Search This Blog

Loading...

Thursday, November 3, 2016

18 Maut Akibat Letupan Kapal Tangki Di Pakistan


Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 10:34 AM

GADANI: Angka kematian akibat letupan silinder gas dalam kapal tangki di limbungan di selatan Pakistan meningkat kepada 18 sejak kejadian pada Selasa itu.
Lebih 50 lagi pekerja di kapal itu cedera selepas terperangkap dalam kebakaran berkenaan. Mereka kini menerima rawatan di hospital di Karachi.
Malahan kecuaian dan aspek keselamatan yang lemah disyaki punca kejadian itu berlaku.
Setakat ini, pemilik kapal berkenaan masih gagal dikesan.
Bagaimanapun, polis telah menahan kontraktor yang berurusan dengan pekerja kapal itu.
Kejadian letupan silinder gas itu dipercayai berlaku ketika kapal berkenaan sedang dipotong untuk dijadikan besi buruk.
Presiden Kesatuan Sekerja, Basheer Mehmoodani memberitahu Reuters menerusi telefon bahawa keadaan di lokasi kejadian masih belum dapat dikawal sepenuhnya.
"Jumlah sebenar pekerja kapal yang terperangkap juga belum diketahui," katanya.
Seorang saksi yang juga wakil kesatuan sama, Nasir Mansoor berkata, letupan itu amat kuat hingga menyebabkan kepingan besi berterbangan sejauh dua kilometer.

No comments:

Post a Comment