Search This Blog

Loading...

Saturday, October 8, 2016

Tiga cedera, 11 kenderaan rosak dirempuh Perodua Axia





08/10/2016 12:37am

SEBERANG PERAI - Tiga pengunjung pasar malam cedera termasuk seorang lelaki parah manakala tujuh buah motosikal dan empat kereta rosak selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Axia berdekatan pasar malam Ampang Jajar di Jalan Permatang Pauh di sini kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Turut cedera ialah pemandu kereta tersebut yang berusia 67 tahun.

Difahamkan kereta berkenaan telah hilang kawalan selepas melanggar seorang lelaki sedang melintas jalan lalu merempuh deretan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

Pemandu tersebut dan seorang mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi mendapatkan rawatan, manakala dua lagi mengalami luka kecil.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Butterworth yang tiba di lokasi kejadian bersama lapan anggota segera membersihkan jalan raya daripada kesan kemalangan. - K! ONLINE



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz4MRs72xKQ
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment