Search This Blog

Tuesday, February 2, 2016

3 dihukum mati, rogol dan bunuh pelajar

ISNIN, 1 FEBRUARI 2016 @ 12:44 AM



KOLKATA: Mahkamah India, semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lelaki atas tuduhan merogol beramai-ramai dan membunuh seorang pelajar. Tiga lagi defendan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan merogol mangsa sama secara beramai-ramai. Mangsa, seorang wanita berusia 21 tahun menjadi sasaran ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai menduduki peperiksaan universiti pada tahun 2013, di Barat Bengal. Pendakwa raya kanan Anindya Raut memberitahu AFP: "Ia adalah jenayah kejam, kes paling jarang berlaku." Hakim Sanchita Sarkar menjatuhkan hukuman itu dalam mahkamah yang penuh sesak, termasuk dihadiri keluarga mangsa. Abang mangsa bagaimanapun berkata, keadilan gagal diberikan kepada mangsa dan keluarganya apabila dua daripada tertuduh dibebaskan dan tiga lagi hanya dihukum penjara seumur hidup. Dalam kejadian pada Jun 2013 itu, mangsa diculik selepas turun daripada bas dan diheret ke sebuah ladang terbiar yang terletak berhampiran. Serangan itu berlaku ketika mangsa kembali dari universiti ke kampung halamannya, terletak 50 kilometer di timur laut bandar ini. Mayat mangsa ditemui keesokan harinya dengan keadaan berlumuran darah dan mulutnya disumbat. Bukti menunjukkan mangsa dirogol berulang kali. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120036

Polis Mexico cekup 24 ahli geng dadah

ISNIN, 1 FEBRUARI 2016 @ 8:23 AM




MEXICO CITY: Polis Mexico menahan 24 ahli kartel dadah Sinaloa dalam operasi bersama dengan Amerika Syarikat dan berjaya merampas senjata api serta dadah, kata pegawai.

Pegawai berkata, operasi rahsia pada Jumaat itu dilaksanakan bagi melumpuhkan kumpulan yang bertanggungjawab menyeludup sejumlah besar dadah termasuk heroin dan kokain masuk ke Amerika Syarikat bernilai jutaan dolar dan senjata api.


 Jurucakap Penguatkuasa Imigresen dan Operasi AS, Gillian Christensen berkata, operasi diberi nama "Mexican Operation Diablo Express," operasi itu menyasarkan ahli tertinggi dan kanan dalam Sinaloa yang menjalankan kegiatan di sekitar sempadan Bandar Sonoyta dan Arizona. "Selepas mengambil kira tahap sensitif kes, operasi ini dilaksanakan dengan penuh rahsia bagi mengekalkan tahap keselamatan penguatkuasa Mexico yang mengendalikannya," katanya.

Penahanan 24 ahli kartel itu bersama-sama beberapa jenis senjata api dan beratus-ratus pound dadah ternyata memberi tamparan hebat kepada kartel Sinaloa.

Sementara itu, ketua kumpulan kartel Sinaloa, Joaquin "El Chapo" Guzman, raja dadah yang ditangkap semula pada 8 Januari oleh pihak berkuasa Mexico selepas melepaskan diri dari penjara. - AFP


KETUA kumpulan kartel Sinaloa, Joaquin "El Chapo" Guzman, raja dadah yang ditangkap semula pada 8 Januari oleh pihak berkuasa Mexico selepas melepaskan diri dari penjara. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120074

40 akan didakwa kes kren Makkah tumbang




FOTO kren yang tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 12 September, 2015. - Foto REUTERS

MANAMA: Dokumen membabitkan 40 suspek dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah sudah dirujuk pendakwa raya untuk pendakwaan. Sumber memberitahu akhbar harian Arab, Al Watan 30 suspek adalah pengarah, juruteknik dan ketua projek di syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pelebaran masjid manakala 10 suspek adalah kakitangan sektor awam. Bagaimanapun, sumber berkata lebih banyak nama mungkin dimasukkan ke dalam senarai kerana siasatan masih diteruskan. Menurut akhbar itu, siasatan awal terhadap beberapa suspek bermula di bandar Jeddah dua bulan lalu. Dalam kejadian itu, 107 jemaah terbunuh dan 238 cedera selepas sebuah kren tumbang pada September. Raja Salman Bin Abdul Aziz memerintahkan keluarga mangsa dibayar satu juta riyal (RM1.1 juta) sebagai pampasan. Beliau turut memerintahkan satu juta riyal (RM1.1 juta) diberikan kepada keluarga mangsa yang mengalami kecederaan kekal. Pembayaran sebanyak 500,000 riyal (RM556,000) juga diumumkan bagi mangsa yang cedera. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120342

Lelaki Maut Ditetak Di Puchong


Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 3:33 PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas ditetak dengan parang dan pedang oleh sekumpulan lelaki berdekatan sebuah restoran di Puchong.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata ketika kejadian pada 8 malam Sabtu lepas, mangsa, R. Nagaiyan, 30, diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan pedang ketika berada berhampiran restoran itu bersama adik lelaki dan rakannya.
"Mangsa yang cedera parah di seluruh badan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya jam 10.33 malam hari yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, enam suspek berusia 25 hingga 40 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
"Empat lagi suspek masih diburu polis," katanya.
Difahamkan punca kejadian berlaku disebabkan perselisihan faham berkaitan sewaan tapak letak kenderaan.-- Bernama

Dua Premis Musnah Dalam Kebakaran Di Dungun


Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 2:29 PM
Gambar hiasan.

DUNGUN: Dua premis membabitkan bengkel motosikal dan kedai makan musnah dalam kebakaran di Kampung Cacar di sini kira-kira pukul 7 petang semalam.

Pemilik bengkel kereta Che Musa Jusoh, 51, berkata ketika kejadian dia sedang minum di sebuah restoran berdekatan bersama pekerjanya sebelum terdengar bunyi letupan kecil di kawasan premis tersebut.

"Sebaik tiba saya lihat bengkel sudah terbakar lalu terus saya arah anak buah memindahkan semua barang dan bawa keluar kenderaan pelanggan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya dia hanya sempat menyelamatkan beberapa barang yang penting sahaja kerana api sudah mula menyambar sebuah kontena di kedainya yang dijadikan stor menyimpan barang, namun bersyukur kedainya tidak musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Sementara itu Ketua Operasi Timbalan Penguasa Bomba Khairul Hasni Mokhtar ketika dihubungi Bernama berkata sejurus menerima panggilan seramai 15 pegawai dan anggota serta tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal setengah jam kemudian serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya anggaran kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Budak Perempuan Maut Dilanggar Ibu Secara Tak Sengaja


Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 5:45 PM

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang sedang berada dalam kereta secara tidak sengaja melanggar anak perempuannya yang berusia empat tahun sejurus selepas menghantarnya ke sekolah tadika, pagi Isnin.

Seorang guru dan dua murid lain turut cedera dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu.

Dipercayai bahawa wanita berusia 36 tahun itu baru sahaja menurunkan anak perempuannya apabila dia dengan tidak sengaja memijak pedal pemecut dan merempuh mangsa.

Anak perempuannya telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan kira-kira pukul 10.10 pagi manakala mangsa-mangsa lain, seorang guru berusia 25 tahun, budak perempuan berusia enam tahun serta budak lelaki berusia lima tahun dirawat kerana mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata guru itu patah pinggul dan mengalamai pendarahan dalam perut dan kanak-kanak lelaki itu cedera di paha.

"Kanak-kanak perempuan itu cedera ringan," kata beliau sambil menambah ibu mangsa tidak mengalami kecederaan.

Kes itu disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Pelancong Britain Maut Dipijak Gajah


Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 12:55 PM
Gambar hiasan.

BANGKOK: Seorang pelancong warga Britain maut dipijak oleh seekor gajah di pulau pelancongan Koh Samui, kata polis pada Selasa.
Mangsa dikenal pasti sebagai Gareth Crowe, 36, sedang menunggang gajah bersama anak perempuannya pada Isnin sebelum terjatuh apabila gajah berkenaan bertindak liar secara tiba-tiba.
"Kita mengesyaki cuaca panas menyebabkan gajah menjadi marah dan tidak biasa dengan kendalian pengembala gajah berkenaan," kata ketua daerah Samui, Paiboon Omark kepada AFP.
Paiboon berkata, Crowe mempunyai kaki palsu dan tidak berupaya untuk melarikan diri daripada haiwan yang bertindak liar itu.
Beliau menambah, anak perempuan Crowe dan pengembala gajah warga Myanmar mengalami kecederaan, tetapi terselamat dalam kejadian itu.
Gajah yang bernama "Golf" itu kini di bawah jagaan rapi.
Seorang jurucakap di Kedutaan Britain di Bangkok berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu dan menyediakan bantuan kepada keluarga mangsa. - AFP

Lapan ditahan pecah kilang pasang bas

Kulim: Polis menahan lapan lelaki dalam serbuan berasingan di Ipoh, Perak dan Bukit Tengah di Pulau Pinang, Sabtu lalu, bagi membantu siasatan kes pecah masuk kilang pemasangan bas di Kawasan Perindustrian Kelang Lama di sini, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM3 juta.
Turut dirampas bersama lapan suspek berusia 36 hingga 51 tahun berkenaan ialah pelbagai barangan dipercayai dicuri dianggar bernilai RM300,000.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, kejadian dipercayai berlaku dari 19 hingga 26 Januari lalu sebelum disedari pemiliknya warga Australia yang membuat laporan polis pada Khamis lalu.
"Susulan laporan polis itu, sepasukan anggota polis berjaya menahan seorang lelaki di Ipoh dan soal siasat ke atasnya membawa kepada penahanan tujuh lelaki lain di sebuah lokasi di Bukit Tengah pada Sabtu lalu.
"Hasil tangkapan itu membawa kepada penemuan barangan yang dicuri, termasuk tujuh unit ‘kompresor’ yang semuanya bernilai lebih RM100,000, kabel tembaga, lori tiga tan, kereta Perodua Viva dan beberapa barangan lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Asisten Superintendan Amir Atong@Atu.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kebanyakan barangan yang dirampas dipercayai mahu dijual kepada pembeli tertentu.
Katanya, tiga daripada lapan lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 6:05 PM


Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad (tiga dari kanan) menunjukkan antara barangan serta komponen yang di temui semula berikutan penahanan lapan lelaki kes pecah kilang pemasangan bas. - Foto AZAHAR HASHIM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111721#sthash.zTWNiEqr.dpuf

Wanita maut terpijak kabel elektrik

Kota Bharu: Seorang suri rumah maut terkena renjatan selepas terpijak kabel elektrik di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Nurul Izzati Che Mohamed, 24, yang maut di tempat kejadian, melecur teruk dari pinggang ke bawah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, untuk bedah siasat.
Suami mangsa yang dikenali sebagai Iskandar, 20-an, yang cuba menyelamatkan isterinya turut cedera dan dirawat di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 3:33 PM


Nurul Izzati Che Mohamed, 24.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111713#sthash.F9YCFa5Y.dpuf

Maut motosikal terbabas

Nibong Tebal: Lelaki yang juga penuntut kolej berusia 23 tahun, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabas di Jalan Kendi, Simpang Ampat, jam 9.00 malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa, S Perinbasuriyan,23, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Ducati yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di kiri jalan.
"Mangsa dikatakan menunggang motosikal dari arah Bukit Tambun untuk pulang ke rumahnya di Taman Idaman dekat Simpang Ampat, di sini.
"Ketika tiba di satu selekoh berdekatan lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas," katanya.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini untuk dibedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang belajar di Kolej Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu kini menjalani latihan praktikal di klinik kesihatan dekat Bukit Panchor, di sini yang terletak kira-kira 19 kilometer dari kediaman keluarganya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 2:35 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111705#sthash.NFZ8YgPC.dpuf

Kereta kena pecah, RM20,000 hilang

Kuala Selangor: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Sue Lim kerugian RM20,000 selepas wang yang baru dikeluarkan dari sebuah bank disamun dua lelaki bermotosikal di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Ng meletakkan sampul surat berisi wang di tempat duduk penumpang depan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata, selepas meletakkan wang itu Ng kembali ke dalam bank untuk urusan lain.
Beliau berkata, suspek mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memecahkan cermin tingkap penumpang depan dan melarikan sampul berisi wang itu.
"Sekembalinya ke kereta, mangsa dapati cermin penumpang depan pecah dan sampul berisi wang sudah tiada,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2016 @ 8:46 PM


Keadaan kereta ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, yang cermin tingkap dipecahkan menyebabkan beliau kehilangan wang tunai RM20,000.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111733#sthash.lfyO5mti.dpuf

Musibah tayar tercabut

Melaka: Dua pemandu cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Krubong Perdana, berhampiran Taman Krubong Perdana, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu sebuah kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan selepas tayar hadapan kanannya tercabut secara tiba-tiba sebelum berlanggar dengan empat kenderaan dari arah bertentangan.
Difahamkan, kenderaan Ford Ranger itu dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah Durian Tunggal sebelum tayarnya tercabut dan terbabas serta berlanggar dengan empat kenderaan iaitu Hyundai Sonata, Toyota Altis, Proton Exora dan Proton Iriz.
Akibat perlanggaran itu, pemandu Ford Ranger dan Proton Iriz tersepit di tempat duduk masing-masing, namun mereka berjaya dikeluarkan orang ramai yang berhenti untuk membantu.
Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Hairul Nizam Ridhuan berkata, tujuh anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 malam dan tiba 15 minit kemudian.
“Kami menerima maklumat pemandu Ford Ranger dan Proton Iriz berusia lingkungan 20-an tersepit di tempat duduk, namun ketika sampai kami dapati kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.
“Orang ramai kemudian mengalihkan mangsa ke bahu jalan. Pemeriksaan awal dilakukan kami mendapati pemandu kedua-dua kenderaan itu tidak mengalami kecederaan parah,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua pemandu terbabit kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (EMRS) bomba.
Hairul Nizam berkata, maklumat diterima daripada orang ramai mendapati empat kenderaan terbabit dikatakan cuba mengelak pacuan empat roda itu yang memasuki laluan bertentangan namun gagal.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 4:59 AM


kemalangan babitkan lima kenderaan dekat Taman Krubong Perdana.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111757#sthash.tOhIZoQz.dpuf

Pemandu wanita selamat kenderaan jatuh gaung

Wanita berusia 34 tahun selamat walaupun kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung setinggi 10 meter sebelum terbalik di dalam kawasan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ukay Perdana dekat sini, jam 10 malam kelmarin.
Mangsa dikatakan baru memasuki simpang Jalan Ukay Perdana 4 sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar tembok penghadang jalan.
Saksi yang mahu dikenali sebagai Tawfik, 41, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang Toyota Hilux terbabit.
“Selepas melanggar tembok, Toyota Hilux itu terjunam ke dalam gaung. Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan pacuan empat roda itu mungkin hilang kawalan akibat jalan licin.
“Saya dan beberapa pengguna jalan raya turun ke kaki bukit untuk membantu mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:02 AM


KEADAAN kenderaan mangsa yang terjunam dalam gaung.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111788#sthash.n9fSRdSp.dpuf

Kebas barang kilang RM3 juta

Kulim: Tindakan pantas seorang pekerja lelaki mencatatkan nombor pendaftaran sebuah lori membawa kepada penahanan lapan lelaki untuk siasatan kes pecah masuk sebuah kilang pemasangan bas mengakibatkan kerugian RM3 juta di Kawasan Perindustrian Kelang Lama, di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, lapan lelaki berusia 36 hingga 51 tahun berkenaan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ipoh, Perak dan Bukit Tengah, Pulau Pinang berdasarkan nombor pendaftaran lori terbabit yang didakwa memunggah barang di kilang milik seorang warga Australia.
Turut dirampas dalam serbuan itu pelbagai barangan dipercayai dicuri bernilai RM300,000.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, kejadian berkenaan disedari pemilik kilang terbabit pada 26 Januari lalu selepas pengurus kilangnya memaklumkan kejadian pecah masuk itu menerusi aplikasi Whats-
App sebelum membuat laporan, dua hari kemudian.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian berlaku antara 19 hingga 26 Januari lalu.
“Susulan laporan polis yang dibuat pemilik kilang itu, sepasukan anggota polis melakukan serbuan di Ipoh, Perak sebelum menahan seorang lelaki dan diikuti penahanan tujuh lelaki lain di sebuah lokasi di Bukit Tengah, Pulau Pinang.
“Hasil serbuan itu, pihak polis menemui semula barangan yang dicuri seperti tujuh unit kompresor bernilai RM15,000 setiap satu, wayar tembaga, sebuah lori tiga tan, sebuah kereta Perodua Viva dan beberapa barangan lain,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Asisten Superintendan Amir Atong@Atu.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati kebanyakan barangan yang ditemui mahu dijual kepada pembeli tertentu.
Katanya, pemeriksaan juga mendapati tiga daripada lapan lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau dan semua mereka kini ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:10 AM


Abdullah (tiga dari kanan) menunjukkan antara barangan serta komponen yang ditemui semula susulan penahanan lapan lelaki berkaitan kes pecah kilang ketika sidang media di IPD Kulim, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111798#sthash.fPG2Rt1X.dpuf

28 mengaku guna MyKad palsu

Kuantan: Seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina berketurunan Suluk dan dua warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dalam tiga prosiding berasingan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh yang terdiri daripada 27 lelaki dan tiga wanita ditangkap pada 21 Januari lalu dan diusir dari negara ini selepas masing-masing selesai menjalani hukuman penjara.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Kampung Balok dan Sungai Karang, dekat sini, pada jam 1.10 pagi, 21 Januari lalu.
Setiap tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kes didengar di hadapan Majistret Rini Triany Mohamad Ali, Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah dan Majistret Noor Aisah Mohamed.
Pada prosisiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya iaitu Mohd Fazdhly Abd Razak, Mohd Asghar Mohd Hussain dan Mokhzan Ariff.
Semua tertuduh yang berasal dari Zamboanga, Filipina dan Kalimantan, Indonesia tidak diwakili peguam.
Terdahulu, semua tertuduh merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan perlu menanggung keluarga masing-masing dan masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan.
Bagaimanapun, pegawai pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.
Berdasarkan fakta kes, semua tertuduh ditahan menerusi operasi bersepadu JPN di sekitar Kampung Balok dan Sungai Karang, dekat sini, 21 Januari lalu.
Pemeriksaan JPN mendapati mereka menggunakan kad pengenalan palsu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:11 AM


SEBAHAGIAN pendatang asing tanpa izin dihukum penjara selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111802#sthash.GDbdqYpk.dpuf

Langsung khabar duka

Kota Bharu: “Kami terkejut selepas hampir setahun tidak mendengar khabar berita.
“Sabtu lalu, kami dimaklumkan dia sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” kata Hasmah Mamat, 50, ibu kepada Nurul Izzati Che Mohamed, 24, yang maut selepas terkena renjatan elektrik di kedai telefon bimbitnya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa maut di tempat kejadian akibat melecur di bahagian bawah pinggangnya selepas dipercayai terpijak kabel elektrik yang berada di bawah meja.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buloh, kelmarin.
Suami mangsa dikenali sebagai Iskandar berusia 20-an turut cedera ketika cuba menyelamatkan isterinya dan menerima rawatan di HRPZ II.
Difahamkan, ketika kejadian dua anak mangsa masing-masing berusia enam bulan dan dua tahun sedang tidur di dalam bilik tidur yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai itu.
Hasmah berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak kedua daripada lima beradik selepas dimaklumkan keluarga angkat menantunya.
Katanya, sebelum ini, dia jarang bertemu dengan mangsa kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan selepas anaknya itu berkahwin.
“Sejak dia melahirkan anak kedua, kami tidak pernah bertemu kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
“Bagaimanapun Sabtu lalu, kami dimaklumkan dia sudah tiada sebelum saya dan suami bergegas ke Unit Forensik HRPZ II,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Pisang, di sini, semalam.
Menurutnya, kini dua cucunya berada di bawah jagaannya sementara menantunya dirawat di hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian berkenaan.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:13 AM


HASMAH menunjukkan gambar arwah anaknya, Nurul Izzati yang maut akibat terkena renjatan elektrik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111804#sthash.1iaLgka4.dpuf

Kilang perabot musnah dijilat api

Kuantan: Sebuah kilang perabot di Tanjung Lumpur, musnah dalam kebakaran, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 4.30 pagi itu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.32 pagi.
Beliau berkata, dua jentera dengan kekuatan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran bagi mengelak api merebak ke rumah penduduk serta premis berhampiran,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada pengawal keselamatan bertugas di kilang itu ketika kejadian berlaku.
Menurutnya, kebakaran disedari penduduk kampung berhampiran yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.
“Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:21 AM


kilang perabot yang mu
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111819#sthash.sgrcFDxK.dpuf

Padah rompak pekerja salun


MAT FAIZUL dijatuhi hukuman jel enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam selepas mengaku bersalah merompak pekerja salun.


KOTA BHARU – Perbuatan seorang buruh merompak seorang pekerja salun selepas mendapatkan perkhidmatan gunting rambut pada tahun lalu menerima padah apabila dihukum penjara selama enam tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Mat Faizul Mat Din, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Mat Faizul didakwa merompak Sity Taysha Abd Aziz, 22, dan melarikan dua unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM30 di premis Ezie Saloon depan Kem Desa Pahlawan, Bukit Cina, Machang dekat sini pada pukul 11 pagi, 30 Januari 2014.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3yxjMb1ch 
Hakcipta terpelihara 

Murid taska maut dilanggar ibu


Kesan darah dan kasut-kasut bertaburan apabila seorang wanita tertekan pedal minyak lalu merempuh anak sendiri, cikgu dan dua murid lain di Taska Alam Damai, Taman Seputih di Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Kegembiraan seorang ibu menghantar anak ke taska bertukar tragedi apabila dia secara tidak se­ngaja merempuh anaknya ketika memandu kereta dalam kejadian di Taska Alam Damai, Taman Seputih di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi, Megan Wong Shi Ting, 4, yang merupakan murid di Taska Alam Damai meninggal dunia ketika dirawat di Hospital KPJ di sini.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang guru wanita berusia 25 tahun dan dua orang murid lain masing-masing berumur lima dan enam tahun turut cedera.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, kejadian dikatakan berlaku selepas wanita berusia 36 tahun itu baru menurunkan anaknya di depan taska berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3yxiqKSPT 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki dibogel, diugut bayar RM5,000 kepada ibu tunggal


JEMPOL 1 Feb. - Seorang lelaki dibogel dan diugut supaya menyerahkan wang sebanyak RM5,000 oleh teman wanitanya di Mahsan di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 48 tahun turut cedera dipukul oleh sekumpulan lima lelaki dipercayai rakan wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka kemudian merakam gambar bogel mangsa dan memintanya menyerahkan wang RM5,000.
Katanya, sekiranya mangsa enggan berbuat demikian, wanita itu mengugut akan membuat laporan polis mendakwa lelaki tersebut mencabulnya.
Ekoran kejadian itu pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 33 tahun yang juga ibu tunggal bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-dibogel-diugut-bayar-rm5-000-kepada-ibu-tunggal-1.185651#sthash.GdoSYaOR.dpuf

Mati akibat ditetak 10 lelaki


KUALA LUMPUR 1 Feb. – Gara-gara berebut kawasan tempat letak kereta, seorang lelaki maut selepas dia ditetak oleh sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Taman Mawar, Puchong dekat sini Sabtu lalu.
Razimi Ahmad
Lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tidak lama selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad memberitahu, dalam kejadian yang berlaku pukul 8 malam itu, mangsa bersama rakannya berada di restoran berkenaan sebelum didatangi kumpulan suspek.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa dan rakannya telah dipukul dan ditetak dengan menggunakan pedang dan parang oleh 10 orang suspek.
“Adik mangsa telah membawanya ke PPUM namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.33 malam akibat kecederaan parah di badan,” katanya di sini hari ini.
Jelas Razimi, polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah parang berukuran 22 inci.
Tambahnya, buat masa ini, pihaknya telah menahan enam orang suspek selain mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujar beliau.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mati-akibat-ditetak-10-lelaki-1.185875#sthash.7unH7dN6.dpuf