Search This Blog

Loading...

Monday, October 10, 2016

Tahan 'bomoh' disyaki cabul pesakit



MUHAMAD Laham. FOTO arkib NSTP



Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my


Kluang: Lelaki yang mengaku sebagai bomoh ditahan polis, tengah malam tadi, disyaki mencabul pesakit yang dirawatnya di Simpang Renggam, minggu lalu.

Suspek berusia 59 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.10 tengah malam, sejurus laporan polis dibuat mangsa seminggu selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa yang juga ibu tunggal berusia 32 tahun berada di rumah ibu angkatnya yang juga jiran suspek.

Katanya, mangsa kemudian didatangi suspek dan memberitahu kononnya wanita itu terkena santau dan hanya suspek yang mampu mengubatinya dengan cara dimandikan menggunakan ais.

"Pada malam pertama dan kedua perubatan dijalankan di rumah suspek, lelaki itu tidak menunjukkan sebarang perkara pelik, namun pada malam ketiga iaitu pada 29 September lalu, kira-kira jam 10 malam, suspek mula memasang jerat dengan meraba bahagian dada selain mencium pipi mangsa.

"Mangsa kemudian mula sangsi dengan cara perubatan berkenaan," katanya.

Muhamad berkata, bertindak daripada laporan polis dibuat mangsa, suspek yang mempunyai dua orang isteri itu berjaya ditahan dan kini direman empat hari hingga Rabu ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 8:24 PM

No comments:

Post a Comment