Search This Blog

Tuesday, January 26, 2016

Jumpa kaki di celah mangkuk tandas


Seorang pegawai polis forensik mengangkat kaki yang dipercayai milik mangsa maut di kawasan berhampiran.

BANDARAYA MELAKA - Seorang pekerja sebuah kedai menjual pelbagai barangan seramik di Jalan Taming Sari, di sini tidak menyangka objek disangka kaki patung yang dilihat di celah jubin mangkuk tandas adalah kaki manusia.
Rasul Ali, 48, berkata, dia tergamam melihat kaki yang turut mempunyai tulang dan darah kering itu ketika menemani pelanggannya yang sedang memilih mangkuk tandas di bahagian luar premis yang terletak di persimpangan Taman Mata Kucing kira-kira jam 9 pagi.
“Kedai buka jam 8.30 pagi dan selepas setengah jam ada pelanggan datang nak beli mangkuk tandas, jadi saya bawa dia tengok-tengok mangkuk tandas mengikut bajet dia dan masa itu pelanggan tegur ada bau seperti bangkai tapi saya buat biasa aja la.
“Tak lama lepas tu saya nampak kaki, dalam pada saya terkejut saya fikir itu kaki patung, tapi pelanggan itu cakap ia memang kaki manusia jadi saya terus panggil bos yang kemudian telefon balai polis,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.
Rasul berkata, kejadian seumpama itu bukan sahaja pertama kali dihadapinya selama 12 tahun bekerja di premis berkenaan, malah termasuk majikannya yang menjalankan perniagaan selama lebih 20 tahun di situ.
“Minggu lepas masa datang kerja saya memang nampak ada darah atas jalan seberang sana. Saya juga nampak topi keledar dan beg dilonggok berhampiran kedai bertentangan kedai kami dan bila saya tanya-tanya orang, mereka kata ada kemalangan.
“Tapi saya memang tak tahu pun mangsa kemalangan itu putus kaki dan tak terfikir yang mungkin kaki mangsa ada dalam kawasan kedai yang jaraknya kira-kira 40 meter dari tempat kemalangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kaki kanan berkenaan milik mangsa kemalangan yang berlaku di hadapan premis tersebut, awal pagi Jumaat lalu.
“Mangsa tanpa kad identiti adalah seorang wanita dipercayai berusia 20-an dilaporkan terlibat kemalangan pada jam 3.10 pagi di hadapan sebuah kedai perabot ketika menunggang motosikal jenis Modenas Kriss.
“Mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam  7.55 pagi hari sama dan hasil bedah siasat kematiannya disebabkan kecederaan parah di bahagian perut dan pinggang,” katanya di sini, semalam.
Shaikh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan itu berpunca apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah hospital menghala pusat bandar terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori 1 tan tanpa muatan.
“Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital mangsa yang masih boleh bercakap memberitahu namanya adalah Zulaikha Ismail namun sehingga kini kita tidak dapat mengesan warisnya untuk menuntut jenazah.
“Berdasarkan nombor pendaftaran motosikal, polis mengesan motosikal tersebut milik seorang lelaki yang tinggal di Bukit Baru namun lelaki berkenaan berkata motosikal itu digunakan anaknya yang sudah lama tidak berhubung,” katanya.
Beliau berkata, justeru pihaknya momohon orang ramai yang mengenali mangsa atau waris mangsa yang menggunakan motosikal dengan nombor pendaftaran MAU2315 supaya tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Waris juga kita cari untuk urusan menuntut dan pengebumian jenazah yang masih terdapat di bilik mayat Hospital Melaka. Orang ramai boleh terus ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan sebarang maklumat.
“Boleh juga hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di talian 06-2842222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Kalai Selvan, 016-799 8876,” katanya
.

Wanita maut, lelaki cedera kereta dinaiki langgar lori


Keadaan lori tiga tan remuk yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Pekan Bidor, pagi tadi.‎

BIDOR - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah sebuah lori dan treler, di Pekan Bidor, awal pagi tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.47 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, setiba dilokasi kejadian,‎ mendapati sebuah lori tiga tan melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.
"Pelanggaran itu menyebabkan seorang wanita telah tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan.
"Anggota telah bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan lori tunda‎ dan menyerahkan mayat mangsa untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan
.

Ajal terjatuh dari bumbung masjid

Bachok: Buruh warga Indonesia meninggal dunia selepas terjatuh dari bumbung Masjid Repek, Cabang Tiga Melawi, di sini, 12.25 tengah hari tadi.
Mangsa, Ahmad Zaini Abdih, 49, ketika itu sedang melakukan kerja naik taraf masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, angin kencang ketika mangsa sedang membaiki bumbung masjid menyebabkan dia gagal mengimbangi badan dan terjatuh.
"Kejadian disaksikan rakan sekerja yang lain. Dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata, mangsa sudah dua tahun bekerja sebagai buruh pembinaan di sini.
Katanya, mayat Ahmad Zaini dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 8:58 PM


Penduduk memangku mangsa sejurus kejadian. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110048#sthash.mUue7KBU.dpuf

Jumpa kaki di kedai jubin

Melaka: Kaki kanan dipercayai milik mangsa kemalangan ditemui di kedai menjual jubin di Jalan Mata Kucing, kira-kira 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kaki itu milik wanita yang maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori di Jalan Taming Sari, 3 pagi, Jumaat lalu.
"Kaki itu ditemui pelanggan yang sedang melihat jubin sebelum memaklumkannya kepada pengurus premis.
"Anggota badan itu kemudian di hantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan," katanya.
Harian Metro Ahad lalu melaporkan kemalangan membabitkan wanita dikenali sebagai Zulaikha Ismail, 20-an menunggang motosikal Modenas Kriss dengan nombor pendaftaran MAU2315 parah selepas kaki kanannya putus akibat kemalangan dengan lori.
Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Melaka kemudian meminggal dunia 7.55 pagi hari yang sama.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 3:38 PM


ANGGOTA polis memeriksa kaki kanan yang disyaki milik mangsa kemalangan. FOTO Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110020#sthash.i3hd7ybw.dpuf

Pemandu cedera kereta terbabas masuk sungai

Tumpat: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kereta yang dipandunya terbabas masuk ke dalam sungai dalam kejadian di Kampung Jubakar Pantai, Pengkalan Kubor pagi tadi.
Dalam kejadian 7 pagi tadi itu, mangsa, Mohd Affendi Mat, 40, yang memandu kereta bagaimanapun hanya cedera ringan selepas diselamatkan penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd Bustan Karudin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.10 pagi sebelum seorang pegawai bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian memang benar kereta berada di dalam sungai berkenaan.
"Mangsa bagaimanapun diselamatkan oleh penduduk kampung," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:51 PM


KERETA terbabas masuk ke dalam sungai. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110032#sthash.ZAcQq23J.dpuf

Jururawat patah tangan bergelut dengan peragut

Kota Bharu: Jururawat berusia 36 tahun patah tangan kiri akibat terjatuh selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba meragut beg tangannya berisi wang tunai RM21,000, tengah hari tadi.
Kejadian berlaku di depan bank di bandar Kubang Kerian, di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
Susulan itu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kira-kira 1 tengah hari, mangsa membuat pengeluaran wang berkenaan di sebuah bank ditemani dua anak.
"Ketika mahu masuk ke dalam kereta, dua lelaki termasuk suspek menghampiri, cuba merampas beg tangan mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka.
"Mangsa cedera dan patah tangan kiri ketika pergelutan itu, namun jeritannya yang meminta tolong didengari polis di pondok bit berdekatan yang kemudian menangkap suspek.
"Seorang lagi suspek melarikan diri dan usaha memburunya sedang giat dilakukan," katanya di sini, hari ini.
Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 6:23 PM


Suspek kes ragut jururawat ditahan polis. FOTO Syamsi Suhaimi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110036#sthash.PfwmXTDe.dpuf

Suami isteri cedera kereta masuk bawah lori

Bagan Serai: Suami isteri cedera selepas kereta dinaiki terperosok bawah lori di Kilometer 181.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini petang tadi.
Dalam kejadian 1.50 tengah hari itu kedua-dua mangsa difahamkan tidak mengalami kecederaan serius dan dikeluarkan daripada kereta yang mereka naiki oleh orang awam.
Ketua Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Penolong Bomba Kanan ll Che Hassan Che Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 1.54 tengah hari dan lapan anggota ke lokasi dengan dua jentera.
Menurutnya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati kereta yang remuk berada di bawah perut lori.
"Sewaktu tiba pihak polis memaklumkan mangsa suami isteri yang terperangkap sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.
"Pihak kami segera menjalankan kerja pembersihan di lokasi kemalangan terbabit dan operasi ditamatkan 5.27 petang," katanya.
Kemalangan terbabit juga menyebabkan kesesakan trafik sejauh hampir tiga kilometer berikutan laluan terhalang.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 7:06 PM


KEADAAN kereta mangsa yang terperosok bawah lori. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Milo ais dijual RM6.70 segelas




YUSOF menunjukkan resit harga milo ais RM6.70 sen segelas dan air suam RM0.80 sen segelas yang dikenakan kepada pelanggan semasa membuat pemeriksaan di dua buah restoran di sebuah pasar raya di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Dua buah restoran makanan di sebuah pasar raya di sini diberi notis untuk membuat penjelasan berhubung harga milo ais yang dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 segelas.
Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Yusof Bakar berkata, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kemudian dikeluarkan terhadap dua buah restoran terbabit.
Yusof berkata, notis itu dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pengusaha kedua-dua restoran terbabit untuk mengemukakan penjelasan mengenai kenaikan harga tersebut.
Menurut beliau, sebelum ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sebelum pihak KPDNKK membuat pemeriksaan di kedua-dua restoran berkenaan.
“Kita telah memeriksa harga makanan dan minuman, kita mendapati, minuman milo ais dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 berbanding harga normal RM2.20 sen serta air suam dijual pada harga RM0.80 sen.
“Harga tersebut terlalu tinggi. Justeru, kita keluarkan notis kepada kedua-dua premis terbabit dan mereka dikehendaki memberi penjelasan dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3yHrr70Zx 
Hakcipta terpelihara 

Affiah pelajar di Perancis maut ketika main ski


Affiah


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew meninggal dunia sehari selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis pada Jumaat lepas.
Difahamkan Affiah, 23, pelajar jurusan Ekonomi di University of Nantes terbabit dalam kemalangan ski itu pada 22 Januari lalu menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.
Ibu mangsa, Latipah Madon, yang kini berada di Perancis mengesahkan, anaknya meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam Sabtu waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia) ketika dirawat di Hospital Chu Pasteur di Nice, Pe­rancis.
“Urusan membawa pulang jena­zah anak saya ke Malaysia dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berlepas ke Perancis pada pagi Sabtu lalu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
Dalam pada itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam mengucapkan takziah kepada keluarga Affiah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3yHr9Nz4x 
Hakcipta terpelihara 

Kontraktor maut ditembak




Orang ramai melihat kenderaan mangsa yang ditembak dekat Jinjang Selatan semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang kontraktor maut selepas cedera parah akibat ditembak beberapa das dalam satu kejadian di kawasan setinggan berhampiran Jalan 13/32, Jinjang Selatan di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa S. Surya Kumar, 41, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton ditemui meninggal dunia dalam keadaan terduduk di tempat duduk pemandu dengan beberapa kesan tembakan pada dada dan muka.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy (gambar kecil) berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, terdapat tiga kesan tembakan pada cermin hadapan kenderaan mangsa dan keadaan gear kenderaan berada dalam kedudukan ‘R’.
“Pemeriksaan yang dibuat oleh pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur turut menemui kelongsong peluru dan sebutir peluru hidup 9mm di atas jalan dengan jarak kira-kira 12 meter dari kenderaan si mati.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3yHqd4b4R 
Hakcipta terpelihara