Search This Blog

Sunday, January 3, 2016

Gudang Perkakas Besi, Bengkel Cat Kereta Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 8:40 PM


GEORGE TOWN: Sebuah gudang perkakas besi, bengkel cat kereta dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Hashim Imam dekat sini, pada 2.30 petang Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yamin Tekor berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.49 petang dan jentera pertama tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita lihat api sedang marak di gudang tersebut dan merebak ke kedai mengecat kereta bersebelahannya," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kebakaran.
Beliau berkata api marak dengan cepat berikutan cuaca panas, selain bangunan tersebut yang terletak terlalu hampir antara satu sama lain.
Yamin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.
"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Beliau berkata seramai 43 pegawai dan anggota bomba dengan tiga jentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut. - BERNAMA

Mayat remaja lemas di Desaru dijumpai pagi ini


Mayat remaja lemas di Desaru dijumpai pagi ini

KOTA TINGGI - Satu mayat remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di Pantai Desaru semalam dijumpai kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kota Tinggi, Firdaus Ahmad ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, mayat J Moventhan, 15 ‎dijumpai kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
Menurutnya, mayat mangsa dijumpai ketika anggota penyelamat melakukan usaha mencari dan menyelamat di kawasan persisiran pantai ekoran keadaan cuaca dan ombak yang tinggi‎.
"Mayat mangsa yang berada kira-kira 150 meter dari pantai berjaya dibawa ke pantai dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
"Usaha mencari seorang lagi rakan mangsa N Harishwaran, 15, diteruskan meskipun dalam keadaan cuaca hujan dan laut bergelora," katanya
.

Jurufoto tak sempat rakam momen tahun baru


Connor Cummings dilaporkan terjatuh ketika cuba memanjat puncak menara Hotel Four Seasons, New York, AS.

NEW YORK- AMERIKA SYARIKAT. Hasrat seorang juruforo untuk merakamkan keindahan malam tahun baharu tidak kesampaian apabila dia dilaporkan terjatuh daripada bumbung sebuah hotel di New York.
Connor Cummings, 20, dilaporkan terjatuh ketika cuba memanjat puncak menara Hotel Four Seasons‎ bagi mencari sudut terbaik merakam foto malam tahun baharu.
Memetik laporan Yahoo.com, Cummings dikatakan menyelinap masuk ke dalam bangunan hotel itu bersama rakannya Dimitri Oliveras, 18, tanpa disedari pihak pengurusan hotel.
Difahamkan, jurufoto muda itu sedang berjalan meniti di atas titian besi sebelum tergelincir jatuh dan mendarat di tingkat sembilan hotel itu.
Laporan itu juga mengatakan Oliveras diserang panik dan lari meninggalkan lokasi sebaik sahaja tragedi itu berlaku, bagaimanapun remaja itu berpatah balik semua ke tempat kejadian sebelum menghubungi pihak keselamatan hotel dan ibu bapanya.
Oliveras dilaporkan disoal siasat, bagaimanapun dibebaskan tanpa dakwaan.
Pengambilan foto tanpa izin di bangunan tinggi telah menjadi trend sejak beberapa bulan lalu di mana jurufoto sanggup menyelinap dan membahayakan diri masing-masing untuk mendapatkan sudut foto terbaik
.

Pangkalan udara diserang, 5 maut


Anggota keselamatan India berkawal di sebatang jalan berhampiran pintu masuk ke Pangkalan Tentera Udara Pathankot. - Foto: AFP

NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata terbunuh termasuk seorang pegawai tentera dalam drama berbalas tembakan di pangkalan Tentera Udara India dekat sempadan Pakistan, awal pagi semalam.
Menurut jurucakap tentera, kumpulan lelaki bersenjata itu menceroboh seksyen kuarters pangkalan Tentera Udara Pathankot sekitar jam 3 pagi (waktu tempatan).
Pangkalan tentera udara itu terletak kira-kira 430 kilometer di utara New Delhi.
"Pertempuran telah berakhir. Pangkalan udara ini telah dikepung untuk mengesan baki penceroboh yang mungkin masih bersembunyi," katanya.
Sementara itu, polis Punjab berkata, penyerang dipercayai kumpulan lelaki bersenjata yang merampas kereta milik seorang pegawai kanan polis lewat petang kelmarin dan menggunakannya untuk memasuki pangkalan udara berkenaan.
Serangan berlaku selepas beberapa hari Perdana Menteri India Narendra Modi dilaporkan melakukan lawatan mengejut ke Lahore untuk menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif pada hari Krismas. - Indian Expres
s

Dibunuh sehari selepas jadi Datuk Bandar


Dibunuh sehari selepas jadi Datuk Bandar

MEXICO CITY - MEXICO. Datuk Bandar di salah sebuah bandar di ‎Mexico dilaporkan ditembak mati lelaki bersenjata di dalam rumahnya pada Sabtu, sehari selepas memulakan tugasnya, lapor CNN.
Gisela Mota Ocampo mengangkat sumpah pada Jumaat untuk memimpin Temixco yang didiami oleh kira-kira 100,000 penduduk.
Menurut pesuruhjaya keselamatan negeri Morelos, Alberto Capella, penyerang memasuki rumah Gisela pagi Sabtu dan membunuhnya di pintu.
Katanya, polis berbalas tembakan dengan lelaki bersenjata dan membunuh dua daripadanya.
Setakat ini dua individu dan seorang remaja bawah umur ditahan untuk didakwa
.

Lelaki rempuh askar kawal masjid


Penyiasat Perancis tiba di lokasi kejadian di Valence. - Foto: AFP

LYON - PERANCIS. Seorang lelaki cedera selepas dia ditembak askar yang mengawal sebuah masjid di bandar tenggara Perancis, Valence dalam satu kejadian kelmarin.
Difahamkan, askar terbabit bertindak demikian selepas lelaki itu merempuh kereta dipandunya ke arah laluan masuk ke masjid berkenaan.
Dalam insiden itu, seorang askar cedera ringan di kaki dan seorang pejalan kaki terkena peluru.
"Kereta dipandu lelaki terbabit cuba merempuh empat askar yang berkawal di masjid itu. Mereka tiada pilihan lain selain melepaskan tembakan amaran ke arah pemandu tersebut," kata Datuk Bandar Valence, Nicolas Daragon.
Motif sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. - CN
N

Angka Kematian Meningkat, Operasi Pembersihan Diteruskan


Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 7:14 PM
Anggota tentera mengawal ketat kawasan di sekitar India Gate, Tugu Peringatan Perang Seluruh India berikutan serangan anggota militan di pangkalan udara Patankot.

NEW DELHI: Angka kematian dalam serangan ke atas pangkalan udara Patankot dilaporkan meningkat kepada tujuh dengan anggota keselamatan masih meneruskan operasi pembersihan di pangkalan itu, terletak kira-kira 30 kilometer dari sempadan Pakistan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa India mengenai angka kematian terkini.
Tiga anggota dilaporkan terbunuh dalam serangan pada 3.30 pagi Sabtu dan  tiga orang lagi mengalami kecederaan, di sebuah hospital tentera, Ahad.
Seorang wartawan CNN-IBN melaporkan dari pangkalan udara Patankot bahawa seorang pegawai tentera terkorban pada Ahad apabila terpijak jerangkap samar semasa menjalankan operasi pembersihan.
Wartawan itu juga memberitahu, serangan berlaku awal tengah hari dan para pegawai perisikan tentera dipetik sebagai berkata sekurang-kurangnya dua lagi anggota militan bersembunyi di pangkalan itu yang menempatkan pesawat pejuang dan helikopter tempur.
Pada Sabtu, pegawai keselamatan dan polis Punjab berkata empat anggota militan maut apabila empat hingga lima lelaki yang lengkap bersenjata menggempur pangkalan udara itu kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan.
Para penganalisis pertahanan menyalahkan kelemahan penyelarasan dalam  kalangan pelbagai pasukan keselamatan sebagai punca operasi pembersihan yang dilancarkan sudah melewati lebih 24 jam.
Ketiadaan kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut juga menimbulkan banyak spekulasi mengenai keselamatan pangkalan-pangkalan tentera India yang terletak berhampiran sempadan.
Berikutan serangan itu, media dan ahli politik menyalahkan tentera Pakistan kerana menyokong pengganas dengan percubaan untuk menggagalkan usaha oleh Perdana Menteri India Narindra Modi untuk memulihkan hubungan dengan negara jiran tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, amaran keselamatan dikeluarkan oleh pesuruhjaya polis New Delhi pada Ahad ekoran laporan bahawa beberapa anggota militan telah menyusup masuk ke ibu negara menjelang sambutan Hari Republik India pada 26 Januari.
Pagi tadi, perkhidmatan kereta api dari ibu negara ke beberapa bandaraya utama tergendala selama beberapa jam selepas polis menerima surat bahawa anggota militan telah memasang bahan letupan dalam sebuah kereta api ekspres. - BERNAMA

Datuk Bandar Mexico Dibunuh Sehari Selepas Angkat Sumpah


Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 9:11 PM
Gisela Mota.

CUERNAVACA, Mexico: Beberapa lelaki bersenjata memecah masuk ke dalam rumah Datuk Bandar Mexico yang baharu dilantik dan menembaknya sehingga mati selepas hanya beberapa jam memulakan tugas, kata polis.
Gisela Mota, 33, bekas ahli Kongres berhaluan kiri ditembak mati tidak sampai 24 jam selepas mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat di bandar Temixco yang terletak kira-kira 90 kilometer dari ibu negara, Mexico City.
Temixco antara negara yang dihimpit kegiatan jenayah terancang dan pengedaran dadah, masalah utama yang ingin dibanteras Mota.
Kerajaan negeri Morelos berkata dua suspek lelaki bersenjata itu telah dibunuh manakala seorang lagi dalam tahanan.
Gabenor Negeri Graco Ramirez berikrar bahawa penjenayah tersebut tidak akan terlepas daripada sebarang hukuman.
Morelos antara negeri-negeri di Mexico yang dibelenggu kegiatan keganasan dadah selain penculikan dan pembunuhan.
Pada tahun lalu sahaja, beberapa datuk bandar di Mexico dilaporkan menjadi mangsa bunuh.

Kereta dibakar dalam semak


Keadaan kereta yang hangus dibakar dalam semak di Kampung Takang.
BACHOK - Kereta jenis Perodua Kancil, milik bekas juru foto Sinar Harian, Khiru Shaleh Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu, ditemui dibakar di dalam semak di Kampung Takang, kelmarin.
Khiru Shaleh yang kini bekerja sendiri berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan keretanya itu oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Tawang, petang semalam.
"Saya kemudiannya dibawa melihat sendiri keadaan kereta yang hangus dibakar.
“Bahagian belakang kereta dah tak ada dan saya dimaklumkan, mungkin kereta ini digunakan untuk angkut lembu curi. Saya reda walaupun kerugian RM3,000 akibat kehilangan kereta,” katanya.
Menurutnya, kereta itu digunakan untuk urusan kerja dan menghantar anak ke sekolah.
"Laporan kehilangan kereta dibuat di Balai Polis Kubang Kerian sejurus kereta didapati hilang  jam 9 pagi di luar pagar rumah di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian," katanya

Polis diserang ketika menunda kereta BMW



CHENGDU - CHINA. Cubaan seorang anggota polis untuk menunda kereta mewah BMW tidak berjaya apabila dia diserang oleh orang awam, anggota keluarga dan pemilik kereta terbabit.
Memetik laporan Shanghaiist.com, insiden tersebut berlaku baru-baru ini di sebuah jalan di daerah tersebut.
Difahamkan, anggota keselamatan itu tidak membenarkan kereta tersebut diparkir di tepi jalan kerana mengganggu lalu lintas jalan.
Anggota polis itu dilaporkan meminta pemilik kenderaan, He Tao untuk mengalihkan keretanya.
Pada mulanya Tao akur dengan permintaan anggota tersebut lalu memandu pergi dan meninggalkan kawasan itu.

Bagaimanapun setelah beberapa ketika, Tao kembali semula dan memarkir kenderaannya di tempat sama.

Tao diberitahu sekali lagi untuk mengalihkan kenderaannya dan kejadian sama berulang sekali lagi.

Anggota polis tersebut akhirnya bersemuka dengan Tao sebelum memeriksa nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Kereta tersebut dikatakan terpaksa ditunda setelah Tao didapati gagal mematuhi rutin pemeriksaan kenderaan secara mandatori.
Tao juga didapati melakukan kesalahan setelah gagal mempamerkan lesen memandu apabila diminta.
Keadaan menjadi tegang apabila tiga ahli keluarga Tao membuat kekecohan dan menjerit mengatakan mereka diserang oleh anggota polis itu.
Orang ramai yang menyedari kejadian terus menyerang anggota polis itu dan beberapa anggota keselamatan lain yang tiba di tempat kejadian untuk membantu rakan mereka.
Mereka dilaporkan ditahan, dipukul malah ditampar oleh seorang wanita yang berada di tempat kejadian.
Ketegangan tersebut hanya dapat dileraikan setelah beberapa anggota polis dikerah ke lokasi kejadian.

Kesemua ahli keluarga Tao yang terlibat dan juga wanita terbabit ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan
.

Kedutaan Arab Saudi diserang di Tehran


Foto yang dikongsi di media sosial

TEHRAN - IRAN. Sekumpulan penunjuk perasaan bertindak membaling bom petrol ke bangunan Kedutaan Arab Saudi di Tehran sebagai bantahan hukuman mati ke atas pemimpin utama negara itu, lapor ISNA.

Insiden dilaporkan berlaku selepas Arab Saudi menjatuhi hukuman ke atas Nimr al-Nimr, 56, iaitu tokoh utama dalam protes anti kerajaan terhadap negara sumber minyak itu.

Pelaksanaan hukuman itu mendapat kritikan keras rakyat Iran dan Iraq. - AF
P

Diculik, dipukul sampai parah

Kota Tinggi: Lelaki Rohingya berusia 34 tahun bukan saja diculik, malah dipukul sehingga parah oleh dua lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di ladang sawit berdekatan Taman Pasak Indah, di sini, malam semalam.
Kejadian kira-kira 8 malam itu berlaku ketika mangsa dihampiri dua lelaki terbabit yang merayu untuk dihantar pulang ke ladang sawit berkenaan sebelum diculik dan dipukul.
Dia bagaimanapun bernasib baik apabila diselamatkan polis selepas dua jam aduan mengenai kehilangannya dibuat ahli keluarga yang diugut supaya menghantar wang tebusan berjumlah RM5,000 serta barangan kemas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, selepas menerima laporan, dua anggota polis menyamar sebagai pemandu teksi bagi menghantar wang tebusan.
"Mangsa berjaya diselamatkan anggota polis yang menyamar sebagai pemandu teksi dengan membawa anak lelaki mangsa berusia 11 tahun untuk membayar wang tebusan RM5,000 seperti dipersetujui.
"Polis berjaya memberkas seorang warga Bangladesh dan masih memburu seorang lagi rakannya," katanya.
Mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi mendapatkan rawatan selepas diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 6:33 PM


Mangsa culik yang dipukul sehingga parah, malam semalam. FOTO Ahmad Othman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104371#sthash.fUJ22iws.dpuf

LPT 2 akan dinaik taraf

Chukai: Kerajaan negeri akan menaik taraf termasuk melebarkan laluan daripada dua menjadi empat lorong di susur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) bagi memberikan keselesaan kepada pengguna.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir. Rosli Othman berkata, kerja menaik taraf itu akan membabitkan empat susur masuk di Plaza Tol Kuala Terengganu, Plaza Tol Kerteh, Plaza Tol Kijal dan Plaza Tol Chukai.
Menurutnya, ia akan dibuat secara berperingkat-peringkat termasuk meninggikan dan meluruskan laluan serta menyediakan sistem tebatan banjir di sepanjang susur terbabit selain daripada melebarkannya.
"Kerajaan negeri turut mengenal pasti tiga lagi projek menaik taraf jalan dan sedang mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
"Kalau tiada halangan dan sekiranya peruntukan itu diluluskan, kerja terbabit akan segera dilaksanakan bermula 2017 nanti," katanya selepas merasmikan program 'Kembali ke Sekolah dan Gunting Rambut Percuma' kepada pelajar di Tapak Pasar Tani Bandar Kerteh, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 7:15 PM


KUANTAN 03 December 2014. Lebuhraya Pantai Timur 2 di kilometer 262 dari Jabor menuju ke Cheneh yang akan dibuka sepenuhnya pada 31 Disember ini. NSTP/Mustaffa Kamal
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104375#sthash.Vin4GmVM.dpuf

Budak 4 tahun lemas dalam parit

Melaka: Budak lelaki berusia empat tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran rumahnya di Kampung Permatang Pasir, Alai, di sini, 3.30 petang, semalam.
Mangsa, Muhammad Alif Rayyan Alfadilah keluar bermain seorang diri kawasan berkenaan sebelum ditemui lemas di dalam parit terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.
Ibu mangsa, Kamariah Mohamad, 43, berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu mula menunjukkan perubahan sikap seminggu sebelum kejadian iaitu menjadi pendiam dan tidak ceria.
"Kebiasaannya dia akan keluar bermain bersama-sama dengan adik-beradik yang lain, namun semalam dia keluar bersendirian selepas saya memandikannya.
"Risau dengan keselamatannya saya memaklumkan perkara itu kepada jiran yang kemudian membantu mencarinya sebelum ditemui di dalam parit berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kanak-kanak itu ditemui oleh jirannya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 3.30 petang.
Beliau berkata, mangsa kemudian kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan namun gagal diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 7:31 PM


Jiran mangsa, Zakaria Mohamad, 44, menunjukkan parit di mana Muhammad Alif Rayyan ditemui. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104377#sthash.kuMBl8dr.dpuf

Tiba-tiba terbakar

Shah Alam: Pemandu lori kontena berusia 37 tahun berdepan detik mencemaskan apabila bahagian hadapan kenderaan yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar berhampiran Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya KESAS, petang tadi.
Dalam kejadian 4.22 petang itu, mangsa dikenali sebagai Aziz Awang sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api mulai marak.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba Shah Alam ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian itu.
"Kebakaran hanya membabitkan bahagian hadapan lori yang musnah 100 peratus.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 10:21 PM


Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran bahagian hadapan lori kontena berhampiran Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya KESAS, petang tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104388#sthash.vLlglxil.dpuf

Ajal kereta rempuh lori

Kuala Krai: Lelaki berusia 45 tahun maut manakala dua rakannya parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh lori muatan tong gas di Kilometer 86, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat Kampung Lepan Jenut, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Ramli Ismail yang duduk di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Dua rakannya yang parah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dirawat.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya itu dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.
"Apabila tiba di lokasi kejadian sebuah lori yang datang dari arah bertentangan membelok ke kanan sebelum kereta mangsa merempuh sisi lori.
"Akibat rempuhan itu, penumpang depan kereta maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang belakang kereta parah," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 12:36 AM


Keadaan kereta dinaiki mangsa. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104393#sthash.LH87ZCQf.dpuf

Ditelan ombak 4 meter

Kota Tinggi: Keseronokan sepuluh remaja mandi di Pantai Desaru di Bandar Penawar, di sini, semalam, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai N Harishwaran, 15, dan rakannya, J Moventhan, 15.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, kedua-dua mangsa dari Taman Desa Jaya, Tebrau ke pantai berkenaan dengan menaiki lima motosikal.
Katanya, kumpulan remaja terbabit tiba di pantai kira-kira jam 11 pagi sebelum hujan dan angin kencang melanda kawasan itu.
“Lapan daripada mereka berjaya berenang ke pantai, namun dua lagi hilang. Ada saksi mendakwa melihat dua remaja terkapai-kapai sebelum hilang dari pandangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Mohd Fadli Ismail berkata, ketika kejadian, ombak di Pantai Desaru pada ketinggian kira-kira empat meter.
“Bomba menerima panggilan pada jam 12.35 tengah hari dan jentera sampai di lokasi pada jam 12.44 tengah hari.
“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan membabitkan 23 anggota termasuk bomba, marin dan polis.
“Kami difahamkan pengurusan pantai sudah meletakkan bendera merah sebagai amaran berikutan ombak kuat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 5:15 AM


LOKASI kejadian membabitkan dua remaja yang dikhuatiri lemas.

Curi kasut untuk beli dadah




CONTOH kasut jenama Borse Mogan buatan Itali yang harganya dianggarkan kira-kira RM400 sepasang.


SUBANG JAYA – Helah dua penagih mencuri kasut berjenama untuk membeli dadah tidak berjaya apabila mereka ditahan sepasukan polis yang membuat rondaan di Batu 3 di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kedua-dua mereka ditahan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah seorang jurutera.
Anggota polis yang melakukan pemeriksaan kemudian menjumpai lima pasang kasut pelbagai jenama di dalam empat beg yang dibawa kedua-dua suspek.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, hasil soal siasat dua suspek itu turut mengaku mencuri kasut berjenama di kawasan perumahan sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3w8ccwL5p 
Hakcipta terpelihara 

Gadis maut dalam kemalangan



Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di KM434, Jalan Betong-Sarikei-Maradong, Sarikei semalam.


SARIKEI – Seorang maut manakala lima termasuk seorang bayi perempuan berusia 11 bulan cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 434 Jalan Betong-Sarikei-Maradong di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, gadis yang menaiki Perodua Myvi, Tan Siew Xian, 24, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.
Abangnya yang memandu kereta, Tan Choon Hock, 32, bersama kakak iparnya, Loo Ming Choo, 29, pula mengalami cedera parah tetapi anak saudaranya, Tan Xian Chi yang duduk di kerusi belakang bersama Ming Choo hanya mengalami cedera ringan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3w8cNjeVK 
Hakcipta terpelihara 

Kegembiraan bertukar tragedi



ANGGOTA bomba dan polis menjalankan operasi SAR dua remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Desaru, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Kegembiraan 10 remaja mandi-manda di Pantai Desaru di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri mati lemas semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi itu, kedua-dua remaja lelaki berkenaan berusia 16 tahun dipercayai berkunjung ke kawasan rekreasi itu bersama rakan-rakan sempena cuti sekolah yang akan berakhir hari ini.
Seorang mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai N. Harishwaran yang beralamat di Taman Bukit Indah, Johor Bahru manakala seorang lagi, J. Moventhan beralamat di Jalan Silat Lincah, Skudai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3w8c5W700 
Hakcipta terpelihara 

Bauksit bertimbun di pelabuhan



Inilah pusat penyimpanan bauksit yang terletak berhampiran laut di Pelabuhan Kuantan, Kuantan ketika tinjauan dilakukan kelmarin.


KUANTAN – Dakwaan segelintir penduduk setempat yang mengatakan fenomena laut merah di kawasan Pelabuhan Kuantan dan Balok sehingga ke pesisiran Pantai Batu Hitam di sini baru-baru ini dipercayai berpunca daripada pencemaran bauksit mungkin ada kebenaran.
Tinjauan wartawan di kawasan Pelabuhan Kuantan kelmarin mendapati, banyak timbunan bauksit di tempat penyimpanan bahan mineral tersebut yang terletak bersebelahan dengan laut dan jika hujan lebat, tidak mustahil sisa bauksit akan mengalir ke laut.
Bagaimanapun, keadaan cuaca yang cerah di daerah ini sejak beberapa hari lalu dipercayai menjadikan warna air laut yang kemerah-merahan di kawasan tersebut kembali kepada normal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3w8bjybLe 
Hakcipta terpelihara 

Kelengkapan sekolah hangus terbakar



SITI FAIRUS melihat kelengkapan persekolahan untuk tiga anaknya hangus terbakar di rumahnya di Taman Balok Pine, Balok.


KUANTAN – Tangisan seorang anak kecil, Nur Marissa Maisara Ahmad Syafie, 5, berjaya menyelamatkan nyawanya bersama dua orang kakak­nya apabila rumah mereka di Taman Balok Pine, Balok dekat sini terbakar pada pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, rumah tersebut hampir musnah keseluruhannya dengan ke­semua peralatan habis terbakar termasuk kelengkapan persekolahan antaranya baju, kasut, beg dan alat tulis untuk tiga ber­adik itu.
Menceritakan semula peristiwa itu, kakak sulung Nur Marissa, Nur Syakira Nadia, 14, berkata, semasa kejadian mereka sedang tidur di dalam bilik di rumah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3w8bM5q00 
Hakcipta terpelihara 

Bill Cosby didakwa di mahkamah




Cosby (tengah) hadir bersama peguamnya, Monique Pressley (kanan) di sebuah mahkamah di Elkins Park, Pennsylvania kelmarin.- REUTERS


NORRISTOWN, Pennsylvania - Pelakon dan pelawak terkenal, Bill Cosby didakwa di sebuah mahkamah kelmarin atas tuduhan mencabul seorang wanita selepas dia memberikan mangsa dadah dan arak pada 2004.
Dakwaan tersebut adalah kes jenayah tunggal yang difailkan terhadap selebriti Amerika Syarikat itu selepas imej lakonannya sebagai seorang bapa tercemar susulan berpuluh-puluh dakwaan mencabul.
Cosby, 78, yang berjalan menggunakan tongkat dan diiringi dua peguam ketika hadir di sebuah mahkamah di Elkins Park, Pennsylvania. Dia membayar bon ikat jamin AS$1 juta (RM4.3 juta), menyerahkan pasportnya dan diarahkan supaya tidak menghubungi individu yang membuat pertuduhan terhadapnya.
Pelakon itu cuma tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Hakim Mahkamah Daerah, Elizabeth McHugh di penghujung sebutan kes itu sebelum meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan yang membawanya ke balai polis berhampiran untuk merekodkan cap jari dan butiran peribadi.
Cosby muncul dari balai polis tersebut 10 minit kemudian dan terus menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan tanpa memberi sebarang kenyataan kepada sekumpulan besar petugas media yang menunggunya di luar balai.
Dia perlu hadir semula ke mahkamah untuk sebutan awal kes tersebut pada 14 Januari ini. Kes terhadap Cosby difailkan tidak lama sebelum tarikh akhir had masa untuk pendakwaan jenayah terhadapnya tamat pada Januari ini.
Pendakwaan itu susulan tuduhan oleh seorang wanita, Andrea Constand yang pernah membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan Cosby pada 2006 dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Constand merupakan salah seorang daripada lebih 50 wanita yang telah membuat tuduhan terbuka ke atas Cosby dalam beberapa kejadian serangan seksual sejak berpuluh-puluh tahun lalu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3w8av1rWt 
Hakcipta terpelihara