SELASA, 5 JANUARI 2016 @ 2:00 PM
TERTUDUH (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Muar pada 3 Disember lalu.- Foto Syarafiq Abd Samad
MUAR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 4 Februari depan untuk sebutan semula kes seorang penolong pegawai perubatan yang menghadapi pertuduhan membunuh kerani sebuah sekolah agama di Bukit Pasir, di sini, November lalu. Majistret Mohd Syafiq Mustaza menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shaarmini Arjunan kerana masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital walaupun telah menerima laporan kimia. Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili tertuduh Zurailie Muhamaddu, 30, tidak membantah permohonan itu. Tertuduh dihadapkan ke mahkamah pada 3 Disember tahun lepas dan hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. Zurailie dituduh membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang juga jirannya di Nombor 85, Taman Setia Kasih, Jalan Sungai Terap, Bukit Pasir di sini antara 2.05 petang dan 2.30 petang, 16 November tahun lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111258
![]() |