Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

SPRM cari 'Kodek' bantu siasatan kereta klon

SABTU, 1 OKTOBER 2016 @ 9:31 AM



 Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

MOHAMMAD Fareez Hasim atau dikenali sebagai 'Kodek'. - Foto ihsan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kereta klon. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohammad Fareez Hasim, 24, atau dikenali sebagai 'Kodek', bernombor kad pengenalan 920114-06-5323 dengan alamat terakhir di 277, Felda Jengka 6, Bandar Jengka, Pahang. Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu menghubungi Ibu Pejabat SPRM Kedah di talian 04-7001880. Orang ramai juga boleh berhubung dengan pegawai SPRM, Azaha Lias di talian 012-4905986 atau mana-mana pejabat SPRM berhampiran.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/197820

No comments:

Post a Comment