Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Maut terjerlus di Sungai Pahang


WARTAWAN SINAR HARIAN
5 APRIL 2016
Maut terjerlus di Sungai Pahang

 Pasukan mencari dan menyelamat mengangkat mayat mangsa lemas Azmir yang ditemui lapan jam selepas mangsa hilang.
TEMERLOH – Seorang warga Felda menjadi mangsa kedua lemas di Sungai Pahang ketika turun menjala ikan bersama tiga rakannya, awal pagi Ahad lalu.

Mayat Azmir Salleh, 35, dari Felda Jengka 21 ditemui tersangkut pada pasir jerlus tidak jauh dari lokasi  dia dilaporkan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Hashnuddin Hussain berkata, mangsa turun ke Sungai Pahang di Kampung Seboi, Kuala Krau menaiki bot bersama tiga rakannya kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, mangsa antara yang terawal turun dari bot untuk menjala di pesisir pasir bagaimanapun difahamkan jala digunakan tersangkut pada tunggul kayu dan dia dipercayai turun ke dalam air untuk melepaskan jala.

“Mangsa mungkin terjerlus ketika itu dan terus tenggelam sebelum kehilangannya disedari rakan.

“Tiga rakannya membantu mencari dan mengesan mangsa tetapi gagal sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba bersama polis dan Jabatan pertahanan Awam (JPAM) menjalankan gerakan mencari dan menyelamat mangsa sebelum mayat lelaki itu berjaya ditemui selepas lapan jam dia dilaporkan lemas.

Katanya, orang ramai terutamanya penduduk di pinggir sungai diingatkan supaya tidak mencari etak, ikan ataupun remis ketika paras air sungai terlalu cetek sekarang.

“Keadaan ini mendatangkan bahaya kerana pada musim panas ini banyak pasir berongga dan jerlus yang boleh membahayakan nyawa.

“Biasanya apabila air cetek terdapat banyak pasir jerlus atau berongga dan jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan hilang dan lemas,” katanya.

Katanya, tahun lalu, lima kejadian lemas berlaku pada musim kemarau di kawasan pasir jerlus di Sungai Pahang dalam daerah Temerloh.

"Ini pula kejadian kedua dilaporkan di daerah Temerloh tahun ni selepas seorang lelaki India lemas berhampiran Lubuk Pasu," katanya.

Empat gerai di pasar malam Brinchang musnah


NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
5 APRIL 2016

Empat gerai di pasar malam Brinchang musnah

 Empat gerai di pasar malam Brinchang musnah Kebakaran yang berlaku menimbulkan panik orang ramai namun kejadian tidak membabitkan kenderaan atau kemalangan jiwa. - Foto Bomba dan Penyelamat

KUANTAN - Tindakan pantas anggota bomba mengawal kebakaran membantu menyelamatkan 12 deretan gerai di tapak pasar malam, Brinchang, Cameron Highlands daripada musnah terbakar, petang semalam.

Bagaimanapun, dalam kebakaran kira-kira jam 3.50 petang itu, empat gerai gagal diselamatkan manakala sebuah lagi musnah sebahagian.

Ketua Balai Bomba Cameron Highlands, Muhammad Haziq Hazmi berkata, dalam kejadian itu, pihaknya juga berjaya menyelamatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss daripada rentung.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 3.55 petang sebelum lima anggota bersama jentera dikerah ke lokasi untuk bantuan pemadaman.

“Ketika pihak kami tiba, api sudah marak memusnahkan empat gerai terlibat bagaimanapun operasi pemadaman yang segera dilakukan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke deretan gerai lain.

“Dalam kejadian ini, empat gerai yang menjual cenderamata dan pakaian musnah terbakar bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 5 petang.

“Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Pengawal keselamatan dipenjara curi komputer


5 APRIL 2016


KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dipenjara sehari dan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri sebuah komputer riba milik seorang wanita.

Majistret Ahmad Solihin Wahid menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohamad Hafizie Hasnor, 22 dan memerintahkannya dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mohamad Hafizie didakwa mencuri komputer milik Hazlina Curai@Mohd Nor, 44, di sebuah rumah bernombor 121 Blok B Jalan Sungai Baru Kampung Baru di sini pada 12 tengah hari, 28 Jan lalu mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, ibu mangsa memberitahu mangsa bahawa tertuduh telah datang ke rumah untuk mengambil komputer yang rosak itu untuk dibaiki di kedai lain.

Mangsa bersama suaminya kemudian menghubungi tertuduh beberapa kali, namun selepas diperiksa, tertuduh telah menjual komputer itu dengan harga RM350 sebelum melarikan diri.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah agar hukuman diringankan kerana berpendapatan rendah iaitu RM1,200 dan tidak mampu untuk membayar jumlah denda yang tinggi selain telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorelyna Hanim Abdul Halim memohon hukuman setimpal

supaya memberi pengajaran bukan sahaja terhadap tertuduh tetapi orang awam supaya tidak melakukan kesalahan tersebut. - Bernama

Perbicaraan kes bunuh Kevin Morais mula esok

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 4:20 PM



KUALA LUMPUR: Perbicaraan tujuh lelaki, termasuk seorang doktor, atas pertuduhan membunuh dan bersubahat dalam pembunuhan timbalan pendakwa raya Datuk Anthony Kevin Morais akan bermula esok.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa semasa dihubungi berkata Mahkamah Tinggi menetapkan 16 hari untuk perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Tarikh perbicaraan adalah seperti berikut: 6 April hingga 15 April; 3 Mei hingga 6 Mei; 6 Jun hingga 8 Jun; dan 27 Jun hingga 28 Jun. Pihak pendakwa raya akan memanggil 60 saksi.

Peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili doktor dan ahli patalogi tentera Kolonel Dr K. Kunaseegaran, berkata beliau sudah bersedia bagi perbicaraan itu.

"Bagi diri saya anak guam saya tiada kena mengena langsung dengan kematian f Kevin dan beliau tidak membantu atau bersubahat dalam apa cara sekalipun," katanya ketika ditanya tentang kes anak guamnya itu.

Pada 27 Jan lepas, enam lelaki - G. Gunasekaran, 43; R. Dinishwaran, 23; A. Thinesh Kumar, 22; M. Vishwanath, 25; S. Nimalan, 22; dan S. Ravichandaran, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh semasa dihadapkan ke mahkamah.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Kunaseegaran, 52, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 302 akta sama.

Pada 28 Mac, Nimalan dan Thinesh Kumar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan alternatif iaitu cuba menyembunyikan mayat dan menyebabkan kematian Kevin Morais. - BERNAMA

Wanita maut dipercayai dipukul suami mabuk

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 6:22 PM

Oleh Norashikin Leman
bhnews@bh.com.my



SHAH ALAM: Seorang wanita mati, dipercayai dipukul suaminya selepas mereka bertengkar di rumah di Seksyen 20, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 60 tahun, dikatakan meninggal dunia kerana cedera parah di kepala akibat dipukul menggunakan batang pengelap lantai oleh suaminya yang juga berusia 60 tahun. Ketika kejadian, hanya mereka berdua berada di rumah.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata polis menerima laporan kejadian pada jam 1 tengah hari sebelum unit forensik dan unit anjing pengesan dihantar ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya yang dipercayai mabuk sebelum mangsa dipukul dengan batang pengelap lantai.

"Siasatan lanjut mendapati suspek menghidap kencing manis dan tidak mampu berjalan keluar dari rumah. Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan punca sebenar kematian dan menahan suami mangsa untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Panama Papers Bongkar Rahsia Global



Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 11:00 AM
Valdimir Putin

PARIS: Sebanyak 11.5 juta dokumen yang diteliti akhirnya mendedahkan urusan rahsia luar pesisir melibatkan penasihat Presiden Rusia, Vladimir Putin , pemimpin dunia dan selebriti termasuk bintang kelab bola sepak Barcelona, Lionel Messi.
Susulan itu, lebih 100 kumpulan media yang menjalankan siasatan akhirnya membongkar aset tersembunyi dalam akaun luar pesisir melibatkan 140 tokoh politik.
Laporan AFP menyebut, semua rekod tersebut diperoleh daripada sumber yang tidak dikenali oleh akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi media di seluruh dunia melalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Dokumen-dokumen daripada sekitar 214,000 akaun luar pesisir meliputi tempoh hampir 40 tahun itu datang dari Mossack Fonseca, sebuah firma guaman berpangkalan di Panama yang mempunyai rangkaian pejabat di lebih 35 negara.
Pendedahan yang dikenali sebagai Panama Papers itu mendapat perhatian seluruh dunia.
Siasatan mengenainya mendakwa, mereka yang rapat dengan Putin secara rahsia menyimpan sebanyak AS$2 bilion (RM7.7 bilion) melalui bank dan syarikat palsu.
Seramai 12 pemimpin dunia atau bekas pe­mimpin dinamakan dalam siasatan itu termasuk Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif; Pre­siden Ukraine, Petro Poroshenko dan pemerintah Arab Saudi.
Selain itu, bintang filem Hong Kong, Jackie Chan dan beberapa selebriti sukan turut memiliki akaun rahsia tersebut.
Menurut ICIJ, keluarga Presiden China, Xi Jinping juga mempunyai kaitan dengan akaun luar pesisir, begitu juga mendiang ayah Perdana Menteri Britain, David Cameron.
“Saya fikir kebocoran ini akan menjadi tamparan terbesar kepada dunia luar pesisir ekoran dokumen ini begitu menyeluruh,” kata Pengarah ICIJ, Gerard Ryle.
Salah seorang pengasas firma guaman tersebut, Ramon Fonseca membe­ritahu agensi berita AFP bahawa pendedahan dokumen itu satu jenayah, kejahatan besar dan serangan ke atas Panama.
“Sesetengah negara tidak suka kerana kami sangat kompetitif dalam menarik pelaburan syarikat di seluruh dunia,” katanya. – AFP

54 PATI Indonesia ditahan

JENAYAH SELASA, 5 APRIL 2016 @ 1:24 PM

 Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my

PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam tiga serbuan berasingan ketika mereka cuba menyusup keluar dan masuk negara ini di Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto ihsan Polis Marin KOTA TINGGI: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam tiga serbuan berasingan ketika mereka cuba menyusup keluar dan masuk negara ini di Bandar Penawar, dekat sini.

 Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata serbuan pertama kira-kira jam 11 malam tadi di kawasan Pantai Kelapa Mawar, di sini berjaya menahan 27 PATI. "Mereka mengaku berada di situ menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia.  Susulan itu, PPM menyerbu kawasan Pantai Sungai Tengah kira-kira jam 11.30 malam sebelum menahan 24 lagi PATI yang turut mengaku menunggu bot pancung untuk ke pulang negara asal.

 "Dalam serbuan ketiga pada jam 12.30 malam di kawasan sama, PPM menahan tiga PATI yang mengaku mendarat di kawasan Pantai Sungai Tengah menggunakan bot pancung dari Indonesia," katanya hari ini.  Mereka yang ditahan berusia lapan hingga 47 tahun, membabitkan 42 lelaki termasuk seorang kanak-kanak dan 11 wanita. Semua dibawa ke Balai Polis Penawar, dekat sini untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140714

88 tukang urut, 37 kaki judi ditahan

JENAYAH SELASA, 5 APRIL 2016 @ 7:39 AM

 Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman menahan 88 tukang urut dan 37 kaki judi dalam serbuan di sekitar ibu negara, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Sabah, Pahang serta Melaka. Kejayaan itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasminya malam tadi. "Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Melaka. Tahan 37 orang dan rampas 280 komputer. "Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat di Kuala Lumpur, Perak, Johor, Selangor, Sabah dan Pahang dan tahan 88 orang tukang urut. #GoPDRMGo," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140596

Dalang penculikan empat rakyat Malaysia belum dikenal pasti




Mangsa yang diculik berhampiran Pulau Ligitan, Semporna pada Jumaat lalu, (dari kiri) Teck Kang, Teck Chii, Jung Hien dan Hung Sing.


KOTA KINABALU – Polis belum dapat mengesahkan kumpulan sebenar yang bertanggungjawab dalam kes penculikan empat anak kapal warga Malaysia yang dilarikan lapan lelaki bersenjata di sempadan perairan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, sekalipun pihak media di Filipina me­laporkan kejadian itu didalangi kumpulan Abu Sayyaf, pihaknya masih belum dapat mengesahkan perkara itu kerana tidak menerima maklumat rasmi.
“Setakat ini belum ada perkembangan positif dan kita masih menunggu kalau ada apa-apa maklumat terbaru,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan motosikal Unit Rondaan Bermotor (URB) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz44wkEXdid 
Hakcipta terpelihara 

Wanita mengamuk di balai polis


Miri: Suasana di pekarangan Balai Polis Pusat Miri, di sini, semalam, kecoh apabila seorang wanita mengamuk sambil menuduh seorang lelaki mencuri telefon bimbitnya.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun berkenaan memegang lelaki itu sambil menjerit sehingga menarik perhatian orang ramai dan polis.


Sumber berkata, wanita itu kehilangan telefon bimbitnya itu ketika berada di pusat siber komputer di Wisma Tunku, di sini kerana ada urusan kerja.

“Kebetulan ketika itu, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu ditemani isterinya duduk bersebelahan wanita di pusat siber komputer terbabit.

“Mangsa mendakwa meletakkan telefon bimbitnya di tepi komputer, namun hilang dan dia mengesyaki lelaki terbabit mengambilnya,” katanya.

Menurut sumber, wanita itu mahu memeriksa beg sandang lelaki itu, namun dia tidak mengizinkannya kerana mendakwa tidak mencuri telefon bimbit mangsa.

“Lelaki itu berlagak berani mahu menyelesaikan perkara itu Balai Polis Pusat Miri kononnya untuk membuktikan dia tidak bersalah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:25 AM

KEKECOHAN |di pekarangan balai polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127931#sthash.XMdNwHoA.dpuf

5 terkorban nahas helikopter di Smoky Mountains


SELASA, 5 APRIL 2016 @ 8:34 AM
 PASUKAN bantuan kecemasan tiba di lokasi nahas helikopter pelancong di Taman Negara Great Smoky Mountains di selatan Tennessee.

SEVIERVILLE: Lima terbunuh apabila helikopter pelancong yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Taman Negara Great Smoky Mountains di selatan Tennessee pada Isnin. Nahas membabitkan helikopter Bell 206 itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang berhampiran Sevierville, kata jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Kathleen Bergen. Beliau berkata dalam emel bahawa pesawat berkenaan musnah dalam kebakaran. Empat jam selepas nahas, lebih 12 kenderaan bomba berada di lokasi, yang tidak sampai satu kilometer dari pusat beli belah utama di Servierville. Asap menyelubungi kawasan berkenaan. Jabatan Bomba Pigeon Forge berkata, ia turut menghantar anggota ke lokasi kejadian. Persatuan Pengurusan Kecemasan Tennessee, Dean Flener, mengesahkan tengah hari Isnin lima maut dalam nahas itu. Flener berkata, tiada rumah rosak dan tiada siapa di darat yang cedera apabila helikopter itu terhempas. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140610

Tujuh maut kereta terjunam dari feri

Phnom Penh: Tujuh penumpang sebuah kereta, termasuk kanak-kanak terbunuh apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai selepas pemandunya tertekan pedal minyak ketika memasukkan kereta itu ke dalam feri bagi menyeberang sungai.
Antara yang terbunuh ialah lima kanak-kanak berusia antara empat hingga 13 tahun dan menurut polis, pemandu berkenaan yang dipercayai mabuk, terselamat namun sudah ditahan. Tiga lagi penumpang terselamat kerana sempat keluar sebelum kereta itu sebelum ia tenggelam.
Kejadian berlaku di pinggir Phnom Penh ketika kereta membawa 10 penumpang itu dipandu menaiki feri bagi menyeberang Sungai Basac.
Pemandu berkenaan ialah mekanik tetapi tidak mempunyai lesen memandu. Kereta berkenaan bergerak merempuh penghadang dan menjunam ke dalam sungai.
Penumpang kereta itu dalam perjalanan pulang dari satu upacara ugama Buddha di daerah Sa Ang, 30 kilometer di selatan Phnom Penh.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:37 PM


Kereta yang terjunam ke dalam Sungai Basac dekat Phnom Penh yang menyebabkan tujuh terbunuh, ditarik keluar dari dalam sungai hari ini. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127814#sthash.JfpfblgS.dpuf

Lima gerai pasar malam terbakar

Cameron Highlands: Lima gerai pasar malam di Brinchang, di sini terbakar dalam kejadian jam 3.50 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian 3.55 petang dan operasi pemadaman api dilakukan oleh seorang pegawai dan empat anggota.
Menurutnya, sebaik tiba dilokasi kejadian pihaknya mendapati lima daripada 17 gerai di tapak pasar malam berkenaan terbakar.
"Empat lot gerai terbakar sepenuhnya dan satu gerai lagi terbakar sebahagiannya serta sebuah motosikal Modenas Kriss juga mengalami sedikit kesan terbakar.
"Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran dan menyelamatkan sebahagian 12 gerai lagi yang sebaris dengan lima gerai yang terbakar," katanya ketika dihubungi petang tadi.
Menurutnya, api berjaya dikawal dalam tempoh lima minit selepas pasukannya sampai dan dipadam sepenuhnya pada 5 petang.
"Berdasarkan maklumat awal kesemua gerai yang terbabit adalah menjual barangan cenderamata dan pakaian.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 9:20 PM


Kebakaran lima gerai pasar malam di Brinchang, petang tadi. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127852#sthash.BPiVQ186.dpuf

Wanita Islam diserang kata-kata perkauman


Turut digelar Batman kerana memakai purdah

LONDON 4 April - Seorang wanita beragama Islam terkejut apabila diserang dengan kata-kata berbaur perkauman dan digelar Batman oleh seorang lelaki ketika membeli barangan di sebuah kedai runcit di barat London, semalam.
PEMILIK kedai (kanan) menghalang seorang lelaki yang menyerang wanita Islam dengan kata-kata berbaur perkauman di sebuah kedai runcit di barat London, kelmarin. Agensi
Portal Daily Mirror melaporkan, rakaman video yang diambil oleh wanita itu sendiri, Ahlam UmmAqsa menggunakan telefonnya menunjukkan lelaki terbabit berulang kali bertanya ‘Mengapa anda memakai itu?’, merujuk kepada purdah yang dipakainya.
Pada satu ketika, lelaki itu berkata; “Anak-anak saya tidak dapat lihat muka anda. Bagaimana saya tahu jika anda seorang lelaki atau wanita.”
Sepanjang kejadian itu, anak-anak lelaki terbabit mula menangis apabila melihat ayah mereka me­njerit ke arah wanita itu.
Ahlam kemudian membalas kata-kata lelaki itu dengan menyatakan bahawa dia perlu menunjukkan teladan baik kepada anak-anaknya.
“Jangan jadi jahil, berlagaklah seperti orang dewasa dan berhenti mengajar anak-anak cara begini,” kata wanita itu.
Apabila lelaki itu terus me­n­ye­rang wanita terbabit, seorang pe­langgan beragama Islam dan pemilik kedai runcit berkenaan campur tangan bagi menghentikannya.
Tidak dapat dipastikan apakah punca lelaki itu bertindak sedemikian, tetapi lelaki itu ada menyebut dia kehilangan 10 pound (RM55.27) di kedai terbabit.
Ahlam kemudian memuat naik video itu di YouTube dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang membantunya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-islam-diserang-kata-kata-perkauman-1.208757#sthash.w8Wg60iU.dpuf

8 peket dadah ditemui dalam kereta kemalangan

Kluang: Polis menemui lapan peket plastik lutsinar berisi dadah dipercayai syabu seberat 20.77 gram ketika memeriksa kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 19, Jalan Teck Wai Heng, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, syabu terbabit bernilai RM2,800 dan boleh menampung bekalan untuk 70 penagih sekitar pekan Renggam dan Simpang Renggam.
“Dua lelaki yang parah akibat kemalangan itu kini dilaporkan kritikal. Mereka masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHKK) Kluang.
“Hasil siasatan awal, kedua-dua lelaki terbabit dalam perjalanan ke Simpang Renggam sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. Semakan mendapati mereka tidak memiliki rekod kesalahan lampau selain tidak bekerja. Kami percaya mereka mengedar dadah sejak enam bulan lalu,” katanya, semalam.
Muhamad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sembilan sebatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 9:24 AM


Dadah yang siap dibungkus ditemui dalam kereta yang terbabit kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127991#sthash.Feqehy5q.dpuf

Kecam 'Kertas Panama'

Paris: Kremlin semalam mendakwa ia menjadi sasaran rancangan untuk mengkucar-kacirkan Russia selepas pembocoran besar-besaran dokumen kewangan mendakwa sekutu rapat Presiden Vladimir Putin serta pemimpin dunia lain terbabit dalam aktiviti kewangan pesisir pantai.
Siasatan media selama setahun terhadap 11.5 juta dokumen yang bocor dari sebuah syarikat guaman di Panama, mendedahkan kegiatan mengelak cukai dan pengumpulan harta secara haram golongan elit, dari pembantu Putin hingga ke anggota keluarga Presiden China Xi Jiping, selebriti sukan dan juga pelakon terkenal.
Rekod dari firma guaman Mossack Fonseca yang dinamakan Kertas Panama diperoleh daripada sumber tidak dikenali oleh akhbar Jerman Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi dengan lebih 100 kumpulan media oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Nama Putin tidak disebut dalam dokumen itu, tetapi bank, syarikat dan sekutu rapatnya didakwa memindahkan RM7.8 juta menerusi bank dan syarikat yang tidak wujud, menurut ICIJ.
“Putin, Russia, negara kami, kestabilan kami dan pilihan raya akan datang menjadi sasaran ICIJ. Mereka mahu mengkucar-kacirkan keadaan,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.
“Kami kenal komuniti yang menamakan diri mereka wartawan itu. Mereka bukan wartawan sebenar. Kebanyakan mereka ialah pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat, CIA dan perkhidmatan rahsia lain.”
Urusan kewangan pesisir pantai bukan satu kegiatan haram tetapi ia boleh disalahgunakan untuk menyembunyikan harta daripada pihak berkuasa cukai, menggubah pendapatan daripada kegiatan jenayah atau menyembunyikan kekayaan yang diperoleh secara haram.
Turut dinamakan dalam hasil siasatan itu ialah 140 tokoh politik, termasuk 12 pemimpin atau bekas pemimpin kerajaan.
Mereka termasuk Presiden Ukraine, Raja Arab Saudi, bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi dan juga pelakon kung fu, Jackie Chan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:13 AM


ANTARA tokoh politik yang nama mereka tersenarai dalam laporan siasatan berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127915#sthash.iYPhur60.dpuf

Ditahan selepas video mengasari isteri 'viral'

Segamat: Anggota polis yang bertugas di Felda Redong, Tenang di sini, ditahan semalam selepas video dia mengasari isterinya ‘viral’ di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Konstabel berusia 30 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Pondok Polis Felda Redong kira-kira jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, bertindak atas laporan polis yang diterima pihaknya menjalankan siasatan dan mendapat perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
"Selain anggota polis itu, kami sudah merakam keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam video berdurasi dua minit dan 51 saat yang dimuat naik 1 April lalu, dua wanita termasuk isteri anggota polis berkenaan dilihat jalan perlahan-lahan untuk mendapatkan suaminya di pondok polis itu.
Wanita berkenaan ditemani seorang wanita lain yang mendukung bayinya, tiba-tiba dihampiri seorang lelaki, dipercayai suaminya yang juga anggota
polis pondok berkenaan.
Berlaku pertengkaran sebelum lelaki itu menampar isterinya, sebelum masuk ke dalam pondok polis itu diikuti isterinya dan wanita yang mendukung bayi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 9:04 PM


Gambar daripada video yang ‘viral’.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127850#sthash.8PLbgTco.dpuf

Remaja curi motor gagal tipu polis

Sungai Petani: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bukan saja licik menghilangkan diri selepas mencuri motosikal, malah berani menipu anggota polis dengan memberi pelbagai alasan berhubung jenayah dilakukannya dalam usaha melepaskan diri.
Bagaimanapun, taktik digunakannya gagal apabila ditahan sepasukan anggota dalam Ops Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda diketuai Asisten Superintendan Salimi Md Ali di Kampung Padang, Tikam Batu, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Sumber berkata, ketika disoal siasat, remaja lelaki itu tidak mengaku mencuri tiga motosikal bersama dua rakan, sebaliknya mendakwa dia sekadar mengikut saja.
Bagaimanapun, sumber berkata, remaja terbabit akhirnya mengaku melakukan kegiatan itu bersama dua rakan berusia 17 dan 30 tahun di Tikam Batu sebelum motosikal dileraikan dan rangkanya dibuang ke dalam tali air.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 9:13 AM


Tiga rangka dan sebuah motosikal curi ditemui polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127973#sthash.gmjYlr9P.dpuf

Nenek selamatkan nyawa cucu

Seremban: Demi memastikan cucunya terselamat, seorang nenek mengerahkan segala kudrat mendukung kanak-kanak terbabit untuk menyelamatkan diri selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran di Taman England, di sini, semalam
Kebakaran berlaku pada jam 7.50 pagi ketika nenek berusia 72 tahun itu bersama cucunya berusia dua tahun dan seorang pembantu rumah sedang menikmati sarapan di dapur rumah terbabit.
Difahamkan, sebaik terhidu bau hangit, nenek bersama pembantu rumah mencari bau hangit berkenaan sebelum melihat api marak membakar ruang bilik utama rumah itu.
Ketua Balai Bomba Seremban Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.07 pagi sebelum mengerahkan dua jentera bersama 20 anggota ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati api marak membakar tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan manakala penghuninya sudah keluar menyelamatkan diri.
“Kami mengambil masa hampir 20 minit memadamkan keseluruhan api dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Tingkat atas rumah itu terbakar 70 paratus dan punca sebenar serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan penilaian kami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:23 AM


KEADAAN rumah mangsa yang terbakar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127929#sthash.YKTdm2R8.dpuf

Guru memandu mengaku terima rasuah

Johor Bahru: Guru sekolah memandu didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM250 daripada calon memandu, tahun lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Goh Tee Soon, 61, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin terhadapnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara rasuah menerima RM250 daripada calon memandu berusia 28 tahun sebagai dorongan untuk membantunya lulus dalam Ujian Pelesenan Pemandu Vokasional (GDL lori).
Bagi perbuatan yang dilakukan di pusat latihan memandu di Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling di sini, kira-kira 11 pagi, 1 Oktober 2015 itu, dia didakwa mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nor Syarina Raizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 10:38 AM


TERTUDUH (kiri) didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah. FOTO Mohd Azren Jamaludin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128018#sthash.Z1cuwZ9y.dpuf

Inspektor polis dituduh rasuah

Ipoh: Inspektor polis didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini kerana meminta dan menerima rasuah membabitkan wang tunai sebanyak RM1,200.
Tertuduh, Amrin Paiman, 54, yang berkhidmat sebagai Inspektor Pendakwaan Trafik Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 dan 14 November 2013.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana meminta wang tunai berjumlah RM500 daripada Amir Hakim Amel Rosmadi@Adek pada 1.30 petang 13 November 2013 di tempat letak kereta apartmen di Tambun, di sini sebagai dorongan untuk tidak mendakwa Amir Hakim mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Bagi tuduhan kedua mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, dia dituduh menerima wang tunai sebanyak RM700 daripada individu sama pada 10.15 malam 14 November 2013 di restoran di Jalan Besar Tambun, di sini.
Amrin yang diwakili peguam Muhaimin Aris, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Muhaimin kemudian meminta jumlah jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan tertuduh sudah digantung kereja serta perlu menanggung isteri dan lima anak.
Hakim Indra Nehru Savandiah menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan 8 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 11:38 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128032#sthash.G4U0wUb0.dpuf

Dua geng samseng bertempur





HULU SELANGOR – Pergaduhan dua kumpulan bermusuh di tempat letak kereta di Desa Kiambang dekat sini berlarutan ke Balai Polis Se­rendah sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menghalang pertumpahan darah di kawasan balai polis.
Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Serendah pada mulanya cuba menghalang tindakan seorang lelaki yang membawa parang masuk ke balai polis.
Suspek dipercayai mahu menghalang seorang mangsa yang diserang kumpulannya daripada membuat laporan polis.
Kedegilan suspek yang dipercayai mabuk itu menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai lutut kiri suspek itu.
Suspek yang ditembak itu didakwa ahli kongsi gelap Geng 08 dan sebelum kejadian dia bersama kira-kira 20 rakannya menyerang sekumpulan lelaki di tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai makan di Desa Kiambang. Kumpulan lelaki yang diserang itu juga didakwa anggota samseng kumpulan 36.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz44vHRtMkD 
Hakcipta terpelihara 

Buruh, pelajar wanita ditahan 
miliki heroin bernilai RM91,085


V. R. Ravi Chandran (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan

V. R. Ravi Chandran (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas selepas menahan seorang lelaki dan wanita di Gerik pada sidang akhbar di IPK negeri, Ipoh, semalam. UTUSAN/Kamal Basir Wahab
IPOH 4 April – Polis menahan seorang buruh lelaki serta pelajar wanita yang menuntut di sebuah institut kemahiran di Selangor kerana memiliki dadah jenis he­roin seberat 1.82 kilogram bernilai RM91,085 pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian pukul 7 pagi, kedua-dua suspek berusia 33 dan 19 tahun itu ditahan ketika berada di belakang kereta Honda Accord di kawasan tempat meletak ken­deraan sebuah restoran dekat Pulau Banding, Gerik.
Sewaktu ditahan, suspek ber­kenaan dipercayai cuba mengedarkan dadah tersebut kerana memegang empat bungkusan aluminium berisi barang terlarang itu yang disimpan dalam satu beg berwarna hitam.
Ketua Jabatan Siasatan Jena­yah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner V. R. Ravi Chandran berkata, polis yang telah mengintip kegiatan dua sahabat itu sejak tiga bulan lalu hasil maklumat orang awam; berjaya merampas bekalan dadah tersebut yang disyaki disasarkan untuk kawasan Gerik, Lenggong dan Ba­ling, Kedah.
“Kedua-dua suspek dari Pulau Pinang dan Perak itu masing-masing dikesan positif mengambil dadah dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Selain itu, polis turut menyita kereta Honda Accord berkenaan bersama wang tunai RM2,000.
“Dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 1,300 orang. Oleh itu, kedua-duanya telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Ravi Chandran berkata, bermula Januari sehingga Mac tahun ini, bilangan tangkapan keseluruhan pesalah dadah di ne­geri ini telah meningkat sebanyak 154 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Beliau berkata, kebanyakan pe­ngedar dadar yang ditahan merupakan dalang serta pembiaya sin­diket.
“Kesemua tangkapan kes pemilikan dan pengedaran ini telah menghasilkan rampasan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, syabu dan ganja bernilai RM956,957.50,” katanya.
Sehubungan itu katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri akan terus meningkatkan tindakan terhadap ancaman dadah pada tahun ini bagi memastikan gejala tersebut dapat dibendung secara berterusan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/buruh-pelajar-wanita-ditahan-8232-miliki-heroin-bernilai-rm91-085-1.208777#sthash.xjveRU41.dpuf

Rasuah: Inspektor polis tidak mengaku bersalah

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 11:35 AM
 Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

AMRIN paiman mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah, masing-masing RM500 dan RM700 ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, sebentar tadi. - Foto Yahya Zainuddin

IPOH: Seorang inspektor polis yang juga pegawai pendakwa trafik mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah, masing-masing RM500 dan RM700 ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi. Amrin Paiman, 54, yang bertugas di Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 17 (a) akta sama. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Le Court Apartment Desa Tambun, di sini pada kira-kira jam 1.30 tengah hari 13 November 2013. Dia didakwa cuba memperoleh suapan RM500 daripada Amir Hakim Amel Rosmadi @ Adek sebagai dorongan tidak mendakwa lelaki itu mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Bagi pertuduhan kedua, Amrin didakwa memperoleh suapan wang tunai RM700 daripada Amir Hakim pada kira-kira jam 10.15 malam 14 November 2013 di Restoran Serambi Desa, Jalan Besar Tambun, di sini untuk tidak mendakwa lelaki berkenaan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin di hadapan Hakim Indra Nehru Savandiah, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhaimin Aris. Mahkamah menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh membayar wang jaminan RM6,000 atau masing-masing RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140668

Bunuh diri selepas menyesal gugurkan bayi


5 APRIL 2016

Bunuh diri selepas menyesal gugurkan bayi

 Bunuh diri selepas menyesal gugurkan bayi Jade Rees
ROYAL OLDHAM - BRITAIN. Seorang wanita ditemui tergantung dipercayai membunuh diri selepas mendengar lagu artis popular mengenai kesedihan keguguran kandungan.

Menurut Dailymail UK, Jade Rees, 21 baru sahaja memutuskan hubungan dengan teman lelaki yang telah menyebabkan wanita berkenaan mengandung anak luar nikah.

Jade mengambil keputusan untuk mengugurkan kandungannya kerana tekanan perasaan.

Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun hasil dari hubungan dengan teman lelaki sebelum ini.

Ketika mayat Jade ditemui, lagu nyanyian seorang artis popular berkumandang di tempat kejadian.

Lagu tersebut mengisahkan pengalaman sebenar seorang wanita yang kecewa selepas mengalami keguguran anak.