Search This Blog

Monday, January 25, 2016

Ribut Salji: 86,000 terkandas di Pulau Jeju

ISNIN, 25 JANUARI 2016 @ 11:29 AM





 KEADAAN lapangan terbang di Pulau Jeju yang diselaputi salji. - Foto Republic Of Korea


 SEOUL: Kira-kira 90,000 orang terkandas di pusat peranginan terkenal Pulau Jeju, Korea Selatan selepas ribut salji besar dalam tempoh tiga dekad melumpuhkan operasi lapangan terbang untuk hari ketiga berturut-turut. Pulau yang mendapat jolokan nama 'Hawaii Korea Selatan' itu kerana pantai dan cuaca yang luar biasa, Jeju kali ini diselubungi cuaca sejuk selama seminggu sehingga menyebabkan bacaan suhu mencatat rekod terendah di seluruh negara. Destinasi pelancongan terkenal itu mencatat ribut salji dalam tempoh tiga dekad sejak Sabtu ketika suhu menurun kepada -6.1 darjah Celsius. Kementerian Pengangkutan Korea berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju akan tetap ditutup sehingga jam 8 malam waktu tempatan hari ini, berikutan salji tebal dan angin kencang. Pegawai kementerian itu berkata, sebanyak 1,100 penerbangan dibatalkan ketika hujung minggu lalu dan Isnin menyebabkan kira-kira 86,000 orang pelancong terkandas di pulau berkenaan. Beribu-ribu orang terpaksa bermalam di lapangan terbang, berbungkus dengan selimut dan tidur di atas kadbod bagi mengelak kesejukan di atas lantai. Walaupun tidak diselubungi ribut salji, ibu negara Seoul mencatat suhu paling sejuk dalam tempoh 15 tahun pada semalam apabila suhu turun sehingga -18 darjah Celsius. Pada Sabtu pula, agensi cuaca mengeluarkan amaran berkaitan ombak sejuk yang mungkin membadai buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117838

Teksi Bikxie Pink dari wanita untuk wanita

UNIA ISNIN, 25 JANUARI 2016 @ 11:27 AM





PERKHIDMATAN teksi motosikal wanita dikenali Bikxie Pink (Pink).


 GURGAON: Sepasang suami isteri di India mengambil inisiatif unik memulakan perkhidmatan teksi motosikal wanita dikenali Bikxie Pink (Pink). Divya Kalia dan suaminya, Mohit Sharma, yang lebih awal memulakan Bikxie Blue untuk lelaki berkata ia sebahagian usaha mengekang kes gangguan seksual yang makin meruncing di India. Mula beroperasi pada 14 Januari lalu, Pink menggunakan skuter merah jambu yang dipandu wanita dan hanya menerima pembonceng wanita. Setakat ini, Pink sudah melakukan 100 tunggangan, dengan hanya lima skuter. Secara keseluruhan, Bikxie mencatatkan 2,400 tunggangan. Pink hanya mengenakan Rs 10 rupee (RM0.60 sen) untuk dua kilometer pertama dan tambahan Rs 5 rupee (RM0.30 sen) untuk setiap kilometer. Bagaimanapun, perniagaan teksi dua roda itu berdepan masalah berikutan Akta Kenderaan Bermotor tidak membenarkan motosikal digunakan sebagai teksi. Setakat ini, ia hanya dibenarkan di negeri Haryana dan Goa. Sementara itu kerajaan Delhi dan Karnataka sedang mengkaji pindaan dalam masa beberapa bulan akan datang. "Apabila itu berlaku kita akan beroperasi di Bangalore dan Delhi," kata Sharma, yang merancang untuk menambah 5,000 lagi motosikal dalam tempoh enam bulan akan datang. Untuk tujuan keselamatan dan kebersihan, pemandu Pink disiapkan dengan alat penyembur lada dan topi mandi pakai buang untuk dipakai bersama topi keledar. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117837
DUNIA ISNIN, 25 JANUARI 2016 @ 8:17 AM

Universiti di Sweden ditutup ancaman 'serangan' UNIVERSITI Orebro.


STOCKHOLM: Universiti Orebro di tengah ibu kota Sweden ditutup hari ini selepas menerima ancaman pihak tertentu sehingga mencetuskan kebimbangan berkaitan serangan yang dirancang. "Ancaman itu ditujukan kepada Universiti Orebro dibuat menggunakan aplikasi Jodel," kata universiti itu menerusi laman web mereka pada Ahad. "Kita tidak boleh menjejaskan keselamatan pelajar, kakitangan dan pelawat. Oleh itu, kami memutuskan selepas berbincang dengan polis untuk menutup universiti ini pada 25 Januari," katanya. Jodel ialah aplikasi telefon bimbit buatan Jerman yang membolehkan pelajar di kampus yang sama menghubungi antara satu sama lain dan popular di kalangan pelajar Sweden. Menurut agensi berita Sweden TT, pesanan dibuat menerusi Jodel pada Sabtu lalu memberitahu pelajar supaya tidak hadir kelas pada Isnin 'jika mereka ingin selamat.' Universiti itu membuat aduan kepada pihak berkuasa dan polis menambah anggota untuk mengawal di kawasan kampus. Universiti itu mempunyai 17,000 pelajar dan 1,200 kakitangan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117801

24 maut ribut salji besar landa AS

ISNIN, 25 JANUARI 2016 @ 9:13 AM



WASHINGTON: Wilayah timur Amerika Syarikat (AS) pulih seketika daripada ribut salji besar yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang maut namun Washington masih terjejas teruk apabila pejabat kerajaan dan sekolah kekal ditutup hari ini. Ribut yang digelar "Snowzilla" membadai berpuluh negeri pada Jumaat sehingga awal pagi Ahad, menyebabkan kira-kira 85 juta penduduk terpaksa duduk di dalam rumah dan tidak berada di jalan raya demi keselamatan mereka. Salji besar setebal 68 sentimeter menyelaputi Central Park, di New York dikira salji kedua tertinggi pernah dicatat sejak 1869 dan lebih 55.88 sentimeter salji melumpuhkan ibu negara Washington. Rekod tertinggi bacaan salji turut dicatat di beberapa bandar lain dan merebak sehingga ke Pantai Timur dengan Philadelphia dan Baltimore turut menerima sebahagian daripada kesan paling teruk akibat bencana alam itu. Namun ketika ribut salji besar itu tamat dan suhu kembali meningkat, New York bangkit daripada situasi lumpuh dan kembali cergas dengan jadual perjalanan. Jalan raya dibuka semula di seluruh bandar di Long Island dan di New Jersey. Beribu-ibu orang memenuhi kawasan taman, bermain salji, menganjurkan pertandingan lawan bola salji dan ski merentas desa sambil kanak-kanak gembira bermain salji di bawah sinar mentari. Sementara itu, pertunjukan broadway diteruskan semula selepas dibatalkan pada Sabtu dan muzium dibuka semula manakala kawasan yang diselaputi salji di jalan utama dibersihkan dengan segera dan suhu kini 32 darjah Celsius. - AFP


 ORANG ramai merempuh salji di Central Park, New York. - Foto EPA   DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117807

Banduan letup dinding lolos dari penjara

DUNIA ISNIN, 25 JANUARI 2016 @ 7:42 AM


BANDUAN di salah satu penjara paling berbahaya di Brazil menggunakan bahan letupan untuk memecahkan dinding dan melarikan diri secara berkumpulan sekali gus memerlukan pihak berkuasa memburu mereka.

 RIO DE JANEIRO: Banduan di salah satu penjara paling berbahaya di Brazil menggunakan bahan letupan untuk memecahkan dinding dan melarikan diri secara berkumpulan sekali gus memerlukan pihak berkuasa memburu mereka. Kandungan video media berkaitan insiden pada Sabtu lalu di bandar timur laut, Recife menunjukkan letupan itu menyebabkan lubang di dinding utama yang mengelilingi penjara Frei Damiao de Bozanno. Selepas kepulan habuk dan serpihan dinding berkecai, sekumpulan lelaki berpakaian biasa melarikan diri di jalan raya sebelum polis di tempat kejadian. Jabatan Kehakiman wilayah Pernambuco berkata, seramai 40 banduan melarikan diri dan 36 sudah ditahan semula manakala dua terbunuh, seorang dirawat dan seorang lagi masih bebas. Sementara itu, salah seorang banduan yang terbunuh ditembak selepas memecah masuk sebuah rumah. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117793

Pesawat Turki dilencong ke Ireland susulan ancaman bom

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 11:52 PM

SHANNON: Sebuah pesawat penumpang Turki terpaksa mengubah haluan ke Ireland ketika terbang di Lautan Atlantik selepas menerima ancaman bom. Pesawat itu mendarat di lapangan terbang di sini pada jam 11.20 pagi selepas satu nota mengandungi ancaman bom ditemui. Pesawat Turkish Airlines TK-34 itu berlepas dari Houston, Texas, jam 9.07 malam waktu tempatan Sabtu dan dijangka tiba di Istanbul kira-kira jam 3.45 petang. Ada 227 penumpang dan kru dalam pesawat Boeng 777-300 itu. Ketika pesawat terbabit masih dua jam perjalanan sebelum tiba di ruang udara di pantai barat daya Ireland, satu pelan kecemasan dilaksanakan di lapangan terbang di sini. Unit jentera bomba dari bandar ini dan Ennis dikerahkan bagi membantu bomba lapangan terbang. Ambulans dari Ennis dan Limerick dikerah bersama polis nasional Ireland, Garda. Pengawal pantai Ireland turut dimaklumkan dan satu bot penyelamat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sehingga pesawat selamat melintasi kawasan pesisir itu. Sejurus mendarat, pesawat dibawa ke laluan berasingan dan penumpang dibawa ke terminal menaiki bas. Pesawat itu akan kekal di lokasi sehingga jadual penerbangannya tamat. Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan untuk mencari bahan letupan. Polis Ireland mengambil nota ancaman bom itu sebagai bahan bukti. Tulisan tangan pada nota berkenaan akan dibandingkan dengan sampel yang diambil daripada penumpang. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117693

Guru Muslim maut selamatkan rakan Kristian


Salah Fatah
KEMPEN di media sosial giat dilakukan bagi mengumpul dana untuk membantu keluarga seorang guru Muslim yang terbunuh ketika melindungi penumpang Kristian dalam serangan kumpulan bersenjata Somalia, al-Shabab, lapor Al Jazeera.
Salah Fatah dianggap hero sebenar apabila ditembak gara-gara mempertahankan rakannya yang beragama Kristian ketika di dalam bas yang dalam perjalanan dari Mandera ke Nairobi, bulan lalu.
Salah menghembuskan nafasnya yang terakhir Ahad lalu akibat luka tembakan itu dan meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung dijangka bersalin minggu depan dengan empat orang anak yang berusia dua hingga 10 tahun.
Selepas kematiannya, kempen secara online dimulakan untuk mengumpul dana untuk keluarga Salah.
Aktivis berusia 26 tahun, Abdullahi Derow memberitahu Al Jazeera Salah adalah hero mereka dan memulakan kempen di Twitter dengan hashtag #HeroSalah.
“Dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Ayahnya sudah tua dan anak-anak masih keci. Saya fikir bagaimana kami dapat membantu keluarganya. Bukan setakat apa yang dia buat untuk rakyat Kenya tapi juga untuk kemanusiaan,” katanya yang mendapat kebenaran daripada sepupu Salah, Rashid yang kini menjadi penjaga anak-anak Salah sebelum melancarkan kempen itu.
Salah merupakan guru di Sekolah Rendah Mandera Township.
Menurut Rashid, Salah seorang lelaki yang dihormati, alim dan baru sahaja ditawarkan naik pangkat sebagai timbalan guru besar.
Setakat ini, kempen itu berjaya meraih kira-kira USD1,460.

Remaja lawan arus maut bertembung


SIBU - Seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus aliran trafik maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Awang Ramli Amit di sini awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zulfadli Yusop, 20, cedera parah di kepala dan badan meninggal di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi. - Bernama

Guna alasan edar kad kahwin elak ditahan


Lelaki yang bakal bernikah Jumaat depan (kiri) merayu kepada Penolong Pegawai AADK, Mohd Radi Abdullah (tengah) supaya melepaskannya.
BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki positif dadah jenis methamphetamine ketika mengelak daripada ditahan penguat kuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya.
Lelaki berkenaan memberi alasan untuk mengedar kad jemputan perkahwinan.
Lelaki berusia 28 tahun itu memberikan alasan tersebut kepada anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ketika pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 4.30 pagi dalam operasi bersepadu anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Bagaimanapun, pekerja kilang yang menetap di Bukit Rambai itu mengaku mengambil dadah itu sebelum merayu supaya dilepaskan berikutan akan melangsungkan pernikahan pada Jumaat depan.
Pengarah AADK negeri, Mohamad Yusof Kameh berkata, lelaki berkenaan antara 10 individu ditahan kerana disyaki positif dadah jenis methamphetamine dan ganja selepas ujian saringan awal urin dilakukan lima anggotanya di premis berkenaan.
"Lelaki itu kita tahan bersama sembilan individu lain berusia 20 hingga 56 tahun termasuk seorang perempuan yang berumur 21 tahun. Bagaimanpun, semua sembilan individu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Sementara AADK mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) kerana positif ganja, dia dilepaskan dengan jaminan keluarga dan diminta hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan," katanya, di sini.

Murid tahfiz trauma dirotan ustaz

WARTAWAN SINAR HARIAN
Bapa murid berkenaan menunjukkan kesan lebam di belakang badan anaknya akibat dirotan oleh tenaga pengajar di sebuah maahad tahfiz.
POKOK SENA - Seorang murid maahad tahfiz, di sini trauma apabila dirotan oleh seorang ustaz sehingga lebam di beberapa anggota badannya.
Bapa murid berkenaan berkata, dia kecewa dengan tindakan pihak maahad tahfiz itu yang sanggup merotan anaknya di bahagian belakang, betis, lengan dan muka hingga menyebabkan kanak-kanak berusia 11 tahun itu trauma.
Menurutnya, dia mendapat maklumat itu Rabu lalu selepas seorang daripada waris murid di maahad tahfiz melawat anak mereka dan kemudian melihat anaknya menangis merayu dibawa pulang ke rumah.
"Dia hubungi isteri dan beritahu anak saya menangis kerana mendakwa dirotan ustaz di maahad itu.
"Saya segera pergi melawat dan mendapati badan anak saya memang ada lebam," katanya.
Tambahnya, bagi mendapat maklumat lanjut, dia berjumpa wakil maahad tahfiz dan mereka hanya meminta maaf.
"Saya kecewa dengan jawapan yang diberi dan tak akan memaafkan mereka begitu saja.
"Saya juga suruh anak saya ambil semua barang dan keluar dari maahad. Saya juga buat laporan di Balai Polis Pokok Sena," katanya.
Katanya, itu bukan kejadian kali pertama anaknya dirotan.
"Dah empat kali dia kena. Tapi kejadian Sabtu lepas sangat serius sampai lebam-lebam badan anak saya. Dia takut nak ke sekolah lagi," katanya.
Sementara itu, guru maahad tahfiz tersebut ketika dihubungi berkata, murid itu sering mengganggu rakannya di maahad itu.
Menurutnya, murid itu tidak mengikuti disiplin ilmu di dalam kelas dan kurang memberi tumpuan serta sering bermain semasa belajar.
"Memang kami tak galakkan untuk merotan tapi murid itu masih degil dan suka bermain sampai gagal kuasai bacaan al-Quran. Sikapnya itu menyebabkan dia ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan sebayanya di maahad ini.
"Kami turut kecewa dengan bapa waris itu yang bertindak memukul seorang tenaga pengajar dengan kayu hingga lebam di tangan kanan dan terpaksa dibawa ke klinik," katanya.
Bimbang dengan keselamatan tenaga pengajar itu, pihaknya turut membuat laporan di Balai Polis Alor Setar.

Penunggang maut dilanggar pemandu langgar lampu isyarat


KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Tanjung Aru, di sini awal hari ini.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi itu, Mohd Ashadi Abd Karim, 32, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak atas permukaan jalan.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai dari arah bulatan Sembulan menuju ke pusat bandar. Apabila sampai di lampu isyarat Tanjung Aru, mangsa meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat bertukar hijau, namun tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Perodua Alza," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, pemandu kereta berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkan lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan kecuaian pemandu kerana memandu dengan melulu dan mengabaikan isyarat lalu lintas," katanya.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Penunggang maut dilanggar pemandu langgar lampu isyarat


KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Tanjung Aru, di sini awal hari ini.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi itu, Mohd Ashadi Abd Karim, 32, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak atas permukaan jalan.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai dari arah bulatan Sembulan menuju ke pusat bandar. Apabila sampai di lampu isyarat Tanjung Aru, mangsa meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat bertukar hijau, namun tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Perodua Alza," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, pemandu kereta berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkan lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan kecuaian pemandu kerana memandu dengan melulu dan mengabaikan isyarat lalu lintas," katanya.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Penunggang maut dilanggar pemandu langgar lampu isyarat


KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Tanjung Aru, di sini awal hari ini.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi itu, Mohd Ashadi Abd Karim, 32, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak atas permukaan jalan.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai dari arah bulatan Sembulan menuju ke pusat bandar. Apabila sampai di lampu isyarat Tanjung Aru, mangsa meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat bertukar hijau, namun tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Perodua Alza," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, pemandu kereta berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkan lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan kecuaian pemandu kerana memandu dengan melulu dan mengabaikan isyarat lalu lintas," katanya.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Banduan Larikan Diri Ketika Ke Tandas Di Marang


Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 6:16 PM
Penjara Marang.

MARANG: Dengan menggunakan helah untuk ke tandas, seorang banduan lelaki berumur 23 tahun yang sedang menjalani hukuman di Penjara Marang meloloskan diri ketika sedang mengikuti kelas agama di penjara berkenaan pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Suhaimi Ali berkata dalam kejadian kira-kirapukul 10.20 pagi itu banduan tersebut dikatakan meminta izin kepada ustaz yang mengajar untuk keluar ke tandas.

"Namun suspek dipercayai tidak pulang semua ke kelas berkenaan lantas ustaz itu memaklumkan kejadian itu kepada warden yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang tandas berkenaan.

Katanya suspek yang berasal dari Marang itu mula menjalani hukuman di penjara berkenaan pada 3 Jan lalu di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan.

"Pihak polis kini melancarkan Op Tutup bagi memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek memaklumkan kepada pihak polis. -Bernama

Sepuluh Individu Positif Dadah Ditahan


Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 6:26 PM

MELAKA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 10 individu termasuk seorang wanita, kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sekitar MelakaTengah pada Ahad.

Pengarahnya Mohamad Yusof Kameh berkata kesemua mereka berusia antara 20 dan 56 tahun itu merupakan pelanggan di beberapa pusat hiburan yang diserbu MBMB.   

"Hasil saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka, sembilan daripadanya positif methamphetamine termasuk wanita berusia 21 tahun itu manakala seorang lagi positif ganja.   

"Sembilan individu itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala lelaki yang positif ganja akan disiasat AADK mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya ketika dihubungi.   

Operasi enam jam bermula 12 tengah malam itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Imigresen Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan.   

Dalam operasi itu juga, MBMB merampas sembilan peralatan karaoke dan mengeluarkan dua notis pemberitahuan kesalahan tiada lesen terhadap tiga premis.-Bernama

Wajib periksa HIV

Bogor: Pihak berkuasa bandar di Jawa Barat ini mewajibkan bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani ujian pemeriksaan HIV.
Ia usaha untuk mengekang wabak itu daripada merebak di bandar berkenaan.
Datuk Bandar, Bima Arya Sugiarto menjelaskan semalam, peraturan itu dikeluarkan sebagai reaksi kepada laporan baru-baru ini yang menunjukkan peningkatan kes HIV dan AIDS di bandar itu.
Menurut data terbaru, sehingga pertengahan 2015, 2,600 penduduk Bogor disahkan menghidap HIV dan 976 dikatakan menghidap AIDS.
Bogor, bandar satelit di selatan Jakarta terkenal kerana kawasan peranginan yang cantik, khususnya di sekitar Cisarua-Puncak.
Namun, ia juga dikenali kerana mempunyai sejumlah besar pekerja seks.
Jumlah kes HIV di Bogor adalah yang tertinggi dalam kalangan bandar di wilayah Jawa Barat dan pihak berkuasa percaya angka rasmi yang dikeluarkan adalah sebahagian kecil daripada kes yang wujud.
“Kebanyakan kes tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa,” kata Bima. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:09 AM


GAMBAR hiasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109901#sthash.vB6BLMAy.dpuf

Mujur sempat keluar [METROTV]

Chukai: Empat sekeluarga nyaris terperangkap apabila kereta dinaiki mereka terbakar secara tiba-tiba di Kilometer 298.3 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Kijal, di sini, 2.50 petang tadi.

Dalam kejadian itu, Syed Mazlan Afandi tuan Long, 62, yang memandu kereta Citreon dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan bersama isteri dan dua anaknya.
Bagaimanapun, kenderaan mereka itu terhenti secara tiba-tiba sebelum api mula memercik dan terbakar keseluruhannya.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kenderaan mangsa didapati terhenti di lorong kecemasan lebuh raya terbabit lalu terbakar serta musnah keseluruhannya.
Menurutnya, keluarga berkenaan yang berasal dari Kampung Aur di Chendering kemudiannya dibantu anggota peronda lebuh raya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 7:47 PM


FOTO Shamsudin Husin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109817#sthash.h0UDp0e4.dpuf

13 maut kapal karam

Managua: Sekurang-kurangnya 13 maut apabila sebuah kapal kecil yang membawa 32 pelancong dari Amerika Latin, Amerika Syarikat dan Britain karam di perairan Pulau Little Corn milik Nicaragua di Caribbean.
Menurut jurucakap kerajaan Nicaragua yang juga wanita pertama Rosario Murillo, daripada 32 penumpang itu, 13 mati lemas, semuanya warga Costa Rica.
Katanya, penumpang lain terselamat dan dibawa ke Pulau Big Corn yang terletak berhampiran.
“Ia tragedi besar. Mereka ialah pelancong yang bercuti di Pulau Little Corn. Mereka ke sana walaupun, menurut tentera kami, mereka tidak sepatutnya berbuat demikian,” katanya.
Kepulauan Corn yang terdiri daripada Pulau Big Corn dan Little Corn terletak sekitar 70 kilometer dari tanah besar Nicaragua.
Meskipun agak terpencil, pulau berkenaan semakin popular dalam kalangan pelancong.
Menurut senarai yang dikeluarkan kementerian luar Costa Rica, kebanyakan 13 mangsa itu wanita. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:06 AM


ANGGOTA penyelamat Nicaragua memeriksa mayat mangsa di jeti Pulau Corn, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109887#sthash.Q9Xbsby6.dpuf

Suhu paling sejuk landa Hong Kong

Hong Kong: Cuaca sejuk melanda Hong Kong semalam dengan penduduk berdepan suhu paling rendah dalam tempoh 60 tahun.
Pegawai kaji cuaca mengeluarkan amaran dengan berkata, wilayah itu berdepan gelombang sejuk yang teruk ditambah dengan angin monsun sejuk.
Suhu pagi semalam jatuh ke 3.3 darjah Celsius di bandar raya di selatan China itu. Di sesetengah kawasan berbukit, suhu jatuh di bawah paras beku.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila kebanyakan bangunan tidak mempunyai sistem pemanas berpusat.
“Ia cuaca paling sejuk sejak 59 tahun. Kali terakhir cuaca sesejuk ini ialah pada 1957 dengan catatan 2.4 darjah Celsius pada Februari 1957,” kata pegawai Wong Wai-kin kepada AFP.
Walaupun cuaca sejuk itu tidak seteruk seperti yang melanda Amerika Syarikat dan kebanyakan tempat di China, ia pengalaman baru bagi ramai penduduk Hong Kong.
Dalam pada itu, gambar yang dikongsi di laman sosial kononnya menunjukkan salji di Hong Kong menjadi viral, semalam. Bagaimanapun, agensi kaji cuaca berkata, ia sebenarnya hujan ais kecil, bukan salji.
Sementara itu, 20 peserta acara rentas desa dikejarkan ke hospital selepas mengalami simpton hipotermia, kata media tempatan.
Keadaan suhu sejuk dijangka berterusan sehingga pertengahan minggu ini, menurut agensi kaji cuaca.
Cuaca paling sejuk pernah dicatat di Hong Kong ialah pada Januari 1893 dengan suhu pada 0 darjah Celsius.
Dalam perkembangan lain, akhbar People Daily melaporkan, salji melanda bandar Guangzhou kelmarin, kali pertama sejak 1929.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:08 AM


ORANG ramai lengkap dengan pakaian musim sejuk menanti bas di lereng Tai Mo Shan, puncak tertinggi di Hong Kong, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109897#sthash.kZpBWv7k.dpuf

Kes MERS kedua di Thailand

Bangkok: Pegawai kesihatan Thai berusaha menjejaki puluhan orang yang mungkin berhubungan dengan seorang lelaki tua warga Oman yang disahkan positif wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).
Menurut kenyataan kementerian kesihatan, lelaki berusia 71 tahun itu tiba di Thailand Jumaat lalu dan dalam keadaan demam yang tidak boleh dirawat oleh doktor di negara asalnya.
“Dia disahkan menghidap MERS dan dikuarantin di sebuah hospital di Bangkok. Lelaki itu dalam keadaan sedar, tetapi keletihan,” menurut kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa berusaha menjejaki lebih 250 orang yang ada berhubungan dengan lelaki itu.
Dari jumlah itu, 37 dikatakan terdedah dijangkiti virus berkenaan, kata kementerian itu tanpa memberi butir lanjut.
Ia kes kedua yang dicatatkan di Thailand, negara yang dilawati jutaan pelancong setiap tahun dan hab pelancongan perubatan.
Kes pertama juga membabitkan lelaki tua Oman yang dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu.
Kes MERS pertama dikesan di Arab Saudi pada 2012. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:09 AM


SEORANG jururawat (kanan) dan pelawat hospital memakai topeng perlindungan terhadap MERS ketika memasuki Institut Kawalan Wabak Bamrasbaradura di wilayah Nonthaburi, semalam.

Al-Quran tak dimamah api kebakaran


Daro: Penduduk Kampung Bruit, di sini, terkejut menemui senaskhah al-Quran berkeadaan baik dalam sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran, semalam.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan seorang ibu tunggal berusia 40-an tinggal sehelai sepinggang.


Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Bruit, Ismaili Johari berkata, penduduk hanya mampu mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

Menurutnya, angin kencang menyebabkan api merebak pantas.

“Bagaimanapun, sebaik berjaya mengawal kebakaran, kami terkejut menemui senaskhah al-Quran berwarna hitam dalam keadaan baik, cuma sedikit terbakar di bahagian bawah.

“Kami cuba mencari barang kelengkapan lain yang boleh diselamatkan, malangnya semuanya hangus kecuali al-Quran ini,” katanya.

“Mangsa tiada pendapatan tetap sejak kematian suaminya,” katanya.

Ketua Politik Ketua Menteri Sarawak Abdullah Saidol berjanji menghulurkan sumbangan.
KEADAAN rumah yang terbakar.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 7:27 AM


NASKAH al-Quran yang ditemui.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109924#sthash.dijRsRzK.dpuf

Sindiket Macau Scam tumpas

Kuala Lumpur: Sindiket ‘Macau Scam’ yang ditumpaskan polis, Jumaat lalu, dikesan menggunakan iklan kerja kosong bagi merekrut ahli baru sebelum dibawa ke negara ini.
Ketua Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siber dan Jenayah Multimedia) Bukit Aman Deputi Superintendan Hong Ken Hock berkata, dalang sindiket itu turut menanggung sepenuhnya kos tiket penerbangan dan penginapan bagi menarik perhatian mangsa.
Menurutnya, mangsa yang ditawarkan gaji $4,000 dollar Taiwan (RM511) itu kemudian dibawa ke sebuah banglo mewah di Taman Duta, Bukit Tunku, di sini, sebelum dilatih menjadi pakar penipuan menggunakan telefon.
“Sindiket itu yang beroperasi sejak tiga bulan lalu dikesan menggunakan talian telefon dan Internet di Malaysia untuk menghubungi mangsa di China,” katanya.
Sindiket itu ditumpaskan polis Bukit Aman hasil kerjasama polis China yang berpangkalan di Beijing pada jam 2 petang, Jumaat lalu.
Dalam serbuan itu, seramai 44 individu iaitu 22 warga China dan 22 warga Taiwan diberkas.
Suspek dikesan sudah menipu lebih 100 mangsa di China membabitkan kerugian lebih RM2 juta.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 8:11 AM


POLIS menahan 44 warga Taiwan dan China terbabit dalam kegiatan Macau Scam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109936#sthash.XtGOqXey.dpuf

Cabut tanpa baju

Marang: Banduan yang lari dari Penjara Marang, di sini, pagi semalam, dikatakan menggunakan alasan mahu ke tandas ketika dia dan beberapa banduan lain mengikuti kelas agama.
Difahamkan, banduan itu, Moh Nazri Mat Nasir, 23, mengikut kelas agama di kawasan penjara terbabit sebelum bertindak memanjat pagar di Zon 3 untuk melarikan diri jam 10.20 pagi.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas penjara membuat laporan di Balai Polis Merchang, tengah hari, semalam.
Menurutnya, usaha mengesan banduan terbabit digerakkan susulan daripada laporan berkenaan dan pihaknya menjalankan pemeriksaan di kawasan kampung berhampiran penjara dan turut melakukan sekatan jalan raya.
“Usaha mengesan banduan itu dilakukan dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran serta pemantauan di kawasan rumah keluarganya di Kampung Paya Resak, Bukit Payong, Marang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan, ketika melarikan diri banduan berkulit gelap dengan ketinggian 164 sentimeter itu hanya memakai seluar banduan merah tanpa berbaju.
Rosli berkata, lelaki terbabit menjalani hukuman penjara enam bulan bermula Januari mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan sepatutnya bebas pada 3 Mei ini.
Sementara itu, pihaknya turut menafikan dua banduan melarikan diri dari penjara itu seperti yang diviralkan di laman sosial selepas kejadian terbabit.
Menurutnya, laporan yang pihak terima hanya seorang banduan melarikan diri dan berharap orang ramai tidak percaya maklumat tidak benar di laman sosial.
“Saya minta kerjasama orang ramai terutamanya penduduk kampung di kawasan sekitar penjara sekiranya terserempak dengan lelaki dalam keadaan mencurigakan supaya menghubungi Balai Polis Marang di talian 09-6182222 atau balai berhampiran,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 8:33 AM


MOH Nazri
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109952#sthash.WsDsMcW5.dpuf

Kereta berapi

Melaka: Hanya dua bulan merasai nikmat tanpa dibebani pinjaman ansuran kereta, sepasang suami isteri tidak menyangka Proton Persona milik mereka dibeli lebih tujuh tahun lalu terbakar dalam kejadian di Taman Pandan Perdana, Pokok Mangga, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, Siti Norasikin Romeli, 33, berada di rumah bersama anak bongsu berusia 6 bulan manakala suaminya, Hamizi Satari, 34, sudah ke tempat kerja dan tiga lagi anak mereka dihantar ke rumah ibunya.
Hamizi berkata, kali terakhir kereta itu digunakan jam 10.30 malam tadi (kelmarin) ketika pulang dari rumah mentua dan dia tidak mengesan sebarang masalah pada enjin.
“Namun Jumaat lalu, enjin kereta tidak boleh dihidupkan ketika isteri memandu untuk mengambil anak- anak di sekolah. Selepas pemeriksaan di sebuah pusat servis, mekanik memaklumkan kereta kami mungkin ada masalah pada fius.
“Bagaimanapun, selepas kebakaran anggota bomba mengesyaki kebakaran berpunca dari bahagian belakang enjin, berdasarkan kesan berwarna perang yang ditemui iaitu tempat api bermula,” katanya yang berkerja sebagai juruteknik di sebuah kilang.
Menceritakan kejadian, Siti Norasikin berkata, dia terhidu bau hangit dan mendengar bunyi deruman enjin kereta yang kuat dari Proton Persona yang diparkir di garaj.
Katanya, sejurus menjengah ke luar rumah melalui tingkap dia mendapati asap tebal keluar daripada bahagian enjin Proton Persona itu.
“Saya segera mencapai anak dalam buaian, mengambil kunci kereta dan rumah sebelum keluar melalui pintu dapur kerana tahu pagar utama ketika itu dikunci menggunakan mangga.
“Jiran yang menyedari kebakaran kemudian membuka pintu pagar rumah dan cuba memadamkan api menggunakan saluran paip air dari rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui, semalam.
Siti Norasikin berkata, selepas api pada enjin dipadamkan, beberapa jiran menolak Proton Persona itu keluar dari garaj berikutan khuatir bahagian itu kembali disambar api.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka mengesahkan menerima panggilan berhubung kebakaran itu, namun api dipadamkan ketika anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu tiba.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 8:36 AM

HAMIZI melihat ruang enjin keretanya yang terbakar.

Ditahan semula selepas dibebaskan

Putrajaya: Seorang peguam yang dibebaskan kira-kira 10.30 pagi tadi ditahan semula oleh beberapa pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kuantan, Pahang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada tengahari hari ini.
Jurucakap SPRM berkata, peguam itu ditahan semula jam 12.40 tengahari serta dibawa ke Pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
"Dia ditahan semula bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes perlombongan bauksit secara haram di Kuantan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, peguam terbabit antara empat individu dibebaskan SPRM kira-kira jam 10.30 pagi, di sini selepas tempoh tahanan reman mereka tamat hari ini.
Khamis lalu, Majistret Eric Lau membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu terbabit bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.
Mereka ialah seorang Datuk yang juga bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, seorang wanita pekerja sebuah syarikat perlombongan, seorang penjawat awam yang juga pegawai kanan di Jabatan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang serta peguam terbabit.
Semua individu itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 3:23 PM


FOTO Shafiq Zain
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109791#sthash.1njEpYF0.dpuf

Gadis antara ditahan positif dadah

Melaka: Seramai 10 individu termasuk gadis berusia 21 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi bersepadu di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, di sini, awal pagi tadi.
Serbuan kira-kira 4.30 pagi itu, dijalankan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama beberapa agensi kerajaan yang lain termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Jurucakap AADK berkata, dari 30 pelanggan yang diarahkan menjalankan ujian saringan air kencing, 10 didapati positif dadah.
"Sembilan pelanggan didapati positif methamphetamine manakala seorang lagi di bawah pengaruh ganja. Mereka yang ditahan berusia 20 hingga 56 tahun.
"Mereka yang positif methamphetamine diserahkan kepada polis untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki yang didapati positif ganja dibawa ke pejabat AADK untuk disiasat mengikut Seksyen 13A Akta Penyalahgunaan Dadah 1983," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 5:33 PM


Gadis (kiri) yang ditahan selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah dalam operasi bersepadu di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, Melaka. Foto Muhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109806#sthash.kMDdOiql.dpuf

Padah curi kabel

Bukit Beruntung: Lelaki berusia 35 tahun ditemui terbaring dengan kesan terbakar pada badan di rumah sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bukit Beruntung 7A di sini, petang semalam.
Lelaki terbabit dipercayai menceroboh dan cuba mencuri kabel di situ sebelum terkena renjatan elektrik.
Kejadian disedari penduduk Pangsapuri Seri Seroja kira-kira6 petang semalam selepas terdengar bunyi letupan disusuli bekalan elektrik terputus.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan stabil.
"Suspek dipercayai cuba mencuri kabel namun terkena renjatan elektrik.
"Siasatan masih diteruskan memandangkan suspek memiliki waran tangkap dan beberapa rekod jenayah lampau," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 6:03 PM


Lelaki yang ditemui dengan kesan terbakar pada badan, semalam. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109810#sthash.5CfxPIzM.dpuf