Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 18, 2016

Tukang rumah jadi buruan polis


Oleh MOHD. AZLI ADLAN
Lokasi kereta Honda Civic disorok di Kampung Dusun Tembakau, Manir, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU – Tukang rumah yang diburu bagi membantu siasatan kes pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mati akibat ditikam bertubi-tubi di Kompleks Seri Iman di sini ke­lmarin selepas rahsianya sudah bergelar suami orang terbongkar menghilangkan diri dengan me­nunggang motosikal Honda EX5.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, lelaki berkenaan, Mohd. Hafiz Mohamad, 29, sebelum itu dikatakan pergi ke Pejabat Agama Islam di Kompleks Seri Iman de­ngan menaiki kereta Honda Civic dipandu rakannya.
Menurut beliau, selepas berlaku pergaduhan dan kejadian bunuh melibatkan pegawai JPJ, Muhamad Shukri Husin, 34, di luar Pejabat Agama Islam, Mohd. Hafiz meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki kereta Honda Civic sama.
“Sampai di rumah rakannya di Kampung Buluh Gading, Manir dekat sini, Mohd. Hafiz dikatakan melarikan diri dengan me­nunggang motosikal EX5 milik­nya,” kata beliau kepada Kosmo! di sini semalam.
Jarak Kompleks Seri Iman dan Kampung Buluh Gading kira-kira 10 kilometer.
Berikutan itu, kata Wan Abd. Aziz, polis memberkas rakan Mohd. Hafiz di rumahnya pada pukul 4.30 petang kelmarin.
Lelaki itu merupakan pemilik kereta Honda Civic.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4NO1pxDJ9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment