Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Buruh maut dihempap kren tumbang

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 9:22 PM


Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my


KREN tumbang di tapak pembinaan di Jalan Damansara. - Foto NSTP


 KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga China maut selepas kren yang digunakan bagi membina jejambat tumbang di Jalan Damansara di sini, petang tadi. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 petang sebelum 15 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian. "Seorang buruh maut di tempat kejadian akibat tersepit antara kren dan penghadang besi yang diangkat jentera berat terbabit sebelum itu. "Tiga lagi pekerja cedera ringan. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.


 KREN tumbang di tapak pembinaan di Jalan Damansara. - Foto NSTP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113678

Letupan gegar pusat pelancongan di Istanbul

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 5:15 PM


 ISTANBUL: Satu letupan berlaku daerah bersejarah Istanbul, Sultanahmet yang menjadi destinasi popular pelancong mengakibatkan beberapa orang dilaporkan cedera. Media Turki sebentar tadi melaporkan, punca letupan masih tidak diketahui. Stesen penyiaran NTV melaporkan, letupan berlaku berhampiran sebuah taman purba Greek, Obelisk. Agensi berita Anadolu pula melaporkan beberapa anggota polis dan anggota perubatan berbegas ke tempat kejadian. Polis mengepung kawasan berkenaan bagi mencegah orang ramai memasuki kawasan berkenaan berikutan kemungkinan letupan kedua. Sultanahmet adalah destinasi utama pelancong melawat Istanbul dan kawasan berkenaan merangkumi Istana Topkapi dan Masjid Biru. Tahun lalu, Turki dikejutkan dengan dua kejadian bom yang besar. Lebih 30 orang maut dalam serangan Kumpulan Negara Islam (IS) di bandar Suruc, berdekatan sempadan Turki-Syria pada Julai tahun lalu. Dua serangan bom berani mati pada Oktober di stesen kereta api di pinggir Ankara ketika orang ramai menyertai satu perhimpunan menyebabkan lebih 100 orang maut. - AP


ANGGOTA keselamatan mengawal lokasi letupan yang mengorbankan orang awam di tengah Istambul. - Foto Istambul   DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113624

Dua maut kebakaran hutan di Australia



DUA maut dan sekurang-kurangnya seorang masih hilang dan lebih 121 bangunan musnah dalam kebakaran hutan yang berterusan di luar kawalan di Australia Barat. - Foto EPA
PERTH: Dua maut dan sekurang-kurangnya seorang masih hilang dan lebih 121 bangunan musnah dalam kebakaran hutan yang berterusan di luar kawalan di Australia Barat.
Mayat kedua-dua lelaki berkenaan ditemui pihak berkuasa yang menggeledah bangunan rentung di bandar perkilangan kayu bersejarah Yarloop, 120 kilometer ke selatan Perth, yang musnah akibat kebakaran pada Khamis.
Mangsa, dipercayai berusia lingkungan 70-an masih belum dikenal pasti secara rasmi.
Perintah darurat diisytiharkan dan penduduk berpindah dari lima bandar berhampiran di kawasan pengeluaran daging dan tenusu utama itu.
Penternak berhampiran kebakaran terpaksa meninggalkan ribuan liter susu sejak Khamis lalu apabila penutupan jalan menghalang lori sampai ke ladang dan gangguan bekalan elektrik menjejaskan pengeluaran. - Agensi

10 maut letupan di tengah Istanbul


ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 15 lagi dilaporkan cedera selepas satu letupan menggegar di tengah Istanbul, hari ini.
Menurut televisyen Turki, Haberturk letupan itu mungkin dilakukan oleh pengebom bunuh diri tanpa menyebut sumbernya.
Namun, ada laporan yang menyebut bahawa dia mungkin ada kaitan dengan serangan militan IS.
Belum ada sebarang pengumuman rasmi di atas kejadian itu yang berlaku di sebuah daerah kesultanan bersejarah, Haberturk yang juga satu kawasan tarikan pelancongan paling popular di Turki. - REUTERS

20 maut nahas bas di Mexico

ISNIN, 11 JANUARI 2016 @ 8:15 AM

GAMBAR dari Pusat Perlindungan Awam Veracruz menunjukkan ahli-ahli Perlindungan Awam dan keluarga membantu mangsa yang cedera selepas bas penumpang membawa pemain bola sepak amatur jatuh dari tebing, di Veracruz, Mexico. - Foto EPA

 VERACRUZ: Dua puluh maut apabila bas yang dinaiki mangsa terjunam dari jambatan ke dalam gaung di Mexico. Ketua pejabat pertahanan sivil di negeri Veracruz, Yolanda Gutierrez, berkata nahas itu meragut nyawa 20 daripada 45 penumpang. Gutierrez berkata, bas berkenaan membawa satu pasukan bola sepak apabila tergelincir dari jambatan semalam berhampiran bandar raya Cordoba. Kerajaan negeri Veracruz menyatakan, bas berkenaan berkemungkinan dipandu laju dan pemandu hilang kawalan apabila ia melalui bonggol. Presiden Enrique Pena Nieto mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dalam akaun Twitter. Nasib pemandu masih tidak diketahui. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113092

Datuk Bandar New York kutuk kejadian rogol

ISNIN, 11 JANUARI 2016 @ 8:19 AM

DATUK Bandar New York, Bill de Blasio mengutuk kejadian rogol ke atas seorang wanita oleh lima lelaki di taman permainan Brooklyn. - Foto AFP


 NEW YORK: Datuk Bandar New York, Bill de Blasio, semalam mengutuk kejadian rogol ke atas seorang wanita oleh lima lelaki di taman permainan Brooklyn dan berjanji polis akan segera menangkap suspek jenayah keji itu. Menurut polis, lima suspek merogol wanita berusia 18 tahun itu secara bergilir-gilir di taman permainan yang dikendalikan Jabatan Taman Bandaraya New York sejurus jam 9.00 malam waktu tempatan Khamis lalu. Seorang daripada suspek mengacu senjata ke arah bapa mangsa dan mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu. Selepas bapa mangsa berbuat demikian, mereka menyerang mangsa. Suspek melarikan diri selepas bapa mangsa kembali tidak lama kemudian, diiringi dua pegawai polis. Mangsa dirawat di hospital dan dibenarkan keluar. Polis menyiarkan video pemantauan yang diambil dari kedai runcit berhampiran yang menunjukkan lima suspek sebelum serangan. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113094

2 suspek rogol ditangkap, 2 serah diri di New York

DUNIA ISNIN, 11 JANUARI 2016 @ 2:16 PM

NEW YORK: Dua daripada lima lelaki yang disyaki merogol seorang wanita di taman permainan Brooklyn menyerah diri petang semalam, manakala dua lagi berjaya ditangkap dan seorang lagi masih bebas. Empat suspek dalam tahanan berusia daripada 14 hingga 17 tahun dan pendakwaan masih belum selesai, menurut kenyataan polis. Sabtu lalu, polis menyatakan suspek merogol gadis berusia 18 tahun secara bergilir-gilir di taman permainan sejurus jam 9.00 malam waktu tempatan Khamis lalu. Seorang daripada mereka mengacukan senjata ke arah bapa mangsa dan mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu. Dalam kenyataan, polis berkata bapa mangsa mendekat kereta peronda polis untuk membuat laporan. Pegawai polis segera ke tempat kejadian tetapi suspek sudah melarikan diri. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113233

Bahan toksik dibawa lori terbakar

JENAYAH SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 3:57 PM

Oleh Fairuz Zaidan fairuzaidan@bh.com.my

ALOR GAJAH: Bahan toksik yang dibawa sebuah lori dilaporkan terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran stesen minyak PETRONAS Sungai Petai di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, lori berkenaan dipercayai membawa bahan aluminium akyl halides berbentuk pepejal dari sebuah kilang di Bukit Rambai ke pusat pelupusan sisa toksik di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, memaklumkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, jentera Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (ERMS) dihantar ke lokasi kejadian. Operasi memadam kebakaran berakhir kira-kira jam 3 petang tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113602

Bayi koma, pendarahan dalam kepala

JENAYAH SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 3:28 PM

Oleh Nahar Tajri nahar@bh.com.my

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan koma akibat luka dalaman kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pusat asuhan kanak-kanak di Jitra, pagi tadi. Difahamkan, wujud kesan lebam di bawah dagu dan ubun-ubun bayi berkenaan, selain kesan kemerahan di pipinya. Bapa mangsa yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Ashraf Abdullah, 35, dihubungi oleh pusat asuhan berkenaan yang memberitahu bayinya lemah, berkemungkinan disebabkan demam. Beliau bergegas ke pusat asuhan itu dan mendapati anaknya, Alfateh, berada dalam keadaan tidak bermaya. "Saya terus membawanya ke Pusat Perubatan Mahsuri dan doktor pakar kanak-kanak di sana mengesahkan berlaku kecederaan dalaman kepala terhadap anak saya sebelum dirujuk ke HSB (Hospital Sultanah Bahiyah). "Saya diberitahu kecederaan dialaminya terlalu serius, menyebabkan anak saya koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU)," katanya ketika ditemui di HSB di sini. Beliau kesal dengan sikap pusat asuhan berkenaan yang tidak berterus-terang mengenai kejadian terbabit. "Mereka gagal mengikut prosedur dalam kes ini," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113594

Lelaki letak ular sawa curi dalam seluar

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 9:05 AM

OREGON: Seorang lelaki mencuri ular sawa sepanjang 0.61 meter dari sebuah kedai haiwan peliharaan di Portland dengan menyumbat reptilia itu ke dalam seluarnya. Sarjan Greg Stewart berkata, tiada tangkapan dibuat dalam kes itu pada Jumaat lalu. Namun pemilik kedai peliharaan A to Z, Christin Bjugan, berkata video keselamatan membantu polis mengenal pasti suspek, dan menjangka ular itu akan dikembalikan tidak lama lagi. "Kami tahu siapa melakukannya. Kami tahu di mana dia tinggal, dia mana dia bekerja, kami tahu semua mengenainya dan teman wanitanya. "Kami menunggu untuk mendapatkan semula ular itu," kata Bjugan. Video menunjukkan suspek bersama seorang wanita berambut biru yang bersubahat dalam kecurian itu. Beliau menyerahkan kunci kepada teman wanitanya sebelum mengambil ular daripada tangki dan keluar dari kedai berkenaan. Katanya, ular memang menyukai tempat yang panas dan gelap. Ular sawa yang berwarna hitam berkilat itu dijual pada harga AS$200 (RM879).


 SALAH sebuah kedai haiwan peliharaan di Portland, Oregon. - Gambar hiasan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113472

Gempa kuat 6.9 magnitud landa Kepulauan Maluku

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 12:51 AM



JAKARTA: Gempa kuat 6.9 magnitud melanda Kepulauan Maluku, sebentar tadi, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). USGS berkata, gempa berpusat di 330 kilometer (km) dari barat laut Maluku pada kedalaman 102km. Pusat Amaran Tsunami Pasifik bagaimanapun berkata, berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, gempa berkenaan tidak membawa kepada ancaman tsunami. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113441

Bekas timbalan menteri China dipenjara 15 tahun

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 11:38 AM

BEKAS Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Li Dongsheng.

 BEIJING: Bekas Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Li Dongsheng dipenjara 15 tahun atas kesalahan rasuah, lapor stesen penyiar China Central Television dalam akaun mikroblog rasmi. Li dibicarakan di mahkamah di bandar timur laut Tianjin pada Oktober lalu, didakwa menerima rasuah berbentuk aset bernilai hampir 22 juta yuan (RM14 juta) dan menyalah guna kuasa yang dipegangnya antara 1996 dan 2013. Li mempunyai hubungan dengan tokoh kanan Parti Komunis China, Zhou Yongkang, yang dipenjara seumur hidup Jun lalu selepas perbicaraan rahsia membabitkan skandal rasuah paling sensasi di China dalam masa 70 tahun. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113520

Wanita maut dipijak gajah, anak cedera parah

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 2:40 PM


BANGKOK: Seorang penoreh getah maut dan anak lelakinya yang berusia dua tahun cedera parah selepas dipijak seekor gajah liar, menurut polis hari ini. Serangan gajah itu adalah yang kedua di kawasan berkenaan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Mangsa, seorang wanita berusia 34 tahun, ditemui pada awal pagi semalam di atas jalan berdekatan ladang getah di timur Thailand. Polis berkata, mayat mangsa ditemui di sebelah motosikal dan anaknya yang cedera. "Dia mati serta merta di tempat kejadian, anak lelakinya patah kaki dan kini dirawat di hospital," kata Leftenan Polis, Pramote Kongnantha kepada AFP. Pegawai polis itu berkata, gajah berkenaan dipercayai dipindahkan ke kawasan taman negara berdekatan selepas insiden berkenaan. Penoreh getah mula bekerja pada awal pagi di kawasan jauh ke dalam hutan yang menjadi habitat gajah dan binatang liar lain. Sementara itu, pegawai taman di Khao Soi Dao, salah satu kawasan yang dilindungi di wilayah bersempadan dengan Kemboja berkata, masih tidak jelas sama ada gajah berkenaan adalah haiwan yang sama membunuh dua lelaki Thailand di ladang getah di wilayah berkenaan pada Oktober lalu. - AFP


 KUMPULAN gajah yang terdapat di taman gajah di Khao Soi Dao, Bangkok.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113578

Sorok dadah dalam kotak air


Din (dua, kanan) menunjukkan dadah berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah kediaman elit berpagar yang mempunyai pengawal keselamatan

BATU PAHAT - Taktik dua pengedar dadah menyembunyikan dadah dalam bekas kotak minuman gagal mengaburi polis apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman elit yang berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, serbuan dibuat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat itu hasil intipan berterusan setelah mendapat maklumat daripada awam.
“Sebaik terima laporan kegiatan yang dilakukan suspek, polis terus lakukan intipan dan berjaya menahan mereka bersama 15 paket dadah jenis heroin.
“Dadah yang dimiliki suspek dipercayai dijual kepada individu tertentu atau pelanggan tetapnya sahaja,” katanya.
Beliau berkata, dadah tersebut jika berjaya dipasarkan nilainya mampu mencecah sehingga RM7,000.
“Suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak pertengahan tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek berusia 36 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu positif dadah.
Daripada siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek, salah seorang daripadanya mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau, dan seorang lagi satu rekod yang kesemuanya berkaitan kes penyalahgunaan dadah.
“Jika didapati bersalah, kedua-dua suspek yang kes mereka disiasat di bawah Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 ini boleh dikenakan hukuman mati,” katanya
.

Penunggang maut motosikal dilanggar kereta



SIK - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Haji Hussin, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata Mohd Yusuf Ahmad, 55, meninggal dunia di Hospital Sik akibat kecederaan di bahagian kepala.
"Mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Parit Panjang menuju ke Kampung Tupai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang pada pukul 7.15 pagi.
"Pemandu kereta berkenaan menghantar mangsa ke Hospital Sik namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernam
a

15 tahun cari adik kandung


Dari kiri Hamizon Md Rezab, Azizan dan Hisyam menunjukkan gambar Jeffri yang di cari setelah 15 tahun tidak bertemu.

SHAH ALAM - Seorang pemandu mencari adik kandungnya yang terputus hubungan sejak 15 tahun lalu.
Azizan Aziz, 48, berkata, kali terakhir dia bertemu adik kandungnya, Mohd Jeffri, 42, adalah pada 2003 sebelum Jeffri menyatakan keinginan untuk keluar mencari kerja.
Menurutnya, usaha menjejaki adiknya turut dilakukan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan di seluruh Lembah Klang, malah keluarga juga tidak mengetahui status terkini Jeffri sama ada sudah berkahwin atau tidak.
“Kali terakhir Jeffri ditemui kenalan kami ketika dia bekerja di sebuah restoran di Slim River. Apabila kami ke sana, dia dikatakan sudah berhenti kerja dan berhijrah ke Petaling Jaya.
“Usaha kami saudara mara dan kenalan mencarinya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur tetap menemui jalan buntu. Tetapi saya percaya dia masih berada di sini (Selangor),” katanya ketika hadir ke pejabat Sinar Harian, semalam.
Azizan berkata, hubungan Jeffri dan keluarga tidak bermasalah, malah adiknya itu disifatkan seorang yang mudah mesra dan periang.
Namun katanya, sejak dia keluar mencari pekerjaan, Jeffri tidak pernah pulang ke kampung atau menghubungi keluarga.
“Kami sekeluarga amat merinduinya dan berharap sangat dia pulang bertemu keluarga. Jeffri juga gagal dihubungi untuk memaklumkan kematian kedua orang tua kami.
“Ada urusan keluarga yang memerlukan dia pulang, termasuk pembahagian harta pusaka. Jika Jeffri terbaca berita ini, pulanglah,” katanya.
Azizan boleh dihubungi di talian 019-4139759 atau melalui anak saudaranya Hisyam Zainun, 016-6665627
.

3 ditahan terlibat curi sarang burung walit



LUMUT - Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri sarang burung walit di Jalan Felcra, Simpang Dua, di sini semalam
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkataketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 hingga 41 tahun ditangkap oleh seorang pemilik rumah sarang burung.
"Sebaik tiba di rumah sarang burung itu, pemilik berkenaan terlihat semua suspek sedang memecahkan dinding menggunakan penukul besi dan bajak batu," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi 'WhatsApp' di sini hari ini.
Katanya pemilik premis dengan bantuan seorang adik dan rakan bertindak menangkap semua suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis. Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut. - Bernam
a

Bas kilang terbabas di Langkap


Keadaan bas yang terbabas.

TELUK INTAN - Seorang pemandu bas kilang mengalami detik mencemaskan apabila kenderaan yang dipandunya terbabas di bahu jalan di Kampung Chui Chak, Langkap jam 6.30 petang semalam.
Walau bagaimana pun, pemandu bas berkenaan P. Endra, 25, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Langkap tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Nor Ahmad Mohd Sharif berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.42 petang semalam dan bergegas ke lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat bas berkenaan terbabas sebelum terbalik dan menghalang lalu lintas kedua-dua arah.
"Ketika kejadian bas berkenaan tidak membawa penumpang dan pemandunya berjaya keluar sendiri daripada bas tersebut selepas ia terbabas," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Nor Ahmad, anggotanya telah membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat sebelum menyerahkan kes kepada pihak polis.
"Bas berkenaan juga sudah dialihkan menggunakan kren bagi memastikan laluan berkenaan boleh dilalui kenderaan lain.
"Operasi tamat pada jam 7.25 malam," katanya
.

Padah hina polis dalam laman sosial


Din (kanan) menunjukkan telefon bimbit milik suspek yang turut dirampas polis.
BATU PAHAT - Seorang pemuda ditahan kerana memburukkan polis di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, perbuatan pemuda terbabit disedari seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Sabtu lalu dan kemudian membuat laporan. 
“Susulan daripada laporan yang dibuat, pihak polis menahan suspek dalam masa 24 jam selepas itu selain merampas sebuah telefon bimbit jenis Sony Experia,” katanya pada sidang media di IPD Batu Pahat, semalam.
Menurutnya, hasil siasatan, suspek mengaku melakukan kesalahan itu.
“Kes disiasat bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menghina polis melalui laman sosial.
“Suspek didapati positif dadah dan didakwa bawah Seksyen 15 (1), Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ditahan ketika asyik curi buah kelapa sawit


Motosikal yang digunakan suspek untuk mengangkut buah kelapa sawit curi di sebuah ladang di Kampung Parit Sikom

PONTIAN - Seorang lelaki ditahan ketika asyik mencuri buah kelapa sawit di ladang kelapa sawit Kampung Parit Sikom, kira-kira jam 3.20 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, suspek berusia 43 tahun itu, cuba melarikan diri bersama tiga tandan kelapa sawit dengan menunggang motosikal sebaik sahaja menyedari kehadiran polis di ladang berkenaan.
“Suspek ambil buah kelapa sawit yang dilonggokkan di tepi jalan dan dimasukkan ke dalam raga motosikalnya.
“Anggota polis kemudiannya mengekori suspek yang menaiki motosikal sehingga ke hadapan pusat penimbangan hasil sawit di Kampung Parit Buluh Cina Kampung Parit Sikom,” katanya.
Beliau berkata, sebaik ditangkap, suspek mengaku mencuri hasil sawit di ladang berkenaan dan telah mencuri sebanyak tiga kali sebelum ini.
Suspek yang turut positif dadah itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Pontian mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Dalam pada itu, Zakaria berkata, sebuah pasukan khas ditubuhkan di peringkat daerah bagi mengekang masalah kecurian kelapa sawit dan pisang yang dilaporkan semakin meningkat sejak sebulan lalu.
“Hasil daripada intipan dan risikan selama hampir dua minggu, polis dapat mengesan suspek serta modus operandi yang digunakan.
“Kegiatan kecurian berlaku pada sebelah petang kerana pada waktu itu buah kelapa sawit yang telah dipotong akan dilonggokkan di tepi jalan sementara menunggu lori mengangkut hasil buah ke pusat timbang,” katanya.
Jelasnya, polis memandang serius kes kecurian kelapa sawit dan pisang yang dilaporkan kerap berlaku di daerah ini.
“Saya minta peraih tidak sesekali beli buah kelapa sawit atau pisang daripada individu yang tidak dikenali kerana dikhuatiri ia adalah hasil yang dicuri.
“Peraih juga perlu beri kerjasama dengan melaporkan kepada polis jika terdapat individu yang dicurigai menjual hasil sawit dan pisang kepada mereka,” katanya
.

10 warga asing ditahan bekerja tanpa pas, permit



JOHOR BAHRU - Sepuluh warga asing dipercayai bekerja tanpa pas dan permit di sebuah pasar raya di Kulaijaya ditahan dalam satu operasi semalam.
Mereka bekerja sebagai pembantu kedai di medan selera pasar raya tersebut.
Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor Rashidin Rahmat berkata pihaknya membuat serbuan pada pukul 4 petang selepas mendapat aduan orang awam.
"Kami menahan 10 orang termasuk lapan lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa terdiri daripada tujuh warga Indonesia, dua warga Pakistan dan seorang warga India," kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, mereka berumur antara 19 hingga 40 tahun itu, melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Rashidin berkata kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut. - Bernam
a

Wanita, anak tiri mati ditikam bekas suami


Gambar Hiasan

ARTIKEL BERKAITAN
KINABATANGAN - Seorang wanita dan anak tiri mati ditikam oleh bekas suaminya di perumahan Ladang Sawit Permodalan 1, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Rahmat Sahak berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi dan dipercayai berpunca selepas lelaki itu gagal memujuk bekas isterinya itu untuk rujuk semula.
Katanya berikutan kejadian itu, polis kini memburu lelaki itu dikenali sebagai Bakri Bin Rakku, 40, yang menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Menurutnya mangsa, Azura Binti Shima, 39, mati ketika menerima rawatan di klinik ladang itu, manakala anak tirinya Basri Bin Jamaluddin, 24, mati di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa ditikam oleh lelaki itu ketika mereka sedang tidur di rumah pekerja itu, katanya.
A. Rahmat berkata saksi kejadian itu adalah anak lelaki mereka yang berusia 14 tahun yang telah terjaga dan melihat bapanya menikam ibunya dengan senjata tajam dengan satu tikaman.
Katanya bapanya itu kemudian pergi ke sebuah bilik lagi lalu menikam Basri sebelum melarikan diri.
Menurut laporan daripada anak mangsa, bapanya itu telah berjumpa dengan ibunya semalam di rumah pekerja itu untuk rujuk semula tetapi ibunya tidak mahu kerana mereka sering bergaduh dan dia dipukul.
Polis meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut atau mengetahui lokasi lelaki itu agar menghubungi Asisten Superintendan Yumpil Garai di IPD Kinabatangan, di talian 08-9561890. - Bernama

4 lelaki ditahan bantu kes culik di Lahad Datu



KOTA KINABALU - Polis menahan empat lelaki termasuk tiga anggota polis bagi membantu siasatan kes culik seorang wanita di Kampung Silam, Lahad Datu baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata kesemua suspek berusia antara 26 hingga 33 tahun itu ditahan dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 10.30 pagi di sekitar Lahad Datu, semalam.
"Kesemua suspek ditahan di tempat berasingan berdasarkan maklumat diterima pasukan petugas yang menjalankan siasatan kes. Dua daripada anggota polis itu
berpangkat Koperal dan seorang lagi Konstabel, manakala seorang lagi suspek adalah orang awam.
Turut dirampas bersama suspek berkenaan adalah dua laras senjata api HKMP5 dan satu laras M16 milik Polis Diraja Malaysia, dua buah kereta, empat telefon
bimbit, wang tunai RM8,100 serta pakaian dipercayai digunakan suspek semasa kejadian culik itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati dua daripada anggota polis itu bertugas sebagai anggota Pasukan Gerakan Am, Lahad Datu dan seorang lagi bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup dan sebatan. Pihak polis akan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman semua suspek," kata Sallehhuddin.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam Rabu lepas, seorang wanita berbangsa Suluk didatangi tiga lelaki bertopeng serta bersenjata api di rumahnya di Kampung Silam sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis Ford lama berwarna putih yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.
Mangsa berusia 44 tahun merupakan peniaga ikan kemudiannya diugut bunuh sekiranya gagal menyediakan wang tebusan RM50,000, sebelum diarah  menghubungi anggota keluarga untuk menyediakan sejumlah wang tersebut.
Mengenai Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) Pindaan 2012 yang diperluas ke Sabah pada 1 April 2014 sehingga 2015, Sallehhudin berkata pihaknya  menahan 44 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan kes culik, perjudian dan pemerdagangan orang.
"Daripada jumlah itu, 13 orang dikenakan perintah tahanan, perintah pengawasan (26 orang), masih dalam siasatan (tiga orang) manakala dua orang dibebaskan," katanya.
Sementara itu, Sallehhudin berkata kedudukan indeks jenayah IPK Sabah tahun lepas mencatatkan 5,176 kes, menurun sebanyak 43 kes atau 0.82 peratus berbanding 5,219 kes pada 2014. - Bernam
a

Lelaki Indonesia ditahan guna MyKad orang lain



TAWAU - Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) dipercayai warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana menggunakan Mykad milik orang lain untuk mengaburi pihak berkuasa dalam cubaan untuk memasuki daerah ini pada petang Jumaat lepas.  
Lelaki berusia 27 tahun itu telah menunjukkan kad pengenalan atas nama Damsah Adam Malik beralamat di Kampung Simunul 91300 Semporna dengan nombor Mykad 921116-12-6999.
Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, sepasukan anggotanya yang bertugas dalam Op Landai telah menahan sebuah perahu di perairan Laut Sabindo kira-kira jam 3 petang.
“Pemeriksaan awal terhadap perahu berkenaan mendapati seorang penumpang telah menunjukkan kad pengenalan milik orang lain dan hasil siasatan lanjut, lelaki berkenaan yang berasal dari Sulawesi ini telah memberitahu nama sebenarnya sekali gus mengaku bahawa kad pengenalan itu bukan miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan lelaki berkenaan telah ditahan dan akan disiasat bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Dalam pada itu Mohamad berkata, pihaknya komited membanteras kemasukan Pati selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan sifar Pati pada tahun 2020.
Menurutnya juga, PPM mengalu-alukan kerjasama semua pihak bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan Pati ke arah menangani isu tersebut bersama-sama. - Bernam
a

Dua lelaki direman kes bunuh di Sibu


Gambar Hiasan
 SIBU - Polis telah menahan dua lelaki malam tadi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tembak mati seorang lelaki di Jalan Long Bridge Sabtu lalu.
Tanpa mededahkan lokasinya, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi yang dihubungi hari ini mengesahkan kedua-dua suspek itu masing-masing ditahan pada jam 10.30 dan 11.30 malam tadi.
Menurutnya, kedua-dua lelaki yang tidak dinyatakan umur mereka itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Difahamkan penahanan kedua-dua lelaki berkenaan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dalam 'Op Cantas' di sekitar bandar ini malam tadi.
Mohd Kamal turut mengesahkan tiga lelaki yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu telah dibebaskan pagi tadi.
Beliau berkata, polis akan merekodkan percakapan daripada teman wanita mangsa, Xiao Fen yang kini menerima rawatan di Hospital Sibu kerana kecederaan di bahu dan pergelangan tangan kirinya.
"Keadaan wanita itu stabil dan kecederaan tidak membahayakan nyawanya. Cuma 'pellet' yang berada di bahunya masih belum dikeluarkan," katanya.
Dalam kejadian 11.09 malam itu, mangsa seorang pengusaha pub di Miri, Ting Meng Min, 30, ditembak selepas selesai makan di sebuah restoran bersama teman wanita warga China itu, seorang pengawal peribadi dan beberapa rakan mereka.
Mereka dikatakan baru hendak beredar dari situ apabila sebuah Toyota Hilux berwarna putih berhenti secara tiba-tiba tidak jauh daripada mereka dan pemandunya mengeluarkan senapang patah dan melepaskan tiga tembakan.
Pengawal peribadi Ting melepaskan lima das tembakan dengan pistolnya sebelum penyerang terbabit memecut kereta mereka untuk melarikan diri menggunakan Jalan Lanang.
Mangsa meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 12.31 pagi berikutan kesan tembakan di dada kiri, bahu kiri dan di belakangnya.
Hasil siasatan awal mendapati pengawal peribadi itu sempat melihat tiga lelaki dalam kenderaan berkenaan dan percaya tembakannya mengenai seorang daripada mereka.
Polis tidak menolak kejadian berpunca daripada persaingan perniagaan dan perebutan kawasan berkaitan aktiviti kongsi gelap khasnya pengedaran dadah serta mengklasifikasikan kes sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Lebih 1,000 lori bauksit sukarkan penguatkuasa


Kelihatan sebuah kenderaan jentolak bergerak keluar dari sebuah kawasan perlombongan bauksit setelah menyedari kehadiran pihak media ketika tiba di sebuah kawasan yang dahulunya adalah dusun durian kini telah habis diratakan untuk kegiatan perlombongan bauksit. - Foto Bernama
KUANTAN - Upah lumayan antara RM8,000 sehingga RM15,000 sebulan pasti membuatkan pemandu lori bauksit 'gelap mata' dan menggila mengejar 'trip' tanpa mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Sebelum aktiviti perlombongan bauksit, kebanyakan pemandu berkenaan meraih pendapatan purata hanya RM2,000.
Jarak hanya 15 kilometer antara tempat penyimpanan bauksit di sekitar Bukit Goh dan Bukit Kuantan dengan pelabuhan juga mendorong pemandu-pemandu ini menjadikan Jalan Pintasan Kuantan sebagai 'litar lumba' kerana mahu mengejar upah yang lebih tinggi.
Soal penguatkuasaan? Itu tidak menjadi masalah kepada mereka kerana upah bulanan jauh lebih tinggi berbanding jumlah kompaun yang dikenakan.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Mark Ujin yang menganggarkan terdapat lebih 1,000 lori beroperasi hingga menyukarkan pihak penguatkuasa mengambil tindakan.
"Sepanjang tahun lepas kita secara purata mengeluarkan sebanyak 14 notis kompaun setiap hari untuk kesalahan membawa muatan berbahaya (lori kotor), manakala untuk kesalahan membawa muatan secara berlebihan sebanyak 22 notis," katanya kepada Bernama.
Menurutnya jumlah tersebut adalah tinggi kerana kebiasaannya secara purata hanya lima hingga enam kompaun dikeluarkan sehari bagi kesalahan tersebut.
Mengikut rekod JPJ Pahang, sebanyak 5,432 notis saman telah dikeluarkan sepanjang tahun lepas melibatkan kesalahan membawa muatan berbahaya mengikut Kaedah 92 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dengan jumlah kompaun RM1.6 juta.
Sementara bagi kesalahan di bawah Seksyen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Akta 333 pula, sebanyak 8,052 saman telah dikeluarkan melibatkan jumlah kompaun melebihi RM2.4 juta.
"Setiap kesalahan tersebut maksimum denda yang boleh dikenakan ialah RM300, dan jumlah ini kecil berbanding upah yang mereka terima," katanya.
Katanya, selain itu JPJ Pahang berhadapan dengan masalah kekurangan anggota penguatkuasa, menyebabkan penguatkuasaan hanya dapat dilakukan di kawasan-kawasan panas.
Mark berkata, sebenarnya masalah yang berlaku kini berpunca daripada kelonggaran prosedur operasi standad (SOP) dalam menjalankan aktiviti itu.
Pemilik tanah, pengusaha bauksit mahupun pemandu lori bertindak sesuka hati untuk mengaut keuntungan, katanya. 
Sehubungan itu, katanya JPJ mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk mengatasi pencemaran antaranya penggunaan 'jumbo bag'.
"Setiap jumbo bag ini mampu memuat antara satu hingga dua tan bauksit. Ia kemudian diangkut oleh sebuah lori khas yang akan digunakan di kawasan penyimpanan itu sahaja.
"Manakala sebuah lori lain pula akan menunggu di pintu masuk kawasan penyimpanan ini untuk menerima jumbo bag yang diangkut oleh lori tersebut.
"Melalui cara ini kerja-kerja penyemburan tayar tidak perlu dilakukan, pencemaran dapat dielakkan kerana tayar lori tidak kotor dengan lumpur dan debu bauksit tidak berterbangan," katanya. – Bernama

Mengaku tidak bersalah cabul kehormatan pesakit


Gambar hiasan

TELUK INTAN - Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pesakit awal bulan ini.
Roslan Omar, 44, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas seorang wanita berumur 31 tahun semasa proses rawatan di sebuah rumah di Jalan Pasar Bagan Datoh dekat sini antara pukul 3 pagi hingga 6 pagi, 2 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun.
Majistret Siti Hanum Mohmad Sah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam. -Bernam
a

Kereta rasmi Exco Negeri Sembilan kemalangan


Keadaan kereta yang remuk selepas kejadian. - Foto Sinar Harian

BAHAU - Kereta rasmi Kerajaan Negeri Sembilan, milik Exco Perladangan, Sumber Manusia dan Kampung Baru, Datuk L Manickam kemalangan di lampu isyarat hadapan Balai polis Bahau pagi tadi.
Insiden berlaku kira-kira jam 11.15 pagi itu hanya membabitkan Pegawai khasnya, S Thinakaran, 27 dan pemandu, P Raj Kumar, 28.
Kereta jenis Honda Accord itu remuk di bahagian hadapan selepas melanggar kenderaan di hadapannya di lampu isyarat berkenaan.
Manickam berkata, kenderaan tersebut dalam perjalanan menghala ke rumahnya di Taman ACBE, Bahau.
"Mereka dari pejabat MIC di Bahau kemudian mengambil saya di rumah sebelum bergerak ke Seremban. Namun terbabit dalam kemalangan susulan tidak sempat memberhentikan kenderaan di lampu isyarat lalu melanggar kenderaan di hadapan.
"Namun, kemalangan ini tidak membabitkan sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Akibat kejadian itu, Manickam menggunakan kenderaan lain untuk ke Seremban dan telah membuat laporan polis di Balai polis Bahau lebih kurang jam 12 tengah hari
.

Anggota polis ditikam janda muda


Mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim.

SUNGAI PETANI - Seorang anggota polis trafik cedera ditikam kekasih berusia 19 tahun di rumahnya di Bandar Sri Astana D Park Home, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara mengalami kecederaan di kepala dan beberapa bahagian badan.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dan kekasihnya yang berpunca daripada perasaan cemburu.
Pertelingkahan itu menyebabkan kekasih yang merupakan seorang janda bertindak menikam mangsa menggunakan sebilah pisau kerambit di bilik tidur rumah berkenaan.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim oleh penduduk taman perumahan berkenaan manakala teman wanitanya ditahan anggota Balai Polis Komuniti Bandar Puteri Jaya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, janda itu sendiri menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Kuala Muda memaklumkan dia menikam anggota polis menggunakan pisau.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang duda mengenali janda itu sejak Februari lalu dan percintaan mereka terputus pada Mei tahun lepas namun berbaik semula sejak dua minggu lalu.
“Pada hari kejadian, didapati berlaku selisih faham antara mereka kerana janda itu terlihat gambar dan mesej daripada bekas isteri mangsa di telefon bimbit mangsa.
“Janda itu menuduh mangsa menipunya dan bertindak menikam lelaki berkenaan menggunakan sebilah pisau kerambit,” katanya.
“Mangsa kini dirawat di hospital itu akibat kecederaan di bahagian kepala, tepi perut, lengan dan bahu.
“Manakala suspek direman sehingga 17 Januari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan,” katanya
.

Mayat warga Nepal ditemukan dengan kesan jerut



JERANTUT - Mayat seorang lelaki warga Nepal ditemukan dengan kesan jerut di leher di kebun pisang di Kampung Sungai Lekok, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata mangsa berusia lingkungan 20-an itu dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemukan orang awam pada 8 pagi.
Katanya, identiti mangsa yang dilaporkan baru empat bulan bekerja di situ masih belum diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.
"Pemeriksaan di rumah kongsi di kebun berkenaan yang didiami mangsa bersama dua rakan, didapati berselerak, disyaki berpunca daripada pergaduhan.
"Kedua-dua rakan mengsa yang juga warga Nepal, bagaimanapun telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernam
a

Wanita trauma diacu pistol depan taska


Gambar hiasan.

SKUDAI – Seorang wanita trauma apabila tiba-tiba diacu pistol oleh dua lelaki bertopi sebaik sahaja dia menghantar anaknya berusia 3 tahun di taska di Bandar Kangkar Pulai, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu hanya mampu melihat kereta jenis Perodua Myvi miliknya dilarikan kedua-dua suspek berkenaan.
Suami mangsa yang hanya ingin dikenali Mohd Azizul, 34, berkata, ketika kejadian, anak bongsu mereka mengayuh basikal ke taska berkenaan, yang terletak berhampiran rumah mereka sambil diekori isterinya yang memandu kereta.
“Ketika sampai di taska, anak kami terus masuk ke dalam taska dan isteri bawa beg pakaian sekolah anak dan barang yang perlu ditinggalkan di taska.
“Apabila isteri ingin kembali semula ke kereta, ada seorang lelaki telah berada di keretanya dan mengarahkan dia ke tepi sambil mengacukan pistol dan ancam untuk menembaknya,” katanya.
Menurutnya, isterinya yang ketakutan terus berlari ke dalam taska dan salah seorang penjaga taska turut membawa masuk kanak-kanak yang berada di luar premis itu.
“Ada ibu bapa yang tiba tidak lama sebelum kejadian itu beritahu, ada ternampak sebuah Perodua Myvi berwarna ungu diparkir berdekatan taska dan seorang lelaki datang menuju ke arah taska.
“Mujur isteri dan anak saya selamat tetapi dia turut kehilangan beg tangan yang mengandungi telefon bimbit, kad pengenalan dan dokumen penting lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan bagi menjejaki dua suspek terlibat dalam kejadian  itu.
“Salah seorang suspek mengacukan senjata menyerupai pistol ke arah mangsa manakala seorang lagi menunggu dalam Perodua Myvi berwarna ungu.
“Ketika kejadian, enjin kereta mangsa dalam keadaan hidup dan suspek didapati berbadan tegap dan dianggarkan berusia antara 25 hingga 30 tahun," katanya
.

Polis kenal pasti identiti mangsa


Sebuah kereta jenis Toyota Corolla remuk teruk selepas bertembung dengan lori tanpa muatan di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan semalam. Gambar kecil: Zulikhsan

MENTAKAB - Polis sedang mengenalpasti pemilik Mykad dan identiti seorang wanita yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 137 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di sini awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian pada jam 5.20 pagi di kawasan perindustrian Temerloh, Mentakab itu membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla dan lori.
Menurutnya, pemandu kereta, Zulikhsan Mat Jani, 36, yang beralamat di Felda Jengka 21, Bandar Jengka dan seorang penumpang wanita meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan.
“Bomba Mentakab yang menerima maklumat kejadian mengerahkan enam anggota termasuk seorang pegawai mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Bomba menggunakan alat pemotong bagi mengeluarkan mayat mangsa,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menuju ke Temerloh bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan.
Katanya, pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Wanita yang maut itu belum diketahui identitinya kerana polis tak jumpa sebarang dokumen pengenalan diri atau beg pada mayatnya.
“Bagaimanapun polis terjumpa satu Mykad milik seorang lelaki di dalam kenderaan itu,” katanya.
Zundin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan akan mengenal pasti pemilik Mykad  serta identiti wanita terbabit.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
.

Dua Pendaki Terkandas Di Gunung Bintang Diselamatkan


Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 3:39 PM

KULIM: Dua daripada tiga pendaki yang keletihan semasa mendaki Gunung Bintang, dekat Kampung Sedim awal pagi semalam berjaya dikeluarkan dengan bantuan helikopter Unit Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia, pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Mohd Azizi Abdullah berkata, kedua-dua mereka diselamatkan dengan menggunakan tali dan diterbangkan dengan helikopter ke sebuah padang bola sepak berhampiran Pusat Kawalan Bomba, Kampung Sedim kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Pendaki terbabit, Muhammad Faisal Abu Bakar, 29, dan rakannya yang kekejangan, Shafizal Ramli, 27, terpaksa bermalam berdekatan air terjun bersama kumpulan penyelamat sementara menunggu ketibaan bantuan helikopter.
Seorang lagi rakan mereka Ashraf Mohamad, 28, yang membuat panggilan kepada pihak bomba berjaya diselamatkan bomba kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Difahamkan ketiga-tiga pendaki dari Kuala Lumpur itu telah memulakan pendakian ke Gunung Bintang pada pukul 1.00 pagi semalam sebelum salah seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki.

Pelanggan Polis Pengiring Palsu Diminta Bantu Siasatan


Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 5:46 PM
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis meminta pihak yang pernah  menggunakan khidmat dua individu menyamar sebagai polis trafik untuk mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran tertentu, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sekurang-kurangnya empat kali dengan bayaran RM100 bagi setiap perjalanan.

"Kedua-dua suspek yang ditahan Selasa lepas, dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Jumaat lepas setelah tamat tempoh reman. Kes akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Tajudin diminta mengulas mengenai kes dua lelaki yang ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, pada Selasa lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis percaya terdapat beberapa lagi individu terlibat dengan kegiatan itu, selain menyiasat daripada mana suspek memperoleh pelanggan.

Pada Selasa lepas, dua lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, di Jalan Bukit Bintang di sini.

Kedua-dua suspek itu menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBX 750, yang menyerupai motosikal milik anggota polis trafik.

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Kereta


Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 4:57 PM

SIK: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Haji Hussin, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata Mohd Yusuf Ahmad, 55, meninggal dunia di Hospital Sik akibat kecederaan di bahagian kepala.

"Mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Parit Panjang menuju ke Kampung Tupai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang pada pukul 7.15 pagi.

"Pemandu kereta berkenaan menghantar mangsa ke Hospital Sik namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital itu," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Duda Cedera Parah Ditikam Rakan Wanita


Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 3:46 PM

SUNGAI PETANI: Seorang duda berusia 39 tahun cedera parah akibat ditikam rakan wanitanya selepas berselisih faham, di rumah lelaki terbabit di Bandar Seri Astana, di sini, kira-kira pukul 2 pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Pulau Pinang, mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, bahu kanan, perut dan lengan.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 19 tahun, berselisih faham dengan mangsa selepas terlihat gambar bekas isteri mangsa pada telefon bimbit mangsa serta beberapa mesej daripada bekas isteri mangsa.
"Suspek mempertikaikan perkara itu dan mendakwa ditipu mangsa. Suspek menikam mangsa menggunakan pisau kerambit," katanya kepada Bernama, hari ini.
Md Zukir berkata, mangsa yang sudah tujuh tahun menduda, kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.
"Siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek sejak Februari tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei.
"Dua minggu lalu, suspek menghubungi mangsa menyatakan mahu bersama dengannya semula, selain mendakwa tidak tahan tinggal di rumah kerana sering bergaduh dengan keluarga, lalu mangsa membawa suspek tinggal bersamanya," katanya.
Md Zukir berkata, suspek yang juga merupakan seorang janda, kini direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 17 Januari.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Ahli Perniagaan Diserang, Pengawal Peribadi Tembak Penjenayah



Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 3:37 PM
Serangan berlaku di Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin.

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal peribadi melepaskan tembakan terhadap dua penyerang bersenjatakan parang yang menetak seorang ahli perniagaan di gerai tepi jalan di Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin di sini.
Salah seorang daripada penyerang itu mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
Difahamkan kedua-dua lelaki terbabit menyerang ahli perniagaan yang ketika itu menikmati sarapan pagi di gerai tersebut bersama rakannya dan pengawal peribadinya pada pukul 9 pagi Isnin.
Pemilik gerai yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Wong, 50, berkata, dua penyerang itu melibaskan senjata mereka dan menetak salah seorang ahli perniagaan.
"Pengawal peribadi itu mengeluarkan pistolnya dan melepaskan enam, tujuh tembakan ke arah penyerang, dan terkena kepada salah seorangnya.
"Anak saudara lelaki saya yang membantu di gerai turut terkena peluru yang ditembak secara tidak sengaja di bahagian punggung.
Ahli perniagaan, anak saudara lelaki kepada pemilik gerais erta penyerang yang ditembak dikejarkan ke hospital.
Seorang lagi penyerang berjaya melarikan diri.