Search This Blog

Loading...

Thursday, November 3, 2016

Dua penunggang motosikal maut

Dua penunggang motosikal maut | Harian Metro:



 

Motosikal yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca





Zulfa Mohamad

am@hmetro.com.my



Kepala Batas: Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai bertembung dekat Kampung Setol, di sini, 8.15 malam tadi.



Ketika kejadian, penunggang Honda EX5, Amir Hafizi Hamzah, 20an, dari arah Sungai Dua manakala Mohd Kyabell Che Sahar, 30, menunggang Yamaha LC dari arah pekan ini menghala Sungai Dua.



Menurut saksi, motosikal mangsa dipercayai bertembung ketika cuba memotong van dari arah Sungai Dua.



Berikutan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan badan.



Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.



Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 10:43 PM

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment