Search This Blog

Saturday, January 16, 2016

Saksi nahas lori hantu diminta tampil - Polis

SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:08 PM

KHAMIS lalu, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana. - Foto Saddam Yusoff
KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori hantu di hadapan sebuah sekolah di Bandar Damai Perdana, Kajang, sehingga mengorbankan dua pelajar sekolah itu kelmarin tampil memberikan maklumat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi yang ditemukan di lokasi namun masih memerlukan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.
Khamis lalu, dua pelajar perempuan maut manakala seorang penjaja cedera dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori selepas melanggar dua buah kereta serta 34 motosikal yang berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.
Dua pelajar yang maut itu dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.
Sementara itu, pemandu lori warga Indonesia yang terlibat telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. - BERNAMA

APMM gagalkan cubaan seludup masuk 31 tan sawit




Oleh Abdul Rahemang Taiming bhnews@bh.com.my


TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 31 tan buah sawit menggunakan bot jongkong ke daerah ini di perairan Sungai Melayu, pagi tadi.  Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi, hasil sawit yang dianggarkan bernilai RM7,750 itu dimuatkan dalam dua bot jongkong yang dipercayai dibawa masuk dari Indonesia untuk dijual di daerah ini. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tawau, Kapten Maritim Anor Jaafar, berkata bot itu ditahan oleh anggota APMM yang melakukan rondaan, selepas didapati dalam keadaan mencurigakan. "Pemeriksaan lanjut ke atas bot itu menemui buah sawit. Dua juragan dan seorang awak-awak, berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen membawa masuk buah sawit itu ke negara ini.  "Awak-awak yang ditahan juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114994

Bayi maut, 2 cedera kereta dirempuh lori pasir

SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:06 PM




Oleh Adnan Ibrahim bhjb@bh.com.my

 SEBUAH Lori dipercayai dalam perjalanan dari bandar Kluang ke Jalan Mersing terbabas dan turut melanggar dua kenderaan yang lain. - Foto Adnan Ibrahim


KLUANG: Seorang bayi berusia lapan bulan maut, manakala dua ahli keluarganya cedera selepas sebuah lori pasir merempuh kereta mereka yang diletakkan di depan sebuah klinik di Jalan Mersing, dekat sini, tengah hari tadi.  Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu ketika mangsa bersama ibu dan kakaknya berada dalam kereta berkenaan. Lori terbabit dipercayai dalam perjalanan dari bandar ini ke Jalan Mersing apabila terbabas dan turut melanggar dua kenderaan yang lain.  Mangsa dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini oleh orang awam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114968

Bauksit: Reman 2 kakitangan PTG dilanjutkan

SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:56 PM




 Oleh Abdul Razak Raaff raaffar@bh.com.my


TEMPOH reman dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Pahang dilanjutkan sehingga Selasa ini. - Foto Farizul Hafiz Awang


KUANTAN: Tempoh reman dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dilanjutkan sehingga Selasa ini bagi melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes rasuah perlombongan bauksit, di sini.  Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, berkata kertas siasatan ke atas dua kakitangan berusia 51 dan 57 tahun itu sedang disiapkan. Kedua-dua kakitangan itu ditahan pada 10 Januari lalu dan direman selama enam hari berakhir hari ini. "SPRM memohon lanjutan perintah reman mereka untuk menyiapkan siasatan. Jika dipersetujui Timbalan Pendakwa Raya, mereka akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.  Dua suspek itu antara enam kakitangan PTG negeri yang tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang, di sini, minggu lalu.  "Siasatan ke atas mereka dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.  Setakat ini, SPRM sudah menahan sembilan individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit. Enam adalah kakitangan PTG negeri yang disyaki menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114989

Pendatang Myanmar cuba tikam anggota Imigresen

JENAYAH SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:33 PM






Oleh Na'imah Mohamed bhnews@bh.com.my


KLANG: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar cuba menikam anggota Jabatan Imigresen Malaysia Selangor dalam usaha meloloskan diri dalam satu operasi di sebuah kondominium, di sini, awal pagi tadi.  Pengarah Imigresen Selangor, Hishamudin Badiyol Zuman, berkata lelaki berkenaan turut menyerang anggotanya hingga berlaku sedikit pergelutan sebelum dia berjaya ditahan dalam operasi bermula kira-kira jam 1 pagi itu.  Selain lelaki terbabit, katanya, seorang wanita warga Indonesia juga sanggup membahayakan nyawa dengan melompat ke balkoni kediaman jirannya di tingkat 11 bagi mengelak ditangkap. "Bagaimanapun, jirannya menyedari kejadian itu dan menyerahkan wanita berkenaan kepada pihak berkuasa," katanya.  Dalam operasi berakhir jam 3.30 pagi itu, seramai 25 warga asing berusia antara 20 hingga 50-an, termasuk dua wanita ditahan, membabitkan warga Myanmar, Nepal, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang menyewa di kondominium berkenaan beramai-ramai.


 HISHAMUDIN Badiyol Zuman. - Foto Shahril Badri Saali


Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan orang awam mengenai tindakan pemilik kondominium menyewakan kediaman kepada warga asing bagi mengaut untung lebih besar. "Kami akan turut menyiasat pemilik kondominium terbabit mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyewakan premis dan melindungi PATI.  "Semua yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana gagal mengemukakan dokumen dan pas perjalanan serta Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal di negara ini lebih masa," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114978

Imigresen Kelantan tahan 167 PATI



Oleh Siti Rohana Idris


ANGGOTA Imigresen memeriksa pasport PATI yang ditahan. - Foto Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU: Seramai 167 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen negeri di dua lokasi di sini, hari ini.
Serbuan antara jam 9 pagi hingga 2 petang itu bertumpu di tapak pembinaan sebuah sekolah di Kampung Beris Panchor, Bachok dan kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa.
Daripada jumlah yang ditahan, 126 adalah warga Bangladesh, Indonesia (32), Pakistan (6) dan Myanmar (3).
Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Kelantan, Hamid Abdul Rahman, berkata dalam serbuan di Kampung Beris Panchor, 19 warga asing cuba melarikan diri dan bersembunyi.
"Dalam serbuan kedua di Pengkalan Chepa pula, seramai 148 warga asing ditahan," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Katanya, seramai 67 PATI yang ditahan, disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan, Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal lebih masa (7) serta Peraturan 39 (b) kerana melanggar syarat pas masuk (93).
"Mereka ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah dan Ajil di Kuala Berang, Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya.

SAA siasat sindiket curi dalam pesawat

SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 1:00 AM
CAPE TOWN: Syarikat penerbangan Afrika Selatan (SAA) sedang menyiasat pembabitan sindiket mencuri daripada penumpang yang tidur dalam penerbangan antarabangsa dan sudah menyenarai hitam seorang penumpang.
Kenyataan syarikat penerbangan antarabangsa itu muncul selepas seorang penumpang melaporkan barang kemas dan wang tunai AS$1,800 (RM7,955.01) miliknya dicuri penumpang lain dari tempat simpanan bagasi kabin ketika penerbangan dari Johannesburg ke Hong Kong.
Seorang jurucakap SAA, Tlali Tlai dalam e-mel kepada AFP berkata, pihaknya menyedari tiga insiden kecurian dalam penerbangan selang tiga minggu di laluan Johannesburg dan Hong Kong.
"Insiden ini berlaku dalam selang masa yang pendek di satu laluan menyebabkan ia disyaki dilakukan satu sindiket," katanya.
Penumpang Warren Becker menjelaskan dalam satu e-mel kepada Traveller24 mengenai pengalamannya dalam penerbangan dari Johannesburg ke Hong Kong.
"Saya terjaga daripada tidur apabila seorang penumpang yang duduk beberapa baris di belakang menasihatkan saya supaya memeriksa beg oleh kerana dia melihat penumpang lain mengambil beg dari tempat simpanan kabin dan menyelongkar bahagian dalam berhampiran tandas," tulisnya.
Becker berkata, beliau memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan, seorang daripadanya memberitahu kecurian seperti itu pernah berlaku sebelum ini dan ada sindiket beroperasi dalam pesawat SAA."
Media tempatan berkata lelaki yang disyaki menyelongkar bagasi Becker serta seorang rakan subahat, diperiksa pegawai polis di bandar ini, namun wang terbabit tidak ditemui.
"Kami merayu penumpang supaya berhati-hati dengan barangan peribadi dan sentiasa berwaspada dalam penerbangan," kata jurucakap SAA. - AFP

5 cedera nahas lapan kenderaan dekat Tapah



Oleh Asrizal Aris

TAPAH: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan, termasuk dua lori di Kilometer 330 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, jam 1.30 tengah hari tadi.
Nahas itu secara keseluruhan membabitkan 19 pemandu dan penumpang lima kereta serta masing-masing sebuah kenderaan pacuan empat roda, treler dan lori, namun 14 individu lain terselamat.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tapah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu jam 1.38 petang.
"Bomba yang tiba di lokasi mendapati semua pemandu dan penumpang kenderaan terbabit sudah dikeluarkan oleh orang awam," katanya.

Tersilap ujian ubat baharu, 6 kritikal di Perancis



MENTERI Kementerian Kesihatan Perancis, Marisol Touraine (kiri) bersama seorang professor klinikal neurologi menghadiri sidang akhbar susulan kes kesilapan dalam ujian percubaan membabitkan rawatan perubatan baharu. - Foto REUTERS
PARIS: Sekurang-kurangnya seorang 'mati' otak, manakala lima lagi kritikal selepas berlaku kesilapan dalam ujian percubaan membabitkan rawatan perubatan baharu, kata kementerian kesihatan Perancis.
Menurut stesen TV Perancis, TF1 semalam, mangsa menjadi sakit dan dimasukkan ke hospital awal minggu ini selepas mengambil ubat percubaan yang dibangunkan sebuah makmal perubatan swasta di utara bandar Rennes.
"Ujian ini dijalankan sebuah kemudahan swasta yang mengkhusus dalam ujian klinikal," kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.
Tambah kementerian lagi, seorang daripada mangsa kini berada dalam keadaan kematian klinikal.
Kementerian berkata, menterinya Marisol Touraine, ke Rennes semalam untuk melihat sendiri tempat ujian klinikal itu dijalankan.
Media Perancis, BFMTV berkata lapan orang dipercayai mengambil bahagian dalam percubaan itu, dua daripada mereka diberikan placebo (bahan dengan kesan terapeutik digunakan sebagai kawalan dalam menguji ubat baharu). Jumlah keseluruhan yang mengambil bahagian mencecah 90 orang.
Semua ujian digantung dan sukarelawan yang mengambil bahagian di dalam percubaan itu sedang dipanggil semula.
Saluran media, iTele berkata ujian itu adalah untuk ubat penahan sakit yang mengandungi ganja dan dijalankan di sebuah makmal di Rennes. - AGENSI

Bayi maut, 2 cedera kereta dirempuh lori pasir

JENAYAH SABTU, 16 JANUARI 2016 @ 4:06 PM





 Oleh Adnan Ibrahim bhjb@bh.com.my


SEBUAH Lori dipercayai dalam perjalanan dari bandar Kluang ke Jalan Mersing terbabas dan turut melanggar dua kenderaan yang lain. - Foto Adnan Ibrahim


KLUANG: Seorang bayi berusia lapan bulan maut, manakala dua ahli keluarganya cedera selepas sebuah lori pasir merempuh kereta mereka yang diletakkan di depan sebuah klinik di Jalan Mersing, dekat sini, tengah hari tadi.  Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu ketika mangsa bersama ibu dan kakaknya berada dalam kereta berkenaan. Lori terbabit dipercayai dalam perjalanan dari bandar ini ke Jalan Mersing apabila terbabas dan turut melanggar dua kenderaan yang lain.  Mangsa dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini oleh orang awam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114968

Tipu setengah juta ringgit


Mohd Liza Azmie (dua, kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu, semalam.
SEREMBAN - Seorang pengurus sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini semalam atas 14 pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan lebih setengah juta ringgit sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Liza Azmie Md Darus, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya sehingga mendorong Mohd Shamir Leman, 43, untuk menyerahkan wang secara berperingkat membabitkan jumlah keseluruhan RM645,229.
Mohd Shamir menyerahkan wang melalui beberapa transaksi di tiga bank berasingan di Seremban dan di pejabat tertuduh di Bandar Baru Ampangan, di sini, yang dilakukan antara 19 Disember 2014 dan 13 November 2015.
Berikutan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun hingga 10 tahun, sebat, denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah Abdullah mencadangkan jaminan RM200,000 kepada tertuduh dengan mensyaratkan paspot diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Tertuduh yang diwakili peguam Gurdit Singh bagaimanapun berpendapat jumlah jaminan ditawarkan tidak munasabah dan memohon mahkamah mempertimbangkannya.
Tambahan pula, katanya, semua pertuduhan itu hanya membabitkan seorang mangsa.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM80,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Suami, isteri ditahan, disyaki dera anak angkat



KUCHING - Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki mendera anak angkat mereka yang berumur empat tahun di sebuah rumah di Ulu Sungai Semenggo, Batu 10 Padawan, sekitar 50km dari sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata, kes itu terbongkar selepas polis yang mendapat maklumat awam mengenai kemungkinan berlaku kejadian penderaan kanak-kanak pada kira-kira jam 11 pagi tadi, bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah berkenaan, polis menemui kanak-kanak itu di ruang tamu dengan beberapa kesan luka dan calar di bahagian muka, kepala serta badannya.
Dalam satu kenyataan malam ini beliau berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu adalah anak angkat kepada pasangan berkenaan, dan polis terus menahan lelaki berumur 27 tahun bersama isterinya yang berumur 35 tahun di rumah berkenaan untuk siasatan lanjut.
Dev berkata kanak-kanak itu sedang menerima rawatan di hospital. - Bernam
a

Tiga maut dalam tragedi waktu Subuh


Keadaan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.

DUNGUN - Tiga lelaki maut dalam nahas jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, berhampiran Masjid Hadhari, Paka, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.34 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Produa Viva maut di lokasi kejadian setelah mengalami kecederaan parah.
Pemandu kenderaan, Irwan Khalid, 37, maut apabila rempuhan kuat menyebabkannya tercampak ke bahu jalan, manakala dua lagi rakannya Muhammad Rashid Yoon Chow, 48, dan Mohammad Nizan Ismail, 46, tersepit di dalam kenderaan serta terpaksa dikeluarkan oleh pasukan anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohamad Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.44 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit.
"Bagi memudahkan anggota kami mengeluarkan mangsa, kita terpaksa menggunakan 'rescue tool' untuk memotong kenderaan," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Produa Viva dari arah Kuantan menghala ke Dungun hilang kawalan  melanggar pasu bunga dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori tangki.
"Selepas pertembungan di antara Produa Viva dan lori tangki, sebuah lagi kenderaan iaitu Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 42 tahun turut terbabas setelah melanggar pasu bunga di atas jalan raya.
"Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Paka maut ditempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 51 dan pemandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kesemua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat.
"Hasil siasatan mendapati keadaan jalan adalah selekoh mempunyai dua lorong dan terdapat penghadang pasu bunga yang dijadikan sebagai pembahagi jalan.
"Punca sebenar kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya
.

Penyelia maut dalam kenderaan


Keadaan mangsa ketika ditemui dalam kenderaan pacuan empat roda, kelmarin.

TAPAH – Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah pacuan empat roda yang berhenti di Kilometer 322 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu disedari polis yang membuat rondaan di lebuh raya berkenaan sebelum melihat kenderaan berkenaan di lorong kecemasan dalam keadaan enjin terpasang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, mangsa, Khairul Anuar Mohd Noh, 43, yang bekerja sebagai penyelia dari Kampung Menderang, Sungkai ditemui dalam keadaan meniarap di bahagian tempat duduk hadapan.
Menurutnya, ketika anggota polis menghampiri lampu pacuan empat roda itu berada dalam keadaan terpasang,
"Apabila melihat keadaan mangsa, pegawai saya yang berada di lokasi segera menelefon ambulans dan bilik gerakan polis untuk tindakan,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Bagaimanapun, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berlaku.
“Laporan awal bedah siasat mendapati mangsa mengalami serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian
.

Polis India kenal pasti 16 zon larangan selfie


Gambar hiasan

MUMBAI - INDIA. Polis Mumbai mengenalpasti 16 tempat larangan selfie di bandar India susulan kes seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan seorang gadis yang terjatuh ke laut semasa mengambil gambar selfie.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Dhananjay Kulkarni, kawasan tersebut termasuklah kawasan tarikan pelancong di pantai Girgaum Chowpatty dan pesiaran Marine Drive lokasi di mana seorang remaja 18 tahun jatuh minggu lalu.
"Selepas beberapa kejadian malang berlaku, polis mengambil keputusan mengenalpasti 16 kawasan yang berbahaya untuk mengambil gambar selfie dan akan menambah kawasan larangan pada masa hadapan.
"Pihak kita telah memberitahu kepada perbadanan perbandaran untuk meletakan tanda amaran pada tempat-tempat tersebut malah turut akan menyediakan pangawal pantai," tambahnya lagi.
Sebelum itu, seorang gadis bersama dua rakannya jatuh ke dalam Laut Arab berhampiran Bandra Bandstand di utara ibu kota India ketika berselfie pada Sabtu lepas.
Lelaki berusia 37 tahun, Ramesh Walunj, terjun ke laut untuk membantu menyelamatkan mangsa tetapi telah dihanyutkan oleh ombak dan mayatnya ditemui terapung di sungai berdekatan pada hari Isnin. Mayat gadis itu masih hilang.
Tambah Dhananjay lagi, pegawai polis turut diarahkan untuk melakukan rondaan di kawasan-kawasan terpilih dan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil gambar selfie
.

Wabak ebola berakhir di Afrika Barat: WHO


Lebih 11,300 maut selepas wabak ebola menular di Afrika Barat pada 2014.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ebola sudah berakhir, kelmarin, selepas tiada kes jangkitan baharu dilaporkan di Liberia.
Pengarah Penilaian Risiko dan Tindak Balas Kemanusiaan, Rick Brennan memaklumkan ia adalah peristiwa dan langkah penting yang menandakan Liberia, Sierra Leone serta Guinea kini bebas daripada virus pembawa maut tersebut.
"Tetapi, masih terdapat risiko kemunculan semula wabak ebola pada masa akan datang," katanya.
Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas tiada kes jangkitan baharu dilaporkan sepanjang tempoh 42 hari lalu, susulan daripada pelbagai langkah diambil kementerian kesihatan termasuk melakukan ujian ebola ke atas mayat mangsa selain pengawasan rapi ke atas kes jangkitan  mencurigakan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan kematian terbaharu di Sierra Leone beberapa jam selepas WHO mengisytiharkan Afrika Barat terbabit kini bebas ebola.
Hasil ujian dilakukan ke atas mayat mangsa di utara Freetown menunjukkan ia positif dijangkiti virus berbahaya itu. - al-Arabiya

Dipenjara 7 tahun, 12 sebatan kerana merompak


Grafik Sinar Online
SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan 12 sebatan kerana terlibat dalam rompakan berkumpulan pada 2014, lapor Channel NewsAsia pada Khamis.
Ravi Sandhira Sagaran, 28, merupakan anggota pertama kumpulan yang mengaku terlibat dalam rompakan tersebut.
Laporan itu menyebut, tujuh lagi tertuduh termasuk enam rakyat Malaysia dan seorang penduduk tetap Singapura berumur antara 29 dan 43 tahun.
Kumpulan lapan perompak itu dikatakan telah merancang dengan teliti jenayah mereka lebih dua bulan.
Mereka bertindak merompak seorang pengurus perniagaan pengurupan wang berusia 35 tahun yang memiliki sejumlah besar wang tunai, kata laporan itu.
Selepas empat cubaan dibatalkan pada Oktober 2014, perompak berkenaan berjaya melarikan wang tunai berjumlah S$624,036.41 (kira-kira RM1.903 juta). - Bernama

Bas jatuh gaung, 11 terbunuh


Udhampur
SRINAGAR - INDIA. Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 20 yang lain cedera selepas sebuah bas hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung di sini hari ini, lapor AP.

Pegawai polis, Viplav Kumar berkata, pemandu bas terbabit hilang kawalan selepas memandu laju ketika  melalui selekoh tajam menyebabkan bas terbabit terbabas dan terjunam lebih 300 kaki (90 meter) ke dalam gaung.

Insiden berlaku di Udhampur, 250km selatan Srinagar, bandar utama di bahagian India.

Kemalangan melibatkan bas di India bukanlah sesuatu yang baru dan kebiasaanya kemalangan disebabkan oleh lebih muatan, keadaan jalan raya yang teruk, dan keadan bas yang tidak diselenggara dengan baik.

Berdasarkan penilaian terakhir pada tahun 2013 oleh Kementerian Pengangkutan India lebih 240,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di India.

Kilang bunga api meletup, 10 terbunuh


Kilang bunga api meletup menyebabkan 10 terbunuh.

BEIJING - CHINA. Sebuah kilang bunga api di tengah China meletup menyebabkan 10 maut dan mencederakan tujuh yang lain, kata pihak berkuasa.
Pihak berkuasa Tongxu di wilayah Henan berkata, punca letupan belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan
Insiden berlaku beberapa minggu sebelum perayaan tahun baru cina yang kebiasaanya akan dihiasi dengan bunga api.
Insiden membabitkan kilang bunga api di China terumatanya menjelang perayaan tersebut bukanlah sesuatu yang baru, malah China turut dikenali sebagai negara yang mengabaikan keselamatan di tempat kerja.
Rabu lalu, letupan di sebuah kilang turut menyebabkan lima pekerja maut di timur Shanghai
.

Enam lelaki serang hotel di Burkina Faso


Angkatan tentera berkawal di kawasan berhampiran Hotel Splendid dimana penyerang melepaskan tembakan di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso hari ini. - Foto AFP

OUAGADOUGOU - BURKINA FASO. Sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata dilaporkan menyerang sebuah hotel empat bintang di Ouagadougou, ibu negara Burkina Faso dan membunuh beberapa orang di dalam restoran hotel berkenaan.
Menurut laporan CNN, lapan orang berjaya diselamatkan dan di bawa keluar dari hotel.
Kakitangan hotel yang berjaya dihubungi AFP berkata, Restoran Capuccino berkenaan bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah sebenar mereka yang terbunuh.
Seorang pegawai polis dikatakan ditembak selepas cuba memasuki Hotel Splendid dari kafe restoran yang berhadapan dengan hotel berkenaan.
Pihak keselamatan dilaporkan masih berbalas tembakan di tempat kejadian setakat ini.
Sebelum itu letupan dan tembakan kedengaran dari hotel berkenaan yang sering menjadi kunjungan pelawat dan pelancong barat
.

Mayat lelaki dalam lumpur

Georgetown: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di dalam lumpur di Jeti Nelayan Sungai Pinang, Jalan JKR di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu mayat mangsa berusia antara 40 hingga 50-an di jumpai dalam keadaan tertiarap dengan muka berpaling ke sebelah kiri dan kaki tertindih pada pelampung jeti.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, mayat mangsa ditemui oleh nelayan dan ketika itu mangsa hanya memakai seluar pendek tanpa baju.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa keluar anggota Bomba dan Penyelamat, Jalan Perak dan siasatan awal mendapati tiada kesan luka atau kecederaan lain berunsurkan jenayah.
Katanya, identitinya tidak diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebenar dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 6:35 PM


ANGGOTA polis memeriksa mayat lelaki ditemui di Jeti Sungai Pinang. Identiti mayat masih dalam siasatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107618#sthash.U5shTWlo.dpuf

Dadah setengah juta ringgit dirampas

Kuantan: Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah bernilai RM523,575 dalam dua kes berasingan di sini dan Pekan, semalam dan Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Superintendan Lam Thian Huat berkata dalam serbuan itu polis merampas 2,264 gram heroin, 93.9 gram syabu dan 5,350 pil yaba serta dua kenderaan bernilai RM65,000.
"Tangkapan pertama dilakukan di sebuah kedai makan di Kampung Pulau Serai, Pekan, pada jam 8.45 pagi, Rabu lalu, membabitkan dua lelaki berumur 32 dan 43 tahun.
"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan jenis Volvo dinaiki mereka, polis menjumpai 2,264 gram dadah jenis heroin bernilai RM339,600 dan 93.9 gram syabu bernilai RM23,475," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Ogos tahun lalu, dan turut mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Dalam serbuan berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di tempat letak kereta sebuah stesen minyak Jalan Teluk Sisek di sini, jam 2.15 petang semalam.
"Ketika ditahan, suspek berada dalam sebuah kereta Proton Wira di stesen minyak berkenaan dan polis menemui 5,350 pil Yaba bernilai RM160,500 yang disembunyikan dalam kenderaan itu," katanya.
Menurutnya, suspek terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Jun tahun lalu, dengan menjualnya di sekitar Kuantan dan Pekan.
Katanya kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 8:26 PM


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Superintendan Lam Thian Huat (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. - Foto BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107630#sthash.TxjDL4c3.dpuf

Lori hantu dipercayai dicuri sebelum kejadian

Kajang: Lori hantu yang merempuh 37 kenderaan serta menyebabkan dua pelajar perempuan berusia 13 tahun maut di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Kajang, semalam dipercayai dicuri sebelum kejadian.
Difahamkan, pemandu lori warga Indonesia berusia 39 tahun itu sedang makan di gerai berhampiran sekolah berkenaan sebelum menyedari lorinya dicuri seorang lelaki.
Menurut sumber, lelaki yang mencuri lori itu gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh 37 kenderaan di depan sekolah berkenaan.
Katanya, selepas itu, lelaki terbabit melarikan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard ketika dihubungi berkata, pihaknya giat memburu suspek utama yang menyebabkan kemalangan maut itu.
“Pemandu lori berkenaan sudah menyerah diri di balai polis dan direman sehingga 21 Januari ini. Kita masih memburu suspek yang mencuri lori itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 9:13 PM


Keadaan kawasan kemalangan maut membabitkan lori hantu di hadapan SMK Bandar Damai Perdana. FOTO Asyraf Hamzah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107646#sthash.T5tFHpJp.dpuf

Operasi pencarian jururawat hilang dihentikan

Santubong: Operasi pencarian semula jururawat Nurul Wazieyana Mohd Yusuf yang hilang di Pantai Pasir Panjang, Santubong sejak 12 Disember lalu ditamatkan petang tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata, operasi memasuki hari kedua di Sungai Dua itu ditamatkan selepas perbincangan teliti diadakan bersama pasukan penyelamat lain.
"Hasil perbincangan bersama polis, anggota penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) serta seorang penyelamat bebas, kita sebulat suara menamatkan operasi hari ini.
"Bagaimanapun, operasi memburu buaya di kawasan lubuk Sungai Dua itu akan dibuat oleh pihak SFC bermula Isnin hingga Jumaat depan,"katanya.
Katanya, sebarang perkembangan berhubung operasi itu nanti akan dimaklumkan oleh SFC dari semasa ke semasa.
Pagi tadi, pasukan penyelamat menemui serpihan tengkorak dipercayai milik manusia dalam operasi pencarian semula itu.
Serpihan tengkorak berkenaan ditemui pada 10.48 pagi kira-kira 300 hingga 400 meter tempat mayat mangsa baham buaya Raziman Razali, 16, yang ditemui Selasa lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 9:45 PM


Operasi pencarian Nurul Wazieyana dihentikan. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107648#sthash.AKWaBe1s.dpuf

Dari Damansara `melepaskan rindu'

Johor Bahru: Tiga gadis 20-an bekerja sebagai tukang urut antara 14 individu Islam dicekup dalam Ops Asyik di sekitar Permas Jaya, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Mohd Hafiz Abdul Rahman, berkata pihaknya kesal dengan majikan yang mengulangi kesalahan menggajikan perempuan Islam sebagai tukang urut.
Mohd Hafiz berkata, turut ditahan wanita dari Damansara yang mengikut teman lelakinya ke bandar raya ini untuk 'melepaskan rindu' di sebuah bilik hotel bajet.
"Semua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 27(1) (a) dan B Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukan hukuman denda RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
"Mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu berkelakuan tidak bermoral khusus kepada mereka yang bekerja di rumah urut atau mengurut individu berlainan jantina," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 10:05 AM


FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107794#sthash.JFD9Z17i.dpuf

Ahli perniagaan ditembak kali kedua

Seorang Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bergelar Datuk terselamat dalam cubaan bunuh kali kedua apabila ditembakdi hadapan rumahnyadi Taman Ipoh Bouelevard Timur di sini, petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 5.15 petang itu, cubaan membunuh ahli perniagaan berusia 56 tahun berkenaan dipercayai dilakukan seorang lelaki yang menunggu di kawasan rumah kedai di hadapan rumah mangsa.
Menurut sumber, tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai mangsa dan terkena bahagian pintu belakang sebelah kiri kenderaan, sebelum mangsa bertindak mengundurkan kenderaannya serta memecut laju menyelamatkan diri.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:12 AM


unit Forensik Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107762#sthash.ZTV9SAy7.dpuf

Tak mengaku salah tipu RM645,229

Seremban: Seorang pengurus sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 14 pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan kerugian RM645,229, sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd Liza Azmie Md Darus, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.
Mengikut pertuduhan, Mohd Liza Azmie yang berasal dari Taman Sri Pulai, Sikamat, didakwa memperdaya sehingga mendorong Mohd Shamir Leman, 43, untuk menyerahkan wang secara berperingkat membabitkan jumlah keseluruhan RM645,229.
Mohd Shamir menyerahkan wang melalui beberapa transaksi di tiga bank berasingan di Seremban dan di pejabat tertuduh di Bandar Baru Ampangan, di sini, yang dilakukan antara 19 Disember 2014 hingga 13 November 2015.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun hingga 10 tahun, sebat atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hafizah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Gurdit Singh.
Nor Hafizah menawarkan jaminan RM200,000 kepada tertuduh dengan syarat tambahan pasport mesti diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Namun, Gurdit meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan dikurangkan kerana semua pertuduhan itu hanya membabitkan seorang mangsa.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:12 AM


MOHD Liza Azmie dibawa ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107764#sthash.P51EjOHf.dpuf

Bebas debu merah

Kuantan: Lengang. Itu keadaan di kawasan sekitar FELDA Bukit Goh, di sini, yang menempatkan beberapa lombong bauksit apabila pelaksanaan arahan pemberhentian selama tiga bulan aktiviti berkenaan bermula semalam.
Tiada lagi kelibat kenderaan berat yang mengangkut bahan mineral itu melalui jalan di kawasan perkampungan berkenaan, malah keadaan jalan yang dulunya diseliputi debu merah kini kembali bersih.
Tinjauan Harian Metro mendapati beberapa pusat pengumpulan bauksit yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti pemunggahan bahan mineral itu kini sunyi dan dipasang palang bagi menghalang aktiviti dijalankan.
Biarpun kerajaan mengarahkan pengendali lombong berkenaan mengosongkan stok simpanan masing-masing pada 6 Januari lalu, namun ada antara mereka membiarkan timbunan bauksit di pusat pengumpulan.
Di satu sudut berhampiran jalan masuk ke perkampungan Bukit Goh, kelihatan beberapa kenderaan dan jentera berat diletakkan di kawasan terbabit dengan pekerjanya sibuk membersihkan dan membaiki kenderaan berkenaan.
Seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, kawasan berkenaan bertindak seolah bengkel yang mana pemilik kenderaan menghantar lori dan jentera berat untuk dibaiki sebelum diambil semula.
“Sebelum arahan kerajaan (pemberhentian sementara) itu lagi, kami mengambil upah membaiki lori atau jentera seperti jentolak dan jengkaut yang rosak.
“Buat masa ini, masih ada kenderaan berat dihantar ke sini untuk dibaiki, namun selepas ini tidak tahu pula bagaimana keadaannya,” katanya.
Sementara itu, penduduk FELDA Bukit Goh Mohamad Isa, 62, berkata, ketiadaan lori bauksit yang dipandu laju gara-gara mengejar trip membolehkan dia memandu dengan selesa ke bandar ini atau ke tempat lain, selain kenderaannya lebih bersih berbanding sebelumnya.
“Sebelum ini, setiap kali balik ke rumah di FELDA Bukit Goh, saya perlu membasuh kereta untuk mengelak debu merah melekat, tetapi saya lega kerana keadaan kembali pulih.
“Ada juga sebelum ini saya menghantar kereta ke kedai cuci kenderaan jika debu merah agak tebal dengan harga RM15 dan memang banyak belanja. Saya harap dalam tempoh tiga bulan dan seterusnya, masalah bauksit dapat ditangani semua pihak dengan baik,” katanya.
Peniaga gerai makan Mariam Dollah, 66, pula bersyukur kerana masalah kebersihan iaitu pencemaran debu yang sebelum ini ditanggungnya sejak setahun lalu berakhir secara berperingkat.
“Kedudukan kedai di tepi pintu masuk utama lori mengangkut bauksit menyebabkan ia menjadi tumpuan pemandu untuk makan dan minum. Alas meja makan pula perlu dibersihkan setiap masa untuk keselesaan pengunjung.
“Alhamdulillah, kini semuanya semakin berakhir apabila kerajaan mengeluarkan arahan menghentikan sementara perlombongan bauksit,” katanya yang menjalankan perniagaan itu sejak 30 tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:16 AM


KAWASAN perlombongan bauksit lengang selepas pelaksanaan arahan pemberhentian bermula semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107766#sthash.l7ql2CDd.dpuf