Search This Blog

Loading...

Thursday, November 3, 2016

Ibu maut, anak parah

Ibu maut, anak parah | Harian Metro:



 

MANGSA yang maut dalam kejadian kemalangan. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi





Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

am@hmetro.com.my





Bagan Serai: Wanita maut manakala anak perempuannya parah apabila motosikal yang ditunggani merempuh kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 97.5 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Sungai Kepar, di sini, semalam.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian 4.30 petang itu mangsa, M Khanta, 48, yang membonceng motosikal maut di lokasi kejadian manakala penunggang yang juga anak perempuannya, S Pavithra, 22, patah tangan dan kaki kiri.



Katanya, mangsa dari arah Bagan Serai menghala Ipoh, gagal mengelak dan merempuh kereta itu di lokasi kejadian.



"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu cuba membuat pusingan U untuk pulang kerumahnya di Taman Serai Maju, di sini sebelum motosikal berkenaan hilang kawalan lalu merempuh bahagian kanan depan kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.



Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat manakala anak mangsa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.



Katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 11:08 AM

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment