Search This Blog

Wednesday, November 2, 2016

Budak 3 tahun dibunuh di tempat kerja ibu

RABU, 2 NOVEMBER 2016 @ 11:25 AM

RICARDO Augusto Utuy.

 LOS ANGELES: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam mati anak teman sekerjanya yang berusia tiga tahun di tempat kerja mereka di pinggir Los Angeles. Ibu mangsa mengambil anak perempuannya dari pusat jagaan dan membawa kanak-kanak itu ke tempat kerja di kilang pakaian pada Isnin. Apabila beliau meninggalkan mejanya, rakannya mula menikam mangsa tanpa amaran. Kanak-kanak itu, dikenali sebagai Baby Ruby, meninggal dunia di hospital, kata Jabatan Polis Los Angeles. Ricardo Augusto Utuy, 34, ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh. Motif pembunuhan tidak diketahui. Jurucakap polis, Kapten Jorge Rodriguez, memberitahu Los Angeles Times saksi melaporkan melihat seorang lelaki ketawa dan bercakap sendirian. Saksi turut memberitahu KNBC-TV, lelaki berkenaan baru sahaja diambil bekerja. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208535

1 comment:

  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete