Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

Saya disingkir kerana kritik Najib isu 1MDB, RM2.6 bilion, kata Mukhriz

OLEH MD IZWAN

Published: 3 February 2016 11:37 AM
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Star, Kedah hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Star, Kedah hari ini. – Gambar The Malaysian Insider

oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.


Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan penyingkirannya selaku menteri besar Kedah berpunca daripada kritikan lantangnya terhadap skandal membabitkan perdana menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion.

Dalam pengumuman peletakan jawatannya hari ini, Mukhriz berkata, isu-isu yang dibangkitkan tersebut merupakan alasan sebenar beliau disingkirkan. "Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini diambil ke atas saya ialah kerana kritikan yang saya suarakan terhadap perdana menteri seperti yang beliau sendiri akui. "Kritikan yang dimaksudkan adalah mengenai skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion dan meningkatnya bebanan sara hidup rakyat akibat GST (cukai barang dan perkhidmatan)," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman pagi ini.


Mukhriz menyifatkan alasan yang diberikan kumpulan penentang yang mendesaknya berundur sebagai tidak berasas sama sekali."Tiada alasan munasabah dikemukakan mereka tersebut berkaitan kewibawaan saya dalam mentadbir negeri Kedah.
"Malah, rakyat rata-rata menerima segala inisiatif yang saya mulakan demi kesejahteraan rakyat Kedah," katanya.

Beliau juga melahirkan kekecewaaan dengan kemelut dalaman Umno yang melanda Kedah hingga mengheret pihak Istana ke kancah politik."Lebih dikesali, tindakan mereka itu mengheret pihak Istana ke kancah politik dalaman Umno," katanya.Menurut Mukhriz, tindakan melepaskan jawatannya itu diambil bagi mengelak daripada kemelut berpanjangan hingga akhirnya menyukarkan hidup rakyat."Menjamin kesejahteraan rakyat adalah keutamaan saya.

Bagi mengelak daripada kemelut politik ini berpanjangan, hingga menjejas pentadbiran negeri dan merugikan rakyat, maka saya mengambil pendirian membuat keputusan ini," katanya.Hari ini, kemelut politik Kedah selesai selepas semua persoalan terjawab apabila Mukhriz sendiri mengumumkan peletakan jawatannya.Ia berlarutan hampir dua minggu selepas sidang media diadakan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, persoalan mengenai menteri besar baharu menjadi misteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan nama yang dipersetujui walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Jemaah Diraja Kedah.Hari ini, pihak Wisma Darul Aman juga secara rasmikan mengumumkan Ahmad Bashah menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar. – 3 Februari, 2016.

21 motosikal disita, 62 saman dikeluarkan


WARTAWAN SINAR HARIAN

 Anggota JPJ mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Sepadu Cegah Samseng Jalanan.

BAGAN SERAI - Sebanyak 135 motosikal ditahan, manakala 21 daripadanya disita dalam Ops Sepadu Cegah Samseng Jalanan di Bukit Merah, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam operasi sekitar jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taiping serta Pertubuhan Sukarelawan keselamatan Dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) itu, sebanyak 62 saman dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan.
“Dalam operasi bersama 60 anggota termasuk JPJ dan PSKK, sejumlah 50 saman dikeluarkan PDRM, 12 saman oleh JPJ termasuk satu notis pemeriksaan semula (PG1) diberikan terhadap pemilik motosikal yang diubahsuai.
“Kebanyakan kesalahan direkodkan seperti tiada lesen memandu selain beberapa kesalahan lain seperti ubah suai nombor pendaftaran dan cukai jalan tamat tempoh. Selain itu seorang lelaki berumur lingkungan 20-an turut ditahan selepas ujian air kencing mendapati dia positif dadah,” katanya kepada media, semalam.
Omar berkata, dalam operasi itu, tiga saman diberikan kepada penama kenderaan yang membenarkan kenderaan digunakan orang lain untuk  berlumba.
“Selain tiga saman itu, sebanyak 21 lagi saman bakal diberikan kepada ibu bapa atau penama motosikal yang disita,” katanya
.

Bapa ragui punca sebenar kematian anak


WARTAWAN SINAR HARIAN

 3 FEBRUARI 2016

 Che Mohamed (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kematian anaknya selepas dilaporkan terkena renjatan elektrik.


KOTA BHARU - Keluarga mangsa renjatan elektrik yang meninggal dunia sehari selepas kejadian meragui kematian Nurul Izzati Che Mohamed, 24, dan mahu siasatan segera dilakukan.
Bapa mangsa, Che Mohamed Ibrahim berkata, dia meragui punca kematian anak keduanya itu memandangkan keadaan mayat anaknya amat tragis dan tidak berpakaian ketika melihat jenazah mangsa di rumah ibu angkat menantunya di Kampung Semut Api, dekat sini.
“Saya hanya dimaklumkan mengenai kematian Nurul pagi Ahad lalu kira-kira jam 7 pagi oleh bapa angkat menantu dan terus bergegas ke rumahnya yang terletak hanya lima kilometer dari kediaman kami.
“Apabila sampai di kediaman terbabit, kami ketuk pintu rumah beberapa kali yang pada mulanya dibuka ibu angkat menantu saya sebelum dia (menantu) muncul dan marah-marah kerana kami datang memenuhi pekarangan rumah itu,” katanya kepada pemberita, semalam.
Che Mohd berkata, dia mengesyaki kematian anaknya kemungkinan mempunyai unsur jenayah selepas punca kematian tidak dijelaskan.
“Keadaan mayatnya sudah berbau dan dihurung semut dan kami syak dia sudah meninggal dunia beberapa jam sebelum kami dimaklumkan kematiannya
Pada kejadian pagi Sabtu lalu, Nurul dipercayai maut terkena renjatan elektrik ketika mengemas kawasan hadapan kedai telefon yang baharu tujuh bulan dibuka suaminya.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur di bahagian pinggang hingga ke kaki dan lecur di kedua belah pipi
.

Lelaki baharu nikahi isteri muda maut kereta terbabas



MASTURAH SURADI

2 FEBRUARI 2016

Anggota bomba dan penyelamat ketika melakukan operasi mengeluarkan mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 67 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi tadi. - Foto Ihsan

BOMBA DAN PENYELAMAT KOTA TINGGI - Seorang lelaki yang baru melangsungkan pernikahan dengan isteri keduanya tiga minggu lalu maut selepas kereta yang dipandu dalam perjalanan ke tempat kerjanya terbabas di Kilometer 67 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Mohd Zubir Mohd Husin, 45 maut di tempat kejadian selepas kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu terbabas ke dalam gaung sedalam  kira-kira empat meter.
Kemalangan terbabit disedari seorang penunggang motorsikal yang kebetulan melalui kawasan terbabit sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Difahamkan, sejak mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya, mangsa yang bekerja sebagai kerani kewangan sering berulang alik dari Senai ke tempat kerjanya di Kilang Sawit Tenggaroh Timur.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Mersing hilang kawalan dan terbabas sendiri.
"Ekoran itu, kereta terbabit telah melanggar pokok di bawah tebing yang mana curam kedalaman melebihi empat meter di jalan arah bertentangan.
"Semasa kejadian keadaan cuaca hujan lebat. Kereta mangsa dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 10.40 pagi dan didapati ada pemandu meninggal dunia dalam kenderaan terbabit," katanya.
Tambahnya, hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan dua hala dan mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
.

Penunggang motosikal maut cedera parah di kepala



SARINAH MAT KASIM 3 FEBRUARI 2016 NILAI - Seorang penunggang motosikal maut, apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 280 Lebuhraya Plus Arah Selatan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, Jefri Jabas Maryuli, 29, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Masdar Suminggu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.44 petang dan sampai ke lokasi 10 minit kemudian.
Katanya, sampai ke lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang penungang motosikal jenis Honda, telah terperosok di belakang lori seberat tiga tan, yang rosak di lorong kecemasan.
"Sebaik sahaja menghampiri, mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang parah dibahagian kepala serta beberapa anggota badan yang lain.
"Akibat hentakkan yang kuat, mangsa dan motosikalnya telah terperosok dan tersepit di bahagian roda belakang lori itu, sehingga menyebabkan keadaan mangsa parah.
"Kita mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, dua buah jentera termasuk sebuah unit kenderaan EMRS dari tol statik Nilai,  dikejarkan ke lokasi untuk membantu menyelamatkan mangsa.
Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital Tuanku Jaafar Seremban dengan menaiki kenderaan  EMRS bomba untuk tindakan susulan
.

Remaja dilanggar kereta api semasa selfie



2 FEBRUARI 2016

 Sepasang kekasih bergambar selfei di Marine Drive salah satu 16 kawasan berbahaya untuk berselfie di Mumbai. - Foto AFP

CHENNAI - INDIA. Seorang remaja lelaki maut dilanggar sebuah kereta api ketika cuba berselfie di hadapan kenderaan itu semalam, lapor AFP
Kereta api penumpang melanggar remaja berkenaan ketika dia berdiri di landasan untuk mengambil gambar selfie semasa berjalan pulang bersama rakannya di selatan bandar Chennai, semalam.
"Ini adalah kemalangan yang jarang berlaku. Remaja hari ini sangat obses untuk mengambil gambar seflie," kata polis S Ramuthai .
Menurut media tempatan, remaja yang berusia 16 tahun itu dilaporkan berjalan ke hadapan kereta api, menunggu sehingga ia dekat untuk mengambil gambar selfie.
Kemalangan berlaku beberapa minggu selepas polis Mumbai mengenalpasti 16 kawasan berbahaya untuk berselfie ekoran kematian seorang lelaki yang cuba menyelamatkan gadis yang terjatuh ke laut semasa berselfie.
[ARTIKEL BERKAITAN:  Polis India kenal pasti 16 zon larangan selfie
]

Potong 'anu' suami sebelum bunuh diri



2 FEBRUARI 2016

Potong 'anu' suami sebelum bunuh diri


SICHUAN-CHINA. Lagi berita mengenai 'potong anu suami'. Kali ini kejadian berlaku di China, kejadian berlaku selepas si isteri bertengkar dengan si suami.
Menurut laporan NetEase, selepas bertindak memotong anu suamninya, wanita itu terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri.
Sementara itu, menurut seorang saksi mengatakan sejurus sebelum wanita berusia 50 tahun itu terjun dia ada mendengar wanita itu memberitahunya, bahawa dia memotong kemaluan suaminya dengan pisau ketika mereka bertengkar, hingga mengakibatkan lelaki itu mati.
"Saya ada sesuatu hendak beritahu kamu, saya telah bunuh suami saya," kata wanita itu.
Dia seterusnya memberitahu bahawa suaminya berpacaran dengan wanita lain ketika dia demam dan sering memukulnya.
Jelas saksi itu, sesudah wanita itu meluahkan isi hatinya, dia memujuk wanita itu melapor kepada pihak polis, tetapi wanita itu enggan.
"Sebaik saya meneruskan perjalanan, saya terdengar percikan air, wanita itu terjun ke dalam sungai," kata saksi itu.
Pasukan penyelamat menemui mayat wanita itu beberpa jam kemudian
.

Zika sudah ada di Thailand

Zika

3 FEBRUARI 2016

BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki Thailand mencetuskan suasana panik di negara itu selepas didapati positif virus zika.
Memetik laporan AFP, menyatakan Pengarah Hospital Bhumibol Adulyadej, Santi Srisermpoke menyatakan lelaki berusia 22 tahun itu disahkan positif virus tersebut selepas dia menjalani ujian darah.
“Pesakit ini mengalami demam, ruam dan mata merah,lelaki itu telah sembuh dan dibenar keluar daripada hospital,” katanya tanpa memberitahu berapa lama pesakit berkenaan dirawat atau di mana dia dijangkiti.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan Awam, Amnuay Gajeena berkata, kemungkinan virus itu sama seperti yang ditemui di Amerika Selatan.
“Bagaimanapun, ini bukannya penyakit baru di Thailand. Kes pertama yang disahkan adalah pada 2012. Sejak itu kami mengesan purata tidak lebih lima kes setiap tahun.
“Tiada sebab untuk panik kerana virus zika tidak pernah menjadi wabak di Thailand dan semua kes ini adalah terpencil,” jelasnya.
Virus ini dibawa oleh nyamuk aedes aegypti
.

58 didakwa terlibat ajaran sesat




SEBAHAGIAN daripada 58 pengikut Millah Abraham yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 58 individu termasuk 12 wanita yang dipercayai pengikut ajaran sesat, Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Mereka yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 59 tahun ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Bilik Sakura, Tingkat Satu, Pusat Pemuda Antarabangsa, Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras di sini pada pukul 8.32 malam kelmarin.
Sewaktu diserbu, kesemua tertuduh sedang mengikuti ceramah ajaran sesat berkenaan yang berselindung di sebalik seminar perniagaan jualan langsung yang memasarkan produk penapis air.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Kanan, Zainor Rashid Hassin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam syarie.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3z3XCYHsZ 
Hakcipta terpelihara 

Dipaksa menyalak, jilat jalan




ANTARA klip video menunjukkan seorang remaja dipaksa menjilat jalan tar selepas disuruh menyalak seperti anjing di kawasan perumahan Sea Park, Petaling Jaya baru-baru ini.


PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan enam pemuda membuli dua pelajar sekolah menengah dengan memaksa mereka menyalak bagai anjing dan menjilat jalan tar di sebuah kawasan perumahan di Sea Park di sini minggu lalu mengundang padah apabila kesemua suspek-suspek terlibat ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kes buli itu didakwa berpunca daripada tindakan kedua-dua mangsa merakam gambar seorang gadis yang juga rakan kepada kesemua suspek yang ditangkap tanpa kebenarannya.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang menjadi mangsa buli berusia 14 tahun dan mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Sea Park.
“Perbuatan kedua-dua mangsa dituduh merakam gambar gadis terbabit menjadi punca kedua-dua mangsa telah dipukul oleh sekumpulan enam lelaki.
“Selepas dibelasah, mangsa-mangsa kemudian dipaksa menyalak seperti anjing dan seterusnya menjilat jalan bertar,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3z3WsG46D 
Hakcipta terpelihara 

Virus Zika kini darurat global


BEGINILAH keadaan kepala bayi yang cacat akibat diserang virus Zika ketika dalam kandungan.


GENEVA – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan kelmarin mengisytiharkan virus Zika yang semakin merebak di Amerika Selatan sebagai darurat kesihatan global.
Beliau berkata, ia berikutan peningkatan mendadak kes mikrosefali iaitu keadaan teruk apabila bayi dilahirkan dengan kepala dan otak kecil yang berpunca daripada virus bawaan nyamuk yang memerlukan perhatian antarabangsa.
“Keadaan itu kini merupakan darurat kesihatan awam yang memerlukan perhatian semua di peringkat antarabangsa,” tegas beliau.
WHO sebelum ini menerima tekanan untuk bertindak pantas bagi menangani penularan virus Zika selepas mengakui badan itu lambat bertindak ketika wabak Ebola menular di beberapa bahagian di barat Afrika tahun lalu.
Menurut Chan, satu mesyuarat dalam kalangan pakar kesihatan yang menganggotai jawatankuasa darurat badan tersebut telah bersetuju terdapat satu hubu­ngan yang kuat antara jangkitan Zika ketika mengandung dan mikrosefali tetapi belum dibuktikan secara saintifik.
“Kluster kes-kes mikrosefali dan lain-lain komplikasi saraf menjadikannya satu kejadian luar biasa dan satu ancaman kesihatan awam kepada dunia,” katanya.
WHO minggu lalu mengeluarkan amaran virus bawaan nyamuk itu sedang ‘merebak pantas’ di benua Amerika dan menyatakan rantau itu mungkin menyaksikan sehingga empat juta jangkitan kes Zika sepanjang tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3z3Wd9uP6 
Hakcipta terpelihara 

Honduras isytihar darurat virus Zika




SEORANG pekerja kementerian kesihatan membuat semburan asap bagi menghapuskan nyamuk Aedes di Tegucigalpa, Honduras kelmarin. - AFP


TEGUCIGALPA – Honduras mengisytiharkan darurat kelmarin selepas pihak berkuasa mengumumkan bilangan jangkitan virus Zika meningkat pada kadar membimbangkan di negara Amerika Tengah itu.
Menteri Kesihatan, Yolani Batres berkata, seramai 3,649 orang dijangkiti virus Zika sejak 16 Disember lepas apabila kes pertama kuman bawaan nyamuk itu dikesan.
Menurut perangkaan kerajaan, bilangan kes jangkitan Zika meningkat tiga kali ganda sejak tiga hari lepas.
Batres bagaimanapun tidak menyebut tentang kes mikrosefali atau bayi baru lahir yang mempunyai kepala dan otak kecil seperti dilaporkan di Brazil.
Virus Zika sebelum ini dikaitkan dengan sindrom mikrosefali.
“Bilangan penduduk terjejas virus Zika me–ningkat setiap hari,” kata Batres pada satu sidang akhbar.
Terdahulu, beberapa pegawai berkata, sebahagian pesakit dijangkiti Zika turut menghidap sindrom Guillain-Barre, penyakit saraf yang boleh menyebabkan lumpuh.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Juan Orlando Hernandez meluluskan peruntukan AS$10 juta (RM42 juta) bagi memerangi penularan virus Zika.
Virus itu disebarkan oleh nyamuk Aedes yang dikaitkan dengan demam denggi dan chikungunya.
Pada 2015, lebih 40,000 orang di Honduras menghidap demam denggi dengan lima kematian, manakala tiga orang mati akibat chikungunya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3z3VrTGGL 
Hakcipta terpelihara 

New Delhi hanyir sampah




SEEKOR anjing mencari makanan di celah timbunan sampah sarap di tepi jalan raya di New Delhi kelmarin.- AFP


NEW DELHI – Kebanyakan kawasan di ibu kota India, New Delhi diselubungi bau hanyir sampah yang seminggu tidak dikutip berikutan mogok oleh lebih 1,300 pekerja majlis perbandaran.
Sementara itu, di Mumbai pula, penduduknya menghirup udara kotor dengan Indeks Kualiti Udara mencatat bacaan amat tidak sihat sekitar 300 hingga 350 akibat kebakaran di tapak pembuangan sampah terbesar di kota raya itu yangmasuk hari kelima berturut-turut.
Sejumlah pekerja Perbadanan Majlis Perbandaran Delhi (MCD) bertindak melonggokkan sampah sarap di sepanjang jalan-jalan utama di New Delhi kerana membantah mereka tidak dibayar gaji selama tiga bulan.
Mogok itu semakin buruk sejak Ahad lalu selepas 16,000 guru sekolah dan kakitangan perubatan di bawah MCD bertindak menyertai bantahan tersebut.
Hampir 2.2 juta pelajar dari 1,860 sekolah di sekitar New Delhi terpaksa duduk di rumah kerana ketiadaan guru.
Dalam perkembangan berkaitan, kedua-dua pentadbiran negeri yang diperintah pembangkang, Parti Aam Aadmi (AAM) dan kerajaan pusat pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) saling menuding jari berhubung isu gaji tersebut.
“Perdana Menteri, Narendra Modi bercakap tentang bandar raya pintar dan India yang lebih bersih tetapi masih bermain politik dalam isu gaji kami. Bagaimana mereka ini dapat meningkatkan kualiti hidup kami?” soal seorang pekerja MCD di Delhi Lama yang teruk terjejas ekoran sampah yang menimbun tidak dipungut.
Berbalik semula ke Mumbai, hospital dan klinik di bandar raya itu melaporkan peningkatan jumlah orang ramai yang hadir mendapatkan rawatan akibat masalah pernafasan.
Kota raya itu dilitupi asap dari tapak pelupusan sampah Deonar yang masih terbakar sejak lima hari lalu.
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyenaraikan 20 bandar raya paling tercemar di dunia, 12 darinya berada di India. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3z3VPnLfe 
Hakcipta terpelihara 

14 PATI warga Indonesia ditahan

WARGA Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah diiringi
Add caption
WARGA Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah diiringi anggota Kastam untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar, Perlis, semalam.
KANGAR 2 Feb. – Seramai 14 warga Indonesia termasuk seorang wanita bersama bayi berusia 11 bulan ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kampung di Pokok Sena, Kedah, tengah malam tadi.
Kesemua mereka berusia 19 hingga 50 tahun itu, ditahan sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ne­geri ini pukul 12.20 tengah malam, hasil maklumat orang awam.
Pengarahnya, Kamarudin Jaafar berkata, kesemuanya yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri merupakan keturunan Madura yang ditawarkan pekerjaan oleh tekong di kawasan pembinaan berdekatan.
“Kita percaya mereka masuk dalam kumpulan yang kecil sebelum diambil oleh tekong darat dan seterusnya dibawa ke rumah berkenaan. Setakat ini, kita masih menyiasat bagaimana mereka memasuki negara ini.
“Selain daripada itu, kita dapati rumah tersebut menjadi transit sebelum warga asing ini dijual kepada pihak-pihak ter­tentu. Kita kini memburu tekong yang dipercayai masih bebas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/14-pati-warga-indonesia-ditahan-1.186070#sthash.XtiDTs3y.dpuf

Rompak: Hadiah RM20,000 kepada pemberi maklumat


MELAKA 2 Feb. – Sebuah syarikat kawalan keselamatan menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM20,000 kepada pemberi maklumat berkaitan kes rompakan wang tunai di sebuah bank di Pulau Sebang, Alor Gajah pada 20 Januari lalu.
CHUAH GHEE LYE
CHUAH GHEE LYE
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, ganjaran itu ditawarkan kepada individu yang dapat memberi maklumat baharu sehingga membawa kepada tangkapan suspek yang melarikan wang tunai RM400,000 daripada pengawal keselamatan di hadapan sebuah bank.
“Polis meminta sesiapa yang dapat memberikan maklumat baharu berhubung kejadian rompakan di depan sebuah bank di Pulau Sebang untuk menghubungi mana-mana balai polis atau talian hotline polis di 06-2854222,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 20 Januari lalu itu, seorang penjenayah bertindak nekad melarikan beg berisi wang tunai kira-kira RM400,000 yang sedang dibawa keluar pengawal keselamatan dari Maybank cawangan Pulau Sebang.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam apabila penjenayah berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.
Sementara itu, Ghee Lye berkata, Op Selamat 8 sempena Tahun Baharu Cina yang akan dilancarkan bagi peringkat negeri esok turut menyaksikan penubuhan pasukan khas bertujuan melakukan penguatkuasaan menyeluruh lalu lintas membabitkan 'jalan maut' di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
“Pasukan khas bagi zon selatan ini akan berpusat di Muar, Johor bertujuan mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rompak-hadiah-rm20-000-kepada-pemberi-maklumat-1.186294#sthash.nvb2bjQH.dpuf

Enam lelaki ditahan kerana buli


KUALA LUMPUR 2 Feb. – Enam lelaki ditahan selepas dipercayai membuli dan mencede­rakan dua pe­­lajar sekolah mene­ngah berhampiran Taman SEA, Petaling Jaya dekat sini pada penghujung bulan lalu.
Video rakaman amatur yang berdurasi 35 saat itu menunjukkan salah seorang daripada dua pelajar sekolah dipaksa menyalak seperti anjing dan menjilat jalan tar sebagai hukuman kerana mengambil gambar seorang pelajar wanita tanpa kebenaran di Taman SEA , Petaling Jaya, Selangor, pada penghujung bulan lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Petaling Jaya bermula pukul 3 petang semalam selepas kedua-dua mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan polis bersama pihak sekolah.
“Pihak polis sudah melihat vi­deo berkenaan tetapi tidak dapat pastikan kejadian tersebut, oleh itu siasatan dibuat selepas kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu.
“Kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 20 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd. Zani, kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan 385 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta melakukan pemerasan.
Video rakaman amatur yang berdurasi 35 saat itu menunjukkan mangsa dipaksa menyalak seperti anjing dan menjilat jalan tar sebagai hukuman.
Bagaimanapun, selepas mangsa melakukan perbuatan itu, dia dia­rahkan balik namun dihalang salah seorang suspek yang mengatakan kononnya tidak melihat mangsa melakukan arahan yang diberikan.
Difahamkan, kejadian itu berpun­ca selepas mangsa dipercayai me­ngambil gambar salah seorang pelajar perempuan tanpa kebenaran.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/enam-lelaki-ditahan-kerana-buli-1.186344#sthash.hL90IUCO.dpuf

Gadis OKU dicabul selepas dibawa bersiar-siar


JEMPOL 2 Feb. – Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dicabul selepas dibawa bersiar-siar oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya dalam kejadian di sini kelmarin.
Mangsa berusia 15 tahun yang menghadapi masalah pembelajaran dikatakan berkenalan dan bertukar-tukar nombor telefon dengan suspek berumur 24 tahun pada hari kejadian.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor, berkata, gadis tersebut kemudian keluar dari rumahnya di sebuah tanah rancangan di sini tanpa penge­tahuan keluarga untuk bersiar-siar dengan suspek di pekan Bahau.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke rumah rakannya kira-kira pukul 1.45 pagi dan ketika itu terdapat tiga lelaki lain di dalam rumah berkenaan.
“Mangsa berbaring di sofa di ruang tamu rumah dan mendakwa suspek mencabulnya dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya. Suspek turut meraba bahagian payudara mangsa namun mereka tidak melakukan hubungan seks,” katanya di sini.
Noorzainy berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah­nya pada pukul 10 pagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/gadis-oku-dicabul-selepas-dibawa-bersiar-siar-1.186350#sthash.gcapWVMi.dpuf

Dirogol lepas tukar minuman


KUCHING 2 Feb. – Seorang pelajar kolej berusia 17 tahun mendakwa dirogol seorang lelaki tidak dikenali setelah menukar gelas minuman keras bersamanya di sebuah pub di Travillion Mall, Jalan Petanak kelmarin.
Menurut Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden Ernest John, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang sedang minum bersama dua lagi rakan perempuannya didatangi suspek bersama rakan yang duduk bersebelahan meja mereka.
Katanya, mangsa yang telah menukar gelas minuman keras setelah diminta suspek mengesyaki sesuatu telah dimasukkan ke dalam minuman berkenaan.
“Pelajar ini mendakwa tidak sedarkan diri selepas meminum­nya dan apabila sedar mendapati dirnya berada dalam kereta suspek yang sedang merogolnya.
“Mangsa cuba melawan namun ditampar pipi sebelah kirinya oleh suspek sehingga pengsan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ernest berkata, tidak berapa lama kemudian rakan wanita mangsa menemukannya dalam kereta suspek dan menyelamatkannya.
“Bagaimanapun, suspek yang merupakan seorang warden asrama kolej telah menyerah diri kemudian dan membuat laporan polis memberitahu bahawa semasa kejadian mangsa dalam keadaan mabuk dan separuh sedar.
“Dia juga mengaku merogol dengan kerelaan mangsa dalam keretanya setelah membawanya berehat ke situ,” jelasnya.
Beliau berkata, suspek dan mangsa selepas itu telah tidur dalam keretanya sebelum tiba-tiba dua orang rakan mangsa datang menyatakan teman lelakinya sedang mencari.
“Dua lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba datang dan menghampiri kereta suspek dalam keadaan marah dan cuba menyerang suspek namun berjaya melarikan diri dengan keretanya.
“Siasatan lanjut sedang dibuat dengan kawad cam dan bantuan forensik serta pakar kaunseling,” ujarnya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dirogol-lepas-tukar-minuman-1.186378#sthash.UWNoNYTw.dpuf