Search This Blog

Friday, January 8, 2016

Ejen Hartanah Dibawa Lari Penjenayah Di Bukit Gasing


Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 11:20 PM

PETALING JAYA: Seorang ejen hartanah telah dibawa lari selama satu jam oleh seorang lelaki yang membawa senjata kelihatan seperti sepucuk pistol.

Penyerang itu, yang memakai topi, mengikat wanita itu ke dalam keretanya dan menuntut wang tunai sebagai balasan untuk dibebaskan.

Wanita berusia 51 tahun itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia telah pergi ke Bukit Gasing untuk mendaki bersama rakan-rakannya pada sebelah pagi.

"Sekitar pukul 8.50 pagi apabila saya berjalan ke menuju ke kereta Mazda CX-5 saya, lelaki itu tiba-tiba muncul dan menyerang hendap saya dengan sesuatu yang kelihatan seperti pistol.

"Dia memaksa saya masuk ke kereta saya dan memandunya, menuntut wang RM150,000 untuk melepaskan saya," katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Cina pada Khamis.

Ejen hartanah itu berkata dia telah memberitahu penjenayah itu bahawa dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.

Beliau berkata penjenayah itu kemudian meninggalkannya di tepi Lebuhraya Pantai Baru kira-kira sejam kemudian dan terus memandu keretanya.

Wanita itu meminta bantuan daripada pemandu lain untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mereka sedang menyiasat kes itu sebagai kes kecurian kereta dan penculikan.

"Penyerang memegang senjata yang kelihatan seperti pistol," katanya.

"Kami sedang mengesan di mana dia berada dan kereta yang dicuri."

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis berhampiran.

Polis Melaka Tahan 'Bonda Ratu'


Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 2:29 PM

JASIN: Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'Bonda Ratu' ditahan polis pada Khamis bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf yang dijadual diadakan di Sungai Rambai di sini, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata wanita berusia 40-an itu ditahan bersama suaminya juga berusia 40-an di kediaman mereka di Sungai Rambai kira-kira 2 petang Khamis.
Beliau berkata polis menyiasat kes itu setelah menerima laporan daripada orang ramai yang menerima jemputan ke majlis 'Penganugerahan Salasilah Keturunan Raja Tiang Bongkok Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti' pada hari itu.
"Kami buat serbuan (ke rumah suspek) dan beberapa peralatan dirampas untuk siasatan," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Sampornak berkata polis masih menyiasat perincian majlis itu termasuk anugerah yang hendak diberikan individu itu, dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri majlis itu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan jalan samaran. - BERNAMA

Lelaki Didakwa Ugut Bunuh PM Kemboja Di Facebook


Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 7:13 PM
Lelaki (tengah, baju biru) yang didakwa kerana mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Kemboja dibawa ke mahkamah perbandaran Phnom Penh pada Jumaat. Foto AFP

PHNOM PENH: Seorang lelaki warga Kemboja didakwa membuat ugutan bunuh terhadap perdana menteri negara itu, Hun Sen menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook, lapor media tempatan pada Jumaat.
Lelaki berusia 25 tahun itu didakwa sebagai individu di sebalik kenyataan dengan meramalkan 7 Januari iaitu ulang tahun kejatuhan Khmer Rouge oleh tentera Vietnam sebagai hari kematian Hun Sen.
"Dia ditahan semalam (Khamis). Dia dibawa ke mahkamah perbandaran Phnom Penh pagi ini," kata Am Sam Ath, seorang aktivis bagi kumpulan hak asasi tempatan Licadho kepadaAFP.
Lelaki berkenaan bedepan dengan hukuman penjara selama dua setengah tahun sekiranya didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh serta menghina perdana menteri. - AFP

Dua Dipercayai Maut Pesawat Terhempas Di Sweden


Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 5:35 PM
Gambar fail pesawat jenis Canadair CRJ-200.

STOCKHOLM: Pasukan keselamatan Sweden sedang berusaha mencari dua mangsa yang dipercayai maut selepas sebuah pesawat yang membawa mel terhempas di utara negara itu pada Jumaat.
Pesawat yang menggunakan model Canadair CRJ-200 itu menghantar panggilan kecemasan dan kemudiannya dikesan di kawasan darat oleh pesawat F-16 milik Norway.
Menurut akhbar harian Sweden, Svenska Dagbladet, pesawat itu dalam penerbangannya dari lapangan terbang utama di Oslo ke Tromso di Norway.
Seorang jurucakap memberitahu stesen radio Sweden bahawa polis sedang menjejaki lokasi nahas di antara bahagian barat laut Tasik Akkajaure dan sempadan Norway.
Tambah jurucakap itu, kawasan berkenaan tidak mempunyai jalan raya dan cuaca begitu sejuk. - Reuters

36 Macy's AS Gulung Tikar


Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 2:24 PM
NEW YORK: Operasi 36 gedung Macy's di Amerika Syarikat gulung tikar, manakala lebih 4,500 pekerjanya telah diberhentikan.
Langkah itu dikatakan sebagai sebahagian pelan penyusunan semula bagi memulihkan jualan syarikat yang merosot.
Susulan itu, Macy's bercadang mengurangkan kos operasi di semua cawangan gedung, pejabat dan pusat panggilan, termasuk menghapuskan purata tiga hingga empat jawatan di setiap 770 gedungnya dan Bloomingdale.
Ketua Eksekutif Macy's, Terry Lundgren, berkata perniagaannya berdepan kesukaran berikutan cuaca panas di luar musim selain perbelanjaan rendah oleh pelancong asing. 
Katanya, kira-kira 80 peratus penurunan itu mungkin disumbangkan kurangnya jualan musim sejuk seperti kot, baju sejuk, but dan skaf.
Mengenai pekerja, kira-kira 3,000 jawatan dijangka  terjejas, namun separuh daripadanya akan diletakkan pada tugas lain. 
Selain itu, tambahan 600 jawatan sokongan akan dihapuskan, dengan kira-kira 150 kakitangannya akan ditugaskan di tempat lain.
Pada masa sama, Macy's menawarkan peluang pemisahan sukarela kepada kira-kira 165 eksekutif kanan yang mencapai usia tertentu dan syarat perkhidmatan. 
Jumlah pemberhentian, tidak mengambil kira mereka yang ditawarkan semula jawatan, adalah lebih 2,100 orang.

Polis Paris Tembak Mati Lelaki Cuba Ceroboh Balai Polis


Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 9:08 PM

PARIS: Lelaki yang ditembak mati kerana cuba memasuki balai polis di Paris utara pada Khamis memakai tali pinggang letupan palsu, sumber polis memberitahu Reuters.

"Lelaki itu memang ada memakai tali pinggang itu, tetapi ia adalah palsu. Unit pelupusan bom mengesahkan ia adalah palsu," kata sumber itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri sebelum ini berkata bahawa lelaki itu mungkin telah memakai tali pinggang letupan ketika dia masuk ke balai polis dan melaungkan 'Allahu Akbar' tetapi adalah terlalu awal untuk mengatakan sama ada ia berfungsi atau tidak.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa minit selepas Presiden Francois Hollande memberikan ucapan kepada pasukan keselamatan di bahagian lain di Paris sempena memperingati serangan maut militan Islam terhadap majalah satira Charlie Hebdo di ibu negara Perancis tahun lepas.

Tentera Vietnam Siasat Misteri 'Bola Angkasa'


Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 6:40 PM
Gambar yang diambil pada 2 Januari lalu menunjukkan sekumpulan pegawai tentera memeriksa sebiji bola logam yang jatuh di wilayah Tuen Quang. Foto AFP

HANOI: Tentera Vietnam sedang menyiasat misteri tiga bola logam, dipercayai merupakan serpihan dari angkasa yang jatuh di utara negara itu, kata seorang pegawai kanan tentera pada Jumaat.
Jurucakap tentera, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan memberitahu AFP bahawa dua bola logam ditemui di barat laut wilayah Yen Bai pada 2 Januari lalu.
Tambahnya, sebiji bola lagi bersaiz lebih besar dengan berat kira-kira 45 kilogram jatuh di ladang jagung di wilayah Tuyen Quang. 
"Kita masih mengenal pasti  dari mana ia datang," katanya, sambil menambah bahawa pihak tentera telah menentukan bahawa ia tidak mengandungi bahan letupan atau berbahaya.
Beliau berkata, kesemua bola logam itu jatuh dari langit sehingga ia membimbangkan penduduk tempatan.
Saksi memberitahu media tempatan bahawa mereka mendengar bunyi seperti guruh sebelum bola-bola berkenaan jatuh ke bumi.
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan mengumumkan hasil siasatan. - AFP

Suspek samun ditembak, tiga lagi larikan diri


Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR -  Seorang suspek kes cubaan samun cedera ditembak selepas bertindak menyerang anggota polis menggunakan parang dalam satu kejadian berhampiran sebuah premis menjual bunga, di Taman Ehsan Kepong, di sini, semalam.
Dalam kejadian 11 pagi itu, suspek lelaki berusia 38, bersama-sama dengan tiga rakannya cuba menyamun seorang wanita berhampiran premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata tiga anggota unit Ronda‎ Cegah Jenayah Balai Polis Desa Jaya yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu, bertindak pantas menghalang cubaan samun itu serta cuba menahan suspek terbabit.
Bagaimanapun, katanya seorang daripada suspek terbabit bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan parang.
"Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, suspek cedera di lengan kanan dan berjaya ditahan manakala tiga lagi suspek  melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, polis kini giat memburu tiga suspek yang melarikan diri itu.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan.  - Bernama

37 warga Taiwan terlibat 'Macau scam' ditahan


Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seramai 37 warga Taiwan yang terbabit dalam sindiket penipuan 'Macau Scam' ditahan polis dalam serbuan di dua buah banglo mewah di sekitar Damansara Height dan Bukit Damansara.  
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata semua suspek terdiri daripada 35 lelaki dan dua wanita berumur antara 21 hingga 41 tahun itu ditahan dalam 'Ops Pelican' pada 1 pagi Selasa lepas.  
Tajudin berkata, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu juga telah diperdaya sindiket terbabit dengan menawarkan pekerjaan di Malaysia menggunakan visa pelawat namun telah dijadikan operator untuk mengendalikan aktiviti penipuan itu.  
"Siasatan mendapati mereka yang ditahan itu dikurung sepanjang masa dan tidak dibenarkan keluar dari kediaman tempat operasi mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  
Beliau berkata dalam serbuan itu polis turut merampas 51 unit modem, 47 unit telefon, 18 unit telefon bimbit, lapan unit komputer riba, tujuh pasport Taiwan dan enam pas perjalanan Taiwan ke China, satu unit tab serta pelbagai dokumen dan buku nota. - Bernama

Bot nelayan Malaysia dibakar pihak berkuasa Indonesia


Pihak berkuasa Indonesia telah membakar dan menenggelamkan tiga bot nelayan Malaysia di Selat Bengkalis, Wilayah Riau. –Foto Riau Headline

JAKARTA – INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia telah membakar dan menenggelamkan tiga bot nelayan Malaysia di Selat Bengkalis, Wilayah Riau semalam, menurut laporan sebuah akhbar Inggeris tempatan.
Jakarta Post pada Jumaat memetik Ketua Bahagian Jenayah Am Pejabat Pendakwa Raya Bengkalis, Mico Wave Sitohang sebagai berkata pemusnahan bot itu dirancang untuk pelaksanaan dalam November dan awal Disember tahun lepas tetapi hanya dapat dilakukan pada Khamis.
Mico berkata 10 anak kapal warga Malaysia telah dijatuhkan masing-masing hukuman penjara lapan bulan dan denda dua bilion rupiah (kira-kira RM600,000) kerana menangkap ikan secara haram.
Kerajaan Indonesia telah membakar dan menenggelamkan beratus bot nelayan asing dalam usahanya membanteras penangkapan ikan secara haram di perairan negara ini.
Media tempatan melaporkan sejak tahun lepas kira-kira 107 daripada 177 bot nelayan yang diimpaun oleh Kerajaan Indonesia sama ada dimusnahkan ataupun ditenggelamkan.
Sekurang-kurangnya 103 bot dirampas daripada nelayan asing, 39 daripadanya dari Vietnam, 34 dari Filipina, 21 dari Thailand, enam dari Malaysia, dua dari Papua New Guinea dan satu dari China. - Bernam
a

Lapan cedera ditanduk lembu

>Lima: Satu rakaman video menunjukkan saat sekumpulan lembu mengamuk dan menanduk orang ramai yang menghadiri sebuah pesta di Peru sempena sambutan Tahun Baru.
Sekurang-kurangnya lapan cedera dalam acara larian lembu jantan itu yang bertukar huru-hara di Huancavelica, wilayah Cusco pada 2 Januari lalu.
Peserta dan penonton bertempiaran lari apabila lembu jantan itu mengejar orang ramai selain merempuh gerai makanan di situ.
Pada masa sama mereka cuba membantu orang yang cedera ditanduk atau dihimpit lembu berkenaan.
Dalam pesta tahunan selama empat hari bermula 30 Disember itu, lembu-lembu jantan dilepaskan di sebuah padang . - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:50 AM


RAKAMAN menunjukkan lembu mengamuk dan menyerang orang ramai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105418#sthash.xj15wloy.dpuf

Haram bas dua tingkat

Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengarahkan pendaftaran baru bas dua tingkat ditamatkan dan pemeriksaan ketat terhadap pengangkutan awam negara itu yang banyak terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Arkhom Termpittayapaisith berkata, Prayut mengeluarkan arahan itu ketika mesyuarat Kabinet kelmarin.
“Prayut mahu pendaftaran baru bas dua tingkat ditamatkan kerana kenderaan itu terbabit dalam banyak kemalangan jalan raya,” katanya.
Sebanyak 4,800 bas dua tingkat dan 16,000 bas setingkat dengan ketinggian lebih 3.6 meter yang masih beroperasi mesti lulus ujian kecondongan pada kecerunan 30 darjah.
“Sekiranya gagal, kenderaan itu mesti ditamatkan perkhidmatannya,” katanya.
Prayut juga mahu semua pengangkutan awam dipasang sistem kedudukan global (GPS) bagi memantau tabiat pemandu kerana kebanyakan kemalangan berpunca dari sikap pemandu.
Beliau turut mengarahkan Jabatan Pengangkutan Darat menarik lesen pemandu yang memandu dengan cuai dan mengenakan denda lebih berat terhadap operator bas.
“Thailand adalah satu-satunya negara yang membenarkan bas dua tingkat beroperasi,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat berkata, pihaknya tidak dapat mengharamkan semua bas dua tingkat kerana ia tidak dibenarkan undang-undang.
“Bas dua tingkat yang masih beroperasi ini tidak boleh didaftarkan semula dan secara beransur-ansur semuanya tidak akan beroperasi lagi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:53 AM


SEBUAH bas dua tingkat yang beroperasi di Thailand.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105422#sthash.grAnIabZ.dpuf

1.1 juta di Jerman

Berlin: Jerman mendaftarkan 1.1 juta pemohon suaka pada 2015, kata kementerian dalam negerinya semalam, dengan pelarian dari Syria merangkumi hampir 40 peratus daripadanya.
Jumlah itu rekod baru untuk ekonomi terbesar Eropah berkenaan dan lebih lima kali ganda berbanding 2014.
Jumlah pelarian Syria mencari perlindungan di Jerman tahun lalu seramai 428,468 orang diikuti orang Afghanistan (154,046) dan Iraq (121,662).
Bagaimanapun, tidak semua memfailkan permohonan suaka secara rasmi, dan tidak semua juga dibenarkan tinggal di Jerman kerana ‘pendatang ekonomi’ dari negara yang tidak menghadapi peperangan akan dihantar pulang.
Kementerian itu mengakui jumlah 1.1 juta orang direkodkan mungkin termasuk pendaftaran berulang di negeri berbeza di negara itu, selain orang yang sudahpun bergerak ke negara Kesatuan Eropah (EU) lain.
Permohonan suaka sebenar didaftarkan pada 2015 mencapai 476,649, kata kementerian itu - lebih dua kali ganda 2014.
Hanya mereka yang lari dari perang seperti rakyat Syria, Iraq dan segelintir Afghanistan iaitu kira-kira separuh daripada pemohon akan diberi status pelarian.
Canselor Jerman, Angela Merkel menegaskan kebanyakan rakyat negara Balkan seperti Serbia, Albania dan Kosovo akan dihantar pulang.
Menteri Dalam Negeri Thomas de Maiziere semalam mengulangi azam kerajaannya untuk mengurangkan kemasukan pemohon suaka ke negara itu.
“Kami akan mengurangkan kemasukan pemohon suaka baru ke Jerman,” katanya.
Ketibaan pendatang berkurangan bulan lalu, tetapi de Maiziere berkata, ia dipengaruhi cuaca buruk yang menghalang pendatang memulakan perjalanan berbahaya melintasi Laut Mediterranean.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:57 AM


SEORANG pendatang mendukung anaknya memasuki sempadan Serbia dari Macedonia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105426#sthash.4yZ88aZP.dpuf

RM2,500 'dikunyah' anjing

Beijing: Malang bagi seorang lelaki yang cuba menyorokkkan wang berjumlah 3,800 yuan (RM2,500) daripada isterinya di dalam kuilt apabila ia musnah dimamah anjing rakannya.
Anjing jenis golden retriever bernama Hali itu memakan wang itu ketika lelaki berkenaan sedang tidur di rumah mereka di Lushun, lapor Huanqiu.com.
Sebaik terjaga mereka melihat anjing itu di sisi mereka dengan wang nota 100 yuan berteraburan di kelilingnya.
Isterinya terus bertanya dari mana datang wang itu menyebabkan lelaki terbabit terpaksa mengaku ia miliknya yang disorok di dalam selimut tebal di bilik tidur tetamu.
Dia tidak menyangka Hali yang dijaga sepanjang ketiadaan rakannya akan memakan wang itu.
Bagaimanapun, isterinya tidak marah sebaliknya menganggap kejadian itu kelakar. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 6:32 AM


WANG tunai yang dikunyah anjing.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105638#sthash.Kuk3PLGc.dpuf

Tawar jual tubuh di Twitter

Tabuk: Polis Saudi menahan seorang wanita Syria yang menawarkan tubuhnya kepada lelaki menerusi Twitter dengan mengenakan bayaran SR2,000 (RM2,400) dan SR300 (RM359) kredit panggilan telefon mudah alih.
Wanita terbabit berjaya menggoda seorang pemuda untuk mendapatkan wang itu dan menyiarkan salinan resit bayaran dalam laman Twitternya sebelum dia dikenal pasti dan ditahan polis, menurut akhbar Sada.
Polis mendakwa wanita ‘muda’ itu menawarkan tubuhnya kepada lelaki dan mempromosikan maksiat di Tabuk, bandar di barat laut Saudi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 6:45 AM



DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105642#sthash.jtaPRRya.dpuf

Pencuri kambing masuk penjara




ANGGOTA polis membawa salah seekor kambing dicuri Ahmad Tarmizi yang berjaya ditemui semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok kelmarin.


BACHOK – Perbuatan jahat seorang pemotong rumput mencuri dua ekor kambing yang dianggarkan bernilai RM1,500 baru-baru ini berbalas apabila dia terpaksa meringkuk dalam Penjara Pengkalan Chepa selama enam bulan mulai semalam.
Hukuman tersebut diperintahkan selepas tertuduh, Ahmad Tarmizi Ab. Wahib, 33, gagal membayar denda RM4,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Bachok di sini.
Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin membuat keputusan itu selepas Ahmad Tarmizi mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atas- nya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Tarmizi bersama-sama dua individu yang masih bebas didakwa telah mencuri seekor kambing jantan dan seekor kambing betina milik Ahmad Sani Hashim, 34, di hadapan sebuah rumah di Kampung Teratak Pulai, Pauh Lima di sini pada pukul 9.15 malam, 5 Januari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3wbDLjje0 
Hakcipta terpelihara 

Anggota polis didakwa kes rasuah



DARI kiri, Shafiul, Venisan dan Mohd. Dzulfadzli dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas dakwaan menerima suapan daripada seorang buruh binaan tahun lalu.


JOHOR BAHRU – Tiga anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima serta meminta rasuah berjumlah RM3,050 daripada seorang buruh binaan warga Vietnam pada tahun lalu.
Konstabel Mohd. Dzulfadzli Mohammad Noor, 29, Konstabel V. Venisan Raj, 31, dan Lans Koperal, Shafiul Kamal Salleh, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Ketiga-tiga mereka yang bertugas di Balai Polis Pontian didakwa menerima dan meminta suapan daripada Nguyen Van Tuan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki itu yang tidak mempunyai permit bekerja.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3wbDAXvBb 
Hakcipta terpelihara 

Dua anak terkunci dalam kereta



SEORANG ibu cemas apabila dua anaknya berusia 10 bulan dan dua tahun terperangkap lebih 30 minit di dalam kereta di Jalan Iskandar, Bukit Kapar, Klang semalam.


KLANG – Seorang ibu, Nor Hanani Moktar, 34, cemas selepas dua anaknya berusia 10 bulan dan dua tahun terperangkap kira-kira 40 minit di dalam kereta di Jalan Iskandar, Bukit Kapar di sini semalam.

BAYI perempuan Nor Hanani terpaksa diselamatkan anggota bomba selepas usaha membuka pintu Toyota Avanza miliknya gagal.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, difahamkan ibu bayi perempuan dan kanak-kanak lelaki terbabit keluar dari keretanya jenis Toyota Avanza untuk membeli makanan di tepi jalan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kenderaan ibu mangsa terkunci dari dalam dan orang ramai cuba membuka kereta terbabit selama 30 minit, namun gagal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3wbCusdR5 
Hakcipta terpelihara 

Buaya mahu masuk sekolah



KAKITANGAN SK Semerah Padi menunjukkan seekor buaya yang ditangkap ketika memasuki sekolah berkenaan melalui sebuah parit semalam.


KUCHING – Guru serta murid Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi di sini gempar apabila seekor buaya yang dipercayai sesat ditemui di dalam parit di sekolah berkenaan semalam.
Penemuan buaya jenis tembaga sepanjang kira-kira 1.5 meter itu mengejutkan orang ramai memandangkan sekolah berkenaan terletak jauh daripada sungai berhampiran iaitu Sungai Santubong di sini.
Seorang kakitangan sokongan sekolah yang enggan dikenali berkata, reptilia itu ditemui ketika dia sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan sekolah kira-kira pukul 8.30 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3wbCfOomP 
Hakcipta terpelihara 

Maut hidu asap tebal




KEADAAN rumah teres dua tingkat yang didiami Yee Leng bersama dua ahli keluarganya yang terbakar di Taman Pertama, Buntong awal pagi semalam.


IPOH – Seorang kerani kilang maut akibat terhidu asap tebal selepas rumah teres dua tingkat yang didiaminya di Taman Pertama, Buntong di sini terbakar awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 2.29 pagi itu, mangsa, Lai Yee Leng (gambar), 26, ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidurnya manakala dua lagi penghuni rumah terbabit berjaya diselamatkan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata, ketika kejadian, tiga individu berada dalam rumah berkenaan dan anggotanya terpaksa memecahkan pintu belakang kediaman itu untuk mengeluarkan semua mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3wbCMI9GI 
Hakcipta terpelihara