Search This Blog

Thursday, January 14, 2016

Gadis dakwa diculik dihantar ke Asrama Akhlak Tunas Bakti


KLANG 14 Jan. - Mahkamah Juvenil di sini hari ini memerintahkan gadis remaja berusia 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik ditempatkan selama tiga tahun di Asrama Akhlak Tunas Bakti bermula hari ini.
Hukuman tersebut dikenakan terhadap remaja itu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan memberikan kenyataan palsu berhubung ‘penculikannya’ pada prosiding terdahulu.
Sementara itu, remaja lelaki berusia 17 tahun yang mengaku bersalah merogol gadis sunti itu dua tahun lalu juga diperintahkan untuk ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/gadis-dakwa-diculik-dihantar-ke-asrama-akhlak-tunas-bakti-1.179552#sthash.ULC1dPUL.dpuf

Lelaki warga Bangladesh mati tertimbus


CAMERON HIGHLANDS 14 Jan. - Seorang lelaki warga Bangladesh terbunuh selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung 1, Batu 49, Terisu di sini pagi tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika mangsa, Kassim Munshi berusia lingkungan 40-an sedang mengorek tanah di kawasan itu untuk dijadikan tempat tinggal.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.18 pagi ini.
“Kerja-kerja mencari dan menyelamat terus dijalankan sebelum pekebun itu ditemui kira-kira sejam selepas itu,” katanya.-UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/lelaki-warga-bangladesh-mati-tertimbus-1.179553#sthash.eMABIaDE.dpuf

Polis Jakarta tembak mati 4 pengebom


JAKARTA 14 Jan. - Polis Jakarta menembak mati empat suspek penjenayah berhubung kejadian pengeboman dan serangan tembakan di ibu negara ini, hari ini.
Jurucakap polis berkata, kejadian berbalas tembakan berlaku antara penyerang dan polis di sebuah panggung wayang yang berada di bangunan sama kafe Starbuck yang menjadi sasaran serangan.
“Kami sedang memeriksa bangunan ini dari aras bawah hingga ke atas,’’ katanya. - Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/polis-jakarta-tembak-mati-4-pengebom-1.179559#sthash.YxZRvjwt.dpuf

Dua maut, satu cedera kemalangan babitkan 19 kenderaan


KUALA LUMPUR 14 Jan. - Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 19 kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu merupakan pelajar sekolah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, berdasarkan maklumat awal, kemalangan bermula apabila sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan merempuh 15 buah motosikal yang diletakkan di hadapan sekolah.
Menurutnya, lori tersebut seterusnya melanggar van Nissan Vennet dan terbalik di atas kenderaan tersebut.
Ujarnya, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan Perodua Alza.
“Mangsa yang cedera dan mayat mangsa yang maut telah dihantar ke hospital,” katanya.- UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dua-maut-satu-cedera-kemalangan-babitkan-19-kenderaan-1.179563#sthash.y7QEdBgH.dpuf

3 maut letupan bom, tembakan di Jakarta


bom jakarta

SEKUMPULAN anggota keselamatan berlindung di sebalik sebuah kenderaan manakala mayat-mayat bergelimpang ketika serangan pengganas di Jakarta hari ini. Beberapa letupan dan tembakan kedengaran di ibu negara Indonesia itu. - REUTERS
JAKARTA 14 Jan. - Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila beberapa bom diletupkan dan tembakan dilepaskan di luar sebuah kafe di sini hari ini.
Letupan berlaku berdekatan sebuah pusat membeli-belah, Sarinah di mana mayat-mayat mangsa dapat dilihat bergelimpangan di atas lantai.
Sekurang-kurangnya enam bom dilaporkan diletupkan dan sebuah pos polis rosak. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/3-maut-letupan-bom-tembakan-di-jakarta-1.179548#sthash.yGpZ7qlq.dpuf

Bomoh tak mengaku cabul pesakit

Bomoh tak mengaku cabul pesakit

WARTAWAN SINAR HARIAN 13 JANUARI 2016

Tertuduh (dua, kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya.

TELUK INTAN – Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas tuduhan mencabul kehormatan pesakitnya ketika menerima rawatan.
Roslan Omar, 44, dituduh menggunakan kekerasan jenayah dan mencabul wanita berumur 31 tahun di rumahnya Jalan Pasar, Bagan Datoh pada jam 3 pagi 2 Januari lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul mangsa tanpa kerelaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000.
Bagaimanapun, Roslan merayu supaya jumlah berkenaan dikurangkan.
“Saya bekerja sebagai tukang rumah dan tidak mempunyai keluarga selepas bercerai, jadi saya memohon jumlah berkenaan dikurangkan,” katanya.
Majistret, Siti Hanum Mohmad Sah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari untuk sebutan semula kes
.

Abang cari adik terpisah 13 tahun untuk bahagi harta

Hilang


13 JANUARI 2016

 SIK - Seorang lelaki mencari adiknya yang tidak dapat dikesan sejak 13 tahun lepas, Mohd Jeffri Aziz, 44, bagi tujuan pembahagian harta pusaka.
Azizan Aziz, 48, berkata kali terakhir adiknya yang lebih mesra dipanggil sebagai Jeff atau Yiee dilihat di Pulau Pinang, lima tahun lepas oleh kenalan mereka.
"Adik saya tak boleh membaca, kami pun tak pernah ada masalah dengan dia," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata adiknya keluar mencari kerja pada 2003, dari rumah mereka di Kampung Besar Sungai Batang, Sik pada waktu itu, dan tidak pulang sehingga sekarang.
Sesiapa yang mengenali beliau boleh menghubungi Azizan di talian 017-5627435 atau 016-5458359. - Bernam
a

Polis tahan lelaki terlibat 15 kes pecah rumah

PDRM

13 JANUARI 2016

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini dalam rondaan di Taman Daya, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang di hadapan sebuah premis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan
"Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah kereta Toyota Vios dan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dicuri dan dilaporkan hilang di Masai, di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sulaiman berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah dan barangan dipercayai hasil pecah rumah dalam kereta berkenaan termasuk sebilah pedang, 13 telefon bimbit, tiga kamera digital, beg mengandungi 20 rantai leher, beg mengandungi 48 jam tangan dan empat pasport.
Beliau berkata, semakan mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan curi, menyimpan harta curi dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas antara 2009 dan 2012.
"Berdasarkan soal siasat, lelaki terbabit mengaku melakukan 15 kes pecah rumah di sekitar Johor Baharu dan siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan suspek lain yang terlibat dalam kegiatan itu," katanya dengan menambah lelaki itu kini direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Bernam
a

Rayu isteri pulang segera

Rayu isteri pulang segera


WARTAWAN SINAR HARIAN

 13 JANUARI 2016

 BATU PAHAT – Seorang lelaki merayu isterinya pulang ke kediaman mereka di Kangkar Bahru, Yong Peng, demi empat anak mereka yang kini masih kecil, dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Kejadian berkenaan yang dikatakan berlaku tanpa sebab itu, membuatkan si suami bingung dan tertanya-tanya punca isterinya meninggalkan dia dan anak-anak setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga.
Diong Yong Chuan, 54, berkata, dia hanya menyedari isterinya, seorang warganegara Indonesia, Tjin Ji Lang, 36, hilang apabila tidak pulang ke rumah setelah keluar pada jam 8 pagi, 4 Januari lalu.
Katanya, dia bersama beberapa kenalan terus mencari isterinya, di merata tempat, di sekitar pekan Kangkar Bahru termasuk di kawasan Yong Peng.
“Saya juga buat satu laporan polis setelah menemui motosikal miliknya berada di Perhentian Bas Lucky Garden, Yong Peng, namun kelibat isteri saya tidak lagi kelihatan di situ.
“Ada orang melihat isteri saya menaiki bas yang menuju ke Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya.
Menurut Yong Chuan, hubungan dia dan isteri baik, cuma berapa hari sebelum kejadian dia menegur isterinya terlalu leka dengan Facebook sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Katanya, mungkin teguran itu menyebabkan isterinya berkecil hati dan melarikan diri dengan mengikut kenalan dikenali menerusi laman sosial berkenaan.
“Saya merayu dia pulang segera kerana anak-anak rindukannya, terutama yang kecil Diong Siau Fong, 7. Dia hari-hari nangis cari di mana ibunya. Tiga lagi anak kami ialah Diong Siau Ling, 12; Diong Siau Yan, 11, dan Diong He Long, 8, turut bertanya di mana ibunya. Saya tahu anak-anak amat merindui ibu mereka.
“Kepada mereka yang terlihat atau terjumpa isteri saya, boleh hubungi 010-883 1815 atau buat laporan di balai polis berhampiran,” katanya
.

Operator kilang maut kereta bertembung


Kemalangan

14 JANUARI 2016
JOHOR BAHRU - Seorang operator kilang maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir di Kilometer 4, Jalan Sungai Sayong-Bandar Tenggara dekat Kota Tinggi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan kira-kira 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Rashidi Mishardi, 21, dari Felda Pasir Raja, Kulai, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Rashidi dari Kulai menghala Bandar Tenggara masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori tersebut yang dalam perjalanan ke Kulai," katanya menerusi kenyataan.
Rahmat berkata akibat kemalangan itu, Rashidi meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata mayat Rashidi dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernam
a

Tedung selar sebalik baldi

WARTAWAN SINAR HARIAN
 14 JANUARI 2016
Tedung selar sebalik baldi

 Anggota JPAM Besut menunjukkan ular tedung selar yang berjaya ditangkap di Kampung Pangkalan Sentul.

 JERTIH -  Seorang pelajar lelaki tingkatan satu nyaris dipatuk ular tedung selar yang bersembunyi di bilik air rumah datuknya di Kampung Pangkalan Sentul, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku ketika remaja berkenaan masuk ke dalam bilik air untuk mandi sebelum terkejut melihat ular berbisa sebesar lengan dewasa itu yang sedang bersembunyi.
Datuk mangsa, Alias Kassim, 67, berkata, cucunya telah melangkah bahagian ekor ular tersebut sebaik memasuki bilik air itu sebelum menyedari ada ular sedang bersembunyi di sebalik baldi dan memberitahunya.
Menurutnya, dia bersyukur tiada apa berlaku terhadap cucunya dan menganggap remaja 13 tahun itu bernasib baik kerana tidak memijak ekor ular tersebut.
“Pakcik tak tahu apa jadi kalau dia terpijak ekor ular itu,” katanya.
Alias berkata, apabila  memeriksa bilik air itu, dia mengenal pasti spesies ular itu adalah tedung selar berdasarkan warnanya.
“Pakcik cari penduduk kampung yang mahir tangkap ular, tapi dia tak ada di rumah. Jadi pakcik minta cucu hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Besut, Suhaimi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.45 malam memaklumkan seekor ular berada di dalam rumah di Kampung Pangkalan Sentul kira-kira dua kilometer daripada bandar Jertih.
Menurutnya, seramai dua anggota dihantar ke tempat kejadian dan mendapati reptilia berbisa itu masih berada di dalam bilik air rumah tersebut.
“Anggota kami ambil masa hampir setengah jam untuk menangkap ular sepanjang hampir empat meter itu kira-kira jam 8.20 malam.
“Meskipun anggota sudah biasa menangkap ular berbisa, mereka perlu sentiasa berhati-hati kerana sekiranya tersilap langkap boleh mengundang maut,” katanya.
Suhaimi berkata lagi, ular tedung selar itu yang terbesar ditangkap setakat mula tahun ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar jangan bertindak sendiri, sebaliknya terus menghubungi JPAM sekiranya berhadapan spesies reptilia itu kerana ia boleh mengundang padah
.

Wanita, Majikan Bergelar 'Datuk' Cedera Lamborghini Terbabas Di LPT


Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 9:44 AM
Pemandu kereta mewah jenis Lamborghini Norfarahliya Daud, 26, dibawa keluar selepas dipercayai terbabas di KM 234.5 Lebuhraya Pantai Timur petang Rabu. Kereta itu dipercayai datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan telah hilang kawalan dipercayai akibat mengelak haiwan yang melintas. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Seorang wanita dan majikannya cedera apabila kereta mewah Lamborghini yang dinaiki mereka terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, Rabu.

Ketua Trafik Pahang Supt Mohd Nor Yusof Ali berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa mereka dalam perjalanan dari  Kuala Lumpur ke Kuantan.

Beliau berkata kereta berkenaan dipandu jururunding wanita Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia dalam lingkungan 50-an.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan.

"Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan," katanya ketika dihubungi di sini.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.

Mohd Nor berkata kenderaan mewah berwarna keemasan itu, yang dianggar bernilai lebih RM1 juta, turut mengalami kerosakan teruk.

Mereka hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi, katanya.

Bayi Tiga Bulan Dipercayai Didera Alami Pendarahan Pada Otak


Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 11:30 PM
Ashraf Abdullah, 35, (kiri) dan isteri Siti Marlina Md Ghuzali, 34, menunjukkan gambar anak mereka Alfateh berusia tiga bulan yang kini dirawat Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dalam kepala disebabkan pengabaian sebuah taska di Jitra, Kedah.

ALOR SETAR: Pemeriksaan imbasan CT Scan terhadap bayi yang dipercayai didera di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jitra Isnin lepas mendapati terdapat pendarahan di bahagian selaput otak bayi berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata  bagaimanapun pakar yang merawat bayi berkenaan masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar pendarahan yang berlaku.

"Bayi tersebut kini di bawah jagaan rapi pakar pediatrik dan pakar neurosurgery," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian Isnin lepas, bayi berusia tiga bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai diabai pengasuh di taska berkenaan sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira 2.40 petang.

Bapa bayi itu Ashraf Abdullah, 35, pensyarah di sebuah universiti awam, mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan lemah selain terdapat kesan lebam pada dagu kiri dan kepala.

Bisnes 'Kencang' Di Sebalik Kereta Mewah 'Luput Usia'


Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 8:38 AM

EKSKLUSIF
JOHOR BAHRU: Kereta yang sudah berusia 10 tahun dianggap tidak selamat dan tidak layak dipandu di Singapura.

Dan, dengan cukai yang perlu dibayar selepas separuh jangka hayatnya, adalah sesuatu yang masuk akal untuk kereta-kereta yang sudah melepasi usia lima tahun dan dianggap 'luput usia' di jalan raya di negara itu diganti baharu.

Bagi orang perantaraan di Malaysia, itu adalah satu peluang keemasan.

Mereka yang bertindak sebagai orang tengah ini membeli kereta-kereta mewah tersebut pada nilai rendah di republik itu, membawanya ke Malaysia, menghasilkan dokumen palsu - dikatakan dengan bantuan pegawai yang mengambil suapan dan menjual kereta pada harga yang menarik perhatian pembeli di sini.

Terdapat pembeli Malaysia yang sanggup mengambil risiko membeli kereta mewah itu, kerana harganya masih jauh lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh penjual kereta berdaftar.

Kereta-kereta tersebut rata-ratanya berharga hampir 10 kali lebih rendah dari harga pasaran untuk model yang sama di Malaysia.

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mike berkata pembeli sanggup mengambil risiko membeli kereta itu walaupun mengetahui mereka boleh berdepan masalah berkaitan undang-undang.

"Ia lebih murah daripada membeli sebuah kereta terpakai di Malaysia. Kereta-kereta Singapura biasanya berusia lebih lima tahun dan ia masih dalam keadaan baik," katanya.

Sebagai contoh, dia berkata kereta Mercedes-Benz terpakai yang berharga kira-kira RM80,000 di sini hanya berharga RM10,000 jika dibawa masuk secara haram dari negara itu.
"Kami berhubung dengan kenalan di Singapura dan pemandu akan dihantar ke sana untuk memandu keluar kereta, melalui dua pintu masuk, imigresen di republik itu dan juga di Johor Baru," katanya.

Kemudian, terpulang kepada pembeli jika dia mahu membuat salinan nombor pendaftaran kereta sedia ada atau melakukan pendaftaran 'di bawah meja' dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, kedua-duanya tetap mempunyai risiko tersendiri, dakwanya.

Mike berkata walaupun 'pengklonan' nombor pendaftaran dengan kereta lain adalah jauh lebih murah berbanding mendaftar kereta dengan JPJ, risikonya adalah lebih tinggi.

"Biasanya, mereka akan mencari model dan warna kereta yang seakan-akan sama, sebaik-baiknya dari negeri berbeza, sebelum membuat plat pendua. Dengan bantuan 'dalaman', penjual boleh mendapatkan cetakan salinan asal cukai jalan.

"Bagaimanapun, kereta itu tiada insurans yang sah. Jika JPJ menjalankan pemeriksaan terhadap nombor casis kenderaan, pemandu akan berdepan masalah," katanya.

Bagi yang mendaftar dengan JPJ, dia berkata pembeli terpaksa membelanjakan kira-kira RM15,000 sebagai pengimport kereta berlesen supaya permit boleh dikeluarkan untuk mengimport kereta.

Pegawai JPJ kemudiannya boleh membantu mendaftar kereta tersebut dan mewujudkan geran baharu. Pelanggan juga diberi pilihan untuk mendaftar kereta di bawah nombor pendaftaran yang sedang berjalan atau nombor pilihan sendiri.

Pelanggan kemudiannya boleh memohon insurans dan dengan mudah memperbaharui cukai jalan setiap tahun.

Mike berkata jika pendaftaran diklon, pembeli perlu menunggu sehingga pemilik asal memperbaharui cukai jalan sebelum ia boleh dicetak semula.

Dia mendakwa menerima purata tiga hingga lima pelanggan setiap bulan, kebanyakan daripada mereka sanggup menghabiskan purata RM25,000 untuk pelbagai kereta mewah, terutama Mercedes-Benz dan BMW.

Seorang pemandu yang membawa masuk kereta luput usia dari Singapura ke Malaysia berkata beberapa kereta mewah boleh dijual pada harga sehingga RM40,000 bersama-sama dengan geran asal kenderaan.

Proses pengklonan sahaja menelan kos kira-kira RM5,000 ke RM6,000.

Beliau berkata pembeli boleh memilih untuk mengklon pendaftaran kereta Malaysia model atau buatan sama yang telah dimansuhkan atau dari kereta lain yang sedia ada di jalan raya.

Dia mendakwa terdapat juga cara-cara untuk mengubah nombor casis kereta bagi menjadikan ia sepadan dengan geran daripada kereta Malaysia yang dimansuhkan.

BMW antara dirampas dalam operasi JPJ

KHAMIS, 14 JANUARI 2016 @ 10:00 AM

Oleh Siti Rohana Idris bhkb@bh.com.my


PENGARAH JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa (tengah) memeriksa BMW yang disita selepas ditahan dalam operasi malam tadi.

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 113 saman atas pelbagai kesalahan selepas memeriksa kira-kira 300 kenderaan dalam operasi di Wakaf Siku dan Pasir Pekan, Tumpat, malam tadi. Pengarah JPJ negeri, Mahasan Mustapa, berkata daripada 113 saman itu, 58 saman adalah atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu manakala selebihnya berkaitan lesen tamat tempoh dan kesalahan teknikal lain. Katanya, ada pemandu kenderaan mewah yang ditahan didapati tidak memiliki lesen memandu dan pengenalan diri. "Dalam sekatan yang diadakan selama tiga jam bermula jam 8 malam, kami merampas sebuah kenderaan jenis BMW yang disyaki kereta klon. "Ini kerana selepas pemeriksaan dilakukan, kami mendapati nombor casis kenderaan mewah yang dibeli dengan harga RM50,000 itu meragukan. Ia didapati tidak wujud dalam sistem pendaftaran kami dan kenderaan itu terpaksa disita untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita di sini. Operasi pertama tahun ini di dua lokasi berkenaan membabitkan 86 anggota. Operasi pertama membabitkan 86 anggota termasuk 16 anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu turut menahan empat individu dipercayai terbabit penyalahgunaan dadah. Penolong Pengarah AADK Kelantan, Aman Mustapha, berkata tiga daripada mereka positif Methamphetamin manakala seorang lagi ganja. "Semua yang ditahan berumur antara 21 tahun hingga 40 tahun. Mereka kemudian dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut sebelum mendapat ikat jamin keluarga masing-masing," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114126

Wanita, majikan cedera Lamborghini terbabas di LPT

JENAYAH KHAMIS, 14 JANUARI 2016 @ 12:45 AM

ORANG awam mengeluarkan mangsa dari kereta mewah jenis Lamborghini yang terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di Kuantan, petang tadi.

KUANTAN: Seorang wanita dan majikannya cedera apabila kereta mewah Lamborghini yang dinaiki mereka terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, petang tadi. Ketua Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali, berkata kemalangan berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Beliau berkata kereta berkenaan dipandu jururunding wanita, Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia dalam lingkungan 50-an. "Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan. "Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan," katanya ketika dihubungi di sini. Berikutan kejadian itu, mangsa yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini. Mohd Nor berkata kenderaan mewah berwarna keemasan itu, yang dianggar bernilai lebih RM1 juta, turut mengalami kerosakan teruk. Mereka hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi, katanya. - BERNAMA

KEADAAN kereta mewah jenis Lamborghini yang terbabas di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di Kuantan, petang tadi.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/114067

Patah tangan lori bertembung

Klang : Lelaki berusia 35 tahun patah tangan dalam kemalangan membabitkan dua lori di Batu 3, Jalan Kapar, Kampung Rantau Panjang, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.15 petang itu, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dirawat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Sungai Pinang Zaidi Ahtan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang memandu lori satu tan yang dalam perjalanan dari Kapar ke Klang hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori tangki di laluan bertentangan.
Menurutnya, lori tangki tanpa muatan itu kemudiannya terbabas ke bahu jalan dan melanggar kereta Perodua Kancil serta pokok sebelum terbakar.
"Seramai tujuh anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.
"Pemandu lori tangki itu bagaimanapun gagal dikesan manakala pemandu kereta Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tiada dalam kenderaannya ketika kemalangan berlaku," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 5:40 PM


Lori tangki yang terbakar. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107047#sthash.SvgzTsV6.dpuf

Mayat kepala pecah ditemui hanyut

Banting: Mayat seorang lelaki dengan sebahagian kepalanya pecah ditemui hanyut di Sungai Langat, Kampung Teluk Bunut, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mayat lelaki terbabit ditemui orang awam yang berada di kawasan tepi sungai berkenaan sebelum menghubungi bomba.
Beliau berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui dengan bahagian kepalanya pecah dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari lalu.
"Lelaki terbabit hanya memakai seluar jeans dan baju T berwarna hitam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri. Bagaimanapun, mayat itu hanya dapat dinaikkan ke darat pada 5.50 petang kerana keadaan arus air sungai yang deras ketika operasi.
"Mayat itu ditemui dalam keadaan meniarap di tebing sungai dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 7:09 PM


ANGGOTA bomba membawa naik mayat. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107052#sthash.4GBoQEJO.dpuf

Ajal balik sekolah

Klang: Budak perempuan berusia 11 tahun maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar lori sampah di Persiaran Hamzah Alang, Meru, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa dipercayai membonceng motosikal gurunya selepas pulang daripada sekolah agama.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit mengubah haluan secara tiba-tiba sebelum kenderaannya bergesel dengan motosikal yang dibonceng mangsa.
"Mayat mangsa dan gurunya yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
"Pemandu lori terbabit melarikan diri dan polis kini dalam usaha mengesannya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 10:20 PM


Rakan arwah dan penduduk turut berkongsi kesedihan. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107070#sthash.CW3dJ8ei.dpuf

113 saman dalam tiga jam

Kota Bharu: Sebanyak 113 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dalam operasi Wakaf Siku dan Pasir Pekan, Tumpat, malam tadi.
Pengarah JPJ negeri, Mahasan Mustapa berkata,daripada jumlah itu, 23 disaman membabitkan kesalahan tidak memiliki lesen memandu.
Katanya, dalam operasi 8 malam sehingga 11 malam itu, empat lelaki turut ditahan selepas disyaki positif dadah.
"Kira-kira 300 kenderaan diperiksa dan saman paling tinggi adalah kesalahan tidak memiliki lesen memandu.
"Kita turut menyita kereta disyaki kereta klon selepas mendapati nombor casis meragukan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 10:54 AM


ANTARA kereta yang diperiksa ketika operasi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kera jantan 'makan' tuan

Kuala Terengganu: “Gigitannya terlampau kuat menyebabkan kulit tangan saya koyak,” kata Mohammad Ghazali, 61, yang hampir putus tangan kiri selepas diterkam kera peliharaannya di Kampung Lenjang, Hulu Terengganu.
Tukang kebun berkenaan berkata, kejadian jam 1 tengah hari, Jumaat lalu itu berlaku ketika dia menjenguk kera yang dibelanya sejak lima tahun lalu dalam sangkar berhampiran rumahnya.
Menurutnya, dia kemudian mendapati ikatan rantai leher kera berkenaan terlalu ketat menyebabkan dia cuba melonggarkannya bagi memudahkan haiwan itu bernafas.
Katanya, malangnya niat baiknya itu membawa padah apabila kera berkenaan bertindak agresif dan menyambar tangan kirinya.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya tidak sempat mengelak terkamannya hingga separuh daripada tapak tangan termasuk ke dalam mulutnya.
“Saya yang panik ketika itu segera menarik tangan daripada mulutnya, tetapi kulit tapak tangan saya terkoyak disebabkan gigitan taringnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.
Mohammad berkata, dia kemudian dibantu anaknya yang kebetulan berada berhampirannya sebelum membalut tangan kirinya itu yang berlumuran darah.
Menurutnya, dia dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke HSNZ kerana luka dialaminya terlalu dalam selain bimbang berlaku jangkitan kuman daripada mulut haiwan terbabit.
“Saya bela kera jantan itu sejak ia masih kecil dan tidak sangka hingga sekarang ia masih sukar untuk dijinakkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 6:48 AM


Mohammad Ghazali menunjukkan tangan kirinya hampir putus selepas digigit kera peliharaannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107088#sthash.csRIWS5s.dpuf

Hantu punya menantu

Lucknow, India: Seorang wanita ditahan polis selepas rakaman video yang memaparkan dia memukul dan menjerut leher ibu mentuanya tersebar di Internet.
Sangeeta Jain ditahan polis pada Selasa lalu kerana disyaki menyerang ibu mentuanya, Raj Rani Jain yang berusia 70 tahun di daerah Bijnore di Uttar Pradesh.
Video berkenaan tersebar sejak minggu lalu selepas suami wanita itu, Sandeep memasang kamera keselamatan di kediaman mereka.
Sandeep memberitahu polis dia memasang kamera itu secara sembunyi kerana mahu mendedahkan sikap sebenar isterinya itu.
Katanya, isterinya sering menyerang ahli keluarganya sejak mereka berkahwin tujuh tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 7:21 AM


SEDUTAN video menunjukkan Sangeeta menjerut leher ibu mentuanya dengan sehelai kain.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107096#sthash.ba2tyc5P.dpuf

113 saman dalam tiga jam

Kota Bharu: Sebanyak 113 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dalam operasi Wakaf Siku dan Pasir Pekan, Tumpat, malam tadi.
Pengarah JPJ negeri, Mahasan Mustapa berkata,daripada jumlah itu, 23 disaman membabitkan kesalahan tidak memiliki lesen memandu.
Katanya, dalam operasi 8 malam sehingga 11 malam itu, empat lelaki turut ditahan selepas disyaki positif dadah.
"Kira-kira 300 kenderaan diperiksa dan saman paling tinggi adalah kesalahan tidak memiliki lesen memandu.
"Kita turut menyita kereta disyaki kereta klon selepas mendapati nombor casis meragukan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 10:54 AM


ANTARA kereta yang diperiksa ketika operasi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107207#sthash.npnU3wtP.dpuf

Datuk, pekerja cedera, Lamborghini terbabas

Kuantan: Seorang lelaki bergelar Datuk terselamat selepas kereta Lamborghini dipandu pekerjanya terbabas melanggar besi penghadang di tengah jalan di Kilometer 234.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berhampiran Plaza Tol Kuantan, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, Datuk Lawrence Ng Teck, 59, seorang pengurus konsultan di Kuala Lumpur luka ibu jari tangan kanan, pinggang dan badan serta hidung.
Pekerjanya, Norfarahliya Daud, 26, luka di paha kanan dan tangan kiri. Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan di sebuah klinik di bandar ini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Norfarahliya dari Kuala Lumpur ke Kuantan terbabas ke kanan lalu melanggar besi penghadang di tengah jalan.
Katanya, pemandu kereta dikatakan hilang kawalan selepas cuba mengelak haiwan melintas jalan.
"Ketika kejadian permukaan jalan basah akibat hujan renyai. Kemalangan itu masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 1:30 AM


Lamborghini yang terbabit kemalangan dan Norfarahliya ditenangkan pengguna jalan raya lain yang membantunya. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107076#sthash.QtBAff5b.dpuf

Lemas kereta tenggelam dalam sungai

Bukit Mertajam: Lelaki lemas apabila terperangkap di dalam keretanya yang terjatuh sebelum tenggelam di sungai berdekatan Jalan Bukit Minyak di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 8 pagi itu, kereta dipandu mangsa, Ong Tee Chiang, 37, dipercayai terhumban dan tenggelam di dalam sungai menyebabkan mangsa terperangkap.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 8.45 pagi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.22 pagi.
Katanya, mangsa yang terperangkap di dalam kereta itu lemas dan mayatnya dikeluarkan pihak bomba.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan mayatnya kemudian diserahkan kepada polis.
Sementara itu, polis masih menyiasat kejadian berkenaan dan belum dapat mengenal pasti sama ada ia berkaitan jenayah atau kemalangan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 11:05 AM


KERETA tenggelam selepas terjatuh ke dalam sungai. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107209#sthash.steRfAzu.dpuf