Search This Blog

Sunday, January 24, 2016

Tiga Pelajar Malaysia Maut Nahas Jalan Raya Di Jordan


Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 11:42 PM

PETALING JAYA: Tiga pelajar warga Malaysia maut dalam nahas jalan raya di Jordan pada Sabtu.
Education Malaysia Jordan dalam satu kenyataan di Facebook berkata, kemalangan berlaku semasa lima pelajar Universiti Mu'tah dalam perjalanan ke Mafraq untuk program Jaulah pada pagi Sabtu.
Tambah kenyataan itu, dua lagi mangsa terselamat dan sedang dirawat di Hospital Mafraq.
"Dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku kemalangan jalan raya pagi tadi melibatkan sebuah kereta dinaiki oleh pelajar Malaysia dengan warga jordan dalam perjalanan ke Mafraq untuk program Jaulah.
"Kemalangan melibatkan lima pelajar dari Universiti Mu'tah. Tiga meninggal dunia manakala dua pelajar terselamat. Mangsa yang terselamat masih lagi dirawat di Hospital Mafraq," menurut kenyataan itu pada Sabtu sambil menambah turut terlibat dalam kemalangan ialah warga Jordan.
"Marilah sama-sama kita doakan semoga ketiga-tiga roh pelajar berkenaan ditempatkan dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," tambah kenyataan Education Malaysia Jordan.
Menurut Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Sesi 2015/2016 dalam satu kenyataan di Facebook, tiga pelajar yang maut ialah Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, masing-masing dari Kelantan dan Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz dari Kuala Lumpur.
Kenyataan itu menambah, dua mangsa yang cedera adalah Fatin Norsyahirah dari Kelantan dan Izzam Hasif dari Negeri Sembilan.

Identiti Pelajar Malaysia Maut, Cedera Di Jordan Dikenal Pasti



Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 10:22 AM

KUALA LUMPUR: Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan pagi semalam (waktu Jordan) dikenal pasti sebagai Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, menurut portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).
Fatin Iqmal Idziyani berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana' dan Al Najiatun Nailah dari Kelantan, menurut portal berkenaan.
Menurut KMKJ, pengesahan kesemua nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara itu.
Dua pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif yang cedera di kaki dan patah tangan serta Fatin Noor Syahirah yang cedera di muka dan rahang.
"Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman," menurut portal berkenaan.
Menurut portal itu lagi, pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah akan dibawa pulang ke tanah air atau pun tidak.
Sebelum ini, laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan memaklumkan kesemua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah iaitu aktiviti keagamaan.
Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan.

Polis Thailand Minta Pakar Penerbangan Periksa Serpihan Pesawat


Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 12:58 PM

BANGKOK: Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada pesawat yang ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat.

Pegawai Polis Daerah Pak Phanang Sub Lt It Paijit Pongkaew berkata serpihan itu akan dibawa ke balai polis daerah itu bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara ini memeriksanya.

"Kami kini dalam proses menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan dipercayai daripada pesawat itu," katanya kepada Bernama di sini menerusi telefon daripada Pak Phanang, Ahad.

Serpihan yang ditemukan itu, katanya, telah ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis.

Semalam, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan tentang penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang.

Penemuan serpihan dipercayai daripada pesawat di pantai di selatan Thailand itu telah mendorong media negara ini membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lepas.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Menurut It Paijit, walaupun serpihan ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat itu menyerupai bahagian pesawat, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikannya tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar.

"Ia (serpihan) memang kelihatan seperti daripada pesawat tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dahulu," katanya dan menurutnya proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam.

Dua Pelajar Malaysia Yang Cedera Akan Dipindah Ke Amman - Wisma Putra


Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 1:28 PM
Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Urusan pemindahan dua pelajar Malaysia yang cedera akibat kemalangan jalan raya dari hospital kerajaan Mafraq ke Amman,  sedang diuruskan Kedutaan Besar Malaysia di Jordan dengan kerjasama kementerian kesihatan negara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, dua pelajar itu Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif sedang menerima rawatan awal di hospital tersebut setelah terbabit dalam kemalangan yang membabitkan kenderaan yang mereka pandu dan naiki di Safawi, tidak jauh dari bandar Mafraq pagi semalam waktu tempatan.

Tiga rakan mereka iaitu Fatin Ikmal Izyani Che Aziz, Hana' Azaha dan Al Najiatun Nailah Mohd Shafie maut dalam kejadian itu apabila kereta mereka dilapor dilanggar sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Wisma Putra, kesemua mereka merupakan pelajar tahun tiga Universiti Mutah yang terletak 143 kilomter dari selatan Amman.


"Kesemua waris pelajar telah dihubungi dan urusan berkaitan sedang diatur oleh pihak kedutaan," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra yang mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa turut menghargai kerjasama dan bantuan yang diberikan kerajaan Jordan terutama  menteri pengajian tinggi dan penyelidikan, menteri kesihatan Jordan, universiti Mu'tah, universiti Al Albayt, hospital kerajaan Mafraq, polis trafik Mafraq, Persatuan Pelajar Malaysia Mutah (PERMATA), Persatuan Pelajar Malaysia Mafraq (PRISMA) serta pelajar Malaysia di Mutah, Mafraq dan Irbid.

Pelajar Cedera Di Jordan Minta Ibu Bapa Datang


Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 2:14 PM

SEREMBAN: Ibu dan bapa kepada seorang mangsa kemalangan di Jordan yang cedera, Muhammad Izzam Hasif Anuwar, 20, akan berlepas ke Jordan dalam masa terdekat.
Abang sulungnya Muhammad Izzat Syahmi, 24, berkata kedua-dua orang tuanya akan ke sana untuk melawat Izzam selepas urusan dokumentasi mereka selesai.
"Semalam masa kami hubungi adik saya kira-kira 6.40 petang. Adik ada minta mak dan ayah untuk datang. Dia mungkin perlukan sokongan moral dan semangat.
"Mendengar suara dia melalui telefon bimbit, saya dapat rasa dia cemas dan ketakutan sebab dia yang pandu kereta berkenaan dan dia ada bagi tahu tiga lagi kawannya tengah koma," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.
Muhammad Izzat berkata dia mengetahui mengenai kejadian itu setelah rakan adiknya memberitahu yang adiknya terlibat dalam kemalangan dan adiknya meminta untuk menghubunginya semula.
"Saya hubungi semula kawan adik saya melalui fb messenger dan dia telah berikan telefon bimbitnya kepada adik saya dan saya sempat bercakap dengan adik saya selama lima minit.
"Dia beritahu tangan kirinya patah dan kakinya sakit. Lepas itu dia bercakap dengan mak sekejap. Mak memang tak dapat kawal perasaannya," kata Muhammad Izzat.
Katanya ibu dan bapanya kini berada di Perlis atas urusan keluarga dan akan pulang petang ini.
Muhammad Izzam yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik merupakan pelajar tahun ketiga pengajian Usuluddin di Universiti Mu'tah.
Tiga lagi pelajar Malaysia universiti itu maut sementara dua lagi cedera dalam kemalangan jalan raya pagi semalam (waktu Jordan).
Menurut Facebook rasmi Education Malaysia Jordan, kesemua pelajar berkenaan  yang menaiki sebuah kereta dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program.
Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.

Penunggang Maut Dirempuh Alza Langgar Lampu Isyarat


Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 1:01 PM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Tanjung Aru, di sini pagi Ahad.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi itu, Mohd Ashadi Abd Karim, 32, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak atas permukaan jalan.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai dari arah bulatan Sembulan menuju ke pusat bandar. Apabila sampai di lampu isyarat Tanjung Aru, mangsa meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat bertukar hijau, namun tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Perodua Alza," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, pemandu kereta berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkan lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan kecuaian pemandu kerana memandu dengan melulu dan mengabaikan isyarat lalu lintas," katanya.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ribut Salji AS: Angka Kematian Meningkat Kepada 15


Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 12:11 PM

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di enam negeri akibat ribut salji raksaksa yang melanda timur Amerika Syarikat, menurut para pegawai, Ahad.

Datuk Bandar New York Rang Bill de Blasio mengesahkan tiga orang maut tertimbus salji, manakala pegawai di North Carolina berkata enam orang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Virginia dan Kentucky masing-masing melaporkan dua kematian, dan seorang meninggal dunia di Maryland dan Arkansas.

"Ia adalah satu peringatan kepada semua orang untuk tidak terlalu mendedahkan diri terutamanya kepada mereka yang mempunyai sebarang jenis masalah kesihatan," kata De Blasio kepada CNN.

Ribut itu yang digelar 'Snowzilla' melanda sebahagian besar Amerika Syarikat timur, dengan lambakan salji yang hampir menyamai rekod salji di Washington, New York dan bandar-bandar utama lain.

Polis Thailand Minta Pakar Penerbangan Sahkan Serpihan Pesawat



Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 12:30 PM

BANGKOK: Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada pesawat yang ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat.
Pegawai Polis Daerah Pak Phanang Sub Lt It Paijit Pongkaew berkata serpihan itu akan dibawa ke balai polis daerah itu bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara ini memeriksanya.
"Kami kini dalam proses menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan dipercayai daripada pesawat itu," katanya kepada Bernama di sini menerusi telefon daripada Pak Phanang, Ahad.
Serpihan yang ditemukan itu, katanya, telah ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis.
Pada Sabtu, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan tentang penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang.
Penemuan serpihan dipercayai daripada pesawat di pantai di selatan Thailand itu telah mendorong media negara ini membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lepas.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Menurut It Paijit, walaupun serpihan ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat itu menyerupai bahagian pesawat, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikannya tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar.
"Ia (serpihan) memang kelihatan seperti daripada pesawat tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dahulu," katanya dan menurutnya proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam.

Hidang nasi lemak lauk ulat


Pihak penguat kuasa MDYP dan Pejabat Kesihatan Batu Pahat memeriksa dokumen serta makanan yang dimasak di kedai makan berkenaan.
BATU PAHAT - Sebuah kedai makan di pekan Yong Peng, di sini, diarah tutup selama 14 hari oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) kerana gagal mematuhi peraturan penyediaan makanan kepada pelanggan.
Ia ekoran aduan diterima daripada pelanggan kedai makan berkenaan, mendakwa menjumpai ulat dalam hidangan nasi lemak yang dibeli.
Yang Dipertua MDYP, Kamalludin Jamal berkata, ‘lauk tambahan’ itu ditemui sebaik pengadu ingin menikmati makanan tersebut.
Berdasarkan aduan diterima, pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Batu Pahat membuat pemeriksaan di premis terbabit dan mendapati proses penyediaan makanan gagal mematuhi aspek kebersihan seperti ditetapkan.
“Kami kesal kerana pemilik kedai makan itu juga gagal mengemukakan Lesen Perniagaan MDYP 2014, buku suntikan pekerja dan Sijil Latihan Pengendali Makanan.
“Selain itu, mereka juga tidak menjaga kebersihan di bahagian dapur dan beberapa bahagian lain premis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kamalludin berkata, serbuan itu diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran MDYP, Roslee Samad bersama empat pegawai penguat kuasa MDYP, empat Ahli Majlis MDYP dan tiga pegawai dari Pejabat Kesihatan Batu Pahat.
Beliau berkata, peniaga terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDYP) 1987.
Jelasnya, atas kesalahan dilakukan, premis berkenaan diarah tutup selama 14 hari untuk kerja pembersihan dan dikenakan kompaun RM1,000 serta denda RM500.
“Pemeriksaan terperinci akan dilakukan pihak MDYP dan Pejabat Kesihatan Batu Pahat dalam tempoh 14 hari. Jika mereka masih gagal mematuhi peraturan, premis berkenaan tidak dibenarkan dibuka kepada pelanggan sehingga ia benar-benar bersih.
“Pihak MDYP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengendali kedai makan yang gagal mematuhi peraturan dan pemeriksaan akan dilakukan dari semasa ke semasa di kedai makan kawasan pentadbiran kami,” katanya.

Tekong, tiga awak-awak ditahan


Tekong bersama tiga awak-awak warga asing ditahan kerana menangkap ikan di perairan negara, kelmarin.
JOHOR BAHRU - Seorang tekong bersama tiga awak-awak warga asing ditahan kerana menangkap ikan di perairan negara, kelmarin.
Semua lelaki warga Indonesia berusia antara 23 hingga 30 tahun itu ditahan di kedudukan 2.98 batu  nautika dari Pulau Kukup, Pontian.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, penahanan warga asing itu dibuat sekitar jam 12.30 tengah hari.
“Kita buat rampasan sebuah sampan jenis kayu panjang, dua enjin sangkut, sebuah enjin robot, 12 gulung tali, ikan bercampur seberat 30 kilogram, sebuah bubu, sebuah tong ikan besar, dua tong ikan kecil, seunit sistem pengesan global (GPS) dan seunit ‘echo sounder’.
“Mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana penangkapan ikan oleh nelayan asing di dalam perairan Malaysia,” katanya di sini, semalam.
Menceritakan kejadian, Paul berkata, ketika membawa lima anggota dalam penugasan Op Gelora Bil 01/2016 Siri 27/2016, Botronda PAR 6 mengesan sebuah sampan jenis kayu sedang menarik bubu.
Katanya, PAR 6 merapati bot terbabit dan menghubungi petugas menara Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Tanjung Piai, dan disahkan ia di dalam perairan negara.
“Pemeriksaan dijalankan mendapati empat lelaki dewasa warga Indonesia tiada dokumen perjalanan yang sah dan bot tersebut dari negara jiran.
“Mereka bersama barang kes dibawa balik ke Pangkalan PPM Wilayah 2 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tekong bersama awak-awak warga asing terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Johor untuk tindakan susulan.

Rumah urut ‘kegemaran’ diserbu


Antara warga asing diperiksa.
ALOR SETAR - Sebuah rumah urut sekitar Jalan Putra, di sini, yang didakwa menjadi kegemaran penduduk tempatan dan warga asing, diserbu, kelmarin.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Yusri Hashim berkata, premis itu dilihat dikunjungi golongan terlibat sepanjang pemerhatian pihaknya selama enam jam bermula 4 petang.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, 15 pegawai diketuai Timbalan Penolong Pengarah Tinggi, Wan Fatonatunnor Abdul Rahim melakukan Ops Ikrar.
“Hasil pemeriksaan, dua wanita warga asing masing-masing berusia 42 dan 44 tahun dari China dan Thailand, bersama seorang lelaki tempatan ditahan.
“Dua wanita berkenaan ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan dan disiasat di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.
Yusri berkata, lelaki tempatan berusia 36 tahun itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana melindungi warga asing.
Sementara itu, katanya, beberapa warga tempatan lain yang berada di premis berkenaan turut diambil kenyataan mereka untuk membantu siasatan.
Mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

35 restoran diserbu guna candu sebagai perasa makanan


BEIJING - CHINA. Sebanyak 35 buah restoran di seluruh China didapati secara haram menggunakan candu sebagai perasa dalam makanan, dedah pegawai rasmi.
Badan Pentadbiran Makanan dan Dadah China berkata, lima buah restoran sedang didakwa manakala 30 lagi dalam proses siasatan.
Pihak berkuasa tempatan digesa untuk membantu penyiasat mencari sumber candu berkenaan, lapor China Daily.
Serbuk candu yang mengandungi kandungan dadah diharamkan sebagai perasa tambahan makanan di China.
Memetik laporan BBC, pada tahun 2012, tujuh restoran di wilayah Ningxia ditutup kerana menggunakan candu dan 215 restoran turut ditutup di wilayah Guizhou pada tahun 2004 atas kesalahan yang sama.
China telah dilanda beberapa siri skandal makanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 2014 pembekal yang berpangkalan di Shanghai didapati telah menjual daging ayam tidak bersih dan sudah luput kepada rantaian makanan termasuk KFC, Starbucks dan McDonald.
Pada tahun 2008, enam kanak-kanak meninggal dunia dan lebih daripada 300,000 jatuh sakit kerana minum susu tepung yang dicemari melamin, bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja.

Tiga orang positif kena virus lahir bayi kepala kecil


Tentera melakukan pemeriksaan larva nyamuk dalam operasi pembersihan di Sao Paulo, Brazil. - Foto AFP
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Tiga orang disahkan positif virus Zika yang dipercayai penyebab bayi dilahirkan berkepala kecil di Amerika Latin.
Menurut, Jabatan Negara Amerika Syarikat, ketiga-tiga mangsa didapati pernah melancong ke luar Amerika Syarikat di mana penyakit bawaan nyamuk yang merebak dengan cepat.
Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak dinyatakan lokasi terbabit.
Memetik AP, pegawai rasmi berkata, seorang mangsa sudah pulih manakala dua yang lain semakin baik.
Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat memberi amaran kepada wanita mengandung untuk mengelak mengunjungi 22 tempat di Amerika Latin dan Caribbean disebabkan penularan virus Zika.
Virus tersebut dikaitkan menyebabkan beribu-ribu kes kecacatan kelahiran yang dikenali sebagai microcephaly dimana bayi dilahirkan berkepala kecil yang boleh menyebabkan kerosakan otak.
[ARTIKEL BERKAITAN:  Bayi lahir berkepala kecil meningkat di Brazil]
Pihak berkuasa New York memberi amaran kepada orang ramai yang menimbang untuk melancong ke kawasan-kawasan panas supaya berjaga-jaga.
"Kami menggesa penduduk terutamanya wanita hamil untuk mendapatkan khidamtan nasihat kesihatan sebelum melancong dan mengambil langkah pencegahan jika mahu melancong ke nagara-negara yang terjejas, " kata Persuruhjaya Kesihatan Negeri New York, Howard Zucker.
Wanita di kawasan-kawasan tersebut juga digesa untuk mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan gigitan nyamuk, termasuk memakai baju berlengan panjang dan seluar, dan menggunakan penghalau serangga.

Empat maut insiden tembakan di sekolah


Kawasan luar Sekolah Komuniti La Loche. - Foto AP
TORONTO - KANADA. Empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di Saskatchewan, barat Kanada.
Polis berkata, suspek lelaki kini ditahan dan kesemua pelajar dipindahkan ke kawasan selamat selepas insiden yang berlaku di Sekolah Komuniti La Loche.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeaou berkata, kejadian yang berlaku di sekolah tersebut ibarat mimpi ngeri yang paling buruk bagi ibu bapa.
"Jelas sekali, ini adalah mimpi ngeri setiap ibu bapa dan kita semua di seluruh negara melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa," katanya dipetik BBC.
Dalam pada itu, saksi berkata, lebih dari enam tembakan dilepaskan.
" Saya berlari keluar dari kawasan sekolah dan jeritan kedengaran dan enam hingga tujuh tembakan dilepaskan sebelum saya berjaya keluar.
"Saya percaya lebih banyak lagi tembakan dilepaskan," kata pelajar gred 10 sekolah itu, Noel Desjarlais.
Sementara itu, dalam sidang media,  pegawai kanan polis Kanada (RMCP) Maureen Levy, berkata, suspek berjaya ditahan selepas senjatanya dirampas.
" Tiada risiko terhadap keselamatan awam pada masa ini." katanya sambil menyifatkan kejadian ini sebagai satu tragedi yang menyanyat hati.
Maureen bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci.
RCMP berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 1.00 petang waktu tempatan dan kemudian berjaya menahan suspek 45 minit kemudian.
Kira-kira 900 pelajar dari tadika hingga ke Gred 12 belajar di sekolah berkenaan.

Tiga pemandu treler cedera dalam kemalangan


Anggota Bomba dan Penyelamat Muar berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan yang melibatkan tiga buah lori di Batu 3, Ayer Hitam, Muar, hari ini - Foto Bernama
MUAR - Tiga pemandu lori treler cedera apabila lori treler yang dipandu masing-masing terlibat dalam satu kemalangan di Batu 3, Ayer Hitam, Muar, di sini hari ini.
Pegawai Bomba Kanan Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Mohd Johar Tumin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada 7.30 pagi.
Katanya, 11 anggota bomba bersama sebuah jentera dan sebuah ambulan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Bomba tiba di lokasi kejadian pada 8.05 pagi.
"Pemandu lori membawa muatan pokok semaian patah kaki. Manakala bomba terpaksa mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengeluarkan pemandu lori muatan batu-bata yang tersepit," katanya ketika dihubungi pemberita.
Beliau berkata dua pemandu lori iaitu pemandu lori membawa muatan batu-bata dan pemandu lori muatan paip poli hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Manakala pemandu lori yang membawa muatan pokok semaian yang patah kaki menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. - Bernama

Nyaris maut ditikam dua kali


Anggota polis Jertih berjaya memberkas suspek curi kenderaan di sebuah rumah di Kampung Padang Luas, Jerti

JERTIH- Seorang lelaki nyaris maut selepas ditikam dua kali di bahagian dada di hadapan rumahnya di Kampung Gong Bayor, dekat sini, Khamis lalu.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu, mangsa berusia 52 tahun itu bernasib baik kerana tikaman suspek tidak mengenai sebarang organ penting.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hasan berkata, tikaman suspek tersasar hanya beberapa sentimeter daripada jantung mangsa.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sendiri didatangi seorang lelaki menaiki sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih.
“Sebaik keluar dari rumah, suspek bertindak menikam dada dan pinggang mangsa dengan senjata tajam di hadapan rumahnya di Kampung Gong Bayor.
“Mangsa yang cedera  dikejarkan ke Hospital Besut. Keadaannya dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di wad hospital berkenaan,” katanya.
Kamsani berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dengan kesan dua tikaman pada bahagian kiri dan kanan dada.
Menurutnya, usaha memburu suspek yang telah dikenal pasti giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan berasingan, pegawai dan anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jertih diketuai Ketua Balai Polis Jertih, Asisten Superintendan Kamarul Hamizi Zakaria berjaya memberkas tiga lelaki disyaki aktif mencuri kenderaan dan pecah cermin kereta.
Kamsani berkata, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 27 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Taman Pelagat Utama, Padang Luas, Jertih kira-kira jam 4.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis menemui sebuah komputer riba, satu telefon bimbit, papan nombor pendaftaran kenderaan dan beberapa barangan lain.
“Berdasarkan nombor siri pada komputer dan telefon tersebut didapati ia dilaporkan dicuri,” katanya.
Beliau berkata lagi, dua suspek beralamat di  Kelantan, sementara suspek berusia 17 tahun beralamat di Jertih.
Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut
.

Dakwa ada ‘sijil tunang’


Ahmad Nawi (kiri) sedang menyoal siasat pasangan kekasih yang dicekup, semalam
AMPANG - “Kami ada ‘sijil tunang’,” itu antara alasan pasangan kekasih yang mendakwa sudah bertunang ketika dicekup dalam operasi cegah maksiat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, di sebuah pangsapuri, di sini, awal pagi, semalam.
Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut tidak mempunyai ikatan pertunangan.
“Saya difahamkan tidak ada ‘sijil tunang’ dikeluarkan oleh jabatan agama, sijil yang dikeluarkan hanya Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan Sijil Nikah,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, pihaknya bersama Rela bergegas ke rumah itu untuk melakukan pemeriksaan kira-kira jam 12.40 pagi setelah menerima aduan orang awam.
“Kita ketuk pintu sambil memperkenalkan diri untuk pemeriksaan dan temui sepasang suami isteri sedang makan di ruang tamu, sebelum seorang lelaki berusia 25 tahun keluar dari tandas,” katanya.
Beliau berkata, lelaki yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu memberi alasan tinggal sebilik dengan abang angkat dan isterinya.
“Siasatan lanjut, kita jumpa seorang wanita berusia 23 tahun dalam bilik berasingan di rumah tersebut dan pasangan kekasih itu mengaku tinggal di rumah tersebut sejak tiga bulan lalu,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, pihaknya membawa pekerja sebuah klinik bersama teman lelakinya ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Lori hantu rempuh rumah


Muhammad Nasziri menunjukkan kesan rempuhan menyebabkan keretanya musnah dan struktur rumah teralih kira-kira satu meter dari kedudukan asal.
SUNGAI BULOH - Rumah tradisi berusia lebih 50 tahun yang kini diduduki generasi ketiga, menunggu masa menyembah bumi selepas dilanggar lori hantu dipandu seorang lelaki warga Indonesia berusia 30-an, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, struktur rumah atas itu teralih kira-kira satu meter dari tiang asal dan turut meranapkan sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di halaman rumah.
Difahamkan, pemandu lori terbabit dipercayai cuba mengelak operasi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) beberapa meter dari lokasi kejadian kerana cukai jalan tamat, selain pemandunya tidak mempunyai lesen.
Mangsa, Muhammad Nasziri Daud, 29, berkata, dia dihubungi ibunya memaklumkan kejadian sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kepong.
“Saya pelik macam mana rumah boleh dilanggar lori, sedangkan laluan tersebut sempit dan hanya digunakan penduduk bermotosikal atau kereta saja.
“Mujur ada kereta dan tangga jadi penahan, kalau tak rumah mungkin runtuh dan akibatkan rumah mak ayah saya yang di belakangnya juga terjejas,” katanya, semalam.
Katanya, pemandu lori melarikan diri bersama kunci selepas kejadian dan hanya beberapa wakil pemiliknya tampil pada sebelah malam untuk melihat keadaan rumah.
“Tiga kali mereka datang nak tarik lori tapi kami tak benarkan kerana mahu ganti rugi rumah dan kereta dulu. Untuk rumah saja dah rugi RM100,000 tak termasuk kos baiki kereta.
“Mulanya mereka mahu baiki saja rumah tapi kami tak setuju kerana struktur memang dah tak kuat, kemudian mereka janji mahu bina semula. Semuanya hanya cakap mulut tak ada hitam putih, seolah-olah mahu lepas tangan asalkan lori mereka diambil,” katanya.
Katanya, susulan insiden tersebut pihaknya dan keluarga dalam proses melantik peguam bagi tuntutan ganti rugi dan mendesak pemandu tersebut dikenakan tindakan.
“Rumah kosong ketika kejadian, namun insiden disedari adik yang kebetulan berada di luar rumah ayah terlihat lori berhenti sebelum bergerak merempuh rumah.
“Masalah brek menyebabkan lori bergerak sendiri dan pemandunya ketika itu berada di luar untuk meninjau jalan yang boleh dilalui. Terkejut dengan kejadian itu dia melarikan diri di jalan utama sebelum hilang di kawasan perumahan baru Aman Puteri,” katanya.
Katanya, pihaknya memberikan masa seminggu kepada pemilik lori menyelesaikan perkara itu atau diselesaikan di mahkamah.
Laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada hari kejadian dan pihak berkuasa turun ke lokasi untuk siasatan.

Dua wanita warga Afrika cuba buat onar


Wanita warga Afrika cuba mengelak daripada digari selepas didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
PUCHONG – Seorang wanita warga Afrika bertindak biadab mencampak pasport ke arah pegawai penguat kuasa imigresen apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri ketika serbuan di sebuah kafe di Bandar Puteri di sini, semalam.
Bukan itu sahaja, rakannya pula cuba mencetuskan provokasi dengan menengking pegawai penguat kuasa apabila tangannya digari selepas didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi semalam, dua wanita itu masing-masing dari Sierra Leone dan Guinea antara 14 warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Jabatan Imigresen Selangor.
Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihaknya menyerbu tiga premis, masing-masing satu di USJ 1 dan dua di Bandar Puteri.
Di USJ 1, pihak imigresen katanya, menahan tiga warga Ghana dan seorang lelaki warga Nigeria atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.
Serbuan kemudian diteruskan ke sebuah pusat urutan refleksologi dan berjaya menahan enam tukang urut wanita warga asing.
"Kesemua mereka tiga warga China dan tiga warga Vietnam dipercayai menawarkan aktiviti tidak sihat kepada pengunjung.
“Peralatan digunakan dirampas, manakala premis ditutup bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007. Pengusaha dikenakan tindakan kompaun RM1,000.
Di lokasi ketiga, serbuan dibuat ke atas sebuah kafe yang menawarkan aktiviti hiburan tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Dalam operasi di premis sama, dua lelaki warga Sierra Leone dan Nigeria ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.
“Sitaan peralatan hiburan dilaksana di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 (pindaan 2001), pemilik berdepan tindakan kompaun RM25,000,” katanya operasi bermula jam 12 tengah malam disertai 47 pegawai daripada kedua-dua agensi.
Katanya, operasi hasil risikan dan aduan orang awam yang rimas dengan kegiatan warga asing melanggar undang-undang dan peraturan di negara ini termasuk menyalahgunakan lesen yang diperoleh warga tempatan.

Identiti pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti


Foto sumber Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).
KUALA LUMPUR - Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan pagi semalam (waktu Jordan) dikenal pasti sebagai Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, menurut portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).
Fatin Iqmal Idziyani berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana' dan Al Najiatun Nailah dari Kelantan, menurut portal berkenaan.
Menurut KMKJ, pengesahan kesemua nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara itu.
Dua pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif yang cedera di kaki dan patah tangan serta Fatin Noor Syahirah yang cedera di muka dan rahang.
"Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman," menurut portal berkenaan.
Menurut portal itu lagi, pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah akan dibawa pulang ke tanah air atau pun tidak.
Sebelum ini, laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan memaklumkan kesemua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah iaitu aktiviti keagamaan.
Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan. - Bernama

Tiga rumah rosak dibaling mercun kelapa


Rumah teres dua tingkat di Taman Sembilang rosak teruk akibat terkena mercun awal pagi tadi. Gambar kanan: Pintu rumah tercabut akibat letupan mercun kelapa.
SEBERANG JAYA - Tiga rumah rosak teruk akibat terkena letupan dipercayai mercun kelapa yang dilemparkan ke halaman sebuah rumah teres di sini pagi tadi.
Kejadian di Taman Sembilang, Seberang Jaya itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi.
Difahamkan, salah sebuah dari rumah terbabit juga dibaling dengan cat kuning yang dibungkus dengan plastik minuman.
Cat berkenaan juga terkena sebuah motosikal, kereta, lantai dan dinding luar rumah berkenaan.
Ketika kejadian, penghuni rumah yang menjadi sasaran letupan dikenali Azman, 30,  bersendirian menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan itu.
“Saya terdengar enjin motosikal berlegar-legar di hadapan rumah, namun tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah biasa mendengar kenderaan melalui kawasan ini.
“Bagaimanapun, tiba-tiba saya ternampak seperti cahaya api dari tingkap rumah yang datang dari luar. Bimbang perkara buruk berlaku, saya terus berlari naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan diri," katanya.
Beliau kemudian mendengar dua letupan kuat dari luar menyebabkan rumahnya seakan-akan bergegar.
“Letupan itu menyebabkan tiga pintu rumah saya tertanggal, tingkap cermin pecah dan atap di bahagian hadapan runtuh selain terdapat kebakaran kecil pada pintu hadapan.
"Kesan letupan di bilik hadapan juga agak teruk apabila dua pintu kayu tertanggal dan barangan berselerak selain kaca tingkap pecah memenuhi atas katil," katanya.
Setelah diperiksa, tiga rumah jiran turut terkena impak letupan itu menyebabkan bumbung rumah mereka retak dan cermin tingkap pecah.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana dan isterinya selamat.
"Ibu bapa saya tinggal bersama saya namun ketika kejadian, mereka pulang ke kampung di Kulim, Kedah. Selalunya mereka akan tidur di bilik hadapan iaitu tempat yang paling teruk terkena letupan. Saya tidak dapat bayangkan  jika kedua-dua tidak balik kampung," katanya.
Seorang lagi penduduk, Abdul Shukor Ahmad Shahabudin, 41, sempat menolong jiran sebelah rumahnya itu memadamkan kebakaran sebelum menyedari rumahnya turut menjadi sasaran apabila dibaling bungkusan cat.
“Ketika balik ke rumah, baharulah saya sedar kesan cat kuning yang dibaling ke dinding luar rumah sehingga terkena kereta, motosikal dan lantai.
“Sebelum itu saya hanya menyedari rumah jiran yang terkena (letupan mercun). Saya percaya, perbuatan melempar cat dilakukan serentak dengan serangan mercun itu. Saya dan Mohd Hilal bingung memikirkan kejadian ini kerana kami tidak mempunyai musuh selain tidak terbabit dengan kegiatan peminjam wang haram," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati kesan letupan itu adalah akibat mercun ‘high power’.
“Dua suspek yang menunggang motosikal dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
“Siasatan turut mendapati motif kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan pinjaman wang dengan syarikat tanpa lesen,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan bahan api atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Tengkorak manusia di kedai spiritual dirampas


Bahagian luar kedai menjual barangan spiritual

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Pihak berkuasa menjumpai satu tengkorak manusia dan lapan bekas dipercayai turut mengandungi tengkorak di sebuah kedai yang menjual barangan spiritual di Los Angeles, lapor AP.
Polis Los Angeles, Kapten Steve Katz berkata, pihaknya telah menyerbu sebuah kedai yang terletak di kawasan perniagaan Compton pada Jumaat selepas menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa kedai terbabit mendera binatang.
Apabila penyiasat tiba, Katz berkata, mereka menjumpai tengkorak dalam sebuah periuk dan kemudian merampasnya bersama lapan periuk lain yang turut mengandungi tengkorak.
" Tiada bukti pembunuhan dan tengkorak berkenaan mungkin telah dibeli daripada sumber yang sah dan telah digunakan untuk upacara keagamaan.
"Ia masih tidak jelas sama ada mangsa haiwan yang lain ditemui," katanya
Papan tanda diluar kedai terbabit tertulis 'Omi Relekun' yang bermaksud kedai dan sekolah spiritual dalam bahasa Sepanyol
.

Serpihan pesawat disyaki milik MH370 ditemui

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 7:39 AM





BANGKOK: Satu serpihan disyaki bangkai kapal terbang ditemui di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan malam tadi. Ia mencetuskan spekulasi bahawa serpihan itu mungkin milik penerbangan MH370, yang hilang kira-kira dua tahun lalu. Kepingan besar logam melengkung itu terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat. Ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan, berkata penduduk kampung melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti objek itu. "Mereka menemui serpihan berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang," katanya. Penemuan itu menyokong spekulasi media Thailand yang sisa itu mungkin daripada penerbangan MH370, yang hilang dengan 239 penumpang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014. Setakat ini, tiada pengesahan rasmi serpihan itu milik sebuah kapal terbang. Patthikongpan menambah, nelayan memberitahu ia mungkin berada di laut tidak lebih setahun bersandarkan teritip yang melekat padanya. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117477

Empat cedera ditimpa pokok

SABTU, 23 JANUARI 2016 @ 10:09 PM




Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

SUNGAI BULOH: Seorang remaja berusia 13 tahun antara empat yang cedera akibat pokok tumbang dalam kejadian ribut dekat tapak pasar malam di Paya Jaras di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin, berkata kejadian pada jam 3.20 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang membuat persiapan membuka gerai untuk berniaga di pasar malam terbabit. "Remaja terbabit cedera di kepala dan patah tangan kiri, manakala dua lagi lelaki berusia 21 dan 53 tahun cedera pada badan dan pinggang. "Seorang lagi mangsa iaitu wanita warga Indonesia berusia 40 tahun hanya cedera ringan. Semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi. Mohd Rozi berkata, kejadian itu turut mengakibatkan sebuah lori dan tiga van milik peniaga rosak teruk, manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian ribut itu turut menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak. "Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Jaras kini sedang membuat bancian mengenalpasti jumlah kediaman penduduk yang rosak," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117388

Perlu lapor polis 24 jam sebelum laku hubungan seksual

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 8:42 AM



YORKSHIRE: Seorang lelaki di Briton, dibebaskan dari tuduhan merogol seorang wanita, tetapi diarahkan memaklumkan kepada polis 24 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Lelaki 40-an itu dibebaskan pada 2015 selepas dibicarakan semula apabila mendakwa mangsa bersetuju. Arahan risiko seksual sementara yang ditetapkan pada Disember lalu itu dilanjutkan selama empat bulan oleh majistret di York. Ia memerlukan lelaki terbabit untuk mendedahkan sebarang aktiviti seksual yang dirancang kepada pihak polis atau berdepan sehingga lima tahun penjara. Menurut laporan, arahan disediakan majistret di Northallerton, North Yorkshire itu menyebut: "Anda perlu mendedahkan butiran mana-mana wanita, termasuk namanya, alamat dan tarikh lahir. Ia mesti dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sebarang aktiviti seks dilakukan." Lelaki itu juga dilarang menggunakan telefon bimbit dan Internet serta perlu memaklumkan kepada polis jika ada perubahan pada alamat tempat tinggalnya. Mahkamah pada Mei akan memutuskan sama ada arahan itu akan dilanjutkan. Arahan risiko seksual diperkenalkan di England dan Wales pada Mac tahun lalu dan boleh digunakan ke atas mana-mana individu yang dipercayai polis boleh menimbulkan risiko bahaya seksual walaupun mereka tidak pernah disabitkan dengan jenayah. - AGENSI   DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117493

Kes bauksit: Empat individu dibebas selepas keterangan diambil

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 11:46 AM
Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai mengambil keterangan empat individu, termasuk seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk berhubung siasatan membabitkan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang. Difahamkan, semua individu berusia 34 tahun hingga 50 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 10.30 pagi tadi selepas tempoh tahanan reman mereka tamat hari ini. Perkara terbabit disahkan peguam yang mewakili dua daripada empat individu berkenaan, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. Khamis lalu, Majistret Eric Lau membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu terbabit bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang. Selain Datuk yang juga bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan itu, turut direman adalah seorang wanita yang juga pekerja sebuah syarikat perlombongan, seorang peguam dan seorang penjawat awam, yang juga pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains Pahang. Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117543

Seorang maut, kemalangan babit 2 lori

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 10:44 AM



Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my


ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 94.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi. JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 94.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ibnul Kasim Ahmad Abd Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 5.43 pagi. Katanya, selepas menerima panggilan, sebuah jentera dengan lima anggota dikerah ke lokasi kejadian. "Sejurus tiba, pihak bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori Nissan Diesel 10 tan, yang bertembung dengan lori Hino. "Bagaimanapun, punca kejadian dan maklumat mangsa masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117526

Kapal tenggelam di Nicaragua, 13 terbunuh

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 10:35 AM

MANAGUA: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, semalam apabila kapal yang membawa 32 pelancong dari Amerika Tengah dan Amerika Syarikat tenggelam di Pulau Little Corn di Caribbean, Nicaragua akibat angin kencang. Jurucakap kerajaan Nicaragua dan wanita pertama, Lady Rosario Murillo, berkata 13 daripada 32 penumpang yang terbunuh adalah warga Costa Rica. Katanya, penumpang lain yang terselamat dibawa ke Pulau Big Corn. Kepulauan Corn terdiri daripada Pulau Big Corn dan Pulau Little Corn, yang terletak hampir 70 kilometer dari tanah besar Nicaragua. Walau agak terpencil, ia semakin terkenal dalam kalangan pelancong. Menteri Luar Negara Costa Rica, mengenal pasti sembilan rakyatnya yang lemas, dua daripadanya bermastautin di Amerika Syarikat. Kenyataan awal menyebut 25 warga Costa Rica, empat AS dan tiga Nicaragua berada di atas kapal kecil itu yang berdepan masalah selepas dilanda angin kencang dekat Pulau Little Corn. Menurut Media, kapten yang juga pemilik kapal itu ditahan selepas diselamatkan untuk tujuan siasatan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117520

Pakar sakit puan palsu hadapi 28 tuduhan rogol

Melbourne: Seorang lelaki yang didakwa berpura-pura menjadi pakar sakit puan kini berdepan lebih 80 tuduhan termasuk 28 kes rogol selepas menawarkan perkhidmatan perubatan termasuk rawatan kesuburan selama lebih 10 tahun.
Raffaele Di Paolo, 59, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne kelmarin atas tuduhan bagi tempoh dari Julai 2004 hingga Mei tahun lalu, lapor Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Tuduhan merangkumi sejumlah wanita yang tidak diketahui, termasuk lapan kesalahan berlagak sebagai pengamal kesihatan sah, 28 tuduhan rogol dan 27 memperdaya seorang wanita mengambil bahagian dalam aksi penembusan seksual dengan mendakwa dirinya pengamal perubatan berdaftar.
Di Paolo yang dilahirkan di Itali, berdepan 21 lagi tuduhan memperoleh wang melalui penipuan dengan menerima bayaran dipercayai mencecah A$320,000 (RM957,000) bagi ‘rawatan perubatan.’
Dia juga menghadapi satu tuduhan melaksanakan ubat kesuburan seterusnya membahayakan kesihatan seorang ‘pesakitnya’ secara serius.
Pihak Berkuasa Penyelarasan Pengamal Kesihatan Australia (AHPRA) juga mengenakan lapan tuduhan terhadapnya.
Seorang ‘pesakit’ memberitahu akhbar Age dia menghabiskan lebih A$30,000 (RM90,000) untuk rawatan dengannya.
“Namun, ada perbuatannya yang tidak nampak profesional.
“Pernah dia menggunakan jarum besar untuk menyuntik apa didakwanya sperma suami ke perut saya. Entah apa sebenarnya dimasukkan ke badan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 5:04 AM


DI Paolo
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109679#sthash.c5lrGh5y.dpuf