
PENGARAH Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka, Jaiya Abu (kiri) memeriksa minyak masak yang disimpan dalam stor sebuah kedai runcit semasa operasi di Merlimau, Melaka, semalam. Utusan/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA 2 Nov. – Kira-kira 40 tan minyak masak dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sejak 21 Oktober hingga semalam atas pelbagai kesalahan.
Pengarah Penguat Kuasa kementerian itu, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, barangan bernilai lebih RM112,000 itu dirampas daripada 16 kes membabitkan kesalahan seperti menyorok bahan itu, menjual tanpa lesen, menyimpan barangan kawalan melebihi had dan menjual dengan harga yang mahal.
Bercakap kepada media selepas melakukan pemeriksaan harga di sebuah pasar raya di sini hari ini, Mohd. Roslan berkata, hampir 12,000 premis membabitkan pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit di seluruh negara diperiksa sejak 21 Okt dan susulan pengumuman harga baru minyak masak.
Kerajaan baru-baru ini menetapkan harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50, manakala harga minyak masak dalam botol akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.
Susulan skim baru tersebut, Mohd. Roslan berkata, kementerian menjangkakan tempoh seminggu diperlukan untuk kementerian dan pihak berkaitan termasuk pengilang, pembungkus dan peruncit serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk menyelaras dari segi pengagihan kuota dan pengedaran barang.
“Kita meminta penjual untuk patuh pada harga jualan minyak 1kg pada RM2.50 dan tidak cuba mengalihkan pembungkusan minyak bersubsidi tersebut kepada paket yang tidak bersubsidi serta cuba mengambil keuntungan yang lebih daripada sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata, pemantauan harga akan terus dilakukan dan meminta peniaga menetapkan harga minyak masak tidak lebih daripada margin keuntungan yang diperoleh sejak 1 Januari 2015.
“Sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan terbabit, kementerian akan mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya. – BERNAMA
شركة المثالية لمكافحة الحشرات
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة رش مبيدات بالجبيل