Search This Blog

Sunday, April 10, 2016

Gempa 6.6 magnitud landa sempadan Pakistan-Afghanistan

KABUL: Gempa kuat berukuran 6.6 magnitud melanda barat laut pedalaman Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan, menyebabkan gegaran dirasai di ibu negara kedua-dua negara berkenaan.
Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa berpusat berdekatan Chitral di Pakistan di kedalaman 210 kilometer (km).
Gegaran turut dirasai di ibu negara India dan di Kashmir sehingga kebanyakan penduduk lari meninggalkan kediaman, demikian menurut saksi.
Setakat ini belum ada laporan segera mengenai kerosakan dan kecederaan akibat gempa berkenaan. - REUTERS

Lebih 100 maut kebakaran kuil Kerala - Ketua Menteri




KEBAKARAN di kuil bandar raya Kollam di Kerala kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan. - Foto Reuters

KEBAKARAN dipercayai berpunca daripada percikan bunga api yang menyebabkan mercun disimpan dalam stor terbakar dan mengakibatkan letupan besar. - Foto Reuters
NEW DELHI: Angka kematian kebakaran di sebuah kuil di selatan India sudah melepasi 100 orang dengan tumpuan kini bagi merawat mereka yang cedera parah.
"Sudah disahkan bahawa 102 terbunuh manakala 280 yang lain cedera dan dimasukkan di beberapa hospital," kata Ketua Menteri Kerala, Oommen Chandy. - AFP

Video 'selfie' jadi bukti bakar hutan


HUNTSMAN (gambar kecil) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda AS$60 juta (RM240 juta) selepas mengaku bersalah menyebabkan kebakaran hutan antara yang terburuk di California pada 2014. - Foto Reuters
SACRAMENTO: Seorang lelaki yang mengambil video beliau dikelilingi api, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda AS$60 juta (RM240 juta) selepas mengaku bersalah menyebabkan kebakaran hutan antara yang terburuk di California pada 2014.
Wayne Allen Huntsman, pada awalnya mengaku tidak bersalah menyebabkan kebakaran yang berlanjutan selama sebulan, menukar pengakuan dan mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan memulakan kebakaran hutan yang menyebabkan kecederaan kepada anggota bomba dan memusnahkan hartanah.
"Saya mengaku bersalah kerana saya melakukannya," kata Huntsman kepada mahkamah, menurut Timbalan Pendakwa Daerah, Dave Stevenson.
Api merosakkan kawasan hampir 40,488 hektar, memusnahkan sekurang-kurangnya 12 rumah dan menyebabkan ribuan penduduk kawasan peranginan Tasik Tahoe di California Utara kehilangan tempat tinggal.
Huntsman dijatuhi hukuman penjara dan diarah membayar denda AS$60 juta sebagai pampasan kepada mangsa, Peguam Daerah El Dorado dalam satu kenyataan.
Pendakwa berkata, Huntsman melarikan diri dari lokasi kejadian dan bertemu seorang penduduk yang menumpangkan beliau keluar dari situ.
Huntsman menunjukkan video yang diambil menunjukkan beliau berdiri di antara dua punca kebakaran.
"Dengar sini, api di sekeliling saya. Saya terperangkap di tengah-tengah," katanya dalam video itu.
Pemandu berkenaan merakam video itu dan menyerahkannya kepada penyiasat. Huntsman ditangkap beberapa selepas kebakaran bermula. - Agensi

2 pelajar IPT parah kereta rempuh lori



Oleh Ifwan Tun Tuah



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam nahas di Kilometer 285 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Bandar Baru Nilai. - Foto bomba
BANDAR BARU NILAI: Dua pelajar institut pengajian tinggi parah apabila kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan akibat tayar pancit di Kilometer 285 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai A Alvin Tony, 23, dan M Tharani, 23, masing-masing berasal dari Seremban, dekat sini dan Mersing, Johor.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Fauzi Shamir, berkata mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak cedera.
Katanya, sebuah jentera bersama sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 2.04 pagi.
"Setiba di lokasi, kami dapati kedua-dua mangsa lelaki dan wanita itu tersepit di tempat duduk hadapan kereta yang remuk dan kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mereka," katanya di sini, sebentar tadi.

Api misteri belum padam


ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh meninjau rumah Intan semalam selepas api misteri kembali muncul dengan membakar pintu bilik (gambar kecil) rumahnya.


IPOH – Selepas membakar sebahagian kecil anjung rumah, api misteri yang mengganggu kehidupan sebuah keluarga ibu tunggal di Taman Rima Gamelan di Bercham Khamis lalu muncul semula dan hampir memusnahkan sebuah kereta Proton Gen 2 milik salah seorang anaknya semalam.
Api berkenaan muncul di tepi kereta milik Norlezawati Hassan, 31, yang diletakkan di hadapan sebuah rumah jiran sebelum ia disedari oleh salah seorang jiran lain.
Menurut Intan Mohamad, 52, api misteri itu muncul secara tiba-tiba kira-kira pukul 1 petang sebelum dia terdengar jeritan jiran memberitahu kereta anaknya hampir terbakar.
“Semasa kami berada di dalam rumah, terdengar jeritan jiran yang mengatakan ada api di sebelah kereta.
“Kami bergegas keluar sebelum anak saya mengalihkan keretanya ke tempat lain. Api berkenaan bagaimanapun padam sendiri secara perlahan-lahan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz45QVQhHcl 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut kereta terbabas

Johor Bahru: Tiga maut, dua cedera dalam kemalangan kereta di KM8, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 3.30 pagi, Hyundai Sonata dinaiki tiga lelaki dan dua wanita dari arah Johor Bahru ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas dan merempuh tangga jejantas sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ketiga-tiga penumpang bahagian belakang kenderaan itu, Chen Lee Yin, 21; Leong Den Shen, 22 dan Tien Kiong Wei, 22, maut di lokasi kejadian.
Katanya, seorang lagi penumpang di bahagian hadapan, Teoh Sin Yee, 22 dan pemandu kereta, Joseph Ling Zuin Ren, 22, cedera dan kini masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
"Apabila tiba di lokasi kejadian kereta dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sejauh kira-kira 100 meter dan merempuh tangga jejantas pejalan kaki yang berada di sebelah kiri jalan.
"Akibat rempuhan itu, kenderaan itu terbalik dan ketiga-tiga mangsa penumpang belakang maut di lokasi kejadian dan terperangkap dalam kereta," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 3:09 PM

Keadaan kereta dinaiki mangsa. FOTO ihsan PDRM

Dua maut motosikal rempuh kereta

Sitiawan : Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Batu 10 Lekir, di sini, 7.40 pagi tadi.
Kemalangan membabitkan kereta dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun bersama seorang wanita yang membuat pusingan U dirempuh motosikal ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dikatakan dirempuh motosikal yang ditunggang remaja lelaki itu dari arah Sitiawan ke arah Teluk Intan ketika membuat pusingan U.
Katanya, pemandu kereta dan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa anggota badan.
“Mayat mangsa di hantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 2:58 PM


Keadaan di tempat kejadian dua maut dalam kemalangan di Kampung Batu 10 Lekir, pagi tadi. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/129332#sthash.oE80tVuE.dpuf

Rumah suami isteri musnah terbakar

Melaka: Rumah didiami suami isteri musnah dalam kebakaran di Pengkalan Rama Pantai, Melaka Tengah, di sini,petang semalam.
Bagaimanapun kejadian 3.15 petang itu, tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa kerana suami isteri berusia 40-an itu tiada dirumah.
Jurucakap bomba berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang, tiga jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, BBP Bukit Katil dan BBP Padang Temu bersama 19 anggota termasuk seorang pegawai ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba ditempat kejadian, kebakaran sudah hampir 40 peratus dan keadaan angin yang kuat menyebabkan api merebak dengan cepat.
"Kebakaran memusnahkan 80 peratus kediaman berkenaan manakala rumah bersebelahan turut terjejas kira-kira 20 peratus akibat daripada api yang merebak," katanya.
Katanya, punca kebakaran masih disiasat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 12:20 PM


Keadaan rumah suami isteri yang terbakar. FOTO Zuhairi Zuber
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/129320#sthash.hDPsl3ZC.dpuf

Tragedi langgar kerbau

Kuala Krai: Lelaki berusia 45 tahun maut selepas kereta dipandu melanggar kerbau sebelum merempuh tiang elektrik dan gerai menjual daging di Kilometer 61.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Bukit Jong, Kuala Krai, pagi tadi.
Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa, Halid Shukri meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta jenis Proton Wira dari Kota Bharu ke Gua Musang.
Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba seekor kerbau melintas jalan sebelum mangsa merempuh haiwan berkenaan.
" Kereta mangsa kemudian terbabas ke kiri jalan dan merempuh tiang elektrik dan gerai menjual daging di tepi jalan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 1:58 PM


Keadaan kereta dipandu mangsa. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/129328#sthash.iSwCLdpN.dpuf

Nenek, 3 cucu nyaris rentung

Teluk Intan: Seorang nenek bersama tiga cucunya terselamat daripada rentung apabila kediaman mereka hangus dijilat api di Lorong Guru, Kampung Bahagia, di sini, pagi semalam.
Kebakaran jam 10.15 pagi itu, membabitkan dua rumah didiami Salasiah Lan, 63, bersama tiga cucunya yang berusia dua, lima dan sembilan tahun, manakala sebuah rumah lagi dihuni Hamdan Aziz, 64, bersama isterinya Saloma Yahya, 57, dan seorang anak.
Menceritakan detik cemas itu, Salasiah berkata, ketika kejadian hanya dia bersama cucunya berada di rumah terbabit kerana suaminya Abu Bakar Hassan, 67, juga pesara Majlis Perbandaran Teluk lntan ke rumah kakaknya di lpoh.
“Saya menjaga tiga cucu kerana ibu mereka (anak) Sawana, 34, dan suaminya Mohd Rosli Mohd Shafie, 37, bekerja.
“Makcik terperanjat bila melihat api menjulang membakar dinding dari bahagian dapur rumah jiran dan terus membawa semua cucu keluar ke halaman rumah apabila melihat api semakin marak,” katanya ketika ditemui semalam.
Salasiah berkata, dia bersyukur kerana mereka terselamat terutama ketiga-tiga cucunya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 5:19 AM


KEADAAN rumah yang hangus terbakar, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/129302#sthash.A4CsjlNv.dpuf

Polis kejar penjenayah terlanggar pekerja Propel


KEADAAN kereta peronda polis setelah terbabas ketika mengejar penjenayah berhampiran Pagoh kelmarin.


MUAR – Seorang pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Le­buh Raya Berhad (Propel) maut selepas dilanggar sebuah kereta peronda polis di Kilometer 141, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Pagoh kelmarin.
Dalam insiden pada pukul 4.30 petang itu, kereta peronda yang dinaiki dua anggota tidak sempat mengelak mangsa, Ismail Nor, 35, yang berada di lorong kecemasan ketika sedang mengejar sebuah kereta disyaki dipandu penjenayah.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejadian berlaku apabila kereta peronda polis sedang mengejar sebuah kereta disyaki terlibat dalam kejadian jenayah.
“Anggota bertugas mula mengekori kereta terbabit di Kilometer 169 sebelum mengarahkan suspek berhenti namun mereka terus memecut laju.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta suspek memasuki lorong kecemasan sebelum tiba-tiba bertukar lorong sehingga menyebabkan kereta peronda tidak sempat mengelak mangsa,” kata­nya semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz45QNdt4KD 
Hakcipta terpelihara 

Ajal dirempuh kereta

Georgetown: Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 6.45 pagi itu, mangsa, Mohamed Jamaludin Mohamed Shariff, 58, dari Taman Terubong Jaya meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun hilang kawalan.
Menurutnya, kereta terbabit masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan lanjut.
"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat" katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 12:14 PM

Mangsa maut dirempuh kereta. FOTO ihsan pembaca

Gempa Bumi Landa Sumatera Selatan


Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 1:12 PM


KUALA LUMPUR: Gegaran gempa bumi kuat berukuran 6.0 skala Richter dikesan berlaku di Sumatera selatan pada pukul 10.41 pagi Ahad.
Kenyataan Jabatan Meteorologi menyebut, garis pusat bencana itu terletak pada kedudukan 81 kilometer (km) di barat daya Bengkulu, Indonesia dan 685 km di barat daya Pontian, Johor.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami direkodkan.--Bernama

Maut tertimbus tanah runtuh




LOKASI kejadian seorang lelaki Indonesia maut manakala seorang lagi masih hilang di tapak Lombong Pasir Linggiu, Bandar Tenggara, Kota Tinggi kelmarin.


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Indonesia maut manakala seorang lagi rakan senegaranya masih hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak lombong Pasir Linggiu, Bandar Tenggara, Kota Tinggi kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang mengendalikan mesin pengorek dan penyedut pasir di kawasan berkenaan sebelum runtuhan tebing tanah berlaku lalu menimbus mereka.
Menurutnya, seorang mangsa, Saeful Amir, 30, berjaya dikeluarkan oleh majikannya dengan bantuan beberapa pekerja lain dan mayatnya ditemui tersepit pada bahagian rantai mesin penyedut pasir.
“Bagaimanapun, usaha mereka untuk mengeluarkan seorang lagi mangsa, Udin Nur Udin berusia 45 tahun gagal,” katanya di sini semalam.
Rahmat memberitahu, sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 7.30 malam, namun usaha mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dijalankan memandangkan cuaca telah gelap.
“Pasukan SAR telah diaktifkan semula pada pukul 9.30 pagi tadi (semalam), namun pergerakan tanah masih berlaku dan operasi terpaksa dihentikan sementara pada pukul 12 tengah hari,” ujarnya.
Menurut beliau, kawasan kejadian seluas kira-kira 74 meter persegi dengan kedalaman runtuhan kira-kira 30 meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz45QMvplZp 
Hakcipta terpelihara 

Kebakaran Kuil Di Kerala Korbankan Lebih 75 Nyawa, Hampir 200 Cedera


Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 10:06 AM


NEW DELHI: Lebih 75 maut dan 200 yang lain cedera apabila kebakaran berlaku di sebuah kuil di Kollam, Kerala ketika penduduk tempatan membakar bunga api dan mercun bagi meraikan perayaan keagamaan.
Kejadian empat hari sebelum sambutan tahun baharu Malayalam itu berlaku di kuil Kollam Puttingal pada kira-kira pukul 3.30 pagi Ahad.
Ketua Menteri Kerala, Oommen Chandy dan Menteri Dalam Negeri, Ramesh Chennithala dijangka tiba di lokasi kejadian bagi memantau situasi insiden itu.
Setakat ini, semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Kolej Perubatan Trivandrum dan Hospital Umum Kollam.
Media tempatan melaporkan, bangunan utama kuil itu turut roboh menyebabkan angka kematian dan cedera tinggi.
Bangunan Lembaga Devaworm yang musnah itu menempatkan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan kuil di Kerala.
Kebakaran itu merebak dengan cepat hinggakan tingkap kediaman pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi kuil itu turut berkecai kerana bahang.

Panama Papers: Cameron Dituduh Hipokrit, Didesak Letak Jawatan



Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 10:43 AM

LONDON: Pendedahan isu cukai melibatkan Perdana Menteri Britain mencetus kemarahan rakyat apabila ribuan berarak ke Downing Street mendesak David Cameron meletak jawatan.
Cameron yang tertekan selepas rahsia itu terbongkar menerusi laporan Panama Papers akhirnya mengiakan perkara itu.
Susulan itu, dia dituduh hipokrit walaupun tampil mengaku memperoleh manfaat lebih STG30,000 (RM165,989.23) daripada pelaburan di lokasi bebas cukai luar pesisir pantai. 
Cameron memaklumkan beliau mendapat manfaat dana kontroversi yang ditubuhkan mendiang bapanya, Ian.
Penunjuk perasaan yang majoritinya memakai topi Panama, tiba di Downing Street sambil membawa sepanduk bertulis "beliau perlu berundur", "masa untuk pergi kawan" dan "pencetus huru hara Eton." 
Kumpulan itu juga berulang kali melaungkan 'David Cameron perlu letak jawatan/Mengelak cukai satu jenayah.' Acara itu bermula jam 11 pagi dan kira-kira 2,000 orang dijangka berarak di Downing Street sepanjang hari.

Peserta Ultramarathon Temui Mayat Dalam Gaung


Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 4:59 PM

GOMBAK: Cabaran 'Route 68' ultramarathon tetap diteruskan tanpa halangan walaupun terdapat penemuan mayat wanita di dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Karak Lama di sini pada pagi Ahad.

Difahamkan sekumpulan penunggang basikal yang mengambil bahagian dalam cabaran berkenaan menemui mayat wanita itu terbaring di dalam gaung berkenaan.

Wanita itu yang kakinya terikat dengan tali dipercayai telah dibunuh.

Acara ultramarathon sejauh 50km dan 68km diadakan di sepanjang Laluan Persekutuan Route 68 (FR68) antara Gombak dan Bentong.

Pada tengah hari, peserta maraton yang berlari dan berbasikal melalui lokasi kejadian dilihat tidak mengendahkan mengenai insiden berkenaan.

Hanya beberapa orang dilihat berhenti untuk melihat keadaan mayat.

Sehingga pukul 2.30 petang, pasukan polis forensik dan unit K9 masih berada di lokasi kejadian.

Dua Lelaki Uighur Disyaki Pengganas Menuju Ke Malaysia


Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 6:51 PM

Gambar fail dua lelaki Uighur yang disyaki melakukan serangan bom di kawasan kuil Erawan, Bangkok Ogos lalu tiba di mahkamah tentera pada Februari lepas.

BANGKOK: Dua rakyat Turki berketurunan Uighur, yang disyaki merancang untuk melakukan serangan ganas di Thailand, dilaporkan telah meninggalkan negara ini untuk ke Malaysia, kata seorang pegawai Thailand.

Gabenor Surat Thani, Wongsiri Promchana, yang memberi maklumat itu kepada Bernama pada Sabtu, berkata beliau dimaklumkan tentang dua lelaki berkenaan menuju ke Malaysia baru-baru ini oleh Pejabat Imigresen Phuket.

"Kami mengadakan pertukaran maklumat antara agensi berkaitan dan Pejabat Imigresen Phuket memaklumkan kepada saya bahawa mereka menjumpai nama dua lelaki Uighur itu dalam sistem imigresen, yang menunjukkan kedua-duanya meningalkan negara ini untuk ke Malaysia.

"Bagaimanapun, ini hanya maklumat awal daripada Pejabat Imigresen yang percaya nama itu (lelaki Uighur) sama dengan yang terdapat dalam memo (perisikan)," katanya dalam wawancara melalui telefon dari Surat Thani pada Sabtu.

Wongsiri bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat dua lelaki itu meninggalkan Thailand untuk ke Malaysia, dan sama ada mereka menggunakan laluan darat atau udara.

Dalam wawancara melalui telefon dengan Bernama, gabenor itu berkata beliau mendapat maklumat perisikan sensitif itu daripada Pusat Penyelarasan Perisikan Kebangsaan Wilayah 4 tentang ancaman itu pada 5 April.

Menurutnya memo perisikan itu mengandungi amaran terperinci tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di destinasi pelancongan popular Koh Samui dan Phuket.

Dua tempat itu dijangka sesak dengan pelancong asing termasuk dari China dan Rusia selain rakyat tempatan bersempena Festival Songkran selama empat hari, yang bermula secara rasmi pada 12 April ini.

Disember lepas, agensi perisikan Rusia memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Thailand bahawa sehingga 10 anggota kumpulan militan Daeshwarga Syria telah memasuki Thailand untuk menyerang kepentingan Rusia.-Bernama

Suspek reka cerita ‘diculik’ hadapi masalah kewangan


MOHD. ROY SUHAIMI SARIF (tengah) menunjukkan sejumlah wang tebusan

MOHD. ROY SUHAIMI SARIF (tengah) menunjukkan sejumlah wang tebusan yang dikeluarkan mangsa culik dalam sidang akhbar di IPD Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 9 April – Tindakan seorang lelaki mendakwa dirinya diculik oleh empat penjenayah mem­­bawa padah apabila dia ditahan sejurus mengeluarkan ‘wang tebusan’ sebanyak RM25,000 di sebuah bank di Kajang dekat sini kelmarin.
Difahamkan, pada pukul 2.30 petang hari kejadian, suspek berusia 26 tahun itu menyamar sebagai penculik dan menghubungi abang saudaranya yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta dengan meminta wang tebusan sebanyak RM60,000.
Menerusi panggilan itu, suspek turut mengugut akan membunuh ‘mangsa culik’ sekiranya wang tebusan tidak diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supe­rintenden Mohd. Roy Suhaimi Sarif berkata, ekoran itu, abang saudaranya membuat laporan polis dengan mengatakan suspek diculik empat lelaki.
“Menurut pengadu, panggilan culik dibuat menggunakan nombor telefon milik adik saudaranya. Perbualan antara mereka diteruskan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga suspek bersetuju menurunkan ‘wang tebusan’ kepada RM25,000.
“Penculik kemudian meminta wang tebusan itu dimasukkan ke dalam akaun bank ‘mangsa’,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Roy Suhaimi memberitahu, pihaknya mendapati pengeluaran wang tebusan itu dibuat oleh ‘mangsa culik’ di sebuah bank di Kajang sebelum menahannya pada pukul 4 petang hari yang sama.
Jelas beliau, ekoran daripada itu, suspek mengaku sengaja mengada-adakan cerita bahawa dirinya diculik kerana menghadapi masalah kewangan.
Ujarnya, suspek direman selama empat hari bermula semalam di bawah Seksyen 365 Kanun Ke­seksaan kerana cubaan menculik.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-reka-cerita-8216-diculik-8217-hadapi-masalah-kewangan-1.231173#sthash.YNyqrcyT.dpuf

Samun: Ahli perniagaan rugi lebih RM200,000


KUCHING 9 April – Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian kira-kira RM223,500 setelah rumah teres berkembar yang didiaminya di Taman Melati, Jalan Samariang di sini, dipecah masuk dua lelaki hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek yang bertopeng telah mengikat empat ahli keluarga mangsa sebelum melarikan diri bersama barang-barang berharga dan sebuah kenderaan pacuan empat (4WD).
Sumber memberitahu, suspek bertubuh kecil dan bertutur dalam bahasa Indonesia memecah ma­suk ke rumah mangsa melalui tingkap kecil di bilik bacaan terletak di tingkat bawah dengan mengumpil menggunakan pemutar skru.
“Kehadiran penjenayah itu disedari oleh seorang anak lelaki mangsa berusia 19 tahun semasa mereka sudah berada di ruang dapur.
“Mangsa walau bagaimanapun tidak sempat melakukan apa-apa kerana diugut akan dicederakan oleh suspek menggunakan pisau yang diambil dari dapur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, mangsa bersama tiga ahli keluarga yang lain telah diikat dan dikumpul dalam bilik utama di tingkat atas sebelum penjenayah menggeledah kediaman itu untuk mencari barang berharga.
Beliau berkata, suspek telah melarikan enam unit telefon bimbit pelbagai jenama bernilai kira-kira RM15,600, wang tunai RM9,000, barang kemas (RM50,000), tiga utas jam tangan berjenama (RM45,000) dan seunit komputer riba (RM3,900).
Turut dilarikan ialah sekotak peluru senapang patah dan sebuah Toyoto Hilux.
“Sebelum suspek melarikan kenderaan, mangsa mendengar suspek membunyikan hon.
“Mangsa kemudian terus mengambil senapang patah yang disimpan di bawah katil dan melepaskan tembakan ke udara untuk menarik perhatian jiran-jiran bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/samun-ahli-perniagaan-rugi-lebih-rm200-000-1.231174#sthash.WtLldCJf.dpuf

Samun: Ahli perniagaan rugi lebih RM200,000


KUCHING 9 April – Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian kira-kira RM223,500 setelah rumah teres berkembar yang didiaminya di Taman Melati, Jalan Samariang di sini, dipecah masuk dua lelaki hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek yang bertopeng telah mengikat empat ahli keluarga mangsa sebelum melarikan diri bersama barang-barang berharga dan sebuah kenderaan pacuan empat (4WD).
Sumber memberitahu, suspek bertubuh kecil dan bertutur dalam bahasa Indonesia memecah ma­suk ke rumah mangsa melalui tingkap kecil di bilik bacaan terletak di tingkat bawah dengan mengumpil menggunakan pemutar skru.
“Kehadiran penjenayah itu disedari oleh seorang anak lelaki mangsa berusia 19 tahun semasa mereka sudah berada di ruang dapur.
“Mangsa walau bagaimanapun tidak sempat melakukan apa-apa kerana diugut akan dicederakan oleh suspek menggunakan pisau yang diambil dari dapur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, mangsa bersama tiga ahli keluarga yang lain telah diikat dan dikumpul dalam bilik utama di tingkat atas sebelum penjenayah menggeledah kediaman itu untuk mencari barang berharga.
Beliau berkata, suspek telah melarikan enam unit telefon bimbit pelbagai jenama bernilai kira-kira RM15,600, wang tunai RM9,000, barang kemas (RM50,000), tiga utas jam tangan berjenama (RM45,000) dan seunit komputer riba (RM3,900).
Turut dilarikan ialah sekotak peluru senapang patah dan sebuah Toyoto Hilux.
“Sebelum suspek melarikan kenderaan, mangsa mendengar suspek membunyikan hon.
“Mangsa kemudian terus mengambil senapang patah yang disimpan di bawah katil dan melepaskan tembakan ke udara untuk menarik perhatian jiran-jiran bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/samun-ahli-perniagaan-rugi-lebih-rm200-000-1.231174#sthash.WtLldCJf.dpuf