Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Maut bergesel lori kontena ketika berteduh


MOHD FAHMI ISMAIL
3 APRIL 2016

Maut bergesel lori kontena ketika berteduh

 Maut bergesel lori kontena ketika berteduh Motosikal milik mangsa semasa kejadian.
SHAH ALAM - Niat seorang lelaki warga Indonesia untuk berteduh di bawah jejambat di lorong kecemasan kerana hujan bertukar tragedi apabila digesel sebuah lori kontena di KM 4.4 Lebuh Raya NKVE (dari Klang ke Kuala Lumpur), semalam.

Kemalangan itu difahamkan berlaku kira-kira jam 7.40 petang ketika mangsa yang masih berada di atas motosikal mahu membuka topi keledar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, datang lori kontena dari arah Klang ke Kuala Lumpur dan telah bergesel dengan mangsa.

"Polis percaya beg yang dipakai mangsa tersangkut pada lori hingga menyebabkan mangsa jatuh dan terseret kira-kira lima meter.

"Mangsa, Basori, 39  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Katanya, berikutan tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bawah jejambat berkenaan, orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian diminta membantu polis untuk mengesan lori berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

60 kebakaran hutan berlaku di Gerik akibat EL Nino


3 APRIL 2016
1.8 hektar hutan terbakar


 1.8 hektar hutan terbakar gamabr hiasan
GERIK - Sebanyak 60 kes kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Hulu Perak sepanjang Mac lalu berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, kebanyakan kebakaran dipercayai akibat sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang membuang puntung rokok selain melakukan pembakaran terbuka.

"Api mudah merebak jika orang ramai lalai dan tidak peka dengan keadaan cuaca panas sekarang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, perokok dinasihati supaya tidak membuang puntung rokok sewenang-wenangnya kerana ia boleh membahayakan keselamatan nyawa dan harta benda.

Azizul Aswad berkata dalam kejadian terbaharu Sabtu lepas, kawasan bukit seluas 6 hektar di Jalan Kekabu Kampung Pahat Luar di sini, terbakar dipercayai berpunca daripada puntung rokok.

Katanya, kebakaran pada 8.35 pagi itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.20 petang berikutan keadaan hujan.

Sepasukan 30 anggota bomba dan tujuh penduduk kampung terlibat memadamkan kebakaran daripada merebak dari kaki gunung ke Bukit Kerunai di sini, katanya. - Bernama

Bakal pengantin ‘ghaib’ di hari pernikahan


NOR AINNA HAMZAH
3 APRIL 2016

Pengantin

 Pengantin Foto hiasan
TAMPIN - Hari pernikahan yang dinanti- nantikan seorang posmen untuk disatukan bersama kekasih hatinya dengan hantaran RM19,000, semalam menjadi hari paling mengecewakan dalam hidupnya apabila impian mendirikan rumah tangga punah.

Bakal pengantin itu terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana diputuskan sebelum ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki juga terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu susulan telah menyerahkan wang hantaran  RM16,000 sebelum hari pernikahan.

Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun perkara tidak diingini berlaku.

Difahamkan, walaupun perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah dibuat, namun jiran berdekatan tidak mengetahui hal tersebut dan tidak mendapat jemputan.

Menurut sumber, bakal pengantin lelaki berusia 26 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pekerja kedai telefon di salah sebuah kedai di Pulau Sebang pada pertengahan 2014.

“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat  menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.

“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur itu berjaya mengumpulkan wang hantaran dengan hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber berkata, bakal pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran RM13,000 kepada keluarga pengantin perempuan yang tinggal kira- kira 3 kilometer dari kediaman keluarganya pada pertengahan November lalu dan pada awal Mac lalu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM3,000 lagi.

Kata sumber, baki sebanyak RM3,000 lagi bakal diserahkan lelaki itu kepada bakal isterinya itu di hari mereka disatukan dengan ikatan akad nikah yang sepatutnya berlaku semalam.

Bakal pengantin lelaki difahamkan turut mengalami kerugian lebih RM30,000 berikutan sudah membuat pelbagai persediaan di majlis perkahwinan rumah pengantin perempuan termasuk pelamin, baju pengantin dan jurukamera.

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang  mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi dari pihak bakal pengantin perempuan semalam tidak berjaya.

Kes melibatkan pasangan pengantin merupakan kes kedua berlaku dalam dua minggu ini. Sebelum ini hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya tidak kesampaian selepas dia ditumbuk  ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, gara- gara tidak menyediakan wang hantaran RM15,000 yang mencukupi.

Pesawat ringan terlanggar kereta, wanita terbunuh

Pesawat ringgan terlanggar kereta, wanita terbunuh

3 APRIL 2016 Keadaan pesawat yang melanggar sebuah kereta. CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita terbunuh selepas keretanya dilanggar sebuah pesawat ringan yang mendarat kecemasan di sebuah lebuh raya, semalam.
Menurut laporan CNN, mangsa sedang berhenti sebentar di tepi jalan kerana sedang menggunakan telefon bimbit di Interstate 15.
Pihak berkuasa California berkata, tindakan wanita berkenaan bertepatan dengan undang-undang dan mangsa yang memandu kereta Nissan Sentra cuma tidak bernasib baik.
Seramai 5 orang lain cedera termasuk juruterbang pesawat yang dilaporkan sedang tenat.
Saksi mengatakan mereka terdengar bunyi enjin pesawat yang rosak sebelum pesawat ringan jenis Lancair IV itu mendarat.
Polis kini sedang mendapatkan keterangan dari saksi dan sedang menyiasat kejadian terbabit.

Penunggang motosikal maut diseret treler





03/04/2016 8:04pm

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal warga Indonesia maut selepas diseret sebuah treler sejauh lima meter di Kilometer (KM) 4.4 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), berhampiran susur keluar Setia Alam ke Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Basori, 39, berteduh di bawah jejambat lebuh raya itu kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Klang menghala ke Kuala Lumpur menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan.

"Ketika mangsa membuka topi keledar, sebuah treler yang datang dari arah sama telah bergesel dengan motosikalnya dan beg sandang yang dipakai mangsa turut tersangkut mengakibatkan dia terseret kira-kira lima meter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas diseret, mangsa kemudian terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz44lsaKFVl
Hakcipta terpelihara 

Pelancong mati dibaham buaya ketika menyelam


3 APRIL 2016

Pelancong mati dibaham buaya ketika menyelam

 Pelancong mati dibaham buaya ketika menyelam Gambar kecil: Sergey Lykhvar
JAKARTA - INDONESIA. Seorang pelancong maut dibaham buaya ketika menyelam di perairan di Indonesia, lapor Metro.uk

Mayat Sergey Lykhvar, 37, ditemui terapung di West Papua, timur negara itu yang bersempadan dengan Papua New Guinea.

Buaya air masin itu dikesan berenang di belakang mangsa ketika penyelamat menemui mayat lelaki berkenaan pada Selasa.

"Kami percaya dia dibaham oleh buaya kerana bahagian badan yang hilang dan melihat tahap kecederaannya," kata ketua penyelamata Prasetyo Budiarto.

Mangsa dilaporkan hilang sehari selepas menyelam di sekitar pulau Minyaifun bersendirian, walaupun kebiasannya dia akan menyelam bersama rakan.

Ketika ditemui,  Lykhvar kehilangan tangan dan mempunyai kesan gigitan pada pahanya.

"Kami sedang berhubung dengan Kedutaan Rusia. Keluarga mangsa akan datang untuk mengambil abu di Indonesia, " kata Budiarto.

Serangan buaya air masin di Indonesia dan Australia dianggap amat berbahaya dan kebiasaanya buaya jantan mampu membesar sehingga  lebih lima meter (16 kaki) panjang.

Kontraktor maut kenderaan langgar babi

AHAD, 3 APRIL 2016 @ 6:08 PM

Oleh Ahmad Ismail bhjb@bh.com.my


SEGAMAT: Seorang ahli perniagaan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya melanggar babi hutan di Kilometer 70, Jalan Johor Bahru-Seremban, dekat Tenang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.45 malam, Anuar Jantan, 39, yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Senggir, dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tercampak daripada kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Mohd Kamil Sukarmi, berkata mangsa yang memandu berseorangan dari Labis menuju ke rumahnya di Kampung Tekam, dekat sini, dikatakan melanggar seekor babi hutan yang cuba menyeberangi laluan berkenaan.


"Kemalangan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan sebelum terjatuh ke cerun kebun sawit di tepi jalan terbabit.


Mangsa dikatakan tercampak keluar sejauh kira-kira dua meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


 "Akibat kemalangan itu kenderaan mangsa rosak teruk di bahagian depan, bumbung dan tepi kiri.

 "Mayat mangsa dihantar ke Rumah Mayat Hospital Segamat untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh anggota keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tekam, kira-kira jam 11 pagi tadi," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140118

Lelaki raba punggung wanita dapat padah

Oleh Fitri Nizam bhkt@bh.com.my PDRM logo


 KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki yang meraba punggung seorang pelanggan sebuah stesen minyak di Bandar Permaisuri, Setiu, selepas 15 minit suspek melakukan perbuatan berkenaan.


 Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang, 31 Mac lalu, suspek berusia 49 tahun yang berasal dari Marang itu dikatakan menghampiri seorang pelanggan wanita berusia 23 tahun ketika mangsa sedang mengisi minyak di premis terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata suspek tiba-tiba meraba punggung wanita itu ketika mangsa mahu masuk ke dalam keretanya.

 Katanya, terkejut dengan tindakan itu, wanita terbabit cuba menegur sikap biadap lelaki berkenaan, namun sebaliknya dia dimaki oleh suspek.

"Dalam keadaan tegang itu, rakan mangsa yang turut berada di dalam kereta berkenaan keluar untuk mengawal keadaan, namun turut dimaki lelaki terbabit.

 "Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan selepas sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu tiba di lokasi dan dibawa ke Balai Permaisuri untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui BH, di sini, sebentar tadi. Abd Aziz berkata, suspek kini masih dalam tahanan reman untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140108

Terkoyak lengan disondol babi hutan


Norul Awatif Romli

awatifromli@hmetro.com.my


Alor Setar: Seorang wanita cedera di lengan akibat disondol babi hutan jantan ketika sedang menoreh getah di kebun getah Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku 9.45 pagi semalam, ketika Zuraini Fadzil, 46, sedang menoreh bersama suaminya Zulkifli Daud, 45, dan anak mereka, Zulaikha, 10, apabila dihampiri haiwan berkenaan yang agresif.

"Kejadian berlaku pantas menyebabkan saya tidak sempat melarikan diri. Sebaik menyedari ada sesuatu memerhati, saya menoleh dan terkejut melihat haiwan itu sedang meluru ke arah saya lalu saya cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, kaki tersandung akar pokok lalu saya tersembam ke tanah.

"Haiwan itu menyondol dan terkena lengan kiri. Saya menjerit meminta tolong daripada suami yang menoreh kira-kira 50 meter," katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Menurutnya, sejak 16 tahun menoreh getah, itu pengalaman pertama di sondol babi walaupun sebelum ini pernah beberapa kali terserempak dengan haiwan berkenaan beberapa kali.

“Saya dan suami tidak akan patah semangat untuk terus menoreh namun berharap pihak berwajib memandang serius masalah dihadapi penoreh getah seperti kami iaitu ancaman haiwan ganas seperti ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 3:10 PM


Zuraini dari Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, yang cedera di lengan kiri akibat di sondol babi hutan. - Foto NORUL AWATIF ROMLI

Serangan Paris: Abdeslam enggan letupkan diri

SABTU, 2 APRIL 2016 @ 7:41 PM

 SUSPEK serangan Paris, Salah Abdeslam. - Foto EPA

PARIS: Suspek serangan Paris, Salah Abdeslam yang ditahan di Brussels hujung bulan lalu, enggan meletupkan diri ketika hari serangan, menurut pendedahan adiknya, Mohamed yang memberitahu berita Paris saluran BFM TV. Peguamnya berkata, Abdeslam yang akan diekstradisi ke Perancis, memperbaharui tawaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis bagi menyiasat serangan 13 November lalu yang mengorbankan 130 orang. "Jika saya melakukannya mungkin ada ramai lagi mangsa terbabit. Nasib baik saya tidak dapat melaluinya," kata Salah Abdeslam kepada adiknya. Selepas dia ditahan di Brussels pada 18 Mac lalu, dia menjawab soalan beberapa penyiasat, tetapi mempertahankan haknya menutup mulut susulan kejadian pengebom berani mati di Brussels pada 22 Mac lalu yang mengorbankan 32 orang - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/139854

Terkejut bil TNB cecah RM99,000


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 APRIL 2016

Terkejut bil TNB cecah RM99,000

 Terkejut bil TNB cecah RM99,000 Chon Siang (tengah) mewakili pengguna Kuantan dan Bera berunding dengan pihak TNB, di pejabat TNB Jalan Gambut, semalam.
KUANTAN – Tujuh individu terkejut dan kecewa tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengenakan kadar tinggi gara-gara pertukaran jangka (meter) lama kepada yang baharu di premis dan kediaman dalam tempoh setahun lalu.

Akibatnya, mereka menerima bil elektrik yang melambung tinggi antara RM11,000 hingga mencecah RM99,000 bagi tempoh penggunaan selama dua tahun.

Adun Teruntum, Sim Chon Siang yang mewakili mereka berkata, dianggarkan kira-kira RM300,000 jumlah bil elektrik perlu dijelaskan beberapa pengguna dari Kuantan dan Bera.

“Melalui perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Runding TNB Kuala Lumpur, tiga daripada pengguna terbabit akan berdepan dakwaan di mahkamah kerana enggan menjelaskannya kerana telah menyewakan premis mereka dalam tempoh tersebut.

“Tiga kes masih lagi dalam rundingan kerana mereka  masih mahu memohon untuk kurangkan bayaran.Namun, terdapat satu kes diselesaikan hari ini (semalam)  apabila seorang pengguna dari Bera membayar bil tunggakan selepas TNB mengurangkannya kepada RM7,444 daripada RM14,700 yang perlu di bayar,” katanya kepada pemberita selepas satu pertemuan antara pengadu dengan pihak TNB, di pejabat TNB Jalan Gambut di sini, semalam.

Chon Siang menyarankan, Suruhanjaya Tenaga (ST) perlu keluarkan satu arahan kepada TNB ketika menukar jangka.

“Seharusnya setiap kali pertukaran jangka dibuat, pegawai ST perlu ada untuk lihat sama ada jangka lama mempunyai masalah atau sebaliknya.

“Ini kerana ketika kita cuba untuk selesaikan masalah pengguna, pihak itu menganggap pengguna mengubahnya atau mencuri elektrik walhal mereka tidak lakukan.

“Bila berlaku kejadian meter berubah hingga bil melambung tinggi pengguna lebih tertekan hingga ada yang takut untuk selesaikan masalah dan mendiamkan diri,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Ir. Sharuddin Mohd Simin berkata, penukaran jangka rosak merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang masa untuk memastikan pengguna terima bil setiap bulan.

“Pengguna yang ada masalah berkaitan bil, pihak TNB mengalu-alukan sebarang rundingan kerana ada berlaku kes-kes usikan jangka yang melibatkan pengguna.

“Perbincangan dan rundingan termasuklah menentukan kadar tuntutan ganti rugi. Pihak kami sentiasa berusaha beri perkhidmatan terbaik dan sedia menerima maklum balas berkaitan bil dan jangka sekiranya terdapat masalah," katanya.

Polis tahan wanita tipu pakej umrah

SABTU, 2 APRIL 2016 @ 10:24 PM

 KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penipuan pakej umrah. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.00 pagi tadi berhubung penipuan terhadap 51 mangsa yang mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM200,000. "Suspek mengaku kononnya wakil daripada sebuah syarikat Travel & Tours di Ampang," kata Hamzah di sini, hari ini. Semua mangsa terbabit sepatutnya dijadual berlepas ke tanah suci semalam. Suspek kini direman empat hari hingga Selasa depan. "Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/139876

Ayah tembak anaknya kerana homoseksual


3 APRIL 2016

Tembak

 Tembak Gambar hiasan.
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Seorang ayah berusia 69 dituduh membunuh anak Khamis lepas kerana anaknya itu homoseksual.

Laporan CNN mengatakan suspek, Shehada Khalil Issa menembak mati Amir Issa, 29, menggunakan senapang patah.

Selepas menerima laporan, polis menyerbu kediaman Shehada di North Hills dan menemui mayat Amir di luar rumah dan mayat isteri Shehada di bahagian dalam rumah.

Pegawai penyiasat pula mengatakan Shehada menjumpai mayat isterinya dan terpaksa menembak Amir kerana diancam dengan pisau.

Shehada bagaimanapun dituduh memalsukan kenyataan dan bakal didakwa dengan tuduhan membunuh.

Jika disabitkan kesalahan, Shehada akan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Dua anggota TLDM maut dirempuh pacuan 4 roda

 myMetro
Ipoh: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Bahagian Sumber Manusia Kementah, Markas Tentera Laut, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur maut dalam kemalangan di Kilometer 44, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai dekat sini, kelmarin.

Mangsa, Norkhaliza Mohd Yusof, 23, cedera parah di dada, manakala Mohd Shukri Mohammad, 26, parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Perodua Viva dinaiki dirempuh pacuan empat roda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 5:47 AM

BOMBA mengeluarkan mayat mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127534#sthash.0sgVp5DH.dpuf

Dua suspek kes kematian bayi perempuan ditahan reman


Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kematian anak bongsu wanita itu, Hannah Sufiyyah Muhammad Adib.
SEPANG 2 April – Seorang penjawat awam wanita dan teman lelaki­nya ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian anak bongsu wanita itu, Hannah Sufiyyah Muhammad Adib, berusia 1 tahun 7 bulan, kelmarin.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang, Alpha Dragam hari ini selepas kedua-dua suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang di sini.
Suspek lelaki, 22, yang bekerja sendiri dan berasal dari Marang, Terengganu itu ditahan oleh polis selepas bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Hospital Serdang semalam.
Sementara ibu mangsa yang merupakan seorang pegawai imigresen di Putrajaya ditahan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 8 malam ketika dia membawa jenazah ba­yinya untuk dikebumikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah.
Pada Khamis lalu, kira-kira pukul 12 tengah hari itu bayi terbabit dikatakan dihempas ke lantai kerana dikatakan menangis mahu mengikut ibunya ke tempat kerja.
Sumber polis memberitahu, kejadian berlaku di sebuah rumah di Blok B, Apartmen Teratai, Putra Perdana dan bayi malang itu dikatakan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik di kawasan berhampiran.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-suspek-kes-kematian-bayi-perempuan-ditahan-reman-1.207905#sthash.Rzq0yVnT.dpuf

Ribuan kontena tersadai


RIBUAN kontena tersadai ekoran sistem komputer JKDM mengalami kerosakan sejak Khamis lalu di Pelabuhan Utara, Klang semalam.


KLANG – Beribu-ribu kontena tersadai di Pelabuhan Utara dan Barat Klang di sini selepas sistem komputer yang diguna pakai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak berfungsi sejak Khamis lalu.
Kegagalan Sistem Maklumat Kastam (SMK) itu mengakibatkan lebih 700 ejen perkapalan yang mengendalikan perkhid­matan import dan eksport pelbagai barangan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM42 juta sehari selepas mereka gagal untuk membawa keluar kontena tersebut.
Kegagalan SMK beroperasi selama tiga hari itu juga menyebabkan ejen-ejen perkapalan terpaksa menanggung kerugian kese­luruhan sebanyak RM126 juta.
Menurut seorang ejen perkapalan, Azizan Aziz, 40, mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga RM600 sehari bagi setiap kontena termasuk kos sewa tapak kontena, denda dan caj tambahan lain sekiranya ia tidak dapat dike­luarkan mengikut waktu yang ditetapkan.
“Lebih 700 ejen perkapalan ber­urusan dengan JKDM setiap hari. Setiap ejen secara puratanya menguruskan 100 kontena keluar dan masuk di Pelabuhan Utara dan Barat ini.
“Kami terpaksa menanggung kerugian sehingga RM60,000 sehari bagi setiap 100 kontena yang tersadai disebabkan kelemahan sistem pihak Kastam,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Pelabuhan Utara di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz44jPF0600 
Hakcipta terpelihara 

Jala ikan jumpa tengkorak manusia


INILAH tengkorak ditemui seorang lelaki yang sedang menjala ikan di dalam sungai di Kampung Getam, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH – Seorang lelaki yang sedang menjala ikan terkejut apabila menemui satu tengkorak manusia di dalam sungai di Kampung Getam di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd. Rahman berkata, penemuan pada pukul 10.30 pagi itu kemudian dimaklumkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Polis dengan bantuan pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan seluas 50 meter di lokasi penemuan bagi mengesan tulang-tulang bahagian lain, namun tidak menemui apa-apa.
“Tengkorak tersebut yang masih belum dapat dipastikan jantina kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dianalisis bagi mengetahui identiti pemiliknya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz44jP8XdFV 
Hakcipta terpelihara 

Jala ikan jumpa tengkorak manusia


INILAH tengkorak ditemui seorang lelaki yang sedang menjala ikan di dalam sungai di Kampung Getam, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH – Seorang lelaki yang sedang menjala ikan terkejut apabila menemui satu tengkorak manusia di dalam sungai di Kampung Getam di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd. Rahman berkata, penemuan pada pukul 10.30 pagi itu kemudian dimaklumkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Polis dengan bantuan pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan seluas 50 meter di lokasi penemuan bagi mengesan tulang-tulang bahagian lain, namun tidak menemui apa-apa.
“Tengkorak tersebut yang masih belum dapat dipastikan jantina kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dianalisis bagi mengetahui identiti pemiliknya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz44jP8XdFV 
Hakcipta terpelihara 

Jala ikan jumpa tengkorak manusia


INILAH tengkorak ditemui seorang lelaki yang sedang menjala ikan di dalam sungai di Kampung Getam, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH – Seorang lelaki yang sedang menjala ikan terkejut apabila menemui satu tengkorak manusia di dalam sungai di Kampung Getam di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd. Rahman berkata, penemuan pada pukul 10.30 pagi itu kemudian dimaklumkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Polis dengan bantuan pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan seluas 50 meter di lokasi penemuan bagi mengesan tulang-tulang bahagian lain, namun tidak menemui apa-apa.
“Tengkorak tersebut yang masih belum dapat dipastikan jantina kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dianalisis bagi mengetahui identiti pemiliknya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz44jP8XdFV 
Hakcipta terpelihara 

Air racun

 Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my
Bukit Mertajam: Seorang penternak lembu kerugian RM42,000 apabila 14 haiwan peliharaannya itu mati dipercayai minum air yang dicemari racun dalam kejadian di kebun limau Kampung Kubang Ulu, Penanti, di sini, kelmarin.


Kejadian itu hanya disedari pemilik haiwan terbabit yang berusia 34 tahun kira-kira jam 4 petang selepas dia dimaklumkan ahli keluarganya berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan, pemilik lembu itu sudah mengusahakan ternakan itu sejak hampir 20 tahun lalu dan dia adalah pembekal utama daging lembu di daerah Penanti.

Dua jam sebelum kejadian, dia melepaskan 22 lembu peliharaannya untuk meragut rumput dalam ladang kelapa sawit berhampiran.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu ahli keluarga, beberapa ekor lembunya dilihat sudah mati dengan keadaan perut kembung selain mulut berbuih serta mengeluarkan najis dipenuhi darah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pemilik lembu terbabit ada membuat laporan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian, lelaki itu mendapati enam lembu peliharaannya mati, manakala lapan lagi dalam keadaan tidak bermaya.

“Pemilik haiwan terbabit kemudian mengambil keputusan menyembelih lapan lembu yang masih bernyawa itu kerana tidak mahu melihat haiwan terbabit dalam keadaan terseksa.

“Setakat ini, kita menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian berkenaan dan tidak menolak kemungkinan semua haiwan itu mati akibat minum air yang dicemari racun,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal juga mendapati ada air yang ditinggalkan dalam bekas tong cat di tempat kejadian, namun pihaknya masih menjalakan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 429, Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 5:29 AM

EMAPT belas lembu mati dipercayai minum air racun di Kampung Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127528#sthash.rxg89RKA.dpuf

Guna lima nama


Mohd Jamilul Anbia Md Denin

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang penjenayah licik dikesan menyamar menggunakan lima nama ‘pegawai’ polis berbeza bagi memperdaya puluhan mangsa membabitkan kerugian hampir RM400,000.


Malah suspek berusia 30-an itu turut dikesan menipu anggota polis bertujuan mendapatkan butiran maklumat suspek ditahan polis serta keluarga suspek yang mahu diperdaya.

Sumber polis berkata, suspek dikesan kerap memperkenalkan diri sebagai Tuan Faizal, Inspektor Faizal, Inspektor Azmi, Inspektor Saiful, Inspektor Rahim dan Inspektor Samsudin ketika melakukan penipuan.

Menurutnya, suspek menjalankan aktiviti jenayah dengan mendapatkan maklumat Orang Kena Tahan (OKT) di lokap balai polis dari laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau berita di media cetak.

“Suspek akan menghubungi balai polis dan bertanyakan maklumat suspek ditahan di dalam lokap selain meminta maklumat butiran waris keluarga individu ditahan.

“Suspek turut dikesan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dengan menyamar menggunakan pelbagai nama polis itu,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian membuat panggilan kepada waris keluarga OKT kononnya mahu berunding serta mendakwa mempunyai kemampuan untuk membebaskan individu ditahan itu.

“Bagaimanapun suspek meletakkan syarat supaya sejumlah wang dibayar ke akaun bank yang diberikan. Keluarga OKT hanya menyedari ditipu apabila OKT masih tidak dibebaskan dan nama pegawai polis itu tidak wujud,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek ditahan polis dan mengaku terbabit dalam 49 kes penipuan membabitkan kerugian sebanyak RM373,750.

Bagaimanapun polis percaya ramai lagi mangsa pernah diperdaya suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 5:11 AM

LAPORAN Harian Metro, 11 Mac lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127517#sthash.WmjbVR2y.dpuf

Dua anggota TLDM maut dirempuh pacuan 4 roda


Ipoh: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Bahagian Sumber Manusia Kementah, Markas Tentera Laut, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur maut dalam kemalangan di Kilometer 44, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai dekat sini, kelmarin.

Mangsa, Norkhaliza Mohd Yusof, 23, cedera parah di dada, manakala Mohd Shukri Mohammad, 26, parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Perodua Viva dinaiki dirempuh pacuan empat roda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 5:47 AM

BOMBA mengeluarkan mayat mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127534#sthash.K6EROFBY.dpuf

RM200,000 melayang disamun lima lelaki bertopeng


Manjung: Seorang pemilik kedai emas kerugian hampir RM200,000 selepas kedainya dirompak sekumpulan lelaki bertopeng dalam kejadian di Ayer Tawar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.10 petang, lima lelaki bertopeng itu dipercayai bersenjata pistol dan menaiki kereta Proton Waja berwarna kelabu.


Pemilik kedai yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian hanya dua pekerja wanita dan tiada pelanggan di dalam kedai ketika itu.

Menurutnya, empat lelaki masuk ke kedai sebelum seorang daripada mereka menunggu di hadapan kedai dengan memegang pistol manakala seorang lagi menunggu dalam kereta.

“Dua daripada tiga perompak di dalam kedai mengacukan pistol kepada pekerja dan seorang daripada mereka memecahkan cermin meja barang kemas menggunakan tukul.

“Mereka (perompak) mengambil rantai leher dan gelang emas sebelum melarikan diri dan kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah mengesahkan kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat memaklumkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 5:40 AM

KEADAAN kedai emas yang dirompak sekumpulan lelaki bertopeng.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127530#sthash.D6ClImnW.dpuf

Wanita terjun bangunan elak dirogol


AGENSI - BLOK pangsapuri yang disewa mangsa daripada seorang ejen perumahan yang menjadi suspek utama kejadian tersebut.


ISTANBUL – Seorang model maut selepas nekad terjun dalam keadaan bogel dari sebuah pangsapuri bagi mengelak daripada dirogol dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.
Kejadian berlaku selepas Gulay Bursali, 20, dan teman lelaki­nya, Engin O dilaporkan baru pulang selepas keluar berhibur bersama beberapa orang rakan sebelum ejen yang menyewakan rumah itu bersama seorang rakannya tiba-tiba muncul.
Suspek membuat helah untuk mengambil sesuatu barang untuk masuk ke pangsapuri tersebut sebelum memukul Engin, merampas telefon bimbitnya dan me­ngurungnya di dalam salah sebuah bilik.
Kedua-dua lelaki itu kemudian mengunci mangsa di dalam sebuah bilik berasingan dan menanggalkan pakaiannya sebelum mengugut untuk merogolnya.
“Saya ada mendengar orang meminta tolong dan kemudian saya melihat seorang gadis berbogel di tingkap pangsapuri itu, dia menjerit ‘jangan tarik saya ma­suk, jika tidak saya akan terjun’.
“Orang di dalam pangsapuri itu menjerit menyuruhnya masuk semula dan mengatakan mereka akan menelefon polis. Mangsa tidak mengendahkan mereka, dia membuat ugutan sama dua kali lagi sambil me­minta tolong,” kata seorang saksi kepada stesen te­levisyen tempatan.
Saksi itu memaklumkan, dia tidak mencelah kerana khuatir mangsa akan terjatuh jika terkejut tetapi ketika dia sedang menelefon polis, wanita tersebut sudah terjun dan mati di tempat kejadian.
Engin kemudian dibebaskan dari dalam pangsapuri tersebut oleh pasukan polis, manakala ejen perumahan dan rakannya itu masih diburu pihak berkuasa.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz44iWUBq4n 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu teksi Brazil bantah operasi Uber


RIO DE JANEIRO – Beratus-ratus teksi menghalang lalu lintas di Rio de Janeiro kelmarin bagi memprotes operasi Uber sehingga menyekat perjalanan orang ramai ketika bandar ini menjadi tuan rumah sukan Olimpik empat bulan lagi.
“Tolak teksi haram,” antara slogan yang dibawa pemandu-pemandu teksi yang berang berhampiran lapangan terbang domestik Rio di pusat bandar ini.
“Sesiapa yang menentang rasuah tidak akan menggunakan teksi haram,” tulis satu lagi slogan bagi menarik perhatian orang ramai susulan satu skandal rasuah melibatkan kerajaan Brazil dan golongan elit dunia perniagaan.
Beberapa buah teksi yang masih beroperasi turut ditahan rakan sekerja mereka yang menunjuk perasaan.
Seorang wanita memberitahu stesen radio CBN bahawa dia dan suaminya terpaksa menggunakan khidmat tiga penunggang motosikal untuk membawa beg mereka melepasi halangan lalu lintas ke lapangan terbang.
Kumpulan pemandu teksi Rio itu me­nuntut Uber, iaitu syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat yang kini beroperasi di lebih 60 negara agar meninggalkan Brazil.
Uber tidak mempunyai kebenaran rasmi untuk beroperasi di Rio tetapi masih meneruskan operasi mereka di bawah satu injunksi mahkamah.
Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan akan mengembangkan operasi ke beberapa pasaran baharu seperti Brazil dengan menawarkan tambang lebih murah berbanding teksi tradisional. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz44iWNsB6u 
Hakcipta terpelihara 

Tentera Laut AS ‘tinjau’ Spratly


AGENSI - GAMBAR fail kapal perang USS Stennis.


WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merancang untuk sekali lagi melakukan pelayaran berhampiran beberapa pulau yang menjadi rebutan di Laut China Selatan bulan ini, kata satu sumber kelmarin.
Rancangan itu bakal menjadi tindakan ketiga AS mencabar sempadan dituntut China sehingga menimbulkan beberapa kenyataan keras daripada negara tersebut.
Masa sebenar pelayaran itu dan kapal yang akan digunakan untuk menghampiri sempadan 22 kilometer ditetapkan China dari pulau-pulau tersebut masih tidak jelas.
AS sebelum ini melaksanakan apa yang digelarnya sebagai latihan ‘kebebasan berlayar’ sejak beberapa bulan lalu dengan melalui kawasan berhampiran pulau-pulau terbabit untuk menegaskan haknya menggunakan perairan tersebut.
Beberapa pegawai Tentera Laut AS pernah memaklumkan mereka bercadang menjalankan lebih banyak aktiviti serupa dan dengan lebih kerap kelak.
Kumpulan kapal perang USS Stennis kini sedang beroperasi di Laut China Selatan. Operasi ‘kebebasan berlayar’ berikutnya berkemungkinan tidak akan dijalankan oleh sebuah kapal pengangkut pesawat seperti Stennis tetapi mungkin menggunakan sebuah kapal lebih kecil, jelas sumber tersebut.
Beberapa orang pakar menjangkakan tindakan AS mencabar beberapa tuntutan di Laut China Selatan mungkin dibuat di Terumbu Mischief, satu wilayah ditenggelami air pasang yang dituntut Filipina sebelum China bertindak menimbusnya dan membina sebuah pulau buatan manusia pada 2014.
Terumbu Mischief kini merupakan satu daripada tiga lapangan terbang ketenteraan yang telah dibina China di atas pulau-pulau buatan manusia di Gugusan Kepulauan Spratly. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz44iW9venu 
Hakcipta terpelihara 

Firman AF 2014 rugi RM18,000 ditipu ejen umrah




IBU Firman, Painah Tambanan (kiri) dan bapanya, Bansir Abas ketika menunggu penerbangan umrah di KLIA, Sepang malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Hasrat penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia (AF) 2014, Firman untuk membawa keluarganya menunaikan umrah menggunakan wang kemenangannya tidak kesam­paian selepas ditipu sebuah ejen yang menguruskan perjalanannya di sini malam kelmarin.
Firman atau nama sebenarnya, Mohd. Firman Bansir, 27, berkata, dia hanya menyedari menjadi mangsa peni­puan oleh ejen yang berpejabat di Ampang, Selangor selepas sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menunggu waktu pelepasan seperti dijadualkan.
“Saya bersama ibu bapa dan adik perempuan sudah berada di lapa­ngan terbang pada pukul 5 petang lagi memandangkan waktu pe­nerbangan dikatakan pada pukul 8.50 malam.
“Bagaimanapun, selepas pukul 7 malam, kami masih belum membuat sebarang pendaftaran masuk kerana pasport masih dipegang oleh pihak ejen yang kononnya masih dalam perjalanan ke lapangan terbang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Meragui tindakan pihak ejen tersebut, dia kemudian membuat semakan sendiri di kaunter masuk syarikat penerbangan Qatar Airways.
“Saya terkejut apabila mendapati tiada nama kami sekeluarga direkodkan dalam sistem. Kami cuba menghubungi ejen tersebut, namun gagal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz44iW1PLte 
Hakcipta terpelihara 

Tiga wanita, seorang pondan ditahan dalam parti hari jadi




SEBAHAGIAN daripada pengunjung termasuk yang berpakaian seperti wanita ditahan dalam satu operasi di sebuah hotel di Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Kira-kira 50 tetamu termasuk beberapa orang mak nyah yang sedang leka menari dan menyanyi pada sebuah parti hari jadi di sebuah hotel tiga bintang di Jalan Hilir Kota di sini terkejut apabila diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MKPB-BRI) kelmarin.
Dalam serbuan pukul 11 malam itu, tiga wanita serta seorang pondan berusia lingkungan 30-an yang memakai pakaian menjolok mata turut ditahan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk siasatan lanjut.
Parti tersebut turut menyajikan acara karaoke yang diselitkan dengan tarian wanita dan pondan yang berpakaian seksi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz44iVtYYUQ 
Hakcipta terpelihara 

Berang diminta bayar minuman


Keadaan kerusi meja di sebuah restoran yang berselerakan dan dirosakkan sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Pertama, Ipoh semalam.


IPOH – Seorang pemilik restoran terpaksa menerima 17 jahitan di kepala akibat ce­dera dipukul sekumpulan lelaki menggunakan botol selepas enggan memberikan wang perlin­dungan sebanyak RM500 dalam satu kejadian di Taman Pertama di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, lelaki berusia 44 tahun itu pada awalnya meminta kumpulan berkenaan membayar harga minuman yang dipesan.
Sumber polis memberitahu, kumpulan lelaki itu bagaimanapun enggan menjelaskan bayaran sebelum salah seorang daripada mereka bertindak meminta RM500 daripada mangsa sebagai wang perlindungan ko­nonnya untuk menjaga premis tersebut.
“Keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan suspek dan rakan-rakannya naik berang sebelum merosakkan barang-barang di dalam kedai.
“Selepas merosakkan barang-barang di dalam kedai, suspek turut memukul mangsa di kepala menggunakan botol menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 17 jahitan di kepala selain turut cedera pada tangan dan kaki,” ujar sumber itu semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz44iVmAQrQ 
Hakcipta terpelihara 

Empat anak kapal diculik


Penculik hanya mahu warga tempatan, warga asing dibebaskan

KOTA KINABALU 2 APRIL 2016-Kapal  tunda yang dinaiki oleh 9 anak

Kapal tunda Massive 6
KOTA KINABALU 2 April - Selepas 136 hari insiden seorang tebusan rakyat­ Sara­wak dibunuh dan di­pen­g­­­gal kepalanya oleh anggota Abu Sayyaf, kumpulan militan ganas itu dipercayai melakukan penculikan terbaharu melibatkan empat anak kapal tunda warga tempatan berhampiran Pulau Li­gitan, Semporna, di sini semalam.
Dalam kejadian antara pukul 6.15 hingga 6.40 petang kira-kira 108.54 kilometer di tenggara Tawau, sekumpulan lapan suspek berbaju hitam, bertopeng, membawa senjata api dan bertutur dalam bahasa Tagalog hanya menyasarkan warga tempatan.
Ia memandangkan ketika kejadian terdapat sembilan anak kapal berada di atas kapal tunda Massive 6 yang terdiri daripada empat warga tempatan, Myanmar (tiga) dan Indonesia (dua).
Bagaimanapun, lima warga asing itu dibebaskan dan ditinggalkan di atas kapal tunda terbabit.
Empat warga tempatan yang diculik ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, yang kesemuanya berasal dari Sibu, Sarawak.
Difahamkan, kumpulan penjenayah itu turut melarikan satu unit komputer riba, kesemua telefon bimbit anak kapal, satu kunci kereta dan sejumlah wang yang terdapat di dalam peti kapal tunda berkenaan.
Laporan mengenai penculikan itu dibuat oleh pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut di Balai Polis Pusat Miri, malam tadi setelah pengurus berusia 35 tahun berkenaan mene­rima panggilan telefon daripada rakan setugas di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan insiden itu dan menjelaskan pihaknya mengumpul maklumat bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan penculikan.
Ujar beliau, pihaknya memberi jaminan akan menyiasat semua aspek termasuk mendapatkan keterangan daripada anak kapal warga asing yang dibebaskan.
“Hasil siasatan awal, kapal tunda itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas selesai menghantar muatan kayu balak ke Manila, Filipina.
“Sebaik sahaja menghampiri Pulau Ligitan, Semporna, kapal tersebut telah dipintas oleh lapan orang suspek. Empat pekerja warga Malaysia kemudian dibawa lari menggunakan bot laju dipercayai menuju ke perairan Filipina manakala lima yang lain dibebaskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Rashid berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang tuntutan bayaran bagi membebaskan mangsa culik.
Sementara itu, sumber memberitahu, lapan suspek terbabit menggunakan sebuah bot laju berwarna kelabu dengan dua unit enjin berkuasa tinggi ketika menghampiri kapal tunda terbabit.
Katanya, empat suspek dikatakan menaiki kapal tunda itu dan mengacukan senjata api ke arah juragan serta anak kapal selain merampas barang berharga.
“Suspek turut bertanya kepada juragan kapal penunda sama ada mereka mempunyai bekalan ubat-ubatan sebelum melarikan empat warga tempatan itu,” katanya yang memberitahu empat lagi suspek menunggu di dalam bot.
Sementara itu, empat mangsa culik itu dipercayai belum sampai ke kem kumpulan Abu Sayyaf di Indanan, Kepulauan Jolo.
Sumber memberitahu, hal itu disandarkan apabila tiada sebarang panggilan dari mana-mana kumpulan penjenayah yang menuntut wang tebusan.
Bagaimanapun, katanya, pihak­nya tidak menolak kemungkinan kesemua mereka disembunyikan di lokasi lain.
Sementara itu, Pengurus Ever­line Bulk Limited, yang mahu dikenali sebagai Lisa ketika dihubungi Mingguan Malaysia tidak mendedahkan sama ada pihaknya telah menerima panggilan menuntut wang tebusan atau tidak kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/empat-anak-kapal-diculik-1.207908#sthash.JpaQrhYY.dpuf