehilangan matawang asing dan barangan berharga bernilai HK$2 juta (RM1 juta) dalam penerbangan ke Hong Kong.
Akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa penumpang itu merupakan ekspatriat berusia 39 tahun yang menggunakan penerbangan Emirates dari Dubai pada Isnin, menyedari kehilangan itu selepas dia keluar dari pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.
Dilaporkan, wang dan barangan berharga itu disimpan di dalam beg lelaki berkenaan yang diletakkan di dalam tempat menyimpan barang di bahagian atas kabin  emasa penerbangan.
Lelaki itu meminta bantuan daripada kakitangan syarikat penerbangan yang kemudiannya menghubungi polis.
"Siasatan awal menunjukkan dua jam tangan dan lebih AS$200,000 (RM783,310) dicuri dari beg lelaki itu dan jumlah keseluruhan ialah HK$2 juta (RM1 juta)," kata sumber dipetik sebagai berkata.
Polis kini sedang menyiasat kes itu yang diklasifikan sebagai kecurian. – The Straits Times/Asia News Network

Lelaki Myanmar Maut, Rakan Parah Diserang


Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 4:01 PM

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki Myanmar maut manakala rakan senegaranya parah selepas dipukul dan ditetak di sebuah rumah kongsi di  Jalan Estate, Juru Height di sini, Selasa.
Lelaki berusia 20-an itu tidak mempunyai pengenalan diri dan dikatakan baru menumpang di rumah kongsi rakannya.
Mayatnya ditemukan di hadapan pintu rumah kongsi yang berselerak dan dipenuhi darah dan rambut.
"Lelaki itu mati akibat ditetak dan ditikam di beberapa bahagian badan antaranya belakang, perut dan rusuk," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superitendan Mohd Sabri Mohamed.
Beliau berkata rakan lelaki itu pula kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.Mohd Sabri berkata kejadian berlaku pada pukul 7.20 pagi dan lelaki yang cedera tersebut mendakwa mereka disamun beberapa lelaki yang datang ke rumah kongsi berhampiran sebuah kebun sayur itu, menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. 
"Berdasarkan keadaan dalam rumah itu, mangsa dan rakannya dipercayai cuba keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri tetapi gagal dan mereka dipukul serta ditetak suspek. 
"Polis turut menemui dua parang dalam rumah itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut," katanya.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-- Bernama

Gagal seludup ke negara jiran



Wan ABDUL AZIZ menunjukkan kesan umpil pada kenderaan pacuan empat roda yang gagal dilarikan pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Satu sindiket yang mencuri kenderaan pacuan empat roda dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran berjaya ditumpaskan polis Terengganu semalam.
Siasatan awal mendapati, sindiket itu menyasarkan kenderaan pa­cuan empat roda di sekitar Pantai Timur berikutan permintaan tinggi untuk kenderaan jenis itu di negara jiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, anggota sindiket berkenaan yang terdiri daripada tiga lelaki termasuk dua warga Thailand dikesan telah mencuri sebuah kenderaan Mitsubishi Storm milik seorang pekebun pada pukul 12.30 tengah hari.
“Sebelum itu, lelaki berusia 65 tahun tersebut telah meletakkan kenderaannya di tepi jalan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Batu Buruk untuk menziarahi kawannya di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
“Kenderaan Mitsubishi Storm berkenaan dikesan berada di Permaisuri, Setiu dekat sini kira-kira 66 kilometer dari lokasi ia dilaporkan hilang pada pukul 3 petang.
“Sepasukan polis terdiri daripada anggota unit peronda motosikal dan kereta pe­ronda (MPV) telah mengejar kenderaan itu sebelum berjaya memintasnya di Kampung Teluk Tasek, Guntung, Setiu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz47fxJD1MY 
Hakcipta terpelihara 

Polis buru pemilik pusat snuker




KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu lima lelaki termasuk seorang pemilik pusat snuker bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di sebuah pusat snuker di Taman Intan Baiduri, Kepong pada Ahad lalu.
Dalam kejadian pukul 8.45 malam, mangsa berusia 26 tahun itu dipukul dan dilarikan de­ngan sebuah kereta oleh suspek sebelum ditemui oleh orang awam di kawasan letak kenderaan berhampiran Taman Baiduri pada pukul 10 malam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, isteri mangsa yang turut berada di lokasi kejadian telah menelefon abang mangsa bagi memaklumkan kejadian.
“Abang mangsa bergegas ke lokasi kejadian sebelum membawa adiknya yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah ke Hospital Sela­yang.
“Mangsa disahkan tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam otak kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan mati pada pukul 7 malam semalam (kelmarin),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini semalam.
Menurut Munusamy, hasil siasatan mendapati, mangsa dipukul dipercayai berkaitan dua kejadian samun yang dilakukan mangsa di pusat snooker tersebut pada April lalu.
“Lima suspek terlibat dalam kes ini namun pihak polis berjaya mengesan salah seorang daripada mereka iaitu pemilik sebuah pusat snuker bernama Chong Kai Weng @ Kelvin yang berusia 32 tahun.
“Kita minta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh hubungi bilik gerakan IPD Sentul 03-4048 2222 atau tampil di mana-mana balai berdekatan,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz47fxBxc8H 
Hakcipta terpelihara 

Padah rogol gadis umur 19 tahun




AMIRUL ASHRAF (kiri), Zamri (dua dari kiri) dan Wan Muhammad Azizu (dua dari kanan) diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol seorang gadis di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merogol seorang gadis di sebuah rumah di sebuah kampung di sini dua tahun lalu.
Tertuduh, Zamri Hassan, 26, Amirul Ashraf Mohd. Nor, 23, dan Wan Muhammad Azizu Wan Mokhtar, 20, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.
Mengikut pertuduhan, Zamri dan Amirul Ashraf didakwa merogol seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah rumah di kampung itu antara pukul 12 tengah malam dan 1.30 pagi pada 9 September 2014.
Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz47fx3UoNW 
Hakcipta terpelihara 

Ejen jual MyKad palsu RM600


Penguat KUASA JPN membawa warga Filipina (tengah) yang menggunakan MyKad palsu ke JPN Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Tindakan licik seorang jaga warga Filipina yang menggunakan MyKad palsu sebagai pengenalan diri untuk bekerja di negara ini terbongkar dalam Ops ID yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Petaling Jaya awal pagi semalam.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Seri Sulaiman Keling berkata, suspek yang berusia 44 tahun itu yang bekerja di Menara Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada awalnya mengaku berasal dari Sandakan, Sabah.
“Dia juga mengaku baru sebulan bekerja di premis terbabit. Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut, pihak kami mendapati, MyKad yang digunakannya palsu berdasarkan gambar yang tertera,” katanya dalam satu kenyataan di sini Sulaiman berkata, suspek datang dari Zamboanga, Filipina telah merentas negara ini secara haram dengan menggunakan Sandakan, Sabah sebagai transit sebelum memasuki Semenanjung Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz47fwwK2eB 
Hakcipta terpelihara 

Empat sindiket penipuan dalam talian tumpas



MOHD. KAMARUDIN (tengah) menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada sindiket penipuan barangan dalam talian pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mematahkan empat sindiket penipuan barangan dalam talian menggunakan data kad kredit palsu membabitkan kerugian hampir RM1 juta menerusi Ops Helang pada 25 April lalu.
Timbalan Pengarah JSJK (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, sembilan lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 17 hingga 42 tahun berjaya diberkas dalam serbuan yang dijalankan serentak di Selangor, Pahang, Kelantan dan di ibu negara.
“Sindiket terbabit mahir menceroboh sistem pembayaran dalam talian de­ngan menggunakan data kad kredit palsu. Apabila transaksi untuk membeli barang dalam talian gagal diterima, suspek akan memuat turun satu aplikasi dari internet secara percuma untuk memintas ‘backhand coding’ yang dihantar oleh pihak bank kepada syarikat pembekal itu.
“Sejurus pihak pembekal menerima makluman mengenai transaksi pembayaran yang berjaya, penghantaran tempahan akan dibuat berdasarkan alamat yang telah dibekalkan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz47fwitJzP 
Hakcipta terpelihara