Search This Blog

Tuesday, January 19, 2016

Pervez bebas tuduhan bunuh

Quetta: Sebuah mahkamah Pakistan semalam membebaskan bekas presiden negara itu Pervez Msharraf berhubung tuduhan dia bertanggungjawab terhadap pembunuhan seorang pemimpin pemberontak Baluchistan pada 2006.
Ia satu daripada tiga kes yang dihadapi Pervez selepas dia kembali daripada hidup dalam buangan di luar negara.
“Mahkamah menolak semua tuduhan terhadap bekas ketua kerajaan itu dan semua yang dinamakan dalam kes berhubung kematian Nawab Akbar Bugti,” kata Aftab Sherpao, bekas menteri dalam negeri yang turut dinamakan dalam kes itu, kepada media di Quetta, bandar di barat daya Pakistan.
Peguam keluarga Nawab, Suhail Rajput bagaimanapun menyelar keputusan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak adil dan jenaka.
Nawab terbunuh dalam satu operasi tentera pada 2006 sehingga mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara dan meningkatkan pemberontakan di Baluchistan.
Pervez yang merampas kuasa pada 1999 sebelum meletak jawatan pada 2008 kini dikenakan tahanan rumah di Karachi atas beberapa tuduhan jenayah berkait dengan tiga kes, termasuk mengenakan perintah darurat pada 2007 dan tuduhan terlibat dalam pembunuhan pemimpin pembangkang Benazir Bhutto pada tahun sama. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 9:19 AM


Pervez
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108439#sthash.5uTQ2FPF.dpuf

Nafi terima suapan RM8,500

Kuantan: Seorang Penolong Pentadbir Tanah dan Pembantu Awam Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan menerima suapan RM8,500 daripada pelombong bauksit haram pada 6 Januari lalu.
Tertuduh, Mohd Nurfirdaus Rahmad, 28, dari Kampung Serengkam, Maran, dan Abdul Rahim Sulaiman, 53, dari Sungai Isap Damai, di sini, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di depan Hakim Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Nurfirdaus yang bertugas sebagai Pembantu Awam dituduh menerima suapan wang tunai berjumlah RM8,500 daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, sebagai balasan kerana memberi perlindungan kepada lelaki berkenaan yang menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram, dengan menjual 50 keping Borang 13D (subperaturan 84(4)) bernombor siri PTG(M)/13D 1172260 hingga PTG(M)/13D 1172309, membolehkan Anurul Hiraq membawa bauksit secara haram ke Pelabuhan Kuantan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.05 petang di Lorong Bukit Ubi 26, Bukit Sekilau, di sini, pada 6 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Tertuduh kedua, Abdul Rahim Sulaiman, 53, yang juga Penolong Pentadbir Tanah dituduh bersubahat dengan Mohd Nurfirdaus menerima suapan RM8,500 daripada lelaki sama sebagai balasan kerana memberi perlindungan kepadanya yang menjalankan perlombongan bauksit secara haram, dengan menjual 50 keping Borang 13D [subperaturan 84(4)] bernombor siri PTG(M)/13D 1172260 hingga PTG(M)/13D 1172309, membolehkan dia membawa bauksit secara haram ke Pelabuhan Kuantan.
Dia melakukan kesalahan itu di No 12 Lorong IM 15/26, Taman Mutiara Mahkota, di sini, jam 9.16 malam pada tarikh sama.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:16 AM


MOHD Nurfirdaus (dua dari kanan) dan Abdul Rahim di Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108360#sthash.RsqxsLeI.dpuf

5 penyamun tersungkur

Shah Alam: Sekumpulan penyamun pecah rumah yang menyasarkan kediaman mewah di sekitar Lembah Klang dan Seremban, Negeri Sembilan, tumpas apabila lima lelaki ditahan polis minggu lalu.
Semua penjenayah terbabit diberkas dalam beberapa siri serbuan di Serdang, Bandar Tasik Selatan dan jeti Stulang Laut, Johor Bahru.
Mereka yang berusia antara 32 dan 44 tahun itu ditahan pasukan khas dalam ‘Ops Serantau’ susulan kes pecah rumah bersenjatakan parang di Country Height, Kajang, minggu lalu, dipercayai membabitkan empat lelaki warga Indonesia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia 32 dan 42 tahun di pangsapuri Persiaran Desa Serdang 12 Januari lalu, jam 7.30 petang.
“Hasil soal siasat, polis menahan lelaki warga tempatan berusia 44 tahun di dalam kereta di pangsapuri Tasik Height, Bandar Tasik Selatan, 14 Januari lalu, jam 10 pagi.
“Beberapa jam kemudian, polis menahan seorang lagi ahli kumpulan terbabit iaitu lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun di jeti Stulang Laut, Johor Bahru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.
Mohd Adnan berkata, dengan penahanan itu, pihaknya percaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 50 kes pecah rumah di sekitar Sungai Buloh, Shah Alam, Meru, Petaling Jaya, Bangi, Seri Kembangan dan Seremban.
Katanya, dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 49 barang kemas, 79 jam tangan pelbagai jenama bernilai RM200,000 dan beberapa peralatan pecah rumah.
Menurutnya, seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan pernah menjalani hukuman.
“Semua suspek direman sehingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
“Mangsa kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang dan Seremban diminta menghubungi Asisten Superintendan Rozaiman Hashim di talian 019-2413978 atau Deputi Superintendan Zulkifli Abu Bakar (019-3996513) bagi menuntut barangan mereka,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:14 AM


Mohd Adnan (tiga kiri) menunjukan peralatan samun yang dirampas pada sidang media, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108358#sthash.IRBoJl7u.dpuf

Perintah reman 7 hari

Nilai: Sebelas individu membabitkan sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 31 hingga 64 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kewujudan rumah dijadikan makmal pemprosesan dadah di Kampung Baru Mantin, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mereka direman bermula semalam hingga Ahad ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata, dalam serbuan jam 2 petang, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai membongkar kewujudan premis itu.
Menurutnya, sebaik menggeledah kediaman terbabit, polis menemui pelbagai jenis dadah seberat 10 kilogram bernilai RM14.3 juta.
“Turut dirampas tiga pucuk pistol, bom tangan dan beberapa kenderaan mewah,” katanya.
Zaldino berkata, polis menahan 11 individu yang ketika itu berada di rumah dipercayai sedang memproses dadah.
Katanya, tempoh tahanan reman dibenarkan Mahkamah Majistret Seremban, sekali gus membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:18 AM


SUSPEK dibawa anggota polis di Mahkamah Seremban, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108362#sthash.UrSarVe5.dpuf

Sanggup bunuh polis, pesaing

Kuala Lumpur: Sanggup membunuh anggota polis dan pesaing dadah jika terdesak. Itu persiapan rapi dilakukan sindiket makmal dadah syabu yang dikesan menyimpan pistol, senapang, peluru hidup dan bom tangan.
Sindiket dadah berbahaya berpangkalan di Mantin, Negeri Sembilan itu dikesan membeli senjata api antaranya tiga pistol model Tanfoglio buatan Itali, pistol CZ75D compack (Amerika Syarikat) dan Parabellum Girsan (Turki).
Sindiket itu turut memiliki senapang angin, enam kelopak peluru, 75 butir peluru hidup dan sebutir bom tangan.
Senjata api dan bahan letupan itu dipercayai diseludup masuk ke negara ini oleh 11 ahli sindiket yang ditahan polis antara jam 2.20 petang kelmarin hingga jam 2.30 pagi semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman di tujuh lokasi di Selangor dan Negeri Sembilan.
Menurutnya polis menahan 11 warga tempatan termasuk dua wanita berusia lingkungan 32 hingga 65 tahun.
“Hasil serbuan, polis merampas dadah syabu dan ekstasi termasuk bahan pemprosesan dadah dianggarkan bernilai RM14.3 juta.
“Rampasan itu dianggap kejayaan terbesar polis narkotik sejak awal Januari,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman tengah hari, semalam.
Beliau berkata, polis turut merampas harta benda milik suspek bernilai RM1.5 juta termasuk wang tunai, jam tangan mewah jenama Rolex dan motosikal.
“Selain itu, lapan kenderaan mewah Mercedes Benz, BMW, Toyota Vellfire dan dua kenderaan pacuan empat roda dirampas.
“Sindiket itu dipercayai baru beroperasi sejak sebulan lalu dan kita percaya mereka menyasarkan pasaran tempatan serta diseludup untuk pasaran Indonesia,”katanya.
Menurutnya, suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabitkan kesalahan.
Khalid berkata, kejayaan itu hasil kerjasama masyarakat dan polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:19 AM

PERALATAN memproses dadah yang dirampas dalam serbuan.

Ghaib dipanah petir

Batu Pahat: “Selepas kilat menyambar di sekitar kawasan Yong Ching berada, saya dapati dia tiada di atas bot,” kata Go Swee Heng, 37, rakan Ng Yong Ching, 21, nelayan maut dipanah petir di laut berhampiran Rumah Api Sungai Ayam, Senggarang, di sini, kelmarin.
Mangsa dikatakan terjatuh ketika menarik pukat di atas bot gentian kaca miliknya dalam kejadian jam 5 petang itu yang turut menyaksikan laut bergelora akibat ribut petir.
Menurut Swee Heng, ketika itu dia berada 100 meter dari lokasi mangsa.
“Sebelum kejadian, cuaca memang agak buruk dengan hujan lebat disusuli angin kencang dan ribut petir. Kami kemudian membuat keputusan untuk pulang dan ketika sedang menarik pukat, saya terdengar bunyi petir.
“Ketika itu juga, saya ternampak panahan kilat menyambar sekitar kawasan Yong Ching berada sebelum kelibatnya hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan dia tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakannya itu sebelum bertindak menghubungi bapanya selain membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Batu Pahat Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.30 petang selepas dihubungi bapa Yong Ching, Ng Ben Swee, 59.
“Sebaik menerima aduan, bot kilat 13 APMM bersama empat anggota bergegas ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat yang turut dibantu 12 bot nelayan tempatan, sebuah bot Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta dua bot Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian ditemui kira-kira 1.5 batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 4.50 petang, semalam, dengan kesan terbakar pada bahagian kaki dan kepala dipercayai akibat panahan petir.
“Bagaimanapun, bedah siasat perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Sungai Ayam sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, ” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:21 AM

MAYAT Ng Yong Ching yang lemas dalam kejadian di laut berhampiran Rumah Api Sungai Ayam, Senggarang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108369#sthash.A7AuYP1I.dpuf

Dua kali tedung selar berkunjung

Alor Setar: Seekor ular tedung selar betina sepanjang kira-kira empat meter berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar di hadapan rumah penduduk di Taman Pinang Indah, Bukit Pinang, di sini, petang kelmarin.
Ular tedung selar seberat 10 kilogram (kg) itu ditangkap jam 5.40 petang selepas disedari anak pemilik rumah terbabit yang melihat reptilia itu melingkar di bawah pondok rehat sebelum menghubungi JPAM.
Pegawai JPAM Kota Setar Leftenan Muda (PA) C Sehgar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.15 petang sebelum sepasukan lima anggota bersama Ketua Skuad Sarjan Elliyes Hashim tiba di lokasi pada jam 5.20 petang.
Beliau berkata, setibanya di lokasi, reptilia itu sedang melingkar dan anggotanya cuba menangkapnya menggunakan peralatan khas, namun ular itu bertindak agresif.
“Reptilia itu berjaya ditangkap selepas hampir 20 minit bergelut dengannya dan anggota kami terpaksa berhati-hati kerana ia cuba mematuk beberapa kali,” katanya ketika ditemui di pejabat JPAM Kota Setar, Anak Bukit, di sini, semalam.
Sehgar berkata, ini kali kedua ular tedung selar ditangkap di kawasan perumahan itu dengan kejadian pertama Khamis lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:33 AM


EMPAT anggota JPAM menunjukkan ular tedung selar yang ditangkap di kawasan perumahan Taman Pinang Indah.

Kumpulan 'bantu' pelajar tipu periksa tumpas

Shanxi (China): Polis menahan sekumpulan penjenayah terancang di sini yang menyediakan teknologi canggih untuk membantu pelajar menipu dalam peperiksaan.
Menurut NetEase, tangkapan itu dilakukan 13 Januari lalu di Weiyang dan polis menemui sejumlah besar peralatan elektronik yang digunakan untuk membantu memberi jawapan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.
Antara yang dirampas ialah pemancar radio, kabel kaca yang boleh memainkan rakaman audio dan gadjet yang boleh menerima dan memaparkan teks.
Polis membongkar kegiatan kumpulan itu selepas menemui sebuah kereta dengan antena besar diletakkan di tepi jalan raya.
Selepas menyoal siasat dua suspek di dalam kereta itu, polis menemui tiga pemancar radio, dua walkie-talkie, tujuh telefon bimbit dan beberapa kad bank bersama mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:43 AM


DOMPET yang boleh menyalurkan maklumat kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108384#sthash.MbfshQte.dpuf

Rugi tanggung sendiri

Kuantan: “Mereka semua (peneroka) tahu yang kegiatan (perlombongan) bauksit di sini haram, jadi jika apa-apa berlaku kena tanggung sendiri,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) FELDA Bukit Goh, Mat Zahari Deraman berhubung dakwaan ada peneroka ditipu selepas tanah mereka dipajak bagi tujuan perlombongan mineral itu.
Mat Zahari berkata, peneroka di FELDA berkenaan sedia maklum kegiatan perlombongan oleh pengusaha di atas tanah milik mereka dijalankan tanpa lesen sah daripada kerajaan negeri.
“Jadi, jika berlaku perkara seperti ini (ditipu), kita (pihak pengurusan FELDA) pun tidak boleh buat apa-apa, itu atas hak mereka sendiri yang berunding dengan pelombong berkenaan, risiko tanggung sendiri.
“Sepatutnya, mereka merujuk kepada saya atau pengurusan FELDA di sini terlebih dulu sebelum menerima tawaran pelombong,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, dia turut tidak menolak kemungkinan ada segelintir peneroka sengaja mereka cerita mendakwa ditipu, namun sebaliknya berlaku.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:45 AM


ANTARA peneroka yang mendakwa ditipu pengusaha bauksit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108386#sthash.qkvTkDuJ.dpuf

Suami isteri maut, lima cedera

Tuaran: Suami isteri maut manakala lima cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Berungis berhadapan Hospital Tuaran, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, pemandu kereta Proton Saga FLX, Jusit Teo, 66, dan isterinya Tooi@Tainisintigan, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua lagi individu yang menaiki Perodua Viva Norina Indra dan Mohd Samynan kosshah, 30, parah manakala tiga lagi yang menaiki kereta yang sama cedera.
Semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.12 pagi dan menghantar sebuah jentera dan 10 anggota yang ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian, kami mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Saga FLX, Perodua Viva dan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.
"Dua mangsa yang menaiki Proton Saga FLX meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima individu daripada Perodua Viva yang cedera dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma dengan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 10:35 AM

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan membabjtkan tiga kenderaan. FOTO ihsan Bomba

Dua beradik mengaku tanam mayat bayi

Seremban: Dua beradik lelaki dipenjara 12 bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayi dengan cara menanam mayatnya, pada 9 Januari lalu.
Hukuman itu dijatuhi Majistret Siti Khairiah Abdul Razak terhadap kedua-dua tertuduh, Muhammad Faez Mohd Fuzi, 24, dan Mohamad Fazrul, 21, selepas mengambil kira pengakuan salah mereka, rayuan peguam dan hujahan pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh yang juga ibu kepada bayi lelaki itu, Nurul Atikha Abu Zarin, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama dan dibenarkan ikat jamin RM3,200 sebelum mahkamah menetapkan 16 Februari depan untuk sebutan semula.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi dengan jalan mengebumikan mayat sama ada bayi itu mati sebelum atau selepas dilahirkan.
Perbuatan itu dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, dekat sini, pada 9 Januari lalu, kira-kira 6 petang.
Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Harian Metro pada 13 Januari lalu melaporkan dua beradik dan seorang wanita bersekongkol menanam mayat bayi dalam belukar di Kampung Selaru, Dangi, Kuala Pilah, dan perbuatan mereka diketahui sebelum sepasukan polis menahan suspek dan ke lokasi bayi itu ditanam untuk siasatan.
Berita berkaitan
Tanam mayat bayi dalam belukar [METROTV]: http://hmtro.com/1Sg4wXW
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 12:59 PM

Proses dadah dalam banglo



Khalid (kanan) memeriksa sebahagian daripada peralatan memproses dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14.3 juta dalam serbuan di tujuh lokasi berasingan di Negeri Sembilan dan Selangor semalam.
Serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman bermula pukul 12 tengah malam itu hasil intipan dan makluman risikan.
Antara lokasi serbuan ialah Nilai dan Mantin di Negeri Sembilan manakala di Selangor pula ialah Puchong, Kuala Kubu Bharu dan Sungai Pelek.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah banglo di Kampung Baru, Mantin, Negeri Sembilan.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati rumah berkenaan dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu serta pil ekstasi yang dipercayai untuk pasaran tempatan serta dieksport ke Indonesia.
“Dalam serbuan itu kita merampas syabu seberat 135 kilogram (kg), serbuk kristal (10.9kg), serbuk disyaki ekstasi (25kg), serbuk ephedrine (5kg), 3,700 biji pil ekstasi serta pelbagai bahan kimia dan peralatan memproses dadah.
“Selain itu, kita juga merampas empat pucuk pistol automatik, selaras senapang angin, enam kelopak peluru, 75 butir peluru dan sebutir bom tangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.
Tujuh kenderaan milik sindiket berkenaan yang dipercayai hasil penjualan dadah disita.
Pelbagai barang kemas termasuk jam tangan berjenama mewah serta wang tunai berjumlah RM36,410 turut disita.
Kesemua 11 ahli sindiket yang ditahan termasuk dua wanita berusia lingkungan 32 hingga 65 tahun kini direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3xh3hZzE4 
Hakcipta terpelihara 

31 GRO warga Thailand dicekup Imigresen


19/01/2016 7:46pm

PETALING JAYA - Seramai 31 wanita warga Thailand dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen Selangor ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan PJS8/9 tengah malam tadi.
Dalam serbuan selama sejam oleh sepasukan 18 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Selangor itu, turut ditahan ialah tiga lelaki warga Bangladesh yang merupakan premis di pusat hiburan tersebut.
Menueut jurucakap imigresen, kesemua GRO berusia antara 21 hingga 46 tahun itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun gagal apabila dicekup pihak Imigresen. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz3xh3QdTZ6 
Hakcipta terpelihara 

Penyamun rumah mewah diberkas



Mohd. ADNAN (dua dari kanan) menunjukkan barangan kemas dan senjata yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Polis percaya dapat menyelesaikan lebih 50 kes samun rumah mewah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak tujuh tahun lalu yang didalangi seorang rakyat Indonesia berikutan tertangkapnya lima lelaki di tiga lokasi ber­asingan baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, ke­semua suspek berusia antara 32 dan 44 tahun ditahan menerusi Op Rantau oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes samun tersebut.
“Pasukan khas ini ditubuhkan bagi menyiasat beberapa kejadian samun rumah mewah di daerah Kajang termasuk terbaharu melibatkan rumah seorang pengarah syarikat di Country Heights yang disamun empat lelaki bersenjata yang melarikan 22 utas jam tangan dan barangan kemas bernilai RM100,000 pada 12 Januari lepas.
“Susulan kejadian di rumah pengarah syarikat itu, pasukan khas ini giat mencari maklumat dan akhirnya berjaya menahan tiga lelaki warga Indonesia ber­usia 32 hingga 42 tahun di Flat Persiaran Desa Serdang kira-kira pukul 7.30 petang pada hari sama,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3xgvhAuxt 
Hakcipta terpelihara 

Dadah Bernilai RM14.3 Juta Dirampas, 11 Ditahan


Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 7:21 PM
Khalid (kanan) memeriksa barang rampasan daripada serbuan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dipamerkan pada sidang media, Isnin. Turut hadir Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Shariff (dua,kanan). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Polis merampas dadah syabu dan ecstasy bernilai RM14.3 juta dan menahan 11 warga tempatan, termasuk dua wanita dalam serbuan di empat lokasi di Negeri Sembilan dan Selangor, pada Ahad.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga merampas tiga pucuk pistol, selaras senapang angin, 75 butir peluru dan sebutir bom tangan dalam serbuan itu.
Turut dirampas, lapan kenderaan jenis Ford Ranger, Mercedes Benz, BMW dan Toyota serta wang tunai berjumlah RM36,410, katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Isnin.
Beliau berkata, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) menjalankan serbuan di Mantin, Negeri Sembilan, dan Kuala Kubu Baharu, Sungai Pelek dan Puchong, Selangor. 
"STING juga menemui sebuah makmal mini bagi memproses syabu dan ecstasy di sebuah banglo di Mantin. Dadah yang dijumpai di keempat-empat lokasi itu dianggarkan seberat 180 kilogram," katanya.
Khalid berkata, suspek yang ditahan berumur lingkungan 32 hingga 65 tahun adalah anggota sindiket memproses dan mengedar dadah bagi pasaran tempatan dan Indonesia.
Seorang daripda mereka dipercayai merupakan dalang sindiket itu, katanya. 
"Kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ada di antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah," kata Khalid.
Polis percaya anggota sindiket itu bergiat aktif sebulan yang lalu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Khalid berkata, dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.4 juta dan harta bernilai RM4.5 juta.
"Rampasan itu melibatkan tangkapan 8,347 orang, termasuk 285 warga asing," katanya. - Bernama

17 Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Serang, Samun


Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 7:51 PM

KUALA LUMPUR: Seramai 17 lelaki tempatan ditahan reman empat hari mulai Isnin, bagi membantu siasatan kes serang dan samun di Kampung Sungai Kayu Ara dan Dataran Pelangi Utama, Petaling Jaya.
Ini termasuk dua lelaki yang ditahan pada hari kejadian, Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, 10 lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes serangan di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Kayu Ara.
Tujuh yang lain pula ditahan bagi membantu siasatan kes serangan di Dataran Pelangi Utama. 
Dalam kejadian awal pagi Ahad, tiga lelaki cedera parah diserang 10 lelaki bersenjatakan parang ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Kayu Ara, dipercayai bermotifkan samun.
Susulan kejadian itu, lima daripada anggota kumpulan lelaki terbabit diserang pula sekumpulan lelaki lain dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga mangsa samun terbabit, di Dataran Pelangi Utama. - Bernama

Dadah Bernilai RM8 Juta Dirampas


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 12:52 PM
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menemui dadah jenis Erimin-5 bernilai hampir RM8 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pagi Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintenden Guan Beng Kang berkata pil tersebut disimpan di dalam kotak berwarna coklat yang dibungkus menggunakan pembalut plastik lutsinar.
"Sebanyak 526,800 pil jenis Erimin-5 yang ditemui itu bernilai RM7.9 juta.
"Dadah itu diimport dari negara luar. Kami masih lagi menyiasat kes ini," katanya.

Polis Siasat Insiden Tembak Ahli Majlis MBI Ada Kaitan Kes Lampau


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 3:00 PM

IPOH: Polis sedang menyiasat sama ada motif kes tembakan ke arah kereta seorang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sebuah taman perumahan di sini Sabtu lepas, ada kaitan dengan kes membabitkan ahli majlis bergelar 'datuk' itu dua tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian dua tahun lalu itu, mangsa cedera parah akibat ditikam senjata tajam selepas diserang dua lelaki di sebuah premis di Jalan Datuk Seri Ahmad Said di sini.
Berhubung kejadian tembakan itu, beliau berkata siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa di sekitar kawasan perumahan itu sebelum melepaskan satu das tembakan. 
Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, mangsa yang berumur 56 tahun terselamat berikutan tembakan dilepaskan lelaki itu hanya terkena pintu kanan  bahagian belakang kereta. 
"Mangsa kemudian bertindak memecut kenderaan ke Balai Polis Sungai Senam yang terletak kira-kira lima kilometer dari kediamannya untuk menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini hari ini. 
Chang Keong berkata, polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.-- Bernama

Lelaki Ditemui Mati Dengan Kecederaan Di Muka


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 3:35 PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan mukanya cedera parah dan berlumuran darah di sebuah kompleks beli belah di Kepong, di sini.
Seorang saksi yang tidak mahu dikenali ketika ditemui, berkata mangsa, 53 diserang sekumpulan lelaki kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tangga kecemasan.
"Masa itu pusat hiburan karaoke dan snooker di sini masih buka dan saya nampak mangsa ditarik sekumpulan lelaki, tak pasti dari arah mana. Saya tak faham apa yang mereka cakap sebab bahasa Hokkien," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, Selasa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman ketika ditemui di lokasi menafikan kes berkenaan mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap.
Beliau berkata serangan dipercayai dilakukan oleh lima hingga enam suspek.
"Si mati mengalami kecederaan parah di bahagian muka, tiada kesan tikaman.
Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Beliau berkata barangan peribadi mangsa terdapat bersamanya ketika beliau ditemui dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.