Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Tukang masak diperintah bela diri kes bunuh pelajar

ISNIN, 31 OKTOBER 2016 @ 11:12 AM



 Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

 SYARAFI Abu dibawa keluar dari mahkmah.

 TAIPING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan seorang tukang masak membela diri atas tuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syarafi Abu, 26. Dia dituduh membunuh Nur Syuhada Johari, 20, di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, pada jam 11.55 pagi, 2 Februari tahun lalu. Syarafi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Mahkamah menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan kes dan tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207912

No comments:

Post a Comment