Search This Blog

Friday, February 5, 2016

Virus Zika: Dua kes akibat pemindahan darah di Brazil

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2016 @ 11:36 AM




DUA kes virus Zika yang berpunca menerusi pemindahan darah dilapor di Brazil pada Khamis. - Foto Reuters

BRASILIA: Dua kes virus Zika yang berpunca menerusi pemindahan darah dilapor di Brazil pada Khamis sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap wabak itu yang dikaitkan dengan kecacatan pada bayi baharu lahir dan merebak menerusi gigitan nyamuk. Pendedahan kes menerusi pemindahan darah itu dikesan di bandar perindustrian, Campinas dekat Sao Paulo dua hari selepas pihak berkuasa Texas berkata, seorang dijangkiti virus itu melalui hubungan seks. Kebimbangan terhadap virus itu semakin memuncak pada ketika Brazil membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada Ogos lebih-lebih lagi dengan kehadiran berpuluh ribu atlet dan pelancong. Setakat ini, tiada vaksin atau rawatan untuk menyembuhkan Zika, yang mengakibatkan penularan virus berkenaan di sekurang-kurangnya 26 negara di benua Amerika. Penyelidik Brazil berharap untuk membangunkan rawatan akan diuji terhadap manusia pada tahun ini. Sementara itu, Pengarah Pusat Darah Universiti Campinas, Dr. Marcelo Addas Carvalho berkata, ujian genetik mengesahkan seorang lelaki menerima darah daripada seorang pesakit yang dijangkiti pada Mac 2015 disah dijangkiti walaupun dia tidak menunjukkan sebarang simptom. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121403

Virus Zika: Nicaragua, Honduras catat kes pertama

JUMAAT, 5 FEBRUARI 2016 @ 9:29 AM





MANAGUA/TEGUCIGALPA: Nicaragua dan Honduras mencatat kes pertama virus Zika membabitkan wanita mengandung, kata kerajaan negara di Amerika Tengah itu pada Khamis. Di Nicaragua, jurucakap kerajaan, Rosario Murillo berkata, tiga wanita yang mengandung antara tiga hingga empat bulan dikesan dijangkiti virus berkenaan dan negara terbabit sudah memulakan program penyemburan nyamuk. Nicaragua mencatat 29 kes Zika setakat ini. Sehubungan itu di Honduras, Menteri Kesihatan, Yolani Batres berkata, pihak berkuasa mengesan enam kes Zika dalam kalangan wanita mengandung, kes pertama seumpamanya. Honduras pula mencatat lebih 3,200 kes Zika secara keseluruhan. Sementara itu, El Salvador dengan lebih 7,000 kes dan bulan lalu meminta wanita supaya tidak mengandung sehingga 2018. - Reuters


PEKERJA kesihatan membuat semburan asap di Tegucigalpa, Honduras. - Foto Reuters  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121358

Lelaki maut kereta terbabas rempuh pokok


Mangsa maut di tempat kejadian.
PERMATANG PAUH - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok dan tiang lampu di Jalan Permatang Nibong, lewat petang kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Tan Boon Hup, 51, dipercayai memandu kereta jenis Honda City dari arah Permatang Pauh menghala ke Penanti.
“Ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri. Dia dikatakan gagal mengawal kereta yang dipandu lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Akibatnya, kereta mangsa telah merempuh pokok dan tiang lampu di bahu jalan,” kata sumber berkenaan.
Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'Anak nampak teruja menjelang perkahwinan'


Hasniza kelihatan sebak sambil ditemani suaminya, Nordin Mat (kanan) di HTAR semalam. Gambar kecil Mohd Izhharuddin, 23.

KLANG - “Saya reda kehilangannya,” demikian luah Hasniza Ahmad, 48, ibu kepada pemuda yang maut dipercayai dibelasah dalam kejadian di tepi jalan Kampung Sungai Udang di sini, hanya kerana terlupa mengambil seorang kanak-kanak pulang dari sekolah agama.
Menurutnya, dia sekeluarga tabah dengan dugaan tersebut apatah lagi anaknya itu bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung Februari ini.
Menceritakan tentang perkahwinan anak itu, Hasniza berkata, semua kelengkapan termasuk pakaian dan barang hantaran telah lengkap.
“Anak saya (mangsa) kelihatan teruja menjelang perkahwinan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Izhharuddin Nordin, 23, dikatakan terlupa untuk mengambil anak saudara suspek terbabit pulang dari sekolah agama.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuk pemandu van sekolah: Pengganggur direman]
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak memberitahu, dalam kejadian kelmarin itu, suspek berusia 29 tahun mengarahkan mangsa memberhentikan van tersebut di tepi jalan selepas bertindak mengekorinya.
“Suspek telah bertengkar dengan mangsa sebelum suspek yang berang dan dikatakan telah menumbuk mangsa hingga tidak sedarkan diri.
“Insiden tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam van berkenaan sebelum dikejarkan ke HTAR.
Azman memaklumkan, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis berjaya menahan suspek di rumahnya kira-kira sejam selepas kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Mohd Izhharuddin dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan serentak dengan abang sulungnya, Muhammad Izudin Nordin, 24, pada 28 Februari.
Mangsa yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Kampung Sungai Sireh, Klang, selepas Asar semalam
.

Penumpang bas terkejut, gadis tiba-tiba tanggal baju


​Seorang​ penumpang wanita menghampiri gadis itu sebelum membetulkan kembali baju bahagian atas gadis tersebut

SHANGHAI - CHINA. Sebuah portal baru-baru ini melaporkan tindakan seorang gadis yang secara tiba-tiba menanggalkan bahagian atas bajunya ketika berada dalam sebuah bas awam.
Memetik laporan Shanghaiist.com, tindakan gadis yang tidak dinamakan itu dirakam dan disebarkan secara meluas menerusi aplikasi sosial terkenal, Weibo.
Difahamkan, perbuatannya itu mendapat kecaman dan kritikan rata-rata pengguna aplikasi tersebut.
Menerusi rakaman video tersebut, gadis tersebut yang pada mulanya kelihatan duduk tenang di atas kerusi penumpang tiba-tiba membuka bahagian atas bajunya sehingga menampakkan bahagian dada.
Seorang penumpang lelaki yang jelas terkejut dengan perbuatannya segera memaklumkan pemandu bas untuk menghubungi polis.
Manakala seorang lagi penumpang wanita menghampiri gadis itu sebelum membetulkan kembali baju bahagian atas gadis tersebut.
Menurut laporan portal itu lagi, dua tahun lalu, China turut gempar dengan tindakan seorang wanita yang tiba-tiba menanggalkan pakaian dan berbogel di Xintiandi
.

Ganti Rugi RM900,000 Untuk Pemandu Teksi Diberi Darah Dicemari HIV


Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 11:07 AM
- Gambar hiasan

IPOH: Pusat Perubatan Kinta (KMC) diperintah membayar ganti rugi hampir RM900,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini kepada seorang pemandu teksi yang disahkan HIV positif selepas menerima darah yang dibekalkan hospital itu 11 tahun lalu, Khamis.

Hakim Samsudin Hassan memerintahkan KMC untuk membayar RM750,000 sebagai ganti rugi am dan RM96,000 bagi kehilangan keupayaan dan kos RM50,000.

Hakim Samsudin berkata KMC melanggar kewajipan penjagaannya apabila ia gagal untuk menyaring darah daripada penderma, yang akhirnya diberikan kepada plaintif yang berusia 27 tahun di sebuah lagi hospital swasta, Hospital Fatimah, di mana dia telah mendapatkan rawatan akibat kemalangan jalan raya.

"Satu unit khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menyiasat dan mendapati bahawa satu daripada tiga pek darah yang diberikan kepada plaintif, dari KMC adalah HIV positif.

Hakim Samsudin berkata KMC gagal mengikuti protokol dalam pengambilan darah apabila ia tidak menjalankan peringkat pertama saringan yang menggunakan ELISA atau ujian imunoserapan enzim seperti yang dikehendaki oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Sebaliknya, defendan hanya mejalankan ujian kedua, Serodia Treponema pallidum zarah agglutination, yang tidak berkesan dalam ujian untuk HIV pada tahun 2005."

Hakim Samsudin berkata KMC gagal menggunakan sebuah buku untuk merekodkan butiran penderma darah serta gagal bertanyakan kepada penderma soalan-soalan yang perlu, seperti yang dikehendaki oleh Pusat Darah Negara untuk memastikan kesesuaian mereka.

Bercakap kepada media di luar mahkamah, ibu plaintif berkata anaknya mengalami penderitaan fizikal, emosi dan mental.

"Sejak itu kami berpindah ke negeri lain dengan harapan untuk memulakan hidup baru. Walaupun begitu, anak saya tidak bersosial kerana sangat takut orang sekelilingnya tahu tentang penyakitnya."

Plaintif diwakili oleh V. Vijaya Segaran dan Intan Surayya Abdul Halim manakala KMC diwakili Datuk Naran Singh, Pardeep Singh dan Ashvinder Kaur.

Abang Ngah tiada ganti

Kuala Lumpur: Rata-rata pengguna Facebook (FB) mengecam tindakan seorang lelaki menumbuk pemandu van sekolah sehingga menyebabkan mangsa mati dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, Klang, malam tadi.
Mohammad Izhharuddin Nordin, 24, dipercayai dibelasah bapa saudara seorang murid selepas dia dikatakan tertinggal kanak-kanak itu ketika mengambil murid yang pulang dari sekolah agama.
Seorang pengguna FB menggunakan nama Anis Wardina berkata, dia memanggil Allahyarham yang selalu menghantarnya ke sekolah dengan panggilan Abang Ngah.
Dia menganggap tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Allahyarham yang alim dan rajin berpuasa sunat.
"Abang Ngah selalu ambil saya dan budak sekolah lain pada waktu pagi. Saya rasa tiada siapa boleh menggantikan tempat Abang Ngah yang kuat iman, rajin puasa enam walaupun Abang Ngah sedang menghantar kami semua pulang ke rumah.
"Abang Ngah ni kami semua anggap macam abang kandung sebab Abang Ngah sangat peramah dengan budak-budak yang dia bawa tu," katanya dalam ruangan komen di FB Harian Metro.
Seorang ibu yang anaknya turut menggunakan perkhidmatan van Allahyarham menyifatkan mangsa sebagai orang yang tidak pandai meninggikan suara.
"Arwah orangnya baik, tidak tahu tinggikan suara. Anak akak, arwah ambil pergi dan balik sekolah setiap hari.
"Lepas ini tiada dah orang yang sentiasa tersenyum," katanya yang menggunakan nama Kak Dee di FB.
Pengguna lain yang menggunakan nama Shahryne Shah berharap agar pelaku yang menyebabkan kematian jirannya itu dikenakan hukuman setimpal.
"Moga kau tenang di sana jiranku dan ditempatkan dia dalam kalangan orang beriman.
"Kita kenal sejak sekolah rendah lagi, naik bas sekolah sama-sama dan waktu itu ayahnya, yang dikenali sebagai Pak Ngah yang bawa bas itu.
"Aku harap pembunuh dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan dia," katanya.
Individu menggunakan nama Munzir Abdullah di FB yang dipercayai bakal adik ipar mangsa, kecewa kerana majlis yang dirancang tidak akan terlaksana.
"Al-Fatihah untuk kau bakal abang ipar. Aku tahu kau baik. Tiadalah majlis pernikahan kau dan kakak aku nanti.
"Tak sempat aku nak bergambar dengan kau. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 9:38 PM


Komen pembaca melalui Facebook Harian Metro.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112491#sthash.aQOx5yMR.dpuf

Siasat ikut seksyen membawa hukuman mati

Klang: Suspek berusia 29 tahun yang menumbuk pemandu van di Jalan Sungai Udang, Klang, yang membawa kepada kematian mangsa petang semalam, direman tujuh hari mulai hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penduduk tempatan, disiasat mengenai motif tindakannya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, suspek meminta mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Izhharuddin Nordin memberhentikan van kerana tidak berpuas hati mangsa tidak mengambil anak saudaranya di sekolah agama.
Azman berkata, berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek yang berada di luar van kemudian menumbuk mangsa beberapa kali sebelum beredar dengan motosikalnya.
Katanya, ibu mangsa pergi ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan kakak suspek yang menelefonnya memberitahu mengenai kejadian berkenaan.
"Setiba di lokasi, ahli keluarga mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan dipercayai sudah meninggal dunia.
"Suspek berjaya diberkas polis kira-kira sejam selepas menerima maklumat mengenai kes berkenaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 9:51 PM


Anggota polis membawa Van Sekolah dipandu Muhammad Izhharuddin Nordin (gambar kecil) untuk siasatan lanjut yang mati selepas dipukul seorang lelaki di Jalan Sungai Udang, Klang, petang semalam. - Foto FAIZ ANUAR
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112493#sthash.a04BTN52.dpuf

Cekik anak tiri sampai mati

Petaling Jaya: Seorang lelaki tergamak mencekik anak tiri perempuannya berusia 22 tahun hingga mati dalam kejadian di Taman Putra Damai, Kelana Jaya, 26 Januari lalu.
Dalam kejadian 9.30 malam, suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada mulanya membawa anak tirinya ke Hospital Sungai Buloh kerana mendakwa wanita itu tidak sedarkan diri selepas jatuh di dalam tandas dan diserang penyakit sawan.
Setibanya di hospital doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian leher wanita itu.
"Doktor mengesahkan mangsa mati akibat dicekik yang berkait dengan salah laku jenayah.
"Hasil pemeriksaan Unit Forensik di sebuah rumah yang dihuni oleh mangsa bersama ibu bapanya itu menjumpai sebatang besi yang disyaki digunakan untuk mendera wanita itu.
"Susulan itu, polis menahan ibu bapa mangsa dan hasil soal siasat, bapa tiri mangsa mengaku mencekik wanita itu di dalam kereta," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam esok.
k
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 10:44 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112507#sthash.1XhxiRsM.dpuf

Didera kerana 
lambat mengeja


Jiran dengar suara tangisan kanak-kanak

WANITA yang direman tiga hari untuk siasatan dipercayai kes dera
WANITA yang direman tiga hari untuk siasatan dipercayai kes dera anak sendiri di Mahkamah Majistret, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. Utusan/AZMAN ASMAYATIM
BUKIT MERTAJAM 3 Feb. - Sikap prihatin seorang jiran berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang menjadi mangsa dera ibu kandungnya di perumahan setinggan di Kampung Manis dekat Perai, di sini semalam.
Jirannya yang curiga mendengar suara tangisan kanak-kanak dari rumah milik kenalan ibu mangsa yang didiami mereka sejak dua bulan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Perai di sini.
Difahamkan mangsa dan ibunya yang juga penagih dadah mendiami rumah kayu yang hanya mempu­nyai sebuah bilik tidur, dapur bersaiz kecil dan satu bilik air itu sejak dua bulan lalu selepas bapanya di hukum penjara akibat kesalahan dadah.
Ketua Polis Daerah Seberang Pe­rai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, polis yang membuat pemeriksaan di rumah itu menemukan seorang kanak-kanak yang mengalamai kecederaan di seluruh badan.
Menurutnya, hasil siasatan ke atas ibu mangsa yang berusia 41 tahun, dia mendakwa memukul mangsa disebabkan anaknya itu enggan membaca buku dan lambat mengeja.
“Melalui maklumat jiran, wanita itu didakwa akan bertindak luar kawalan setiap kali dia berada di bawah pengaruh dadah.
“Ketika ditemui, kanak-kanak berada dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami beberapa kecederaan pada bahagian belakang badan, lebam pada kelopak mata kiri, dua batang gigi tengah retak dan longgar serta terdapat kesan calar pada ibu jari kanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, kanak-kanak malang itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil ma­nakala ibunya ditahan untuk siasatan lanjut.
Jelas Rusli, suspek yang tidak bekerja itu kini direman selama tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Perintah tahanan reman ke atas wanita itu dikeluarkan Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/didera-kerana-8232-lambat-mengeja-1.186695#sthash.mFaOhWNm.dpuf

SFC rampas 52 kayu balak


Suspek melarikan diri bersama peralatan, jentera

TIGA pegawai SFC memeriksa kayu balak haram pelbagai jenis serta
TIGA pegawai SFC memeriksa kayu balak haram pelbagai jenis serta saiz yang ditemukan dalam serbuan di Sungai Pasi, Meradong di Sarikei, Sarawak, kelmarin.
MARADONG 4 Feb. - Sebanyak 52 kayu balak haram dirampas dalam satu serbuan di satu kawasan hutan yang cuba dibersihkan di Sungai Pasi, Jalan Skim B semalam.
Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataan hari ini berkata, hasil maklumat diterima, pihak penguat kuasa SFC Sibu me­lakukan serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Bagaimanapun, suspek-suspek telah melarikan diri dengan membawa peralatan dan jentera dalam operasi haram itu.
“Kita percaya lori dan jentera berat digunakan dengan kesan laluan yang jelas untuk keluar dari kawasan berkenaan,” katanya.
Jelas kenyataan itu, pihaknya akan meningkatkan lagi penguatkuasaan dengan lebih berkesan dan senyap agar pembalak haram dapat ditangkap di tempat kejadian.
“Hasil pemeriksaan 52 kayu ba­lak pelbagai jenis dan saiz ditemukan kira-kira 13 meter padu.
“Kayu balak ini dimiliki secara haram kerana tiada sebarang cop jabatan hutan malah kawasan itu jauh dari kawasan yang dilesenkan bagi pembalakan,” ujarnya.
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bintangor dan kes akan diserahkan kepada jabatan hutan untuk siasatan lanjut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sfc-rampas-52-kayu-balak-1.186876#sthash.y31PBKb9.dpuf

Video Papagomo pukul warga asing jadi viral


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Penulis blog terkenal, Papagomo kembali men­­dapat perhatian sele­pas memuat naik sebuah vi­deo yang menunjukkan dia menye­rang seorang pekerja asing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap empat wanita termasuk dua adiknya.
Video berdurasi 3.55 minit itu dimuat naik di laman Facebook miliknya iaitu Sir Azri semalam dan sehingga kini telah meraih sebanyak 1,308,947 tontonan (views).
Melalui video berkenaan, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Mohd. Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk serta menendang seorang pekerja warga Pakistan di hadapan sebuah premis kosong di sebuah bangunan.
Terdahulu, Papagomo me­manggil semua pekerja agar keluar dari premis berkenaan untuk dikenal pasti adik pe­rempuannya dan turut mengugut pekerja berkenaan se­­belum meminta lelaki tersebut memohon maaf kepada adik perempuannya.
Selain itu, dia memberitahu penyelia kepada pekerja asing itu agar lelaki itu tidak dilihat di kawasan terbabit dan mengancam untuk memukul pekerja itu jika enggan berbuat demikian.
Sementara itu, Papagomo telah menjelaskan tindakannya menyerang pekerja terbabit dalam kejadian pada 29 Januari lalu melalui laman Facebook miliknya.
Dakwanya, pekerja itu turut melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua rakan.
“Bukan tidak percaya pada pihak polis tetapi masa yang panjang dan dengan keadaan hari ini yang mana agak susah untuk mengheret pekerja warga asing ini ke balai polis dan silap-silap kes tidak dibawa ke muka pengadilan. Malah lebih teruk lagi pekerja warga asing lari balik ke negara mereka dan kes jadi NFA (tiada tindakan lanjut).
“Jadi aku selaku abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual,” dakwanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon memberitahu, pihaknya akan menyiasat jika terdapat unsur jenayah dalam video viral berkenaan.
“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenai kejadian itu,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-i-papagomo-i-pukul-warga-asing-jadi-viral-1.186924#sthash.pZGDPPv4.dpuf

RM40,000 hingga RM60,000 satu pingat


Pingat Palsu
sebahagian daripada penerima pingat palsu dalam satu majlis yang diadakan di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 3 Feb. – RM40,000 hingga RM60,000! Itulah harga yang didakwa ditetapkan oleh seorang individu yang mengurniakan bintang dan darjah kebesaran palsu dengan menggunakan nama istana di Perak.
Difahamkan majlis pengur­niaan pingat berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di Ipoh pada pertengahan bulan lalu melibatkan peng­anugerahan kepada beberapa individu.
Kesemua anugerah itu membawa gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’. Ini merupakan kes kedua melibatkan penganugerahan pingat dan darjah palsu melibatkan negeri tersebut.
Pada 17 Januari lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan, kemunculan seorang lelaki yang ditabalkan sebagai ‘Maharaja Kinta’. Majlis mentabalkan individu berkenaan berlangsung di Selangor dengan diuar-uarkan sebagai ‘Majlis Pemasyuran Maharaja Kinta Mahkota Alam’.
Selain upacara mirip pertabalan raja-raja dilakukan seperti adat bersiram, turut diadakan penganuge­rahan darjah dan pingat khususnya yang membawa gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’.
Dalam sidang akhbar di IPOH, hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan wujudnya satu pihak di ne­geri ini yang bergiat aktif dan bebas mengurniakan bintang dan darjah kebesaran palsu dengan menggunakan nama istana.
Menurut beliau, kegiatan tersebut sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu dan semakin menjadi-jadi sehingga menganjurkan istiadat pengurniaan bintang dan darjah kebesaran untuk pangkat Datuk dan Datuk Seri yang diadakan di negeri ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rm40-000-hingga-rm60-000-satu-pingat-1.186719#sthash.9M0BA68p.dpuf

Ramalan hujan, ribut di selatan Thailand


gambar bertarikh 26 Januari lalu merakamkan keadaan di sebuah
GAMBAR bertarikh 26 Januari lalu merakamkan keadaan di sebuah pantai di wilayah Narathiwat selepas satu ribut melanda. AFP
BANGKOK 4 Feb. – Sembilan wilayah di Teluk Thailand dijangka berdepan masalah hujan lebat dan laut bergelora mulai esok hingga 9 Februari ini.
Wilayah-wilayah tersebut ialah Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Songkla, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Ketua Pengarah Jabatan Pengawalan Bencana, Chatchai Promlert berkata, cuaca buruk itu turut dipengaruhi oleh tiupan angin monsun timur laut, manakala ketinggian ombak dijangka mencecah dua hingga tiga meter.
“Justeru, bot-bot kecil perlu menjauhi kawasan pantai, manakala penduduk di wilayah-wilayah yang terjejas pula dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada,” katanya seperti laporan Bangkok Post.
Tambah beliau, penduduk yang memerlukan bantuan pula boleh menghubungi talian 1784 yang dibuka 24 jam jika berlaku sebarang kecemasan.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan berlakunya air pasang bertekanan tinggi dari China hingga ke bahagian utara Thailand pada tarikh berkenaan.
Justeru, suhu di beberapa wilayah di utara Thailand dijangka menurun kepada 3 hingga 5 darjah Celcius.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ramalan-hujan-ribut-di-selatan-thailand-1.186969#sthash.LVB48pUD.dpuf

Rizalman 
ditahan di rumah


Susulan dakwaan cuba rogol wanita tempatan
05 Februari 2016 1:04 AM



WELLINGTON 4 Feb. - Bekas pembantu staf di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi tuduhan cuba merogol, hari ini dikenakan tahanan di rumah selama sembilan bulan.
Defendan berumur 38 tahun itu dituduh menghendap dan cuba merogol wanita tempatan, Tania Billingsley pada Mei 2014 di rumahnya di sini, berdekatan lokasi Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Muhammad Rizalman yang ketika itu merupakan seorang atase tentera mengaku melakukan kesalahan tersebut selepas menafikan pertuduhan awal iaitu cubaan merogol dan memecah masuk ke rumah mangsa.
Dalam kejadian itu, Muhammad Rizalman dikatakan mengekori Billingsley ke rumahnya sebelum memasuki bilik mangsa dalam keadaan separuh bogel.
Hakim David Collins ketika menjatuhkan hukuman tersebut berkata, tindakan defendan itu membuat mangsa berasa terancam walaupun ketika berada di rumah sendiri.
Jelas Collins, walaupun mangsa tidak disentuh dan diserang secara seksual, perbuatan defendan disifatkan sebagai telah ‘dirancang’ dengan baik.
“Kamu (Muhammad Rizalman) telah salah anggap dengan senyuman mangsa dan menganggapnya sebagai satu tarikan seksual.
“Maka, sebab itulah kamu mengekori mangsa dan sanggup menunggu di luar rumahnya untuk tempoh yang lama,” ujar beliau.
Peguam Muhammad Rizalman, Donald Stevens dalam pada itu memohon supaya hukuman tersebut diringankan atas beberapa alasan termasuk defendan dikatakan menghidap penyakit mental. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rizalman-8232-ditahan-di-rumah-1.186962#sthash.XOQkA8pX.dpuf

Semut bersarang dalam telinga budak


05 Februari 2016 1:05 AM



Semut yang membiak di dalam telinga Shreya Darji. - AGENSI 
Shreya Darji




MUMBAI 4 Feb. – Seorang kanak-kanak perempuan India terpaksa berdepan pengalaman mengerikan selepas ribuan ekor semut gergasi dikesan bersarang di dalam telinganya.
Lebih menakutkan, sekurang-kurangnya 10 ekor semut akan merangkak keluar daripada te­linga Shreya Darji, 12, pada setiap hari walaupun pelbagai usaha telah dilakukan ibu bapanya termasuk membawa kanak-kanak itu berjumpa doktor pakar.
Masalah dihadapi Shreya dari Deesa, Gujarat barat India bermula selepas kanak-kanak itu mengadu kurang selesa pada te­linganya, Ogos tahun lalu.
Doktor yang dirujuk terkejut apabila mendapati ribuan ekor semut telah bersarang di dalam teliganya.
Buat masa ini, doktor telah mengeluarkan beratus-ratus ekor semut dan di sebalik semua usaha itu, serangga berkenaan terus membiak.
Pakar di unit leher, hidung dan telinga di sebuah hospital Gujarat, Dr. Jawahar Talsania berkata, mereka melakukan semua imbasan terhadap Shreya dan mendapati kanak-kanak itu normal.
“Dia tidak mengalami sebarang kesakitan, malah tiada kerosakan dikesan pada gegendang telinganya,’’ kata Jawahar.
Sementara itu, bapa Shreya, Sanjay Darji, 40, berkata, walaupun ketika berada di sekolah, semut-semut itu akan keluar daripada telinga anaknya.
Malah katanya, keadaan dialami anaknya menjadi semakin teruk.
“Saya telah melakukan apa yang saya mampu termasuk membawanya berjumpa doktor pakar terbaik, namun semua usaha itu gagal setakat ini,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/semut-bersarang-dalam-telinga-budak-1.186965#sthash.nnyy05Tx.dpuf

Zika: Florida isytihar darurat 
kesihatan di empat daerah


anggota tentera Brazil mendengar taklimat tentang operasi menghapuskan
ANGGOTA tentera Brazil mendengar taklimat tentang operasi menghapuskan nyamuk aedes dalam usaha menyekat penularan virus Zika di Sao Paulo, Brazil, kelmarin. AFP
NEW YORK 4 Feb. – Florida semalam mengisytiharkan darurat kesihatan awam di empat buah daerah selepas sebanyak sembilan kes virus Zika yang melibatkan perjalanan ke luar negara disahkan di negeri Amerika Syarikat (AS) itu.
Perkara tersebut diputuskan ketika kerajaan AS melanjutkan nasihat perjalanan ke Jamaica dan Tonga.
Gabenor Florida, Rick Scott mengeluarkan perintah itu bagi menghentikan penyebaran sakit bawaan nyamuk tersebut yang setakat ini dikaitkan dengan gangguan saraf dan masalah kecacatan pada kelahiran yang mengakibatkan kepala bayi menjadi kecil.
“Walaupun sebanyak sembilan kes melibatkan perjalanan ke luar negara berlaku, kami perlu memastikan Florida bersedia menangani penularan virus Zika di negeri ini,’’ katanya.
Buat masa ini, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS (CDC) menambah Jamaica dan Tonga dalam senarai negara-negara yang berdepan masalah Zika.
Dalam pada itu, menteri-menteri kesihatan dari 14 negara Amerika Selatan mengadakan satu mesyuarat tergempar semalam.
Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada cara untuk mengawal populasi nyamuk yang menyebarkan virus Zika di sebalik laporan seorang mangsa di AS mendapat virus berkenaan menerusi hubungan seks.
Presiden Brazil, Dilma Rouseff berkata, kerajaannya menggunakan segala sumber yang ada bagi menangani krisis itu dan berikrar untuk melakukan sebaik mungkin bagi keluarga yang berdepan masalah bayi berkepala kecil.
“Virus yang hanya baru-baru ini tiba di Brazil dan Amerika Latin merupakan ancaman kepada semua rakyat Brazil,’’ kata Rousseff.
Brazil merekodkan sebanyak 404 kes bayi berkepala kecil sejak 2014, manakala 3,670 masih lagi diperiksa.
Dalam perkembangan berasingan, penularan virus Zika di Kepulauan Caribbean dan Amerika Latin memaksa sesetengah pelancong di Amerika mengubah destinasi percutian mereka ke dalam negeri dan Hawaii.
Penduduk New York, Mark LoCastro dan isterinya yang sebelum ini bercadang memilih St Lucia sebagai lokasi bercuti terpaksa mengubah haluan itu ke Charleston di Carolina Selatan.
Tambahnya, dia turut melihat rakannya menukar destinasi baharu percutian mereka di media sosial dengan meletakkan hashtag ­#zikafreezone. – DPA/AFP/AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/zika-florida-isytihar-darurat-8232-kesihatan-di-empat-daerah-1.186967#sthash.f9G2xCzl.dpuf