Search This Blog

Loading...

Thursday, November 3, 2016

2 lelaki berdepan tali gantung



GAMBAR fail Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada ketamin bernilai RM7.07 juta yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu.


KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang dipercayai sindiket pengedaran dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengedar dadah jenis ketamin lebih 100 kilogram (kg) bulan lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Yap Puew Tiong, 38, dan P. Thanagopal, 46, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Puew Tiong bekerja sendiri manakala Thanagopal merupakan seorang pengawal keselamatan.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ketamin seberat 101.907kg di kawasan stor barang lusuh beralamat 80B/1 Jalan Antoi Kanan 6, Kepong Baru, Sentul di sini pada pukul 5.45 petang, 21 Oktober lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aftal Mariz Mohamed manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Siti Radziah kemudian mene­tapkan 29 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4OtOPFFAp 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment