Search This Blog

Saturday, February 6, 2016

Lelaki tahan sakit 30 minit, kereta masuk gaung

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 1:32 PM




Oleh Mohd Shafik Zainol Abidin bhnews@bh.com.my


ALOR GAJAH: Seorang pekerja kontrak binaan menanggung kesakitan selama setengah jam apabila kakinya tersepit pada papan pemuka kereta selepas kenderaan dipandu terhumban ke dalam gaung, pagi tadi.

Muhammad Husaini Abd Wahab, 27, dalam perjalanan ke Masjid Tanah dari Paya Mengkuang sebelum terbabit dalam kemalangan di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Sebaik tiba di Kampung Solok Binjai, kereta PROTON Putra dipandunya gagal dikawal dan menjunam ke gaung sedalam kira-kira tiga meter.

Mangsa yang patah kaki kanan, dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan.

MUHAMMAD Husaini diusung kakitangan perubatan sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka. - Foto oleh Muhammad Zuhairi Zuber

ORANG awam membantu mengeluarkan Muhammad Husaini yang tersepit selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, Alor Gajah, Melaka, pagi tadi. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

OKU terselamat dalam kebakaran

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 3:07 PM



Oleh Mohammad Ishak bhkt@bh.com.my


KEBAKARAN di Kampung Tok Dor, Jertih, pagi tadi. - Foto Mohamad Ishak


JERTIH: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kampung Tok Dor, dekat sini, pagi tadi. Mohd Rais Mahyuddin, 31, sempat diselamatkan oleh jiran yang menyedari dia terperangkap dalam rumah terbabit. Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa tinggal bersendirian di rumah, manakala bapa dan ibu angkatnya ke masjid berhampiran menunaikan solat Subuh. Jirannya, Kadir Sulaiman, 64, berkata Mohd Rais berada di bilik air untuk mandi dan kelihatan bingung ketika diselamatkan. "Selepas menyelamatkan ahli keluarga, saya teringatkan Mohd Rais dan bergegas ke rumahnya walaupun api marak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Kebakaran yang memusnahkan sederet rumah tiga pintu itu berlaku dengan pantas dan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121807

Twitter sekat 125,000 akaun kandungan keganasan

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 5:57 PM





WASHINGTON: Twitter mengumumkan sudah menyekat lebih 125,000 akaun, kelmarin - kebanyakan dikaitkan dengan kumpulan militan IS. Tindakan itu dibuat sebagai usaha membasmi 'kandungan keganasan' dalam platform mesej popular di laman sosial itu. Menurut kenyataan Twitter hari ini, akaun yang digantung sejak pertengahan 2015 disasarkan kerana wujud elemen ancaman atau menggalak tindakan keganasan. Difahamkan, ini kerana pihak mereka menerima tekanan daripada kerajaan untuk bertindak tetapi ketika sama ia tidak mahu dilihat sebagai menapis secara efektif kebebasan bersuara. "Seperti kebanyakan orang lain di dunia, kami terkejut dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pelampau," jelas Twitter mengenai dasar blog mereka. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan Twitter untuk menggalakkan keganasan dan peraturan Twitter adalah jelas bahawa sikap seperti ini atau sebarang ancaman keganasan tidak dibenarkan dalam perkhidmatan kami," menurutnya lagi. Pengumuman itu dibuat selepas Amerika Syarikat dan kerajaan lain mendesak rangkaian laman sosial mengambil tindakan agresif membasmi aktiviti yang bertujuan merekrut dan merancang keganasan. - AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121844



19 maut kebakaran hotel di Iraq

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 11:41 AM
Hotel Capitol di Arbil, yang terbakar semalam. - Foto Reuters
ARBIL: Seramai 19 orang maut dan berpuluh lagi mengalami kecederaan dalam kebakaran di sebuah hotel empat bintang di wilayah Kurdish, Iraq, semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Saman Barzanji, berkata 14 yang terbunuh adalah dari Filpina, manakala tiga dari Iraq, seorang warga Palestin dan seorang lagi yang belum dapat dipastikan identitinya.
Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Arbil.
Gabenor Wilayah Arbil, Nawzad Hadi, berkata maklumat awal yang diperolehi menunjukkan kebakaran berpunca daripada masalah elektrikal di bilik sauna di Hotel Capitol itu. - AFP


KEADAAN di dalam Hotel Capitol selepas kebakaran. - Foto Reuters

Gempa Taiwan: 100 orang terperangkap dalam bangunan runtuh

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 7:26 AM



ANGGOTA keselamatan berada di bangunan yang terjejas akibat gempa bumi di Tainan, selatan Taiwan. - Foto Reuters



 TAIPEI: Lebih 100 orang terperangkap dalam bangunan runtuh di bandar Tainan, selatan Taiwan susulan gempa 6.4 magnitud yang menggegar pulau itu pada awal pagi ini.


Sedutan video dramatik menerusi televisyen tempatan dan media soal menunjukkan sebuah bangunan runtuh dan rebah manakala sebuah lagi senget susulan gempa berkenaan.

 Televisyen Formosa melaporkan seramai 150 orang terperangkap dalam bangunan setinggi 17 tingkat itu dengan kedengaran suara orang meminta tolong. Pegawai berkata, 69 orang berjaya diselamatkan tetapi tidak dapat mengesahkan bagaimana mereka boleh terperangkap di dalam. Sekurang-kurangnya 30 orang pula diselamatkan dari sebuah blok kediaman tujuh tingkat yang turut runtuh tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini. "Empat bangunan runtuh di kawasan bandar Tainan.

Misi mencari dan menyelamat sedang diusahakan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini," kata jurucakap Agensi Bomba Kebangsaan, Lin Kuan-cheng.



ANGGOTA penyelamat membantu mangsa selepas gempa melanda Tainan, di selatan Taiwan. - Foto Reuters


 Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.

Gempa itu pada mulanya dilaporkan 6.7 magnitud tetapi diturunkan kepada kepada 6.4. Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kejadian tsunami tidak dijangka berlaku di sekitar kawasan Pasifik.

Taiwan terletak di persimpangan dua plat tektonik dan biasa dilanda gempa bumi. Sementara itu, gempa bumi kuat 6.3 magnitud pernah melanda tengah Taiwan pada Jun 2013 yang menyebabkan empat orang terkorban dan mengakibatkan tanah runtuh.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pula yang melanda pulau itu pada September 1999 dan mengakibatkan kira-kira 2,400 orang terkorban. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121669

Penyampai Berita Tak Mampu Tahan Ketawa Baca Cerita Rizalman


Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 3:55 PM

PETALING JAYA: Seorang penyampai TV New Zealand tidak dapat menahan ketawa ketika menyampaikan laporan mengenai bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didapati bersalah melakukan serangan sumbang.

Hilary Barry, yang bertugas dengan 3 News, tidak dapat menahan ketawa selepas membaca frasa 'tidak tahan untuk membuang air besar', alasan yang diberikan oleh Rizalman semasa perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Wellington.

Menurut The Huffington Post, kejadian itu berlaku ketika segmen mengenai Rizalman muncul di mana frasa tersebut perlu dibacakan.

Skrip yang ditulis oleh wartawan Emily Cooper itu berbunyi:

"Muhammad Rizalman yang telah mencemarkan kerjayanya selama dua dekad dalam tentera Malaysia, hari ini (4 Feb) akan dihukum kerana melakukan seranngan tidak senonoh. Pada bulan November, dia mengaku mengekori Tania Billingsley yang pada ketika itu berusia 21 tahun pulang ke rumahnya.

"Dia berkata dia 'tidak tahan untuk membuang air besar' dan perlu menggunakan tandas, tetapi hakim dalam kes itu mendapati dia mempunyai motif seksual."

Ketika itulah Barry tergelak dan berkali-kali mengulangi ayat 'tidak tahan untuk membuang air besar'.

"Saya fikir saya sendiri pun ada rasa itu," katanya bergurau, sambil mengelap air matanya.

Malang bagi pembaca berita itu apabila cerita seterusnya adalah satu berita serius dan dia sukar untuk mengubah situasi apabila perlu melaporkan satu letupan bom terhadap kapal terbang di Somalia.

Pada akhir siaran dia berkata, "Hari ini mungkin boleh menjadi hari saya kehilangan pekerjaan..."

Mahkamah Tinggi di Wellington menjatuhkan hukuman sembilan bulan tahanan rumah terhadap Rizalman pada Khamis.

‘Dah lima meter, baru nampak harimau itu’


Seekor harimau belang mati dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 321.2, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 menghala ke Kuala Terengganu awal pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika spesies terancam itu dipercayai cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar MPV yang sedang menghala ke Kuala Terengganu. Bangkai itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sedih dan masih terkejut, itu yang dialami oleh Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, apabila dia tanpa sengaja melanggar seekor harimau belang dewasa ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11.45 malam semalam, harimau itu mati selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Mohd Syahrin di KM321.2 lebuh raya berkenaan.
Bercakap kepada Sinar Online hari ini, Mohd Syahrin berkata kejadian berlaku terlalu pantas, dan dia hanya menyedari harimau itu ketika mana haiwan itu berada terlalu hampir dengan keretanya.
"Laluan itu memang gelap, memang tiada kenderaan lain selain saya...tiba-tiba dalam jarak lima meter baru saya nampak harimau itu, saya hanya sempat menjerit 'harimau' tetapi apakan daya saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak daripada harimau itu dilanggar," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN; Harimau belang mati dirempuh MPV]
Katanya lagi, selepas pelanggaran itu, dia memberhentikan keretanya untuk melihat keadaan harimau itu.
"Saya berhenti agak jauh dari tempat kejadian, sebab takut-takut ada harimau lain yang datang...selang lima minit kemudian ada kereta berhenti dekat saya, tanya apa berlaku, lepas itu dia mintak dekat saya hendak ambil harimau itu saya cakap tidak boleh
“Selepas itu, dalam 20 minit kemudian ada Peronda LPT datang lalu ambil harimau itu. Kemudian polis pula datang selepas itu saya maklumkan bahawa harimau itu telah diambil oleh Peronda LPT," katanya.
Ujarnya, selepas semua selesai dia telah membuat satu laporan di Balai Polis Kemaman pagi tadi.
"Saya bersyukur sebab keluarga saya selamat, tetapi sedih mengenangkan nasib harimau itu. Saya dimaklumkan bahawa harimau itu adalah haiwan perlindungan yang hampir pupus, hanya ada 11 ekor di Semenanjung Malaysia," katanya
.

Remaja maut kereta langgar tiang lampu


Remaja Chong Jia Yan,19, maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Seremban-Tampin di hadapan Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan kira-kira 1.30 pagi tadi. - Foto Bernama

SEREMBAN - Seorang remaja perempuan maut selepas kereta‎ dipandunya terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Seremban-Tampin di sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap polis, remaja itu Chong Jia Yan, 19, yang berasal dari Taman Seremban Jaya di sini meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira 1.30 pagi itu.
"Siasatan polis mendapati kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan kemudiannya terbabas sehingga melanggar sebatang tiang lampu yang berada di tengah pembahagi jalan," katanya.
Menurutnya, seorang daripada dua saksi kejadian itu yang memberhentikan kenderaan untuk memberi bantuan kepada mangsa, mengalami cedera ringan selepas sebuah kereta yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.
Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi‎ Bernama hari ini mengesahkan kemalangan itu. - Bernam
a

Lesen pemandu bas kasari penumpang dibatalkan


SPAD

KUALA LUMPUR - Pemandu bas ekspres yang mengasari seorang penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang minggu lalu mungkin tidak boleh lagi memandu kenderaan awam.
Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) kepada pemandu bas tersebut.
SPAD dalam kenyataan hari ini mengesahkan pemandu berkenaan telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas expres terlibat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas kasari penumpang dikena tindakan]
Dalam insiden 25 Januari yang tersebar di media sosial itu, pemandu bas itu dikatakan naik angin apabila penumpang berkenaan didapati tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu.
SPAD berkata pihaknya telah menjalankan siasatan pada Isnin lalu bersama syarikat bas ekspres tersebut, pemandu terbabit dan seorang saksi.
Susulan itu, pengendali bas berkenaan turut dikenakan tindakan undang-undang  kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas. –Bernam
a

Kes Bunuh Tapah: Dua Beranak Ditahan Semula


Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 12:04 AM

IPOH: Dua beranak yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam di Tapah pada tahun lalu ditahan semula selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 tidak sampai 24 jam selepas mereka dibebaskan pada petang Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Goh Kok Liang berkata perintah tahanan selama dua tahun itu dikeluarkan Lembaga Pencegahan Jenayah pada pukul 9 malam.
Menurut beliau, seorang mekanik berusia 58 tahun itu akan ditahan di pusat pemulihan khas Simpang Renggam manakala anak lelakinya akan ditempatkan di pusat pemulihan khas Kluang.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen, Murtazadi Amran membebaskan dua beranak itu selepas menerima permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong.
Namun, kedua-duanya perlu memakai Peranti Pengawasan Elektronik (PPE) selama 59 hari.
"Oleh kerana siasatan belum selesai dalam tempoh masa yang diberikan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA), mereka akan dilepaskan.
"Namun mereka masih disiasat dibawah PCA.
"Mereka akan memakai peranti tersebut selama 59 hari sementara menunggu arahan selanjutnya," kata Harris Ong kepada pemberita selepas prosiding di sini Jumaat.
Sebelum ini, dua beranak berkenaan bersama dua lagi ahli keluarga mereka, ditahan pada 26 Oktober lalu di bengkel kenderaan berat yang juga kediaman mereka kerana dipercayai ada kaitan dengan kehilangan sekurang-kurangnya empat individu.
Bagaimanapun, dua daripada empat suspek kes itu iaitu isteri dan anak suspek utama yang juga orang kurang upaya (OKU) dibebaskan tanpa syarat kerana dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes bunuh mangsa berdasarkan hasil siasatan sebelum ini

Mayat Hampir Reput Ditemui Di Ladang


Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 2:30 PM

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran tanah perkuburan Cina di Machang Bubok, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu dijumpai pada 5.50 petang oleh pemilik kebun sawit berkenaan yang kebetulan ke kebunnya.
"Semasa dijumpai mayat itu dalam keadaan terbaring dan sudah mereput serta berulat, dipercayai telah mati antara empat hingga enam hari lepas," katanya di sini hari ini.
Pemeriksaan ke atas mayat itu mendapati terdapat beberapa kesan kelar di badan mangsa antaranya di tangan kiri, bahu kanan dan leher kiri, katanya.
Katanya polis tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan kebun sawit itu kerana tiada kesan pergelutan di kesan di tempat kejadian.
Rusli berkata setakat ini polis juga tidak menemui sebarang senjata dan siasatan masih dijalankan.
Identiti mangsa dan motif kejadian masih belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Bumbung kereta 'terkoyak'

Kuala Lumpur: Dua penuntut warga asing maut manakala seorang rakan mereka parah sejurus kereta dipandu ‘terkoyak’ bumbung sejurus merempuh tiang papan tanda.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pemandu kereta warga Nigeria, Ahmadu Bello Danbatta, 20-an, dan pemuda Mesir, Islam Deeb, 20 -an terbunuh di tempat kejadian berhampiran Jalan Mahameru di sini.
Bagaimanapun seorang lagi mangsa, Ahlam Shuib cedera di bahagian dahi akibat rempuhan itu.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dinaiki tiga mangsa dari dari arah jalan Duta menghala ke Pusat Bandar dikatakan terbabas dan hilang kawalan sebelum merempuh tiang papan tanda.
“Akibat daripada kemalangan itu, pemandu dan penumpang di sebelah pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala seorang lagi parah.
“Mangsa yang terbunuh masing-masing berasal dari Nigeria dan Mesir,” katanya.
S Markandan berkata, kedua-dua mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai pelajar warga asing di negara ini.
“Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41 Akta Pengangkutan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:34 AM


KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas melanggar tiang papan tanda awal pagi, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112897#sthash.TzUpnVpr.dpuf

Sembur cat pada CCTV sebelum letup mesin ATM

Alor Setar: Sekumpulan lelaki bertopeng menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) bank di Simpang Kuala, di sini, sebelum meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan melarikan wang tunai dianggarkan RM300,000, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, suspek dipercayai pergi ke premis berkenaan menaiki kereta dan menyembur cat pada CCTV di luar bank sebelum meletupkan sebuah mesin ATM.
Difahamkan, suspek menggunakan bom paip buatan sendiri untuk meletupkan mesin ATM bagi memudahkan proses mengeluarkan wang.
Pekerja syarikat keselamatan yang enggan dikenali berkata, pihaknya memasukkan wang tunai RM320,000 ke dalam mesin ATM itu pada jam 4 petang, kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya menyedari mengenai kejadian jam 4 pagi, semalam selepas dimaklumkan pengurusan bank berkenaan.
“Ketika tiba di lokasi berkenaan, saya mendapati sebuah mesin ATM pecah dan terhidu bau belerang dipercayai kesan bom buatan sendiri,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Rohana Omar berkata, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati sebuah mesin ATM dipecahkan manakala sebahagian not RM50 bertaburan dalam ruang pengeluaran wang.
“Siasatan polis tidak menolak kemungkinan penjenayah terbabit orang luar yang datang ke kawasan berkenaan untuk merompak mesin ATM.
“Pemeriksaan rakaman CCTV mendapati kegiatan itu dilakukan sekumpulan lelaki memakai topeng masuk ke premis dan meletupkan mesin ATM sebelum melarikan wang,” katanya,
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:42 AM


KEADAAN mesin ATM yang diletupkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112903#sthash.zuGl0kue.dpuf

Peragut panjat pagar serang wanita

Wangsa Maju: Tindakan amat agresif apabila seorang peragut bertindak memanjat pintu pagar sebuah rumah sebelum menyerang seorang wanita yang berada di dalam kediaman itu.
Rakaman video kejadian jenayah itu menjadi viral di media sosial sejak awal minggu ini, apabila mangsa berusia 61 tahun kemudian bertindak mengejar suspek yang melarikan diri menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, video menjadi viral itu disahkan berlaku di kawasan perumahan berhampiran Ayer Panas, Setapak di sini, kira-kira jam 2 petang pada 29 Januari lalu.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, mangsa mulanya dilihat berjalan kaki menuju ke dalam kawasan rumahnya.
“Sebaik pintu pagar automatik kediaman mangsa tertutup rapat, suspek bagaimanapun nekad memanjat pagar itu dan menyerang mangsa,” katanya.
Menurutnya, berlaku pergelutan sebelum penjenayah merampas beg tangan mangsa dan berlari ke arah jalan.
“Mangsa yang tidak puas hati cuba mengejar suspek namun tindakan itu menyebabkan dia terjatuh.
“Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal bersama seorang lagi rakannya yang menanti di luar kediaman mangsa,” katanya.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:48 AM


RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek melarikan diri selepas menyerang pemilik rumah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112907#sthash.tZAiPpK2.dpuf

Dua maut, dua cedera

Jempol: Wanita dan kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya maut manakala dua lagi kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Bahau-Keratong, berhampiran FELDA Palong 21, di sini, petang ini.
Dalam kejadian 3.10 petang itu, wanita berusia 40-an dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi kanak-kanak iaitu lelaki dan perempuan mengalami kecederaan di badan.
Difahamkan, kereta Perodua Kancil dinaiki empat mangsa bertembung dengan Perodua Alza menyebabkan dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan bahagian belakang pemandu manakala penumpang hadapan dan belakang kiri cedera, diselamatkan orang awam.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol, Mohd Fahmi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.21 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan akibat tersepit dalam kereta.
"Pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu pula parah manakala penumpangnya tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut serta masih menunggu pengesahan ahli keluarga mengenai hubungan dua mangsa yang maut serta dua lagi kanak-kanak yang cedera dalam kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 9:19 PM


ANGGOTA Bomba mengeluarkan mangsa terbabit dalam kemalangan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112716#sthash.nPogRBa0.dpuf

Anggota badan dikerat milik lelaki Sepanyol

Bangkok: Beberapa anggota badan manusia yang ditemui terapung di Sungai Chao Praya di sini di percayai milik ahli perniagaan Sepanyol yang diculik dan diperas ugut sebelum dibunuh, kata polis.
Kes itu mendapat liputan meluas media Thailand sejak beberapa hari lalu yang menyiarkan imej anggota polis memegang beberapa anggota badan manusia.
Anggota badan pertama ditemui pada Ahad lalu disusuli dengan enam lagi penemuan di lokasi berasingan di sungai berkenaan.
Ketua pegawai penyiasat polis, Panya Maman memberitahu wartawan, mangsa adalah ahli perniagaan Sepanyol yang masuk ke Thailand pada 19 Januari lalu.
“Saya yakin dalam tempoh 48 jam kes ini akan diselesaikan.
“Semua suspek termasuk gengster dari luar negara termasuk beberapa warga tempatan yang terbabit dalam kes ini akan ditahan,” katanya.
Menurutnya, pembunuhan itu mungkin berlaku antara 25 hingga 27 Januari lalu.
“Selepas kematian lelaki itu, kami mengesan wang mangsa dipindahkan ke beberapa negara termasuk Singapura, Sepanyol dan Thailand,” jelasnya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 6:23 AM


ANGGOTA polis memeriksa anggota badan manusia yang ditemui terapung di Sungai Chao Phraya di Bangkok.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112585#sthash.oramMV9S.dpuf

Terjatuh dalam lubang lif selepas tendang pintu

Beijing: Tindakan seorang remaja lelaki di China menendang pintu lif hingga rosak membawa padah apabila dia terjatuh ke dalam lubang lif berkenaan.
Rakaman kamera keselamatan di sebuah hotel, di sini menunjukkan remaja itu menendang pintu lif kerana berang ia bergerak terlalu perlahan.
Remaja yang tidak dikenali itu dilihat berlari dan terus melompat lalu menendang pintu lif berkenaan sehingga ia terkopak.
Dia kemudian berundur dan kembali semula ke pintu lif untuk melihat kerosakan yang dilakukannya.
Bagaimanapun, remaja itu secara tidak sengaja menekan pintu dengan tangannya menyebabkan dia terjatuh dan terus masuk ke dalam lubang lif berkenaan.
Pekerja hotel yang terkejut dengan kejadian itu terus menghubungi bomba untuk membantu mengeluarkan mangsa.
Remaja itu dilaporkan bernasib baik kerana masih hidup walaupun kedua-dua belah kakinya patah akibat terjatuh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 6:27 AM


SEDUTAN rakaman kamera keselamatan menunjukkan remaja itu terjatuh ke dalam lubang lif
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112589#sthash.cZ3Q0IFx.dpuf

110 rumah musnah dijilat api






SANDAKAN – Sebanyak 110 buah rumah musnah dalam dua kebakaran berasingan di negeri ini lewat malam kelmarin dan awal pagi semalam.
Dalam kejadian pertama ­kira-kira pukul 11 malam kelmarin, kira-kira 70 buah rumah yang terletak di perkampung­an atas air Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi di sini hangus dijilat api.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Penduduk di kampung ber­kenaan kebanyakannya terdiri daripada warga asing, namun terdapat juga warga tempatan yang mendiami kawasan ber­kenaan.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, empat jentera dengan kekuatan 23 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.04 malam.
Katanya, pasukan bomba yang diketuai Ketua Operasi, Nor Azizi Noh berjaya mengawal api daripada merebak ke sebuah kilang dan projek perumahan rakyat yang belum diduduki.
“Pasukan bomba juga terpaksa mendapatkan sumber air dari parit dan pili bomba berdekatan untuk mengawal api daripada merebak,” kata­nya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3zL2HGmH2 
Hakcipta terpelihara 

6 remaja didakwa aibkan pelajar






PETALING JAYA – Enam remaja lelaki termasuk empat juvana yang rakaman perbuatan mereka memaksa dua pelajar sekolah mene­ngah menyalak bagai anjing dan menjilat jalan tar menjadi viral di laman sosial dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan meng­aibkan kehormatan kedua-dua remaja berkenaan.
Tiga tertuduh berusia 17 tahun yang keciciran persekolahan sejak setahun lalu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Mohd. Suah.
Bagaimanapun, tiga lagi tertuduh, Lim Koo Boo Kean, 19, yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta, Tan Jze Keong, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta seorang lagi tertuduh juvana berusia 17 tahun yang juga tidak lagi bersekolah mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Difahamkan, kesemua tertuduh pernah belajar di sekolah yang sama de­ngan kedua-dua mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sea di sini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat manakala Boo Kean dan Jze Keong diwakili peguam bela, Datuk Suraj Singh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3zL1xpwGX 
Hakcipta terpelihara 

Dua beranak bebas kes bunuh diarah pakai peranti


DUA beranak dipakaikan Peranti Pengawasan Elektronik atas arahan Mahkamah Sesyen Ipoh semalam sebelum mereka dibebaskan.


IPOH – Dua beranak yang direman sejak tahun lepas bagi membantu siasatan kes bunuh di Jalan Pahang, Tapah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Murtazadi Amran membuat keputusan itu selepas tempoh reman ke atas mereka selama 59 hari sejak Di­sember lepas yang dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) berakhir semalam.
Bagaimanapun, beliau memerintahkan supaya Peranti Pengawasan Elektronik (PBE) dipasangkan pada kaki mekanik berusia 57 tahun dan anak lelakinya yang berumur 20 tahun bagi tempoh maksimum 59 hari mulai semalam sehingga 3 April.
Selepas dipasangkan dengan PBE, dua beranak yang berpakaian lokap berwarna oren kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk dibebaskan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd. Jeffery Ong memohon supaya mahkamah membebaskan dua beranak itu mengikut Seksyen 7(1)(b) POCA dan memasang PPE mengikut Seksyen 7(2) akta sama.
Harris Ong ketika ditemui pemberita berkata, dua beranak itu dibebaskan kerana siasatan tidak dapat diselesaikan sepanjang mereka direman sejak Disember lepas namun kedua-duanya masih dalam tindakan untuk didaf­tarkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3zL1hNYD0 
Hakcipta terpelihara