Search This Blog

Thursday, January 28, 2016

Peti besi dikorek, wang gaji pekerja RM60,000 lesap


Keadaan peti besi milik mangsa yang diumpil perompak.
JEMPOL - Seorang peniaga mengalami nasib sama dengan peniaga pasaraya jalan Mahsan, apabila mengalami kerugian RM60,000 selepas peti besi yang menyimpan wang itu lesap pagi tadi.
Insiden di sebuah kedai barang perkakasan itu disedari pemiliknya yang berusia 61 tahun, ketika dia datang ke lokasi sekitar jam 8 pagi.
Lebih mengharukan, wang itu merupakan gaji bulanan pekerjanya yang akan dibayar tidak lama lagi.
Ketua polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa mendapati kedai dalam  keadaan berselerak dan  peti besi di dalam pejabat telah dipecahkan.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai memecah masuk dengan cara mengunting pagar di bahagian belakang berhampiran kebun getah. Kemudian memecahkan pintu bahagian tepi bangunan untuk masuk ke premis.
"Suspek seterusnya mengumpil pintu gelongsor besi dan masuk ke bahagian pejabat.  Terdapat peti besi diletakkan di dalam sebuah kabinet kayu, pintu peti besi diumpil dan wang berjumlah RM60 000 dilarikan,"katanya ketika mengesahkan laporan sebentar tadi.
Noorzainy berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup suspek dipercayai masuk ke dalam premis bermula pukul 4 pagi sehingga 428 pagi tadi.
"Hasil siasatan kita menemui tiga cap jari dan turut menemui satu pemotong wayar," katanya.
Noorzainy berkata, pihaknya berharap peniaga tidak menyimpan wang dalam nilai yang banyak di dalam premis perniagaan atau rumah.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini disiasat mengikut seksyen 457 kanun keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan," katanya.

Pekerja kilang maut diseret lori


Mangsa terperosok di bawah lori dalam kejadian kemalangan di Simpang Tiga, Parit Buntar.

PARIT BUNTAR - Hajat seorang pekerja kilang pulang makan tengah hari di rumah tidak kesampaian apabila maut diseret sebuah lori dalam kejadian kemalangan di Simpang Tiga, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 12 tengahari itu, mangsa, Mohd Rozaidi Ahmad Nazri,32, dari Kampung Kedah, di sini maut di lokasi kejadian setelah motosikal jenis Honda EX5 ditunggang diseret sebuah lori yang mahu memasuki kawasan premis peralatan pertukangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Simpang Tiga, di sini.
Abang mangsa, Mohd Razif,33, berkata, berdasarkan maklumat saksi kejadian, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di kawasan perindustrian Simpang Lima untuk makan tengah hari.
Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa tidak menyedari kehadiran sebuah lori yang menyeberangi laluan bertentangan secara tiba-tiba untuk memasuki sebuah premis peralatan pertukangan di situ.
"Arwah tidak sempat mengelak akhirnya dirempuh dan diseret lori berkenaan yang dipercayai turut tidak menyedari kelibat arwah di hadapannya.
"Arwah bersama motosikalnya diseret sejauh lima meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,"katanya sewaktu ditemui media di bilik mayat Hospital Parit Buntar di sini, semalam.
Mohd Razif berkata, sejak sebulan lalu, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan masih bujang, menunjukkan sikap luar biasa apabila sering berdiam diri dan membuat hal sendiri.
"Sikap aneh itu amat berbeza dengan peribadi sebenar arwah yang sentiasa ceria dan amat mengambil berat masalah keluarga.
"Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hijau, Kampung Kedah pada jam 6 petang selepas selesai proses bedah siasat,"katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan
.

Tedung ‘ketuk’ tingkap


Suhaimi menunjukkan lokasi ular tedung selar ‘mengetuk’ tingkap rumahnya di Taman Seri Pandan.
Menurut Suhaimi Isa, 66, dia terkejut selepas melihat seekor ular tedung selar sepanjang 3.5 meter 'mengetuk' tingkap rumahnya, seolah-olah ingin masuk ke kediaman berkenaan.
Suhaimi yang juga Imam Masjid Kariah Pelangai berkata, ketika kejadian, dia sedang tunggu untuk solat Asar.
"Ketika itu hujan dan saya terdengar bunyi ketukan dari tingkap depan. Ingatkan budak-budak ketuk tingkap sebab saya buat kedai runcit kecil-kecilan di sini.
"Tetapi bila perhati betul-betul, saya terkejut seekor ular tedung sedang jengah tingkap. Bila saya buka pintu hadapan rumah, reptilia itu memandang saya dan cuba mematuk namun tidak sempat kerana saya cepat-cepat tutup pintu," katanya.
Katanya, dia bergegas memberitahu isterinya, Nor Asiah Sidek, 65,  sebelum memberanikan diri membuka semula pintu rumahnya.
"Saya jengah dekat tingkap tapi ular tu dah tak ada. Kemudian saya yakinkan diri buka pintu depan untuk tengok kalau-kalau ular itu sudah tiada.
"Namun sangkaan saya meleset...ular itu berada depan pintu manakala kepalanya masuk ke dalam longkang. Saya terus memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi JKKK Seri Pandan, Mohd Zuhan Ishak, 54, sebelum ketua kampung menghubungi JPAM," katanya.
Sementara itu, empat anggota JPAM diketuai oleh Nur Emyelia Sabaruddin bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.30 petang.
“Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular berkenaan yang bersembunyi di dalam longkang. Kedudukan kepala ular berkenaan agak tersorok dan dipenuhi air hujan menyukarkan kami untuk menjerut bahagian kepalanya.
"Alhamdulillah, setelah hampir setengah jam berusaha, reptilia itu berjaya dijinakkan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Zuhan menzahirkan ucapan terima kasih kepada JPAM kerana berjaya menangkap reptilia berbisa yang boleh mengancam keselamatan penduduk.

Terkejut jumpa objek seperti serpihan pesawat


Terkejut jumpa objek seperti serpihan pesawat
Zakaria menunjukkan objek logam dipercayai serpihan pesawat yang ditemuinya di pantai Beting Lintang. – Foto Sinar Harian

BESUT - Seorang tukang rumah terkejut apabila menemui satu objek disyaki serpihan bangkai pesawat di tepi pantai Beting Lintang  dekat Kampung Raja, di sini petang semalam.
Penemuan serpihan tersebut menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines  System (MAS) penerbangan MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.
Lelaki terbabit, Zakaria Muhammad, 26, berkata, dia menemui satu serpihan logam besar itu ketika berjalan di tepi pantai bersama anak perempuannya  berusia 9 tahun  kira-kira jam 6 petang.
Menurutnya, sebaik sahaja terpandang objek yang berada  di dalam air di tepi pantai tersebut, dia bertindak menarik objek tersebut ke pantai.
“Selepas terpandang objek tersebut, saya terus terlintas ia adalah serpihan pesawat (MH370) kerana bentuk dan warnanya.
“Apabila saya mendekati objek itu, saya bertambah yakin kerana ia adalah kepingan logam tahan karat aluminium,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Zakaria berkata lagi, sebaik menemui objek itu petang semalam dia hanya memaklumkan penemuan tersebut kepada beberapa penduduk kampung sebelum berita penemuan itu menjadi heboh selepas tersebar melalui laman sosial pagi tadi.
Menurutnya, bangkai tersebut yang dianggarkan berukuran kira-kira tiga meter panjang dan satu meter lebar mempunyai beberapa lapisan logam serta kesan telah terpisah daripada bahagian lain.
Zakaria lagi, ada beberapa individu dipercayai terlibat dalam bidang penerbangan datang melihat serpihan ini kira-kira jam 11 pagi semalam dan mendakwa serpihan tersebut dipercayai sebahagian daripada kulit enjin sebuah pesawat.
“Penemuan ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  kampung ini semalam dan selepas itu orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat objek tersebut,” katanya yang seakan-akan bermimpi bertemu dengan serpihan sebuah pesawat itu.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat serpihan tersebut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah diketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan objek yang didakwa serpihan pesawat itu.
Menurutnya, anggota polis telah dihantar ke lokasi tersebut untuk memeriksa dan mengawasi  objek itu sebelum  dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah.
“Polis belum dapat mengesahkan apakah serpihan logam itu  sebenarnya tetapi  dakwaan mengatakan serpihan logam itu  menyerupai kulit bahagian enjin pesawat.
“Kita akan serahkan kepada pihak berkaitan untuk membuat pemeriksaan dan  mengesahkan objek yang ditemui itu,” katanya
.

4 remaja maut lumba haram di Lebuhraya Guthrie



KUALA LUMPUR - Empat remaja lelaki maut apabila bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 12.8 Lebuhraya Guthrie di sini, malam tadi.
Mereka dikenali sebagai Shariffudin Zailani dan Syawalnizam Azman, masing-masing berumur 21 tahun, Mohd Zaki Yahya, 23, serta Muhammad Habiibullah Ruslan, 20.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian jam 11.32 malam itu, kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Dipercayai kumpulan penunggang motosikal berkenaan sedang mengadakan konvoi dari Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sebelum memasuki Lebuhraya Guthrie.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh treler yang berada di hadapan mereka," katanya ketika dihubungi pemberita.
Mohd Rozi berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat sementara pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernam
a

Sempat selamatkan anak murid sebelum maut dirempuh



INDIANA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pengetua sebuah sekolah sempat menolak sekumpulan murid sekolah sebelum maut dirempuh sebuah bas sekolah yang hilang kawalan, semalam.
Menurut laporan CNN, Susan Jordan maut serta-merta di tempat kejadian manakala dua anak muridnya cedera ringan.
Pemandu bas sekolah tersebut memberitahu pihak bomba bahawa dia tidak tahu mengapa bas tersebut gagal dikawal.
"Pemandu bas nampak Susan menolak kumpulan murid berkenaan sebelum terlanggar mangsa. Mangsa adalah seorang pengetua sekolah yang sudah berkhidmat selama 20 tahun di sebuah sekolah di sini," kata jurucakap bomba, Rita Reith.
Kedua-dua murid yang berusia 10 tahun diberikan rawatan kecemasan di hospital berhampiran.
Menurut sebilangan ibu bapa murid sekolah tersebut, Susan sangat disayangi dan amat disenangi semua orang di kawasan tersebut.
"Dia baik dan mengambil berat. Dia ikhlas dan sangat profesional. Dia selalu b
u

Didenda RM300 kerana lawan perogol


Pegawai sekuriti memeriksa orang awam di stesen kereta api di Denmark. - Gambar hiasan

SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.
Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.
Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.
Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).
Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda
.

Teknik tumbuh telinga

Tokyo: Sekumpulan saintis di Jepun berjaya menumbuhkan telinga manusia di belakang tikus dan percaya dalam tempoh lima tahun lagi teknologi itu akan membantu pesakit yang cacat anggota badan.
Kajian bersama oleh Universiti Teknologi Tokyo dan Universiti Teknologi Kyoto itu boleh membantu bayi yang dilahirkan dengan wajah cacat serta kanak-kanak yang cedera di muka akibat digigit anjing.
Orang dewasa termasuk askar yang hilang anggota badan akibat peperangan atau mangsa kemalangan jalan raya turut mendapat manfaat daripada teknologi itu.
Ketika ini tulang rawan diambil dari rusuk pesakit untuk dibentuk menjadi telinga.
Bagaimanapun, kaedah itu memerlukan beberapa pembedahan dan prosedur mengeluarkan tulang rawan sangat menyakitkan dengan dada pesakit tidak pulih sepenuhnya.
Teknologi baru ini pula memerlukan sedikit sel stem manusia sebagai sampel untuk menumbuhkan telinga berkenaan.
Lebih menarik lagi telinga yang ditumbuhkan itu boleh hidup dengan badan manusia dan membesar bersama kanak-kanak.
Proses itu bermula apabila saintis menumbuhkan sel stem manusia kepada sel tulang rawan di dalam makmal.
Sel tulang rawan itu dimasukkan ke dalam tiub plastik berbentuk telinga manusia yang diletakkan di belakang tikus.
Selepas dua bulan, tiub plastik itu larut dan yang tinggal hanyalah bahagian daging berbentuk telinga di belakang haiwan itu.
Teknik itu adalah antara beberapa kaedah yang disempurnakan di seluruh dunia bagi membuat organ gantian manusia untuk pesakit yang cacat anggota badan.
Sekumpulan saintis di Britain sebelum ini berjaya menumbuhkan hidung manusia di lengan pesakit itu sendiri.
Saintis juga yakin, satu hari nanti seluruh muka juga boleh ditumbuhkan di dalam makmal.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 10:45 AM


GAMBAR menunjukkan telinga manusia yang tumbuh di belakang seekor tikus.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110165#sthash.t4MlgrkJ.dpuf

Polis tembak wanita simpanan kerana cemburu

Chon Buri (Thailand): Seorang anggota polis trafik menembak mati perempuan simpanannya, kekasih baru wanita itu dan ibu mangsa selepas mendapati kekasihnya berlaku curang.
Theerayut Phetnin berkata, dia berang selepas mendapati kekasihnya, Yupa Sara, 28, di dalam bilik bersama seorang lelaki dikenali sebagai Thiwa Mahapol, 21.
Anggota polis itu menangis ketika membuat pengakuan berkenaan dalam satu sidang akhbar di balai polis daerah Muang, semalam.
Dia ditahan kerana membunuh Yupa, pembantu jururawat dan Thiwa, anggota penyelamat serta ibu mangsa, Somsong, 50, di sebuah rumah di Na Phrathat pada jam 7 pagi semalam.
Yupa dan ibunya yang ditembak di kepala ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam rumah manakala Thiwa dijumpai terbaring di luar.
“Saya bercinta dengan Yupa selama empat tahun. Saya memberikan dia segalanya, wang dan sebuah kereta, tetapi dia sanggup curang.
“Siapa sanggup melihat tindakan ini? Kemarahan akibat terlalu cemburu mendorong saya melepaskan tembakan,” katanya.
Theerayut memberitahu polis, dia memandu ke rumah Yupa selepas habis bekerja di Pattaya dan mendapati wanita itu bersama kekasih barunya di dalam bilik.
Dia juga melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta jenis Toyota Vios yang dihadiahkan kepada Yupa sebelum menyerah diri di balai polis Muang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 10:50 AM


SEORANG anggota polis memeriksa mayat Thiwa yang ditembak mati oleh Theerayut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110418#sthash.y5Hgsw4r.dpuf

Gunung Bromo keluarkan lava

Probolinggo: Gunung berapi Bromo mula meletus dengan memuntahkan lahar pagi semalam dan Pusat Pemerhatian Vulkanik turut melaporkan letusan debu serta gegaran di sekitar gunung itu.
Pengarah Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Ayu Dewi Uta berkata, status gunung itu masih kekal di tahap tiga dan semua aktiviti berhampiran Bromo dihentikan.
Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Vulkanik dan Geologi, Edi Prasojo berkata, gunung Bromo kini memasuki fasa letusan.
“Kami melihat beberapa aktiviti vulkanik di dalam gunung itu,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 10:51 AM


SEORANG penduduk berehat dengan latar belakang gunung Bromo yang meletus di Ngadisari,
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110422#sthash.ykXZgGOe.dpuf

Matador bawa bayi ke gelanggang

Madrid: Seorang matador digelar David Beckham di gelanggang lawan lembu mencetuskan kontroversi apabila menunjukkan bakatnya sambil menggendong bayi perempuannya berusia lima bulan.
Francisco Rivera, 42, yang juga rakan Beckham, memuat naik gambar di Instagram menunjukkan aksinya bersama lembu itu yang berada beberapa inci dari anaknya Carmen.
Bapa dua anak itu turut menyertakan keterangan: “Kemunculan pertama Carmen. Dia generasi kelima matador dalam keluarga kami.
“Datuk dan ayah saya masing-masing matador, malah ayah juga berbuat begini dengan saya.
“Saya meneruskan tradisi ini dengan anak sulung, Cayetana dan kini bersama Carmen.”
Gambar itu bagaimanapun mencetuskan reaksi di laman media sosial.
Pengkritik, Pedro Sanchez berkata: “Ia tiada kaitan dengan seni laga lembu. Dia meletakkan nyawa seorang budak dalam bahaya.
“Tidak kisahlah jika dia mahu membahayakan nyawanya sendiri, tetapi dia tidak sepatutnya membahayakan nyawa anaknya.”
Rivera sering dibandingkan dengan Beckham disebabkan popularitinya di luar bidang kerjaya.
Dia pernah menjadi model iklan berprofil tinggi termasuk untuk jeans serta jam, selain kerap menghiasi majalah Hola yang memaparkan kehidupan golongan kelas atasan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 10:55 AM


RIVERA mendukung anaknya dalam satu perlawanan baru-baru ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110426#sthash.mb2B9W05.dpuf

Sembunyi 14 botol arak dalam seluar

Riyadh: Pihak berkuasa kastam Saudi kelmarin menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa botol arak yang disembunyikannya di dalam seluarnya.
Lelaki itu yang identitinya tidak didedahkan ditahan ketika cuba memasuki semula Arab Saudi di tambak Raja Fahd yang menghubungkan negara itu dengan Bahrain.
Dia diarah turun dari keretanya untuk menjalani pemeriksaan selepas pihak berkuasa mendapati dia berkelakuan mencurigakan.
Menurut laporan akhbar Sabq, kastam menemui 14 botol arak yang diikat pada tubuhnya di dalam seluar.
Dalam kejadian lain, kastam Saudi merampas merampas hampir 70,000 botol arak yang disembunyikan di dalam kotak sabun.
Rampasan itu dibuat selepas van yang mendakwa membawa sabun diperiksa ketika cuba memasuki negara itu menerusi pintu sempadan Al-Badaha dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sabq melaporkan, 3,600 botol besar berisi arak dirampas di samping 64,800 botol kecil dan tin bir.
Arab Saudi mengharamkan sama sekali arak dan mereka yang didapati bersalah menyeludupnya boleh dikenakan hukuman penjara yang lama. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 11:01 AM


LELAKI berkenaan mengikat botol arak pada tubuhnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110439#sthash.2KNgqGoE.dpuf

Ahli geng Nuar Ayam didakwa bunuh peniaga perkakasan




SEORANG ahli geng Nuar Ayam, Wan Alif (tengah) dibawa keluar selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di Mahkamah Majistret, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang pemuda yang merupakan ahli geng Nuar Ayam dihadapkan ke Mahkamah Majitret di sini semalam atas pertuduhan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian seorang pemilik kedai perkakasan di Bachok pada tahun lalu.
Tertuduh, Wan Alif Wan Mohamad, 27, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju-T berwarna kelabu dan berseluar jean biru itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3yUQrNCQx 
Hakcipta terpelihara 

Maut rempuh pembahagi jalan


AYUSRAIMI


SUNGAI PETANI – Seorang kontraktor maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis BMW yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 84.4 Lebuh Raya Uta­ra-Selatan dekat Gurun di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu mangsa, Ayusraimi Ahmad, 42, dari Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, mangsa yang menunggang bersendirian sedang dalam perjalanan menuju ke arah Alor Setar dipercayai untuk melihat salah satu projeknya di sana.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3yUQYddLH 
Hakcipta terpelihara 

Buaya serang pemancing




DUA penduduk mengangkat Sulle yang cedera parah selepas diserang seekor buaya ketika memancing di Loji Jeragan Bistari, Felda Sahabat 39, Lahad Datu kelmarin.


LAHAD DATU – Keterujaan seorang pekerja ladang kelapa sawit memancing ikan bertukar mimpi ngeri apabila dia diserang seekor buaya di kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di Felda Sahabat 39 dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Sulle Buriah, 37, yang bekerja di Felda itu cedera parah pada paha dan tangan kanannya hampir putus akibat digigit binatang buas itu.
Difahamkan, mangsa yang memancing di tepi kawasan takungan itu tiba-tiba diserang sebelum tangan kanannya dibaham reptilia ganas itu yang dianggarkan sepanjang dua meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3yUPgCnqV 
Hakcipta terpelihara 

Cuaca sejuk ragut 12 nyawa di Thailand




SEORANG wanita memakai baju panas ketika keluar daripada sebuah stesen kereta api di Bangkok, Thailand pada Isnin lalu. - AFP


BANGKOK – Sekurang-kurangnya 12 orang mati dalam tempoh semalaman di Thailand ketika cuaca sejuk melanda negara itu, kata pihak berkuasa semalam.
Seorang pegawai Jabatan Pencegahan Bencana Dan Mitigasi (DDPM) berkata, semua mang­sa mati sama ada terdedah kepada cuaca sejuk atau mereka menghidap penyakit berkaitan pernafasan.
Terdahulu, dua orang mening­gal dunia di Wilayah Chainat, juga akibat penurunan suhu yang mengakibatkan cuaca menjadi sejuk luar biasa.
Cuaca sejuk melanda Thailand dengan beberapa kawasan merekodkan suhu di bawah paras 5 darjah Celsius (°C) lebih 10°C darjah kurang berbanding purata suhu minimum pada awal tahun ini.
Tekanan udara yang tinggi turut mengakibatkan banjir dan ribut kuat di selatan negara itu, dengan lebih daripada 3,000 isi rumah terjejas, demikian menurut DDPM.
Beberapa amaran cuaca buruk dikeluarkan melibatkan beberapa wilayah di timur laut Thailand, manakala kerajaan memberikan bantuan termasuk jaket dan makanan kepada penduduk tempatan. – DPA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3yUP9TAyC 
Hakcipta terpelihara 

'Jeritan' kambing disangka wanita




IMEJ yang dirakam melalui kamera helikopter menunjukkan seekor kambing disangka wanita meminta tolong. AGENSI


BRISTOL, Britain – Sebuah helikopter polis yang bergegas mencari seorang wanita yang dilaporkan menangis dan menjerit dalam kesusahan kemudian mendapati 'mangsa' sebenar cuma seekor kambing.
Polis di sini menghantar sebuah helikopter selepas menerima aduan daripada orang ramai bahawa mereka terdengar bunyi seorang wanita menangis dan meraung.
Anggota polis di dalam helikopter itu menggunakan peralatan pengimejan terma untuk mengesan mangsa.
“Sebuah helikopter digunakan bagi mengesan mangsa selepas kami menerima aduan orang ramai.
“Berdasarkan peralatan canggih ini, suara yang didengar itu sebenarnya milik seekor kambing.
“Orang ramai tersilap menyangka bunyi itu sebagai suara wanita dalam kesusahan,” kata jurucakap polis, Ollie Dismore.
Kos penerbangan helikoter polis adalah sekitar £850 (RM5,176) sejam dan menggunakan purata 250 liter bahan api.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3yUNedOKn 
Hakcipta terpelihara