Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Pendakwaan akan buktikan penglibatan 7 lelaki

6 APRIL 2016

Morais

 Morais
KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan membuktikan penglibatan tujuh lelaki dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais bermula daripada mendiang mengendalikan kes-kes pakar patologi tentera Kolonel Dr R.Kunaseegaran, di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa berkata, pendakwaan akan membuktikan tindakan tertuduh-tertuduh mencari tong dram dan simen yang diletakkan di hadapan gerai milik tertuduh kedua (OKT2), G.Gunasekaran, di No 1, Jalan USJ 1/6, Subang Jaya.

"Si mati telah diletakkan di dalam tong dram tersebut dan dibiarkan semalaman," kata Abdul Razak dalam ucapan pembukaan kes itu pada hari pertama perbicaraan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Katanya keterangan juga akan dikemukakan bahawa pada 5 September 2015, OKT6 iaitu S.Nimalan, bersama OKT3 R.Dinishwaran, dan OKT7 S.Ravi Chandaran, telah mendapatkan perkhidmatan 'forklift' untuk mengangkat tong dram yang mengandungi mayat si mati dan membuangnya ke dalam sebuah paya tidak jauh dari gerai milik Gunasekaran. - Bernama

Dua beradik maut tersepit

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
6 APRIL 2016

Dua beradik maut tersepit

 Lokasi kejadian. Gambar kecil: Azarul Alamin, 12 dan adiknya Aleeya Erdina, 9, maut selepas terlibat kemalangan di Lebuh AMJ Bukit Lintang, Kandang tengah malam tadi.
MELAKA - Dua beradik maut dipercayai tersepit selepas pacuan empat roda dinaiki bersama seorang lagi kanak-kanak dan bapa mereka terbabas di Lebuh AMJ Bukit Lintang, Kandang, di sini tengah malam tadi.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 12 dan 9  tahun itu maut ditempat kejadian dipercayai akibat tersepit di tempat duduk belakang dan hadapan dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata, pihaknya tiba dilokasi 14 minit selepas menerima panggilan pada jam 12.14 tengah malam dan melihat kenderaan jenis Toyota Hilux sudah terbalik.

"Sebaik sahaja sampai, kerenderaan berkenaan sudah terbalik dalam keadaan kira-kira 60 darjah mengiring dan didapati seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berada di luar kereta dipercayai berjaya mengeluarkan dirinya sendiri selepas kemalangan.

"Seorang lelaki tersepit berikutan bahagian pemandu terbalik mengiring ke longkang dan salah seorang anaknya yang sudah meninggal dunia berada dengannya sementara seorang lagi kanak-kanak tersepit di tempat duduk belakang juga meninggal dunia," katanya.

Menurut Alias, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan oleh lapan anggota bomba dalam tempoh 17 minit dan mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan sementara dua beradik yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian difahamkan, keempat-empat beranak itu menaiki kenderaan berkenaan dari arah Muar menghala Bandaraya Melaka sebelum kenderaan mereka terbabas di bahu jalan.

Lans Koperal bersama dua lelaki ditahan bantu kes curi

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 APRIL 2016

KAMPUNG RAJA - Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan untuk membantu kes kecurian kabel elektrik di jalan Keruak Gunung Bongsu dekat Kampung Pak Sik, Hulu Besut di sini.

Anggota terbabit yang berusia 35 tahun ditahan bersama dua individu lain yang berusia 20 dan 26 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Belaoh dekat Keruak, Hulu Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, anggota terbabit yang sebelum ini didapati tidak hadir bertugas di sebuah balai polis di negeri lain sejak Februari lalu ditahan dalam satu serbuan Ops Lusuh oleh Pasukan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah sekitar jam 5 pagi hingga 1 petang kelmarin.

Menurutnya,  serbuan tersebut dilakukan berdasarkan maklumat awam berikutan kecurian kabel bawah tanah di jalan tersebut sebelum itu.

“Hasil pemeriksaan polis telah menemui  dan merampas beberapa gulung kabel yang dipercayai dicuri di lokasi tersebut berhampiran rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut, polis turut menemui satu beg galas di dalamnya mengandungi  tiga bilah pisau, satu pemotong besi dan sebiji  lampu suluh yang dipercayai digunakan untuk tujuan  mencuri kabel itu,” katanya.

Khaled berkata, ketiga–tiga suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut sementara saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif pil kuda bagaimanapun, mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Jackie Chan, Amitabh Bachchan terkait Panama Papers

HIBURAN RABU, 6 APRIL 2016 @ 4:31 PM

Jackie Chan (kiri) dan Amitabh Bachchan didakwa antara 11.5 juta pemegang akaun luar pesisir yang disenaraikan dalam Panama Papers.

WASHINGTON: Selebriti antarabangsa termasuk Jackie Chan, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai didakwa antara 11.5 juta pemegang akaun luar pesisir yang disenaraikan dalam Panama Papers. Dokumen rahsia yang dibongkar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) sejak 3 April lalu menggemparkan dunia apabila membariskan nama golongan elit dunia membabitkan pemimpin negara, artis, bintang sukan serta tokoh perniagaan. Organisasi yang berpangkalan di Washington itu turut menegaskan data atau dokumen yang disebut Panama Papers itu diperoleh daripada sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca. Daripada senarai rekod kewangan berkenaan, aktor Hong Kong yang menempa nama di Hollywood itu dikatakan memiliki sekurang-kurangnya enam syarikat di bawah kendalian firma terbabit. Ikon perfileman Bollywood, Bachchan pula didedahkan memiliki aset bernilai jutaan dolar hasil syarikat pengiriman barang yang beroperasi sejak 23 tahun lalu. Beliau dan menantunya, Aishwarya Rai disebut sebagai pemegang saham utama bagi keempat-empat syarikat sejak 2008, tetapi sumber memaklumkan bintang veteran itu sudah lama melepaskan pegangannya. Di pihak aktres jelita itu pula, beliau mengatakan berita yang disebarkan sejak beberapa hari lalu adalah palsu sekali gus cuba merosakkan namanya serta keluarga mentua. Sementara itu, pihak ICIJ mengumumkan bakal menyiarkan senarai penuh rekod kewangan semua syarikat yang terbabit dalam skandal ini menjelang Mei depan. Susulan daripada pendedahan ICIJ, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson mengumumkan meletakkan jawatannya, semalam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141128

Mossack Fonseca tak bertanggungjawab terhadap sebarang 'aktiviti haram'

RABU, 6 APRIL 2016 @ 3:42 PM

 PANAMA CITY: Pengarah firma guaman Panama, Mossack Fonseca, menegaskan syarikatnya yang terbabit dalam skandal Panama Papers, tidak bertanggungjawab di atas sebarang 'aktiviti haram' yang dikaitkan dengan pemilik akaun. Ramon Fonseca berkata, firmanya tidak pernah dituduh secara rasmi terbabit dengan sebarang salah laku selama hampir 40 tahun. Beliau menegaskan, mereka cuma melakukan struktur perundangan yang kemudian dijual dengan orang tengah seperti bank atau peguam atau akauntan. "Selepas itu, pelanggan akan menguruskan dari situ dan kami tiada lagi kuasa mengenainya. "Kami tidak bertanggungjawab dengan cara mereka menguruskan struktur itu seperti yang mereka mahu lakukan," katanya dalam temubual menerusi telefon baru-baru ini. Katanya, firmanya sudah membentuk lebih 240,000 syarikat sepanjang sejarah penubuhan dan majoritinya untuk tujuan yang sah. "Sudah pasti ada yang menggunakannya untuk aktiviti haram tetapi ia bukan tanggungjawab kami kerana bukan kami yang menguruskannya," kata Fonseca.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141123

Penduduk marah kes 4 lelaki rogol kanak-kanak

RABU, 6 APRIL 2016 @ 11:59 AM

EMPAT lelaki Utah dituduh merogol kanak-kanak berusia sembilan tahun di Vernal, timur Salt Lake City, 27 Mac lalu. - Foto Reuter
LOS ANGELES: Empat lelaki Utah dituduh merogol kanak-kanak berusia sembilan tahun ketika ibu mangsa menghisap methamphetamin, dalam kes yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan memaksa pihak berkuasa merayu penduduk bertenang.
Menurut kenyataan oleh Pejabat Sherif Mukim Uintah, kejadian berlaku pada 27 Mac lalu, ketika ibu mangsa mengunjungi rakannya di Vernal, timur Salt Lake City, dan pergi ke garaj untuk menghisap dadah ketika anak perempuannya tidur di atas sofa.
"Ketika itu, budak berkenaan dibawa ke bilik lain dan dirogol empat lelaki," menurut kenyataan.
Keempat-empat suspek, yang tinggal sementara di rumah itu, kemudian ditahan dan didakwa merogol dan meliwat.
Mereka hadir di mahkamah hari ini dan dijadualkan menghadiri sesi perbicaraan ikat jamin pada 11 April ini.
Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai di bandar kecil, sebahagiannya menggesa mereka dihukum tembak atau digantung. - AFP

Peragut menyamar polis

RABU, 6 APRIL 2016 @ 5:17 PM

Oleh Siti Rohana Idris
bhkb@bh.com.my

TUMPAT: Seorang gadis diragut lelaki menyamar sebagai anggota polis yang menahannya di Kampung Ana, dekat sini, pagi tadi.

Khairatul Nis Suhaimi, 22, dari Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, berkata dia yang menunggang motosikal untuk menjalani latihan amali di sebuah hotel, tidak menyedari diekori lelaki bermotosikal sebelum kejadian itu kira-kira jam 10 pagi.

"Sebaik tiba di Kampung Ana, dia arahkan saya berhenti sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Saya diminta menunjukkan MyKad dan lesen memandu sebelum diarah mengikutnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat tanpa memberitahu apa kesalahan dilakukan," katanya.

Curiga dengan tindak tanduk suspek, penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu itu segera menghubungi bapanya, namun sebelum selesai bercakap, dia dimarahi lelaki berkenaan.

"Dia memaksa saya segera mengikutnya ke IPD Tumpat, namun enggan memberitahu apa kesalahan saya meskipun ditanya berulang kali," katanya.

Kerana takut, Khairatul Nis mematuhi arahan lelaki itu, namun kira-kira 500 meter menunggang, motosikalnya terbabas di tepi jalan.

"Lelaki itu mengambil kesempatan memotong tali beg sandang saya dengan senjata tajam untuk mencurinya sebelum melarikan diri. Saya menjerit meminta tolong namun lelaki itu sudah lesap," katanya yang membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chabang Empat, di sini.

Ketua Polis Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip, mengesahkan polis menerima laporan terbabit dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 339 Kanun Keseksaan.

Dua pesawat penumpang berlanggar di landasan

Jakarta: Dua pesawat penumpang berlanggar ketika bergerak di landasan di sebuah lapangan terbang di sini menyebabkan ia terpaksa ditutup sementara.
Kejadian berlaku petang kelmarin di sebuah lapangan terbang tentera yang turut mengendalikan penerbangan awam bagi mengurangkan kesesakan di lapangan terbang utama Jakarta.
Syarikat Batik Air dalam satu kenyataan memberitahu, pesawatnya yang membawa 49 penumpang dan tujuh kru yang bergerak menuju ke landasan untuk berlepas bersentuhan dengan pesawat TransNusa yang ditunda.
Imej yang dimuat naik di Internet menunjukkan kerosakan teruk pada pesawat Boeing 737-800 milik Batik Air.
Kata syarikat itu, tiada penumpang dan anak kapal cedera dalam insiden di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma berkenaan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 9:01 AM

GAMBAR menunjukkan kerosakan teruk pada sayap pesawat Batik Air.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128265#sthash.0w91Q6rI.dpuf

47 polis dijel seumur hidup

Lucknow (India): Sebuah mahkamah khas di sini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 47 anggota polis kerana membunuh sekumpulan lelaki Sikh yang mereka dakwa militan pada 1991.
Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), anggota polis berkenaan didapati bersalah menembak mati mangsa sebagai cara untuk naik pangkat di negeri Uttar Pradesh yang ketika itu dilanda aktiviti militan Sikh.
Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit menahan sebuah bas yang membawa sekumpulan penganut Sikh bersama keluarga mereka yang dalam perjalanan menghadiri majlis keagamaan.
Mereka kemudian memaksa 11 penumpang berkenaan turun sebelum membawa mereka ke kawasan hutan di negeri di utara India itu lalu membunuh mangsa, kata pendakwa raya SC Jaiswal.
“Mahkamah mendapati bukti yang mencukupi untuk menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas tertuduh,” kata Jaiswal, memetik keputusan mahkamah kelmarin.
Ketika kejadian, kumpulan militan Sikh terbabit dalam gerakan mewujudkan negeri sendiri yang dinamakan Khalistan di wilayah berkenaan.
Mahkamah Agung yang bertindak atas petisyen seorang peguam mengarahkan Biro Pusat Penyiasatan (CBI) menyiasat kes itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 8:09 AM

GAMBAR hiasan, polis di India.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128237#sthash.KfH8VoUU.dpuf

Bisa ular dangdut

Karawang, Indonesia: Seorang penyanyi dangdut Indonesia maut selepas dipatuk seekor ular tedung selar ketika membuat persembahan dengan haiwan berbisa berkenaan.
Penyanyi yang dikenali sebagai Irma Bule itu terkenal di wilayah Karawang kerana sering beraksi dengan ular berbisa ketika di pentas.
Rakan Irma, Ferlando berkata, penyanyi itu dijemput untuk membuat persembahan di bandar ini pada malam Ahad lalu.
“Pada malam itu, Irma bakal menyanyikan dua lagu dan seperti biasa dia beraksi bersama seekor ular tedung selar.
“Ketika menyanyikan lagu pertama, Irma secara tidak sengaja terpijak ekor ular itu yang menyebabkan ia terus mematuk kakinya.
“Walaupun kakinya dipatuk, Irma tetap meneruskan persembahan sehingga selesai menyanyikan dua lagu,” katanya.
Menurutnya, selepas selesai persembahan Irma pergi ke belakang pentas, tetapi dia tidak mahu menerima rawatan kerana masih berasa sihat.
“Bagaimanapun, selepas sejam, Irma mula berasa mual dan pening sebelum dia pengsan.
“Kami terus membawa Irma ke hospital dan selepas dua jam dirawat doktor mengesahkan dia meninggal dunia,” jelasnya.
Sementara itu, keluarga Irma sehingga semalam masih belum mengebumikan mayat penyanyi itu kerana mahu bedah siasat dijalankan.
Keluarga Irma dilaporkan tidak berpuas hati kerana mendakwa kumpulan dangdut yang disertai penyanyi itu mengabaikan keselamatannya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 9:06 AM

PERSEMBAHAN terakhir Irma dengan seekor ular tedung selar yang kemudian mematuk kakinya di pentas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128269#sthash.r0D7tDqc.dpuf

Dua ditahan, enam kereta mewah dirampas

Johor Bahru: Dua lelaki termasuk seorang warga Singapura ditahan manakala enam kenderaan mewah disyaki kereta klon dirampas polis dalam serbuan di apartmen di Taman Perling di sini, 5 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, nilai rampasan kenderaan berkenaan mencecah RM800,000 dan pihaknya memburu empat lagi suspek termasuk dalang utama sindiket berkenaan seorang warga Singapura berusia 45 tahun.
"Bertindak atas maklumat awam dan risikan sepasukan pegawai dan anggota daripada Cawangan Risikan Jenayah (D4) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (IPDJBU) membuat intipan ke atas apartmen berkenaan.
"Hasil tangkapan berkenaan membawa kepada rampasan barang berkaitan dengan kegiatan dijalankan termasuk nombor plat Singapura, komputer, mesin pencetak cukai jalan, dan cukai jalan palsu Singapura," katanya pda sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek berusia 22 tahun yang ditangkap direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 116 (c) Akta Kastam 1967.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 4:36 PM

ANTARA kenderaan mewah yang dirampas. FOTO Zain Ahmed
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128366#sthash.Lp0EYq8q.dpuf

Rampas 456 Kg daun ketum

Padang Besar: Empat lelaki ditahan anggota Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis kerana cuba menyeludup bungkusan daun ketum ke negara jiran, Thailand dalam tiga kejadian berasingan di Padang Besar, semalam.
Komander AKSEM Perlis, Deputi Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian pertama pada 9.50 pagi, sepasukan anggota Risikan AKSEM Chuping yang sedang membuat rondaan di kawasan Timah Tasoh, Beseri, di sini menahan seorang lelaki yang memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Pusat Serenti Bukit Chabang.
“Apabila anggota kami memeriksa dalam kereta itu terdapat 15 bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi daun hijau disyaki daun ketum seberat 72 kilogram (Kg) di but kereta itu dan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat AKSEM Perlis, di sini, pagi tadi.
Tambahnya lagi, rampasan oleh anggota AKSEM itu tidak tamat di situ apabila pada 9.50 malam pula, mereka memberkas dua lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun dalam sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam di Kilometer 27 Jalan Padang Besar-Ulu Pauh.
“Lelaki berusia 25 tahun itu bersama remaja berkenaan ditahan selepas pemeriksaan kami mendapati empat bungkusan guni putih berisi daun disyaki daun ketum seberat 216 Kg di but kereta berkenaan” katanya.
Seorang lagi lelaki berusia 35 tahun ditahan dalam kenderaan pacuan empat roda 25 minit kemudian di kawasan Kampung Kolam, Padang Besar kerana membawa 17 bungkusan plastik berisi daun disyaki daun ketum seberat 168 Kg di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan itu.
“Kita percaya tiga kes ini walaupun tidak berkaitan didalangi sindiket yang cuba menyeludup daun ketum ini ke negara Thailand disebabkan permintaannya yang tinggi di negara itu,” katanya lagi.
Suspek yang ditahan itu dipercayai orang suruhan yang akan menyeludup bekalan daun ketum ini ke negara jiran melalui laluan tikus™ berhampiran pintu sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Wang Kelian.
Kesemua suspek kini diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 4:57 PM

SYED Basri menunjukkan daun ketum yang cuba diseludup. FOTO Eizairi Shamsudin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128372#sthash.WercBiIf.dpuf

Suspek rogol remaja ditahan

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Gombak: Lelaki ditahan selepas dipercayai merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sini, sejak Julai lalu.

Suspek berusia 41 tahun yang juga pemilik sebuah restoran dipercayai merogol pekerjanya itu sebelum ditahan, 10.45 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ahli keluarganya sebelum dia ditahan.

"Kami percaya suspek telah merogol mangsa beberapa kali sejak Julai lalu hingga Mac tahun ini," katanya.

Ali berkata, suspek kini direman hingga Isnin untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis di bawah umur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 5:26 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128380#sthash.JcUhz3kS.dpuf

Enam ahli Gengster 04 ditahan

CHANG KEONG (tengah) menunjukkan sebilah parang yang dirampas daripada kumpulan Gengster 04 di Ipoh semalam.

IPOH – Polis menahan enam lelaki disyaki ahli kumpulan Gengster 04 dalam serbuan Ops Cantas Khas Silver berhampiran pangsapuri Waller Court di sini awal pagi semalam.
Dalam operasi selama lapan jam sehingga pukul 7 pagi itu, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun berjaya diberkas selepas polis menahan sebuah kereta Honda Accord dan sebuah motosikal.
Difahamkan, kumpulan itu dalam rancangan untuk melakukan pergaduhan dipercayai dengan kumpulan lain, namun motif masih dalam siasatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika ditahan, lima daripada suspek berada di dalam kereta manakala seorang lagi menunggang motosikal.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz452W8EX00 
Hakcipta terpelihara 

Terima RM250, didenda RM10,000

TEE SOON kelihatan tenang ketika dibawa oleh pihak berkuasa keluar dari Mahkamah Sesyen, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Meskipun jumlah suapan berjumlah RM250 dianggap satu nilai kecil bagi seorang guru sekolah memandu di sini, namun perbuatan itu tetap salah di sisi undang-undang.
Atas kesalahan yang dilakukan itu, Goh Tee Soon, 61, terpaksa membayar denda sebanyak RM10,000 iaitu 40 kali ganda daripada nilai suapan selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mengambil wang rasuah tersebut daripada seorang calon ujian memandu pada Oktober tahun lalu.
Berdasarkan rekod, Tee Soon sudah 30 tahun menjadi tenaga pengajar di sekolah memandu.
Tidak cukup dengan itu, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Tee Soon bagaimanapun membayar denda tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah menerima wang tunai RM250 daripada Syairul Nizam Salleh, 28, sebagai dorongan untuk membantunya lulus dalam Ujian Pelesenan Pemandu Vokasional (GDL) lori.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd., Jalan Pesisiran Perling 1, Taman Perling di sini pada 1 Oktober 2015 kira-kira pukul 11 pagi.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz452VuZRLf 
Hakcipta terpelihara 

6 cedera letupan di Mid Valley

KEADAAN restoran Chili’s Grill Bar yang mengalami kerosakan akibat letupan gas LPG di di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Enam orang cedera termasuk dua daripada mereka melecur di muka apabila saluran paip gas petroleum cecair (LPG) meletup sehingga mengakibatkan siling di dua buah restoran di kompleks beli-belah Mid Valley Megamall di sini runtuh semalam.
Kejadian pukul 9.45 pagi itu berlaku ketika dua kontraktor penyelenggaraan LPG sedang melakukan pemeriksaan di bahagian dapur dua buah restoran iaitu restoran Chili’s Grill Bar dan McDonald’s.
Namun malangnya, ketika pemerikasaan dilakukan, saluran gas LPG di restoran Chili’s Grill Bar dan McDonald’s meletup. Saluran gas LPG untuk kegunaan memasak bukan sahaja disediakan dua buah restoran terbabit tetapi melibatkan semua restoran di pusat beli-belah tersebut.
Akibat letupan itu, dua kontraktor berkenaan melecur di muka masing-masing manakala empat lagi pekerja di kedua-dua buah restoran tersebut mengalami kecederaan ringan akibat dihempap runtuhan siling di kedua-dua buah restoran tersebut.
Difahamkan letupan itu turut mengeluarkan api namun ia tidak sempat merebak.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz452VcQgfE 
Hakcipta terpelihara 

Penyelewengan pinjaman Mara, lima ahli perniagaan dibebaskan

PUTRAJAYA 6 April - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan lima ahli perniagaan daripada tahanan reman selepas selesai membantu siasatan kes penyelewengan dan pemalsuan dokumen pinjaman perniagaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM2.5 juta.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membebaskan kelima-lima lelaki tersebut dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berserta seorang penjamin.
Mereka sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 31 Mac lalu bagi membantu siasatan SPRM berhubung sindiket penyelewengan dan pemalsuan dokumen permohonan pinjaman perniagaan Mara bernilai RM2.5 juta antara 2013 sehingga 2014. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/penyelewengan-pinjaman-mara-lima-ahli-perniagaan-dibebaskan-1.212644#sthash.B2LUAGd6.dpuf

Dua beradik maut nahas kenderaan dipandu bapa

MELAKA 6 April - Dua beradik maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapa mereka gagal dikawal lalu terbabas di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran jejantas Bukit Lintang di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, Azarul Alamin Jamil, 12, dan adik perempuannya, Aleeya Erdina, 9, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurut jurucakap polis, ketika kejadian kenderaan tersebut dinaiki empat beranak dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Merlimau ke Taman Merdeka.
“Kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu bapa mangsa yang berusia 35 tahun gagal dikawal sebelum terbabas memasuki longkang kiri lebuh raya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Berikutan kemalangan itu, Azarul Alamin yang duduk di sebelah pemandu dan Aleeya Erdina yang duduk di kerusi penumpang belakang maut akibat tersepit dan mayat mereka berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
Bapa mereka pula parah manakala seorang lagi saudara perempuan mereka berusia 11 tahun hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-beradik-maut-nahas-kenderaan-dipandu-bapa-1.212735#sthash.w20HulyC.dpuf

Dunia siasat 'Kertas Panama'

POLIS berkawal semasa orang ramai mengadakan tunjuk perasaan membantah Gunnlaugsson di luar bangunan Parlimen di Reykjavik, Iceland kelmarin. - AFP

PARIS – Perancis, Sepanyol dan beberapa negara lain melancarkan siasatan berhubung jenayah mengelakkan cukai kelmarin susulan pembocoran sejumlah dokumen yang membongkar akaun luar pesisir milik ramai ahli politik dan selebriti.
Skandal itu meletus pada Ahad lalu apabila beberapa kumpulan media mula mendedahkan hasil siasatan selama setahun berhubung 11.5 juta dokumen milik firma guaman, Mossack Fonseca yang pakar dalam mewujudkan syarikat dorman luar pesisir di Panama.
Antara yang didakwa memiliki akaun luar pesisir itu termasuk kroni Presiden Rusia Vladimir Putin, saudara-mara pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson dan penyerang Barcelona, Lionel Messi.
“Kami membuka siasatan kes pengubahan wang haram berhubung firma guaman ini, Mossack Fonseca,” kata sumber mahkamah jenayah tertinggi Sepanyol, Mahkamah Nasional susulan pendedahan itu yang menamakan Messi dan pengarah filem Sepanyol, Pedro Almodovar turut terlibat.
Selain Sepanyol, Australia mengumumkan negara itu telah melancarkan siasatan terhadap 800 pelanggan Mossack Fonseca yang kaya raya.
Pengumuman serupa turut dibuat oleh Perancis dan Belanda.
Kesemua dokumen itu yang dikenali sebagai 'Kertas Panama', dibocorkan secara rahsia ke­pada akhbar Jerman, Sueddeutsche Zeitung sebelum dikongsi lebih 100 kumpulan media melalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Pendedahan pertama mencetuskan penafian termasuk dari Kremlin yang membayangkan komplot Amerika Syarikat (AS) setelah ICIJ menyatakan bahawa bank, syarikat dan kroni Putin menyimpang wang AS$2 bilion (RM7.80 bilion) dalam akaun luar pesisir.
“Putin, Rusia, negara kita, ke­stabilan kita dan pilihan raya akan datang merupakan sasaran komplot ini,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov sambil menambah, pendedahan itu dipercayai dilakukan oleh wartawan-wartawan yang merupakan bekas pegawai dari Jabatan Negara AS dan Agensi Perisikan Pusat.
Urus niaga kewangan luar pesisir tidak menyalahi undang-undang tetapi aktiviti itu banyak digunakan untuk menyembunyikan aset daripada pengetahuan pihak berkuasa percukaian, mengubah wang haram atau menyimpan kekayaan ahli politik. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz45012kvfT 
Hakcipta terpelihara 

Pentas bergambar konvokesyen runtuh

5 APRIL 2016
Pentas bergambar konvokesyen runtuh

Rakaman yang menunjukkan pentas tiba-tiba runtuh.
BAGHDAD - IRAQ. Hari bersejarah sekumpulan graduan bertukar menjadi ngeri apabila pentas untuk bergambar tiba-tiba runtuh, lapor Mail Online.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di bahagian luar Fakulti Farmasi Kolej Baghdad ketika graduan berkumpul di pentas untuk bergambar selepas menerima ijazah masing-masing dalam satu majlis konvokesyen.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba pentas tersebut bergoyang dan runtuh dalam beberapa saat.

Runtuhan itu menyebabkan pelajar dan tenaga pengajar terhempas ke tanah dan bertindih antara satu sama lain sementara ibu bapa yang menyaksikan kejadian itu panik dan menjerit.

Melalui rakaman itu, bahagian belakang mula runtuh dan diikuti oleh keseluruhan struktur.

Keadaan panik melatari kejadian dan orang ramai bergegas menyelamatkan mangsa.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya beberapa orang dirawat kecederaan di hospital.

Helikopter terhempas, lima maut

5 APRIL 2016

Helikopter terhempas, lima maut

 Helikopter terhempas, lima maut Lokasi kejadian
TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah helikopter persiaran terhempas di Taman Negara Great Smoky Mountains, timur Tennessee menyebabkan lima terbunuh, kata pegawai.

Menurut jurcakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Kathleen Bergen dalam e mail berkata, helikopter Bell 206 terhempas jam 3.30 petang berhampiran Sevierville.

"Helikopter tersebut musnah akibat kebakaran sebaik sahaja terhempas," kata Bergen dipetik AP.

Sementara itu, Ketua Polis Pigeon Forge,  Jack Baldwin berkata, helikopter itu berkecai dan musnah akibat kebakaran.

Baldwin berkata, helikopter berkenaan menghampiri tepi gunung dan terhempas.

Kira-kira empat jam selepas kemalangan, berpuluh kenderaan kecemasan berada di lokasi kejadian yang terletak  satu kilometer dari pusat membeli belah utama di Sevierville.

Jurucakap Persatuan Pengurusan Kecemasan Tennessee, Dean Flener mengesahkan, insiden tersebut telah mengorbankan lima orang.

Flener berkata, tiada rumah rosak dan tiada orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian cedera.

Dua pesawat berlanggar di Jakarta

5 APRIL 2016

Dua pesawat berlanggar di Jakarta

 Dua pesawat berlanggar di Jakarta Sayap pesawat Batik Air yang rosak akibat pelanggaran.
JAKARTA - INDONESIA. Sebuah pesawat Batik Air yang akan berlepas berlanggar dengan sebuah pesawat Transnusa yang ditunda di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumu, Jakarta Timur, semalam, lapor AFP.

Pelanggaran itu menyebabkan sayap kiri pesawat Batik Air rosak.

Pesawat Batik Air, penerbangan 7703 dijadualkan berlepas dari Jakarta ke Ujung Pandang, Sulawesi Tenggara.

Batik Air ialah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan sebuah anak syarikat Lion Air.

Dalam satu kenyataan dari Lion Air, pesawat Batik Air telah dibenarkan untuk berlepas oleh pengawal lapangan terbang, tetapi bertembung dengan pesawat Transnusa yang sedang ditunda oleh traktor.

Juruterbang Batik Air kemudian memutuskan untuk membatalkan penerbangan untuk memastikan keselamatan penumpang.

Seramai 49 penumpang dan 7 anak kapal di atas kapal dan semua dipindahkan melalui slaid kecemasan pesawat.

Tiada laporan kecederaan dalam kejadian itu.

"Berkaitan dengan kejadian itu, kita sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak berkuasa yang berkaitan," kata pengarah presiden Lion Air Group, Edward Sirait.

Indonesia letup 23 bot nelayan Malaysia, Vietnam

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 9:36 PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia hari ini meletupkan 23 bot nelayan asing yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. Bot terbabit, 13 dari Vietnam dan 10 dari Malaysia, diletupkan serentak di tujuh pelabuhan dari Tarakan di utara Kalimantan sehingga ke Ranai di Pulau Natuna di Laut China Selatan. Menteri Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastuti, menyaksikan tindakan itu yang dijalankan dengan kerjasama tentera laut dan polis, menerusi lintas langsung internet di pejabatnya di Jakarta. Indonesia, negara kepulauan terbesar dunia, mengambil pendirian tegas ke atas aktiviti perikanan haram sejak Presiden Joko Widodo mengambil alih jawatan itu pada 2014. Pudjiastuti menyelia tangkapan hampir 200 bot nelayan haram dari beberapa negara selepas mengisytiharkan satu moratorium ke atas bot asing. Sejumlah 174 bot nelayan diletupkan. Sebanyak 20 bot lagi masih menunggu keputusan mahkamah. - AP

ANTARA bot nelayan asing yang ditahan diletupkan pihak berkuasa Indonesia kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. - Foto EPA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140841