Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 2, 2016

13 maut karaoke di Hanoi terbakar

RABU, 2 NOVEMBER 2016 @ 9:21 AM




API dan asap kelihatan memusnahkan pusat hiburan karaoke menyebabkan 13 terbunuh dalam kejadian di Hanoi, ibu negara Vietnam, semalam. - Foto EPA
HANOI: Kebakaran di sebuah pusat hiburan karaoke menyebabkan 13 terbunuh manakala dua pegawai polis cedera dalam kejadian di Hanoi, ibu negara Vietnam, semalam.

Api dilaporkan merebak dari bar pusat karaoke berkenaan pada petang semalam di daerah Cau Giay sebelum pantas merebak ke kawasan kediaman berhampiran, demikian menurut pegawai tempatan.

Gambar menunjukkan api marak ketika pasukan bomba cuba memanjat premis menggunakan tangga dengan api menyambar kereta dan motosikal yang terletak berhampiran.

"Ratusan anggota bomba dan polis dikerah ke kawasan kejadian untuk mengawal api daripada merebak," kata jurucakap berkenaan.

Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc mengarahkan polis agar menjalankan siasatan segera dan mahu sebarang salah laku dihukum setimpal.

Beliau juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan agar memeriksa setiap karaoke, bar dan restoran berhubung pematuhan aspek keselamatan dan penyelenggaraan peralatan. - AFP

No comments:

Post a Comment