Search This Blog

Monday, January 18, 2016

Dadah bernilai RM14.3j dirampas, 11 ditahan


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menjawab pertanyaan sewaktu sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Polis merampas dadah syabu dan ecstasy bernilai RM14.3 juta dan menahan 11 warga tempatan, termasuk dua wanita dalam serbuan di empat lokasi di Negeri Sembilan dan Selangor, semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga merampas tiga pucuk pistol, selaras senapang angin, 75 butir peluru dan sebutir bom tangan dalam serbuan itu.\
Turut dirampas, lapan kenderaan jenis Ford Ranger, Mercedes Benz, BMW dan Toyota serta wang tunai berjumlah RM36,410, katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) menjalankan serbuan di Mantin, Negeri Sembilan, dan Kuala Kubu Baharu, Sungai Pelek dan Puchong, Selangor.
"Sting juga menemui sebuah makmal mini bagi memproses syabu dan ecstasy di sebuah banglo di Mantin. Dadah yang dijumpai di keempat-empat lokasi itu dianggarkan seberat 180 kilogram," katanya.
Khalid berkata, suspek yang ditahan berumur lingkungan 32 hingga 65 tahun adalah anggota sindiket memproses dan mengedar dadah bagi pasaran tempatan dan Indonesia.
"Seorang daripda mereka dipercayai merupakan dalang sindiket itu.
"Kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ada di antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah," kata Khalid.
Polis percaya anggota sindiket itu bergiat aktif sebulan yang lalu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Khalid berkata, dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.4 juta dan harta bernilai RM4.5 juta.
"Rampasan itu melibatkan tangkapan 8,347 orang, termasuk 285 warga asing," katanya. - Bernama

'Saya hiba ketika kutip cebisan daging atas jalan'


Pelajar tingkatan satu itu putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori dari arah bertentangan selepas terjatuh dari motosikalnya yang berselisih dengan Perodua Kancil.

SUNGAI PANJANG - "Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya," luah seorang penduduk yang mengambil masa kira-kira lima minit mengumpulkan cebisan daging kaki seorang mangsa kemalangan di sini, petang tadi.
Jamalulail Md Alias, 52, berkata, dia dimaklumkan tentang kejadian itu salah seorang anaknya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang.
"Anak hantar WhatsApp ada kemalangan dekat rumah. Tanpa berlengah saya terus ke tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.
Dia yang menetap di Parit 16 Sungai Panjang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat pihak perubatan sedang melakukan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil dia terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar.
"Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Dalam kejadian itu, Siti Nuraisyah putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori, manakala kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, mengalami kecederaan terseliuh kaki kanan dan kiri.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.
"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.
"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.
Katanya, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.
Sehubungan itu, katanya, beliau meminta pemandu Perodua Kancil dan lori serta saksi kejadian tampil menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
.

Pencemaran udara ancaman kesihatan global - WHO

SNIN, 18 JANUARI 2016 @ 11:42 AM



 GENEVA: Data terbaharu mengenai paras pencemaran udara yang boleh membawa maut di bandar raya seluruh dunia dijadualkan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari ini. Pakar kesihatan terkenal menyifatkan ia sebagai 'amaran kesihatan awam' global yang membabitkan kos tinggi kepada masyarakat. Pencemaran udara di bandar raya seperti New Delhi dan Beijing mengorbankan jutaan penduduk dan mengancam perkhidmatan awam di negara seluruh dunia yang akan memberi kesan kewangan besar kepada kerajaan. Perangkaan baharu WHO yang dijadualkan dikeluarkan Februari ini dijangka menunjukkan pencemaran udara semakin buruk sejak 2014 di ratusan kawasan bandar. Data itu diambil dari 2,000 bandar raya. "Kami mempunyai amaran kesihatan awam di banyak negara akibat pencemaran. Ia dramatik, antara masalah terbesar yang dihadapi di seluruh dunia, dan masyarakat menanggung kos tinggi. "Pencemaran udara membawa kepada penyakit kronik yang memerlukan ruang di hospital. "Sebelum ini, kita tahu pencemaran menyebabkan radang paru-paru dan asma. Kini, ia menyebabkan penyakit aliran darah, jantung dan kardiovaskular malah nyanyuk," kata ketua kesihatan awam di WHO, Maria Neira. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115555

Misi mencari 12 anggota Marin masuk hari ketiga

HONOLULU: Usaha mencari 12 anggota Marin yang hilang selepas dua helikopter terhempas di Hawaii masuk hari ketiga tanpa sebarang rancangan untuk menghentikan atau menggantung operasi besar-besaran itu, menurut Pengawal Pantai.
Pasukan penyelamat bertugas 24 jam sejak Pengawal Pantai dimaklumkan mengenai nahas itu lewat Khamis lalu oleh saksi yang melihat pesawat berkenaan hilang diikuti bebola api.
Pasukan Marin diberitahu apabila helikopter CH-53E yang setiap satu membawa enam kru gagal kembali ke pangkalan di Teluk Kaneohe susulan misi latihan pada waktu malam.
Beberapa jam kemudian, helikopter Pengawal Pantai dan pesawat C-130 mengesan serpihan di Oahu.
Pengawal Pantai, pada awalnya melaporkan helikopter itu bertembung tetapi Kapten Marin, Timothy Irish, pada Jumaat lalu berkata beliau tidak pasti nahas itu disebabkan perlanggaran. - AP
SEORANG anggota marin Amerika Syarikat kelihatan meneropong dalam usaha mencari bangkai dua buah helikopter yang terhempas di Hawaii Khamis lalu. - Foto AP

Kes dadah: Isteri bebas, suami dipenjara 14 tahun

JENAYAH ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 3:56 PM


Oleh Zuraidah Mohamed zmohamed@bh.com.my


JOHOR BAHRU: Seorang wanita dilepas dan dibebaskan, manakala suaminya dijatuhi hukuman penjara 14 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki dadah seberat 1239.7 gram di sebuah rumah di Benut, Pontian pada Mac tahun lalu. Tertuduh, Norhayati Omar, 34, dan suaminya, Japidin Jaffarang, 36, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membaca pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Datuk Dr Sabirin Ja'afar. Mahkamah kemudian memerintahkan Norhayati dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu, manakala Japidin, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun serta 10 sebatan bermula dari tarikh dia ditahan pada 19 Mac 2015. Keputusan itu dibuat selepas Sabirin meneliti dan mengambil kira pengakuan bersalah dan hujahan oleh pihak pendakwaan. Japidin yang bekerja sebagai pemandu lori dan isterinya yang tidak bekerja kelihatan tenang selepas mendengar keputusan itu. Mereka turut ditemani ahli keluarga. Pindaan dibuat daripada Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori kepada Seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat tidak kurang 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama didapati dalam milikan mereka dadah berbahaya sejumlah berat 1239.7 gram Cannabis, di sebuah rumah sewa di Parit Betak, Kampung Tapok di Benut, kira-kira jam 12.30 malam pada 19 Mac 2015. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd Majid. Tertuduh pertama, Japidin diwakili peguam Sukhaimi Masyud, manakala isterinya diwakili oleh Jihad Syahida Nadia Zakaria.

SEORANG suri rumah, Norhayati Omar berusia 34 (baju putih) dilepaskan atas pertuduhan memiliki 1239.7 gram dadah manakala suaminya, Japidin Jaffarang, 36 (kiri) yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru. - Foto Azreen Jamaluddin  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115633

Pelajar hilang kaki dilanggar lori

ISNIN, 18 JANUARI 2016 @ 7:23 PM
Oleh Mohd Shukor Amin

SABAK BERNAM: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, dekat sini, putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang, dekat sini, petang tadi.
Pelajar Tingkatan Satu itu dikatakan menunggang motosikal bersama adiknya, dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa yang terjatuh ke tengah jalan tidak sempat bangun dan digilis sebuah lori yang dipercayai membawa muatan tanah.
Difahamkan, pemandu kereta dan lori itu melarikan diri selepas kejadian.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

Bauksit: Dua Kakitangan PTG Didakwa Rasuah RM8,500


Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 12:13 PM
Dua pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, seorang menutup mukanya dengan tapak tangan, diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Khas Rasuah, Kuantan, Isnin menghadapi tuduhan menerima rasuah membabitkan perlombongan bauksit. Kedua-dua mereka antara empat kakitangan PTG Pahang yang ditahan 6 sejak Januari lalu untuk siasatan kes rasuah perlombongan bauksit. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menerima rasuah RM8,500 daripada seorang pelombong haram bauksit, dua minggu lalu.


Pengakuan Mohd Nurfirdaus Rahmad, 28, dan Abdul Rahim Sulaiman, 53, direkodkan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.

Mohd Nurfirdaus yang merupakan pembantu awam di pejabat PTG didakwa menerima suapan itu dalam bentuk wang tunai daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, pada pukul 6.05 petang, 6 Januari lalu di Lorong Bukit Ubi 26, Bukit Sekilau di sini.


Abdul Rahim yang juga Penolong Pentadbir Tanah pula didakwa bersubahat dengan Mohd Nurfirdaus cuba menerima suapan itu pada pukul 9.16 malam, hari yang sama di nombor 12, Lorong IM15/26, Taman Indera Mahkota di sini.

Suapan itu dipercayai untuk memberi perlindungan kepada Anurul Hiraq dengan cara menjual 50 keping Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) yang bernombor siri PTG(M)/13D 1172260 hingga PTG(M)13D 1172309, bagi membolehkannya membawa bauksit secara haram ke Pelabuhan Kuantan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syafinas Shabudin mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan, atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohd Nurfirdaus yang berasal dari Kampung Serengkam, Maran kemudian merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin  yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan beliau telah berkahwin.

"Isteri saya sarat mengandung sekarang dan pendapatan saya hanya RM800 lebih sebulan. Mohon jasa baik mahkamah menetapkan jaminan paling minima," katanya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Sementara itu, Abdul Rahim dari Sungai Isap Damai di sini, turut merayu jumlah jaminan sama dikurangkan atas alasan mempunyai lapan tanggungan, dengan gaji sebanyak RM3,000.

Habibah membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Februari depan.
Kedua-dua tertuduh membayar jaminan itu.

Suami Isteri Mangsa Terbaru Di Selatan Thai


Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 5:07 PM

BANGKOK: Sepasang suami isteri mati ditembak di sebuah kebun getah di Kampung Batas Tinggi, Mukim Kota Teras di daerah Raman yang terletak di wilayah bergolak, Yala, selatan Thai.
Kapten Polis Chamnont Keawpimpl berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 5 pagi itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa dikenali Ma-il Leemada-i, 60, dan isterinya, Bidoh Leemada-I, 60, mati di tempat kejadian.
"Mayat pasangan suami isteri itu ditemui berhampiran motosikal mereka.
Mangsa telah ditembak dari jarak dekat," katanya kepada media di lokasi kejadian pada Isnin.
Menurutnya, saksi di tempat kejadian mendakwa melihat mangsa menunggang motosikal menuju ke kebun getah sebelum terdengar beberapa das tembakan senjata api dan menemui mayat mereka.
Pihak polis kata Chamnont masih menyiasat motif kejadian terbabit sama ada ia berpunca daripada masalah peribadi atau akibat pergolakan bersenjata di selatan Thai.
Konflik bersenjata di antara kumpulan pemisah dan pasukan keselamatan Thai di wilayah selatan negara itu yang majoriti penduduknya beragama Islam telah mengorbankan ribuan orang.

Penjaga Gol Muda Perlis Maut Dalam Kemalangan


Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 5:27 PM

KANGAR: Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, dekat sini, Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Zaini Talib berkata dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, yang menunggang motosikal seorang diri, dikatakan mengelak sebuah lori padi dari sebelah kiri yang diletakkan di bahu jalan.
"Semasa mengelak, penjaga gol itu merempuh kabel penambat tiang elektrik berdekatan lori tersebut menyebabkan kepalanya terpisah dari badan," katanya.
Katanya mangsa dalam perjalanan dari rumah sewa beliau di Taman Kemajuan, Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji untuk menjalani latihan bersama pasukan Perlis.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk proses bedah siasatan.
Bapa mangsa, Nasir Mat Arip, 47, berkata beliau dan ahli keluarganya berada di Penaga, Pulau Pinang dan telah bergegas ke Perlis sebaik diberitahu oleh anak perempuannya, Anis Maisara, 21, mengenai kemalangan itu.
"Saya tidak sangka dia pergi dulu dari saya. Baru Ahad lepas arwah telefon memberitahu dia akan beraksi bersama pasukan Perlis dalam Liga Perdana musim ini.
"Hasrat saya melihat dia pergi lebih jauh dalam bola sepak negara tidak kesampaian. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT," kata pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu semasa ditemui di bilik mayat hospital berkenaan.
Nasir berkata Muhammad Saiful, yang merupakan anak ketiga dari lima beradik dan dikenali sebagai 'Bob' oleh rakan-rakan sepasukannya, dijadualkan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai penjaga gol simpanan kedua esok.
Sementara Ketua Jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang ditemui di luar bilik mayat HTF terkejut dengan kemalangan itu yang meragut nyawa Muhammad Saiful.
"Saya sedih dengan pemergiannya. Saya terkilan tidak dapat melihat potensi arwah yang mempunyai bakat menjadi penjaga gol terbaik dengan ketinggian hampir 180 sentimeter," kata Dollah.
Muhammad Saiful pernah bermain untuk Frenz United Bawah 15 tahun dan pasukan Piala Presiden Perlis selain mewakili pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN) (Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar) dalam Liga KPM.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Falah, Behor Mempelam di Arau selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, pengurus pasukan Perlis, Afifi Osman berkata segala urusan pengebumian jenazah Muhammad Saiful diuruskan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. 

Operator pengeluaran maut motosikal hilang kawalan



TAPAH - Seorang operator pengeluaran maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Batu 6, Jalan Tapah-Cameron Highland di sini pagi tadi.
Mangsa, Muhamad Sofhian Mat Daim, 31, meninggal dunia setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan serta terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah Deputi Superintendan Mohd Razali Abdullah berkata dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC sedang berkonvoi dari Shah Alam, Selangor ke Cameron Highlands, Pahang bersama 15 lagi rakan.
"Pemandu lori yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak, namun gagal lalu merempuh mangsa. Kemalangan mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernam
a

Lima lelaki ditahan terlibat lebih 50 kes samun


Gambar hiasan

SHAH ALAM - Polis Selangor percaya berjaya menyelesaikan lebih 50 kes samun rumah mewah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan berikutan tertangkapnya lima lelaki termasuk empat warga asing di tiga lokasi berasingan pada 12 dan 14 Januari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, kesemua suspek berusia antara 32 dan 44 tahun, ditahan menerusi 'Op Rantau' oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes samun tersebut.
"Pasukan khas ini ditubuhkan bagi menyiasat beberapa kejadian samun rumah mewah di daerah Kajang termasuk terbaharu rumah seorang pengarah syarikat di Country Heights, yang disamun empat lelaki warga asing bersenjata yang melarikan 22 utas jam tangan dan barangan kemas bernilai kira-kira RM100,000 pada 12 Januari lepas.
"Susulan kejadian di rumah pengarah syarikat itu, pasukan khas ini giat mencari maklumat dan akhirnya berjaya menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia 32 hingga 42 tahun di Flat Persiaran Desa Serdang, kira-kira 7.30 petang pada hari sama (12 Jan)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Adnan berkata, tangkapan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun di Bandar Tasik Selatan di sini, kira-kira 10 pagi dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun di Jeti Stulang Laut, Johor Bahru, kira-kira 2.30 petang, kedua-duanya pada 14 Januari lepas.
Dalam serbuan di flat berkenaan, beliau berkata pihaknya merampas 49 jenis barang kemas bernilai kira-kira RM80,000, 79 utas jam tangan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM200,000, sebilah parang, lima telefon bimbit, pelbagai mata wang asing dari Vietnam, Kemboja, Filipina dan Arab Saudi, empat sarung tangan, empat topeng muka dan beberapa peralatan pecah rumah.
"Seorang daripada suspek iaitu lelaki warga tempatan terbabit mempunyai lima rekod kesalahan lampau bagi kes pecah rumah dan telah menjalani hukuman. Hasil siasatan juga, kita percaya dan yakin berjaya selesaikan lebih 50 kes samun di Lembah Klang seperti di Kajang, Sungai Buloh, Shah Alam, Petaling Jaya serta Seremban.
"Kita juga akan menyiasat penglibatan kumpulan ini dalam kes-kes samun sejak 2009 sehingga 2015 kerana kumpulan ini dipercayai aktif melakukan kegiatan samun sejak 2009," katanya.   
Mohd Adnan berkata, kesemua suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta individu yang pernah menjadi mangsa samun supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan berurusan dengan DSP Zulkifli Abu Bakar (019-2413978) atau pegawai penyiasat ASP Rozaiman Hashim (019-3996513) bagi proses pengecaman barangan kemas, serta membantu siasatan.  - Bernam
a

Operator kilang maut kemalangan


Motosikal mangsa dipercayai melanggar belakang lori yang berada di lorong kecemasan.
KLUANG - Seorang operator kilang maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah treler di Kilometer 51.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, lebih kurang jam 9.25 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, kemalangan itu membabitkan penunggang motosikal, Mohd Farhan Mohamad, 20, dan sebuah treler yang dipandu, Mohd Rozi Basharuddin, 42.
Menurut Mohamad, apabila sampai di tempat kejadian, treler yang dari arah utara mengalami kerosakan menyebabkan pemandunya memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan.
“Tiba-tiba, datang motosikal mangsa dari arah sama melanggar treler tersebut di bahagian belakang sebelah kanan.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak di tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan berlaku di waktu pagi.
Jelasnya, struktur jalan adalah lurus dan dua hala dengan setiap hala ada tiga lorong termasuk lorong kecemasan.
“Cuaca semasa kejadian adalah baik dan tidak hujan,” katanya.
Mohamad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom dan siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

18 April, kes pembantu tahfiz terlibat keganasan



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari mulai 18 April untuk perbicaraan kes seorang pembantu tahfiz yang didakwa terlibat dengan aktiviti keganasan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan disebut semula di hadapannya hari ini.
Hadharami Hashim, 38, didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas menggunakan senjata api dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan satu perjuangan ideologi dan perbuatan itu dianggap sebagai mengugut orang awam di Syria.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 31 Ogos hingga 29 November 2014, mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan dan Nabila Ahmad Poad, manakala tertuduh diwakili peguam Shahredzan Johan. - Bernam
a

Dadah: Aset nilai setengah juta ringgit disita


- Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU - Polis berjaya mematahkan aktiviti pengedaran dadah di bandar raya ini dengan tertangkapnya seorang pengedar dadah dan menyita aset miliknya bernilai lebih setengah juta ringgit, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Larkin dan seterusnya dibawa ke rumah suspek di Kempas.
"Suspek ini yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Johor Baharu serta di Singapura ini mampu hidup mewah dan turut memiliki beberapa buah kereta mewah," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan di sini hari ini.
Polis turut merampas antaranya 51 gram dadah jenis syabu, empat buah kereta mewah termasuk BMW dan sebuah motosikal Harley Davidson serta wang tunai, yang kesemuanya bernilai RM545,533.
Sulaiman berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan. - Bernam
a

Lelaki mati ditembak sejurus keluar hotel bajet



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun mati ditembak ketika meninggalkan hotel bajet di Jalan Kuchai Lama di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata menurut saksi, kejadian 6.15 petang itu menyaksikan mangsa ditembak seorang individu bermotosikal yang melarikan diri selepas kejadian berkenaan.
"Suspek memakai topi keledar hitam, berbaju biru dan bertopeng itu telah melepaskan satu tembakan ke arah mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.   
Sharul berkata siasatan awal polis mendapati mangsa berasal dari Mentakab, Pahang, mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah, dan berada dalam senarai individu yang dikehendaki polis.
"Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suspek," katanya.
Difahamkan, mangsa telah menginap di hotel itu sejak tiga hari lepas dan motif kejadian mungkin akibat cemburu. - Bernam
a

Dua pekerja terkandas atas forklift diselamatkan


Bomba

PUTRAJAYA - Dua pekerja penyelenggara bangunan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas tersangkut di atas forklift semasa membuat kerja-kerja pembaikan dan pembersihan lampu di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, kedua-dua mangsa didapati terkandas di atas kenderaan tersebut pada ketinggian kira-kira 50 meter akibat kegagalan enjin forklift untuk menurunkan mangsa.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.50 petang itu membabitkan seorang warga tempatan Muhamad Farid Lamat, 32, dan seoarang warganegara Indonesia Waryana Samid.
"Pihak bomba dengan anggota seramai 11 orang telah menggunakan tali untuk menyelamat dan menurunkan kedua-dua mangsa ke bawah," katanya kepada media di sini hari ini. - Bernam
a

Pukul isteri dengan penyapu kerana tak masak


Azman dihukum penjara empat bulan.

KOTA BHARU – Perbuatan seorang buruh memukul isteri dengan penyapu hingga lebam seluruh badan dan retak tulang lengan kiri, mendapat balasan setimpal apabila dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.
Azman Ali, 45, dihukum selepas mengaku salah menyebabkan kecederaan kepada Nor Hayati Ismail, 47, bertempat di Kampung Baloh Kok Lanas, Ketereh, di sini, pada jam 5 petang, 20 November tahun lalu.
Dalam kejadian itu, pengadu yang berada di dapur berpaling melihat suaminya memegang batang penyapu dan memukul pengadu di bahagian kepala. Pengadu menghalang dengan tangan kiri dan cuba lari menyelamatkan diri hingga terjatuh. Suami terus memukul pengadu di pinggang dan betis kiri.
Dia kemudian menarik tangan pengadu untuk keluar dari rumah sambil pengadu pula menahan dengan kaki dan menjerit meminta bantuan. Adik ipar pengadu dan orang ramai datang membantu serta membawa pengadu ke rumah jiran.
Pengadu kemudian membuat laporan dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tertuduh ditahan dan sebatang penyapu patah dirampas sebagai barang bukti kes.
Dalam perkembangan sama, tertuduh juga didenda RM1,500 atau penjara dua bulan jika gagal jelas denda kerana kegagalan mengemukakan kad pengenalan ketika diminta pihak berkuasa.
Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam awam merayu diringankan hukuman, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Ainun Zafirah Abd Halim memohon satu hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai agar tidak mengulangi jenayah sama.
Pasangan berkenaan dikurniakan empat anak dan tertuduh dipercayai positif dadah serta dikatakan kerap kali memukul isterinya itu
.

Berang ditegur, anak curah air, libas ibu dengan kain


Mohd Afisma Baharudin

KOTA BHARU – Padah buat seorang pendawai elektrik apabila dihukum penjara 10 bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam, akibat mencurah air serta melibas ibunya dengan kain basah kerana menegur perbuatan membawa balik teman wanita ke rumah mereka.
Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin terhadap tertuduh, Mohd Afisma Baharudin, 40, selepas dia mengaku bersalah pada kedua-dua tuduhan yang dihadapi.
Tertuduh didakwa pada tuduhan pertama sengaja menyebabkan kesakitan dan kecederaan kepada ibunya, Zah Hussin, 60, dengan memukul belakang mangsa menggunakan kain batik hingga mendatangkan cedera dan sakit.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di alamat Kampung Aur Duri, Salor, di sini, pada jam 11.30 pagi, 11 Januari lalu.
Pada masa, tarikh dan lokasi sama, tertuduh juga mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa.
Mohd Firdaus dalam hukumannya mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan bagi kesalahan pertama, manakala denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal jelas denda bagi kesalahan kedua.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam awam memohon hukumannya diringankan kerana insaf dan menyesali perbuatan itu, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Ainun Zafirah Abd Halim memohon hukuman berat dengan mengambil kira tertuduh yang mengasari ibu kandungnya sendiri.
Kejadian berpunca apabila mangsa menyuruh tertuduh menghantar teman wanitanya yang berada di dalam bilik tertuduh sejak 9 Januari lalu.
Tertuduh yang marah dengan teguran itu kemudian mengambil air lalu mencurah ke badan mangsa hingga basah. Dia juga mengajak mangsa bertumbuk dan memukul mangsa dengan kain batik.
Semasa mangsa mengelak daripada anaknya itu dan menuju ke ruang tamu, dia terlanggar kerusi serta terjatuh hingga patah tangan. Mangsa yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis.
Pada jam 7.15 petang, hari sama, tertuduh bersama pasangannya yang masih berada di rumah terbabit kemudian ditahan polis.
Anak sulung daripada tujuh beradik berkenaan dipercayai penagih dadah dan sering memukul ibunya serta meminta wang daripada mangs
a

Kereta BMW rempuh belindan kubur


Keadaan kereta BMW yang remuk teruk setelah terbabas dan melanggar lapan belindan kubur di Kampung Kubang Batang, Tumpat.
Wan Ahmad Rasfan Wan Abdul Halim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi dan kereta berkenaan dipercayai terbabas lalu melanggar belindan kubur berkenaan, namun dia bersyukur kedainya terselamat.
Katanya, belindan kubur tersebut untuk jualan pada harga RM800 hingga RM1,500.
"Mujurlah kedai saya tak dilanggar dan selain belindan kubur, sebatang tiang telefon turut patah akibat dilanggar dan terkena bumbung kedai saya.
"Kejadian disedari jiran yang tinggal di belakang kedai. Dia dengar bunyi dentuman kuat ketika itu. Tiada sesiapa dalam kedai, manakala saya tidur di rumah dan hanya mengetahui kejadian pada jam 7 pagi," katanya.
Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu.
Jirannya, Siti Makasom Ismail, 61, berkata, dia terdengar dentuman kuat seperti sesuatu jatuh terhempap namun tidak berani keluar rumah kerana suasana masih gelap.
"Ketika mahu ke masjid untuk menunaikan solat Subuh saya melihat sebuah kereta remuk teruk di depan kedai peralatan silat berkenaan tetapi tiada sesiapa cedera," katanya.

Pegawai PTG mengaku tidak bersalah terima suapan


Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.

KUANTAN - Seorang Penolong Pentadbir Tanah dan Pembantu Awam Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan daripada seorang pelombong bauksit haram 6 Januari lalu.
Tertuduh, Mohd. Nurfirdaus Rahmat, 28, dan Abdul Rahim Sulaiman, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Nurfirdaus dituduh menerima rasuah wang tunai sebanyak RM8,500 daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, sebagai balasan kerana memberi perlindungan bagi menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram dengan menjual 50 keping borang 13D.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 6.05 petang di Lorong Bukit Ubi 26, Bukit Sekilau, Kuantan 6 Januari lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagi pegawai PTG Pahang akan didakwa esok]
Tertuduh kedua, Abdul Rahim Sulaiman, 53, pula dituduh bersubahat bersama Mohd. Nurfirdaus menerima suapan wang tunai sebanyak RM8,500 daripada orang yang sama sebagai balasan kerana memberi perlindungan bagi menjalankan aktiviti perlombongan bauksit secara haram.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 28 (1) (c) dibaca bersama Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafinas Shabudin .
Mahkamah menetapkan 15 Februari depan sebagai tarikh sebut semula kes tersebut.
Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin
.

'Tunggu ye, aku simbah asid, toreh muka ko dengan pisau'


Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Padah mengugut untuk menoreh dan menyimbah‎ asid ke muka bekas isteri, seorang pembantu kedai makan didenda RM2,200 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.  
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Shahrir Kamarulzaman, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah menakutkan secara jenayah melalui khidmat pesanan ringkas kepada bekas isterinya Faiznuraini Mohd Fazi, 25, lima hari lalu.  
Kandungan pesanan ringkas itu berbunyi "ko tunggu ye sial aku simbah asid kat muka ko sial..aku toreh-toreh muka ko dengan pisau, aku bersumpah atas nama ALLAH aku akan buat ko menderita di dunia ini sial".
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Blok G-11-02 PPR Batu Muda, Kampung Batu Muda Jalan Ipoh, Sentul, di sini pada jam 4.40 petang, 13 Januari lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Nasiruddin Nordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan alasan tertuduh sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.
Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. - Bernama

Kapal latihan tentera laut nyaris terbakar



SITIAWAN - Tindakan pantas bomba memadam kebakaran di bahagian enjin berjaya menyelamatkan sebuah kapal latihan bernilai RM147 juta milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Grade One Marine, Kampung Acheh di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.59 pagi.
"Kapal Teguh Samudera itu dalam kerja pembaikan dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
"Sebaik sahaja tiba, asap hitam keluar melalui pintu masuk utama kapal menyebabkan anggota menggunakan alat bantuan pernafasan dalam operasi terbabit," katanya.
Menurutnya, hanya lima peratus enjin bahagian bilik enjin terbakar dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak keseluruhan kapal.
"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya
.

Dua lelaki diberkas curi motosikal


Pegawai dan anggota pasukan JSJ menunjukkan rangka motosikal yang dibuang ke dalam Sungai Linau

KLUANG - Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, memberkas dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun dipercayai terlibat kes curi motosikal di sekitar daerah ini pada 12 dan 13 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bermula jam 7.30 petang hingga 2.30 pagi.
Menurutnya, hasil tangkapan di sekitar Simpang Renggam itu, pihaknya telah merampas dua motosikal jenis Yamaha LC yang disyaki motor curi dan lima rangka motosikal di mana ia telah dibuang suspek ke dalam Sungai Linau.
“Hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah. Namun, tiada rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Mohamad berkata, polis akan mendapatkan bantuan forensik untuk membuat pemeriksaan terhadap enjin dan casis motosikal yang telah diganggu bagi mengesan pemilik motosikal berkenaan.
Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek melakukan kegiatan tersebut sejak pertengahan Disember tahun lepas dan dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar daerah ini dan Batu Pahat.
Menurutnya, jumlah hasil rampasan menerusi tangkapan berkenaan dianggarkan lebih kurang RM15,000.
“Kedua-dua suspek direman sehingga 19 Januari ini bagi membantu siasatan untuk mengesan rakan mereka yang lain.
“Suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada satu hingga tujuh tahun dan denda,” katanya
.

Lelaki mati dalam kereta


Anggota bomba cuba mengeluarkan mayat lelaki yang ditemui mati dalam kereta.

TELUK INTAN - Mayat seorang lelaki sudah berbau dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu, ditemui dalam sebuah kereta di Kawasan Perindustrian Anson, Jalan Kampung Banjar di sini, semalam.
Mangsa dikenali J Panjavarnam, 57, ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi, lengkap berpakaian berada dalam sebuah kereta Nissan Sunny berwarna putih.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemeriksaan yang dilakukan di sekeliling lokasi kejadian tidak menemui apa-apa senjata mahupun kesan pergelutan.
Katanya, keadaan kereta juga tidak berkunci, malah barang kepunyaan si mati termasuk dompet berada dalam keadaan baik.
“Pemeriksaan kasar keseluruhan badan si mati tidak menemui unsur-unsur jenayah mahupun perbuatan khianat,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
“Mangsa yang berasal dari Gopeng merupakan bekas pemandu lori mempunyai tiga anak yang kini tinggal di Kuala Lumpur dan sudah lama berpisah dengan isterinya,” katanya.
Mayat mangsa dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan
.

Maut digilis treler selepas pulang masjid



MARANG - Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh dan digilis sebuah lori treler dalam kejadian di Kilometer 18 Jalan Kuala Terenganu-Kuala Berang berhampiran Masjid Binjai Rendah, di sini malam tadi.
Insiden kira-kira pukul 9.15 malam itu menyebabkan mangsa Madeng @ Mr Mayadeng, 47, maut di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.
Ketika kejadian mangsa dipercayai hendak menyeberangi jalan apabila datang sebuah treler dari arah Kuala Berang menuju ke Kuala Terengganu.
Pemandu lori terbabit yang berusia 42 tahun cuba membrek treler tersebut namun gagal ekoran jarak terlalu dekat lantas merempuh mangsa hingga terperosok di bawah lori berkenaan.
Semasa kejadian difahamkan mangsa baru selesai menunaikan solat Isyak di masjid berhampiran dan melintas jalan untuk ke sebuah kedai makan berhampiran.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Terengganu, Superintendan Kamaludin Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.
Katanya pemandu treler yang berasal dari Kampung Durian Guling tidak mengalami sebarang kecederaan dan siastan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.
"Kita juga akan menjalankan ujian saringan air kencing dan ujian darah pada pemandu berkenaan," katanya.
Beliau berkata mangsa dihantar ke unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat. - Bernam
a

Enam GRO ditahan di Sitiawan dalam Ops Pintu



LUMUT - Seramai enam orang termasuk lima wanita warga‎ Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Pintu di sekitar Sitiawan di sini pagi tadi.
Ketua Imigresen Lumut Zainudin Zainol berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan menerusi dua serbuan jam 10.10 pagi dan 10.50 pagi.
Katanya mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan menggunakan cop imigresen palsu.
"Dalam serbuan pertama, dua wanita dan seorang lelaki warga Vietnam ditahan di sebuah rumah di Taman Mas Suria, di sini. Kesemua mereka dipercayai menumpang di rumah berkenaan yang merupakan kawasan perumahan baharu.
"Serbuan kedua pula dijalankan di sebuah rumah di Taman Permai 2 dan kita berjaya menahan tiga lagi wanita warga Vietnam," katanya ketika dihubungi.
Zainudin berkata kesemua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut. - Bernam
a

Rentung terbakar dalam kereta



BAU - Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar di jalan menuju Kuari Tamar di Kampung Kopit, Jalan Bau-Batu Kitang dekat sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi berkata sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau yang tiba di tempat kejadian pada 12.33 tengah hari menemui  sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton berwarna putih terbakar 100 peratus.
Katanya, pasukan itu turut menemui seorang mangsa telah rentung di tempat letak kaki tempat duduk bahagian belakang berkenaan dalam keadaan terbaring.
Bagaimanapun, katanya identiti mangsa belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak polis.
Nor Hisham berkata hasil laporan awal pegawai penyiasat mendapati kenderaan berkenaan sengaja dibakar dan terdapat beberapa tompokan darah dijumpai di atas jalan raya berhampiran dengan kereta yang terbakar.
"Kes masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh," katanya.- Bernam
a

Kereta hangus di lebuh raya


Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan kereta BMW Kilometer 249 Lebuhraya Utara Selatan.

BANDAR KUALA KANGSAR - Sebuah kereta mewah jenis BMW musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kilometer 249 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, pagi semalam.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Halim Mat Siga mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
Menurutnya, anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kes berkenaan kira-kira jam 8.04 pagi.
“Setibanya anggota di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah kereta jenis BMW sedang terbakar 80 peratus.
“Anggota membuat pemadaman menggunakan dua saliran dari tangki jentera bagi mengelakkan kebakaran merebak. Selepas api berjaya dipadamkan, kita dapat kemusnahan pada kereta itu adalah 90 peratus,” katanya.
Halim berkata, pemeriksaan pada kereta tersebut mendapati tiada mangsa terperangkap atau mengalami kecederaan dalam insiden itu.
“Selepas api dipadamkan, anggota membuat pemeriksaan terhadap kenderaan itu dan kita dapati tiada mangsa terperangkap.
“Operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 9.02 pagi tadi (semalam),” katanya
.

Suami isteri rugi RM65,000



KOTA BHARU - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas kereta jenis Toyota Camry yang dipandu uji dan diparkir di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini Jumaat lalu, dilarikan dua lelaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, pasangan terbabit memberhentikan kereta untuk singgah di kedai runcit dengan tidak mematikan enjin kenderaan.
Semasa kejadian, anak perempuan mangsa yang berusia 19 tahun turut berada dalam kereta terbabit, menunggu kedua ibu bapanya.
Namun tiba-tiba datang dua lelaki tidak dikenali meluru masuk dalam kereta itu menyebabkan anak perempuan pasangan itu menjerit dan sempat turun dari kereta, sebelum dua lelaki berkenaan terus melarikan kenderaan itu.
Mangsa turut kehilangan wang tunai RM65,000 dipercayai wang untuk pembayaran kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, siasatan masih dijalankan untuk tindakan lanjut
.

Kelas pelaburan auta

Butterworth: Kerana mahu menambah pendapatan sampingan serta mengejar hidup mewah yang diimpikan, seorang penjawat awam wanita mendakwa terjerat dan ditipu lebih RM10,000 selepas menyertai kelas pelaburan dianjurkan seorang lelaki di Damansara, Selangor, sejak November lalu.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Hafizah, 44, berkata, dia yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mula terjebak dengan pelaburan forex selepas diperkenalkan rakan sekerjanya.
Katanya, selepas mempelajari sedikit selok-belok pelaburan itu, dia terjebak dan mahu mempelajari lebih lanjut mengenai pelaburan berkenaan sebelum mereka menghubungi remaja berusia 25 tahun dikenali sebagai Ijan yang mengaku guru dan pakar pelaburan forex berpangkat ‘Datuk’ di Damansara.
“Saya melihat sendiri gambar kereta mewah, wang tunai yang dimuat naik di laman sosial miliknya serta membaca testimoni peserta yang menghadiri kelas pelaburan dijalankannya di Kuala Lumpur itu.
“Dia memuat naik gambar kemewahan dimilikinya termasuk gambar memegang ketulan wang kononnya hasil pelaburannya,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 6:25 AM


HAFIZAH menunjukkan salinan laporan polis mendakwa ditipu sindiket kelas pelaburan forex.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108194#sthash.t91nMf93.dpuf

Goncang sampai mati

Birmingham: Seorang bapa menggoncang bayi perempuannya yang berusia lima bulan hingga mati kerana terlalu marah selepas kanak-kanak itu menangis tidak berhenti.
Tomas Driukas, 26, didakwa menyebabkan anaknya, Deimante Driukite mengalami kerosakan otak yang serius dan dikesan mempunyai 26 keretakan tulang.
Bayi malang itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Birmingham pada pagi 1 April lalu kerana kesukaran bernafas.
Deimante yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di hospital.
Bedah siasat mendapati kematian tragik Deimante berpunca daripada pendarahan otak dan mata.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 5:09 AM

DRIUKAS bersama bayi perempuannya.