Search This Blog

Thursday, February 4, 2016

Pasangan 'melekat' ketika seks [METROTV]

London: Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet.
Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut.
Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak.
Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian.
Melalui video itu, wanita berkenaan kelihatan bergerak-gerak di bawah selimut sambil mereka diperhatikan orang ramai.
Pasangan itu dipercayai dibawa ke hospital untuk memisahkan mereka dan kematian ketika hubungan seks boleh berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk terlalu aktif atau serangan jantung.
Daily Mail melaporkan, pakar perubatan di London, Dr John Dean, dalam temuramah dengan BBC sebelum ini, menyatakan kejadian zakar terlekat dalam kemaluan wanita boleh berlaku, terutama ketika wanita mengalami orgasm. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 7:39 PM


Anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki keluar dari sebuah bangunan dengan seorang wanita berada di atasnya di bawah selimut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112471#foto

Bekas suami ugut sembelih


Salmah (tiga, kanan) bersama anaknya yang masih kecil dan bersekolah, terpaksa bersembunyi di sebuah rumah perlindungan.

JOHOR BAHRU - Ibu 13 anak yang baru memeluk Islam dari Masai, dekat sini, hidup dalam ketakutan selepas sering menerima ugutan bunuh daripada bekas suaminya, yang didakwa bersikap panas baran dan selalu mabuk.
Salmah Abdullah, 39 berkata, dia terpaksa berpindah dari rumahnya dan berlindung di sekitar kawasan perumahan di daerah ini demi keselamatannya dan anak, supaya tidak terus diganggu oleh bekas suami.
Katanya, lebih membimbangkan apabila bekas suaminya sering berkelakuan pelik dan pernah membuat isyarat lucah kepada anak perempuan mereka, menyebabkan dia nekad menyembunyikan diri bersama anak-anak.
“Saya nekad pindah dan telah buat laporan polis kerana bimbang keselamatan anak-anak. Status perkahwinan kami juga diputuskan tidak sah pada akhir tahun lalu kerana masalah agama.
“Sejak berpindah keluar, bekas suami sering ugut nak sembelih leher saya dan anak. Sebelum ini dia juga sering mengamuk dan bertindak ganas kerana mabuk dan ambil  dadah, selain gagal menyara kami dengan baik,” katanya.
Salmah berkata, dia kini perlu menyara sembilan anaknya berusia 16 hingga 3 tahun, manakala empat lagi anaknya berusia 20, 18 dan 16 tahun berada dalam jagaan keluarga terdekat dan seorang lagi berusia 18 tahun berada di bawah perlindungan pihak berwajib.
Menurutnya, dia telah memohon bantuan rumah sewa Projek Perumahan Rakyat di Taman Cendana akhir tahun lalu dan berharap ia diluluskan agar dia dapat segera berpindah, sekali gus dapat menguruskan persekolahan anaknya.
“Anak-anak masih belum memulakan sesi persekolahan sejak kami bersembunyi di sini akhir tahun lalu. Saya bimbang pelajaran mereka terganggu. Salah seorang anak akan menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga tahun ini.
“Saya berharap dapat segera berpindah dan mulakan hidup baharu. Saya juga boleh bekerja semula bagi menampung keperluan keluarga,” katanya yang turut berdepan masalah kesihatan.
Sementara itu, sukarelawan, Qurratu’ Aini Nadzri berkata, dia membantu menempatkan keluarga terbabit di rumah kosong milik kenalannya, selain turut mendapatkan bantuan kewangan sebagai sokongan untuk mereka meneruskan rutin harian.
“Ada pihak sudi membantu menampung kos sewa rumah keluarga terbabit tetapi kami berdepan masalah tiada penempatan sesuai untuk mereka.
“Sekiranya ada pihak sudi hulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh hubungi Salmah menerusi talian 011-33277213 atau saya sendiri di talian 019-6578953,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi berkata, pihaknya akan menyiasat serta meneliti masalah keluarga terbabit bagi tujuan  pemberian bantuan yang  bersesuaian
.

17 ekor kambing rentung, kandang terbakar



TAIPING - Sebanyak 17 ekor kambing milik seorang pesara tentera rentung apabila kandang ternakan itu terbakar di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat sini malam tadi.
Osman Ismail, 55, berkata, beliau menyedari kejadian itu kira-kira 11.20 malam setelah diberitahu oleh beberapa orang rakannya.
"Saya menternak kambing untuk dijual dan tidak sangka pula ia terbakar. Mungkin angin bertiup kencang menyebabkan unggun api di bawah kandang menyambar lantai papan dan menyebabkan ia terbakar," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata beliau kerugian lebih RM18,000.     Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufik Abd Sattar berkata tiga ekor kambing turut tercedera.
Pihak bomba percaya kebakaran bukan disebabkan perbuatan khianat, katanya. - Bernam
a

'Dikuburkan' teman lelaki selama lapan bulan



DODOMA - TANZANIA. Tragis dan memilukan, itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap nasib seorang gadis Tanzania apabila dia 'dikubur' hidup-hidup oleh teman lelakinya selama 8 bulan di ruang bawah tanah yang sempit.
Apa yang mengejutkan tujuan teman lelakinya mengkuburkan gadis itu adalah bagi memperoleh kekayaan kerana percaya bahawa tindakannya itu akan membawa hasil kekayaan kepadanya.
Kejadian itu disedari oleh masyarakat setempat disitu selepas terdengar 'bunyi aneh' daripada kawasan gadis itu dikuburkan lantas melaporkan kejadian itu kepada polis.
"Saya hanya diberi makan dua kali seminggu, untuk terus hidup selama saya 'dikuburkan' sepanjang lapan bulan," kata gadis yang tidak didedahkan nama itu kepada Naibuzz.Com.
Hasil laporan polis, telah menyebabkan teman lelakinya ditangkap, yang akhirnya membolehkan gadis ini dibebaskan daripada penderitaan itu.
Dikhabarkan gadis itu kini berada dalam keadaan selamat
.

Pemilik Kedai Runcit Tetak Pergelangan Tangan Perompak


Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 10:40 PM

KULIM: Seorang pemilik kedai runcit bertindak menetak pergelangan tangan kiri seorang perompak yang mengugut ibunya dengan parang di Kilang Lama di sini.
Dua lelaki yang memakai topi keledar tiba menggunakan motosikal dan meluru masuk ke dalam kedai tersebut kira-kira pukul 7.45 malam Rabu.
Salah seorang daripada mereka mengacukan parang sepanjang satu meter kepada wanita berusia 59 tahun itu.
Pemilik kedai runcit itu berkata dia sedang makan di belakang kedai manakala ibunya berada di kaunter jualan.
"Salah seorang daripada mereka menekan pisau kecil di pinggang saya manakala seorang lagi mengacukan parang ke arah ibu saya," kata lelaki berusia 34 tahun itu.
Pemilik kedai runcit itu berkata dia tidak pasti apa yang berlaku dalam tempoh beberapa saat kemudian.
Namun dia berjaya merebut pisau kecil dan menyerang perompak tersebut.
Beberapa ketika, kedua-dua lelaki itu bergegas meninggalkan kedai tersebut.
"Saya tidak tahu mengapa tiba-tiba mereka melarikan diri sehingga seorang pejalan kaki memberitahu saya ternampak pergelangan tangan terputus tertinggal di kaki lima luar kedai.
"Saya tidak tahu bahawa saya telah menetak telapak tangan salah seorang daripada mereka," kata lelaki itu.
Namun, kejadian itu belum berakhir.
Dua jam selepas insiden itu, dua suspek pergi ke Hospital Sungai Petani yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sini.
Kedua-dua suspek mereka cerita dirompak mangsa tetapi polis di hospital meragui kenyataan tersebut.
Lelaki yang terputus pergelangan tangannya ditahan polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata pemilik kedai runcit itu membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam, waktu yang sama perompak tersebut pergi ke hospital.
"Sudah tentu kami tidak percaya bulat-bulat apa yang mereka katakan. Cerita mereka amat meragukan," katanya.

Bom Mungkin Punca Pesawat Somalia 'Berlubang' - Sumber Kerajaan AS


Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 12:17 PM

WASHINGTON: Pasukan penyiasat percaya bom kemungkinan punca insiden letupan di sebuah pesawat mengakibatkan ia terpaksa berpatah balik ke Mogadishu, ibu negara Somalia untuk pendaratan cemas pada Selasa lalu, kata sumber kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Pegawai berkata, seorang lelaki maut dalam insiden membabitkan pesawat Daallo Airlines.
Pihak berkuasa tempatan di utara Mogadishu berkata, mayat lelaki dipercayai disedut keluar menerusi 'lubang' pesawat akibat letupan itu.
Sumber AS yang enggan dikenali memberitahu Reuters bahawa bukti forensik adalah kurang dan tiada kumpulan yang tampil mendakwa bertanggungjawab mengakibatkan letupan itu.
Kumpulan militan di Somalia, Al-Shabaab, tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Daallo Airlines menerusi laman webnya tanpa merujuk kepada letupan itu berkata, insiden tersebut mengakibatkan satu lubang pada badan pesawat 15 minit selepas berlepas.
"Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat itu kembali ke Lapangan Terbang Mogadishu dengan selamat tanpa mengakibatkan insiden lain. Kesemua penumpang, kecuali seorang penumpang, dipindahkan dengan selamat," katanya, sambil menambah siasatan dilakukan terhadap "punca kehilangan seorang penumpang".
Ia menambah, dua penumpang yang mengalami cedera ringan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 
Pihak berkuasa tempatan berkata, mayat seorang penumpang ditemui di kawasan Balcad, kira-kira 30 kilometer utara Mogadishu. - Reuters

Untung curi tanah RM500,000 sebulan

Sungai Buloh: Satu sindiket ‘korek tanah’ dikesan mengaut keuntungan kira-kira RM500,000 sebulan hasil kegiatan menceroboh dan mencuri tanah topsoil (tanah bunga) di Jalan Amansari, Bukit Rahman Putra, di sini.
Kegiatan sejak 2 tahun lalu itu dilakukan cukup licik apabila sindiket sengaja menimbun sampah domestik di kawasan yang dikorek seluas lebih 1.2 hektar.
Malah sindiket itu dikesan turut mengupah samseng bagi ‘menjaga’ kawasan berkenaan supaya aktiviti mengorek dan membawa tanah keluar menggunakan lori berjalan lancar.
Pemilik bersama tanah berkenaan Wan Faisal Wan Hasan, 38, berkata, pihaknya mengalami kerugian RM5 juta apabila tanah dan pokok getah di atas tanah miliknya dicuri dan dijual sindiket itu.
“Kami membeli tanah ini sejak tiga tahun lalu untuk dibangunkan sebagai taman perumahan. Namun ia terbiar sementara berikutan kami menunggu masa untuk membangunkannya.
“Memandangkan lokasinya yang agak tersorok, saya serta pemilik lain tidak menyedari tanah itu diceroboh,” katanya.
Bagaimanapun mereka terkejut apabila mendapati terdapat pondok pengawal keselamatan yang dibina secara haram November lalu.
“Saya tambah terkejut apabila 80 peratus tanah ini sudah gondol dan pokok getah juga ditebang.
“Seorang lelaki yang berada di lokasi itu bagaimanapun menafikan mereka mencuri tanah dan saya juga kekurangan bukti untuk mendakwa mereka. Berikutan itu kamimenghantar pihak membuat risikan selama dua bulan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Susulan itu pihaknya mengatur operasi sebelum menahan 10 pemandu lori dan seorang pemandu jengkaut yang berada di tanah itu jam 11 pagi semalam.
“Semua mereka termasuk ada antaranya warga asing kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Wan Faisal berkata, terdapat 70 lori keluar masuk di kawasan itu untuk mencuri tanah dan setiap satu muatan penuh dijual pada harga antara RM100 hingga RM500.
“Tanah berkenaan dijual ke kedai pokok bunga di sekitar daerah ini dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Tanah jenis topsoil ini adalah tanah yang paling subur dan mendapat permintaan tinggi daripada pemilik kedai pokok bunga.
“Hasil daripada soalsiasat terhadap suspek yang ditahan, kami dapati tanah ini sudah diceroboh sejak dua tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Rozi Jidini yang dihubungi mengesahkan penahanan 11 suspek berkenaan.
“Siasatan lanjut kini sedang dijalankan pihak polis dan soal siasat dilakukan bagi mengenal pasti dalang sindiket itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 6:53 AM


SINDIKET ‘korek tanah’ menceroboh dan mencuri tanah topsoil (tanah bunga) di Jalan Amansari, Bukit Rahman Putra.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112289#sthash.h2wOoZMa.dpuf

Bunyi dengus dalam bilik air

Sik: Seorang suri rumah nyaris dipatuk seekor ular tedung selar yang tiba-tiba bertindak agresif ketika memasuki bilik air di rumahnya di Kampung Berona Kiri Dalam, Jeniang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi, wanita berkenaan, Khatijah Ibrahim, 36, dikatakan mahu mandi sebelum melihat reptilia terbabit sedang melingkar.
Khatijah berkata, ular tedung selar berkenaan bertindak agresif kerana terkejut dengan kehadirannya menyebabkan dia berlari keluar dan menjerit meminta pertolongan daripada jiran.
“Mujurlah saya ternampak awal kelibat ular tedung selar itu kerana terdengar bunyi dengus yang kuat di penjuru bilik air berkenaan.
“Ini pertama kali saya melihat ular tedung selar sebesar itu dan takut untuk memasuki bilik air kerana trauma seolah-olah ia masih ada di dalamnya. Lagipun jarak antara kami ketika itu hanya dua meter,” katanya.
Katanya, reptilia sepanjang lima meter berkenaan dipercayai memasuki rumahnya melalui lubang bilik air yang tidak tertutup untuk mencari air kerana musim panas.
“Ular tedung selar berkenaan sebelum itu dilihat penduduk menuruni bukit di belakang rumah dan tidak menyangka ia memasuki rumah saya,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sik Mohd Muhkrij Md Sabir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.30 pagi sebelum lima anggota dihantar ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.
Menurutnya, reptilia seberat 10 kilogram berkenaan ditangkap dalam tempoh 10 minit sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 7:48 AM


ANGGOTA JPAM menunjukkan ular yang ditangkap.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112352#sthash.6WJdW30t.dpuf

114 ajaran sesat

Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat mengenal pasti sebanyak 114 ajaran sesat wujud di wilayah itu sejak 2000 lagi.
Sekretariat Umum MUI Jawa Barat, Rafani Achyar berkata, ajaran sesat itu banyak dikesan di daerah Cirebon, Bogor dan Bandung.
Antara ajaran sesat yang popular dikenali sebagai Hidup di Balik Hidup, al Quran Suci, Surga Eden, Milah Ibrahim, Siliwangi Panjalu, Lia Eden dan al Qiyadah Al-Islamiyah.
“Lebih membimbangkan, ada seorang tukang gunting di Bandung yang dikenali sebagai Sayuti dan mengaku sebagai nabi,” katanya.
Menurutnya, MUI berusaha menangani ajaran sesat berkenaan, tetapi berdepan dengan beberapa masalah.
“Ada ajaran yang hanya muncul sebentar sebelum hilang tanpa dapat dikesan.
“Ada pula ajaran yang beberapa kali hilang dan muncul dengan nama baru.
“Keadaan ini menyukarkan kami untuk memantau ajaran sesat berkenaan,” jelasnya.
Tambahnya, kumpulan ajaran sesat yang paling membimbangkan ketika ini adalah Gerakan Fajar Nusantara (Gafatar) kerana mempunyai ramai pengikut.
Kerajaan baru-baru ini terpaksa memberi perlindungan kepada pengikut ajaran Gafatar selepas mereka diusir penduduk.
“Sebenarnya kami sudah mengesan ajaran ini sejak 2012 dan mendapati ia gabungan ajaran Al Qiyadah Al Islamiyah yang diketuai Ahmad Musadeq,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 7:47 AM


LOGO MUI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112101#sthash.F5Jxix8V.dpuf

Pelancong Britain maut dipijak gajah

Bangkok: Seorang pelancong Britain maut selepas dipijak seekor gajah yang ditunggangnya di pulau Koh Samui, kata polis, semalam.
Serangan Isnin lalu itu yang terbaru membabitkan gajah yang dijadikan tarikan pelancong di Thailand.
Ketua polis Koh Samui, Paiboon Omark berkata, mangsa, Gareth Crowe, 36, dan anak perempuannya duduk di atas belakang gajah itu sebelum haiwan itu tiba-tiba naik minyak
“Crowe yang memakai kaki palsu tidak dapat melarikan diri ketika haiwan itu menyerang dan memijaknya.
“Anak mangsa dan penjaga gajah itu cedera ringan, tetapi berjaya menyelamatkan diri,” katanya.
Menurutnya, gajah yang dinamakan Golf itu ditembak dengan ubat penenang sebelum berjaya dikawal.
“Kami mengesyaki cuaca panas menyebabkan gajah ini marah dan tidak mendengar arahan penjaganya,” katanya.
Jurucakap kedutaan Britain di Bangkok memberitahu, mereka sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sedia memberi bantuan kepada keluarga mangsa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 7:46 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112099#sthash.Bi2CeXBi.dpuf

Pantai di Murud ragut 13 nyawa

Mumbai: Perkelahan pelajar dan pensyarah sebuah kolej menjadi tragedi apabila sekurang-kurangnya 13 penuntut mati lemas di sebuah pantai di Murud, Maharashta, barat India.
Seramai 155 penuntut dari Pune pergi ke pantai itu dan sebahagian mereka mula berenang dalam laut kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan apabila 13 mangsa berusia antara 19 hingga 23 tahun lemas selepas dihanyutkan ombak.
Menurut Penolong Inspektor polis daerah Raigad, Arvind Patil, mangsa yang mati ialah 10 wanita dan tiga lelaki.
Penuntut terbabit dari Kolej Abeda Inamdar di Pune yang menyediakan pengajian sastera, seni dan perniagaan.
Jurucakap tentera laut, Komander Rahul Sinha, berkata sehingga 18 penuntut menghadapi masalah dalam laut dan enam daripada mereka yang berjaya diselamatkan, dibawa ke hospital.
Pegawai pentadbir kolej berkenaan, P A Inamdar, berkata antara lapan hingga 10 kakitangan berada bersama penuntut terbabit. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 4:45 PM


Seorang mangsa diletakkan ke atas pengusung sebelum dibawa ke hospital. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111924#sthash.2EXb7cCh.dpuf

Racun rakan baik

Jakarta: Polis menamakan Jessica Kumala Wongso sebagai suspek pembunuhan rakan baiknya sendiri, Wayan Mirna Salihin yang mati tidak lama selepas meminum secawan kopi beracun di sebuah kafe, di sini pada 6 Januari lalu.
Jessica yang minum semeja dengan Mirna dan seorang lagi rakan yang dikenali sebagai Hani ditahan kelmarin di sebuah hotel di Jakarta Utara.
“Jessica ditahan selepas kami memutuskan dia sebagai suspek kes ini,” kata pengarah jabatan jenayah polis Jakarta, Krishna Murti.
Sejak kematian Mirna, polis memfokuskan siasatan terhadap Jessica termasuk menggeledah rumah dan menyoal siasatnya beberapa kali.
Pembantu rumah Jessica yang dipercayai membuang seluar yang dipakai wanita itu ketika di restoran turut disoal siasat.
“Dia kini disoal siasat sebagai suspek,” kata Krishna.
Krishna berkata, Jessica memberi keterangan yang meragukan dan tidak konsisten ketika disoal siasat sebagai saksi sebelum ini.
Menurutnya, Jessica didakwa mengikut Artikel 340 Kanun Jenayah kerana melakukan pembunuhan terancang.
“Jessica boleh mengambil peguam bela, sekiranya dia tidak mampu kami boleh menyediakan bantuan guaman kepadanya,” tambahnya.
Mirna meninggal dunia tidak lama selepas meminum kopi dipesan Jessica yang terlebih dahulu datang ke kafe berkenaan.
Ujian makmal mendapati kopi berkenaan mengandungi racun sianida yang tinggi.
JESSICA ketika dibawa ke balai polis di Jakarta, kelmarin.
Sehingga kini motif pembunuhan itu masih belum diketahui.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 9:58 AM

MIRNA.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111887#sthash.W94T5WD9.dpuf

Padah 'berangan' askar

Riyadh: Seorang pekerja dobi tidak menyangka tindakannya mengambil selfie sambil berpakaian tentera pelanggannya menyebabkannya ditangkap.
Pekerja yang dipercayai berasal dari India atau Pakistan itu ditahan sehari selepas memuat naik gambarnya di media sosial dengan berpakaian tentera.
Media tempatan melaporkan, polis berjaya mengesan dobi tempatnya bekerja di timur Arab Saudi dan terus membawanya ke balai polis.
Jurucakap polis Leftenan Kolonel Ziad Al Rugaiti berkata: “Dia ditangkap kerana memakai pakaian seragam tentera pelanggannya, selain turut memakai baju-baju lain.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 10:01 AM


GAMBAR yang dimuat naik ke media sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111891#sthash.AehtOGhd.dpuf

Aktres makan telinga mayat

Paris: Pelakon Perancis, Béatrice Dalle mengaku pernah makan telinga yang dipotong dari mayat di rumah mayat ketika dia dan rakannya yang ketagih dadah giat mencuri mayat untuk dijual kepada pelajar perubatan.
Béatrice, 51, pernah memainkan watak perempuan kanibal dalam filem Trouble Every Day pada 2001, dan baru-baru ini mengaku sebenarnya pernah menjamah daging manusia.
“Ketika itu kami di dalam rumah mayat dan terlalu lapar kerana baru mengambil dadah.
“Kami menjamah telinga. Alah, bukannya penting pun dan dia (mayat) tidak merengus kerana tidak tahu pun kami memakan telinganya!” katanya.
Béatrice berkata demikian ketika diwawancara stesen televisyen Perancis untuk rancangan yang disiarkan semalam.
Béatrice mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk disabitkan di Perancis atas kesalahan dadah, menyerang wardar trafik dan mencuri batu permata yang disorokkan dalam butnya. Dia juga pernah ditahan di Miami, Amerika Syarikat kerana memiliki kokain.
“Saya lebih banyak membuat perkara berbahaya dalam kehidupan sebenar berbanding dalam filem,” katanya.
Béatrice sebelum ini menceritakan pelbagai perbuatan peliknya di rumah mayat di Paris, tempat dia bekerja sebelum menceburi bidang lakonan pada 1986 melalui filem Betty Blue. Dalam kisah itu dia memainkan watak Betty yang tidak stabil emosi.
Béatrice berkahwin selama 10 tahun dengan penyanyi rap Perancis Joey Starr.
Dia kemudian mengahwini seorang banduan yang didakwa memukul dan merogol teman wanitanya pada 2005.
Béatrice berkata, dia jatuh ‘cinta pandang pertama’ dengan banduan itu ketika membuat penggambaran filem mengenai kehidupan di dalam penjara.
Banduan itu, Guenaël Meziani, kemudian didapati bersalah merogol, tetapi pada 2009 dibenarkan keluar setiap hujung minggu.
Béatrice menceraikan Meziani pada 2013 selepas lelaki itu mengugut membunuhnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 7:51 AM


BÉATRICE
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112105#sthash.y8WCcMkM.dpuf

Muka melecur

Alberta (Kanada): Seorang remaja di Alberta melecur teruk dan patah gigi selepas rokok elektronik buatan China meletup ketika digunakan.
Ty Greer, 16, dari Lethbridge, Alberta selatan, cuba menghisap rokok elektronik Wotofo Phantom itu apabila ia tiba-tiba meletup pada wajahnya menyebabkan mangsa mengalami lecuran tahap pertama serta kedua selain menyebabkan dia terpaksa melakukan dua rawatan saluran akar.
Dalam satu kenyataan semalam, ayah remaja itu berkata: “Muka anak saya terbakar menyebabkan dua giginya hancur dan belakang tekaknya serta lidahnya melecur.
“Mujur dia memakai cermin mata, jika tidak dia mungkin buta. Saya mahu rokok elektronik yang tidak mempunyai piawaian diharamkan untuk kanak-kanak bawah umur.
“Melihat wajah anak terbakar seperti itu memang pengalaman mengerikan.”
Alberta antara wilayah di Kanada yang tidak meletakkan had usia untuk pembeli rokok elektronik.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai dengan kumpulan Action on Smoking and Health turut mendesak peraturan persekutuan serta wilayah dipinda.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 7:59 AM


KEADAAN Greer selepas kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112111#sthash.xvi9SmUY.dpuf

3 pelatih Puspen cederakan pengawal




Mahney Mahrah (dua kanan), Norhafizah (dua kiri) dan Nik Nora (kiri), diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Bachok semalam.


BACHOK – Tiga pelatih wanita Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Kampung Telong yang melarikan diri pada bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada pengawal keselamatan pusat berkenaan.
Bagaimanapun, hanya seorang tertuduh iaitu Mahney Mahrah Rahmat, 36, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin.
Manakala dua lagi rakannya, Norhafizah Mustapha, 27, dan Nik Nora Ramin@Rahimin, 35, minta dibicara.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd. Hisham Abdullah, 35, dengan menggunakan sebiji batu-bata, sehelai kain cadar dan sebuah kerusi di Balai Pos Utama Puspen di sini pada pukul 3.40 pagi pada 28 Januari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan tersebut, jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3z9Wd9rdU 
Hakcipta terpelihara 

Pekerja bank mati dipukul




Henry ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah di tangga berhampiran premis BSN Cawangan Telupid dekat Beluran semalam.


BELURAN – Seorang pekerja bank ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada kepala di tangga sebuah premis berhampiran Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Telupid dekat sini semalam.
Mangsa, Hendry Edoos, 43, yang dipercayai dipukul menggunakan objek keras dalam kejadian pukul 4 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Sivanathan berkata, siasatan dipercayai mendapati mangsa telah dipukul oleh individu tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah minum di sebuah kedai kira-kira pukul 7.30 malam sebelum singgah di kedai lain.
“Selepas itu, mangsa dikatakan pulang ke rumahnya yang terletak di tingkat atas bank tempat dia bekerja,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3z9WJjN2V 
Hakcipta terpelihara