Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Lelaki bersenjata serbu masuk stesen TV Libya

KHAMIS, 31 MAC 2016 @ 7:06 AM

TRIPOLI: Sekumpulan lelaki bersenjata memecah masuk ibu pejabat stesen televisyen satelit, Al-Nabaa dengan memutuskan transmisi serta memaksa kakitangan keluar dari premis. "Satu kumpulan lelaki bersenjata, sebahagiannya kelihatan keletihan dan memakai pakaian awam, memecah menyerbu masuk pejabat kami. "Mereka kumpulan semua kakitangan dalam satu bilik dan memberitahu mereka hanya mahu memasuki bangunan itu dan tidak melakukan lebih daripada itu," kata seorang wartawan stesen penyiaran berkenaan. - AFP Perdana Menteri Libya bawah cadangan kerajaan Perpaduan Negara, Fayez Sarraj (kanan) menghadiri sidang akhbar di Tripoli, Libya. - Foto REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/139055

Mahkamah Bangladesh keluar waran tangkap Khaleda Zia

KHAMIS, 31 MAC 2016 @ 8:13 AM

PEMIMPIN Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Khaleda Zia aktivis ketika tiba untuk perhimpunan di Dhaka dalam gambar fail diambil 20 Jan 2014. - Foto REUTERS

DHAKA: Mahkamah Bangladesh mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia dan 27 pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) berhubung kebakaran bas penumpang Januari tahun lalu. Hakim Kamrul Hossain Mollah mengeluarkan arahan itu yang meminta pihak berkuasa polis menyerahkan laporan kepada mahkamah pada 27 April ini butiran tindakan mereka untuk melaksanakan arahan itu. Zia tidak akan ditahan dalam masa terdekat apabila ada pilihan memohon ikat jamin di mahkamah tinggi, dan kes politik seumpama itu selalunya mengambil masa panjang untuk diselesaikan. Sumber BNP memberitahu, kes terhadap Zia bermotifkan politik. "Ia tiada apa kecuali taktik kerajaan untuk melindungi kegagalan dengan mencetuskan isu baru menggunakan kes terhadap pembangkang," kata jawatankuasa hal ehwal luar BNP, Rumeen Farhana. Arahan yang dikeluarkan pada Rabu dibuat selepas hakim menerima dakwaan terhadap Zia dan pegawai parti. Penyiasat mendakwa mereka mendorong serangan dilancarkan dan melakukan aktiviti subversif dengan menggunakan bom api dalam kejadian pada 23 Januari 2015 itu ketika mogok pengangkutan seluruh negara bertujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Sheikh Hasina. Sekurang-kurangnya seorang maut dan 30 lagi cedera dalam serangan di wilayah Jatrabari di Dhaka ketika bantahan yang melumpuhkan negara itu hampir tiga bulan. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/139063

Siasatan MARA Inc, 3 bebas dengan jaminan


RABU, 30 MAC 2016 @ 12:26 PM

Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my


Bekas Pengerusi Mara Inc yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). di Mahkamah Majistret Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Tiga individu, termasuk bergelar Datuk yang direman bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka dibebaskan masing-masing atas jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di sini, sebentar tadi. Ketiga-tiganya membabitkan bekas pengerusi dan bekas ketua pegawai eksekutif MARA Inc bergelar Datuk serta seorang pengarah sebuah syarikat berusia 42 tahun yang ditahan pada 23 Mac lalu sebelum direman tujuh hari berakhir hari ini. Sayap pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu terpalit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia 'The Age' yang mendakwa ia membeli bangunan lima tingkat pada harga lebih tinggi berbanding pasaran. Susulan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, kedua-dua pegawai kanan itu direhatkan sementara mulai Julai tahun lalu bagi membantu siasatan. Pada 18 Mac lalu, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini bagi menyerahkan maklumat terkini dalam usaha membantu siasatan berkaitan isu berkenaan. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/138819

Wanita muda maut disyaki akibat didera

RABU, 30 MAC 2016 @ 10:02 PM

Oleh Zuliaty Zulkifli bhnews@bh.com.my


ANGGOTA polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun untuk membantu siasatan. - Foto Sharul Hafiz Zam


 JITRA: Seorang wanita berusia 21 tahun meninggal dunia petang tadi, disyaki akibat penderaan fizikal berikutan penemuan pelbagai kesan lebam pada muka dan badannya. Mangsa, Nurul Syahirah Ishak, dipercayai meninggal dunia, kira-kira jam 3 petang, ketika dikejarkan ke Hospital Jitra, di sini, dengan ambulans. Berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan tinggal di sebuah homestay di Taman Gemilang, di sini, bersama sepasang suami isteri dan anak mereka yang berusia lima bulan. Jurucakap polis, mengesahkan kejadian itu termasuk penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga suami kepada seorang doktor, kira-kira jam 8 malam tadi, untuk membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, mengesahkan menerima laporan yang dibuat berhubung kematian mangsa. Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung kejadian.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/138940

Lelaki Menyamar Pegawai Polis Ditahan


Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 8:48 AM

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis bagi menjalankan aktiviti penipuan dan memeras ugut orang ramai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, modus operandi suspek adalah dengan menggunakan beberapa nama samaran seperti Tuan Faizal, Inspektor Faizal, Inspektor Azmi, Inspektor Saiful, Inspektor Rahim atau Inspektor Samsudin dan membuat panggilan kepada waris individu yang telah ditangkap polis.
"Suspek kemudian akan berunding dan memperdaya waris bahawa dia mempunyai kemampuan untuk membebaskan individu-individu yang telah ditahan dengan syarat sejumlah wang dibayar ke akaun bank yang diberikan olehnya.
"Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam 49 kes penipuan dengan jumlah kerugian sebanyak RM373,750. Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya masih terdapat mangsa lain telah diperdayakan suspek," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius perlakuan jenayah tersebut kerana ia mencemar imej PDRM serta dikhuatiri akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap pasukan keselamatan itu. 
"Sehubungan itu, kami menyeru mana-mana pihak yang menjadi mangsa penipuan atau pernah dihubungi suspek supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama

Bayi Maut Dipercayai Akibat Dihempas Ke Lantai


Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 11:54 PM
Gambar hiasan.

SEPANG: Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan pada Jumaat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang bayi perempuan di sebuah pangsapuri di Putra Perdana di sini, Khamis.
Bayi berusia setahun tujuh bulan itu meninggal dunia dipercayai akibat dihempas ke lantai.
Bayi berkenaan pada mulanya telah dihantar ke sebuah klinik swasta, di Putra Perdana pada kira-kira 12 tengah hari Khamis oleh teman lelaki ibunya selepas didakwa tidak sedarkan diri akibat terjatuh di dalam rumah.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat di Hospital Serdang pagi Jumaat mendapati punca utama kematian adalah akibat pendarahan di kepala dan pendarahan pada bahagian perut akibat hentakan objek tumpul.
Susulan itu, polis menahan lelaki yang berusia 22 tahun itu serta menahan ibu kandung bayi itu yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Alor Setar, Kedah untuk urusan pengkebumian.
Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sedang menangis untuk mengikut ibunya keluar pergi kerja namun salah seorang daripada suspek berang lalu mendukung dan menghempas bayi itu ke lantai.
Wanita itu dikatakan mengalami masalah rumahtangga dan tidak berhubung dengan suaminya sejak awal 2016 dan mengambil keputusan keluar dari rumah bapa mertuanya di Sungai Buloh untuk tinggal menyewa di Putra Perdana.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali ketika dihubungi pada Jumaay mengesahkan kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Tiga Lelaki Terjun Sungai Ditemui Lemas


Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 7:13 PM

SHAH ALAM: Tiga lelaki disyaki penagih dadah yang terjun ke Sungai Tengi di Tanjung Karang dekat sini, petang Khamis, ditemui lemas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menemui mayat pertama pada pukul 11.22 malam Khamis sebelum dua lagi mayat ditemui, masing-masing pada pukul 2.25 pagi dan 4.13 Jumaat.
Ketiga-tiga mereka dikatakan bertindak terjun ke sungai itu ketika melihat polis menyerbu satu kawasan di Kampung Bagan Cina yang dipercayai sarang penagih, kira-kira pukul 3 petang Khamis.
"Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai perkara itu pada pukul 3.13 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian.
"Anggota penyelamat menemui semua mayat mangsa pada kedudukan antara 100 dan 200 meter dari tempat mereka dipercayai terjun," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Menurut Mohd Sani, umur dan identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada ketiga-tiga mayat itu.
"Semua mayat telah diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk tujuan pengecaman dan bedah siasat," katanya. - BERNAMA

Remaja Tembak Mati Abang Kerana Minat Gadis Yang Sama


Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 10:33 AM
Dakota Thornton didakwa membunuh abangnya sendiri akibat kedua-duanya meminati gadis yang sama.

SEORANG remaja didakwa menembak mati abangnya sendiri kerana kedua-dua mereka meminati gadis yang sama.
Portal Mirror melaporkan bahawa Dakota Thornton, 15, dipenjara selepas dia dilaporkan memberitahu polis "saya tembak abang saya".
Memetik laporan Fox, remaja yang berasal dari Dauphin County di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) itu bergaduh dengan abangnya, Dominick, 18, mengenai gadis yang sama disukai mereka.
Seorang jurucakap berkata: "Dua beradik itu bergaduh mengenai seorang gadis.
"Kedua-dua mereka dikatakan berminat pada gadis yang sama dan perkara itu merupakan punca pembunuhan," katanya. - Mirror

Petani tunjuk perasaan mati ditembak polis

Manila: Seorang petani terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas polis melepaskan tembakan ketika tunjuk perasaan oleh petani yang terjejas akibat kemarau bertukar menjadi ganas di Cotabato, Mindanao, hari ini.
Kira-kira About 6,000 petani menyertai tunjuk perasaan itu menghalang lebuh raya utama menuntut kerajaan memberi bantuan selepas tanaman mereka, termasuk padi, musnah.
Seorang petani mati di tempat kejadian manakala puluhan lagi cedera di kaki dan anggota badan lain ketika bersesak melarikan diri selepas polis melepaskan tembakan.
Polis cuba menyuraikan petani terbabit menggunakan meriam air namun gagal dan menurut Gabenor Cotabato Utara, Emmylou Mendoza, 20 polis cedera akibat diserang petani menggunakan kayu dan batu.
Beliau mendakwa polis melepaskan tembakan selepas ada petani terlebih dahulu melepaskan tembakan.
Kementerian Pertanian Filipina menyatakan lebih 300,000 kawasan pertanian terjejas akibat kemarau menyebabkan kerugian kira-kira 5.3 bilion peso (AS$11 juta).
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 8:07 PM

Polis pencegah rusuhan mengambil kedudukan menghadapi ribuan petani yang menunjuk perasaan. - Foto EPA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127109#sthash.AAHEFEib.dpuf

Penjenayah Latin berjubah tinjau rumah ditahan


Mohd. Adnan Abdullah (kiri) menunjukkan barangan curi  yang dirampas

Mohd. Adnan Abdullah (kiri) menunjukkan barangan curi yang dirampas daripada dua warga Colombia di IPK Selangor, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 1 April – Kegiatan licik sekumpulan penjenayah Amerika Latin yang menyamar menggunakan jubah untuk meninjau dan mencari sasaran rumah sebelum memecah masuk kediaman itu terbongkar selepas tertangkapnya sepasang warga Colombia dalam serbuan di sebuah kondominium di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, suspek seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berumur 37 dan 39 tahun ditahan selepas mereka didapati menaiki kereta yang sedang dikesan oleh pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mengaku berasal dari Colombia.
“Pemeriksaan pada kereta suspek jenis Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, barangan kes seperti peralatan pecah rumah, pelbagai nombor pendaftaran kereta palsu dan sarung tangan telah ditemukan.
“Pemeriksaan pada badan suspek lelaki pula menemukan sebilah pisau benet manakala pemeriksaan pada sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Viva terletak berhampiran yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan pecah rumah menemukan dua jubah dan satu kopiah,” katanya dalam sidang akhbar sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Adnan memberitahu, penahanan suspek turut membawa kepada penemuan pelbagai barangan curi bernilai kira-kira RM200,000 hasil serbuan di dua buah kondominium yang disewa suspek di kawasan Datuk Keramat pada hari sama.
Ujarnya, antara barangan yang ditemukan termasuklah jam tangan jenama Rolex, rantai emas, gelang emas pelbagai mata wang asing dan beg tangan wanita.
“Kumpulan penjenayah ini menggunakan modus operandi baharu dengan menyamar memakai jubah serta kopiah untuk meninjau kawasan perumahan supaya tidak disyaki oleh orang awam sebelum memecah masuk sesuatu kediaman.
“Seorang lagi lelaki warga tempatan berumur 47 tahun turut ditahan di Seksyen 9, Shah Alam, semalam kerana dipercayai bersubahat dengan menyewakan kenderaan serta memberi bantuan lain kepada suspek,” katanya.
Tambah Mohd. Adnan, pihaknya telah menyiasat kumpulan itu sejak awal bulan lalu dan hasil tangkapan tersebut mereka percaya sebanyak lapan kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang telah diselesaikan.
“Dua suspek warga Latin itu kini masih dalam tahanan reman sehingga 5 April ini dan polis sedang mendapatkan perintah reman dari mahkamah untuk suspek warga tempatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penjenayah-latin-berjubah-tinjau-rumah-ditahan-1.207545#sthash.lUtuFfeh.dpuf

Wabak selsema burung landa Sulawesi

Jakarta: Wabak selsema burung kini melanda daerah pentadbiran Sidenreng Rappang di Sulawesi Selatan dan virus selsema itu dilaporkan membunuh kira-kira 11,000 ekor unggas, sebahagian besarnya itik, setakat semalam.
Akhbar Jakarta Post memetik ketua Agensi Perusahaan Ternakan wilayah itu, Abdul Aziz sebagai berkata sehingga kini, kira-kira 7,000 itik dan 4,000 ayam, mati akibat penyakit itu.
"Angka itu berdasarkan laporan yang kami terima. Jumlah itu mungkin lebih banyak," katanya dipetik akhbar berkenaan.
Beliau berkata agensi itu memerintahkan Agensi Perusahaan Ternakan Sidenreng Rappang mengasingkan kawasan yang terjejas akibat virus H5N1 bagi mengelak penyakit merebak.
Aziz mendakwa stok vaksin di wilayah itu semakin berkurangan dan tidak lagi mempunyai sebarang ubat. Agensi itu memerlukan tambahan sejuta dos vaksin berikutan wilayah itu mempunyai kira-kira 10 juta unggas.
Menurut laporan yang disiarkan oleh www.healthmap.orgIndonesia, Indonesia merekodkan 197 kes selsema burung, 165 mengakibatkan kematian sejak
wabak itu tercetus pada 2003 di beberapa negara.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 7:51 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127106#sthash.bSNF5swY.dpuf

Jambatan runtuh, 21 maut

Kolkata: Sebuah jejambat yang dalam pembinaan di sini runtuh semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan puluhan cedera.
Pihak berkuasa bimbang ramai lagi mangsa terperangkap di bawah puing dan debu.
Rakaman disiarkan di televisyen menunjukkan polis dan orang ramai menggunakan tangan kosong dalam usaha mengalihkan kepingan konkrit dan besi untuk menjejaki mangsa yang terperangkap selepas jambatan itu runtuh sekitar waktu tengah hari di jalan raya yang sibuk.
Jurucakap Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan Anurag Gupta berkata: “Dua puluh satu orang disahkan maut manakala 70 lain yang cedera dibawa ke hospital dengan ada antara mereka kritikal.”
Katanya, tidak diketahui berapa ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.
Namun, menurutnya, pejalan kaki dan kenderaan turut jatuh ketika jambatan itu runtuh.
Pasukan penyelamat khas menggunakan pemotong konkrit, mesin penggerudi, alat pengesan dan anjing pengesan turut dikerahkan ke tempat kejadian.
Rakaman televisyen menunjukkan mayat berlumuran darah terperangkap di bawah kepingan konkrit selain satu tangan di bawah puing.
Derek O’Brien, ahli Parlimen dan jurucakap Parti Kongres Trinamool yang berkuasa di Benggala Barat menulis di Twitter: “Tragedi yang besar. Operasi menyelamat dijalankan. Ramai dikhuatiri mati.”
Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh berkata, dia memantau keadaan itu.
“Saya sedih dengan kejadian ini kerana begitu ramai yang terkorban dalam kemalangan di Kolkata,” katanya.
Saksi yang enggan dinamakan berkata, dia mendengar bunyi kuat seperti letupan bom sebelum melihat asap dan debu berkepul.
“Saya melihat ke seberang jalan dan terdengar orang menjerit ‘jambatan runtuh!’,” katanya.
Kolkata menjadi tuan rumah perlawanan akhir kriket World T20 pada Ahad ini.
Kejadian itu kemalangan terbaru membabitkan pembinaan di India yang menunjukkan kualiti buruk bangunan di negara itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 7:47 AM


PASUKAN Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) dan tentera mengeluarkan mayat seorang mangsa terperangkap.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/126998#sthash.BRcFQlDD.dpuf

Dilarikan sebelum ditemukan mati


Pengawal keselamatan dibunuh kejam

BATU PAHAT 1 April - Dibunuh kejam. Itu nasib seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan apabila mayatnya ditemukan tertiarap de­ngan tangan terikat serta kesan kela­ran di leher selepas dipercayai dilarikan di hadapan rumahnya di Taman Pantai di sini awal pagi kelmarin.
Mayat Noor Azee Abdul Rahman dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan tangan diikat wayar kabel di sebuah kebun kelapa sawit, di Jalan Muar- Yong Peng, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.
Mayat Noor Azee Abdul Rahman, 33, hanya ditemukan orang awam kira-kira pukul 6.30 petang semalam di sebuah kebun kelapa sawit yang terletak kira-kira 500 meter dari Jalan Muar-Yong Peng, dekat sini.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mayat mangsa ditemukan dengan tangan diikat menggunakan wayar kabel dan masih berpakaian kerja selain kesan tompokan darah di atas tanah berhampiran mayatnya.
Menurutnya, terdapat kesan luka sepanjang 12.7 sentimeter di bahagian leher mangsa dipercayai akibat dikelar dan kesan lebam di bahagian perut serta melecet di bahagian le­ngan kiri mangsa.
“Siasatan mendapati, mangsa merupakan individu sama yang dilaporkan hilang pada awal pagi Rabu lalu selepas laporan kehila­ngannya dibuat oleh isteri mangsa pada pukul 5 petang hari yang sama.
“Isteri mangsa curiga apabila tidak dapat menghubungi suaminya selepas 15 minit keluar dari rumah secara berasingan. Malah, dia sempat melihat mangsa mengunci pagar rumah mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Din memberitahu, isteri mangsa yang merupakan seorang kerani mula mengesyaki sesuatu terjadi kepada suaminya apabila rakan se­kerja lelaki itu memberitahu mangsa tidak masuk ke pejabat sejak pagi.
“Pada pukul 2 petang rakan sekerja suaminya memberitahu dia berada di depan rumah mereka dan melihat motosikal mangsa terbalik,” katanya.
Ujar Din, isteri mangsa turut memberitahu mangsa tidak berhutang dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, malah dia juga tidak menerima apa-apa panggilan daripada sesiapa mengenai suaminya.
“Polis sedang menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk bedah siasat,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dilarikan-sebelum-ditemukan-mati-1.207567#sthash.X2EuchRP.dpuf

Tiada lagi mangsa tertimbus

Kolkata: Polis di sini semalam mula melakukan siasatan kes tuduhan membunuh terhadap syarikat yang membina sebuah jejambat yang runtuh di bandar ini hingga , menyebabkan sekurang-kurangnya 23 orang mati, kelmarin.
Pegawai dilapor sudah menemu bual pegawai atasan syarikat itu, IVRCL, di ibu pejabatnya di Hyderabad.
Syarikat berkenaan, dalam laman webnya, mengaku membina jejambat sepanjang dua kilometer itu.
Sementara itu, seorang pengurus kanannya dikecam selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa kejadian itu adalah kehendak Tuhan.
Dalam pada itu, pengarah operasi syarikat, AGK Murthy menyangkal dakwaan kononnya syarikat itu menggunakan bahan berkualiti rendah sehingga menyebabkan jejambat yang sedang dalam pembinaan itu runtuh.
“Bahan yang kami gunakan berkualiti tinggi. Kami masih terkejut dengan kejadian itu. Bagaimanapun, kami akan bekerjasama dengan penyiasat,” katanya.
Pasukan penyelamat berkata, kejadian mungkin berlaku selepas kerja pembinaan di sambung semula setelah terbengkalai selama bebetapa tahun.
“Bahan logam mungkin sudah berkarat selepas pembinaan terhenti selama beberapa tahun,” kata mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:03 AM


GAMBAR menunjukkan kawasan kejadian selepas usaha membersihkannya, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127244#sthash.fE6ORvwZ.dpuf

Sampai hati Ayah!

Iskandar Puteri: Akibat gagal satu subjek dalam peperiksaan, seorang murid lelaki tahun dua sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, di sini, dirotan bapa kandung dengan teruk, kelmarin, sehingga meninggalkan kesan lebam di bahagian paha dan lengan tangan kirinya.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, mangsa hadir ke sekolah dengan kesan lebam di tubuhnya hingga disedari guru.
Beliau berkata, guru berkenaan memaklumkan kepada pengurusan sekolah sebelum mangsa dirujuk ke sebuah hospital awam di bandar raya ini untuk rawatan.
Menurutnya, pengurusan sekolah berkenaan turut memaklumkan kepada JKM sebelum pihaknya melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.
Katanya, hasil siasatan, bapa kandung mangsa yang juga warga Singapura dipercayai bertindak merotannya kerana berang anaknya itu gagal satu subjek peperiksaan.
“Mangsa hadir ke sekolah semalam (kelmarin) dengan keadaan paha selain tangan lebam dipercayai dirotan bapanya.
“Dipercayai mangsa yang tinggal bersama keluarga dirotan bapa sebagai hukuman kerana gagal kertas ujian bagi satu subjek.
“Perbuatan berkenaan melampau kerana mengakibatkan mangsa menanggung penderitaan dan meninggalkan kesan hitam dan biru pada anggota tubuhnya,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, JKM akan menawarkan perlindungan kepada kanak-kanak terbabit sementara siasatan dijalankan.
“Perbuatan lelaki itu pada asalnya mahu mendidik anak bagaimanapun keterlaluan kerana hukuman yang melampau dan ia adalah penderaan kepada mangsa yang boleh mengakibatkannya trauma,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat JKM dan sedang menjalankan siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:58 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127321#foto

Suami isteri melecur

Kuala Kubu Bharu: Sepasang warga emas melecur 40 dan 10 peratus selepas rumah mereka di Batu 40, Jalan Hulu Yam Lama, dekat sini, terbakar pada 10.50 malam tadi.
Kejadian ketika suami isteri berusia dalam lingkungan 70-an itu sedang berehat.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Md Razi Hassan, berkata bomba menerima panggilan pada 10.53 malam.
“Ketika sampai kedua-dua mangsa sudah diselamatkan dan dibawa keluar oleh orang awam. Suami melecur hampir 40 peratus dan isterinya 10 peratus," katanya.
Menurutnya, mereka dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan dan api dikawal pada 11.24 malam.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 9:59 AM


IHSAN Bomba dan Penyelamat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127337#sthash.skglnFsR.dpuf

Bayi mati dihempas ke lantai



DI SALAH sebuah rumah di Apartmen Teratai, Putra Perdana, Puchong, dipercayai berlaku kejadian seorang bayi mati dihempas ke lantai semalam.


SEPANG – Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya selepas disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia setahun tujuh bulan sehingga mati dalam kejadian di Blok B, Apartmen Teratai, Putra Perdana, Puchong dekat sini semalam.
Sumber berkata, bayi yang merupakan anak kandung wanita itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang selepas didakwa terjatuh.
Katanya, sebelum itu, suspek lelaki yang berusia 22 tahun telah menghantar mangsa ke sebuah klinik di Putra Perdana pada pukul 12 tengah hari semalam selepas bayi itu tidak sedarkan diri.
“Doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 2 petang.
“Bedah siasat yang dibuat hari ini (semalam) kemudian me­nemui beberapa kesan dera yang menyebabkan mangsa meninggal dunia seperti pendarahan pada kepala dan badan akibat dipukul dengan benda tumpul,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini malam tadi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz44dbC6Icy 
Hakcipta terpelihara 

Bas hantu

Gua Musang: Tiga remaja perempuan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) bisu berdepan detik cemas apabila bas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tanpa pemandu merempuh bahagian hadapan sebuah kedai runcit di Bandar Baru, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang, bas berkenaan dikatakan menuruni bukit itu dengan sendiri sebelum merempuh kedai terletak kira-kira 25 meter dari stesen bas berkenaan.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas tiga remaja berusia antara 20 hingga 22 tahun itu sempat menyelamatkan diri.
Difahamkan ketika kejadian enjin bas berkenaan masih hidup sebelum bergerak sendiri menuruni bukit itu ketika pemandu kenderaan itu sedang makan di sebuah kedai di stesen bas terbabit.
Kemalangan menyebabkan cermin hadapan bas berkenaan pecah dan bahagian hadapan kedai itu rosak.
Nor Zulaikan Mat Ail, 20, yang bekerja di kedai berkenaan berkata, ketika kejadian dia berehat di hadapan kedainya bersama dua rakannya.
Katanya, bagaimanapun secara tiba-tiba dia ternampak sebuah bas tanpa pemandu bergerak sendiri menghala ke kedainya.
“Saya sempat menjerit kepada dua rakan yang tidak menyedari bas berkenaan untuk menyelamatkan diri sebelum selang beberapa saat kemudian, bas itu terus merempuh hadapan kedai.
“Mujurlah, kami sempat menyelamatkan diri. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya dirempuh bas berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Hisham Mat Alias, 20, pula berkata, ketika kejadian dia berada di kedainya sebelum terdengar jeritan tiga remaja perempuan sebelum bergegas keluar.
“Sebaik keluar, saya terkejut melihat sebuah bas sedang meluncur laju menghala ke arah kedai.
“Saya sendiri turut lari kerana bimbang bas itu menuju ke kedai saya yang terletak tidak jauh dari situ,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 6:14 AM


BAS PLKN tanpa pemandu yang merempuh kedai, petang kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127329#sthash.COYi2EjD.dpuf

Dua anggota TLDM maut

Simpang Pulai: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut dalam kemalangan di Kilometer 44 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Syukri Mohammad, 26, dan Norkhaliza Mohd Yusoff, 23, maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dipandu Lai Hooi Siong, 26.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam dan sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan.
"Kemalangan itu membabitkan tiga mangsa iaitu dua mangsa maut, manakala pemandu pacuan empat roda yang berasal dari Kuala Terla, Cameron Highlands cedera.
"Operasi menyelamat yang diketuai pegawai Bomba Kanan l, Ali Hiari itu turut disertai pasukan Bomba Cameron Highlands," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, tiada mangsa yang tersepit dalam kenalangan itu dan kesemuanya sudah dikeluarkan orang awam.
Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 6.13 petang dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 7 malam.
"Pasukan kami kemudian menyerahkan operasi sepenuhnya kepada Bomba Simpang Pulai," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 1:50 AM


MANGSA (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127152#sthash.c54COMuv.dpuf

Bas ekspres rempuh empat kenderaan

Ipoh: Dua puluh satu penumpang bas ekspres terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ipoh, awal pagi semalam.
Dalam kejadian 1.04 pagi itu, lori dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, penumpang dan pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan serius.
"Siasatan awal mendapati bas berkenaan dari Pulau Pinang menuju ke Pahang dan membawa 21 penumpang.
"Setiba di lokasi bas berkenaan cuba untuk berhenti kerana kesesakan namun telah gagal dan merempuh belakang tiga kereta serta lori yang berada di hadapan laluan berkenaan," katanya.
Difahamkan kemalangan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih tiga kilometer di laluan berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 1:07 AM


ANTARA kenderaan terbabit kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127146#sthash.XOAYeHWM.dpuf