Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor membuat keputusan itu pada akhir kes pendakwaan terhadap Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, dan menetapkan 12 dan 14 April ini bagi mendengar keterangan bela diri tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit Lenovo S860 milik Techasia Boutique di premis tersebut di Lot UG, K021, Tingkat UG, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada pukul 4.47 petang, 11 Julai 2015.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.-UTUSAN ONLINE.