Search This Blog

Thursday, April 7, 2016

Pemandu teksi parah disamun


KHAMIS, 7 APRIL 2016 @ 9:04 PM

Oleh Nor Azizah Mokthar dan Nur Afiradina Arshad bhnews@bh.com.my


PEMANDU teksi yang menerima 16 jahitan di kepala.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi menerima 16 jahitan di kepala selain luka pada kedua-dua belah tangan selepas dipukul dengan kayu dalam satu kejadian samun pada 28 Mac lalu. Mangsa dikenali sebagai Foo, 62, adalah antara 20 pemandu teksi yang menjadi mangsa samun dipercayai didalangi satu kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Kumar Setapak. Menceritakan kembali detik itu, Foo berkata empat lelaki menaiki teksinya berhampiran Plaza Kota Raya kira-kira jam 1 pagi untuk ke Desa Petaling. "Ketika sampai di satu persimpangan di Salak Selatan mereka suruh saya berhenti dan salah seorang penumpang di belakang tiba-tiba mencekik leher saya menyebabkan saya pengsan. "Selepas tersedar semula, saya dapati telefon bimbit dan dompet sudah tiada, salah seorang suspek yang berada di luar kereta kemudian memukul saya dengan satu objek dipercayai batang kayu. "Saya cuba mempertahankan diri menggunakan sebatang besi pengumpil yang saya simpan di tepi tempat duduk sebelum dipukul sekali lagi, mereka kemudian melarikan diri," katanya kepada pemberita, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141588

Jahat bukan kepalang

 BERNAMA
Ipoh: Lapan remaja dipercayai menyamun penjual dan penghantar surat khabar dengan bersenjatakan parang, diberkas di sekitar bandar raya ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata kesemua suspek berumur antara 14 hingga 18 tahun itu diberkas di tiga lokasi berasingan iaitu Jelapang, Manjoi dan Kampung Rapat.


Beliau berkata operasi dijalankan mulai Selasa lalu selepas menerima aduan daripada lapan mangsa serta perjumpaan dengan persatuan penjual dan penghantar surat khabar.

"Setiap pagi mulai Selasa lalu, kita menjalankan operasi dan pagi tadi, telah berjaya menahan dua orang di Manjoi, dua di Kampung Rapat dan empat di Jelapang," katanya selepas mengadakan Program High Profile Policing di Pasar Pasir Pinji di sini, hari ini.

Sum berkata modus operandi kumpulan ini adalah menyamun menggunakan parang ketika mangsa keluar menjual atau menghantar surat khabar awal pagi.

“Walaupun anggaran kerugian tidak banyak iaitu antara RM100 hingga RM300 bagi seorang mangsa, tetapi kebanyakan mangsa adalah warga emas dan suspek menyamun menggunakan parang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 7:12 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128698#sthash.g4nJ9dh9.dpuf

Empat rumah terbakar

Kota Tinggi: Empat rumah di Jalan Abdul Aziz, dekat sini, musnah terbakar, 5.45 petang tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Zon Kota Tinggi, Firdaus Ahmad berkata, siasatan mendapati rumah berkenaan dihuni 13 pelarian UNCHR etnik Rohingya dan seorang warga tempatan.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Tiga jentera termasuk EMRS bersama 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 5.52 petang.
“Anggota Bomba yang tiba di lokasi berkenaan berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak, namun gagal menyelamatkan harta benda mangsa akibat kejadian itu,”katanya.
Turut membantu anggota olis yang memastikan keadaan lalu lintas dalam keadaan teratur.
Tamat
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 10:10 PM


Kebakaran membabitkan empat rumah, petang tadi. FOTO Ahmad Othman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128722#sthash.0Ua5ANOZ.dpuf

Dua pegawai tentera Indonesia anjur pesta dadah

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia menahan dua pegawai kanan tentera yang didapati terbabit dalam penganjuran pesta dadah di sebuah hotel di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, malam tadi.
Bernama melaporkan portal berita Indonesia memetik Panglima Komander Daerah Militer Wirabuana Mejar Jeneral Agus Surya Bhakti berkata, dua pegawai tentera itu antara enam yang ditahan dalam serbuan di hotel berkenaan selepas pihak berkuasa menerima maklumat pesta dadah itu.
“Saat ditangkap mereka sedang pesta syabu ... mereka mengarah anggota tentera mengawal di lobi hotel. Bagaimanapun anggota tentera yang mengawal melarikan diri selepas terlihat Ketua Komando Daerah Brigadier Jeneral Supartodi datang bersama pasukan operasi untuk menahan mereka yang terbabit," katanya.
Agus berkata semua yang ditahan termasuk dua pegawai tentera itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Beritahati.com melaporkan seorang pegawai tentera itu berpangkat mejar dan seorang lagi kolonel (infantri).
Februari lalu, Anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Fraksi Partai Persatuan Pembangunan (PPP) Fany Syafriansyah ditahan ketika dipercayai sedang membeli dadah di sebuah kuarters tentera di Jakarta Selatan di sini.
Dalam serbuan itu, polis tentera juga menahan tiga anggotanya yang tinggal dalam kuarters berkenaan dan dipercayai terbabit dalam salah guna dadah.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 9:09 PM

Panglima Komander Daerah Militer Wirabuana Mejar Jeneral Agus Surya Bhakti (gambar kanan) dan Hotel D 'Maleo di Makassar, South Sulawesi, tempat dua pegawai kanan tentera Indonesia yang ditahan menganjurkan pesta dadah. - Foto beritahati.com/Google

Terjun dari tingkat 36

Kuala Lumpur: Wanita tempatan berusia 24 tahun maut selepas terjun dari tingkat 36 Blok A Kondominium Suasana Sentral Loft, Bangsar, di sini, 5 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, polis menerima maklumat awam dan segera ke tempat kejadian.
Katanya, apabila polis tiba di lokasi mendapati seorang wanita tanpa identiti sudah mati.
"Pemeriksaan lanjut dilakukan bersama pengawal keselamatan banggunan berkenaan menemui beg pakaian dipercayai milik mangsa di tingkat 36 blok berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa adalah Chan Li Kwin, berusia 24 tahun dan berasal dari Bukit Mertajam.
"Mangsa mati selepas parah di bahagian belakang kepala, tubuh badan dan putus kaki kanan," katanya menerusi satu kenyataan.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 9:41 PM

Gambar wanita yang dirakam orang ramai sebelum dia terjun dan maut.

Polis tembak mati 3 penjenayah


JOHOR BAHRU 7 April - Polis menembak mati tiga penjenayah yang dipercayai merancang untuk melakukan jenayah samun di Jalan Permas Utara, di sini petang ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, polis yang mendapat maklumat telah mengekori sebuah kereta Toyota Camry yang mencurigakan di kawasan berkenaan dan berjaya menghimpit kenderaan tersebut.
“Selepas polis memperkenalkan diri, penjenayah terlibat bertindak melepaskan tembakan dan polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-tembak-mati-3-penjenayah-1.217628#sthash.suV8ivzn.dpuf

5 mati dipijak gajah

New Delhi: Lima sekeluarga, termasuk bayi berusia sembilan hari mati dipijak seekor gajah yang naik minyak.
Kejadian berlaku di sebuah kampung terpencil di timur laut India.
Gajah itu bertindak memijak semua mangsa ketika mangsa sekeluarga tidur di pondok mereka di hutan Behali, kira-kira 256 kilometer dari Guwahati, ibu negeri Assam, awal kelmarin.
Pasangan suami isteri, bayi dan dua anak mereka mati dalam kejadian itu sementara seorang lagi terselamat dan dirawat di sebuah hospital kerana kecederaan ringan.
Pegawai perhutanan negeri, Rajiv Chaudhary berkata, gajah terbabit mungkin tersesat selepas tercicir dari kumpulannya, menyebabkan dia naik minyak dan menyerang rumah mangsa.
“Ia meninggalkan tempat kejadian itu sejurus selepas membunuh keluarga berkenaan,” katanya.
Pakar hidupan liar berkata, pertembungan antara manusia dan gajah semakin meningkat di pedalaman India kerana kemusnahan habitat haiwan itu.
Februari lalu, sekumpulan gajah mengamuk selama beberapa jam di Benggala Barat, negeri bersebelahan Assam, menyebabkan lima mati dan sejumlah kenderaan dan rumah rosak sebelum ia ditembak dengan ubat pelali.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 9:12 AM


GAMBAR fail, gajah mengamuk di Benggala Barat, Februari lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128572#sthash.20Y9vnw7.dpuf

Ibu silap masa bunuh diri

Shenzhen, China: Seorang ibu bertindak membunuh diri dengan harapan wang daripada bayaran insurans nyawanya boleh membantu merawat anak lelakinya yang sakit.
Bagaimanapun, tindakan wanita itu yang berusia 63 tahun sia-sia selepas perlindungan insuransnya sebenarnya sudah tamat tempoh.
Lebih malang lagi, insuran berkenaan juga tidak membayar perlindungan kepada pemegang polisi yang membunuh diri.
Kisah pengorbanan wanita itu bermula apabila anak tunggalnya yang dikenali sebagai Chor, 30, menghidap sejenis penyakit saraf.
Chor yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak mula dikesan menghidap penyakit itu pada 2005, tetapi dia merahsiakannya dari pengetahuan keluarga.
Selepas 10 tahun Chor akhirnya mendedahkan penyakit itu yang kini menyebabkan dia tidak boleh menggerakkan kepala dan pinggang.
Keadaan itu menyebabkan Chor diberhentikan kerja dan dia perlu menjalani pembedahan dengan kos yang tinggi bagi mengubati penyakit berkenaan.
Ibu Chor yang sangat sedih dengan keadaan anaknya itu teringat mengenai satu polisi insuran nyawa yang pernah dibelinya sebelum ini.
Kerana mahu membantu anaknya, wanita itu bertindak terjun dari kediaman anaknya di sebuah rumah flat di bandar ini pada 22 Mac lalu.
Dia turut meninggalkan nota yang tertulis: “Jangan sedih, ibu baik sahaja. Ibu akan bantu mendapatkan wang yang kamu perlukan.”
Tidak lama selepas itu, Chor cuba menuntut insuran ibunya sebanyak 30,000 yuan (RM18,176), tetapi ditolak kerana perlindungan itu sebenarnya sudah tamat pada November tahun lalu dan tidak diperbaharui.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 9:10 AM

GAMBAR Chor (kanan) bersama ibu, anak dan isterinya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128570#sthash.82sBb6JJ.dpuf

Ku sangka APMM tiba...

Tawau: “Pada mulanya saya menyangka bot laju menghampiri kami ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana mereka bertopeng, tetapi sebaik tiba baru kami sedar mereka bukan pasukan keselamatan,” kata kapten kapal tunda Massive 6, Herwandi, 38, menceritakan detik ditawan kumpulan bersenjata berhampiran perairan Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lalu.
Menurutnya, sebaik dipintas dan diarah berhenti, dia tiada pilihan, selain mengarahkan enjin dimatikan sebelum bot laju itu merapati kapal mereka.
“Ketika menyedari kehadiran bot laju itu, seorang kru Wong Teck Kang meninjau melalui teropong dan memaklumkan milik APMM.
“Saya tidak memikirkan perkara itu dan menyediakan senarai kru kapal untuk pemeriksaan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, semalam.
Herwandi berkata, namun apabila bot laju itu semakin hampir, dia mendapati bot itu bukan milik APMM manakala Wong turut mengesahkan mereka ‘lain’ daripada pasukan keselamatan.
“Selepas bot laju ini mula rapat, empat daripada mereka yang lengkap bersenjata naik ke kapal dan mengacukannya kepada kami.
“Saya sempat bertanyakan kemahuan mereka, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya terus menghampiri Wong,” katanya.
Menurutnya, Wong ada menawarkan wang, tetapi kumpulan itu enggan mengambilnya dan mengarahkan empat kru kapal warga Malaysia supaya mengikut mereka.
“Kejadian berlaku dalam tempoh antara 25 hingga 30 minit sebelum kumpulan terbabit beredar bersama empat kru kapal saya.
“Sebaik beredar, saya bergegas meneruskan perjalanan ke Tawau, selain memaklumkan perkara itu melalui radio,” katanya.
Dia berkata, sepanjang perjalanan ke Tawau, dia berasa bimbang nasib menimpa anak kapalnya dan berharap pihak berkuasa segera memintas bot kumpulan bersenjata itu.
“Ini pengalaman tidak dapat saya lupakan apabila bersemuka dengan penjenayah bersenjata sejak memulakan kerja di laut pada 1998.
“Tambahan pula, saya sudah lama mengenali semua anak kapal dan mereka memang pekerja yang baik,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi anak kapal, Petrus Karel Kaya, 42, mengakui masih terkejut dengan insiden itu terutama apabila diacukan senjata selain melihat empat rakannya diculik.
“Ketika kejadian, saya berada di bahagian enjin dan hanya terdengar kumpulan bersenjata menyebut ‘kapten’ sebaik menaiki kapal.
“Kami diarahkan berkumpul di belakang sebelum kumpulan ini menarik empat kru warga Malaysia,” katanya.
Petrus berkata, dia berharap empat rakannya selamat.
Rakan Petrus, Ismail Birahim, 22, berkata, kejadian itu menyebabkan dia trauma turun ke laut.
“Saya masih trauma dan berharap semua rakan diculik sihat serta selamat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 8:36 AM


HERWANDI (tengah) bersama Ismail (kiri) dan Petrus.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128525#sthash.Ezr6fGfI.dpuf

Anjing makan daging suami

Majorca: Polis di sini menahan seorang wanita warga Russia atas tuduhan membunuh suaminya dan memberikan anjingnya memakan sebahagian tubuh mangsa.
Svetlana Batukova, 46, dihadapkan ke mahkamah semalam berhubung pembunuhan suaminya Hans Henkels.
Lelaki berusia 66 tahun itu mati selepas ditikam di rumah mereka di pantai peranginan Cala Millor di sini.
Svetlana kemudian mengelar lengan mayat suaminya hingga ke tulang sebelum memberikan anjingnya memakan cebisan daging mangsa.
Svetlanda yang mengaku menagih dadah mengambil masa beberapa jam selepas pembunuhan itu untuk menelefon polis.
Dia ditangkap dan ditahan di unit psikiatrik sebuah hospital sementara menunggu untuk dibawa ke mahkamah.
Penyiasat percaya mangsa yang baru-baru ini menjalani pembedahan salur udara dan mampu bercakap, mungkin diberi dadah sebelum kematiannya memandangkan tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia mempertahankan diri.
Svetlana yang berasal dari Novosibirsk, bandar ketiga terbesar di Russia, sering memuat naik gambar dia dan anjingnya di Facebook.
Pasangan itu dilapor kerap bergaduh hingga polis terpaksa campur tangan beberapa kali sebelum kejadian kelmarin.
Laporan media tempatan berkata, wanita itu baru-baru ini menawarkan 50,000 euro (RM224,000) kepada lelaki yang dikenalinya di sebuah bar untuk membunuh suaminya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 9:04 AM

SVETLANA bersama anjingnya.

Umpan kereta mewah

Johor Bahru: Sindiket kenderaan klon didalangi warga Singapura aktif menggunakan laman sosial Facebook (FB) dan WeChat untuk memancing bakal pembeli kenderaan terbabit di negeri ini dengan menawarkan kenderaan mewah serendah RM3,000 sebuah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, bagi meyakinkan pelanggan, sindiket juga mengadakan pertemuan empat mata bagi memberi penerangan kononnya kenderaan diklon tidak mudah terjerat dalam perangkap pihak berkuasa.
“Kegiatan sindiket terbongkar apabila dua ahlinya yang berusia 22 tahun, termasuk seorang warga Singapura, ditahan pada serbuan di sebuah apartmen di Taman Perling, jam 5 petang kelmarin.
“Mereka ditahan anggota Cawangan Risikan Jenayah (D4) Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU. Kami turut merampas barangan berkaitan dengan kegiatan dijalankan termasuk nombor pendaftaran kenderaan Singapura, komputer, mesin pencetak cukai jalan dan cukai jalan palsu Singapura,” katanya pada sidang media di IPD JBU, semalam.
Beliau berkata, enam kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura juga disita. Ia membabitkan Nissan Murano, BMW 523i, Toyota Previa, Honda Civic FD, Volvo dan Honda Airwave yang dianggarkan bernilai RM800,000.
Menurut beliau, pihaknya kini memburu empat suspek termasuk dalang utama sindiket yang juga warga Singapura berusia 45 tahun.
“Dua suspek terbabit kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 116 (c) Akta Kastam 1967.
“Kenderaan disita ini memiliki ‘Certificate of Entitlement’ (COE) Singapura yang masih berbaki tiga bulan sebelum dilupuskan. Sindiket mengambil kesempatan ini dengan membawanya masuk ke Malaysia sebelum dijual sebagai kenderaan klon,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 8:38 AM


MOHD Taib (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kenderaan mewah yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128527#sthash.Y7q0dFXG.dpuf

Pulang tatap mayat isteri

Endau: “Sudah seminggu saya berada di laut dan sangat rindukan isteri dan anak. Saya terkejut apabila dimaklumkan mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya.
“Saya sangka isteri hanya cedera ringan, namun terkejut apabila dia meninggal dunia,” kata Azizol Musa, 35, suami kepada Nor Nazuha Yasin, 35, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Haji Ariffin, di sini, jam 7.50 malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, Proton Waja dipandu Nor Nazuha untuk menghantar anak perempuannya, Nurul Farisha, 10, menghadiri kelas tuisyen bertembung dengan Mazda dipandu seorang lelaki berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Husin.
Akibatnya, Nor Nazuha cedera di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ambulans ke Klinik Kesihatan Endau.
Pada masa sama, Nurul Farisha dan adiknya, Nurul Damiya berusia enam bulan cedera serta dirujuk ke klinik sama.
Pemandu Mazda, Loh Seng Yong, 22, patah paha kanan dan kaki kiri. Dia dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang untuk rawatan.
Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari kediaman mereka di pekan Endau ke Jalan Haji Ariffin manakala Mazda pula dari arah bertentangan.
Berikutan kejadian, 10 anggota bomba bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan I Sulong Khaled dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa.
Menceritakan mengenai berita sedih berkenaan, Azizol yang juga nelayan di Endau memaklumkan, menjadi rutinnya turun ke laut untuk tempoh panjang bagi mencari nafkah keluarga terutama di sekitar Endau hingga ke Rompin, Pahang.
“Kali ini tempoh turun ke laut lama dan kami dijangka pulang ke daratan dalam masa tiga hari (sebelum kejadian). Sebaik dimaklumkan, saya segera pulang untuk menguruskan jenazah isteri.
“Selepas proses bedah siasat selesai, jenazah dibawa ke kampung halamannya di Kuala Besut, Terengganu untuk dikebumikan,” katanya, semalam.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing Asisten Superintendan Hamka Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 8:50 AM

KEADAAN kenderaan dipandu Nor Nazuha dan kereta Mazda yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Haji Ariffin.

Dua beradik rentung

Kuala Selangor: Dua beradik lelaki rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Batu 4, Kampung Batu 4, Ijok, kira-kira 4 pagi tadi.
Kedua-dua beradik berusia 14 dan 15 tahun itu ditemui dalam satu bilik tidak jauh antara satu sama lain.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.23 pagi dan jentera tiba pada 4.42 pagi.
Beliau berkata, operasi membabitkan 20 anggota dan pegawai diketuai Shaidallah Osman.
"Rumah itu didiami lima ahli keluarga iaitu dua beradik itu, pakcik, nenek dan ibu mereka.
"Kebakaran memusnahkan kira-kira 80 peratus bahagian rumah yang dibina daripada kayu dan batu," katanya.
Beliau berkata, punca kebakaran masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 9:28 AM


MANGSA ditemui dalam satu bilik rumah terbakar. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128586#sthash.HBnBQkyx.dpuf

Dirantai pada bangsal


Kisah sedih gadis alami masalah mental

Seorang gadis berusia 20 tahun yang mengalami masalah mental diikat

Seorang gadis berusia 20 tahun yang mengalami masalah mental diikat dan didakwa sering dibiarkan kelaparan di Kampung Sungai Baru Tok Keramat, Alor Setar, Kedah, semalam.
ALOR SETAR 6 April - Hanya kerana didakwa se­ring bertindak agresif, kaki seorang gadis yang dipercayai mengalami masalah mental diikat dengan menggunakan rantai besi oleh keluarganya di Kampung Su­ngai Baru Tok Keramat, di sini sejak beberapa bulan lalu.
Lebih menyedihkan, gadis ber­usia 20 tahun itu dipercayai di­biarkan tidur di atas tanah de­ngan ha­nya berlapik plastik dalam kea­daan kaki dirantai pada tiang sebuah bangsal.
Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali mendakwa mangsa juga jarang diberi makan oleh keluarganya.
“Apabila melihat dia tidur di luar rumah dengan hanya ber­alaskan plastik, kami berasa kasihan namun tidak dapat berbuat apa-apa.
“Penduduk kampung ada bertemu dan menasihatkan keluarga gadis tersebut tetapi kami pula dimarahi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Gara-gara sudah tidak tahan melihat tindakan tidak berperikemanusiaan itu, penduduk tersebut memberitahu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Alor Janggus, di sini semalam.
“Susulan daripada laporan polis yang dibuat, seorang anggota polis datang ke rumah mangsa terbabit untuk melakukan siasatan.
“Anggota itu beritahu, dia telah memberi amaran kepada keluarga tersebut agar tidak lagi mengikat gadis terbabit di luar rumah,” ujar­nya.
Difahamkan, ibu mangsa memberi alasan anaknya itu yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sering bertindak agresif sehingga menyebabkannya terpaksa merantai gadis berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais ketika dihubungi berkata, mangsa adalah pesakit mental yang me­nerima bantuan OKU tidak bekerja seba­nyak RM200 sebulan sejak dua tahun lalu.
“Kita telah menghubungi Ja­ba­tan Psikiatri untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap gadis tersebut bagi mengenal pasti tahap penyakitnya itu.
“Selepas memperoleh keputusan itu, baharu kita akan ambil tindakan lanjut. Dalam pada itu, pihak JKM akan memberi kaunseling kepada keluarga tersebut tentang cara penjagaan pesakit mental,” ujarnya.
Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pe­ngesahan daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Rohana Omar gagal.
- See more at: file:///Z:/Dept%20Machinery%20ER/Personal%20Folder/HELMI/Dirantai%20pada%20bangsal%20-%20Jenayah%20-%20Utusan%20Online.html#sthash.wpxkfQsa.dpuf

Lelaki maut rempuh tiang elektrik

Tumpat: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di simpang tiga Berangan di sini, hari ini.
Mangsa, Mohd Norrazman Mat Nasir, 30, berasal dari Kampung Stesen Wakaf Bharu, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan serius dialami.
Difahamkan, dia memandu sendirian dalam perjalanan dari Palekbang ke arah pekan Tumpat.
Saksi kejadian yang mahu dikenali Fiza, 20-an memberitahu sempat mendengar bunyi dentuman yang kuat dan melihat kereta mangsa sudah remuk.
Katanya, orang ramai turut cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal berbuat demikian kerana saiz badannya yang besar.
Berikutan itu, mangsa dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 5:08 PM

Suami tetak isteri guna pedang


SEORANG jiran menunjukkan kesan darah ekoran kejadian tetak di

SEORANG jiran menunjukkan kesan darah ekoran kejadian tetak di hadapan rumah mangsa di Kampung Pasir Gebu, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
KEPALA BATAS 6 April – Akibat cemburu, seorang kakitangan Ja­batan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di cawangan Sungai Petani, Kedah cedera parah akibat ditetak suaminya menggunakan pedang samurai semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun dipercayai bergaduh dengan suaminya yang juga bekas anggota keselamatan di hadapan rumah sewa mereka di Kampung Pasir Gebu, Penaga dekat sini.
Rumah itu didiami pasangan terbabit bersama tiga anak mereka berusia sembilan, enam dan lima tahun.
Suspek yang berusia 33 tahun dikatakan menetak isterinya sehingga menyebabkan wanita itu cedera parah di bahagian kepala, bahu dan tangan.
Mujurlah kejadian disedari jiran-jiran yang segera membantu menghantar wanita itu mendapatkan rawatan awal di Hospital Kepala Batas.
Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum ditempatkan untuk rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Seorang jiran, Sombi Jamal Mydeen, 74, berkata, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan sedang bersiap mengerjakan solat maghrib.
“Tiba-tiba saya terdengar suara wanita menjerit sebelum menjenguk melalui tingkap rumah dan mendapati mangsa yang berlumuran darah berlari ke arah rumah saya.
“Saya segera membuka pintu dan cuba memberikan bantuan kepada mangsa yang ketakutan sebelum memanggil jiran-jiran lain,” katanya.
Tambah Sombi, suami mangsa yang dipercayai penagih dadah kemudiannya membawa masuk ketiga-tiga anak mereka ke dalam kereta dan bergegas memecut ke arah Kuala Muda.
Sementara itu, polis masih mengesan lelaki itu yang dipercayai masih berada di kawasan sekitar dan berharap orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya bertemu suspek.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas dibuang kerja beberapa tahun lalu dipercayai me­larikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja.
- See more at: file:///Z:/Dept%20Machinery%20ER/Personal%20Folder/HELMI/Suami%20tetak%20isteri%20guna%20pedang%20-%20Jenayah%20-%20Utusan%20Online.html#sthash.YwtJ4B1o.dpuf

Pemandu teksi langgar lari dipecat


6 APRIL 2016
Pemandu teksi langgar lari dipecat


 Pemandu teksi langgar lari dipecat Sedutan rakaman yang dimuatnaik ke laman sosial.
SINGAPURA - Syarikat teksi ComfortDelgro telah memecat seorang pekerja selepas dirakam mengundur teksinya dengan laju dan melanggar kereta orang awam dan melarikan diri.

Menurut laporan Straits Times, kejadian pada 26 Mac tersebut dirakam oleh orang awam dan dimuatnaik ke laman Facebook Singapore Reckless Drivers.

Dalam rakaman tersebut, pemandu teksi berwarna kuning berkenaan dilihat mengundur kereta dengan laju dan terlanggar sebuah kenderaan, sebelum melarikan diri dengan kelajuan laju dan merbahaya.

"Dia telah dipecat kerana memandu secara merbahaya," kata pegawai komunikasi ComfortDelgro,  Tammy Tan.

Tammy bagaimanapun menambah pemandu teksi tersebut telah memberhentikan teksinya dan memberikan maklumat kepada seorang pekedai yang menyaksikan tersebut.

"Kami amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam insiden ini dan kami juga membantu pemilik kenderaan yang dilanggar teksi kami," akhiri Tammy.

Cubaan seludup dadah didalangi rakyat Malaysia


6 APRIL 2016


BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand mendedahkan cubaan menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia dua minggu lepas didalangi tiga lelaki rakyat Malaysia.

Mereka merancang cubaan menyeludup 226kilogram (kg) dadah jenis "Ice" dan 8kg heroin oleh sekumpulan 21 'keldai dadah' itu ke Malaysia dengan penuh teliti bagi memastikan pergerakan mereka tidak dihidu pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.

Dalam temuramah dengan Bernama, Polis Kol Puttidej Bunkrapue dari Polis Keretapi Thailand berkata bagaimanapun, ketiga-ketiga dalang sindiket itu yang dikenali dengan huruf "K", "L" dan "C" dapat meloloskan diri pada saat akhir.

"Kami (Polis Thailand) memiliki segala bukti tentang dalang-dalang itu daripada imej kamera litar tertutup hotel penginapan mereka, kereta sewa dan lain-lain," menurut Puttidej dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Polis Thai menganggarkan nilai dadah itu bakal mencecah kira-kira RM400 juta (4 bilion baht) apabila mencecah pasaran gelap lebih lumayan di Eropah.

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu sudah lebih 30 kali memasuki Thailand berdasarkan kepada maklumat Jabatan Imigresen negara itu yang menunjukkan mereka berpengalaman dalam urusan haram itu.

Polis Keretapi Thailand merupakan agensi utama menyiasat kes itu kerana jenayah itu berlaku di laluan kereta api dan mereka yang bertanggungjawab memberkas kesemua 21 "keldai dadah" rakyat Malaysia itu.

Menurut Puttidej, Polis Thailand telah menyerahkan maklumat berkenaan ketiga-tiga dalang utama sindiket dadah itu kepada Bukit Aman bagi membantu usaha memburu mereka di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mokhtar Mohd Shariff berada di Bangkok baru-baru ini.

Puttidej berkata sebagai perancang utama kepada kumpulan besar "keldai dadah" rakyat Malaysia itu, ketiga-tiga lelaki terbabit telah pergi ke Chiang Mai lebih awal bagi melaksanakan urusan pembelian dadah itu.

Berbanding kumpulan 21 rakyat Malaysia yang tiba di Chiang Mai menggunakan keretapi dari Bangkok, ketiga-tiga dalang itu tiba di bandar raya peranginan utara Thailand itu lebih awal menggunakan jalan udara dari Kuala Lumpur.

Selesai urusan pembelian dadah di Chiang Mai, mereka bertiga menaiki kapal terbang ke bandar Hatyai, di selatan Thai bagi menunggu bekalan dadah dibawa kumpulan "keldai dadah" rakyat Malaysia itu menggunakan jalan keretapi.

Puttidej berkata pihaknya percaya dadah itu diperoleh dari "kilang dadah" yang tersorok di dalam hutan Myanmar berhampiran sempadan di utara Thailand yang dikawal sindiket berkuasa di sempadan Myanmar-Thailand.

"Sindiket itu berkemungkinan besar menggunakan etnik minoriti 'Hmong' yang tinggal di kawasan sempadan untuk menyeludup masuk bekalan dadah itu ke Chiang Mai untuk diserahkan kepada tiga dalang itu," katanya.

Bekalan dadah kemudiannya dipunggah ke stesen keretapi Chiang Mai dalam puluhan beg pikul untuk dibawa "keldai dadah" terbabit untuk perjalanan selama 12 jam ke stesen keretapi Hualamphong di Bangkok.

Kesemua mereka tiba di Bangkok pada 22 Mac dan pada 23 Mac meneruskan pula perjalanan dengan keretapi ke Hatyai dalam usaha membawa bekalan dadah itu menyeberangi pintu sempadan di utara Malaysia.

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu telah sedia menunggu di Hatyai bersama beberapa buah kereta untuk fasa perancangan mereka seterusnya bagi menyeludup dadah ke Malaysia menggunakan jalan darat pula.

"Mereka mahu mengelak daripada melalui pintu masuk Padang Besar kerana kawalan pihak berkuasa amat ketat, menyebabkan memilih penggunaan jalan darat yang pada tanggapan mereka lebih selamat," katanya.

Malang bagi sindiket Malaysia itu, perancangan teliti mereka akhirnya dapat dihidu oleh Polis Thailand yang memasang perangkap dan memberkas 15 daripada mereka di stesen keretapi Hua Hin, Ratchaburi dan Prachuabkirikan.

Enam yang lain pula diberkas di dalam sebuah van di Phattalung dalam perjalanan ke sempadan Malaysia selepas meninggalkan bekalan dadah mereka di stesen keretapi Chumphon, Surat Thani.

Katanya keenam-enam lelaki itu cuba melarikan diri selepas menyedari operasi Polis Thailand itu namun gagal dan ditahan oleh Polis Lebuhraya Thailand ketika berada dalam van.

"Bagi ketiga-tiga dalang yang sedang menunggu di Hatyai, mereka sedar usaha membawa masuk dadah tersebut telah gagal di tengah perjalanan keretapi itu dan melarikan diri dengan memasuki semula Malaysia," katanya.

Mereka meninggalkan beberapa buah kereta yang telah bersedia di Hatyai untuk mengangkut bekalan dadah yang sepatutnya tiba di stesen kereta api bandar selatan Thai itu, kata Puttidej.

"Pemburuan terhadap ketiga-tiga dalang utama sindiket itu kini beralih kepada pihak polis Malaysia pula," menurutya, sambil melahirkan keyakinan mereka akan ditangkap tidak lama lagi. -Bernama

Pemain ragbi dilarang bermain 99 tahun


6 APRIL 2016

Pemain ragbi dilarang bermain 99 tahun

 Pemain ragbi dilarang bermain 99 tahun Sedutan rakaman menunjukkan Cipriano Martinez menendang muka Juan Masi
BUENOS AIRES - ARGENTINA. Tindakan kejam seorang pemain ragbi menendang muka pemain lawan tanpa sebarang provokasi menyebabkan beliau dilarang bermain sukan tersebut selama 99 tahun.

Menurut laporan Syney Morning Herald, Cipriano Martinez dari kelab Pucará dirakam melakukan perbuatan kejam tersebut semasa perlawanan diantara kelab minggu lepas.

Mangsa, Juan Masi tidak melakukan sebarang provokasi terhadap Cipriano sebelum disepak dengan kuat oleh pemain tersebut.

Kelab ragbi Pucará mengeluarkan satu kenyataan dan mengecam tindakan Cipriano yang hampir mengorbankan nyawa mangsa.

"Kami benar-benar meminta maaf kepada Juan Masi dari kelab ragbi San Albano, dan kepada sukan ragbi secara amnya," kata kenyataan tersebut.

Walaupun Cipriano dihukum larangan bermain selama 99 tahun, hukuman lebih berat dijangka akan dijatuhkan terhadapnya oleh badan ragbi kerajaan Argentina.

Pembunuh budak jalani hukuman mati

Reuters
Austin (Texas): Seorang lelaki yang membelasah budak lelaki 12 tahun hingga mati, memotong mayat mangsa dan mendakwa minum darah budak itu akan menjalani hukuman mati di Huntsville, esok.

Pablo Vasquez, 38, dijadual menjalani hukuman itu melalui suntikan maut pada jam 6 petang waktu tempatan dan ia akan menjadi pelaksanaan hukuman mati keenam di Texas tahun ini serta yang ke-537 di Amerika Syarikat sejak Mahkamah Agung membenarkan semula hukuman itu pada 1976.


Pasukan peguam Vasquez melancarkan rayuan pada saat akhir bagi membatal atau menangguh hukuman itu dengan memfailkan petisyen di Mahkamah Agung mendakwa pelanggan mereka dinafikan hukuman adil berikutan juri berkelayakan dalam perbicaraannya dibuang kerana tidak bersetuju dengan dengan hukuman mati.

Sebelum ini, mereka mendakwa Vasquez mengalami masalah mental dan tidak berkemampuan untuk belajar.

Mayat mangsa, David Cardenas, ditemui di bawah kepingan logam di Donna, Texas, pada 1998 dalam keadaan tanpa tangan, kulit belakang badan dilapah serta lubang di kepalanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 8:45 PM

Pablo Vasquez, 38, dijadual menjalani hukuman itu melalui suntikan maut esok. - Foto REUTERS
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128417#sthash.RuHU4gaG.dpuf