Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Hilang kawalan, rempuh, lari

Kuala Lumpur: Tiga terbunuh termasuk wanita manakala tiga parah dirempuh kereta dipercayai BMW dalam kejadian di Jalan Sungai Besi, awal pagi ini.
Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 15 penganut Hindu yang berjalan dari Senawang untuk ke Batu Caves sempena Thaipusam apabila kemalangan pada 7.30 pagi.
Ahli rombongan, Bala Velusamy, 30-an berkata, ketika mereka sampai di lokasi kejadian, terdapat kereta datang dari arah bertentangan yang tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh enam rakannya.
Katanya, dia dan beberapa lagi rakan sempat mengelak daripada dilanggar dan kereta terbabit kemudiannya terus melarikan diri.
Difahamkan, semua mangsa yang cedera sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 10:38 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109534#sthash.BT7g5sv6.dpuf

`Nampak api...lepas tu meletup'

Seberang Jaya: Empat rumah di Taman Sembilang, di sini, rosak disyaki dibaling bahan letupan buatan sendiri, pada 2.30 pagi, hari ini.
Difahamkan, bahan letupan itu dibaling ke satu daripada rumah itu tetapi kesan letupan menyebabkan dinding dan bumbung rumah berhampiran turut rosak.
Bagaimanapun, semua penghuni empat rumah berkenaan tidak mengalami kecederaan.
Mangsa, Mohd Hilal Mohd Hidin, 30, berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di tingkat bawah rumahnya.
"Saya ternampak api di hadapan rumah sebelum terdengar bunyi letupan yang kuat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 1:33 PM

IHSAN pembaca Harian Metro

Ajal enam sekeluarga

Gua Musang: Enam sekeluarga terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi ini.
Semua mangsa meninggal dunia, termasuk tiga kanak-kanak di lokasi kejadian manakala seorang parah, dalam kemalangan kira-kira 10 pagi.
Semua mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Difahamkan, semua tujuh mangsa yang menaiki Proton Persona dari arah Gua Musang ke Kuala Krai dikatakan cuba memotong lori sebelum bertembung dengan lain dari arah bertentangan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Saharmi Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10 pagi.
Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian semua mangsa didapati tersepit di dalam kereta. Kita mengambil lebih 30 minit untuk mengeluarkan semua mangsa sebelum dibawa ke hospital," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 1:19 PM

IHSAN pembaca Harian Metro & Bomba dan Penyelamat

Polis cari pemandu BMW rempuh penganut Hindu

SABTU, 23 JANUARI 2016 @ 4:19 PM

Oleh Nor Azizah Mokhtar




KERETA BMW yang dipercayai merempuh enam penganut Hindu sehingga menyebabkan tiga maut dan tiga parah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Polis mencari seorang lelaki, Seng Guan Chuan, dipercayai pemandu kereta BMW bagi membantu siasatan kemalangan yang menyebabkan tiga lelaki maut dan tiga parah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, pagi tadi.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata lelaki berusia 20-an itu belum tampil di mana-mana balai polis membuat laporan berhubung kejadian itu.
"Selepas melanggar enam mangsa, pemandu tidak memberhentikan keretanya, sebaliknya melarikan diri.
"Kereta itu kemudian ditinggalkan di lorong kecemasan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan pemandunya menghilangkan diri," katanya pada sidang media sebentar tadi.
Markandan berkata, identiti pemandu itu dikenal pasti menerusi semakan nombor pendaftaran kereta berkenaan.

S Markandan (kanan) meminta orang ramai tampil sekiranya mempunyai maklumat mengenai kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, pagi tadi.
Kereta itu didaftarkan atas nama ibu lelaki berkenaan.
"Kita menghubungi ibunya yang tinggal di Jelutong, Pulau Pinang dan wanita itu memberitahu kereta itu dipandu anak lelakinya yang tinggal di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, dia enggan bekerjasama dengan lebih lanjut," katanya lagi.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaki Wahab di talian 012-8778620 atau Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur (03-2071999).
Dalam kemalangan jam 8 pagi itu, K Saravanan, 45; S Papa, 63; dan C Kannan, 50, maut di tempat kejadian, manakala rakan mereka, P Megaswaran, 40; D Darrshen, 18, dan seorang lagi wanita belum dapat dipastikan identitinya.
Mangsa yang berjalan di lorong kecemasan dirempuh kereta BMW dari pusat bandar menghala Seremban.
Mereka antara 45 penganut Hindu yang mahu menunaikan nazar dengan berjalan bermula Khamis lalu dari Seremban menuju Batu Caves sempena perayaan Thaipusam, esok.

TIGA penganut hindu yang berjalan dari Senawang ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam, maut dirempuh kereta di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca

9 maut akibat cuaca buruk di Pantai Timur AS

 SABTU, 23 JANUARI 2016 @ 4:28 PM




CUACA buruk di kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat. - Foto AFP


WASHINGTON: Sekurang-kurangnya sembilan kematian dicatatkan akibat kemalangan berkaitan cuaca buruk di kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat pada malam Jumaat. Lima daripada sembilan kematian dilaporkan di Carolina Utara. Gabenor Pat McCory berkata, seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di Wilkes pada Rabu meninggal dunia dan seorang pemandu maut dalam kemalangan berasingan di Johnston. Seorang wanita berusia 65 tahun melanggar penampal jalan berais yang menyebabkan keretanya terbalik dan terbabas ke dalam sungai. Di Forsyth, wanita berusia 55 tahun terbunuh apabila kenderaannya terbabas berikutan jalan berais. Sementara kanak-kanak berusia empat tahun, meninggal dunia pada Jumaat. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117313

Restoran diserbu guna candu dalam masakan

 SABTU, 23 JANUARI 2016 @ 9:41 AM


Juruterbang Taiwan dianggap terbunuh


LOS ANGELES: Juruterbang jet pejuang F-16 yang terhempas ketika menjalani latihan di Arizona berasal dari Taiwan dan dianggap sudah mati, kata Tentera Udara Amerika Syarikat pada Jumaat. Jet itu terhempas pada pagi Khamis di utara Pangkalan Udara Luke, dekat bandar kecil Bagdad, wilayah barat daya AS. "Dengan rasa sedih, Ahli Lembaga Keselamatan Interim kami menemui mayat manusia di tapak nahas F-16 yang berasal dari Taiwan," kata Brigadier Jeneral Scott Pleus. "Bukti membantu kami untuk mempercayai bahawa juruterbang tidak terselamat dalam nahas itu dan beliau dianggap mati." Juruterbang Taiwan dan jet itu adalah sebahagian daripada program latihan diketuai Tentera Udara Amerika Syarikat. Punca nahas masih dalam siasatan. - AFP



JET pejuang F-16. - Getty Images  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117192

Sembilan Kereta Perodua Baru Hangus



Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 10:41 AM

PETALING JAYA: Sembilan buah kereta keluaran Perodua hangus selepas treler pengangkutnya terbakar di  Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada Jumaat.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, anggotanya tiba ditempat kejadian di KM400 selepas mendapat panggilan pada pukul 10 malam.
"Enam Axia, dua MyVi dan sebuah Alza hangus dalam kebakaran itu.
"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Api berjaya dipadam dalam tempoh setengah jam," katanya.

5 maut insiden tembak di sekolah Kanada

 SABTU, 23 JANUARI 2016 @ 7:56 AM




 BANGUNAN Dene di La Loche Community School, Kanada. - Foto Reuters



OTTAWA: Lima maut dan dua lagi cedera parah selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah menengah di barat Kanada pada Jumaat, kata Perdana Menteri, Justin Trudeau. Suspek iaitu seorang pelajar di sekolah berkenaan kini dalam tahanan polis. Terdahulu, Royal Canadian Mounted Police (RCMP) mengesahkan pihaknya melancarkan tindakan terhadap 'keadaan serius' di La Loche Community School, kira-kira 600 kilometer dari tengah bandar Saskatoon. Dalam laman Facebook sekolah itu berkata, sekolah berkenaan 'sedang ditutup' selepas insiden dan memberi amaran orang awam supaya menjauhkan diri. "Terdapat keadaan kecemasan di Bangunan Dene dan kami meminta orang awam supaya menjauhkan diri sehingga ia diselesaikan oleh RCMP,' kata sekolah itu. "Sekolah rendah juga ditutup dan tidak akan dibuka sehingga kami dapat kepastian ia selamat daripada La Loche RCMP. "Kami tidak membenarkan sesiapa saja masuk atau keluar sehingga kami dapat gambaran sebenar apa yang berlaku." Media tempatan melaporkan, sekolah menengah Dene ialah untuk Gred 7-12, manakala sekolah Ducharrme ialah peringkat rendah. Pelajar Gred 10 La Loche, Noel Desjarlais berkata, dia mendengar beberapa das tembakan di sekolah itu. "Saya melarikan diri dari sekolah itu. Banyak jeritan kedengaran ada kira-kira enam, tujuh tembakan sebelum saya keluar. Saya percaya lebih banyak lagi tembakan sebaik saja dapat keluar," katanya. Sementara itu, Menteri Saskatchewan, Brad Wall berkata: "Kata-kata tidak dapat menggambarkan rasa terkejut saya dan sedih pada kejadian menyedihkan di La Loche." "Ingatan saya dan doa saya kepada semua mangsa, keluar mereka dan rakan serta semua anggota masyarakat," katanya. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117166

Enam Sekeluarga Maut Dalam Nahas Di Gua Musang


Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 4:59 PM

GUA MUSANG: Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Gua Musang-Kota Baru dekat Gua Sejuk pada Sabtu.
Seorang lagi mangsa, berusia 40 tahun yang turut berada di dalam kereta itu cedera parah.
Kesemua mangsa terbabit dengan kemalangan pada pukul 10 pagi dalam perjalanan ke Kuala Krai.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Saharni Harun berkata, enam mangsa maut di tempat kejadian.

Enam Sekeluarga Maut Dalam Nahas Di Gua Musang


Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 4:59 PM

GUA MUSANG: Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Gua Musang-Kota Baru dekat Gua Sejuk pada Sabtu.
Seorang lagi mangsa, berusia 40 tahun yang turut berada di dalam kereta itu cedera parah.
Kesemua mangsa terbabit dengan kemalangan pada pukul 10 pagi dalam perjalanan ke Kuala Krai.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Saharni Harun berkata, enam mangsa maut di tempat kejadian.

'Tidur' mulut berdarah

Port Dickson: “Sejak Rabu lalu saya ternampak kereta itu tersadai di tepi pantai. Pada awalnya saya tidak ambil peduli, tetapi selepas tiga hari tidak bergerak, saya mula curiga,” kata pekerja pembersihan SWM Environment Sdn Bhd mahu dikenali sebagai Letchumy, 42.
Letchumy berkata, dia menemui mayat seorang lelaki dalam kereta Honda Hybrid di tepi Pantai 3, Batu 8, Telok Kemang, berhampiran Hotel Kok Meng, di sini, jam 9 pagi, semalam.
Katanya, sebaik mendekati kenderaan itu, dia ternampak seorang lelaki sedang tidur di tempat duduk pemandu dan mulutnya berdarah.
“Sehubungan itu, saya cuba membuka pintu kenderaan, tetapi berkunci. Bimbang sesuatu buruk berlaku saya menghubungi pihak polis,” katanya.
Menurutnya, dia terkejut apabila siasatan dijalankan anggota polis dan bomba mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.
“Sewaktu membersihkan kawasan ini pada Rabu lalu, kenderaan itu sudah berada di tepi pantai. Apabila semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) ia masih ada, saya mendekati untuk memeriksanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, lelaki berusia 20-an itu dipercayai meninggal dunia dalam keretanya sejak tiga hari lalu.
“Mayat dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD), di sini, untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Telok Kemang Kasim Arifin berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada jam 10 pagi mengerahkan tujuh anggota ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba 10 minit kemudian, anggotanya memerlukan enam minit untuk membuka pintu kenderaan.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke HPD untuk tindakan lanjut,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:10 AM


ANGGOTA polis memeriksa mayat yang ditemui dalam kereta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109478#sthash.JlDLbueN.dpuf

4 nelayan Indonesia diberkas

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan empat nelayan warga Indonesia ketika sedang menangkap ikan pada kedudukan 2.98 batu nautika dari Pulau Kukup, Pontian.
Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, mereka berusia antara 23 hingga 33 tahun ditahan oleh bot peronda PAR 6 dalam Operasi Gelora ketika memasang bubu.
“PAR 6 ketika itu mengesan bot terbabit berada di perairan negara dan terdapat individu sedang menarik bubu, pada 12.30 tengah hari,” katanya.
Beliau berkata, bot bersama empat lelaki itu serta barangan rampasan dibawa ke Pangakalan PPM Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut.
Semua ditahan mengikut Seksyen 15 (1)( a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran sah.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 9:32 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109529#sthash.VQqTCkjp.dpuf

Tak mengaku tawar suapan RM10,000

Butterworth: Seorang buruh lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, semalam, terhadap tuduhan menawar suapan RM10,000 kepada seorang anggota polis pada November tahun lalu.
Tertuduh, Lau Teck Siang, 26, mengangguk faham selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack sebelum mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menawarkan suapan RM10,000 kepada seorang anggota polis Koperal Mohd Hafizul Rizuan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya.
Tertuduh dituduh berbuat demikian selepas ditahan kerana memiliki 3.1 gram dadah dipercayai syabu pada 12 November lalu, jam 4.30 pagi di Balai Polis Sungai Acheh, Seberang Prai Selatan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 7:14 AM


LAU dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109231#sthash.VCLbTtW4.dpuf

Melambung atas lori

Taiping: “Saya terkejut apabila lori dipandu dirempuh motosikal dari arah bertentangan yang memasuki laluan saya sebelum lelaki yang menunggang motosikal itu melambung atas cermin depan lori,” kata Muhamad Sabri Mat Isa, 34, selepas lori dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan motosikal Modenas Kriss, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Kilometer 11.5, Jalan Taiping Selama, penunggang motosikal berusia 50-an itu bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan.
Menurutnya, dia masih terkejut apabila melihat lelaki itu betul-betul melambung atas cermin depan lorinya dan berharap kecederaan dialami lelaki itu tidak serius.
“Saya juga bersyukur tidak mengalami kecederaan dan penunggang motosikal itu terselamat serta hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Batu Kurau dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang lalu bertembung dengan lori berkenaan.
Beliau berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.
“Kes disiasat mengikut Rule 10, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 7:14 AM


KEADAAN motosikal mangsa yang remuk selepas bertembung dengan lori dalam kemalangan di Kilometer 11.2, Jalan Taiping Selama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109233#sthash.dHRx3LL1.dpuf

Mereka 'kebal'

Ali berkata, lelaki berusia 70-an itu mula menyampaikan ajaran berkenaan pada 1990-an selepas menamatkan khidmat sebagai anggota penyiasat ajaran sesat di Johor Bahru.
“Setahu saya, pengikut ajaran ini tidak ramai di Kuala Pilah, tetapi dari daerah dan negeri berhampiran.
“Boleh dikatakan ribuan pengikut taasub mengikuti pengajian sehinggakan mereka mengumpul wang sendiri membina surau baru yang diperbuat daripada simen dan batu,” katanya.
Menurut Ali, pada 1990-an sehingga sekitar tahun 2000, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) banyak kali menyerbu surau berkenaan.
“Namun JHEAINS gagal mengheret ketua ajaran itu ke mahkamah kerana kurang bukti selain maklumat operasi bocor di tengah jalan,” katanya.
Jelasnya, ini kerana pengikut ajaran terbabit dianggotai bekas anggota keselamatan dan tentera berpencen selain masih ada yang berkhidmat.
“Ini kekebalan dimiliki mereka,” katanya memaklumkan surau baru yang dijadikan markas ajaran yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama kampung itu.
Katanya lagi, sewaktu mula menyampaikan ajaran, penduduk kampung berkenaan tidak berminat mengikutinya kerana bertentangan dengan al-Quran.
“Apabila ribuan pengikut dari luar memberi sokongan, penduduk kampung ini seperti membuka mata untuk mengikut sama ajaran itu.
“Ini amat membimbangkan kerana JHEAINS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memfatwakan ajaran itu sesat,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, Ajaran Pakcu Baharin yang berpangkalan di daerah ini sangat berpengaruh dan diasaskan bekas anggota keselamatan yang pernah bertugas memantau ajaran sesat.
Menurut laporan, biarpun ajaran itu difatwakan sesat oleh JHEAINS dan JAKIM, ia masih kebal kerana memiliki ramai pengikut membabitkan anggota keselamatan yang lain.
Laporan itu menyebut, antara intipati ajaran adalah menurunkan tafsiran bercanggah daripada pengertian al-Quran selain pengasasnya memiliki kitab dikarang sendiri berdasarkan logik akal.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:14 AM

PAKCU Bahrin memotong reben simbolik pelancaran madrasah di Kampung Gachong.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109506#foto

45 lagi mati lemas

Athens: Sekurang-kurangnya 45 orang, termasuk kanak-kanak mati lemas di Laut Aegean semalam apabila dua bot membawa pendatang karam di luar pantai dua pulau berlainan di Greece.
Pasukan pengawal pantai Greece dan beberapa bot lain berjaya menyelamatkan lebih 70 orang.
Dalam kejadian pertama di timur Laut Aegean, sebuah bot kayu membawa 49 pendatang karam di Farmakonissi, sebuah pulau kecil.
Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan dan menemui lapan mayat yang terapung di laut - enam daripadanya kanak-kanak dan dua lagi wanita.
Beberapa jam kemudian, sebuah lagi bot kayu membawa pendatang yang tidak diketahui jumlahnya, karam di luar pantai Kalolimnos yang terletak di selatan Farmakonissi.
Pengawal pantai menyelamatkan 22 lelaki dan empat wanita serta menemui 34 mayat, 16 daripadanya wanita, tujuh lelaki dan 11 kanak-kanak.
Seorang mangsa yang terselamat memberitahu wartawan, enjin bot berkenaan rosak kira-kira jam 3 pagi (waktu tempatan), lima jam selepas berlepas dari Izmir di Turki.
Bercakap di pulau Kalymnos, dia berkata, kira-kira 80 orang berada di dalam bot itu selepas membayar AS$2,500 (RM10,680) seorang dan setengah harga itu untuk kanak-kanak untuk dibawa ke Greece.
Agensi berita Turki, Anadolu berkata, pasukan pengawal pantai negara itu menyelamatkan enam orang di kawasan tempat dua kemalangan itu berlaku dan menemui tiga mayat.
Pertubuhan Migrasi Antarabangsa menganggarkan kira-kira 31,000 pendatang tiba di Greece melalui jalan laut setakat tahun ini dengan harapan dapat memulakan kehidupan baru di Jerman, Sweden atau negara EU lain.
Pertubuhan itu juga melaporkan, 77 orang mati ketika dalam pelayaran menyeberang Mediterranean antara 1 dan 17 Januari lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:04 AM


SEKUMPULAN pendatang turun dari bot getah yang mereka naiki setibanya di pantai Pulau Chios, Greece, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109439#sthash.x4qKNCuM.dpuf

Remaja bergambar seperti bersolat di tengah jalan dikecam

Bengkulu: Majlis Ulama Indonesia (MUI) wilayah Bengkulu mengecam sekumpulan remaja bergambar seperti sedang bersolat di tengah jalan di bandar ini.
Wakil MUI Bengkulu, Zulkarnain Dali berkata, tindakan remaja itu dilihat sebagai mempersendakan agama Islam.
“Solat ada rukun dan syarat yang perlu diikuti. Solat juga perlu dilakukan di tempat suci dan menghadap kiblat,” katanya.
Lapan remaja itu mencetuskan kemarahan penduduk Islam di Indonesia selepas merakamkan beberapa gambar seperti sedang solat di lintasan zebra di satu persimpangan lampu isyarat di sini.
Gambar itu kemudian dimuat naik di laman Facebook seorang remaja yang dikenali sebagai Rizqy Zhoon (Bos Boncel).
Kata Zulkarnain, ada remaja dalam gambar itu tidak memakai baju, berseluar pendek, berkasut dan memakai pakaian yang tidak sesuai untuk solat.
“Kami mengecam tindakan ini dan menggesa pihak sekolah dan jabatan pendidikan mengambil tindakan terhadap remaja itu.
“Kami juga mahu pihak polis menyiasat remaja ini kerana ia mencetuskan kemarahan orang Islam,” jelasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:05 AM


GAMBAR menunjukkan sekumpulan remaja bergambar seperti bersolat di tengah jalan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109443#sthash.d2fbSVG0.dpuf

Dua rumah musnah terbakar

Kuching: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pulu, di sini, 4.30 petang tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Farhan Sufyan Borhan berkata, dua jentera bersama 14 anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.45 petang.
Katanya, berdasarkan keterangan awal, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke rumah bersebelahan.
"Kami berjaya mengawal kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan tiada kecederaan dilaporkan.
"Keterangan mangsa diambil bagi membantu siasatan termasuk mengenal pasti punca serta jumlah kerugian sebenar,"katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 9:03 PM


Kebakaran dua rumah di Kampung Pulu, petang tadi. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109338#sthash.FMMljrgS.dpuf

Treler, 9 kereta musnah terbakar

Kuala Kubu Bharu: Treler bersama muatan sembilan kereta Perodua untuk dijual musnah dalam kebakaran di Kilometer 400.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas susur masuk Plaza Tol Tanjung Malim malam tadi.
Dalam kejadian 10 malam itu, treler yang dalam perjalanan ke utara dipercayai mengalami masalah tayar menyebabkannya terbakar sebelum api merebak ke seluruh kenderaan berat itu.
Treler itu membawa enam kereta Perodua Axia, dua Myvi dan sebuah Alza.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan pada 10.04 malam dan tiba di lokasi setengah jam kemudian.
"Dipercayai api berpunca daripada tayar belakang. Pemandu treler yang menyedari kejadian itu berhenti untuk melihat keadaan tayar belakang yang berasap sebelum mendapati ia terbakar dan merebak dengan cepat.
"Bomba berjaya memadamkan kebakaran itu pada 11 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 12:11 AM


Treler dan kereta yang terbakar. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109352#sthash.SA6ZpYeT.dpuf

Polis Kesan Kereta Rempuh Rombongan Berarak Untuk Thaipusam


Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 4:42 PM
Gambar kereta dipercayai merempuh sekumpulan penganut Hindu yang berarak untuk sambutan Thaipusam di mana tiga daripada mereka maut.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa telah mengesan kereta yang merempuh sekumpulan penganut Hindu berarak menyertai sambutan Thaipusam di Seri Petaling pada Sabtu.
Tiga peserta maut dalam kejadian itu.
Polis berkata, kenderaan tersebut jenis BMW dengan nombor pendaftaran PMH 718, merempuh kumpulan itu semasa menghampiri laluan keluar ke Seri Petaling di Lebuh Raya Utara Selatan pada pukul 8 pagi.
Kumpulan penganut berkenaan berjalan di laluan kecemasan. 
Pemandu kereta dilaporkan melarikan diri selepas kemalangan itu.
Polis mengenal pasti mangsa sebagai Saravanan Krishnan, 45; Kannan Chinnakanoo, 51 dan Papa Sinnah, 53.
Dua mereka yang cedera dikenal pasti sebagai Mageswaran Palanisamy, 40, dan Darrshen Devara, 18. 
Seorang lagi wanita yang cedera belum dikenal pasti.
Kesemua mereka menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam.