Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 2, 2016

Pasangan kekasih disebat kerana berkhalwat




SEORANG wanita menutup muka ketika hukuman sebat dijalankan terhadapnya di Aceh, kelmarin. - Agensi


Banda Aceh: Pihak berkuasa Aceh kelmarin melaksanakan hukuman sebat terhadap satu pasangan kekasih dan tiga lelaki kerana melanggar undang-undang Islam di wilayah berkenaan.

Seorang lelaki berusia 21 tahun dan pasangannya berusia 20 tahun dihukum sebat sebanyak 23 kali selepas ditangkap berkhalwat.

Ketika ditangkap kerana berdua-duaan hingga menimbulkan syak, pasangan itu didapati tiada sebarang ikatan hubungan yang sah.

Hukuman serupa juga dikenakan terhadap tiga lelaki berusia 28 hingga 56 tahun yang ditangkap berjudi oleh pihak berkuasa.

Hukuman berkenaan dijalankan secara terbuka di perkarangan Masjid Al Muttaqin di Peunayong di sini.

Seorang pegawai pihak berkuasa Banda Aceh, Bakhtiar berkata, pemerintah Aceh sangat komited dalam menegakkan undang-undang Islam di wilayah itu.

“Ini adalah komitmen kita semua untuk terus menegakkan syariat Islam di Aceh.

“Hukuman yang dijalankan terhadap pesalah ini adalah pengajaran untuk kita semua,” katanya.

Aceh adalah satu-satunya wilayah yang menguatkuasakan undang-undang Islam di Indonesia selepas diberi kuasa autonomi oleh Jakarta. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 9:55 AM

No comments:

Post a Comment