Search This Blog

Loading...

Sunday, October 30, 2016

Suami isteri samun barang kemas


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 OKTOBER 2016
Suami isteri samun barang kemas

Suami isteri samun barang kemas Chang Keong menunjukkan kenderaan digunakan pasangan suami isteri untuk melarikan diri selepas mencuri di sebuah kedai emas.
IPOH – Seorang ibu hamil bersama suaminya bertindak melarikan dua rantai tangan emas bernilai RM11,000 dalam kejadian curi di sebuah kedai emas di Kampung Rapat di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 11.12 pagi itu, suspek seorang wanita berusia 21 tahun pada mulanya berpura-pura menjadi pelanggan di kedai emas berkenaan.

Menurutnya, suspek terbabit kemudiannya meminta pekerja kedai tersebut untuk mengeluarkan dua rantai tangan emas supaya dia dapat mencuba barang kemas berkenaan.

“Bagaimanapun, ketika pekerja kedai mengambil kalkulator di belakang kaunter, wanita itu segera melarikan diri bersama barang kemas menaiki sebuah kenderaan yang sudah berada di luar premis tersebut,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Beliau berkata, pekerja kedai berusia 22 tahun itu cuba mengejar kenderaan tersebut namun gagal dan terus menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, skuad peronda MPV kemudiannya berjaya menahan kereta tersebut di Jalan Desa Pakatan, Pasir Puteh kira-kira jam 11.30 pagi dan menangkap wanita itu dan suaminya, berusia 36 tahun, bersama rantai tangan emas yang dicuri.

“Siasatan ke atas pasangan suami isteri itu mendapati mereka berasal dari Manjung. Lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan pecah rumah

“Selain itu, siasatan ke atas nombor plat yang digunakan ke atas kenderaan suspek didapati palsu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment