Search This Blog

Thursday, November 3, 2016

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Bawa Masuk Dadah Ke Singapura


Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 7:51 PM
- Gambar hiasan

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menangkap dua lelaki rakyat Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Rabu kerana disyaki cuba membawa masuk dadah bernilai S$82,000 (kira-kira RM246,820).

Semasa pemeriksaan, para pegawai ICA menemui kira-kira 360gram dadah jenis 'Ice' (methaphetamine), 2,999 pil Erimin-5, dan 260 pil Ecstasy daripada bahagian bawah tempat duduk sebuah motosikal yang berdaftar di Malaysia.

Penunggang motosikal lelaki dan pemboncengnya, kedua-duanya berumur 24 tahun, dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB), kata ICA dalam satu kenyataan.

Menurut ICA Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah methaphetamine yang diseludup melebihi 250gram.

"Sempadan kami merupakan garisan pertahanan pertama dalam melindungi keselamatan Singapura dan pemeriksaan keselamatan juga penting bagi keselamatan negara kita," kata ICA.

Menurut ICA, agensi Home Team akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan bagi mencegah cubaan pihak tertentu untuk membawa masuk orang yang tidak diingini, ubat-ubatan, senjata, bahan letupan dan kontraban lain.

1 comment:

  1. شركة تنظيف منازل بالخبر

    شركة تنظيف منازل بالخبر شركة المثالية هي افضل شركة تنظيف بالخبر يمكنكم التواصل معها للحصول علي افضل خدمات تنظيف المنازل والشقق والفلل والبيوت والمجالس والكنب والسجاد والموكيت والمفروشات بجودة عالية ومواصفات قياسية حيث تعد شركة تنظيف منازل بالخبر اولي الشركات التي التي تخصصت في مجالل التنظيف بالخبر ولديها خبرة كبيرة وعمالة ماهرة وادوات تنظيف حديثة وطاقم عمالة مدرب علي اعلي مستوى فلا تترددوا في الاتصال بشركة المثالية للتنظيف بالخبر وسوف تحصلون علي افضل الخدمات المنزلية من نظافة ومكافحة حشرات بارخص الاسعار

    ReplyDelete