Search This Blog

Sunday, March 20, 2016

Pemilik perniagaan ramalan hilang wang tunai RM50,000





20/03/2016 9:41pm

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
SEREMBAN - Seorang pemilik perniagaan nombor ramalan kehilangan wang tunai kira-kira RM50,000 selepas premisnya dipecah masuk di Jalan Nunis di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kejadian pukul 7.50 pagi tersebut disedari oleh seorang pekerja kedai berkenaan ketika dia mahu memulakan perniagaan. Dia mendapati pintu di bahagian dalam kedai telah terbuka.

Menyedari sesuatu yang pelik, pekerja itu kemudian ternampak tangga di dalam kedai yang disambungkan ke atas kedai telah diturunkan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, wang tunai yang lesap itu disimpan di dalam tiga buah peti besi di bahagian pejabat malah pengadu juga mendapati kabel televisyen litar tertutup (CCTV) dan penggera milik syarikat dipotong.

Menurut beliau, modus operandi dipercayai suspek lebih daripada seorang memanjat tangga di bahagian belakang premis dan masuk melalui bumbung bahagian belakang bangunan.

"CCTV dalam premis telah dirosakkan dan perakam CCTV dilarikan suspek. Penggera premis juga dirosakkan oleh suspek.

"Peti besi simpanan wang perniagaan dirosakkan dengan cara menggerudi besi dan ia diumpil menggunakan kuku kambing yang mana 43 bilah mata pengasah besi ditemui dalam bilik kedua bersama sebatang kuku kambing," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Muhamad Zaki, kesan dan bukti yang ditemui di lokasi kejadian akan dihantar untuk dianalisis dan polis percaya dapat mengesan suspek melalui cap jari dan hasil Asid Deoksiribonukliek (DNA).

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz43SFaCe1h
Hakcipta terpelihara 

Pemungut derma warga Thailand maut ditikam peragut

AHAD, 20 MAC 2016 @ 9:11 PM

Oleh Suzaini Sulaiman
bhnews@bh.com.my




SEORANG lelaki warga Thailand maut selepas ditikam oleh seorang lelaki yang meragutnya di Jalan Bagan Lama, di Tanjong Karang. - Foto ihsan pembaca
TANJONG KARANG: Seorang pemungut derma warga Thailand maut selepas ditikam oleh seorang lelaki yang meragutnya di Jalan Bagan Lama, di sini, tengah hari tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, mangsa, Chemusor Masor, 59, sedang mengutip derma di tepi kaki lima di hadapan deretan kedai di pekan Tanjong Karang, untuk sebuah masjid dipercayai di Narathiwat, Selatan Thailand, sebelum beliau didatangi dua lelaki dengan menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, berkata pembonceng motosikal berkenaan kemudian merampas beg silang mangsa serta mengambil wang derma dalam kotak yang dibawa, menyebabkan Chemusor cuba menghalangnya dengan menarik beg berkenaan.

Katanya, ketika itu, suspek menikam mangsa di dada dan di bahagian rusuk kirinya sebelum kedua-dua mereka melarikan diri ke belakang deretan kedai dan menuju ke Jalan Besar Tanjong Karang.

"Mangsa kemudian berjalan kira-kira 20 meter hingga ke hadapan sebuah kedai sebelum rebah. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Tanjong Karang (HTK).

"Mangsa mengalami kerugian wang tunai yang tidak diketahui jumlahnya selain telefon bimbit yang juga dilarikan suspek," katanya.

Ruslan berkata, mayat mangsa dibawa ke HTK untuk bedah siasat dan polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Beliau berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi, anak lelakinya, Samri Masro, 37; menghantar Chemusor dan dua lagi individu seorang wanita berusia 40 tahun dan anaknya ke sebuah bank di pekan berkenaan dan mereka berpecah untuk mengutip derma.

Katanya, mangsa dan anaknya dipercayai menyewa sebuah rumah di Kampung Sri Indah, Sungai Buloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

17 samseng belasah dua beradik ditahan

AHAD, 20 MAC 2016 @ 6:19 PM

Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my




HARUN Arrashid yang kini koma dilaporkan patah tulang muka dan retak tengkorak. - Foto Hanafis Abd Haris
BATU PAHAT: Polis menahan 17 samseng yang membelasah dua beradik peniaga buah-buahan sehingga parah kelmarin, dalam operasi mengesan mereka yang dilancarkan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata semua suspek yang berusia antara 14 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Rengit, dekat sini.

"Polis menahan 15 suspek yang membelasah dua beradik peniaga buah-buahan itu kelmarin pada jam 1 pagi, manakala dua lagi ditangkap kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Kami masih giat memburu tiga lagi termasuk suspek utama yang dikenali sebagai Joker. Bagaimanapun, polis yakin mereka ini akan dapat ditahan tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua 17 suspek ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan termasuk mengesan rakan mereka yang masih bersembunyi.

Awal pagi kelmarin, dua beradik peniaga buah-buahan berkenaan dibelasah sekumpulan 20 samseng hingga pengsan ketika cuba menghalang dan menangkap pencuri pisang di kedai mereka di Jalan Rengit dekat sini.

Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, Harun Arrashid Salahudin, 34, yang kini koma dilaporkan patah tulang muka dan retak tengkorak manakala adiknya, Muhamad Fadzilah, 28, lebam di muka selepas dibelasah samseng berkenaan.

Joker, mana mau lari...


Mohd Hanafis Abdul Haris

hanafis@hmetro.com.my

FOTO ihsan adik mangsa, Muhamad Fadzilah.
Batu Pahat: 17 daripada 20 samseng yang membelasah dua beradik peniaga buah-buahan sehingga parah awal pagi kelmarin berjaya ditahan polis selepas operasi memburu mereka dilancarkan semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, 17 suspek itu berusia antara 14 sehingga 40 tahun dan serbuan dilakukan di beberapa kawasan sekitar Rengit, dekat sini.

"Serbuan dilakukan hasil siasatan awal berdasarkan keterangan adik mangsa. Polis kemudian berjaya menahan 15 suspek kira-kira jam 1 pagi semalam, manakala dua lagi suspek ditangkap tengah hari tadi," katanya.

Menurutnya, sehingga kini polis masih giat memburu tiga lagi individu termasuk seorang suspek utama yang dikenali sebagai Joker yang dipercayai sedang bersembunyi.

Awal pagi kelmarin, dua beradik peniaga buah-buahan itu dibelasah sekumpulan 20 lelaki hingga pengsan ketika cuba menghalang dan menangkap salah seorang pencuri pisang di kedai mereka di Jalan Rengit.

Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, Harun Arrashid Salahudin, 34, yang kini koma dilaporkan patah tulang muka dan tengkoraknya retak manakala adiknya, Muhamad Fadzilah, 28, lebam di muka selepas dibelasah samseng berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 7:45 PM



Warga emas maut ditikam, samun





20/03/2016 6:09pm



SHAH ALAM – Seorang warga emas maut ditikam selepas disamun di hadapan sebuah kedai pakaian di pekan Tanjong Karang dekat sini hari ini.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian dada.

“Dua suspek dipercayai warga asing menaiki motosikal bertindak menyamun mangsa. Mangsa cuba untuk menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya sebaliknya ditikam menggunakan pisau di bahagian dada,” katanya. – K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz43RWUAfNk
Hakcipta terpelihara 

Tergamak kau manusia...


Siraj Mohd Zaini

siraj@hmetro.com.my
FOTO ihsan pembaca

Tanjong Karang: Seorang lelaki warga Thailand maut selepas ditikam dua lelaki yang turut menyamun wang hasil kutipan derma di hadapan kedai di Jalan Bagan Lama di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chemusor Masor, 59, dari Narathiwat, didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha LC dinaiki dua lelaki di kaki lima bangunan kedai berkenaan.

Menurutnya, pembonceng motosikal itu merampas beg silang dan juga mengambil wang derma yang berada dalam kotak yang dibawa mangsa.

"Berlaku tarik menarik beg itu sebelum mangsa ditikam tiga kali dan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal ke jalan besar menuju ke Kuala Selangor.

"Mangsa kemudiannya cuba berjalan bagi meminta pertolongan sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tanjong Karang," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Asisten Superintendan Ramle di talian 012-5112034.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 7:19 PM



Warga emas maut ditikam ketika disamun


TANJONG KARANG 20 Mac - Seorang warga emas maut dipercayai ditikam di bahagian dada selepas disamun oleh dua lelaki warga Bangladesh pada pukul 1 tengah hari tadi.
Menurut sumber, mangsa dipercayai mati di sebuah kedai pakaian di pekan Tanjong Karang.
"Dalam kejadian itu, dua suspek dipercayai warga asing yang menaiki motosikal bertindak menyamun mangsa.
"Mangsa cuba untuk menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya sebaliknya ditikam menggunakan pisau di bahagian dada,” katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/warga-emas-maut-ditikam-ketika-disamun-1.202528#sthash.HakcEtMk.dpuf

Maut terperosok bawah lori

Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terperosok di bawah lori dalam kemalangan di Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat Sungai Ambat, Mersing, kira-kira 11 pagi tadi.
Mangsa, Aznan Idris, 44, yang juga warga Singapura menunggang motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran Singapura.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang terperosok di bawah lori. FOTO ihsan bomba
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing diketuai komander operasi Latif Ismail bergegas lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.02 pagi.
"Kami tiba di lokasi kemalangan jam 11.20 pagi dan mendapati mangsa berada di bawah lori sebelum operasi mengeluarkannya dijalankan.
"Operasi kemudian ditamatkan jam 12.27 tengah hari tadi," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 2:33 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124113#sthash.6KmG9jt0.dpuf

Penderma didenda jika beri wang kepada pengemis

AHAD, 20 MAC 2016 @ 10:45 AM

BORDIGHERA: Sebuah wilayah di Itali mengambil keputusan membendung amalan meminta sedekah apabila pihak berkuasa merancang mengenakan denda kepada penderma. Keputusan itu diumumkan selepas penduduk bandar pesisir Borgidhera, di wilayah Liguria barat laut Itali berkata, mereka sering diganggu pengemis tempatan. "Tidak berguna menghukum mereka yang tidak mampu atau memang yang tidak akan membayar denda," kata Datuk Bandar, Giacomo Pallanca. "Memandangkan ada pertubuhan di sebalik fenomena ini, kita mesti menghapuskannya dengan tidak menggalakkan orang ramai memberikan duit," katanya kepada akhbar tempatan, Il Secolo XIX. "Bagi mereka yang dalam kesusahan, ada perkhidmatan sosial disediakan," katanya. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135365

Parah dibelasah kerana pisang




BATU PAHAT - Niat dua beradik menangkap seorang lelaki yang mencuri pisang dari gerai buah-buahan mereka bertukar mimpi ngeri apabila mereka cedera dibelasah sekumpulan lelaki, dipercayai rakan lelaki terbabit di Jalan Rengit, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Harun Arrashid Salahudin, 34, cedera parah akibat patah tulang muka dan tengkorak, selain turut mengalami pendarahan dalam kepala, manakala adiknya, Muhamad Fadzilah Salahudin, 28, lebam di muka.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa ternampak seorang lelaki mencuri buah dari gerai mereka dan cuba menahan suspek.
“Mangsa telah menahan suspek tetapi tiba-tiba datang sekumpulan lelaki tidak dikenali, antara 15 hingga 20 orang dipercayai kawan suspek yang bertindak mengepung kedai dan memukul mereka guna pengunci motosikal.
Parah dibelasah kerana pisang
Muhamad Fadzilah menunjukkan jenis pisang yang sama menjadi sasaran pencuri pisang di gerai buah-buahan miliknya.
"Mangsa dapat mengecam kebanyakan wajah suspek dan mengenali salah seorang lelaki dikenali sebagai Joker,” katanya.
Menurutnya, kejadian disedari bapa mangsa yang cuba menghubungi anaknya tetapi panggilan tidak berjawab.
"Bapa mangsa segera ke gerai terbabit dan mendapati kedua-dua anaknya cedera dipukul. Seorang daripadanya tidak sedarkan diri.
"Kejadian disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 15 lelaki berusia 18 hingga 40 tahun turut ditahan di sekitar Rengit, malam semalam, bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut," katanya.
Harun Arrashid yang koma dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan susulan, dan dilaporkan stabil.
Sementara itu, Muhamad Fadzilah berkata, dia dan abangnya mengambil keputusan tidur di gerai buah-buahan itu bergilir-gilir kerana hilang sabar akibat kes kecurian kerap berlaku.
"Dalam masa dua bulan ini sahaja, sudah empat kali kejadian curi pisang berlaku di gerai kami hingga menyebabkan kami rugi kira-kira RM1,500," katanya.
Namun katanya, kejadian terakhir itu menyebabkan abangnya mengalami kecederaan serius selepas mereka bertindak cuba menangkap pencuri pisang terbabit.
“Pada malam kejadian, saya ambil keputusan tidur di gerai selepas saya dan abang tak tahan lagi dengan kes kecurian ini. Pisang yang selalu dicuri ialah pisang tanduk dan kapok.
“Semasa giliran saya tidur di gerai, saya nampak kelibat dua individu punggah sesuatu ke dalam guni di dalam gerai.
"Saya nekad tangkap mereka. Saya berjaya tangkap seorang, tapi lagi seorang terlepas," katanya.
Muhamad Fadzilah berkata, seperti dijangka, suspek yang ditangkapnya itu memang dikenalinya berdasarkan intipan dilakukan sebelum ini.
"Saya sempat hubungi abang supaya buat laporan polis tetapi tiba-tiba datang sekumpulan lelaki hampir 20 orang, dipercayai rakan suspek. Abang pun tiba pada masa tu juga.
"Abang saya dikejar hingga kawasan semak belakang gerai, sementara saya dipukul depan gerai tetapi diselamatkan orang ramai yang berada berhampiran," katanya.

2 beradik parah dibelasah 20 samseng

SABTU, 19 MAC 2016 @ 5:32 PM


Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

KEADAAN Harun Arrashid Salahudin yang koma dan dilaporkan kritikal. - Foto Hanafis Abd Haris B


ATU PAHAT: Dua beradik peniaga buah-buahan dibelasah 20 samseng apabila cuba menghalang dan menangkap pencuri pisang di kedai mereka di Jalan Rengit, Rengit dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Harun Arrashid Salahudin, 34, cedera parah apabila patah tulang muka dan tengkoraknya retak manakala adiknya, Muhamad Fadzilah, 28, lebam di muka selepas dibelasah samseng berkenaan. Harun Arrashid yang koma dan dilaporkan kritikal, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, selepas dipindahkan dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Batu Bahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, mengesahkan kejadian dan siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dibelasah oleh sekumpulan 20 lelaki. "Siasatan mendapati kebanyakan mereka menyerang mangsa berkenaan dengan bersenjatakan besi dan usaha mengesan 20 samseng ini termasuk suspek utama yang dikenali sebagai 'Joker' giat dijalankan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan kerana menyerang dengan niat mencederakan serta memiliki senjata," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135162

7 gerai disita, 16 peniaga haram ditahan

JENAYAH SABTU, 19 MAC 2016 @ 5:13 PM

ANGGOTA Penguatkuasa DBKL merampas barangan jualan yang dijual oleh warga asing dalam Op Tegas di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Muhd Asyraf Sawal


KUALA LUMPUR: Seramai 16 warga Indonesia yang berniaga tanpa lesen di Pasar Keramat ditahan dalam Op Tegas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi lain di sini hari ini.

Selain itu, tujuh gerai yang dikendalikan mereka turut disita, dan semua barang perniagaan dirampas, kata Penguasa Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd Hariyadi Mohd Nor. "Dua lesen perniagaan peniaga tempatan turut dibatalkan atas kesalahan menggaji pekerja asing manakala satu notis kompaun turut dikeluarkan," katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata tindakan menyita gerai itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 3 (1) Perlesenan Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan).

Kesemua warga Indonesia yang ditahan termasuk tiga lelaki, turut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan kini tempatkan di Depoh Tahanan Imigresen, Jalan Duta untuk siasatan lanjut. Operasi yang jalankan mulai pukul 9 pagi itu menyasarkan warga asing tanpa dokumen perjalanan, melibatkan 56 anggota yang terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Pelesenan dan Penjaja DBKL, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen. Mohd Hariyadi berkata serbuan dilakukan selepas hasil risikan sebelum ini mendapati terdapat unsur perniagaan 'ali baba' oleh peniaga tempatan, yang menyewa tapak gerai mereka kepada warga asing untuk berniaga, di pasar itu.


 "Disebabkan hendak mengaut keuntungan dengan mudah, peniaga tempatan ini sanggup menyalahgunakan lesen yang dimiliki dengan menyewakan tapak perniagaan mereka dengan harga yang tinggi kepada warga asing.

"Bagi menanganinya, kita akan terus menjalankan usaha membanteras kegiatan ini ke seluruh kawasan terutamanya di pasar-pasar basah dari semasa ke semasa," katanya. Sementara itu, di KAJANG, polis menahan 25 orang, termasuk 13 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Taman Berjaya Baru, tengah malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata kesemua mereka yang berusia 25 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan pada jam 12.05 malam.

 "Seramai 12 lelaki dipercayai penjaga premis ditahan dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM440 serta pelbagai peralatan hiburan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pusat hiburan berkenaan menawarkan perkhidmatan GRO untuk melakukan hubungan seks. "Penjaga premis juga gagal menunjukkan sebarang lesen perniagaan," katanya sambil menambah kesemua tahanan dibawa kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut. Khairi berkata kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135147

Kereta ditimbus dengan sampah

Zhengzhou (China): Sebuah kereta ditimbus dengan sampah selepas ia menghalang laluan untuk pekerja pembersihan membuang sampah di satu kawasan di bandar ini.
Kereta berwarna putih itu dilapor diletakkan di depan sebuah pusat pengumpulan sampah sekali gus menghalang laluan lori sampah masuk ke lokasi berkenaan.
Pekerja pusat pengumpulan sampah pada mulanya berusaha menghubungi pemilik kenderaan berkenaan, tetapi gagal.
Keadaan itu menyebabkan pekerja pusat pengumpulan berkenaan berang kerana tugas mereka tergendala.
Selepas beberapa hari kereta berkenaan tidak dialihkan, pekerja pusat pengumpulan itu bertindak membuang sampah di atas kenderaan itu.
Dalam sehari sahaja, beberapa lori sampah datang dan membuang sampah di atas kereta itu sehingga ia hampir tertimbus.
Gambar kereta berkenaan yang hampir ditimbus dan dikelilingi dengan sampah menjadi viral di laman sosial di China.
Bagaimanapun, pemilik kereta itu dilaporkan masih belum mengalihkan kenderaannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 5:04 AM


KEADAAN kereta yang ditimbus dengan sampah-sarap.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124036#sthash.qJMWkcSW.dpuf

Pencuri pisang ajak geng

Batu Pahat: Dua peniaga adik-beradik dibelasah hingga pengsan oleh sekumpulan lelaki di kedai buah-buahan mereka, di Jalan Rengit, di sini, pada kejadian awal pagi.
Harun Arrashid Salahudin, 34, patah tulang muka manakala adiknya, Muhamad Fadzilah Salahudin, 28, lebam di muka selepas dibelasah hampir 20 individu, pada kira-kira 3 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Bahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata kejadian berlaku apabila dua beradik itu dikunjungi sekumpulan lelaki selepas seorang daripada rakan mereka dicekup kerana mencuri beberapa tandan pisang.
"Kedua-dua mangsa dipukul sehingga pengsan. Malah, seorang daripadanya mengalami patah tulang di muka dipercayai akibat dihentak dengan objek keras.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) oleh bapa mereka, kira-kira 5 pagi," katanya.
Menurutnya, polis masih giat menjalankan siasatan berdasarkan beberapa bahan bukti di tempat kejadian.
Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 148/326 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan menyerang dengan niat mencederakan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 6:16 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123912#sthash.jmNQbxJg.dpuf

Lelaki maut dibelasah


RUZILAN


KOTA BHARU – Seorang penuntut sebuah sekolah pondok di Sungai Bayu di sini meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak disyaki dipukul dalam satu kejadian pada Khamis lalu.
Mangsa, Ruzilan Ahmad Rani (gambar), 39, ditemui tidak sedarkan diri oleh salah seorang kakitangan sekolah pondok terbabit sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Sampai di hospital, Ruzilan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di sana.
Menurut bapanya, Ahmad Rani Abdullah, 59, dia mendapat tahu berita keadaan anaknya itu melalui orang kampung yang secara kebetulan ternampak anaknya dirawat di Hospital Gua Musang.
“Saya berada di rumah sebelum seorang jiran beritahu anak saya tidak sedarkan diri dan dirawat di hospital. Saya jadi bingung dan terus ke hospital untuk melihat sendiri keadaan anak saya.
“Namun, pada pukul 7 malam, pihak hospital memberitahu anak saya telah meninggal dunia,” katanya di sini semalam.
Susulan kematian anak­nya itu, Ahmad Rani berkata, dia tampil membuat laporan polis selepas pemeriksaan pegawai perubatan menemui kesan lebam pada mata sebelah kanan dan pipi kiri Ruzilan.
“Saya juga telah membuat laporan polis bagi melakukan siasatan lanjut susulan keadaan parah pada bahagian muka mangsa selain punca kematiannya (pendarahan dalam otak) juga amat meragukan,” katanya.
Ahmad Ranu mahu siasatan lanjut segera dibuat agar kejadian sebenar yang menimpa anaknya dapat diketahui.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz43Pa5OP7d 
Hakcipta terpelihara 

Pegawai kanan kementerian ditahan kes rasuah


PUTRAJAYA – Seorang setiausaha bahagian sebuah kementerian ditahan kelmarin selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Turut ditahan bersama pegawai kanan berusia 56 tahun itu ialah tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor syarikat penganjuran acara.
Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, kesemua suspek berusia antara 28 dan 56 tahun itu ditahan dalam Ops Tiris di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang sejak Khamis lalu.
“Modus operandi sindiket yang bergiat aktif sejak 2010 itu ialah dengan menggunakan suspek untuk mengarahkan bahagian kewangan agensi di kementerian membuat bayaran kepada 14 syarikat bagi tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan walaupun tiada tuntutan dibuat syarikat terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Azam, suspek didapati menerima pelbagai imbuhan daripada kontraktor tersebut dalam bentuk kewangan dan fasiliti seperti dua buah rumah, 12 kereta mewah, 40 beg ta­ngan berjenama, pembayaran insu­rans dan unit amanah bernilai jutaan ringgit serta pemberian kad kredit. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz43PZwuDCf 
Hakcipta terpelihara 

Parah dibelasah pencuri pisang


HARUN AL RASHID yang cedera parah akibat dibelasah sekumpulan samseng dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru semalam. Gambar kecil, Harun Al Rashid.


BATU PAHAT – Dua beradik bukan sahaja rugi lebih RM1,500 ekoran pisang yang dijual sering dikebas pencuri sejak dua bulan lalu, malah seorang daripada mereka kini koma akibat dibelasah kira-kira 20 samseng di kedai buah-buahan di Jalan Rengit dekat pekan Rengit di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Harun Al Rashid Salahudin, 34, patah tulang muka manakala tengkoraknya retak. Adiknya pula, Mohd. Fadzilah, 28, lebam pada muka.
Kejadian itu berlaku apabila Mohd. Fadzilah berjaya menangkap salah seorang daripada dua suspek yang mencuri pisang mereka sebelum didatangi geng pencuri pisang terbabit.
Difahamkan, penjenayah itu dipercayai mencuri beberapa tandan pisang tanduk dan nipah di kedai berkenaan untuk dijual.
Pisang jenis itu boleh mence­cah harga sehingga RM4 sekilogram. Pisang tanduk dan nipah kebiasaannya dibuat pisang goreng dan kerepek.
Mohd. Fadzilah memberitahu, sebelum kejadian, dia sedang tidur di dalam kedai itu untuk menjaga stok buah-buahan manakala abangnya berada di rumah yang terletak kira-kira lima kilometer dari premis tersebut.
“Saya terjaga selepas mende­ngar bunyi bising dari tempat simpanan buah-buahan. Kemudian, saya ternampak bayang dua lelaki sedang memasukkan pisang ke dalam karung.
“Tanpa berfikir panjang, saya cuba menangkap mereka dan berjaya menahan seorang daripadanya namun seorang lagi dapat melarikan diri,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz43PZjwUX9 
Hakcipta terpelihara 

Tipu tender RM100j: Enam individu ditahan

Turut diberkas setiausaha bahagian sebuah kementerian


SEORANG wanita (menutup muka) dipercayai terlibat dalam satu sindiket penipuan tender kerajaan bernilai lebih RM100 juta direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
KUALA LUMPUR 18 Mac - Seorang pegawai kanan sebuah kementerian antara enam individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam satu sindiket penipuan tender kerajaan bernilai lebih RM100 juta.
Lima lagi individu yang salah seorang daripadanya adalah wanita merupakan kontraktor beberapa syarikat yang didapati terbabit dalam penipuan itu.
Kesemua suspek yang berusia antara 20-an dan 50-an itu ditahan dalam satu operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang bermula tengah hari sehingga malam semalam.
Menurut sumber, pegawai kanan kementerian berjawatan setiausaha bahagian itu dipercayai telah menerima wang suapan RM50,000 hingga RM1 juta daripada beberapa syarikat sebagai balasan memperoleh kerja-kerja pembekalan melibatkan program-program sebuah kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
Ujarnya, siasatan mendapati, tidak kurang RM20 juta telah dikutip oleh pegawai kanan terbabit dengan cara pelaksanaan projek kerajaan yang tidak dilaksanakan.
“Perintah reman selama tujuh hari telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya terhadap kesemua suspek bermula hari ini.
“Reman tersebut dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tipu-tender-rm100j-enam-individu-ditahan-1.202181#sthash.qf0NHB4a.dpuf

Dua beradik dibelasah ‘geng’ pisang


BATU PAHAT 19 Mac – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib malang yang menimpa dua beradik yang bukan sahaja mengalami kerugian lebih RM1,500 sejak dua bulan lalu ekoran buah pisang yang dijual mereka sering dikebas pencuri, malah mereka turut dibelasah oleh hampir 20 individu selepas berjaya memberkas salah seorang daripada dua suspek di kedai mereka di Jalan Rengit di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Harun Arrashid Salahudin, 34, patah tulang muka manakala adiknya, Muhamad Fad­zilah, 28, mengalami lebam di muka selepas dibelasah ‘geng’ pencuri pisang berkenaan.
Muhamad Fadzilah memberitahu, mereka berada di kedai ketika kejadian untuk menjaga stok buah-buahan kerana sering kehilangan beberapa tandan pisang sejak dua bulan lalu.
“Saya tidak sangka ketika giliran menjaga kedai semalam, dua pencuri itu muncul dan sedang mengutip pisang lalu dimasukkan ke dalam guni di penjuru kedai.
“Tanpa berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk menangkapnya dan berjaya menahan salah seorang daripada mereka, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bimbang sekiranya berlaku kejadian lebih serius, dia menghubungi abangnya untuk datang ke kedai, namun beberapa minit kemudian sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek muncul di hadapan kedai mereka.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa dipercayai dibelasah oleh sekumpulan lelaki melibatkan hampir 20 individu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-beradik-dibelasah-8216-geng-8217-pisang-1.202431#sthash.2M6uzHeG.dpuf