Search This Blog

Loading...

Thursday, November 3, 2016

Pemandu bas didenda RM3,500


Rengasamy menutup mukanya selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan sengaja di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang lelaki yang tidak dapat mengawal kemarahannya bertindak memecahkan cermin belakang kereta milik seorang penyelia pusat servis kenderaan dengan menggunakan pengunci stereng di tempat letak kereta di Subang Jaya dekat sini, Mac lalu.
Perbuatan tertuduh, V. Rengasamy, 36, yang be­kerja sebagai pemandu bas persiaran mendapat balasan apabila dia didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Atiqah Abdul Karim menjatuhkan hukuman itu apabila Rengasamy mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut meme­rintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda tersebut.
Tertuduh membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin belakang kereta jenis Honda nombor pendaftaran WUP1711 milik warga Filipina Roderick Mondoyo Sagut, 42, di Jalan SS15/4, Subang Jaya pada pukul 5.55 petang, 27 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz4OtMxCKOH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment