Search This Blog

Saturday, January 30, 2016

Lelaki Ditemui Mati Dipercayai Dipukul Dengan Besi


Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 5:39 PM

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dipukul dengan sebatang besi di sebuah kedai Perkhidmatan Pengebumian, di Lebuh Carnavon di sini awal pagi Jumaat.
Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Maniam, 60-an, itu dijumpai berlumuran darah di atas kerusi di bahagian hadapan dalam kedai itu pada 4.30 pagi.
"Terdapat kecederaan kesan hentakan dengan benda tumpul dan keras di kepalanya. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui tetapi menurut beberapa saksi, lelaki itu tinggal di sekitar kawasan berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid di sini Jumaat.
Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang cuba melarikan diri melalui bahagian belakang kawasan perumahan itu semasa polis tiba di tempat kejadian.
Lelaki terbabit dipercayai bertengkar dengan mangsa, katanya sambil memberitahu polis menemui sebatang besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai identiti mangsa agar menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Mohammad Khalil Khalid di talian 04-2181822 atau 019-4116656.
Sementara itu dalam perkembangan lain, sepasang suami isteri warga England kerugian RM85,000 setelah disamun seorang lelaki yang datang ke kediaman mereka di Lorong Delima, Island Glades di sini, kononnya untuk membeli kerusi kayu yang ingin dijual pasangan berusia 60-an itu.
Mior Faridalatrash berkata antara barang yang dilarikan dalam kejadian 5 petang semalam itu, barangan kemas, berlian, tablet, wang tunai, telefon bimbit dan pasport.
"Rabu lepas (27 Jan) pasangan itu membuat iklan dalam mudah.com untuk menjual perabot kerusi kayu dalam rumah milik saudara mereka dan keesokannya (28 Jan) seorang lelaki berusia 40-an datang ke rumah itu untuk melihat barang yang ingin dijual.
"Semasa mereka berbincang lelaki terbabit memberitahu dia mempunyai kedai emas milik ibunya dan pandai mencuci barang kemas...selepas kira-kira dua jam berbincang dan mencuci barang kemas wanita England itu, lelaki terbabit meminta untuk melihat kerusi kayu yang ingin dijual," katanya.
Beliau berkata pasangan berkenaan naik ke tingkat atas rumah dua tingkat itu untuk mengambil kerusi kayu dan sebaik turun, mereka mendapati lelaki terbabit telah tiada dalam rumah dan barang kemas serta beberapa barangan berharga turut hilang. - BERNAMA

Pekerja Indah Water Maut Terkena Renjatan Elektrik


Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 11:51 PM

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Indah Water Konsortium maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan penyelenggaran di loji syarikat itu di Taman Cheras Utama, di sini, Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada 5.09 petang dan mangsa dikenali sebagai Muizzudin Baharin, 25.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang terlibat dalam operasi itu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa sedang membuat kerja penyelenggaraan di loji berkenaan.
"Menurut saksi, mangsa sedang membuat kerja penyelenggaraan bersama dua lagi rakan sekerjanya dan secara tiba-tiba terkena renjatan elektrik di loji itu," katanya sambil menambah seorang pekerja kemudiannya menghubungi pihak berkuasa mengenai kejadian itu.
Willey berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. - BERNAMA

RM85,000 Lesap Di Tangan 'Tukang Cuci Emas'


Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 9:47 AM
- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Pasangan British yang mengiklankan untuk menjual enam buah kerusi secara 'online' akhirnya kehilangan barang kemas bernilai RM85,000, wang tunai dan alat elektronik di tangan 'bakal pembeli'.

Pasangan berusia lingkungan 60-an itu mengiklankan jualan kerusi kayu pada Rabu dan mereka telah dihubungi oleh seorang lelaki, dipercayai warga Malaysia yang ingin membeli barang itu pada hari berikutnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid  berkata pasangan itu telah menjemput bakal pembeli itu ke rumah dua tingkat milik bapa saudara mereka di Island Glades untuk perbincangan.

"Apabila dia tiba di rumah itu, dia memberitahu pasangan itu bahawa ibunya memiliki kedai barang kemas dan dia mahir dalam membersihkan barang kemas.

"Pasangan itu kemudian menyerahkan barang kemas mereka kepadanya untuk dicuci. Terdapat beberapa perbincangan dan lelaki itu mengambil masa dua jam untuk membersihkannya.

"Dia kemudian meminta untuk melihat kerusi yang hendak dijual, "kata Mior Faridalathrash, Jumaat.

Apabila pasangan British itu naik ke atas untuk mengambil kerusi itu, dia melarikan diri bersama beberapa iPad, telefon pintar, empat bentuk cincin emas, kalung emas dengan loket jed, sepasang anting-anting emas, enam kerongsang jed, 13 berlian, satu set alat bantuan pendengaran, pasport pasangan itu, lesen memandu dan wang tunai RM500.

"Mereka masih terkejut," kata beliau sambil menambah bahawa laporan telah dibuat di Balai Polis Jelutong.

Hancur digilis kerana lambat turun keretapi


Sedutan rakaman CCTV menunjukkan Kiran Devi terjatuh ke landasan sebelum digilis keretapi
MUMBAI - INDIA. Seorang wanita berumur 55 tahun hancur digilis selepas terjatuh ke landasan akibat keluar dari keretapi yang sedang bergerak semalam.
Menurut laporan India.com, Kiran Devi yang bersama-sama dengan keluarganya lambat turun dari kenderaan tersebut kerana mengemas barang.
Keretapi yang telah berhenti selama 10 minit tersebut kemudian mula bergerak dan Kiran cuba keluar fari gerabak dan menuju ke pelantar.
Nasib tidak menyebelahi Kiran apabila beliau terjatuh ke dalam ruang di antara gerabak dan pelantar, menyebabkan beliau digilis hingga hancur.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh CCTV dan pihak pengendali kereta api masih melakukan siasatan.

198 foto dera tahanan akan didedah


Sebanyak 198 imej memaparkan bukti penderaan ke atas tahanan di Iraq dan Afghanistan akan didedahkan.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kumpulan hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS), kelmarin memaklumkan Pentagon telah berjanji untuk mendedahkan hampir 200 gambar memaparkan penderaan ke atas tahanan di Iraq dan Afghanistan.
Keputusan itu dibuat selepas Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) mengemukakan tuntutan kepada mahkamah untuk mendesak tentera AS mengeluarkan kira-kira 2,000 foto penyeksaan yang dibuat terhadap tahanan di kedua-dua negara terbabit pada 2004.
"Sebanyak 198 imej akan dimuat naik secara dalam talian oleh Pentagon pada hari ini," kata jurucakapnya.
Sebelum ini, Kongres yang dikuasai Republikan meluluskan pengecualian kepada Akta Kebebasan Maklumat untuk mengelakkan pendedahan imej terbabit yang dijangka mencetuskan kecaman daripada aktivis hak asasi manusia.
Mac lalu, Pentagon bertindak mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk membenarkan kesemua gambar kontroversi tersebut didedahkan kepada umum.
Kesemua foto terbabit berkaitan dengan tahanan di penjara Bagram di Kabul dan pusat tahanan Abu Ghraib di Baghdad. - Press T
V

WHO: Virus Zika merebak dengan cepat


Virus Zika menyebabkan kecatatan pada kelahiran.
GENEVA - SWITZERLAND . Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, virus Zika yang merebak di Amerika dipercayai ada kaitan dengan kecacatan kelahiran akan menyebabkan antara 3 juta hingga 4 juta orang akan dijangkiti.
Pengarah WHO, Margaret Chan berkata, jangkitan yang disebabkan oleh nyamuk yang pada mulanya adalah ancaman ringgan menjadi salah satu bahagian yang membimbangkan.
Margaret berkata, WHO akan mengadakan jawatakuasa kecemasan pada Isnin untuk membantu menentukan tahap tindak balas antarabangsa kepada wabak virus yang  merebak dari Brazil.
"Tanda amaran adalah tinggi.
"Virus Zika merebak dengan pantas," katanya pada mesyuarat bersama ahli lembaga eksekutif WHO dipetik AFP.
Tambahnya lagi, sehingga hari ini, kes dilaporkan di 23 negara dan wilayah di Amerika.
Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di pejabat serantau WHO, Marcos Espinal berkata 3 hingga 4 juta kes melibatkan virus Zika tetapi tidak memberi tempoh masa.
Dijangkakan 80% orang yang dijangkiti tidak menunjukkan simpton dan menyukarkan untuk mengenalpasti samada dijangkiti atau sebaliknya.
Kementerian Kesihatan Brazil berkata, pada November 2015, virus yang disebabkan kecacatan janin dikenali sebagai microcephhaly dimana bayi yang dilahirkan berkepala kecil.
Di Brazil, 3,893 kes disyaki microcephaly dilaporkan.
Walaupun kaitan langsung virus Zika yang menyebabkan kecatatan kelahiran masih belum disahkan namun, ia berkemungkinan besar mempunyai kaitan.

Menyamar jadi polis sebelum rogol budak


Gambar Hiasan

EDMONTON - CANADA. Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menyamar sebagai penguatkuasa undang-undang dan merogol seorang kanak-kanak.
Memetik laporan Mirror.co.uk, pada hari kejadian, lelaki tersebut yang mengaku sebagai seorang polis menaiki motor dan menahan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Menurut pegawai siasatan, Detektif Inspektor Tracey Cormack, suspek kemudiannya memberitahu kanak-kanak terbabit bahawa kanak-kanak itu disyaki terlibat dalam kes kecurian dan perlu diperiksa.
“Selepas menahan mangsa, suspek kemudiannya menggunakan pisau dan mengugut untuk mencederakan mangsa sebelum merogol mangsa,” katanya.
Serangan tersebut dikaitkan dengan satu lagi insiden satu jam sebelumnya di lokasi berlainan.
Dalam insiden tersebut, seorang lelaki bermotorsikal telah menahan seorang budak perempuan dan meminta kanak-kanak terbabit untuk masuk ke dalam sebuah van.
Menurut kanak-kanak itu, lelaki tersebut yang mengaku sebagai anggota polis memberitahu bahawa dia terpaksa menahan kanak-kanak itu.
Lelaki tersebut dikatakan menarik pinggang kanak-kanak terbabit untuk menyumbatkannya ke dalam van tersebut, bagaimanapun kanak-kanak terbabit berjaya melepaskan diri.
Susulan itu, pihak polis melakukan tahanan ke atas suspek itu yang dipercayai mempunyai hubungkait ke atas dua kejadian tersebut
.

Ibu kantoi libatkan anak dalam pornografi


BUCHAREST - ROMANIA . Seorang ibu sanggup bertindak kejam dengan mendera bayi perempuannya secara seksual dan memuatnaik aksi perbuatannya itu ke sebuah laman web.
Memetik laporan Metro.co.uk, ibu kepada dua anak itu melakukan perbuatan tersebut demi mendapatkan habuan hampir £10,000 (RM 59,012.18).
Wanita tersebut akhirnya ditahan di Romania setelah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membocorkan maklumat tentang kegiatan wanita tersebut.
Ketika ditahan, wanita terbabit memberitahu bahawa bayinya yang berusia 11 bulan itu tidak akan terkesan dari segi mental kerana bayi itu masih kecil.
“Saya terlibat dengan dunia ini ketika saya masih mengandung dan selepas saya melahirkan anak saya, saya buat keputusan untuk libatkan dia dalam dunia saya.
“Ada klien saya yang meminta saya untuk melakukan ‘sesuatu’ kepada bayi saya dan mereka sanggup bayar dengan harga yang tinggi,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal berkenaan.
Difahamkan, pihak berkuasa Amerika Syarikat menemui bukti kukuh yang mengaitkan kesalahan wanita terbabit apabila menyiasat seorang lagi individu, Brandon Gresette atas dakwaan eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak.
Wanita berkenaan bergerak aktif di sebuah laman web dengan menggunakan nama samaran dan dipercayai pernah menerima sejumlah transaksi wang daripada Gresette.

Kilang proses asam jawa, kicap ditutup



Hang SOON (dua dari kanan) bersama Pengarah Kesihatan negeri Perak, Datuk Juita Ghazali (kanan) ketika memeriksa sebuah kilang kicap di Ipoh semalam.


IPOH – Sebuah kilang memproses kicap dan asam jawa di sini diarah tutup selama dua minggu setelah didapati kotor semasa diperiksa semalam.
Operasi selama dua jam yang bermula pukul 10 pagi itu dilakukan di kilang memproses kicap di Taman Rishah dan kilang memproses asam jawa di Taman Pertama.
Selain penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri, operasi turut disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, ke­dua-dua kilang itu diarah tu­tup bagi melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Menurut Hang Soon, pekerja kedua-dua kilang juga didapati gagal mematuhi etika berpakaian iaitu tidak memakai penutup kepala dan mulut, apron serta sarung tangan.
“Kita dapati stor kilang asam jawa juga kurang bersih.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3ygDgmWZs 
Hakcipta terpelihara 

Jari tersepit celah radiator


ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan tangan mangsayang tersepit di celah radiator kenderaannya di Kluang kelmarin.


JOHOR BAHRU – Seorang anggota tentera melalui detik cemas apabila jari tangan kanannya tersepit hampir 30 minit pada kipas radiator kenderaannya di Taman Seri Impian, Kluang kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mang­sa, Sharunizam Roslani, 40, dipercayai cuba membuka bateri kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora miliknya menggunakan sepana.
Malangnya, sepana yang digunakan terjatuh ke dalam ruang enjin menyebabkan mangsa cuba mengambilnya dengan menyeluk tangan kanannya ke dalam ruang berkenaan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Zulbaharin Talib berkata, mangsa mulanya cuba menarik keluar tangannya yang tersepit pada celah kipas radiator itu berkali-kali tetapi gagal lalu meminta pertolongan jirannya.
Menurut beliau, pihak­nya menerima panggilan kecemasan daripada isteri mangsa pukul 4.30 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3ygD7Gk00 
Hakcipta terpelihara 

Guru maut terkena renjatan elektrik


ISTERI Mohd. Farhan, Nor Faizun kini sedang mengandung empat bulan.


SHAH ALAM – Seorang guru maut terkena renjatan elektrik ketika bersandar di pintu aluminium dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Farhan Mashugi, 32, guru SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang bersama empat rakannya sedang ber­teduh daripada hujan di dewan terbabit selepas menjalani latihan di padang sekolah.
Difahamkan, kelima-lima guru terbabit sedang menghadiri kursus kejurulatihan bola sepak di sekolah itu bersama 35 guru lain, namun semasa kejadian kebanyakan guru sudah pulang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, semasa kejadian, hujan lebat berserta petir dan mangsa serta empat rakannya bergegas ke dewan tersebut untuk berlindung.
“Tiba-tiba berlaku petir, mang­sa yang bersandar pada pintu aluminium tersebut telah rebah dan mengalami kece­deraan parah pada dada hingga kepala akibat terkena renjatan elektrik yang berpunca daripada panahan petir berkenaan.
“Dua rakan mang­sa cuba membantu, namun mereka juga terkena renjatan elektrik dan pengsan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, Mohd. Farhan disahkan me­ninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala dua lagi rakannya berada dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat hospital.
Sementara itu, di Tanjung Karang, isteri kepada Mohd. Farhan, Nor Faizun Abdul Habib, 32, berkata, pada pagi hari kejadian, suaminya seolah-olah tidak bersemangat dan malas untuk meninggalkan rumah mereka untuk menghadiri kursus


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3ygCf85xM 
Hakcipta terpelihara 

Wanita hamil elak lawat negara dilanda zika


PUTRAJAYA – Semua pelawat dari Amerika Selatan dan rak­yat negara ini yang mempunyai gejala demam serta bintik-bintik dikehendaki melaporkan diri ke pusat kua­rantin kesihatan apabila tiba di Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, langkah itu adalah bagi mengekang kemasukan virus zika memandangkan ujian saringan kesihatan umum di pintu masuk negara adalah tidak praktikal.
“Gejalanya adalah ringan dan sukar dikesan selain ketia­daan ujian cepat yang boleh digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Dalam pada itu, Lokman Hakim menasihatkan wanita mengandung agar tidak me­lakukan lawatan ke negara-negara terlibat dengan virus zika.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3ygC3llhJ 
Hakcipta terpelihara 

4 juta bakal dijangkiti zika


DANIELE Ferreira mendukung anaknya, Juan Pedro yang dilahirkan menghidap mikrosefali dan dikaitkan dengan virus zika di pusat pemulihan Altino Ventura di bandar Recife, Brazil kelmarin.


CHICAGO – Pasukan penyiasat wabak penyakit Amerika Syarikat (AS) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi penularan virus zika yang dilihat menjadi ancaman besar kepada dunia pada masa kini.
Bagi menangani virus itu, AS turut melantik beratus-ratus pakar­nya mengkaji impak wabak pe­nyakit itu di benua Amerika.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) pada Ahad lalu membuka sebuah pusat operasi kecemasan dengan kakitangannya bertugas 24 jam bagi menangani virus zika.
Beberapa pegawai CDC berkata, kuman itu yang disebarkan oleh nya­muk Aedes telah dikaitkan de­ngan kecacatan otak dalam kalangan beribu-ribu bayi baru lahir di Brazil.
CDC sebelum ini membuka pusat operasi serupa bagi menguruskan wabak Ebola pada 2014 dan epidemik kolera di Haiti yang bermula pada 2010.
Kali ini, pasukan tersebut me­rangkumi lebih ramai pakar melibatkan kesihatan janin dan bayi memandangkan impak luar biasa disebabkan virus zika.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ygBRHL3D 
Hakcipta terpelihara 

Cubaan seludup burung murai berharga RM1,000 seekor tumpas


30 Januari 2016 12:43 AM


JOHOR BAHRU 29 Jan. – Permintaan burung murai yang tinggi di Indonesia untuk jadikan haiwan peliharaan hingga mencecah lebih RM1,000 seekor menjadi antara penyebab kegiatan menyeludup haiwan tersebut masih dilakukan.
Burung murai tersebut mempunyai pelbagai kategori dan kebanyakan haiwan daripada spesies hidupan liar yang dilindungi itu diperoleh di negeri ini, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pahang sebelum diseludup ke negara jiran.
Terbaharu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri mematahkan cubaan menyeludup 468 burung murai ke Batam, Indonesia di perairan Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, malam semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu, dua warga tempatan dan dua warga Indonesia ditahan semasa menjalankan aktiviti memunggah bakul-bakul berisi burung murai berkenaan ke dalam bot di kawasan perairan tersebut.
Penolong Pengarah Kanan Perhilitan negeri, Mohamad Suhaimi Sulaiman berkata, burung-burung tersebut dibawa dengan menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda lalu dipindahkan ke dalam sebuah bot sebelum dibawa ke Batam, Indonesia.
“Menerusi siasatan, suspek utama yang bertanggungjawab dalam penyeludupan hidupan liar tersebut mengaku mengambil semua bekalan tersebut dari Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan beberapa negeri lain.
“Mereka dibantu dengan penglibatan beberapa individu di negeri terbabit sebelum dibawa ke Indonesia secara haram dengan menggunakan jalan laut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut Mohamad Suhaimi, selain burung murai turut dirampas dua kenderaan berkenaan, sebuah bot dan enjin bot yang digunakan untuk kegiatan tersebut dan semuanya dianggarkan bernilai RM400,000.
Ujarnya, anggaran harga untuk setiap seekor burung murai batu antara RM300 hingga lebih RM1,000 bergantung kepada kua­liti, saiz dan permintaan burung berkenaan.
Katanya, menerusi penangkapan suspek utama tersebut pihak Perhilitan percaya berjaya menumpaskan sebahagian daripada rangkaian sindiket penyeludupan burung murai di negeri ini namun masih memburu beberapa individu lain yang terlibat.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/cubaan-seludup-burung-murai-berharga-rm1-000-seekor-tumpas-1.184867#sthash.koB9zjkZ.dpuf

Warga emas rugi RM100,000 ditipu gores dan menang


TAIPING 29 Jan. – Hasrat seorang lelaki warga emas dari Taman Medan Saujana, Kamunting dekat sini untuk memiliki sebuah kereta Toyota Camry berkecai apabila dia sebenarnya menjadi mangsa sindiket gores dan menang.
Akibatnya, mangsa yang berusia 70 tahun itu kerugian RM100,000 selepas tertarik dengan hadiah yang bakal dimenanginya apabila menyertai peraduan sindiket tersebut, semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah membuat serbuan pada hari yang sama.
“Satu serbuan telah dibuat di sebuah kedai menjual perkakasan elektrik kira-kira pukul 2.05 petang di sebuah premis di Taman Medan Saujana, Kamunting, di sini.
“Polis berjaya menahan dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun selain turut merampas beberapa barangan yang digunakan oleh suspek. Kedua-duanya kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah beliau, antara barangan yang dirampas ialah lima keping borang surat pengesahan menang hadiah, 26 keping borang senarai hadiah, lima keping borang kelayakan serta lapan keping kad gores dan menang.
Selain itu, turut dirampas, satu unit tilam jenama Jade Mastters, tiga keping kertas gambar kereta Toyota dan tiga keping kertas gambar pelanggan yang berjaya memenangi hadiah.
Katanya, sindiket berkenaan telah mula beroperasi kira-kira enam bulan lalu dan polis juga sebelum ini turut membuat beberapa tangkapan.
“Pihak polis memohon supaya mangsa-mangsa terlibat tidak bertindak menarik semula laporan mereka sebaik perkara tersebut dilaporkan.
“Tindakan itu tidak bertanggungjawab dan menggagalkan usaha polis untuk menangani jenayah selain memberi keyakinan kepada sindiket untuk terus mencari mangsa-mangsa lain,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/warga-emas-rugi-rm100-000-ditipu-gores-dan-menang-1.185027#sthash.g8uhm4oh.dpuf

Lima penjenayah gagal culik warga Bangladesh


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Cubaan lima penjenayah termasuk tiga warga Myanmar untuk mendapatkan wang tebusan RM400,000 hasil daripada penculikan seorang lelaki warga Bangladesh gagal apabila mereka ditahan pihak polis dalam serbuan berasingan ming­gu lalu.
Kesemua suspek berusia lingkungan 19 hingga 42 tahun itu ditahan di beberapa lokasi ber­asingan iaitu di Batu Caves, Kajang, Ulu Yam dan Kampung Baru Su­bang.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga buah telefon bimbit, kad kuasa dan lencana unit risikan khas bahagian keselamatan negara, dompet berwarna coklat yang mengandungi dokumen kepunyaan mangsa dan wang tunai RM2,000.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dalam kejadian pada 22 Januari lalu, mangsa, 32, dipercayai telah diculik oleh dua lelaki yang menaiki kereta berwarna putih ketika sedang bekerja di sebuah kedai runcit di USJ 14, dekat sini.
Menurut beliau, salah seorang suspek telah menghubungi ahli keluarga mangsa di Bangladesh dan meminta wang tebusan RM400,000 atau mengugut untuk membunuh mangsa.
Ujarnya, berdasarkan maklumat dan risikan pihak polis, dua suspek warga Myanmar berusia 23 dan 33 tahun ditahan di Jalan Semenyih, Kajang pada 25 Januari lalu.
“Susulan penangkapan tersebut, pihak polis berjaya menahan tiga lagi suspek di Prima Sri Gombak, Ulu Yam dan Kampung Baru Subang. Bagaimanapun, dua lagi lelaki warga Bangladesh dan Myan­mar berjaya melarikan diri.
“Kita juga berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini dapat tampil memberikan kerjasama dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lima-penjenayah-gagal-culik-warga-bangladesh-1.184984#sthash.wFcUh70r.dpuf

Polis tumpaskan 3 kumpulan curi motosikal


Abdul Aziz Salleh (depan) menunjukkan sebanyak 11 motosikal yang
Abdul Aziz Salleh (depan) menunjukkan sebanyak 11 motosikal yang berjaya ditemukan semula dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah, Kuantan, Pahang, semalam. UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN 29 Jan. – Polis berjaya menumpaskan tiga kumpulan yang melakukan kegiatan mencuri motosikal di sekitar bandar ini dalam operasi yang dijalankan selama lapan hari bermula 20 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan tersebut, polis berjaya menemukan kembali 11 buah motosikal, sebuah enjin, dua unit casis dan pelbagai komponen termasuk peralatan yang digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah tersebut.
“Seramai tujuh lelaki daripada tiga kumpulan tersebut berusia antara 13 hingga 30 tahun ditahan dalam operasi itu di sekitar bandar ini.
“Dalam tangkapan kumpulan pertama dikenali Fidal Balok, lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 13 tahun ditahan pada 20 Januari lalu di sekitar bandar ini dan hasil pemeriksaan di sebuah rumah, kita menemukan tujuh buah motor termasuk dua unit casis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, tiga daripada suspek yang ditahan itu didapati positif dadah jenis amphetamine.
“Pada 22 Januari, polis memberkas seorang lagi suspek berusia 25 tahun yang dipercayai ketua kumpulan Wan Bypass di sebuah rumah dan merampas dua buah motosikal termasuk sebuah yang dilaporkan hilang di Taiping, Perak. Hasil pemeriksaan, nombor enjin dan casisnya telah dikikis.
“Hasil siasatan, suspek mempunyai dua rekod jenayah dan dikehendaki polis berkaitan kesalahan dadah,” jelasnya.
Sementara itu, katanya, tangkapan terakhir dibuat pada 28 Januari lalu di sebuah rumah di Beserah dan seorang suspek dipercayai dari Kumpulan Duan Gebeng ditahan bersama dua buah motosikal yang dicuri.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-tumpaskan-3-kumpulan-curi-motosikal-1.185003#sthash.Z9lnpdTH.dpuf

Pemandu van 
maut ditetak


Sekumpulan lelaki cuba menyamun mangsa

ANGGOTA polis menyiasat  sebuah van yang pemandunya maut ditetak
ANGGOTA polis menyiasat sebuah van yang pemandunya maut ditetak oleh sekumpulan lelaki di Bandar Cassia, Batu Kawan, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.
NIBONG TEBAL 29 Jan. - Seorang pemandu van maut ditetak oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai cuba menyamunnya ketika berhenti di lampu isyarat Bandar Cassia, Batu Kawan, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berumur 27 tahun maut semasa dalam perjalanan ke hospital ekoran kecederaan parah di badan dan kepalanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Wan Hassan Wan Ahmad yang dihubu­ngi berkata, ketika kejadian mangsa memandu kenderaan itu dan dalam perjalanan ke rumahnya yang terletak kawasan berdekatan selepas menghantar pekerja sebuah kilang di Perai.
Menurutnya, sebaik sahaja berada di lampu isyarat itu, mang­sa dihampiri sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan meminta dia menyerah barangan berharga jika tidak mahu dice­derakan.
“Ekoran itu dipercayai berlaku pergelutan di antara mangsa dan kesemua suspek sehingga menyebabkan mangsa ditetak di tempat kejadian.
“Mangsa yang cedera parah itu ditinggalkan di lokasi kejadian dan kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal,” katanya.
Kata Wan Hassan, selepas kejadian mangsa yang cedera parah mencari jalan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
“Sebaik sahaja tiba di rumah, mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan sebelum disahkan mati di Hospital Seberang Jaya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemandu-van-8232-maut-ditetak-1.185007#sthash.SYLEWUKN.dpuf

Lelaki bawa pistol ke Disneyland Paris ditahan


PARIS 29 Jan. – Seorang lelaki ditahan oleh pihak berkuasa Perancis selepas didapati membawa dua pucuk pistol ke pusat percutian Disneyland, dekat Paris malam tadi.
Sumber keselamatan berkata, lelaki itu ditahan ketika memasuki sebuah hotel, lokasi suspek menempah sebuah bilik dan pemeriksaan pengawal keselamatan mendapat dia membawa senjata terbabit dan sejumlah peluru.
Bagaimanapun sumber itu menjelaskan, siasatan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan, sebaliknya memberi alasan membawa pistol tersebut bagi tujuan keselamatan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-bawa-pistol-ke-disneyland-paris-ditahan-1.184689#sthash.fPCXP61g.dpuf